You are on page 1of 7

SESI 2021/2021

TAJUK:

TUGASAN INDIVIDU – ULASAN ARTIKEL

ISLAM LIBERALISASI: ISU, ANCAMAN DAN USAHA MEMBENDUNGNYA

DISEDIAKAN UNTUK:

PROF. MADYA DR MOHD AZRI IBRAHIM

DISEDIAKAN OLEH:

BIL. NAMA NO. MATRIK

1. MUHAMMAD NOORHASNAN BIN TAJOL ARUS YE21110016


1.0 PENDAHULUAN

Artikel yang telah dibaca adalah Islam Liberalisasi: Isu, Ancaman dan Usaha
Membendungnya yang mana artikel ini ditulis berdasarkan Pengalaman Malaysia.
Artikel ini telah ditulis oleh Datuk Prof. Dr. Azizan Baharuddin. Beliau merupakan
Ketua Pengarah, Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM).

Artikel ini telah dimuatnaik di laman web MABIMS iaitu nama penuhnya Pertemuan
Tahunan Tidak Rasmi Menteri-Menteri Agama; Negara Brunei Darussalam, Republik
Indonesia, Malaysia dan Republik Singapura. Tujuan utama MABIMS adalah untuk
membangunkan pendapat yang sama yang berusaha bersama atas sebab keagamaan
supaya dapat menjaga maslahat masyarakat beserta kepentingan umat Islam dalam
negara tanpa mencampuri hal-hal politik negara-negara wakil anggota.

Sedikit pengenalan berkenaan penulis, nama penuh beliau ialah YBhg. Datuk Dr.
Azizan binti Baharuddin (Wanita). Prof Datuk Dr Azizan Baharuddin adalah Ketua
Pengarah Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM). Sebelum itu, beliau adalah
Timbalan Ketua Pengarah Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM) berkuatkuasa 1
November 2011. Beliau adalah Pensyarah Jabatan Pengajian Sains dan Teknologi,
Fakulti Sains, Universiti Malaya. Pelantikan beliau dibuat secara pinjaman daripada
Universiti Malaya selama dua tahun. Kemudian beliau menggantikan Prof Dato' Sri
Dr Zaleha Kamaruddin yang dilantik Rektor Universiti Islam Antarabangsa Malaysia.

1.1 Tujuan Pemilihan Artikel

Antara sebab mengapa saya memilih tajuk artikel ini adalah untuk mengetahui sejauh
mana Ideologi Liberalisme mempengaruhi Tradisi Intelektual Islam di Malaysia. Ini
kerana didapati bahawa Ideologi ini telah menggugat keamanan agama Islam sebagai
agama Persekutuan Malaysia. Tidak hanya itu, perasaan ingin tahu mengapa ideologi
Liberalisme ini cuba dibawa ke dalam pemikiran umat Islam sehingga terbentuknya
fahaman Islam Liberal. Justeru, saya ingin mencari jawapan sama ada liberal ini
membawa impak positif atau pun negatif untuk mencapai Al-Falah iaitu tujuan utama
hidup sebagai seorang khalifah.

2.0 RINGKASAN ARTIKEL

Dalam artikel ini terdapat beberapa isi kandungan yang perlu diteliti oleh pembaca.
Berikut adalah isi kandungan tersebut:

2.1 Muqaddimah:

Pada bahagian ini, ia merupakan pengenalan penulis secara umum berkenaan


Liberalisme. Ia menunjukkan kebimbangan penulis terhadap kemunculan ideologi ini
kerana ia mampu mengancam pengamalan agama Islam di Malaysia. Bukan hanya
penulis, malah kebimbangan terhadap ideologi ini turut sama ditunjukkan oleh
penulis-penulis artikel lain seperti Siddiq Fadzil dan Khalif Muammar.

2.2 Definisi, Asal-Usul dan Penggunaan Istilah Islam Liberal.

Pada bahagian ini, penulis telah membahaskan maksud liberal secara bahasa dan
secara istilah. Didapati bahawa “liberal” bermaksud “tidak terikat”, atau bebas
daripada kekangan dalam bentuk percakapan dan perbuatan.

Saya juga mendapati bahawa asal-usul pemikiran ini berasal daripada Falsafah
Humanisme yang mempersoalkan kuasa Gereja semasa zaman Renaissance. Jika
dilihat dari segi sejarah, ramai ahli falsafah, para cendekiawan serta kumpulan
bangsawan mula berani mengkritik kuasa gereja apabila mereka mendapati bahawa
gereja menyalahgunakan kuasa dan mereka menganggap golongan gereja telah
menipu masyarakat pada ketika itu apabila golongan cendekiawan menemui fakta
yang tepat yang mana bercanggah dengan ajaran Gereja.

Berkenaan istilah Islam Liberal, penulis berpendapat bahawa Istilah “Islam liberal”
(IL) tidak wajar digunakan sesuka hati kerana ia bagaikan menggunakan agama Islam
sebagai umpan. Islam secara asasnya sudah sedia lengkap, maka label Islam liberal ini
boleh dianggap sebagai satu modus operandi yang biasa digunakan di dalam
penyelewengan aqidah umat Islam. Penulis menyatakan fahaman ini adalah salah dan
bertentangan dengan agama dan masyarakat harus tidak terperangkap dengannya.

3.0 ULASAN KRITIS TERHADAP ARTIKEL

Artikel ini telah ditulis atas keperluan Pertemuan Tahuan Tidak Rasmi Menteri-
Menteri Agama Negara Brunei Darussalam, Republik Indonesia, Malaysia dan
Republik Singapura (MABIMS) Kali Ke-43. Pada masa itu, Negara Brunei telah
menjadi Tuan Rumah untuk Pertemuan Tahunan Tidak Rasmi.

Isu utama yang dibangkitkan dalam artikel ini adalah berkenaan Islam Liberal yang
mengancam amalan beragama sama ada dari segi Aqidah, Ibadah, Syariah dan
Akhlak. Didapati bahawa ada gerakan yang membawa ideologi yang tidak selari
dengan Tradisi Islam telah menggugat keamanan negara dan masyarakat majoriti.

3.0.1 Isu yang Menarik Perhatian.

Pada pendapat saya, isu yang dibangkitkan adalah menarik kerana secara umumnya
isu ini menjadi perbualan utama pada masa kini, bukan hanya di Malaysia malah di
negara jiran juga. Ini membuktikan bahawa krisis ideologi Islam Liberal ini amat
mengancam pentadbiran sedia ada dan mengancam sosial dalam sesebuah negara. Hal
ini kerana ada pihak-pihak yang kononnya memperjuangkan hak asasi masyarakat
dalam Hal Maqasid Syariah, sedangkan ada agenda tersembunyi yang mana apa yang
diperjuangkan hanyalah untuk kepentingan sendiri dan bukan untuk kepentingan
ummah.

Dalam artikel tidak hanya membahaskan isu, malah penulis ada membahaskan sejarah
Liberalisme, Kesan-kesan Negatif dan Positif Liberalisme, Persoalan berkenaan Islam
Liberal bagi mencapai pemodenan serta penulis memberi idea untuk membendung isu
yang dibincangkan. Oleh itu, kami berpegang dengan pendapat kami bahas isu yang
dibangkitkan amat menarik.
3.0.2 Impak Terhadap Pembaca

Setelah membaca artikel ini, secara langsung ianya telah memberi impak terhadap
pemikiran dan pendirian saya; yang mana saya mula yakin bahawa Islam Liberal
tidaklah mempertahankan Hak Masyarakat melainkan untuk kepentingan hawa nafsu
yang ke arah gaya kehidupan Barat. Saya juga amat yakin bahawa artikel ini akan
memberi impak yang
besar terhadap pembaca lain sekiranya mereka membaca artikel ini. Sebagai contoh,
saya sebagai pembaca mendapat tahu bahawa perjuangan Islam yang dibawa oleh
gerakan Liberalisme hanyalah bertujuan mencapai kehidupan di dunia dan bukan
untuk mencapai Al-Falah. Oleh demikian, pembaca tidak mudah terpengaruh dengan
anasir-anasir luar.

3.0.3 Saranan Kepada Pembaca

Saya amat menggalakkan kepada masyarakat untuk membaca artikel ini kerana
banyak ilmu-ilmu dan isu semasa berkenaan Ideologi Islam Liberal yang jarang
dibincangkan di mana-mana penyiaran di televisyen dan akhbar berita harian. Dengan
membaca artikel ini, sedikit sebanyak membantu pembaca untuk tidak terpengaruh
dengan ideologi Islam Liberal ini.

3.1 Komen Terhadap Artikel

Pada pendapat saya, saya mempunyai pandangan positif terhadap artikel yang telah
dibaca. Berikut adalah hujah saya mengapa saya berpandangan positif:

i) Pada pendapat saya, gaya bahasa yang digunakan oleh penulis adalah standard
dan mudah difahami. Penggunaan bahasa adalah tidak terlalu tinggi dan gaya
bahasanya mudah difahami untuk semua peringkat umur pembacanya. Ini akan
menambah minat pembaca untuk membaca artikel sehingga ke akhir muka surat.
ii) Artikel yang ditulis telah menambah ilmu pada setiap pembaca apabila penulis
turut meletakkan; sesuatu pengertian dari segi bahasa dan istilah, meletakkan fakta
sejarah, hujah berdasarkan sumber berautoriti serta membincangkan isu-isu semasa
yang jarang disiarkan dirancangan televisyen. Sebagai contoh, pembaca dapat
mengetahui sejarah kemunculan Ideologi Liberalisme yang bermula di Eropah.

iii) Kepentingan untuk pembacanya membaca artikel ini adalah untuk mendidik
setiap pembaca supaya tidak mudah terpengaruh dengan ideologi-ideologi ganjil yang
tidak selari dengan ajaran sebenar.

iv) Kekuatan yang ada pada artikel ini adalah apabila isu ini telah dibincangkan
diperingkat antarabangsa yang mana isu yang sama telah dibincangkan oleh
MABIMS ketika Brunei menjadi Tuan Rumah Pertemuan Tahunan Tidak Rasmi pada
Tahun 2018.

4.0 RUMUSAN ARTIKEL

Secara keseluruhannya, kami berasa puas hati dengan artikel yang dipilih. Hal ini
kerana kami dapat menambah ilmu pengetahuan tanpa berkenaan topik yang telah
dipilih. Kami juga percaya bahawa Ideologi Islam Liberal ini amat membawa impak
negatif terhadap masyarakat meskipun kami dapati bahawa terdapat kesan-kesan
positif terhadap pengamalan Ideologi Liberalisme ini. Terutamanya apabila Ideologi
yang dibawa bertentangan dengan ajaran Islam sebenar.

Kami juga percaya bahawa adanya kehidupan selepas kematian. Oleh itu, kami
berprinsip untuk mencapai kejayaan di Dunia dan di Akhirat dengan cara mengikut
segala syariat yang telah ditetapkan oleh Allah SWT dan pesuruhnya, Rasulullah
SAW. Kami juga perlu mengkaji sesuatu perkara baharu; yang mana kami perlu
mengenalpasti sama ada perkara itu patuh kepada syariah atau pun tidak. Tidak hanya
itu, suatu perkara yang baru seperti Ideologi yang muncul perlulah mengikut disiplin
ilmu agama Islam sebenar.
4.1 Penemuan-penemuan Baharu Hasil daripada Artikel

4.1.1) Ideologi Liberalisme telah menyumbang terhadap Pemodenan, oleh itu,


Ideologi Liberalisme ini adalah perlu untuk diamalkan selagi tidak menyalahi hukum-
hukum agama.

4.1.2) Saya dapati bahawa negara Malaysia bukanlah negara Pluralisme kerana
kewujudan Agama Islam sebagai agama Persekutuan dan Mahkamah Sivil tidak boleh
campur tangan terhadap perbicaraan di Mahkamah Syariah. Saya dapati Malaysia
mengamalkan pluraliti dan bukannya pluralisme.

4.1.3) Persoalan lainnya, "Adakah negara Malaysia itu sekular?" Hasil daripada
pembacaan saya terhadap artikel inj dan beberapa artikel yang lain, saya dapati
bahawa Malaysia bukanlah negara sekular. Ini terbukti apabila di dalam
Perlembagaan Malaysia tidak menyebut secara zahir berkenaan itu. Tidak seperti
Negara Eropah dan India yang menyatakan negara Mereka adalah sekular. Hujah
dikuatkan dengan adanya hak Istimewa agama Islam dalam negara serta Mahkamah
Syariah masih memainkan peranan penting terhadap masalah sosial umat Islam.

You might also like