You are on page 1of 2

ANALISIS ARTIKEL

1.Bagaimanakah dapatan kajian ini boleh dikaitkan dengan dasar awam?


-Dapatan kajian ini boleh dikaitkan dengan dasar awam seperti Pelan Anti Rasuah Organisasi
(OACP). Pelan ini merupakan satu dasar antirasuah di peringkat organisasi yang ditubuhkan
di Malasyia untuk tangani permasalahan dan kelemahan kerajaan, intergriti dan juga masalah
antirasuah dalam organisasi.Pelan ini menjadi rujukan utama dan juga panduan bagi sesebuah
organisasi dalam membeli Pelan Anti Rasuah Organisasi masing masing. Ini boleh dikaitkan
dengan dapatan kajian yang ditulis dalam artikel ini kerana dapatan kajian in memberitahu
tentang kepentingan dasar yang boleh dikaitkan secara positif dengan perhatian anti-
rasuah.Selain itu, Pelan Anti Rasuah Organisasi (OACP) boleh dikaitkan dengan dapatan
kajian dalam artikel ini kerana penyelerasan dasar dalam sesuatu organisasi boleh membantu
pelaksanaan dasar utama di bahagian atas kerajaan pusat.Seterusnya,Pelan Anti Rasuah
Organisasi ini boleh dikaitkan dengan dapatan kajian artikel ini kerana masalah anti rasuah di
Cina tertumpu kepada beberapa bidang dasar utama, antaranya ialah keselamatan
kerja,pertanian, sumber , alam sekitar dan juga SOE.

2. Apakah kekuatan utama artikel itu?

- Setelah meneliti keseluruhan artikel ini, saya mendapati artikel ini mempunyai beberapa
kelebihan. Antaranya,penulis cuba untuk menunjukkan bahawa kepimpinan sesebuah parti
atau organisasi yang kukuh boleh mengurangkan masalah birokrasi yang berlaku dalam
sesebuah organisasi. Selain itu, penulis juga menunjukkan beberapa sumbangan dalam artikel
ini seperti sumbangan teori dan juga metodologi terhadap lapangan yang dilakukan untuk
menunjukkan tentang usaha antirasuah yang dilakukan dalam rejim authoritarian.Kekuatan
lain bagi artikel ini adalah artikel ini menggunakan kaedah baru untuk mengekstrak
maklumat sistematik daripada jejak kertas dasar yang kaya tetapi kurang digunakan dan
mendedahkan butiran yang sebelum ini tidak disedari tentang rejim legap.Contoh kaedah
baru yang digunakan oleh pengkaji dalam artikel ini ialah buku kod teknik dan topik dasar
yang berguna untuk penyelidikan masa depan tentang agenda dasar di China dan rejim lain.
RUJUKAN

https://www.sprm.gov.my/admin/files/sprm/assets/pdf/pencegahan/OACP-RISALAH.pdf

You might also like