You are on page 1of 19

See discussions, stats, and author profiles for this publication at: https://www.researchgate.

net/publication/341397089

HAKIM SYARIE WANITA DI MALAYSIA: PELANTIKAN, BIDANGKUASA DAN


CABARAN (JURNAL HUKUM)

Article · February 2019

CITATIONS READS

0 11,522

2 authors:

Suhaizad Saifuddin Ahmad Azam Mohd Shariff


Universiti Kebangsaan Malaysia Universiti Kebangsaan Malaysia
18 PUBLICATIONS 6 CITATIONS 40 PUBLICATIONS 58 CITATIONS

SEE PROFILE SEE PROFILE

All content following this page was uploaded by Suhaizad Saifuddin on 15 May 2020.

The user has requested enhancement of the downloaded file.


Jurnal Hukum, Jilid 48, Bahagian 2, 2019 1

HAKIM SYARIE WANITA DI MALAYSIA:


PELANTIKAN, BIDANGKUASA DAN CABARAN
Oleh: Suhaizad bin Saifuddin1 dan Prof. Madya Dr. Ahmad Azam bin Mohd Shariff2

Abstrak
Seorang qadi atau hakim mempunyai kedudukan yang tinggi dan mulia dalam agama Islam.
Kedudukan ini diukur dari aspek tanggungjawab besar dan amanah berat yang harus dipikul
bagi menjamin hak Allah dan hak pihak-pihak yang bertikai. Oleh itu, Islam telah meletakkan
syarat-syarat yang ketat bagi melayakkan seseorang dilantik sebagai hakim. Kelayakan wanita
menggalas tanggungjawab sebagai seorang hakim merupakan satu isu yang telah lama
diperbahaskan oleh para ulama klasik dan kontemporari. Penulisan ini mengkaji
sejauhmanakah penerimaan Mahkamah Syariah di Malaysia berhubung pelantikan hakim
wanita di negara ini serta perkembangannya. Di samping itu, penulisan ini juga mengenalpasti
bidangkuasa kes yang boleh dikendalikan selain cabaran-cabaran yang perlu di hadapi oleh
Hakim Syarie wanita dalam menggalas tanggungjawab sebagai hakim di era globalisasi ini.
Hasil penulisan ini mendapati semakin ramai wanita telah dilantik sebagai Hakim Syarie di
negara ini. Pelantikan ini juga telah merangkumi ketiga-tiga peringkat Mahkamah Syariah sedia
ada. Perkembangan pelantikan ini menjadi indikasi dan petunjuk bahawa Mahkamah Syariah
kini sedang melalui perubahan positif yang membanggakan. Dari aspek bidangkuasa kes,
terdapat perbezaan di antara negeri-negeri yang telah membuat pelantikan tersebut. Soal
perbezaan amalan berhubung pelantikan dan bidangkuasa di antara negeri perlu diselaras dan
dimuktamadkan supaya tidak timbul persepsi negatif masyarakat. Seiring dengan perkembangan
pentadbiran keadilan syariah di negara ini, Hakim-hakim Syarie wanita perlu memperkasakan
diri dari pelbagai sudut seperti ilmu pengetahuan dan kemahiran dengan sebaik mungkin bagi
menghadapi segala cabaran di masa hadapan.

Pengenalan
Allah SWT menjadikan manusia dengan sebaik-baik kejadian. Islam meletakkan lelaki dan
wanita sesuai pada kedudukan dan peranan yang tersendiri. Dalam Islam lelaki dan wanita
adalah sama, yang membezakan ialah amalan dan taqwa sebagaimana firman Allah SWT yang
bermaksud:
Barang siapa yang menegrjakan amal saleh baik lelaki maupun wanita dalam keadaan beriman,
maka kami berikan kepadanya kehidupan yang baik dan kami berikan balasan kepada mereka di
akhirat dengan pahala yang lebih baik dari apa yang mereka kerjakan.3

Lelaki dan wanita mempunyai peranan yang perlu dimainkan bagi menjamin ekosistem
sosial kehidupan agar terus terpelihara. Misalnya dalam sebuah institusi keluarga, suami
diwajibkan untuk membayar nafkah isteri dan anak-anak manakala isteri bertanggungjawab
mengasuh anak-anak dan memelihara rumah tangga dengan sebaiknya. Sekiranya peranan ini
diabaikan, maka akan berlaku kepincangan dalam institusi keluarga tersebut. Lelaki dan wanita
saling melengkapi dan memerlukan dalam menjamin keharmonian kehidupan. Dalam konteks
kerjaya, peranan wanita pada masa kini tidak kurang hebatnya. Kerjaya wanita kini telah

1
Jurnal Hukum, Jilid 48, Bahagian 2, 2019 2

setanding dengan lelaki bahkan dalam bebarapa bidang wanita lebih terkehadapan dari kaum
lelaki.
Malaysia merupakan salah sebuah negara yang menyertai beberapa konvensyen dan triti
antarabangsa seperti The Hague Conference on Private International Law (HCPIL), Convention
on the Elimination of All Forms of Discrimination Against Women (CEDAW), Convention
AbolishingThe Requirement of Legalisation for Foreign Public Documents dan The Hague Child
Protection Convention. Dalam konvensyen-konvensyen ini terdapat beberapa peruntukan yang
bertentangan dengan pelaksanaan undang-undang syariah yang diamalkan di negara ini dan isu
tersebut sering dibangkitkan oleh pihak-pihak tertentu, khususnya yang berkaitan dengan isu-isu
gender dan undang-undang keluarga Islam. Berkenaan dengan CEDAW misalnya, Malaysia
dikatakan mengamalkan diskriminasi dalam pentadbiran Mahkamah Syariah dan pelaksanaan
undang-undang keluarga Islam kerana tidak melantik wanita menjadi hakim Mahkamah Syariah
di negara ini, mengenakan syarat wali kepada perempuan yang hendak berkahwin dan tidak
memberikan bahagian yang sama rata kepada lelaki dan wanita dalam pembahagian faraid. 4
Perdebatan dan perbahasan berhubung pelantikan Hakim Syarie wanita ini telah bermula sekitar
awal tahun 2000 apabila cadangan berhubung pelantikan wanita sebagai Hakim Syarie mula
diutarakan oleh pelbagai pihak bagi memenuhi keperluan semasa. Antaranya ialah sesi
percambahan fikiran (brain storming) telah dianjurkan oleh Yayasan Pembangunan Wanita bagi
menyediakan input semasa Bengkel Persidangan Wanita 2000 pada 17 dan 18 Ogos 2000.5 Sejak
dari itu berbagai pihak telah memberikan pendapat berhubung pelantikan Hakim Syarie wanita
di Mahkamah Syariah. Pada Persidangan Pegawai Syariah Seluruh Malaysia kali ke-13 yang
berlangsung pada 30 Jun hingga 2 Julai 2011 di Hotel Grand Season Kuala Lumpur, salah satu
resolusi yang telah telah dipersetujui ialah melantik wanita sebagai Hakim Syarie termasuk
Hakim Rayuan di Mahkamah Syariah. Susulan daripada resolusi tersebut, semakin banyak negeri
mula melantik wanita sebagai Hakim Syarie sekaligus menunjukkan perkembangan yang baik
dalam usaha untuk mengiktiraf wanita dalam institusi kehakiman syariah di negara ini.

Fungsi Hakim dan Kehakiman


Hakim di dalam Bahasa Arab disebut sebagai al-qadi yang membawa maksud orang yang
jatuhkan hukuman atau seseorang yang membuat keputusan tentang sesuatu perkara. 6 Hakim
juga didefinisikan sebagai orang yang bertindak menyelesaikan perbalahan atau perselisihan
yang berlaku di antara dua pihak atau lebih dalam masyarakat di mana hakim itu dilantik. 7
Hukuman yang diberi oleh hakim hendaklah berdasarkan hukum syarak dan wajib diterima dan
dilaksana dengan patuh. 8 Kehakiman pula merupakan institusi penting dalam sesebuah
masyarakat dan negara. Kehakiman menurut Islam adalah disebut dengan perkataan Bahasa
Arab iaitu al-qada’. Dari segi bahasa al-qada’ bermaksud menghukum, memisah dan
memutuskan. Selain itu al-qada’ mempunyai banyak maksud antaranya ialah menyelesai,
mengosong, menunai, menjelas, membayar, mewajib, menentu, memerintah, mengarah, menjadi
dan mencipta. Walaubagaimanpun ia tetap mempunyai unsur menghukum, menetap, memutus
dan menentukan. Al-qada’ dari segi bahasa inilah yang menjadi asas kepada al-qada’ yang
dijadikan istilah syarak dalam sistem kehakiman Islam.9

Menurut istilah syarak pula, al-qada’ atau kehakiman ini telah ditakrifkan oleh para
ulama’ dengan beberapa definisi. Antaranya ialah menurut Ibn Irfah daripada mazhab Maliki, al-
qada’ sebagai sifat kehakiman yang menyebabkan wajib dilaksanakan hukum syarak walaupun
hukuman tersebut ta’dil dan tajrih, tetapi tidak berkaitan dengan maslahah umum kaum
muslimin.10 Sebahagian mazhab Hanafi pula mentakrifkan al-qada’ sebagai menyesaikan kes
dan mendamaikan pergaduhan dan pertelingkahan. 11 Ada juga sebahagian golongan Hanafi
mentakrifkan al-qada’ sebagai pemberitahuan tentang hukum syarak yang wajib dilaksanakan.12
2
Jurnal Hukum, Jilid 48, Bahagian 2, 2019 3

Kebanyakkan golongan Syafie pula mentakrifkan al-qada ‘sebagai menyelesaikan pertikaian


antara dua pihak atau lebih dengan hukuman Allah SWT.13 Takrif-takrif diatas tidak terkeluar
daripada maksud al-qada’ dari segi bahasa iaitu menyelesaikan pertikaian, menyelesaikan
persengketaan, menghukum yang bersalah, memberikan hak kapada yang berhak dan mencegah
kezaliman daripada dilakukan. Ia juga berfungsi sebagai pihak yang menegakkan keadilan dan
membanteras kezaliman. Tugas ini dipikul oleh institusi kehakiman. Hakim atau qadi
bertangggungjawab untuk mengendalikannya.

Islam menghendaki agar keadilan ditegakkan dan kezaliman dihapuskan. Hak dan
kepentingan individu wajib dijaga dan dipertahankan, ia tidak boleh dicabul. Di samping itu
kepentingan dan hak masyarakat juga perlu dipelihara dan dipertahankan. Kewujudan institusi
kehakiman ini penting untuk menyelesaikan perbalahan dan memutuskan pertikaian. Keadilan
merupakan asas utama dalam kehakiman sebagaimana firman Allah SWT yang bermaksud:
Sesungguhnya Allah menyuruh berlaku adil dan berbuat kebaikan, serta memberi bantuan
kepada kaum kerabat, dan melarang daripada melakukan perbuatan-perbuatan yang keji dan
mungkar dan kezaliman. Ia mengajar kamu supaya kamu mengambil peringatan mematuhinya.14

Begitu juga firman Allah SWT yang bermaksud:


Sesungguhnya Allah menyuruh kamu supaya menyerahkan segala jenis amanah kepada ahlinya
(yang berhak menerimanya) dan apabila kamu menjalankan hukum antara manusia, hukumlah
dengan adil. Sesungguhnya Allah dengan suruhan itu memberi pengajaran yang sebaik-baiknya
kepada kamu. Sesunguhnya Allah sentiasa mendengar, lagi sentiasa melihat.15

Ayat-ayat diatas jelas memerintahkan agar keadilan mutlak ditegakkan dan kezaliman di
hapuskan. Semua pihak yang terlibat dalam pertelingkahan haruskah berlaku adil, terutamanya
seorang hakim walaupun merugikan diri sendiri, ibu bapa atau kaum kerabat walau apapun
keadaan status sosial atau ekonomi orang mendakwa seperti orang yang memiliki pangkat, orang
kaya atau orang miskin. Selain al-Quran, terdapat banyak hadith Rasulullah SAW yang
menggalakkan kita agar menjadi hakim dan jawatan hakim ini dianggap mulia dan penting,
antaranya sebuah hadith yang bermaksud:
Jika seorang hakim telah berijtihad semasa menjatuhkan hukuman, dan ijtihad itu telah tepat
maka ia akan mendapat dua ganjaran dan jika salah maka ia akan mendapat satu ganjaran.16

Dalam hadith yang lain pula Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud:
Sesungguhnya Allah bersama seseorang hakim selagi ia tidak melakukan kezaliman, jika ia
zalim maka Allah tidak bersamanya tetapi syaitanlah bersamanya.17

Baginda mengingatkan kepada hakim bahawa tidak melakukan kezaliman dan Allah
SWT bersama seorang hakim selagimana bersamanya keadilan. Islam juga menghendaki agar
orang yang menjawat jawatan hakim hendaklah benar-benar layak dan berwibawa kerana
institusi kehakiman ini amatlah penting dan hakim pula tunggak kepada institusi kehakiman.
Nabi SAW bersabda yang bermaksud:
Hakim terbahagi kepada tiga kategori, dua masuk neraka dan satu masuk syurga. Yang masuk
syurga ialah hakim yang mengetahui hak (kebenaran) dan menghukum dengannya. Yang masuk
neraka ialah hakim yang mengetahui hak tetapi tidak menghukum dengannya dan zalim dalam
3
Jurnal Hukum, Jilid 48, Bahagian 2, 2019 4

hukumannya, maka ia masuk neraka, dan hakim yang tidak mengetahui hak (kebenaran) lalu ia
menghukum manusia berdasarkan kejahilannya maka ia masuk neraka.18

Nas-nas diatas menunjukkan kemuliaan seorang hakim, selain ganjaran yang akan
dikurniakan oleh Allah SWT diatas sumbangan dan jasa membantu menyelesaikan masalah.
Namun Allah SWT juga memberi amaran terhadap hakim-hakim sekiranya tidak berlaku adil
terhadap pihak-pihak yang bertelingkah. Menegakkan keadilan dan membanteras kezaliman
merupakan tugas utama hakim dan kehakiman yang perlu ditegakkan. Justeru, tugas hakim dan
peranan sesebuah institusi kehakiman amat penting dalam memastikan keharmonian dalam
hidup masyarakat.

Pandangan Fuqaha mengenai pelantikan Hakim Wanita


Para fuqaha telah berselisih pendapat mengenai pelantikan hakim wanita dimana terdapat dua
golongan pendapat. Golongan pertama merupakan pendapat Jumhur fuqaha yang terdiri
daripada Mazhab Syafie, Mazhab Hanbali, dan Mazhab Maliki yang tidak mengharuskan
pelantikan hakim wanita. Jumhur fuqaha berpendapat bahawa sekiranya pelantikan dibuat
hukuman yang dijatuhkan adalah tidak sah sama sekali. 19 Golongan kedua ialah pendapat-
pendapat yang membenarkan pelantikan wanita sebagai hakim sama ada secara mutlak atau
dengan bersyarat kepada kes-kes tertentu.

Jumhur fuqaha berpendapat bahawa tidak sah melantik wanita menjadi wali atau hakim,
sekalipun menghakimi kes-kes yang boleh diterima kesaksian wanita. Sekiranya pihak berkuasa
melantik juga wanita sebagai hakim maka pelantikan itu terbatal dan seluruh penghakiman yang
dikeluarkan atau keputusan yang dijatuhkan ke atas sebarang perbicaraan adalah tidak sah dan
tidak boleh dikuatkuasakan. Pendapat jumhur fuqaha ini adalah berdasarkan dalil al-Quran, a-
Sunnah, al-Ijma dan dalil aqli.
a. Dalil dari Al-Quran sebagaimana firman Allah SWT yang bermaksud:

Kaum lelaki adalah pemimpin bagi kaum wanita, oleh kerana Allah telah melebihkan
sebahagiaan (lelaki) ke atas sebahagian yang lain (wanita).20

Al-Mawardi menyatakan kelebihan lelaki ke atas wanita itu adalah dari segi akal dan
fikiran. 21 Ayat diatas menjelaskan bahwa Allah SWT telah menjadikan orang lelaki
berkuasa dan pemimpin ke atas kaum wanita.

b. Al-Sunnah. Jumhur mengambil dalil daripada sebuah hadith yang riwayatkan oleh al-
Bukhari, al-Imam Ahmad dan Tarmizi daripada Abu Bakar RA beliau berkata: Tatkala
sampai berita kepada Rasulullah SAW bahawa orang Parsi telah melantik anak
perempuan Raja Kisra menjadi raja mereka, lalu baginda bersabda yang bermaksud:

Tidak akan berjaya sesuatu kaum yang melantik wanita mengendalikan urusan mereka.22

c. Al-Ijmak. Para jumhur fuqaha telah bersepakat bahawa tidak boleh melantik wanita
sebagai hakim. Oleh kerana para imam mujtahidin sebelum Ibn Hazm telah pun
bersepakat bahawa dia atas ketiadaan harus melantik wanita sebagai hakim, maka
perkataan Ibn Hazm yang mengharuskan pelantikan itu tanpa dalil dianggap menyalahi
ijmak. Oleh itu pendapat beliau tidak diterima lebih-lebih lagi munculnya pandangan ini

4
Jurnal Hukum, Jilid 48, Bahagian 2, 2019 5

bukan pada zaman para mujmi’in, bahkan kemudian daripada kematian para mujtahidin
dan mujmi’in.

d. Dalil ‘Aqli. Golongan berhujah bahawa bidang kehakiman itu memerlukan kesempurnaan
akal, pemikiran dan kebijaksanaan. Sedangkan ini tidak wujud dengan sempurna kepada
wanita secara umumnya kerana kebiasaannya mereka mudah terseret oleh perasaan yang
menjadi tabiatnya dan juga faktor semulajadi yang sering berlaku kepada mereka setiap
bulan dan tahun seperti haid, hamil dan bersalin. Ini semua boleh menghalang mereka
daripada membentuk suatu pandangan yang sempurna. Selain daripada itu majlis
kehakiman ini akan dihadiri oleh pihak-pihak yang bersengketa terdiri daripada lelaki,
sedangkan wanita tidak layak menghadiri tempat-tempat perhimpunan lelaki, kerana ia
menyentuh kemuliaan dan imej wanita.

Imam al-Syirazi juga berpandangan bahawa wanita tidak boleh menjadi hakim. Mengikut
pendapat beliau salah satu syarat untuk menjadi seorang hakim ialah antara lainnya mestilah
seorang lelaki. Beliau menyamakan kelayakan menjadi hakim dengan syarat untuk menjadi
saksi. 23 Zakaria al-Ansari juga membandingkan syarat layak menjadi seorang hakim bahawa
syarat menjadi saksi. Akhirnya beliau menyimpulkan bahawa seorang wanita tidak boleh
menjadi hakim kecuali dalam keadaan ketiadaan kaum lelaki yang memenuhi syarat. 24
Shihabuddin al-Ramli juga tidak membenarkan wanita menjadi hakim kerana secara fizikalnya
wanita memiliki kekurangan.25

Namun begitu, terdapat sebilangan fuqaha yang membenarkan pelantikan hakim wanita
seperti Ibn Hazm, Ibn Jarir al-Tabari dan ulama kontemporari, Dr. Yusuf al-Qaradhawi. Antara
hujah-hujah Ibn Hazm ialah:
a) Pada asalnya setiap mereka yang boleh dan mampu membuat keputusan atau
hukuman antara manusia maka hukumnya adalah harus. Wanita juga adalah
diantara orang yang boleh membuat keputusan yang demikian kerana
kewanitaannya itu tidak akan menjejaskan kefahamannya terhadap hujah-hujah
yang didengari dan keputusan ke atas pertikaian atau perbalahan.
b) Ibn Hazim seterusnya berhujah bahawa wanita boleh dilantik menjadi mufti oleh
itu wanita juga harus diantik menjadi hakim.
c) Beliau juga berhujah dengan pelantikan seorang wanita yang dikenali sebagai
Ummu Syifa’ sebagai penguasa pasar oleh Saidina Umar.

Sementara Ibn Jarir membawakan hadith Nabi SAW yang dibawa oleh jumhur ulama
iaitu menyatakan bahawa sesuatu urusan tidak akan berjaya jika wanita mengendalikan urusan
mereka sebagai dalil pandangan beliau. Namun beliau mentafsirkan bahawa hadith ini dengan
mengatakan bahawa alasan sebenar ulama yang tidak membenarkan wanita menjadi hakim
adalah kekurangan yang ada pada mereka. Kemampuan wanita waktu itu daripada sudut
kecekapan dan kemampuan ilmiahnya tidak seperti wanita hari ini. Dengan itu dalam keadaaan
di mana kecekapan, keahlian dan kemampuan wanita sama atau melebihi kaum lelaki yang ada,
maka tidak ada halangan untuk dilantik wanita menjadi hakim. Hadith tersebut menurut Ibn
Hazm kerana dalalah nya tidak jelas, maka ianya terbuka kepada ijtihad. Ibn Jarir juga
menqiaskan masalah pelantikan hakim wanita ini dengan pelantikan mufti wanita. Wanita boleh
dilantik menjadi mufti, maka sahlah juga untuk dilantik menjadi hakim.

5
Jurnal Hukum, Jilid 48, Bahagian 2, 2019 6

Bidangkuasa Kes Berdasarkan Pendapat yang Mengharuskan


Dari kalangan golongan yang membenarkan pelantikan wanita sebagai hakim, terdapat khilaf
dalam menentukan bidangkuasa kes yang boleh dibicarakan oleh hakim wanita semasa di dalam
perbicaraan. Pendapat pertama dipelopori oleh Ibn Hazm dan Ibn Jarir al-Tabari yang
mengharuskan wanita menjadi hakim bagi semua kes secara mutlak atau tanpa pengecualian. Ini
bererti wanita juga boleh membicarakan semua kes termasuk hudud dan qisas.26 Ini kerana Ibn
Jarir berpendapat bahawa tujuan pelantikan hakim ialah untuk melaksanakan keadilan yang
mutlak. Menurut beliau dengan alasan tersebut jawatan hakim boleh diberi kepada sesiapa sahaja
yang mampu menyelesaikan perselisihan antara pihak-pihak yang bertikai. Ibn Hazm yang
senada dalam pandangan ini menjelaskan bahawa wanita-wanita yang dilantik menjadi hakim
kerana sifat keperempuanan seorang wanita tidak akan memberi kesan terhadap kemampuannya
memahami hujah dan keterangan dan tidak menghalangnya menyelesaikan perbalahan.27

Pendapat kedua pula diutarakan oleh Imam Abu Hanifah yang berpandangan bahawa
wanita boleh menjadi hakim dalam kes-kes yang ia boleh menjadi saksi dan tidak boleh menjadi
hakim dalam kes-kes yang tidak boleh menjadi saksi.28 Hujah pendapat ini adalah berdasarkan
qias bahawa disebabkan wanita harus menjadi saksi dalam beberapa kes, maka wanita juga harus
menjadi hakim dalam perkara-perkara yang diharuskan menjadi saksi. 29 Jika melihat kepada
kesaksian wanita berdasarkan pandangan Mazhab Hanafi,ini bermakna hakim wanita dilarang
membicarakan kes hudud, qisas dan takzir badaniy (hukuman yang melibatkan keseksaan tubuh
badan seperti hukuman bunuh, penjara, rotan dan sebagainya.30 Namun boleh membicarakan kes
takzir maliy (hukuman yang melibatkan harta seperti denda wang, bayaran diat, sekatan harta
dan sebagainya) dan kes-kes kehartaan (mal) sebagaimana pendapat fuqaha mazhab tersebut.31
Manakala pendapat ketiga disuarakan oleh ulama mazhab Hanafi di mana wanita boleh menjadi
hakim dalam kes-kes kehartaan (mal), namun tidak dibenarkan untuk menghakimi kes hudud dan
qisas.32 Pandangan ini juga selari dengan pandangan Dr. Yusuf al-Qaradawi. 33

Syarat Pelantikan Hakim Mahkamah Syariah di bawah Kerangka Perundangan Sedia


Ada
Pelantikan hakim di Mahkamah Syariah adalah berpandukan kepada syarat-syarat yang
diperuntukan di dalam kerangka perundangan setiap negeri. Namun begitu, ia juga bergantung
kepada persetujuan Ketua Agama Islam sesebuah negeri tersebut. Hal ini disebabkan oleh
bidangkuasa hal ehwal agama Islam diletakkan di bawah pentadbiran negeri masing-masing
sebagaimana yang diperuntukan di dalam Senarai Dua, Jadual Kesembilan, Perlembagaan
Persekutuan. Secara umumnya terdapat 3 hierarki mahkamah di Mahkamah Syariah iaitu
Mahkamah Rendah Syariah, Mahkamah Tinggi Syariah dan Mahkamah Rayuan Syariah. Oleh
itu, terdapat 3 kategori hakim mengikut setiap peringkat hierarki tersebut.

Dari sudut perundangan, tidak terdapat perbezaan ketara di antara negeri-negeri


berhubung syarat pelantikan hakim di Mahkamah Syariah. Bagi pelantikan jawatan Hakim
Mahkamah Rendah Syariah, undang-undang memperuntukan calon mestilah dari kalangan
anggota perkhidmatan awam. Secara amalannya, jawatan Hakim Mahkamah Rendah Syariah di
khususkan bagi penjawat awam yang berkhidmat dengan skim perkhidmatan Pegawai Syariah
(LS). Tiada tempoh minimum perkhidmatan diperuntukan dalam undang-undang bagi
melayakkan seorang penjawat awam dilantik ke jawatan tersebut. Peruntukan undang-undang
6
Jurnal Hukum, Jilid 48, Bahagian 2, 2019 7

juga tidak menetapkan bahawa pelantikan Hakim Mahkamah Rendah Syariah perlu dilantik dari
kalangan lelaki.34 Sementara itu, bagi pelantikan Hakim Mahkamah Tinggi Syariah peruntukan
undang-undang menetapkan syarat-syarat yang lebih khusus. Undang-undang memperuntukan
bahawa seseorang yang dilantik perlulah tidak kurang dari sepuluh tahun berpengalaman sebagai
Hakim Mahkamah Rendah Syariah atau Pendaftar atau Pendakwa Syarie atau Peguam Syarie
atau seorang yang arif tentang Hukum Syarak. Oleh yang demikian, jawatan ini tidak terhad
kepada angggota perkhidmatan awam seperti jawatan Hakim Mahkamah Rendah Syariah.
Peruntukan undang-undang sedia ada juga tidak mengkhususkan ‘lelaki’ sebagai syarat
pelantikan bagi jawatan tersebut. 35 Ini termasuklah negeri Pahang di mana peruntukan yang
meletakkan ‘lelaki’ sebagai syarat pelantikan Hakim Syarie pada seksyen 43 (3) (a) Enakmen
Pentadbiran Undang-Undang Islam Pahang 1991 telah dipinda pada tahun 2015. Syarat-syarat
yang serupa juga diperuntukan bagi melantik Ketua Hakim Syarie dan Panel Hakim Rayuan
Syariah.36 Justeru, berdasarkan kepada peruntukan perundangan sedia ada, adalah jelas bahawa
wanita juga boleh dilantik sebagai hakim di kesemua peringkat Mahkamah Syariah.

Perkembangan Pelantikan Hakim Syarie Wanita di Malaysia


Oleh kerana bidangkuasa untuk melantik hakim di Mahkamah Syariah adalah tertakluk kepada
pentadbiran setiap negeri, maka penerimaan untuk melantik wanita menjawat jawatan tersebut
juga adalah berbeza. Perbezaan penerimaan ini kebiasaannya dipengaruhi oleh beberapa faktor
seperti pandangan fatwa dan persetujuan Ketua Agama Islam sesebuah negeri. Muzakarah
Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-73
yang bersidang pada 4 - 6 April 2006 telah membincangkan Hukum Melantik Wanita Sebagai
Hakim Syarie. Muzakarah telah memutuskan bahawa wanita harus dilantik menjadi Hakim
Syarie dalam kes-kes selain kes hudud dan qisas dengan syarat bahawa pemilihan dan pelantikan
hendaklah dibuat dengan penuh teliti dan teratur. Susulan daripada itu terdapat beberapa negeri
yang telah mengeluarkan fatwa berhubung keharusan melantik wanita sebagai hakim seperti
negeri Kelantan, Sarawak, Selangor, Kedah dan Wilayah Persekutuan. Manakala, Pulau Pinang
melalui Mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Negeri Pulau Pinang Bil 4/2012 pula menolak
pelantikan Hakim Syarie wanita di negeri tersebut.37 Asas perbezaan pendapat dan penerimaan
ini adalah berdasarkan kepada perbezaan pendapat yang berlaku dikalangan ulama klasik dan
kontemporari. Realitinya, pelantikan Hakim Syarie wanita telah pun dilaksanakan di beberapa
buah negeri dan jumlah Hakim Syarie wanita di negara ini semakin meningkat.

Pelantikan wanita sebagai Hakim Syarie di negara ini bermula pada tahun 2010. Pada
tahun itu dua orang Pegawai Syariah wanita telah dilantik sebagai Hakim Mahkamah Rendah
Syariah di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur. Pelantikan tersebut telah mengukir sejarah
perundangan syariah negara ini di mana kedua-dua pegawai tersebut merupakan wanita pertama
yang dilantik sebagai Hakim Syarie di Mahkamah Syariah. Penerimaan ini disusuli negeri
Melaka pada tahun 2011 dan beberapa negeri lain pada tahun berikutnya. Pada 27 Jun 2016,
negeri Selangor juga telah melakar sejarah tersendiri apabila melantik dua orang Pegawai
Syariah wanita sebagai Hakim Mahkamah Tinggi Syariah di negeri itu.38 Lebih membanggakan
pada tahun 2017, Prof Datuk Seri Dr Zaleha Kamarudin Rektor Universiti Islam Antarabangsa
(UIA) pada ketika itu dilantik sebagai salah seorang ahli Panel Hakim Mahkamah Rayuan
Syariah Terenganu berkuatkuasa pada 17 Oktober 2017.39 Bagi melihat senario penerimaan dan
perkembangan di seluruh negeri, berikut merupakan bilangan Pegawai Syariah wanita yang
menerima tauliah Hakim Syarie di Mahkamah Syariah seluruh Malaysia pada tahun 2018:

7
Jurnal Hukum, Jilid 48, Bahagian 2, 2019 8

Bil Negeri Mahkamah Mahkamah Mahkamah Jumlah


Rendah Tinggi Rayuan
1. Johor 0 0 0 0
2. Melaka 2 0 0 2
3. Negeri Sembilan 0 0 0 0
4. Selangor 9 2 0 11
5. Wilayah Persekutuan 4 0 0 4
6. Pahang 2 0 0 2
7. Perak 1 0 0 1
8. Kedah 2 0 0 2
9. Perlis 1 0 0 1
10. Pulau Pinang 0 0 0 0
11. Kelantan 4 0 0 4
12. Terengganu 3 0 1 4
13. Sabah 2 0 0 2
14. Sarawak 0 0 0 0
JUMLAH 30 2 1 33
Jadual 1: Bilangan Pegawai Syariah wanita yang dilantik sebagai Hakim Syarie dan yang diberi tauliah Hakim
Syarie di seluruh Malaysia pada tahun 201840

Jadual 1 di atas memaparkan bilangan Pegawai Syarie wanita yang telah dilantik dan
mendapat tauliah Hakim di Mahkamah Syariah ketika ini. Seramai 33 orang pegawai telah
diberikan tauliah hakim di 9 buah negeri. Manakala hanya baki 5 negeri masih belum melantik
atau memberikan tauliah Hakim Syarie dari kalangan wanita. Seramai 30 orang wanita telah
diberikan tauliah hakim Mahkamah Rendah Syariah, 2 orang sebagai Hakim Mahkamah Tinggi
Syariah dan seorang sebagai Hakim Mahkamah Rayuan Syariah. Jadual ini juga menjelaskan
bahawa Hakim Syarie wanita telah dilantik di kesemua peringkat Mahkamah Syariah.
Perkembangan dalam tempoh 8 tahun ini memberikan indikasi positif dalam pentadbiran
keadilan syariah di negara ini.

Bidangkuasa kes Hakim Syarie Wanita di Malaysia


Terdapat beberapa perbezaan pendapat dalam menetapkan bidangkuasa kes yang boleh dihakimi
Hakim Syarie wanita di negara ini. Perbezaan tersebut boleh diperhatikan melalui fatwa negeri-
negeri dan amalan di Mahkamah Syariah negeri-negeri yang telah membuat pelantikan.
Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia
Kali Ke-73 yang bersidang pada 4 - 6 April 2006 memutuskan bahawa wanita harus dilantik
menjadi Hakim Syarie dalam kes-kes selain kes hudud dan qisas. Muzakarah turut menetapkan
pemilihan dan pelantikan hendaklah dibuat dengan penuh teliti dan teratur.41 Terdapat beberapa
buah negeri lain yang mengeluarkan fatwa yang serupa berkaitan keharusan wanita menghakimi
kes-kes selain kes hudud dan qisas seperti Wilayah Persekutuan, Kedah, Sarawak dan
Kelantan.42 Sementara Mesyuarat Jawatankuasa Perunding Hukum Syarak Negeri Pahang Kali
Ke-7 pada 9 Oktober 2012 pula memutuskan bahawa hukum perlantikan Hakim Syarie Wanita
adalah harus tetapi hanya bagi kes-kes mal sahaja. Manakala Mesyuarat Jawatankuasa Fatwa
Negeri Selangor kali ke-2 yang bersidang pada 12 April 2016 memutuskan bahawa harus bagi
8
Jurnal Hukum, Jilid 48, Bahagian 2, 2019 9

mana-mana wanita muslim memegang jawatan sebagai Hakim Syarie dalam kes mal tetapi tidak
harus dalam kes jenayah berat (ad-dima’).43

Dari sudut amalan pula, di awal pelantikan dua orang Hakim Syarie wanita pertama pada
tahun 2010, mereka diberikan bidangkuasa untuk mendengar dan membicarakan kes-kes mal
kecuali kes permohonan wali hakim. Pada tahun 2015, Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan
telah meluaskan bidangkuasa kes kepada kesemua kes iaitu kes mal dan jenayah syariah tetapi
masih dikecualikan dari mendengar permohonan wali hakim sehingga kini. 44 Kebenaran dan
pengecualian yang serupa diamalkan di negeri Kelantan dan Kedah. 45 Manakala bagi negeri
Melaka, sejak pelantikan pada tahun 2011 lagi Hakim Syarie Wanita di negeri tersebut
dibenarkan membicarakan kesemua kes mal dan jenayah tanpa pengecualian. 46 Kondisi yang
sama bagi Hakim Syarie wanita di negeri Selangor, Sabah, Perlis dan Perak dimana Hakim
Syarie wanita di kesemua negeri tersebut dibenarkan untuk mendengar dan membicarakan
kesemua kes.47 Bagi negeri Pahang pula, kedua-dua Hakim Syarie wanita yang mula dilantik
pada tahun 2013 hanya boleh mengendalikan kes mal kecuali permohonan wali hakim.
Sementara bagi kes jenayah syariah kedua- dua Hakim Syarie wanita tersebut masih belum
dibenarkan untuk mengendalikan.48

Pelantikan dan Bidangkuasa Hakim Syarie Wanita di Malaysia: Ketidaksepakatan


Pendapat yang Perlu dimuktamadkan
Penulisan ini mengenalpasti dua senario berkaitan ketidaksepakatan pandangan yang wujud iaitu
berhubung dengan pelantikan dan bidangkuasa Hakim Syarie wanita di negara ini. Kedua-dua
senario ini melibatkan wujudnya ketidaksepakatan di kalangan para fuqaha sebagaimana yang
telah dibincang di awal penulisan ini. Rentetan perbezaan pendapat tersebut telah menyebabkan
kepada ketidaksepakatan fatwa yang menyatakan pendirian sesuatu isu di sesebuah negeri.
Penulisan ini mendapati terdapat banyak pendapat yang menyatakan sokongan dan keharusan
melantikan wanita sebagai hakim di Mahkamah Syariah di negara ini. Antaranya pandangan
yang diutarakan oleh Siti Zalikha binti Mohd Noor yang berpendapat bahawa tugas hakim pada
masa kini tidak seperti pada masa dahulu kerana kehakiman Islam pada masa kini tidak
memerlukan ijtihad yang berat. Ini kerana segala hukum hakam telah disediakan oleh ulama dan
fuqaha terdahulu dan tugas hakim pada masa kini hanya perlu mentarjihkan pandangan-
pandangan tersebut.49 Pendapat yang serupa disuarakan oleh Mohd Asri Zainal Abidin dimana
beliau menyatakan bahawa hakim pada masa kini adalah berbeza dimana hakim tidak lagi
menggunakan ijtihad sepenuhnya tetapi merujuk kepada enakmen sedia ada. Selain itu hakim
Mahkamah Syariah tidak mengendalikan kes-kes jenayah yang berat sebagaimana Mahkamah
Sivil.50 Antara ahli akademik lain yang turut menyokong pelantikan Hakim Syarie wanita seperti
Mahmud Saedon, Norizan Awang, Abu Haniffa Mohamed Abdullah dan Raihanah Abdullah.51
Selain pandangan-pandangan tersebut, kebanyakkan hakim di Mahkamah Syariah turut
menyuarakan pandangan yang sama misalnya pandangan yang diutarakan oleh Mantan Hakim
Mahkamah Rayuan Syariah, Datuk Md. Yusof Che Teh yang berpendapat bahawa Hakim Syarie
wanita dilantik berdasarkan keperluan semasa memandangkan kes Mahkamah Syariah semakin
meningkat.52 Tan Sri Ibrahim Lembut , Mantan Ketua Hakim Syarie Jabatan Kehakiman Syariah
Malaysia (JKSM) juga pernah menyuarakan pandangan supaya lebih ramai wanita di lantik
menjadi Hakim Mahkamah Rendah Syariah dan Hakim Mahkamah Tinggi Syariah di masa akan
datang.53

Berdasarkan kajian justifikasi yang pernah dijalankan bagi meninjau pandangan


pelantikan Hakim wanita di Mahkamah Syariah, responden-responden telah memberikan
9
Jurnal Hukum, Jilid 48, Bahagian 2, 2019 10

maklumbalas yang positif. Antara justifikasi-justifikasi keperluan melantik Hakim Syarie wanita
adalah seperti terdapat pendapat syarak yang membenarkan, fatwa kebangsaan membenarkan,
fatwa negeri membenarkan, tiada halangan undang-undang, kes di Mahkamah Syariah negeri
sekarang tidak melibatkan hudud dan qisas, bidang tugas hakim tidak berat kepada wanita,
terdapat kekosongan jawatan Hakim Syarie yang belum diisi, lambakan kes yang masih
tertangguh, peningkatan graduan wanita dalam bidang undang-undang, kemahiran dan kelayakan
wanita setanding dengan lelaki majoriti pelanggan Mahkamah Syariah adalah wanita kekurangan
calon lelaki yang berkelayakan, hakim lelaki kurang sensitif kepada wanita, janji kerajaan
bahawa wanita tidak didiskriminasi dalam perkhidmatan awam, desakan pelbagai pihak seperti
NGO wanita, masyarakat dan lain-lain. 54 Penulisan ini mendapati bahawa pendapat-pendapat
yang menyokong pelantikan Hakim Syarie wanita lebih dominan daripada pandangan yang
sebaliknya. Pandangan-pandangan yang mengharuskan sama ada dari kalangan ahli akademik,
ahli Pentadbiran Kehakiman Syariah dan sebagainya dilihat sebagai suatu pandangan yang
bertunjangkan hujah-hujah mengikut keperluan semasa. Penulisan ini juga bersetuju bahawa
pelantikan Hakim Syarie wanita pada masa kini adalah sesuai berdasarkan maslahah semasa.
Sungguhpun ia bukanlah suatu keperluan yang mendesak, namun pelantikan Hakim Syarie dari
kalangan wanita boleh melenyapkan tohmahan terhadap Mahkamah Syariah berhubung
ketidakadilan gender dalam pentadbiran dan ketelusan dalam memutuskan penghakiman di
Mahkamah Syariah.

Berkaitan dengan bidangkuasa pula, penulisan ini mendapati terdapat beberapa versi
pandangan fatwa dan amalan yang diimplementasi di Mahkamah Syariah negeri-negeri. Dari
sudut fatwa, terdapat tiga pandangan berkaitan bidangkuasa iaitu sama ada Hakim Syarie wanita
boleh membicarakan kesemua kes selain hudud dan qisas atau terhad bagi kes mal sahaja atau
boleh membicarakan bagi kes mal tetapi tidak harus dalam kes jenayah berat (ad-dima’). Fatwa
yang mengharuskan kesemua kes kecuali hudud dan qisas adalah selari dengan pandangan
Mazhab Hanafi dan Dr Yusof al-Qardawi sebagaimana yang dibincangkan di awal penulisan ini.
Manakala melihat kepada implementasi di Mahkamah Syariah pula, terdapat negeri yang
membenarkan hakim wanita menghakimi kesemua kes tanpa pengecualian. Selain itu terdapat
negeri yang menghadkan bidangkuasa bagi kes-kes mal sahaja dan negeri yang membenarkan
perbicaraan bagi kesemua kes mal dan jenayah kecuali permohonan wali hakim. Melihat kepada
perbezaan-perbezaan yang wujud, penulisan ini mencadangkan supaya pihak-pihak yang
kompeten memuktamadkan kepelbagaian perbezaan pendapat-pendapat yang ada dengan melihat
kepada realiti dan keadaan semasa demi memastikan fungsi sebenar institusi pentadbiran
keadilan syariah di negara ini sentiasa tercapai. Penulisan ini mencadangkan supaya Hakim
Syarie wanita diberikan bidangkuasa untuk mendengar dan memutuskan semua kes mal dan
jenayah syariah sebagaimana amalan di kebanyakkan negeri. Ini kerana kes jenayah syariah di
negara ini terhad kepada hukuman tazkir. Begitu juga kebenaran harus diberikan bagi kes
permohonan wali hakim, Hakim Syarie wanita hanya ditugaskan untuk meluluskan atau
sebaliknya permohonan tersebut, ini kerana urusan wali hakim akan diserahkan kepada Jabatan
Hal Ehwal Agama Islam yang berkaitan selepas kes tersebut selesai.

Hakim Syarie Wanita di Malaysia: Cabaran di Era Globalisasi


Kerjaya seorang hakim adalah tugas umum negara yang menyentuh kepentingan awam dan
semestinya tidak lari dari menghadapi cabaran-cabaran tertentu. Terdapat dua bentuk cabaran
yang perlu dihadapi oleh Hakim Syarie wanita di negara ini iaitu cabaran yang lahir dari
profesion sebagai Hakim Syarie itu sendiri dan seterusnya ialah cabaran berdasarkan sifat dan
tanggungjawab peribadi seorang Hakim Syarie wanita. Sebagai seorang Hakim Syarie yang

10
Jurnal Hukum, Jilid 48, Bahagian 2, 2019 11

professional, cabaran-cabaran ini dikhuatiri memberi kesan kepada penghakiman sekiranya tidak
diatasi dengan sebaiknya. Cabaran-cabaran Hakim Syarie wanita boleh dilihat seperti berikut:

i) Angka Kes yang Besar


Perkembangan jumlah penduduk, ilmu dan teknologi boleh mendorong kepada peningkatan
jumlah kes setiap tahun. Masyarakat terutamanya wanita pada masa kini mempunyai banyak
cara untuk mendapatkan maklumat berkaitan kes di Mahkamah Syariah dengan mudah.
Jumlah kes yang banyak dan meningkat menjadi cabaran besar buat profesion Hakim Syarie
sama ada lelaki mahupun wanita. Satu kajian yang pernah dijalankan mendapati bahawa
wujud ketidakseimbangan antara jumlah kes-kes yang didaftarkan dengan jumlah sebenar
hakim-hakim yang ditugaskan untuk mengendalikan kes-kes tersebut. 55 Angka kes yang
besar boleh menambahkan bebanan kepada seorang hakim dan boleh memberikan tekanan
bagi menyelesaikan sesuatu kes. Ini kerana Islam telah menggariskan etika di mana seorang
hakim perlu dalam keadaan yang tenang dan tenteram rohani dan jasmani ketika menghakimi
perbicaraan. Emosi hakim semasa menjalankan tugas amat ditekankan di dalam Islam.
Peningkatan kes ini juga telah menjadi antara faktor pendorong yang menyokong kepada
pelantikan wanita sebagai Hakim Syarie di negara ini.56

Kategori kes 2015 2016 2017 Jumlah

Mal 100,773 104,769 105,374 310,916


Faraid 16,994 16,625 13,878 47,447
Jenayah 19,616 24,581 20,951 65,148
JUMLAH 137,333 145,975 140,203 423,511
Jadual 2: Jumlah kes Mal, Faraid dan Jenayah yang didaftarkan di Mahkamah Syariah seluruh Malaysia dari
tahun 2015 sehingga tahun 2017.57

Jadual 2 menunjukkan jumlah kes yang dikendalikan di Mahkamah Syariah seluruh


Malaysia bermula dari tahun 2015 sehingga tahun 2017. Kes mal menunjukkan peningkatan
setiap tahun. Manakala bagi kes faraid dan jenayah, meskipun terdapat sedikit penurunan
pada tahun 2016 dan 2017 jumlah keseluruhan kes bagi kedua-dua kes ini untuk tiga tahun
tersebut masih boleh diklasifikasikan pada tahap yang banyak. Jumlah keseluruhan ketiga-
tiga kategori kes bagi tiga tahun kebelakangan ini memberi petunjuk bahawa cabaran yang
besar perlu dipikul oleh Hakim-Hakim Syarie di negara ini.

ii) Penangguhan dan Tunggakan Kes


Memanjangkan kes tanpa alasan yang munasabah sememangnya ditegah dalam Islam. Ini
kerana melewat-lewatkan perbicaraan boleh menjejaskan keadilan, mendatangkan
kemudaratan dan menangguhkan kepentingan. 58 Suatu ketika dahulu, Mahkamah Syariah
kerap dikritik di media massa berhubung dengan kekerapan penangguhan kes di Mahkamah
Syariah. Misalnya kes Aida Melly yang telah mendapat liputan yang meluas kerana
memakan masa sehingga 8 tahun. Kontroversi kes ini memperkukuhkan lagi justifikasi
wujudnya keperluan semasa wanita dilantik sebagai hakim. Tempoh yang panjang itu
dikatakan antaranya berpunca daripada peningkatan kes dan kekurangan Hakim Syarie di
Mahkamah Syariah. Secara tidak langsung juga isu ini telah membawa kepada berbangkitnya
11
Jurnal Hukum, Jilid 48, Bahagian 2, 2019 12

isu pelantikan Hakim Syarie wanita yang dicadangkan oleh pihak-pihak tertentu bagi
mengatasi lambakan kes-kes tertangguh berpunca daripada kekurangan tersebut. 59

Satu kajian yang telah dijalankan bagi mengenalpasti faktor-faktor yang membawa
kepada penangguhan kes mendapati bahawa faktor-faktor adalah seperti peningkatan kes,
kekurangan hakim, ketidakhadiran pihak-pihak, ketidakhadiran pihak peguam, beban
pembuktian yang berat, prosedur pra perbicaraan yang ketat dan memberi peluang untuk
pihak-pihak membuat perundingan juga menyumbang kepada tempoh perbicaraan kes yang
lama. 60 Wanita-wanita yang pernah berurusan dengan mahkamah berpendapat bahawa
kekerapan penangguhan kes sebenarnya membuang masa. Kekecewaan ini dirasai oleh
wanita-wanita ini kerana penangguhan kes dan kelewatan menyelesaikan kes seperti
perceraian melibatkan tekanan perasaan, marah, emosi dan kecewa. Lebih teruk lagi apabila
penangguhan tersebut melibatkan kos yang perlu ditanggung oleh mereka ini dalam usaha
mereka untuk mendapatkan hak mereka sendiri ataupun hak anak seperti nafkah anak. 61
Berikut merupakan statistik kes bagi negeri Wilayah Persekutuan, Selangor dan Sabah:

Negeri Kategori kes 2015 2016 2017 Jumlah

Mal 8,815 9,219 9,087 27,121


Wilayah Faraid 734 735 583 2052
Persekutuan Jenayah 561 1,089 366 2016
JUMLAH 10,110 11,043 10,036 31,189
Mal 18,861 20,565 21,220 60,646
Selangor Faraid 2,140 2,173 1,704 6,017
Jenayah 3,876 3,504 3,736 11,116
JUMLAH 24,877 26,242 26,660 77,779
Mal 10,106 10,553 10,272 30,931
Sabah Faraid 2,242 2,345 2,454 7,041
Jenayah 1,494 1,986 1,890 5,370
JUMLAH 13,842 14,884 14,616 43,342
Jadual 3: Jumlah kes Mal, Faraid dan Jenayah yang didaftarkan di Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan,
Selangor dan Sabah dari tahun 2015 sehingga tahun 2017.62

Jadual 3 di atas memaparkan jumlah kes mal, faraid dan jenayah bagi tahun 2015
sehingga tahun 2017 bagi negeri Wilayah Persekutuan, Selangor dan Sabah. Ketiga-tiga
negeri tersebut telah melantik Hakim Syarie wanita di Mahkamah Syariah masing-masing.
Dengan jumlah kes yang banyak setiap tahun dan bilangan Hakim Syarie yang terhad, ianya
boleh memberikan bebanan kepada Hakim Syarie di negeri-negeri terbabit. Bebanan ini juga
dikhuatiri boleh menyebabkan kepada kekerapan penangguhan dan tunggakan kes.

iii) Kes yang rumit dan mencabar


Mahkamah Syariah pada masa kini bukan sahaja berhadapan dengan kes-kes yang
kekeluargaan yang rumit tetapi berkaitan dengan kes-kes lain seperti tuntutan yang
membabitkan jumlah wang yang besar, kes-kes melibatkan penentuan status agama
seseorang, kes-kes jenayah syariah dan sebagainya. Kes-kes sebegini memerlukan ilmu dan
kemahiran yang cukup dan sebaiknya. Kes yang rumit dan mencabar ini juga boleh
mempengaruhi tempoh masa menyelesaikan kes. Misalnya, Mahkamah Syariah di seluruh
Malaysia telah menerima 686 kes permohonan menukar status agama Islam dari tahun 2000
12
Jurnal Hukum, Jilid 48, Bahagian 2, 2019 13

hingga 2010.63 Jumlah ini mungkin meningkat ketika ini. Susulan daripada kes tersebut, lahir
pula kes-kes berkaitan seperti hak jagaan anak yang menjadi perebutan dan menimbulkan isu
pertindihan kuasa dengan Mahkamah Sivil seperti dalam kes Izwan Abdullah vs S. Deepa,64
dan kes Subhashini vs Muhammad Shafi Saravanan yang pernah menjadi kontroversi.65

Selain itu, Hakim Syarie wanita juga berdepan dengan cabaran dalam menjatuhkan
hukuman yang setimpal bagi kes jenayah syariah. Sebagaimana sedia maklum bahawa
hukuman jenayah syariah di negara ini terhad kepada hukuman denda berjumlah RM 5,000
ringgit, 3 tahun penjara dan 6 kali sebatan. Sungguhpun begitu, bilangan kes jenayah yang
semakin meningkat pada masa kini menuntut supaya hakim di Mahkamah Syariah
menjatuhkan hukuman yang lebih berat seperti penjara dan sebatan selaras dengan falsafah
hukuman di dalam Islam. Salah satu tujuan hukuman dalam Islam adalah untuk memberikan
pengajaran dan pencegahan. Sekiranya trend hukuman jenayah syariah sedia ada lebih
cenderung untuk menjatuhkan hukuman denda atau hukuman ‘maliyah’ bukan hukuman
‘badaniyah’ dikhuatiri akan mengurangkan keberkesanan falsafah sesuatu hukuman itu
dikenakan.

iv) Tohmahan Prejudis dan Bias


Keadilan dalam Islam bersifat mutlak tanpa mengira pangkat, warna kulit, kaum mahupun
gender. Antara cabaran yang perlu dihadapi oleh Hakim Syarie ialah untuk membuktikan
bahawa tiada sikap prejudis dan bias berasaskan gender yang sama mahupun berlainan
diamalkan di Mahkamah Syariah. Pada suatu ketika dahulu, isu ini sering dimainkan di
media massa misalnya “Bias against women must stop - Shariah Court continued to treat
women unfairly and often made decisions in favor of men”. 66 Selepas 8 tahun pelantikan
wanita sebagai Hakim Syarie, nampaknya polimik ini masih berterusan kerana masih
terdapat lagi kritikan-kritikan serupa di dada-dada akhbar. Misalnya satu rencana yang
bertajuk “Sukarnya mendapat keadilan di Mahkamah Syariah” mendedahkan bahawa
Kumpulan Sokongan Ibu Tunggal (KSIT) membuat kesimpulan bahawa Mahkamah Syariah,
pegawai agama mahupun pegawai Sulh di negara ini secara amnya langsung tidak ada hati
dan perasaan untuk memahami masalah wanita apabila diceraikan. Dalam rencana tersebut
juga, Mahkamah Syariah dikritik kerana kerap menyebelahi bekas suami yang enggan
membayar nafkah.67 Tohmahan dan persepsi sebegini menjadi cabaran yang perlu dihadapi
dan perlu diatasi dengan sebaiknya. Mahkamah Syariah sememangnya terdedah dengan
sebarang kritikan masyarakat. Kritikan-kritikan tersebut hanya boleh dijawab menerusi
penghakiman yang adil dan saksama sehingga mereka yang membacanya tidak boleh
mempertikaikan keputusan dibuat.

v) Sifat, karakter dan tanggungjawab peribadi seorang wanita


Wanita sememangnya mempunyai sifat yang unik dan berbeza dengan lelaki. Islam
meletakkan persamaan taraf antara lelaki dan wanita selama mana tidak membawa kepada
kemungkinan yang bertentangan dengan syariah Islam atau tidak sesuai dengan sifat
semulajadi wanita dari segi biologi dan psikologi. Dalam Bahasa Arab terdapat beberapa
istilah yang merujuk kepada wanita iaitu al-Untsa, al-Mar’ah dan al-Nisa’. Menurut Kamus
al-Munjid “al-Untsa merupakan ialah kata tunggal yang memberi erti lawan kepada lelaki.
Al-Untsa adalah pecahan daripada kata kerja anath yang bererti lembut dan tidak keras. Jadi
apabila perkataan al-Untsa digunakan untuk memberi maksud perempuan atau wanita, ia
adalah lawan kepada lelaki. Ia mungkin berdasarkan kepada kelembutan dan kehalusan
kejadian kaum perempuan itu sendiri. Ia berbeza dengan kaum lelaki yang dikatakan keras
13
Jurnal Hukum, Jilid 48, Bahagian 2, 2019 14

dan kasar sifatnya”. Wanita juga amat sinonim dengan sifat malu. Firman Allah SWT yang
bermaksud:
Kemudian salah seorang dari perempuan dua beradik itu datang mendapatkannya dengan
berjalan dalam keadaan tersipu-sipu malu sambil berkata, “Sebenarnya bapaku
menjemputmu untuk membalas budimu memberi minum binatang ternak kami”.68

Syeikh Abdul Rahman as-Saidi dalam tafsirnya menjelaskan bahawa ayat ini
menunjukkan kepada mulianya keturunan dan baik akhlaknya. Sesungguhnya sifat malu itu
adalah dari akhlak-akhlak terpuji khususnya pada wanita. 69 Wanita juga dianugerahkan
dengan sifat keibuan di mana wanita mengandung, melahirkan, menyusukan dan mendidik
anak-anak. Sifat ini jugalah yang menyebabkan seorang ibu diberikan keutamaan bagi hak
jagaan anak (hadhanah) sekiranya berlakunya perceraian. Firman Allah SWT yang
bermaksud:
Dan kami wajibkan manusia berbuat baik kepada kedua ibu bapanya; ibunya telah
mengandungnya dengan menanggung kelemahan demi kelemahan (dari awal mengandung
hingga akhir menyusunya), dan tempoh menceraikan susunya ialah dalam masa dua tahun;
(dengan yang demikian) bersyukurlah kepadaKu dan kepada kedua ibubapamu; dan
(ingatlah), kepada Akulah jua tempat kembali (untuk menerima balasan).70

Dalam konteks wanita bekerjaya menurut perspektif Islam, tanggungjawab-


tanggungjawab seharian wanita tidak harus diabaikan terutamanya wanita yang sudah
berkeluarga. Menurut Ibn Qayyim, wanita dibenarkan menceburi pelbagai bidang pekerjaan
dan Islam mensyaratkan supaya kegiatan dan pekerjaan hendaklah bersesuaian dengan fitrah
kejadian wanita dan tidak bertentangan dengan hukum syarak, iaitu tidak mendatangkan
kemudharatan, fitnah dan bencana kepada orang lain. Kemudharatan kepada wanita sendiri
dibimbangi akan hilang sifat kewanitaannya, rumah dan anak-anaknya akan terabai. 71 Dr
Yusuf al-Qardawi pula mengingatkan bahawa sekiranya masalah tersebut tidak dapat diatasi
ianya dapat mengakibatkan kesihatan wanita terganggu dan tidak dapat berfungsi sebagai
isteri dan ibu. Manakala suami dan anak-anak pula kehilangan sumber kasih sayang dan
perhatian disebabkan keletihan wanita bekerja pada siang hari dan malam ditambahi pula
ketegangan. Wanita seumpama ini tidak berupaya memberikan pendidikan terbaik kepada
keluarganya kerana keadaan fizikal dan psikologinya tidak mengizinkan.72 Sifat, karakter dan
tanggungjawab wanita ini menjadi cabaran yang perlu digalas dalam memastikan agar ianya
tidak mempegaruhi penghakiman.

vi) Etika dan Adab al-Qadi


Antara cabaran lain yang perlu dihadapi oleh seorang Hakim Syarie wanita ialah beramal
dengan etika dan adab seorang hakim menurut kaca mata Islam. Posisi hakim di dalam
sesebuah masyarakat adalah penting dan mulia kerana tugasnya yang menghakimi manusia.
Oleh itu sewajarnya seseorang hakim mendapat kepercayaan dari masyarakat supaya mereka
tidak bimbang terhadap keadilannya dalam penghakiman. Adab kadi boleh difahami sebagai
perkara yang patut diikuti dan dilakukan oleh seorang hakim dan perkara yang perlu dijauhi.
Ianya juga membawa maksud perkara-perkara yang dilazimkan oleh syarak kepada seorang
hakim dalam melaksanakan tugasnya menegakkan keadilan, menolak kezaliman,
meninggalkan kecenderungan nafsu, memelihara ketentuan syarak dan mengamalkan segala
yang ditetapkan.73

14
Jurnal Hukum, Jilid 48, Bahagian 2, 2019 15

Terdapat adab dan etika hakim yang boleh diklasifikasikan kepada umum dan khusus.
Adab dan etika umum adalah berhubung dengan kehidupan hakim seharian, misalnya
seorang hakim perlu bersifat adil bukan sahaja di dalam perbicaraan malahan pada kehidupan
sehari-hari. Adab dan etika ini selari dengan apa yang disyaratkan oleh jumhur ulama
bahawa seseorang hakim itu perlulah bersifat adil iaitu bercakap benar, jelas amanah, tidak
melakukan perkara-perkara yang haram dan dosa, jauh daripada sifat-sifat yang meragukan,
tidak suka berjenaka, menjaga maruah dalam urusan agama dan dunianya, dipercayai dalam
keadaan gembira dan marah.74 Seorang hakim juga tidak seharusnya bergaul bebas dengan
masyakarat atau berjalan-jalan bersama mereka melainkan setakat yang diperlukan. Hakim
juga tidak diharuskan bersenda gurau.75 Selain itu hakim juga tidak boleh menerima hadiah,
menerima jemputan khas dan menerima rasuah.76

Seterusnya ialah etika dan adab khusus seorang hakim semasa berada di dalam
mahkamah atau ketika menjalankan perbicaraan. Seorang hakim perlulah menghakimi
perbicaraan dalam keadaan tidak marah, runsing, letih, lesu, gelisah, dalam keadaan bising
dan hingar-bingar, ketika lapar, haus, terlalu kenyang dan mengantuk. 77 Keadaan-keadaan
tersebut boleh menganggu tumpuan hakim dan boleh mempengaruhi keputusan hakim serta
membawa kepada ketidakadilan. Sabda Rasulullah SAW di dalam sebuah hadis yang
bermaksud:
Janganlah seorang hakim mengadili di antara dua pihak sedangkan dia dalam keadaan
marah.78

Ibn Qudamah memberikan pengertian marah yang lebih luas berdasarkan hadis ini di
mana ia termasuklah semua perkara yang boleh mengganggu fikiran seperti terlalu lapar,
sakit yang membimbangkan, menahan dari membuang air kecil dan besar, mengantuk yang
keterlaluan, terlalu dukacita dan terlalu gembira. 79 Seorang hakim juga perlu berpendirian
tegas dan tidak terpengaruh dengan orang-orang disekelilingnya. Layanan sama rata perlu
diberikan oleh hakim terhadap kedua-dua belah pihak yang bertikai tanpa melebihkan satu
pihak dari satu pihak yang lain. Dalam masa yang sama, hakim perlulah menunjukkan reaksi
yang sama sepanjang perjalanan perbicaraan terhadap kedua-dua pihak yang terlibat tanpa
mengira kedudukan dan taraf atau perbezaan agama.80 Justeru, bagi memastikan pandangan
masyarakat terhadap kemuliaan status Hakim Syarie kekal terpelihara, Hakim-hakim Syarie
wanita perlu berusaha untuk menjaga etika dan adab sepanjang masa.

Penutup
Penulisan ini menyimpulkan bahawa pelantikan wanita sebagai Hakim Syarie telah diterima baik
di negara ini. Sungguhpun terdapat sisi perbezaan dari sudut pelantikan dan bidangkuasa, namun
jumlah wanita yang telah dilantik sebagai Hakim Syarie mencerminkan kesungguhan
pentadbiran keadilan syariah negara ini menjalankan tanggungjawab dengan adil dan saksama.
Perbezaan berhubung pelantikan dan bidangkuasa di antara negeri perlu diselaraskan supaya
tidak timbul persepsi negatif masyarakat. Soal integriti, keupayaan dan kepakaran Hakim Syarie
wanita dalam melaksanakan tugas masing-masing akan menjadi perhatian masyarakat khususnya
dalam kes yang rumit dan mencabar. Cabaran-cabaran yang telah dibincangkan memerlukan
komitmen dan pengetahuan yang baik dalam membuat penghakiman. Persepsi positif dari
masyarakat harus dibina dan dipertahankan agar institusi kehakiman syariah di negara ini terus
dihormati.

15
Jurnal Hukum, Jilid 48, Bahagian 2, 2019 16

1
Pegawai Sulh, Jabatan Kehakiman Syariah Negeri Sembilan (Pelajar Doktor Falsafah Di Fakulti
Undang-Undang, Universiti Kebangsaan Malaysia).
2
Pensyarah Kanan Fakulti Undang-Undang, Universiti Kebangsaan Malaysia.
3
Surah Al-Nahl, Ayat 97.
4
Tan Sri Abdul Ghani Patail, Peguam Negara Malaysia, Ucapan Di Persidangan Tahunan Pegawai
Syariah Kali Ke-10 Pada 27 Ogos 2008 Di Institut Latihan Sultan Ahmad Shah (ILSAS), Bangi Selangor.
5
Zaini Nasohah, Fatimah Majemi, Zuliza Mohd Kusrin, Ahmad Muhammad Husni, Mohd Al-Adib
Samurie, Analisis Literarur Isu Pelantikan Hakim Syarie Wanita Di Malaysia, International Journal Of
Islamic And Civilization Studies (UMRAN), 2015 Hlm.64.
6
Abdul Salam Muhammad Naim, Nazariah Al-Da’wa, Matbaah Al-Muqaddimah Al-Islamiah, Mesir,
Hlm.41.
7
Ibn Abidin, Hasyiah, Matbaah Mustafa Halaby, Mesir, 1966, Jld 5, Hlm. 352.
8
Awad, Ibrahim Najib Muhammad, Al-Qada’ Fil Islam, Kaherah, 1975, Hlm.6.
9
Mahmud Saedon A. Othman, Institusi Pentadbiran Undang-Undang Dan Kehakiman Islam, Kuala
Lumpur, Dewan Bahasa Dan Pustaka, 2003, Hlm.16
10
Ibrahim Najib Muhammad Iwad, Al-Qada Fi Al-Islam, Kaherah, Majma Al-Buhuth Al-Islamiah, 1975,
Hlm.5
11
Yasin, Muhammad Abdul Salam, Nazariah Al-Da’wa, Saudi Arabia, T.T., Jil.1, Hlm. 44
12
Ibid.
13
Mohammad Khatib Al-Sharbani, Mughi Muhtaj, Kaherah, Mustafa Al-Babi Al-Halabi, 1377H, Hlm.72
14
Surah Al-Nahl, Ayat 90.
15
Surah Al-Nisa, Ayat 58.
16
Imam Muhammad Bin Ismail Al-Kahlani Al-Sana’ni, Subul Al-Salam, Mesir, Matba’ah Mustafa Al-
Babi Al-Halabi, 1960, Jil.4, Hlm.116.
17
Muhammad Bin Ali Bin Muhammad Al-Shaukani, Nail Al-Autar, Mesir, Matba’ah Mustafa Al-Babi
Al-Halabi, T.T, Jil.8, Hlm.293.
18
Imam Muhammad Bin Ismail Al-Kahlani Al-Sana’ni, Subul Al-Salam, Mesir, Matba’ah Mustafa Al-
Babi Al-Halabi, 1960, Jil.4, Hlm.116.
19
Al-Mawardi, Al-Ahkam Al-Sultaniyyah Wa Al-Wilayat Al-Diniyyah, Beirut, Mesir, 1966, Hlm.72.
20
Surah Al-Nisa’, Ayat 34.
21
Al-Mawardi, Al-Ahkam Al-Sultaniyyah Wa Al-Wilayat Al-Diniyyah, Beirut, Dar Al-Kutub Al-
Ilmiyyah, Hlm.83.
22
Ibn Hazam, Al-Muhalla, Matba’ah Al-Jumhuriah, Mesir, Jld.9, 1970, Hlm. 631.
23
Abu Ishaq Ibrahim Al-Shirazi, Al-Muhadzab, Mesir, Dar Al-Fikr, T.T., Hlm.407.
24
Abi Yahya Zakaria Al-Ansari, Fathul Wahab, Mesir, Dar Al-Fikr, T.T., Jld. 11, Hlm.207.
25
Syahmsuddin Muhammad Abi Abas Al-Ramli, Nihayat Al-Muhtaj, Mesir, Mustafa Al-Babi Al-Halabi,
T.T., Jld.3, Hlmn 226.
26
Al-Mawardi, Al-Ahkam Al-Sultaniyyah Wa Al-Wilayat Al-Diniyyah, Beirut, Maktabah Al-Taufiqiah,
Mesir, 1978, Hlm.72.
27
Ibn Hazam, Al-Muhalla, Matbaah Al-Jumhuriah, Mesir, Jld.9, 1970, Hlm.429
28
Al-Mawardi, Al-Ahkam Al-Sultaniyyah Wa Al-Wilayat Al-Diniyyah, Beirut, Maktabah Al-Taufiqiah,
Mesir,1978, Hlm.72.
29
Muhammad Salam Madkur, Al-Qada’ Di Al-Islam, Matbaah Al-Nahdah, Kaherah, 1964, Hlm.38.
30
Al-Kasani, Bada’i Al-Sana’i Fi Tartib Al-Shara’i, Jil.7, 1991, Hlm.65.
31
Ibn Hazam, Al-Muhalla, Matba’ah Al-Jumhuriah, Mesir, Jld.9, 1970, Hlm. 396; Al-Kasani, Bada’i Al-
Sana’i Fi Tartib Al-Shara’i, Jil.7, 1991, Hlm.65.
32
Wahbah Al-Zuhayliy, Al-Fiqh Al-Islamiy Wa Adillatuhu, Damsyik: Dar Al-Fikr, Jld. 6, 1985, Hlm.699-
701.
33
Al-Qaradawi, Fatawa Mu’asirah, Beirut: Dar Uli Al-Nuha. Jld. 2, 1990, Hlm.377.
34
Lihat Seksyen 44 Akta Pentadbiran Undang-Undang Islam (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1993;
Seksyen 59 Enakmen Pentadbiran Agama Islam (Negeri Selangor) 2003; Seksyen 9 Enakmen Mahkamah
Syariah (Terengganu) 2001.
35
Seksyen 44 Akta Pentadbiran Undang-Undang Islam (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1993. Lihat Juga
Seksyen 59 Enakmen Pentabiran Agama Islam Negeri Selangor 2003 Dan Seksyen 59 Enakmen
Pentabiran Agama Islam Negeri Sembilan 2003.
16
Jurnal Hukum, Jilid 48, Bahagian 2, 2019 17

36
Seksyen 41 Dan 43 Akta Pentadbiran Undang-Undang Islam (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1993.
Lihat Juga Seksyen 56 Dan 58 Enakmen Pentabiran Agama Islam Negeri Selangor 2003 Dan Seksyen 56
Dan 58 Enakmen Pentabiran Agama Islam Negeri Sembilan 2003. Majlis Agama Islam Negeri Pahang
Telah Meminda Seksyen 43 (3)(A) Enakmen Pentadbiran Undang-Undang Islam Negeri Pahang 1991
Dimana Kluasa Dalam Mensyaratkan Lelaki Bagi Jawatan Ketua Hakim Syarie Daan Hakim Mahkamah
Tinggi Syariah Telah Dibuang Berkuatkuasa Tahun 2015.
37
Laman Sesawang Sumber Maklumat Al-Ahkam Al-Fiqhiyyah, JAKIM, http://e-smaf.islam.gov.my/e-
smaf/ (Capaian Pada 10 Oktober 2018)
38
Laman Sesawang Jabatan Kehakiman Syariah Selangor, “Selangor Lantik Hakim Wanita Mahkamah
Tinggi Syariah Pertama Di Malaysia”, www.Jakess.com (Capaian Pada 10 Oktober 2018).
39
Harian Metro, 17 Oktober 2017.
40
Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia, Sehingga 21 September 2018. Maklumat Juga Diperolehi
Melalui Temubual Dalam Talian Bersama Tuan Muhammad Khairul Nizzam bin Kassim, Ketua
Pendaftar Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Tuan Abu Suffian bin Abu Yaziz,
Ketua Pendaftar Mahkamah Syariah Negeri Melaka, Tuan Mohd Tajudin Saifullah bin Abdul Wahab,
Pendaftar Jabatan Kehakiman Syariah Selangor, Tuan Mohammad Zulkhairi bin Aziz, Ketua Pendaftar
Jabatan Kehakiman Syariah Negeri Perlis, Puan Surayah binti Ramlee, Ketua Pendaftar Jabatan
Kehakiman Syariah Negeri Sabah, Tuan Muhammad Aizzat bin Dato’ Zainal, Pegawai Sulh Jabatan
Kehakiman Syariah Pahang, 10 Oktober 2018, Antara Jam 9 Pagi Hingga 11 Pagi dan Tuan Mohd Hafiz
bin Daud, Ketua Pendaftar Jabatan Kehakiman Syariah Negeri Kelantan pada 11 Oktober 2018, Jam 1.30
petang, Tuan Mohd Azlan bin Mohd Azhar, Pegawai Sulh Mahkamah Rendah Syariah Ipoh Perak pada
11 Oktober 2018, jam 2.30 petang, Puan Redwana Binti Mat Radzuan, Hakim Mahkamah Rendah
Syariah Yan Kedah, 11 Oktober 2018, jam 2.40 petang.
41
Laman Sesawang Sumber Maklumat Al-Ahkam Al-Fiqhiyyah, JAKIM, http://e-smaf.islam.gov.my/e-
smaf/ (Capaian Pada 10 Oktober 2018)
42
Ibid.
43
Ibid.
44
Temubual Dalam Talian Bersama Tuan Muhammad Khairul Nizzam bin Kassim, Ketua Pendaftar
Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, 10 Oktober 2018, Jam 11.00 Pagi.
45
Temubual Dalam Talian Bersama Tuan Mohd Hafiz bin Daud, Ketua Pendaftar Jabatan Kehakiman
Syariah Negeri Kelantan pada 11 Oktober 2018, Jam 1.30 petang,
46
Temubual Dalam Talian Bersama Tuan Abu Suffian bin Abu Yaziz, Ketua Pendaftar Mahkamah
Syariah Negeri Melaka, 10 Oktober 2018, Jam 10.00 Pagi, Puan Redwana Binti Mat Radzuan, Hakim
Mahkamah Rendah Syariah Yan Kedah, 11 Oktober 2018, jam 2.40 petang.
47
Temubual Dalam Talian Bersama Tuan Mohd Tajudin Saifullah bin Abdul Wahab, Pendaftar Jabatan
Kehakiman Syariah Selangor, Tuan Mohammad Zulkhairi bin Aziz, Ketua Pendaftar Jabatan Kehakiman
Syariah Negeri Perlis, Puan Surayah binti Ramlee, Ketua Pendaftar Jabatan Kehakiman Syariah Negeri
Sabah, Tuan Mohd Hafiz bin Daud, 10 Oktober 2018, Antara Jam 9 Pagi Hingga 11 Pagi, Tuan Mohd
Azlan bin Mohd Azhar, Pegawai Sulh Mahkamah Rendah Syariah Ipoh Perak pada 11 Oktober 2018, jam
2.30 petang.
48
Tuan Muhammad Aizzat Bin Dato’ Zainal, Pegawai Sulh Jabatan Kehakiman Syariah Pahang, 10
Oktober 2018, Jam 9 Pagi.
49
Siti Zalikha Binti Mohd Noor, Hakim Wanita: Satu Paradoks, Jurnal Hukum, Jld. 23, Bah. 2, 2004,
Hlm. 197-198.
50
Malaysia Kini, “Mohd Asri Bin Zainal Abidin: Patut Lantik Hakim Syarie Wanita”, 1 Mei 2015.
51
Zaini Nasohah, Fatimah Majemi, Zuliza Mohd Kusrin, Ahmad Muhammad Husni, Mohd Al-Adib
Samurie, Justifikasi Pelantikan Hakim Wanita Di Mahkamah Syariah Negeri-Negeri Di Malaysia, 3rd
International Seminar on Shariah And Common Law, USIM,27-28 Oktober 2015, Hlm.341.
52
Utusan Malaysia, “Md. Yusof Che Teh: Kuasa Hakim Syarie Wanita”,17 Jun 2010.
53
Tan Sri Ibrahim Lembut, Semasa menjadi Ketua Pengarah @ Ketua Hakim Syarie JKSM, Wacana
Ketua Pengarah@ Ketua Hakim Syarie, Dewan Datuk Mohd Shahir Institut Latihan Islam Malaysia, 16
Februari 2016.
54
Zaini Nasohah, Fatimah Majemi, Zuliza Mohd Kusri, Ahmad Muhammad Husni, Mohd Al-Adib
Samurie, Justifikasi Pelantikan Hakim Wanita Di Mahkamah Syariah Negeri-Negeri Di Malaysia, 3rd
International Seminar on Shariah And Common Law, USIM, 27-28 Oktober 2015, Hlm. 337-353
17
Jurnal Hukum, Jilid 48, Bahagian 2, 2019 18

55
Zaleha Kamaruddin, Wanita Dan Kelewatan Kes Di Mahkamah Syariah: Antara Realiti Dan Persepsi,
Dalam Raihanah Abdullah (Ed.), Wanita Dan Perundangan Islam, Selangor: Ilmiah Publishers, 2001,
Hlm. 38.
56
Utusan Malaysia, “Md. Yusof Che Teh; Kuasa Hakim Syarie Wanita”, 17 Jun 2010.
57
Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia, Data Dijana Melalui Sistem SKMS (BI) Bermula 01 Jan 2015
Sehingga 31 Disember 2017.
58
Muhammad Salam Madkur, Al-Qada’ Di Al-Islam, Matbaah Al-Nahdah, Kaherah, 1964, Hlm.51.
59
Zaini Nasohah, Fatimah Majemi, Zuliza Mohd Kusri, Ahmad Muhammad Husni, Mohd Al-Adib
Samurie, Analisis Literatur Isu Pelantikan Hakim Syarie Wanita di Malaysia, International Journal Of
Islamic And Civilizational Studies (UMRAN), Jld.3, Bil.1, 2016, Hlm.64; Raihanah Abdullah,
Penangguhan Kes Di Mahkamah Syariah: Cabaran Dan Penyelesaian, Jurnal Syariah, Jld. 17, Bil.1, 2009,
Hlm.9.
60
Raihanah Abdullah, Penangguhan Kes Di Mahkamah Syariah: Cabaran Dan Penyelesaian, Jurnal
Syariah, Jld. 17, Bil.1, 2009, Hlm.7-22.
61
Maznah Mohamad, Islamic Family Law Reforms In Malaysia: Problems And Prospects For Women’s
Empowerment, In Maznah Mohamad (Ed.), Muslim Women And Access To Justice: Historical, Legal And
Social Experience In Malaysia, 2000, Hlm. 63.
62
Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia, Data Dijana Melalui Sistem SKMS (BI) Bermula 01 Jan 2015
Sehingga 31 Disember 2017.
63
Malaysiakini, “Jamil Khir: Permohonan Murtad 135 Orang Diluluskan”, Laman Sesawang
Malaysiakini”, Http://Www.Malaysiakini.Com.News/166920 (Capaian Pada 10 Oktober 2018).
64
Viran A/L Nagappan V Deepa A/P Subramaniam (Peguam Negara Malaysia & Anor. Intervener).
2215. MLJ, 3, 209.
65
Subhashini A/P Rajasingham V Saravanan A/L Thangathray And Other Appeal., 2008. MLJ, 2, 147-
231.
66
New Straits Times, “Syariah Court Officers Need More Exposure, Say Anwar, Bias Againt
Women Must Stop”, 26 Ogos 1996.
67
Utusan Melayu, “Sukarnya Mencari Keadilan Di Mahkamah Syariah”, Ruangan Rona, 9 September
2018
68
Surah Al-Qasas, Ayat 25
69
Abdul Rahman As-Saidi, Tayseer Al-Karim Al-Rahman, Hlm.614
70
Surah Luqman, Ayat 14
71
Ibn. Qayyim, Al-Turūq Al-Humiyyah Fi Al-Siyāsah Al-Syariyyah, Kaherah, 1953.
72
Al-Qardhawi Yusuf, Darjat Wanita Dalam Islam. Terj. Muhammad Hussain, Selangor: Pustaka Ilmi,
2006.
73
Mahmud Saedon, Kadi Perlantikan, Perlucutan Dan Bidangkuasa, DBP, 1990, Hlm.44
74
Al-Mawardi, Al-Ahkam Al-Sultaniyyah Wa Al-Wilayat Al-Diniyyah, Beirut, Maktabah Al-Taufiqiah,
Mesir,1978, Hlm.73.
75
Al-Qarnati, Qwanin Al-Ahkam As-Syariah, Lebanon, Hlm. 324.
76
Awad Ibrahim, Al-Qada’ Fil Al-Islam, Kaherah, 1975, Hlm. 270-272.
77
Autwah Abdul, Al-Muhadarat Fi Nizam Al-Qada Fi Al-Islam, Maktabah Al-Ahram, Mesir, 1969,
Hlm.64.
78
Al-Syaukani, Nailur Autar, Mesir, Jld.8, Hlm.282.
79
Ibn Qudamah, Al-Mughni, Jld.10, T.Th, Hlm.45
80
Muhammad Salam Madkur, Al-Qada’ Di Al-Islam, Matbaah Al-Nahdah, Kaherah, 1964, hlm.46.

18

View publication stats

You might also like