You are on page 1of 4

Sejarah (http://www.emaik.my/public_new/index.php?

option=com_content&view=article&id=289&Itemid=771) Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (MAIK) ditubuhkan pada 17 Safar 1334 bersamaan 24 Disember 1915 melalui satu perisytiharan oleh KDYMM Sultan Muhammad Ke IV. Penubuhannya bertujuan untuk menasihati KDYMM Al-Sultan selaku ketua agama berkenaan dengan hal ehwal agama Islam dan adat istiadat Melayu Kelantan.

PERISYTIHARAN PENUBUHAN MAIK

" bahawasa di dalam mesyuarat Council pada hari Selasa, 30 Muharram 1334 bersamaan dengan 7 Disember 1915, sesungguhnya telah suka kita mekurniakan kepada anak-anak negeri kita satu majlis yang bernama "Majlis Ugama dan Istiadat Melayu" kerana menimbangkan bagi kebajikan negeri Kelantan. Maka dengan sebab demikian itu, inilah hari yang kita mulai buka Majlis ini kepada pengetahuan anak negeri kita supaya mereka itu mengetahui akan maksud kita kurniakan Majlis ini. Adalah tujuan kita perkataan "ugama" itu ialah tiap-tiap perkara yang mendatangkan muslihat kepada sekalian anak negeri kita lagi menambahkan bagi kebajikan Kelantan. Dan kita kehendaki bagi perkataan "Istiadat Melayu" itu ialah yang melengkapi atas adat dan adab Melayu yang dengan elok dan sayodia diperlihara akan dia mengikut bagaimana peredaran masa....."

Menurut kajian, KDYMM Sultan Muhammad Ke-IV mengampuni perkenan penubuhan MAIK setelah mendapat cadangan dan pandangan daripada tiga orang ulama dan cerdik pandai Melayu (inteligensia). Mereka ialah :

Haji Nik Mahmud bin Haji Ismail (Qadhi) Haji Muhammad bin Khatib Hj. Muhammad Said Haji Awang Muhd. Yusoff bin Ahmad (Tok Kenali)

Pada 24 Disember 1915 bersamaan 17 Safar 1334, MAIK dimasyurkan penubuhannya oleh KDYMM Sultan Muhammad Ke-IV dalam suatu istiadat gilang gemilang di Pejabat Tanah lama Kota Bharu, di hadapan orang-orang kenamaan negeri, dengan disaksikan oleh sebahagian besar rakyat Kelantan.

OBJEKTIF (file:///F:/Objektif%20&%20Strategi%20MAIK.htm) Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan menggariskan beberapa objektifnya seperti berikut: 1. Dakwah Islamiah yang berkesan 2. Membentuk dan mewujudkan sebuah masyarakat Islam yang dinamis dan progresif yang sentiasa mencari keredhaan Allah 3. Memupuk keimanan dan mengukuhkan ukhwah Islamiah di kalangan orang-orangIslam di negeri Kelantan khususnya an di Malaysia amnya bagi mencapaiperpaduan ummah. 4. Memperbanyakkan usaha-usaha kebajikan dan mencegah kemungkaran di dalam masyarakat Islam di Kelantan ; dan 5. Melaksanakan usaha-usaha menambahkan harta dan sumber melalui pelaburan dan usaha-usaha halal yang lain bagi kemajuan dan kesejahteraan sosial dan ekonomi masyarakat Islam di Kelantan. STRATEGI Antara strategi yang diatur bagi mencapai objektif MAIK adalah sebagaimana berikut :

Mewujudkan sebuah organisasi pentadbiran yang mantap dan berkesan bagi melaksanakan fungsi dan matlamat penubuhan MAIK. Memperkemas dan memperluaskan bidang usaha dan kegiatan dakwah dan tarbiah (pendidikan) agama demi mempertingkatkan kefahaman Islam dalam kalangan masyarakat Memperkemas dan memperkembangkan aktiviti-aktiviti pembangunan ekonomi. Mewujudkan institusi kebajikan bagi meningkatkan kegiatan amal bagi mengatasi masalah kemasyarakatan umat islam di kalangan fakir miskin, saudara baru, anak yatim, dan lain-lain. Menggalak dan mempergiatkan penglibatan masyarakat dalam aktiviti-aktiviti bercorak keagamaan dan amal kebajikan.

STRUKTUR ORGANISASI (file:///F:/Struktur%20Organisasi%20MAIK.htm) ORGANISASI PENTADBIRAN MAIK Penasihat dan pengawas kepada seluruh organisasi MAIK adalah Yang Dipertua MAIK yang berfungsi sebagai Pengerusi Majlis. MAIK ditadbir oleh sebuah badan yang dikenali dengan Ahli Majlis dan Majlis ini pula dibantu oleh sebuah Badan yang dikenali sebagai Jemaah Ulama.' Ke dua-dua Ahli Badan tersebut dilantik oleh Kebawah Duli Yang Maha Mulia Al-Sultan Kelantan selaku Ketua Agama Negeri dari semasa ke semasa.

Struktur organisasi pentadbiran MAIK dibahagikan kepada tiga bahagian iaitu Bahagian Baitulmal,Bahagian Khidmat Pengurusan dan juga Bahagian Hal Ehwal Agama/Masjid. Pentadbiran MAIK diketuai oleh Timbalan Yang Dipertua dengan dibantu oleh Setiausaha, Ketua-ketua Bahagian dan Ketua-ketua Unit sebagai penyelia dan penyelaras jentera Pentadbiran MAIK.

VISI (file:///F:/Visi%20dan%20Misi%20MAIK.htm) UNTUK MENJADIKAN SEBUAH ORGANISASI PENGURUSAN WANG ZAKAT DAN PENGURUSAN HARTA BAITULMAL DAN WAKAF YANG TERUNGGUL DI MALAYSIA.

MISI MEMBERI SUMBANGAN BERMAKNA UNTUK MENINGKATKAN TARAF SOSIO EKONOMI ISLAM.

BIDANG KUASA (file:///F:/Bidang%20Kuasa%20maik.htm)

Enakmen Majlis Agama Dan Adat Istiadat Melayu Kelantan tahun 1994 menyebut bahawa selain daripada membantu KDYMM Al-Sultan Kelantan selaku Ketua Agama Islam di negeri ini dan Adat Istiadat Melayu, Majlis merupakan badan induk agama yang tertinggi yang bertujuan mengawal hal ehwal agama islam di negeri ini. Bidang Kuasa Majlis menurut Enakmen Bilangan 4 1994 antara lain ialah :

Sebagai penguasa wasiat, pentadbir pusaka orang islam di negeri ini dan juga sebagai pemegang amanah. Menjalankan urusan kontrak dan mentadbir harta benda yang ada pada atau terletak hak kepada Majlis termasuk memperniagakannya menurut kehendak hukum syarak. Kuasa mengada dan mengurus rumah kebajikan untuk anak yatim dan lain-lain. Merancang dan melaksanakan apa-apa kegiatan bagi tujuan meninggi taraf umat islam. Berusaha ke arah memajukan sosio ekonomi umat Islam di mana Jemaah Ulama' Majlis bertindak selaku penasihat. Kuasa menubuhkan perbadanan-perbadanan untuk menjalan,menjaga,mengelola dan menguruskan sebarang projek skim atau enterprise dengan persetujuan KDYMM AlSultan

You might also like