You are on page 1of 20

KOLEJ PENGAJIAN SENI KREATIF

CTU101
(PRINSIP-PRINSIP ASAS ISLAM)

LAPORAN KAJIAN BERTULIS

KEPENTINGAN MAQASID SYARIAH DALAM ISLAM


DISEDIAKAN OLEH:

KUMPULAN 8
o NIAN NURANI BINTI MOHD AZMEL 2022896058
(ketua kumpulan)
o ATHYF SYAZWAN BIN SAZALEE 2022606832
o NURASYURA AINI BINTI DZULKEFLI 2022801844
o SITI NUR UMAIRAH IZZENI BT ROZINE 2022817444
o NUR SYADIAH BINTI MUHAMMAD ADIB 2022834086
o MUHAMMAD AIMAN HAKIMI BIN ASZELAN 2022867196

Laporan Kajian Bertulis Dihantar Kepada Cik Nur Anis Binti Pauzi Dalam Memenuhi
Sebahagian Keperluan Untuk CTU 101 (Prinsip-Prinsip Asas Islam)

SEMESTER: 1
SESI: 2022

PERAKUAN PELAJAR

SAYA DENGAN INI MEMBUAT PERAKUAN BAHAWA PADA SETIAP MASA


SEMUA HASIL TUGASAN YANG SAYA SERAHKAN ADALAH HASIL KERJA SAYA
SENDIRI, TIDAK MENIRU DAN PLAGIAT DARIPADA MANA-MANA SUMBER,
ATAU MENCUBA UNTUK MENIRU MANA-MANA PIHAK TANPA MELETAKKAN
SITUASI YANG SEPATUTNYA. SAYA SEDAR BAHAWA MANA-MANA PELAJAR
YANG MELANGGAR ATAU DISYAKI MELANGGAR PERAKUAN YANG DIBUAT
BOLEH DIBAWA KEPADA JAWATANKUASA TERTIB ACIS.

Perakuan oleh:

Nama Pelajar: NIAN NURANI BINTI MOHD AZMEL


No. Pelajar: 2022896058

Nama Pelajar: ATHYF SYAZWAN BIN SAZALEE


No. Pelajar: 2022606832

Nama Pelajar: NURASYURA AINI BINTI DZULKEFLI


No. Pelajar: 2022801844

Nama Pelajar: SITI NUR UMAIRAH IZZENI BT ROZINE


No. Pelajar: 2022817444

Nama Pelajar: NUR SYADIAH BINTI MUHAMMAD ADIB


No. Pelajar: 2022834086

Nama Pelajar: MUHAMMAD AIMAN HAKIMI BIN ASZELAN


No. Pelajar: 2022867196

ISI KANDUNGAN:

No. Tajuk Muka Surat


1. Menjaga Harta 4
2. Menjaga Keturunan 7
3. Menjaga Akal 9
4. Menjaga Nyawa 14
5. Menjaga Agama 16
6. Rujukan 19

1.Menjaga Harta
Harta bermaksud barang-barang berharga,seperti rumah,tanah,kereta,barang kemas dan
lain-lain yang dimiliki oleh orang perseorangan,syarikat atau pertubuhan yang berdasarkan
dari Kamus Dewan Bahasa.
Maksud Harta Menurut Islam:

Terdapat lima elemen utama dalam menentukan sesuatu benda itu sebagai harta menurut
islam iaitu:

1. Sesuatu benda itu boleh disimpan,dikumpul serta mampu dimiliki.


2. Sesuatu itu memberi faedah atau manfaat kepada manusia.
3. Sesuatu benda itu dikenakan ganti rugi atau gantian jika ia dimusnahkan.
4. Sesuatu yang diharuskannya oleh syara’
5. Sesuatu benda itu bernilai di mata manusia.

Harta ialah keperluan asas bagi setiap manusia untuk meneruskan kehidupan. Jika kita
sebagai manusia tiada sebarang harta, kita tidak mampu memiliki keperluan asas kehidupan
seperti makan dan minum,tempat tinggal,pakaian dan pendidikan. Oleh itu, kita perlulah
bijak dalam menjaga dan menguruskan harta. Harta di kaca mata islam ibarat sebilah
pedang yang mempuyai dua sisi. Baik dan buruk kesannya bergantung kepada bagaimana
manusia menggunakannya.

Harta juga adalah ujian kepada seseorang seperti disebutkan di dalam ayat 28,Surah Al-
Anfal yang bermaksud:”dan ketahuilah bahawa hartamu dan anak-anakmu itu hanyalah
sebagai ujian dan sesugguhnya di sisi Allah lah pahala yang besar.”

Selain itu,harta juga harta juga boleh menjadi sebab jauhnya seseorang hamba itu daripada
tuhannya yang disebabkan kelalaian dan ketamakan dengan harta.

Bagaimana ingin berjaya dalam menjaga harta?


Berjaya atau gagalnya seseorang dalam ujian hartanya bergantung kepada bagaimana
seseorang itu memperoleh dan membelanjakannya.

Sebagai contoh,kekayaan yang dimiliki oleh sahabat Nabi Muhammad SAW seperti Saidina
Abu Bakar as-Siddiq,Saidina Uthman Bin ‘Affan dan Saidina Abdul Rahman Bin ‘Auf tidak
menjadi penghalang buat mereka mendapat kemuliaan di dalam islam.Bahkan ketiga-tiga
mereka antara 10 sahabat yang dijanjikan syurga.Malah,Qorun yang bersifat angkuh dan
sombong dengan harta yang dimilikinya dilaknat oleh Allah SWT.

Jadi,daripada apa yang dikemukan itu kita dapat menjadikan sebagai contoh dimana jelas
sekali bahawa baik buruk harta bukanlah terletak kepingan kertas atau sesuatu objek tapi
ditentukan oleh sikap pemiliknya.Sekiranya harta dan kekayaan itu dibelanjakan ke arah
kebaikan seperti wakaf,sedekah dan nafkah maka pemiliknya akan menikmati pahala
berterusan walaupun selepas kematiannya.

Menjaga harta dalam maqasid syariah

Menjaga ataupun memelihara harta bermakna melindungi kekayaan masyarakat daripada


kehancuran dan dari peralihan harta ke tangan orang lain dengan cara yang tidak sah
termasuk larangan terhadapan ketidakadilan menafikan hak dan sebagainya.Oleh hal
demikian,kerana menyedari hakikat ini syariat islam telah menggariskan peraturan,hukum
dan undang-undangnya tersendiri yang umumnya dikenali sebagai Fiqh Muamalat.Bidang
ini telah menggariskan prosedur-prosedur tertentu bermula sejak dari usaha
memiliki ,menguasai dan membelanjakan sesuatu harta.

Contoh:
Untuk mendapatkan harta dengan cara yang betul.Islam mensyariatkan kaedah pemilikan
harta seperti kaedah jual beli,sewaan dan sebagainya.Manakala untuk melindungi
keselamatan harta,Allah SWT mengharamkan jenayah mencuri dan mengarahkan
kuatkuasa undang-undang hudud serta mengharamkan kita memakan harta anak-anak
yatim.Pemilikan harta hendaklah diusahakan dengan cara dan pendekatan yang diharuskan.

Selain itu,syariah islam juga telah mengharuskan jual beli dan telah mengharamkan
riba.Justeru,dalam usaha pemilikan harta ini,selain daripada riba,syariah islam juga
misalnya telah mengharamkan perjudian,rasuah dan pengurangan atau penipuan dalam
timbangan.

2.Menjaga Keturunan
Secara khususnya, kelahiran sesebuah keturunan berlaku dalam kehidupan manusia yang
hidup secara bermasyarakat. Dalam Islam, keturunan adalah satu aspek penting dalam
kehidupan manusia untuk mencipta masyarakat yang beriman dan bersikap positif. Umat
Islam diberi kewajiban dalam penjagaan keturunan mereka melalui cara-cara yang
berlaraskan syariat seperti perkahwinan yang sah dan pembinaan keluarga.

Perkahwinan Dalam Islam

Manusia dicipta mempunyai fitrah dan naluri untuk hidup berpasangan di dalam hidup
mereka. Oleh itu, wujudnya perkahwinan sebagai tuntutan agama bagi umat Islam dapat
menjalin hubungan yang sah antara kaum lelaki dan kaum perempuan. Maksud
perkahwinan dalam Islam ialah akad (dari segi bahasa “ikatan”) yang menghalalkan
pergaulan dan hubungan antara dua individu berlainan jantina yang bukan mahram
mengikut hukum syarak. Daripada hadis yang diriwayatkan oleh Bukhari, Rasulullah SAW
bersabda yang bermaksud,

“Wahai para pemuda, sesiapa yang berupaya dalam kalangan kamu untuk berkahwin,
maka hendaklah ia berkahwin sebab perkahwinan itu lebih menundukkan pandangan
dan lebih menjaga kehormatan. Dan barang siapa yang tidak berkemampuan,
hendaklah ia berpuasa kerana puasa akan menjadi perisai untuknya.”

Islam menegaskan bagi yang sempurna dalam kemampuan mereka untuk berkahwin
supaya mereka bernikah bagi memenuhi fitrah kemanusiaan. Dengan berkahwin, seseorang
menghindarkan diri daripada ke jalan yang sesat dan perbuatan-perbuatan yang diiktirafkan
sebagai perbuatan yang keji dan kotor seperti penzinaan dan sebaliknya. Konklusinya,
perkahwinan dapat mempelihara kehormatan diri dan menjaga imej masyarakat sebagai
mensyaratkan yang bertauliah. Dalam al-Quran, Allah S.W.T telah berfirman. Maksudnya:

“Dan di antara tanda-tanda kekuasaan-Nya ialah Dia menciptakan untukmu isteri-isteri


dari jenismu sendiri, supaya kamu cenderung dan merasa tenteram kepadanya, dan
dijadikan-Nya diantaramu rasa kasih dan sayang. Sesungguhnya pada yang demikian
itu benar-benar terdapat tanda-tanda bagi kaum yang berfikir.”

Surah Ar-Ruum, 21

Kekeluargaan Dalam Islam


Konsep kekeluargaan datangnya dari pasangan yang berkahwin dan dikurniakan zuriat, lalu
membentuk asas bagi sesuatu keturunan. Dalam Islam, pembinaan institusi kekeluargaan
merangkumi pelbagai jenis matlamat dan antara yang berkait rapat dengan pemeliharaan
keturunan adalah melahirkan generasi yang bertaqwa dan menjamin kesejahteraan sosial
dan ekonomi.

Dalam sebuah keluarga yang beragama Islam, seorang bayi yang dilahirkan sepatutnya
mempunyai asal usul keturunan yang jelas iaitu ibu dan bapa mereka yang mempunyai
hubungan yang halal melalui pernikahan yang sah. Sekiranya bayi itu berasal dari unsur
yang lain, maka bayi itu berkemungkinan tidak mempunyai taraf yang sama dengan bayi lain
lantas dipertemukan dengan ketidakadilan pewarisan harta. Allah SWT berfirman:

“Dan janganlah kamu menghampiri zina, sesungguhnya zina itu adalah satu
perbuatan yang keji dan satu jalan yang jahat (yang membawa kerosakan).”

Surah Al Isra’, 32

Untuk mencipta masyarakat Islam yang lebih sempurna, pembangunan keluarga yang
diterapkan ajaran-ajaran agama serta berlandaskan sunnah perlu diberi lebih penekanan
agar dapat melahirkan generasi yang berada di atas jalan kebenaran.

Menjaga Keturunan Dalam Maqasid Syariah

Dalam Maqasid Syariah, keutamaan yang diberi kepada kepentingan menjaga keturunan
adalah diletakkan lebih tinggi daripada kepentingan menjaga harta dan lebih rendah dari
kepentingan menjaga akal. Walau bagaimanapun, penjagaan keturunan perlu diberi
perhatian penuh agar tidak tersilap langkah dalam mencapai objektif syariah. Sebaliknya,
keturunan yang rosak disebabkan melanggar ajaran agama dan menjalin hubungan luar
tabii akan mengancam keselamatan dan kesinambungan masyarakat dari pelbagai segi
aspek. Oleh itu, melalui pernikahan yang sah, umat Islam dapat menjaga maruah &
kehormatan diri serta melangsungkan zuriat manusia tanpa bertentangan dengan ajaran
Islam.

3.Menjaga Akal

Al-Raysuni menjelaskan antara lima prinsip ini, memelihara akal adalah perkara terpenting.
Beliau pernah menyebut dalam satu majlis bersama penjawat awam ketika lawatannya ke
Malaysia pada awal tahun ini:

“Jika kita ingin melaksanakan syariah, maka kita perlu mengambil kira Maqasid
Syariah. Jika kita mahu mengambil kira Maqasid Syariah, kita perlu memelihara lima
prinsip daruriyat (kehendak). Jika kita ingin memastikan pemeliharaan lima prinsip
daruriyat, maka kita perlu menitikberatkan prinsip memelihara akal. Jika kita
memerlukan prinsip memelihara akal, maka kita perlu belajar dan mengajar.”

Akal sangatlah penting dalam menjaga kehidupan sesorang manusia. Lebih penting
daripada menjaga harta, menjaga keturunan, menjaga nyawa dan menjaga agama kerana
tanpa akal manusia tidak akan dapat berfikiran dengan bijak dan kehidupan mereka akan
berada dalam hura-hara. Bayangkan tanpa akal manusia tidak tahu cara untuk menjaga
harta mereka, nyawa boleh terancam, keturunan dalam kecelaruan dan agama mereka tidak
dapat dipelihara dengan betul. Akal fikiran terbit daripada otak yang diibaratkan umpama
raja pada tubuh. Hanya sekali dikurniakan oleh Allah SWT seumur hidup. Selagi tuannya
masih hidup maka akal tidak akan mati. Ia akan terus bekerja tidak kira dalam sedar,
mahupun dalam tidur.

Semua manusia haruslah belajar dan mengajar sepanjang kehidupan mereka sejak mereka
kecik sehinggalah mereka tidak bernyawa lagi. Dengan ini, kita dapat memastikan
kelangsungan hidup yang lebih terancang, keturunan kita akan terjaga dan mempunyai
tinggi ilmu dalam pelbagai bidang terutama dalam bidang agama. Sudah dikatakan juga di
dalam Al-Quran, bahawa apabila akal seseorang terjaga, ia dapat memaksimumkan fungsi
akal kita dan juga kita dapat menghidari daripada sebarang kemudaratan yang akan
memudaratkan akal seseorang manusia.

Firman Allah yang bermaksud, “…Dan tiadalah yang mengambil pengajaran melainkan
orang yang berfikiran.”

(Surah Ali Imran, 3:7).

Berfikiran membawa maksud seseorang itu bijak dalam mempelajari sesuatu ilmu,
menganalisis, memahami dan juga mengingati. Orang yang memelihara akalnya dengan
baik dan menggunakan sebaik mungkin nikmat berfikir yang telah dikurniakan oleh Allah
akan ditinggikan darjatnya di antara semua manusia di muka bumi ini.

Ia termaktub dalam dalam surah Az-Zumar, ayat 9, “Adakah sama orang-orang yang
mengetahui dengan orang yang tidak mengetahui? Sesungguhnya orang-orang yang
dapat mengambil pelajaran dan peringatan hanyalah orang-orang yang berakal
sempurna.”
Allah mengingatkan agar segala kemudaratan dan kerosakan perlu dielakkan. Potongan
ayat 195 dalam Surah al-Baqarah dapat diterjemahkan seperti berikut:

“…Dan janganlah kamu sengaja mencampakkan diri kamu ke dalam kebinasaan dan
baikilah perbuatanmu; kerana sesungguhnya Allah mengasihi orang-orang yang
berusaha memperbaiki amalannya .”

Hakikatnya, menjadi tanggungjawab diri individu itu sendiri untuk memelihara akal kurniaan
tuhan. Pemeliharaan akal ertinya memberi perlindungan kepada akal manusia dari apa-apa
yang akan merosakkan. Justeru, Islam mengharamkan pengambilan minuman yang
memabukkan kerana fungsi akal tidak boleh dipersia. Akal wajib dipelihara dan dipupuk
dengan nilai-nilai mulia dan ilmu pengetahuan yang bermanfaat. Semua unsur-unsur yang
menjurus pada kehilangan dan merosakkan akal serta pemikiran seperti arak, dadah serta
filem yang merosakkan, sudah semestinya dibanteras dan dihalang dengan segera.

 
Ajaibnya akal bukan sahaja memainkan peranan besar untuk tuannya. Tetapi jauh daripada
itu, ia memberi impak terhadap tindakan setiap individu yang akhirnya memberi kesan
kepada orang sekeliling, masyarakat, bangsa, negara dan agama. Pada era arus
kemodenan ini, dadah adalah salah satu bahan yang diperlukan pada masyarakat
terutamaya dalam perubatan.Walau begitu,adanya golongan golongan yang tidak
bertanggungjawab yang telah menyalahgunakannya sebagai penghilang stress. Hal ini
menyebabkan berlakunya banyak jenayah yang tidak diingini berlaku di negara kita. Hal ini
yang dikatakan kesan kesan penyalahgunaan dadah.

Antara kesan penyalahgunaan dadah ialah berlakunya ketagihan yang melampau terhadap
penagih menyebabkan penagih tersebut memerlukan wang banyak untuk membeli dadah
tersebut.Jika penagih tersebut tidak mendapatkan dadah tersebut,ia boleh menyebabkan
penagih hilang kawalan dan akan menaikkan amarah penagih. Hal ini pulak akan memberi
impak yang negatif kepada keluarga si penagih atau orang di sekelilingnya. Ini boleh
menyebabkan berlakunya pembunuhan terhadap keluarga penagih itu sendiri kerana tidak
dapat memberikan wang untuk si penagih untuk membeli dadah. Perkara sebegini
kebanyakkan brlaku kepada keluarga keluarga yang tidak berkemampuan. Hal ini
disebabkan harga dadah yang sangat mahal.
Seterusnya, jenayah meminum arak semakin berleluasa di negara kita pada masa kini.
Amalan yang tidak bertauliah lagi pula haram di sisi agama islam tidak sepatutnya berlaku di
negara kita yang kini dikenali sebagai negara yang mempunyai banyak muslim. Anak anak
muda yang ingin meningkat dewasa semakin berani mencuba perkara-perkara sebegini.
Antara penyebab berlakunya perkara tersebut adalah daripada filem yang menunjukkan
kegiatan sedemikian dan pemantauan yang kurang daripada ibu bapa mereka sendiri. Bagi
mengelakkan berlakunya perkara begini, anak anak muda perlulah mengetahui kenapa
islam mengharamkan arak. Alasan yang paling utama iaitu arak adalah ibu segala kejahatan

Sesungguhnya ia adalah ibu segala maksiat. Dahulu ada seorang lelaki yang sangat kuat
ibadah lalu ada seorang perempuan penzina yang amat tertarik kepadanya. Perempuan itu
telah menghantar seorang hamba perempuan untuk memanggil ahli ibadah tersebut datang
ke rumah. Hamba itu berkata “Kami mahu menjemput engkau menjadi saksi” lalu ahli ibadah
itu bersetuju dan mengikut hamba itu apabila sampai, Dia memasuki beberapa pintu yang
ditutup satu demi satu. Kemudian, ia bertemu dengan seorang wanita yang cantik.Disebelah
ada seorang kanak kanak dan sebekas arak. Wanita itu berkata “demi Allah, aku
menjemputmu bukan untuk menjadi saksi tetapi aku menjemputmu agar engkau bersetubuh
denganku atau engkau boleh pilih untuk minum arakatau engkau pelu membunuh kanak
kanak ini”. Ahli ibadah itu berkata berilah aku minum arak itu segelas” lalu dia diberikan
minuman itu. Kemudian beliau berkata lagi tambahkanlah untukku. Dia tidak berhenti
minum sehingga akhirnya dia berzina dengan perempuan itu dan membunuh kanak kanak
tersebut.

Oleh itu jauhilah arak kerana demi Allah sesungguhnya iman tidak dapat menyatu dengan
khamar(arak) dalam dada seseorang melainkan harus keluar salah satunya. Jika akal dapat
dipelihara sebaiknya, baik dari sudut pemakanan dan penggunaannya, Maqasid Syariah
pasti dapat dipelihara.

4.MENJAGA NYAWA
Memelihara nyawa atau hifz an-nafs adalah menjaga keselamatan hidup,harta dan maruah
diri,perkahwinan dan kehidupan keluarga yang stabil. Selain itu, memelihara nyawa juga
dikaitkan dengan kesaksamaan sosial, perpaduan sosial dan kestabilan. Contohnya, cara
pemerintah menjaga nyawa adalah dengan mentadbir negara dengan secara adil dan
saksama seperti memenuhi keperluan pekerjaan, pengagihan saksama pendapatan dan
kekayaan, mengurangkan kadar kemiskinan dalam kalangan rakyat, pengurangan jumlah
jenayah dan menjaga keamanan negara.

Menurut imam Muhammad Thahir Ibn Asyur (2001) berkata: Makna memelihara nyawa
adalah menjaga roh daripada kebinasaan sama ada secara individu mahu pun secara
umum kerana alam adan masyarakat itu sendiri adalah terdiri daripada kumpulan individu
manusia dan setiap individu mempunyai keistimewaan yang tersendiri yang boleh membawa
kepada pembangunan alam tidak bermakna memelihara nyawa ini dengan menetapkan
hukuman qisas semata mata tetapi kita dapati bahawa hukuman qisas itu sendiri adalah
kaedah yang terlemah dalam memelihara nyawa kerana menyebabkan kehilangan. Malah
kaedah pemeliharaan nyawa yang terpaling penting adalah dengan memeliharanya sebelum
berlaku kebinasaan.

Salah satu cara yang menunjukkan yang kita sangat menyayangi nyawa ialah kita tidak
mencederakan diri sendiri. Hal ini dikatakan demikian kerana anak anak muda zaman kini
lebih gemar melukakan diri sendiri seperti mengkelar bahagian tangan bagi menghilangkan
perasaan stress, sedih, depresi dan sebagainya.
.
Seterusnya, remaja zaman kini tidak didedahkan dengan kepentingan untuk menyayangi diri
sendiri. Antara sebab kenapa kita perlu menyayangi diri kita adalah untuk membuatkan
hidup lebih bahagia. Cara ini akan mempermudahkan kita dalam menghadapi setiap
tantangan hidup yang datang. Walaupun berat masalah tersebut akan menjadi lebih mudah
diatasi dengan kekuatan dari kebahagian yang dimiliki.

Kita juga akan menjadi lebih fokus meraih masa depan dan semua impian. Jika selama ini
semua impian kita terhambat kerana tidak bisa mencintai diri sendiri dengan baik, segeralah
mengubah pola pikiran tersebut. Hal tersebut akan membuatkan kita lebih fokus meraih
masa depan yang akan dimiliki.
Alasan lain kenapa kita perlu menyayangi diri sendiri ialah bagi membentuk peribadi yang
lebih berani. Rasa percaya diri akan muncul saat kita mulai mencintai diri sendiri. Kerjasama
antara hati, pikiran dan perasaan akan menghasilkan sebuah rasa percaya diri yang dapat
bertahan.

5. Menjaga Agama
Maksud Agama Mengikut Kamus Dewan

Kamus dewan telah mentakrifkan agama sebagai satu kepercayaan pada Tuhan dan juga
sifat-sifat serta kekuasaan Tuhan. Ia juga bermaksud satu pegangan dalam penerimaan
ajaran dan perintah Tuhan.

Maksud Agama Mengikut Islam

Secara keseluruhannya, agama bermaksud kepercayaan kepada Allah SWT, ataupun satu
kuasa ghaib dan kuasa sakti Allah SWT. Agama juga mempunyai maksud yang lebih luas
iaitu agama merujuk kepada satu kepercayaan yang kohesif ataupun menghubungkan
secara rohani dan juga jasmani. Agama boleh dilihat daripada perkara-perkara yang
dilakukan oleh manusia dari segi;

· Perlakuan
- Ibadah solat, perayaan, upacara.
· Sikap
- Perasaan hormat menghormati bangsa lain, perasaan takut pada perkara-perkara
yang luar biasa, kasih sayang dan anggapan yang baik terhadap agama.
· Pernyataan
- Bacaan surah, kalimat suci Al-Quran, dua kalimah syahadah
· Material
- Perkara zahir seperti, masjid, tasbih dan seni bina ukiran Islam

Muhammad Abdullah Drraz, seorang ulama Al-Quran Mesir dan Profesor pengajian Islam
terkemuka di Universiti Al-Azhar, mengatakan bahawa perkataan Agama berasal dari
perkataan Arab iaitu Al-Din. Beliau meghuraikan bahawa Al-Din ialah kepercayaan terhadap
kewujudan satu zat yang tidak boleh dilihat ataupun zat yang paling tertinggi, yang
mempunyai perasaan dan juga keinginan, kewibawaan dan kawalan terhadap perkara yang
dipentingkan oleh manusia.

Menurut Syed Muhammad Naquib Al-Attas, agama Islam merupakan agama yang benar di
sisi Allah dan agama bagi umat Islam yang digelar sebagai Muslim. Beliau juga mengatakan
Islam bukan sahaja mengfokuskan pada kepercayaan, malah juga mengajar konsep
akhlak.Isu kesalahfahaman terhadap agama Islam timbul apabila orang ramai keliru ataupun
kurang pengetahuan dan kefahaman yang jelas mengenai agama, Islam, ilmu dan asas
akhlak. Justeru, Al-Attas telah merungkaikan kesalahfaham di dalam bukunya iaitu “Faham
Agama dan Asas Akhlak” dengan jelas terhadap pegangan agama Islam.

Faedah Mempunyai Pegangan Agama Yang Kukuh

Pegangan agama yang kukuh dapat melatih setiap manusia untuk lebih berakhlak mulia
dalam kehidupan seharian masyarakat. Agama mengajar setiap manusia tentang nilai-nilai
murnisebagai hasil pemikiran manusia untuk berfikir tentang perkara yang baik dan buruk.
Sebuah masyarakat akan dekelilingi dengan persekitaran yang positif dengan keadilan,
keamanan dan kesejahteraan dari keaadan yang huru-hara, perpecahan dan juga masalah
sosial.
Menjaga Kedudukan Agama Dalam Maqasid Syariah

Dalam konteks negara Malaysia, memelihara agama bermakna untuk mengelakkan apa-apa
yang mungkin melanggar dan memusnahkan asas-asas , yang termasuk mempertahankan
negara dan kedudukan agama Islam sebagai Agama Persekutuan dan agama-agama lain
boleh diamalkan secara aman dan juga harmoni sebagai mana yang termaktub dalam
Perlembagaan Persekutuan.

Sebagai pemerintah, menjadi satu kewajipan untuk meletakkan kepentingan agama sebagai
perkara paling utama dan perkara yang teratas. Pemeliharaan agama umat Islam adalah
perkara yang utama yang patut diberi perhatian agar ketaatan dan ketakwaan kepada Allah
SWT dan Rasullullah menjadi keutamaan, serta ketaatan kepada pemimpin negara juga
dititikberatkan.

Contoh Situasi Menjaga Agama Dalam Maqasid Syariah

Apabila sesuatu pihak ingin memerang negara kita, adalah satu tanggungjawab seorang
pemimpin dan masyarakatnya untuk bertempur untuk mempertahankan negara. Bukan
sahaja ia sebagai tanggungjawab, namun ia juga satu kewajiban dalam agama Islam untuk
seorang pemimpin mengetuai peperangan tersebut bagi mempertahankan negaranya dan
juga pegangan Islam negara tersebut.

Ia juga merupakan satu tanggungjawab kita sebagai masyarakat ataupun umat Islam untuk
mempertahankan agama Islam jika agama Islam ditindas atau diperangi oleh kaum yang
lain.
RUJUKAN:
- https://www.islam.gov.my/ms/bahagian-maqasid-syariah/huraian-aplikasi-5-prinsip-
maqasid-syariah-dalam-tabir-urus
- https://www.ikim.gov.my/new-wp/index.php/2017/09/06/maqasid-syariah-dalam-
kekeluargaan/
- https://www.ikim.gov.my/index.php/2018/07/27/perkahwinan-menurut-islam-
memelihara-keturunan/
- https://graphology.com.my/6-tujuan-perkahwinan-menurut-islam/

- https://www.bernama.com/bm/tintaminda/news.php?id=1861072

- https://dalamislam.com/info-islami/cara-memelihara-akal-dalam-islam
- https://e-muamalat.islam.gov.my/ms/bahan-ilmiah/artikel/159-islam-mengambil-berat-
tentang-pemilikan-harta

- https://www.hmetro.com.my/addin/2019/09/493046/gunakanlah-harta-untuk-raih-
pahala#:
- https://www.ikim.gov.my/index.php/2005/02/28/pengurusan-harta-dalam-islam
- https://prpm.dbp.gov.my/cari1?keyword=AGAMA
- https://www.researchgate.net/publication/
356251976_Konsep_Agama_Islam_Ilmu_Dan_Akhlak_Oleh_Syed_Muhammad_Naq
uib_Al-Attas_Dalam_Islam_Faham_Agama_Dan_Asas_Akhlak#:~:text=Agama
%20disebut%20sebagai%20al%2DD%C4%ABn,kepercayaan%20pada%20yang
%20Maha%20Kuasa
- http://pengajianmalaysiadat1.blogspot.com/2016/08/kepentingan-beragama-kepada-
setiap.html
- https://www.islam.gov.my/ms/bahagian-maqasid-syariah/huraian-aplikasi-5-prinsip-
maqasid-syariah-dalam-tabir-urus

You might also like