You are on page 1of 9

TREN KUTIPAN DAN PENERIMAAN HARTA BAITULMAL: KAJIAN KES DI

SELANGOR
Nor Azureen Ramli, Md. Rozalafri Johori, Nor Adha Abd Hamid, Abdul Hadi Awang,
Mohd Daly Daud, Nurkaliza Kalid & Wawarah Saidpudin
zureen@mais.gov.my; rozalafri@kuis.edu.my; noradha@kuis.edu.my; abdulhadi@kuis.edu.my;
mohddaly@kuis.edu.my; nurkaliza@kuis.edu.my; wawarah@yahoo.com

Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor


Majlis Agama Islam Selangor
ABSTRAK
Baitulmal merupakan salah satu mekanisma yang ditubuhkan secara rasmi oleh Sayidina
Umar Al-Khattab untuk menguruskan harta negara bagi kepentingan ekonomi umat Islam.
Namun begitu, di Malaysia fungsi baitulmal ini telah disesuaikan mengikut perlembagaan
dan diuruskan oleh Majlis Agama Islam Negeri. Oleh itu, kajian ini bercadang untuk
mengenal pasti pemahaman masyarakat terhadap fungsi baitulmal dan turut dibincangkan
tren penerimaan dan kutipan harta Baitulmal dari tahun 2010-2013 yang memfokuskan
kepada Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) sebagai Baitulmal. Kajian ini telah dijalankan
di tiga daerah negeri Selangor yang telah dipilih, iaitu Petaling, Hulu Langat dan Gombak
serta jumlah keseluruhan responden bagi soal selidik ini seramai 750 orang. Kesimpulan
daripada hasil kajian mendapati bahawa responden mempunyai kefahaman yang mendalam
berkaitan peranan MAIS sebagai Baitulmal dalam menguruskan harta amanah tersebut dan
ia turut disokong dengan tren kutipan dan penerimaan harta Baitulmal MAIS.
Kata Kunci: Baitulmal, MAIS, harta amanah
PENDAHULUAN
Pengurusan kewangan dan ekonomi adalah aspek penting dalam menentukan pembangunan
ekonomi dan sosial di sesebuah negara. Dalam tamadun Islam telah dibuktikan bahawa
pengurusan ekonomi negara Islam bermula dengan penubuhan Baitulmal sebagai tempat
pengurusan kewangan negara. Baitulmal dikenali sebagai Perbendaharaan Negara atau
institusi yang mengandungi harta negara yang menjadi hak rakyat (Abdul Monir, 2003).
Antara jenis harta yang disimpan adalah seperti zakat, kharaj, usyur, harta khairat dan
kebajikan, wakaf dan setara dengannya.
Baitulmal berasal dari bahasa Arab dan terdiri daripada dua patah perkataan iaitu AlBait dan Al-Mal. Al-Bait bererti rumah manakala Al-Mal bererti harta dan jika
digabungkan kedua-dua perkataan tersebut membawa maksud rumah harta. Jika disebut
secara lisan Arab ia merujuk kepada rumah yang menerima sesuatu harta dan
menyimpankannya untuk diagihkan. Raimi et al. (2013) menjelaskan bahawa perkataan
Baitulmal itu sendiri merujuk kepada perbendaharaan umat Islam yang ditubuhkan bagi
melindungi harta sesebuah negara dan masyarakat. Ia juga dianggap sebagai harta amanah
dan hendaklah diperlakukan sebagai harta orang Islam dan harta Allah (Ahmad et al. 2007).

SEJARAH BAITULMAL
Pada awalnya, ketika zaman Rasulullah s.a.w, Baitulmal tidak dilihat sebagai perkara yang
penting dan menonjol kerana ketika itu pembangunan ekonomi agak terhad dan sumber
pendapatan juga tidak begitu banyak dan untuk menguruskannya agak mudah. Secara
ringkasnya Possumah & Ismail (2012) menjelaskan bahawa pada zaman Rasulullah s.a.w
tiada tempat yang khusus dan Baginda menjadikan masjid sebagai perbendaharaan negara
untuk menyimpan harta negara (Akanbi, 2012) kerana sumber yang terhad dan masalah
lebihan harta juga tidak timbul kerana pendapatan yang diperolehi bersamaan dengan jumlah
yang dibelanjakan.
Manakala ketika zaman pemerintahan Khalifah Umar Abdul Aziz negara Iraq, Iran,
Syria dan Mesir telah ditakluki oleh umat Islam (Abdullah Alwi, 2003). Sehubungan dengan
itu, pendapatan negara yang diperolehi melalui penaklukan tersebut telah dihantar ke pusat
pemerintahan di Madinah dan untuk menguruskan sumber pendapatan tersebut, Khalifah
Umar memandang serius terhadap peranan Baitulmal dalam mentadbir sumber kewangan dan
menyimpannya di tempat yang selamat. Selain itu, ia juga memberi kesan kepada
pertumbuhan ekonomi negara dan turut memberi keuntungan kepada negara. Menurut Pheng
et al. (2007) Khalifah Umar bin Abdul Aziz menyimpan dana Islam di dalam Baitulmal yang
terdiri daripada dua sumber iaitu sumber primer dan sekunder.
Sumber primer, Nor (2013) menjelaskan ianya termasuklah Zakat, Ufti (zakat yang
dipungut setiap tahun daripada kafir zimmi yang menetap di bawah naungan Islam), Kharaaj
(cukai yang dikenakan ke atas tanah yang dimiliki atau ditakluki dengan cara paksaan,
kekerasan atau tanah yang dimiliki dengan cara berdamai) , Usyur Dan Seperlima Daripada
Ghanimah (harta ramapasan perang) dan Faie (harta milik orang kafir yang dimiliki tanpa
melalui peperangan dan tidak menggunakan peralatan perang). Sumber kedua pula adalah
berdasarkan kepada hartanah tanpa diketahui pemiliknya, harta orang murtad dan harta
pusaka orang yang sudah meninggal dunia tanpa pewaris. Secara keseluruhannya dana zakat
semakin bertambah disebabkan hasil perniagaan, dagangan dan pertanian rakyat dan
pertambahan rakyat yang memeluk agama Islam.
Sejak itu, Possumah & Ismail (2012) menjelaskan lagi, Baitulmal telah menjadi
institusi yang penting dalam negara Islam. Tambahan lagi, Baitulmal turut mengendalikan
pelbagai perkara dari harta pengeluaran Zakat (juga cukai), infaq, sedekah untuk membina
kemudahan awam seperti jalan raya, jambatan, sewa tentera dan juga sosial atau kepentingan
awam yang lain. Selain itu, harta yang diperolehi tersebut digunakan untuk membiayai
perbelanjaan negara, pembangunan ekonomi dan sebagainya.
BAITULMAL DI MALAYSIA
Pada masa kini di Malaysia, Baitulmal ditadbir oleh Majlis Agama Islam Negeri dan terdapat
juga pihak yang menggunakan istilah Baitulmal sebagai Bahagian Kewangan yang
menguruskan harta majlis (Ahmad et al. 2007). Hal ini kerana pelaksanaan Baitulmal telah
disesuaikan dengan kehendak perlembagaan Malaysia dengan merujuk kepada jadual ke
sembilan perlembagaan (Ridwan, 2011). Penjajahan British di tanah Melayu dahulu
mengakibatkan sistem pentadbiran negara termasuk pengurusan ekonomi negara menjadi
sekular dengan meletakkan perkara berkenaan hal ehwal agama Islam dan adat istiadat orang
2

Melayu di bawah tanggungjawab sultan negeri manakala urusan negara selebihnya adalah di
bawah tanggungjawab kerajaan(Zakariah, 2003). Akibatnya, ia menjadikan skop pentadbiran
dan fungsi Baitulmal disempitkan kerana terdapat dua pecahan dalam pentadbiran, iaitu
perbendaharaan negara melalui Kementerian Kewangan Malaysia dan Baitulmal melalui
kerajaan negeri (Indera Shahril, 2013).
Menurut Jadual ke Sembilan Perlembagaan, Baitulmal yang juga terletak di bawah
struktur kuasa perundangan negeri telah disenaraikan hak kerajaan negeri iaitu termasuk hak
penentuan hukum agama yang berkaitan dengan harta seperti zakat, wakaf, Baitulmal dan
yang berkaitan dengan hal-ehwal agama. Manakala bagi konteks negeri Selangor, Baitulmal
adalah di bawah bidang kuasa Majlis Agama Islam Selangor. Ia seperti yang terkandung
dalam Perlembagaan Persekutuan Jadual ke Sembilan Senarai 2 Senarai Negeri:
Wakaf Islam dan taarif serta peraturan mengenai amanah khairat dan khairat ugama,
perlantikan pemegang-pemegang amanah dan perbadanan bagi orang-orang mengenai
pemberian agama Islam dan khairat, yayasan amanah, khairat dan yayasan amanah yang
dijalankan, kesemuanya sekali dalam negeri; adat istiadat melayu, zakat fitrah dan Baitulmal
atau hasil ugama Islam yang seumpama
MAJLIS AGAMA ISLAM SELANGOR
Penubuhan Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) pada awalnya dikenali sebagai Majlis
Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Selangor dibawah seksyen 5, Enakmen Pentadbiran
Undang-undang Islam pada tahun 1952. Fungsi penubuhannya ketika itu adalah bertujuan
menasihati DYMM Sultan dalam hal-hal yang bersabit dengan Agama Islam dan Adat
Melayu. Kemudian pada tahun 2003, nama dan identiti badan tersebut kemudiannya ditukar
kepada satu pertubuhan perbadanan yang bernama Majlis Agama Islam Selangor (MAIS,
2014).
Maka hendaklah ada suatu badan bernama Majlis Agama Islam Selangor untuk
membantu dan menasihati Duli Yang Maha Mulia Sultan dalam perkara-perkara yang
berhubung dengan agama Islam. (Enakmen Pentadbiran Agama Islam Negeri Selangor,
2003)
MAIS SEBAGAI BAITULMAL
Pada awal penubuhan Bahagian Harta Baitulmal di MAIS ia dikenali sebagai Bahagian
Sumber AM. Namun setelah mesyuarat MAIS Bil 1/2005 yang bersidang pada 14 April 2005
Bahagian Sumber Am telah diberi nafas baru dengan nama Bahagian MAL. Bahagian ini
terdiri daripada tiga elemen penting iaitu Unit Wakaf, Unit Wasiat dan Amanah serta Unit
Faraid. Penubuhan Bahagian MAL bertujuan untuk menguruskan harta umat Islam yang
merangkumi wakaf, wasiat, harta amanah dan harta lebihan harta faraid di Negeri Selangor.
Ini menepati Seksyen 5 (4) dan seksyen 89 Enakmen Pentadbiran Agama Islam Negeri
Selangor 2003 iaitu: Seksyen 5(4) Enakmen Pentadbiran Agama Islam (Negeri Selangor)
2003 menyatakan:
Majlis hendaklah mempunyai kuasa untuk bertindak sebagai wasi sesuatu wasiat atau
sebagai pentadbir harta pusaka seseorang si mati atau sebagai pemegang amanah manamana amanah"

Manakala Seksyen 89 Enakmen Pentadbiran Agama Islam (Negeri Selangor) 2003


menyatakan :
"Majlis menjadi pemegang amanah tunggal wakaf, nazr dan amanah."
Tujuan penubuhan baitulmal MAIS ini adalah untuk mempertingkatkan kecekapan
pengurusan pendaftaran, pembangunan dan penyebaran maklumat harta wakaf, faraid, wasiat
dan amanah bagi mana-mana amanah dengan lebih sistematik, cekap dan berkesan. Baitulmal
MAIS juga bertanggungjawab dalam menguruskan wakaf, wasiat dan amanah, serta harta
lebihan faraid. Selain itu baitulmal MAIS juga berperanan menguruskan wang tidak patuh
syariah, wang orang berhutang, wasiat, hibah, harta Luqatah, tabung sumbangan anak yatim
dan pungutan khairat.
KEFAHAMAN
BAITULMAL

MASYARAKAT

TERHADAP

Rajah 1 :
Taburan Responden Berdasarkan Jantina

PERANAN

MAIS

SEBAGAI

Rajah 2 :
Taburan Responden Berdasarkan Umur

Demografi responden menunjukkan di rajah 1 mendapati 60% responden terdiri daripada


wanita dan 40% adalah lelaki. Rajah 2 pula menunjukkan 76.5 % dari keseluruhan responden
terdiri daripada golongan belia (21-40 tahun).
Jadual 1: Nilai Purata Bagi Kefahaman Terhadap Peranan MAIS Sebagai Baitulmal
Bil.

Pemboleh Ubah Kefahaman Terhadap Peranan MAIS Sebagai


Baitulmal

Purata

1.
2.

Saya mengetahui bahawa Baitulmal adalah di bawah pengurusan MAIS.


Saya pernah mendengar dan mengetahui tentang Baitulmal melalui media
serta melalui Internet (portal rasmi MAIS).
Saya mengetahui Baitulmal menawarkan perkhidmatan pengurusan harta
luqatah (barang yang ditemukan), harta pusaka dan pengurusan wasiat.
Saya mengetahui Baitulmal menawarkan perkhidmatan pengurusan wang
yang tidak patuh syariat dan hibah.
Saya berpuas hati dengan perkhidmatan yang diuruskan oleh Baitulmal.
Saya berpendapat Baitulmal perlu meningkatkan lagi mutu perkhidmatan
pengurusan harta dengan cekap.
Saya berpendapat Baitulmal perlu membuat perubahan pada skop
perkhidmatan yang disediakan.

3.25
3.24

PURATA KESELURUHAN

3.18

3.
4.
5.
6.
7.

3.16
2.96
3.19
3.12
3.33

Jadual 1 menunjukkan keseluruhan purata bagi soalan-soalan berkaitan kefahaman


masyarakat terhadap peranan MAIS sebagai Baitulmal ialah 3.18. Maka, dapatan ini
menunjukkan bahawa secara keseluruhan responden mempunyai kefahaman yang mendalam
berkaitan peranan MAIS sebagai Baitulmal. Purata bagi tujuh soalan berkaitan peranan MAIS
sebagai Baitulmal melebihi 3.00. Bagaimanapun soalan 4 berkaitan skop tugas Baitulmal
yang menawarkan perkhidmatan pengurusan wang yang tidak patuh syariat dan hibah cuma
memperolehi dapatan sebanyak 2.96 yang berada dalam kumpulan sederhana. Keadaan ini
menunjukkan bahawa MAIS perlu menumpukan urusan promosi ke arah memaklumkan
kepada masyarakat umum di Selangor bahawa Baitulmal di bawah penyeliaan MAIS turut
menawarkan perkhidmatan tersebut.
TREN KUTIPAN DAN PENERIMAAN HARTA BAITULMAL MAIS (2010-2013)
HARTA LUQATAH
Baitulmal MAIS berperanan dalam menguruskan harta Luqatah. Harta luqatah adalah barang
yang ditemui, di sesuatu tempat yang tidak diketahui siapa pemiliknya. Misalnya, seorang
Muslim menjumpai sesuatu barang atau harta dan dia mengutip barang tersebut kerana risau
ia sia-sia dan terbiar. Penemu harta tersebut hendaklah menyerahkan harta yang dijumpai ke
Ibu Pejabat MAIS atau Unit Harta Baitulmal Daerah, di Pejabat Agama Islam Daerah yang
terdekat.

Penerimaan (RM)

Rajah 3: Jumlah Penerimaan Harta Luqatah (2010-2013)


500,000.00
400,000.00
300,000.00
200,000.00
100,000.00
0.00

2010

Jumlah Penerimaan
395,741.26
Harta Luqatah

2011

2012

2013

2,996.00

2,405.00

4,460.00

Rajah 3 menunjukkan jumlah penerimaan harta Luqatah dari tahun 2010-2013 di


MAIS. Pada tahun 2010 jumlah penerimaan harta Luqatah mencatatkan RM 395,741.26.
Penurunan sebanyak 98% dari tahun 2010 ke 2011. Kemudian pada tahun 2013 harta
Luqatah yang diserahkan ke MAIS menunjukkan peningkatan sebanyak 29.9% dari tahun
2012 dengan jumlah RM2,405.00 kepada RM4,460.00. Keseluruhan harta Luqatah yang
ditemui dari tahun 2010-2013 berjumlah RM 1,212,529.71. Selepas harta tersebut diserahkan
ke MAIS, pihak MAIS akan mengeluarkan notis penemuan Harta Luqatah di premis awam
berhampiran Harta Luqatah tersebut ditemui.

HARTA PUSAKA
Harta pusaka adalah salah satu unit penting yang diuruskan oleh Baitulmal di bawah MAIS.
Menurut hukum faraid, salah satu sumber Baitulmal adalah melalui harta pusaka. Hal ini
kerana, Baitulmal merupakan tempat rujukan terakhir sekiranya sesuatu harta pusaka itu tiada
pewaris atau mempunyai waris tetapi tidak berhak kepada harta tersebut atas halangan
tertentu seperti berlainan agama atau terdapat baki harta setelah diberikan kepada waris-waris
yang berhak. Selain itu, faktor yang melibatkan MAIS dalam pembahagian harta pusaka

Penerimaan (RM)

Rajah 4: Jumlah Penerimaan Harta Pusaka (2010-2013)


4,000,000.00
3,000,000.00

2,000,000.00
1,000,000.00
0.00

2010

2011

2012

2013

Jumlah Penerimaan
1,438,004.33 1,657,521.57 3,571,745.49 1,839,383.75
Harta Pusaka

Jumlah penerimaan Harta Pusaka di rajah 4 pula menunjukkan pada tahun 2012
mencatat jumlah paling tertinggi di antara tahun 2010 hingga 2013 dengan jumlah RM
3,571,745.49. Ia mencatat peningkatan sebanyak 36.6% dari tahun 2011. Harta pusaka yang
diterima oleh Baitulmal ini adalah berdasarkan pecahan kutipan keseluruhan yang terdiri
daripada tebus pusaka secara tunai, tebus secara ansuran dan penerimaan pelbagai pusaka.
Penerimaan harta pusaka ini akan dikhidmatkan untuk diterima oleh masyarakat berdasarkan
kepentingan maslahah umum. Keseluruhan jumlah penerimaan harta pusaka dari tahun 2010
hingga 2013 bernilai RM 8,506,655.14.
WANG TIDAK PATUH SYARIAH
Selari dengan etika kerja MAIS iaitu amanah, prihatin dan mesra, MAIS bertanggungjawab
mewar-warkan kepada masyarakat setempat kepentingan menguruskan harta mengikut
hukum syarak yang ditetapkan. Sehubungan dengan itu, Baitulmal MAIS berperanan dalam
menguruskan wang tidak patuh syariah. Wang tidak patuh syariah adalah istilah
menggantikan penggunaan nama wang haram atau wang syubhah yang dimiliki oleh orang
Islam. Ia termasuklah sebarang bentuk pendapatan atau perolehan hasil daripada perbuatan
atau transaksi yang bertentangan dengan hukum syarak. Pengurusan wang tidak patuh syariah
ini berfungsi sebagai cara pelupusan yang utama, selamat dan meyakinkan serta mampu
menyumbang kepada peningkatan sosio-ekonomi umat Islam. Klasifikasi wang tidak patuh
syariah yang digariskan MAIS:
a) riba atau faedah dan
b) judi atau pertaruhan
c) pengeluaran dan penjualan barang tidak halal
d) insurans konvensional
e) jual beli sekuriti yang tidak halal
f) aktiviti lain yang tidak selaras dengan syariah
6

Penerimaan (RM)

Rajah 5: Jumlah Penerimaan Wang Tidak Patuh Syariah (2010-2013)


1,200,000.00
1,000,000.00
800,000.00
600,000.00

400,000.00
200,000.00
0.00

Jumlah Penerimaan Wang


Tidak Patuh Syariah

2010

2011

2012

2013

178,700.00

394,696.12

639,133.59

994,304.97

Rajah 5 menunjukkan jumlah penerimaan wang tidak patuh syariah pada tahun 20102013 semakin meningkat dengan purata 25% dari tahun ke tahun. Penerimaan yang tertinggi
adalah pada tahun 2013 dengan berjumlah RM994,304.87. Berdasarkan kepada hasil kajian
menunjukkan tahap pemahaman masyarakat terhadap peranan Baitulmal MAIS menguruskan
wang tidak patuh syariah berada di tahap yang sederhana namun, peningkatan tren yang
konsisten ini menunjukkan terdapatnya kesedaran orang awam terhadap wang tidak patuh
syariah ini. Wang tidak patuh syariah yang diterima MAIS ini dimanfaatkan bagi maslahah
umum kerana menurut Indera Shahril (2013) sesuatu yang haram itu tidak boleh dimiliki
sebaliknya ia menjadi milik maslahah umum seperti dibelanjakan kepada perkara-perkara
kebajikan. Jumlah keseluruhan bagi penerimaan wang tidak patuh syariah bernilai RM
2,206,834.68.
HARTA WASIAT DAN HIBAH
Selain itu, MAIS turut berperanan menguruskan harta wasiat dengan menempatkan pejabat
agama Islam di beberapa daerah untuk memudahkan orang ramai berurusan dengan MAIS.
Menurut mazhab Syafie wasiat ialah pemberian suatu hak yang boleh dilaksanakan selepas
berlakunya kematian pewasiat sama ada dengan menggunakan lafaz ataupun tidak. Manakala
beberapa fuqaha' lain mentakrifkan wasiat sebagai suatu pemberian oleh seseorang kepada
pihak yang lain sama ada benda, hutang atau manfaat untuk dimiliki oleh penerima wasiat
akan pemberian tersebut selepas kematian pewasiat. Selain itu, MAIS juga menawarkan
penyewaan kepada mana-mana pihak yang berminat untuk menyewa tanah, rumah, kedai dan
pejabat milik MAIS.
Baitulmal MAIS juga turut menguruskan hibah. Dari segi bahasa hibah bermaksud
pemberian sama ada dalam bentuk ain atau selainnya. Dari segi istilahnya hibah ialah suatu
akad yang mengandungi seseorang memberi harta hak miliknya secara sukarela kepada
seseorang yang lain ketika hidupnya tanpa balasan (iwad). Maka, perkhidmatan baitulmal
MAIS bertanggungjawab untuk menyediakan pengurusan hibah iaitu Permohonan Hibah
Biasa dan Permohonan Hibah Pegangan Amanah kepada orang awam.

KESIMPULAN
Secara keseluruhannya, kajian mengenal pasti masyarakat memiliki kefahaman terhadap
peranan Baitulmal yang dimainkan oleh MAIS. Baitulmal MAIS bertanggungjawab dalam
menguruskan harta yang diamanahkan oleh masyarakat untuk digunakan bagi kepentingan
maslahah umum. Harta amanah tersebut termasuklah harta Luqatah, harta pusaka, wang tidak
patuh syariah, harta wasiat dan hibah. Tren penerimaan dan kutipan harta Baitulmal MAIS
juga menunjukkan terdapatnya peningkatan dan juga penurunan dari tahun 2011-2013
menjelaskan kesedaran orang ramai terhadap kepentingan Baitulmal dalam menguruskan
harta amanah tersebut.
Secara tidak langsung, MAIS perlu mempergiatkan lagi kempen dan gerak kerja yang
berkesan untuk menambahkan kesedaran masyarakat terutama orang Islam dalam
menyumbang kepada pembangunan ekonomi berdasarkan syarak dengan berurusan melalui
baitulmal. Hal ini adalah penting kerana Baitulmal merupakan aset negeri yang penting
dalam mengurus harta umat Islam serta memastikan amanah harta tersebut diedarkan dengan
baik dan seterusnya menjana pembangunan ekonomi negeri Selangor.
RUJUKAN
Ahmad Che Yaacob, Razali Daud, Roslim Mohamad, Basaruddin Shah Basri & Mohd Bahrin
Othman. (2007). The Roles Of Baitulmal In Malaysia Towards Implementing
Business Fund Scheme. Laporan Akhir Penyelidikan UITM.
Akanbi,M.M. (2012). The case for the integration of islamic banking principles into the
Nigerian banking system. African Journal of Social Sciences. 2 (2):41-66
Abdullah Alwi Haji Hassan. (2003). Konsep dan Peranan Baitulmal di Zaman Kegemilangan
Islam. dalam Nik Mustapha Hj. Nik Hassan (ed.), Ke Arah Pembangunan Baitulmal
Kebangsaan. Kuala Lumpur: PPZ dan MAIWP, 1-14.
Abdul Monir Yaacob. (2003). Konsep dan Peranan Baitulmal di Zaman Kegemilangan Islam.
dalam Nik Mustapha Hj. Nik Hassan (ed.), Ke Arah Pembangunan Baitulmal
Kebangsaan. Kuala Lumpur: PPZ dan MAIWP, 1-14.
Indera Shahril Mohd Shahid. (2013). Penyucian Harta Melalui Pelupusan Wang Tidak Patuh
Syariah. dlm. MAIS NEWS. Shah Alam: MAIS.
MAIS. (2014, September 22). Penubuhan MAIS. Retrieved September 22, 2014, from Portal
Rasmi Majlis Agama Islam Selangor: http://www.mais.gov.my/sejarah
Nor, R. M. (2013). Pengurusan Baitumal Era Pemerintahan Khalifah Umar Bin Abdul Aziz.
Jurnal Al-Tamaddun, 8(2): 81-88.
Pheng, M., Lee, and Ivan, J.D. (2007). Islamic Banking and Finance Law. Petaling Jaya:
Pearson Longman

Possumah, B. T., & Ismail, A. G. (2012). Baitul Mal and Legal Constraint: Public Wealth
Management in Malaysian Context. International Journal of Academic Research in
Business. 2(11):27-52
Raimi, L. S. (2013). Embedding Islamic Financial System (IFS) in the Curricula of Schools
in Nigeria. Journal of Business Administration and Education, 2(2), 65-84.
Ridwan Abd. Rahman. (2011). Konsep Asas Baitulmal Majlis Agama Islam Dan Adat
Istiadat Melayu Kelantan. Retrieved Oktober 2,2014 from Majlis Agama Islam Kelantan:
http://www.e-maik.my/bi/index.php?option=com_docman&
task=doc_download&gid= 506&Itemid=1151.
Zakariah Abd. Rashid. (2003). Konsep dan Peranan Baitulmal di Zaman Kegemilangan
Islam. dalam Nik Mustapha Hj. Nik Hassan (ed.), Ke Arah Pembangunan Baitulmal
Kebangsaan. Kuala Lumpur: PPZ dan MAIWP, 39-64

You might also like