You are on page 1of 13

Persekutuan Pengakap Malaysia

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Persekutuan Pengakap Malaysia

Persekutuan Pengakap Malaysia

Ibu pejabat

Rumah BP, Jalan Hang Jebat,Kuala Lumpur

Negara

Malaysia

Keahlian

73, 500

Ketua Pengakap Negara

Dato' Seri Dr. Haji Shafie bin Haji Mohd Salleh

Ketua Pesuruhjaya Pengakap Negara YB Dato Dr. Mohamad Shahrum Osman

http://ms.wikipedia.org/wiki/Persekutuan_Pengakap_Malaysia

Pertubuhan induk

World Organization of the Scout Movement (Persekutuan Pengakap Sedunia)

Laman rasmi http://www.pengakapmalaysia.org

Portal Pengakap Sedunia

Persekutuan Pengakap Malaysia, ringkasnya PPM ialah suatu pertubuhan beruniform sukarela para belia dan beliawanis. Ianya sebahagian daripada pertubuhan kepengakapan global iaitu Persekutuan Pengakap Sedunia ataupun World Organization of the Scout Movement. Persekutuan Pengakap Malaysia bergerak di bawah Akta Persekutuan Pengakap Malaysia 1968. Sehingga kini, hanya PPM satu-satunya pertubuhan seumpamanya yang dikuatkuasakan melalui akta parlimen.
Isi kandungan
[sorokkan]

1 Sejarah kepengakapan di Malaysia

1.1 Kronologi penubuhan pasukan pengakap di negeri-negeri

2 Keahlian dan peringkat umur pengakap 3 Organisasi Persekutuan Pengakap Malaysia

o o o

3.1 Carta oganisasi Majlis Pengakap Kebangsaan 3.2 Pesuruhjaya-pesuruhjaya Negeri 3.3 Organisasi unit kecil pengakap

http://ms.wikipedia.org/wiki/Persekutuan_Pengakap_Malaysia

3.4 Epolet pemimpin dan pesuruhjaya

4 Alamat surat-menyurat 5 Lihat juga 6 Jambori di Malaysia 7 Pautan luar

Sejarah kepengakapan di Malaysia [sunting]


Kepengakapan wujud di dunia ini hasil kejayaan perkhemahan anjuran Robert Baden-Powell atau lebih dikenali sebagai BP, di Pulau Brownsea, England pada 31 Julai hingga 9 Ogos 1907. Dari situ, kegiatan berpengakap telahpun muncul di tanahair seawal 1908 lagi dianggotai oleh anak-anak pegawaipegawai British. Pasukan pertama pengakap bagaimanapun ditubuhkan di Singapura pada 1910 oleh Sir Frank Cooper Sands, seorang pemimpin dari Nottingham, England. Untuk dua dekad seterusnya pergerakan pengakap tersebar ke seluruh Tanah Melayu dan Borneo.

Kronologi penubuhan pasukan pengakap di negeri-negeri [sunting]

http://ms.wikipedia.org/wiki/Persekutuan_Pengakap_Malaysia

Negeri

Tarikh

1908, sebuah kumpulan percubaan ditubuhkan di YMCA Pulau Pinang Pulau Pinang 1910, Kumpulan YMCA ini dirasmikan penubuhannya dengan En R Robert sebagai Pemimpin dan En Goh G H dan En George Pykett

http://ms.wikipedia.org/wiki/Persekutuan_Pengakap_Malaysia

sebagai Penolong Pemimpin

1915, ditubuhkan di Sekolah Penang Free oleh En H R Cheeseman

Kuala Lumpur dan Selangor

1910, ditubuhkan di Victoria Institution (dahulunya di dalam Selangor, kini Kuala Lumpur) oleh En B E Shaw

1912, Ditubuhkan oleh Mr G.M. Laidlaw sehingga beliau meninggal. Pahang 1927, dihidupkan semula oleh oleh H P Herslet

Sabah

1913, diperkenalkan oleh Reverend Thomas Cecil Alexander di Sandakan

Sarawak

1913, juga dibawa oleh Reverend Thomas Cecil Alexander, ke Anglican Bishop House,Kuching

Kedah

1922, diperkenalkan oleh E C Hicks, E A G Stuart, R P S Walker dan C W Bloomfield

Perak

1926, oleh L R Wheeler di Kolej Melayu Kuala Kangsar

Melaka

1926, dibawa oleh R Brunstone

Negeri Sembilan

1926, juga oleh R. Brunstone

http://ms.wikipedia.org/wiki/Persekutuan_Pengakap_Malaysia

Terengganu

1927, ditubuhkan oleh A J Gracle

Kelantan

1927, ditubuhkan oleh YM Tengku Ahmad Panglima Raja di Maktab Sultan Ismail

Johor

1928, ditubuhkan oleh En H R Cheeseman di English College (kini Maktab Sultan Abu Bakar)

Perlis

1931, dibawa oleh Bird dan Roger Smith bersaudara

Setelah aktiviti kepengakapan tersebar luas, keperluan untuk mewujudkan badan penyelaras disedari. Sejurus selepas Perang Dunia Kedua, pergerakan pengakap di Tanah Melayu disusun semula menjadi Persekutuan Budak Pengakap Tanah Melayu. Apabila Persekutuan Tanah Melayu mencapai kemerdekaan pada 31 Ogos 1957, persekutuan ini diterima sebagai ahli Pesekutuan Pengakap Sedunia pada 1 September 1957. Seterusnya, apabila Sabah, Sarawak dan Singapura bergabung bersama Tanah Melayu membentuk Malaysia, pergerakan pengakap negeri-negeri tersebut juga turut bergabung. Hasilnya pada November 1964 Persekutuan Pengakap Malaysia ditubuhkan. Persekutuan Pengakap Malaysia diperbadankan melalui Akta Persekutuan Pengakap Malaysia (Pemerbadan) 1968, dan (Semakan) 1989. Dengan keistimewaan ini Duli-duli Yang Maha Mulia Yang Di-Pertuan Agong dan Raja-raja Melayu serta Tuan-tuan Yang Terutama merupakan penaung pergerakan pengakap di peringkat negeri dan nasional.

Keahlian dan peringkat umur pengakap [sunting]


Keunikan pengakap sebagai unit beruniform yang asal ialah ia menerima ahli dari berbagai lapisan masyarakat. Asal saja seseorang itu menerima prinsip-prinsip yang terkandung di dalam Persetiaan Pengakap dan Undang-undang Pengakap, beliau boleh menyertai pergerakan ini. Keahlian yang bersifat universal ini memupuk perpaduan antara ahli tanpa mengira bangsa, budaya dan fahaman agama. Keahlian pengakap juga tidak dihadkan oleh faktor usia. Malah seseorang itu boleh menjadi pengakap hingga akhir usia dan dari inilah timbul ungkapan "Sekali Berpengakap, Teruskan Berpengakap". Anggota-anggota pergerakan pengakap pula dibahagikan mengikut beberapa peringkat umur seawal 10 tahun hinggalah dewasa.

http://ms.wikipedia.org/wiki/Persekutuan_Pengakap_Malaysia

Pengakap Kanak-kanak (bahasa Inggeris: Cub Scout), untuk mereka yang berumur 10 hingga 12 tahun, lazimnya pelajar tahun 4 hingga tahun 6. Motto Pengakap Kanak-kanak ialah Buat Habis Baik.

Pengakap Muda ataupun Junior Scout, untuk yang berusia 13 hingga 15 tahun iaitu pelajar tingkatan 1 hingga tingkatan 3. Cogankatanya ialah Selalu Sedia.

Pengakap Remaja atau Venture Scout untuk anak-anak muda tingkatan 4 dan 5. Mottonya ialah Pandang Luas. Pengakap Kelana (Rover Scout) untuk ahli-ahli dewasa lepasan sekolah dan tiada had umur. Terdapat juga dua kumpulan latihan kelana yang ditadbir setaraf negeri iaitu Kumpulan Latihan Malaysia (KLM) dan Kumpulan Latihan Kelanasiswa Malaysia (KLKM). KLM dikhususkan bagi penuntut-penuntut Institut Pendidikan Guru (IPG) manakala KLKM untuk penuntut-penuntut di universiti, politeknik dan kolej universiti. Motto pergerakan kelana ialah Berkhidmat.

Organisasi Persekutuan Pengakap Malaysia [sunting]


Carta oganisasi Majlis Pengakap Kebangsaan [sunting]
Ketua Pengakap Negara/Yang Dipertua
Dato' Seri Paduka Dr Shafie Salleh

Naib Yang Dipertua


Dato' Aziz Jamaludin bin Mhd Tahir

Ketua Pesuruhjaya Pengakap Negara


YB Dato Dr. Mohamad Shahrum Osman

Timbalan Ketua Pesuruhjaya Pengakap Negara


Dato' Haji Abdul Kader bin Mohd Nor

Timbalan Ketua Pesuruhjaya Pengakap Negara


Datuk Awang Zainie bin Haji Suntim

Ketua Setiausaha Kerja


Mohd Zaki Nurud-din

Bendahari
Dato' Shahrum bin Osman

Penolong-penolong Ketua Pesuruhjaya Pengakap Negara


Eric Khoo Heng Peng (Pesuruhjaya Antarabangsa)

Pesuruhjaya-pesuruhjaya Ibu Pejabat


Haji Mohd Noor bin Haji Kassim (Pengakap Khas) Khoo Hock Hoi (Pengakap Kanak-kanak) Lt. Kol Ramli bin Shuhaimi (Pengakap Muda) Ahmad Tajuddin bin Md Salleh (Pengakap

http://ms.wikipedia.org/wiki/Persekutuan_Pengakap_Malaysia

Haji Abdul Shukor bin Mohsin (Pesuruhjaya Latihan Negara) Major Gen. Dato' Dr Mohd Zin bin Bidin (Kesihatan dan Bencana Alam) Hj Zakran bin Abdul Manan (Pendaftaran & Keahlian) Haji Radzwan bin Hussin (APR Liason Officer) Nasaruddin bin Shamsuddin (Pembangunan Kepengakapan) Dr Mohammed Mukhyuddin bin Sarwani (Sumber Dewasa) Ir Ahmad Sabri bin Saad (Media & ICT) Rajalingam a/l Ramasamy (Logistic) Amir Hamzah bin Aman (Program) Mohamad Zaki bin Mohd Yussof (Tugas-Tugas Khas) Dr Noriati bt A. Rasid (Hal Ehwal Wanita)

Kelana) Khamaruzaman bin Samsudin (Pengakap Laut) Anamuthu Samuel (Pengakap Udara) Chan Ah Sang (Unit Antarabangsa) P S Maniam (Tugas-tugas Khas) Mohamad Musa bin Sulaiman (Tugas-tugas Khas)

Setiausaha Kerja Latihan


Jawatan Kosong

Organisasi Persekutuan Pengakap Malaysia mempunyai beberapa hierarki. Yang tertinggi majlis di peringkat kebangsaan, kemudian di peringkat negeri dan seterusnya majlis pengakap daerah. Di peringkat negeri, majlis pengakap diketuai oleh Pesuruhjaya Negeri dan dibantu oleh Penolong-penolong Pesuruhjaya Negeri. Majlis pengakap daerah pula dipengerusikan oleh Pesuruhjaya Daerah masing-masing.

Pesuruhjaya-pesuruhjaya Negeri [sunting]


Negeri Pesuruhjaya Negeri/Ketua Pesuruhjaya

Johor

Haji Yaacob bin Abdul Karim

Kedah

Haji Ismail bin Ku Ishak

Kelantan

Haji Anwar bin Abdul Rahman

http://ms.wikipedia.org/wiki/Persekutuan_Pengakap_Malaysia

Melaka

En. Mohd Zamir bin Hj. Mohd Sharif

Negeri Sembilan

Hamdan bin Haji Mohd Nor

Pahang

Dato' Haji Lias bin Mohd Nor

Perak

Haji Ahmad Azam bin Abdul Majid

Perlis

Haji Rahim bin Mohamed

Pulau Pinang

Haji Zulkafli bin Kamarudddin

Sabah

Datuk Haji Awang Zainie bin Haji Suntim

Selangor

Haji Ishak bin Mohd Jonid

Sarawak

TBA

Terengganu

Haji Che Soh bin Muda

Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur

TBA

http://ms.wikipedia.org/wiki/Persekutuan_Pengakap_Malaysia

Wilayah Persekutuan Labuan

Hong Heng Chee

Kumpulan Latihan Malaysia (KLM)

Prof. Madya Dr. Abdul Rashid bin Mohamad

Kumpulan Latihan Kelanasiswa Malaysia (KLKM) Haji Rosdi bin A Rahman

Organisasi unit kecil pengakap [sunting]


Setiap kumpulan pengakap di sekolah lazimnya dipanggil trup. Trup ini mempunyai pengenalan khusus berupa lencana-lencana yang dipakai di bahu kanan terdiri dari nama negeri, nama daerah dan nombor kumpulan. Setiap kumpulan atau trup mempunyai nombor unik mengikut giliran ianya ditubuhkan. Contohnya, pasukan atau sekolah yang memakai lencana (KELANTAN), (KOTA BHARU) dan (80) ialah pasukan yang ke-80 ditubuhkan di daerah Kota Bharu di Kelantan. Trup-trup kelana pula lazimnya dipanggil krew. Pasukan-pasukan krew ini tidak mempunyai nombor sebaliknya menggunakan abjad A,B,C dan sebagainya. KLM dan KLKM pula menggunakan lencana atau flash nama institusi pengajian mereka. Setiap trup pula dibahagikan kepada patrol yang lazimnya mempunyai 6 pengakap. Setiap trup diketuai oleh ketua, manakala patrol dipimpin oleh ketua patrol dibantu oleh penolong ketua patrol. Di sekolah-sekolah, lazimnya guru-guru penasihat diangkat menjadi pemimpin dan penolong pemimpin, terutama guru-guru yang menyertai latihanmanikayu. Di institut pendidikan guru, kolej-kolej dan universiti, ahli-ahli kanan yang telah menamatkan latihan manikayu menjadi pemimpin.

Epolet pemimpin dan pesuruhjaya [sunting]

http://ms.wikipedia.org/wiki/Persekutuan_Pengakap_Malaysia

Conto h Epolet (Biru Tua)

Warn a Epolet

Enam Lengkar

Lima Lengkar

Empat Lengkar

Tiga Lengkar

Dua Lengkar

Satu Lengkar

Bunga Padi

Insignia

Kunin g

DYMM YDP Agong DYMM Sultansultan Ketua jabatan Pengetua/Guru besar Setiausaha/Bendaha ri Kehormat Daerah/ Ahli-ahli Majlis Pengakap Daerah

Hijau

TYT Gabenor

Naib Yang Dipertua

YDP Majlis Negeri Bendahari Ketua Pengarah Pelajaran

Ahli-ahli Majlis Pengakap Kebangsaan Naib YDP Negeri Pengarah Pelajaran Negeri

YDP/Naib YDP Majlis Pengakap Daerah Pegawai Pelajaran Daerah

Biru Tua

Ketua Pengakap Negara

Ketua Pesuruhjaya Pengakap Negara

Penolong Ketua Pesuruhjaya Pengakap Negara Pesuruhjaya Antarabangsa Pesuruhjaya Latihan Pesuruhjaya

Pesuruhjaya (Kanan) Ibu Pejabat Kebangsaan Penolong Pesuruhjaya Antarabangsa Penolong Ketua

Penolong Pesuruhjaya Negeri Pesuruhjaya Ibu Pejabat Kebangsaan Pesuruhjaya

Pesuruhjaya Ibu Pejabat Negeri Pemimpin Pasukan Penolong Penolong atau Kumpulan Pemimpin Pasukan Pesuruhjaya Daerah

http://ms.wikipedia.org/wiki/Persekutuan_Pengakap_Malaysia

Program Ketua Pesuruhjaya Negeri

Pesuruhjaya Negeri (Latihan, Program, Pentadbiran)

Daerah

Ungu

Ketua Setiausaha Eksekutif

Setiausaha Latihan Negara

Jurulatih Kebangsaan Setiausahasetiausaha Eksekutif

Penolong Jurulatih Kebangsaan Penolong-penolong Setiausaha Eksekutif

Merun

Perdana Menteri

Timbalan Perdana Menteri Menteri-menteri

Timbalan-timbalan Ahli-ahli Parlimen Menteri dan DUN

Epolet Kelana

Epolet pemimpin dan pesuruhjaya mengandungi susunan lengkar beserta warna latar bagi menunjukkan pangkat seseorang. Warna hijau dan kuning digunakan oleh penaung dan penaung diraja. Warna merun pula untuk menteri-menteri dan ahli-ahli kerajaan. Biru tua adalah untuk susunan pegawaipegawai pemimpin dan pesuruhjaya manakala ungu untuk susunan jurulatih. Bagi ahli kelana yang belum mendapat manik kayu, dikhususkan kepada mereka untuk memakai epolet seperti penolong pemimpin dengan latar belakang merah. Epolet ini mempunyai perkataan "KELANA" tertulis di atasnya.

http://ms.wikipedia.org/wiki/Persekutuan_Pengakap_Malaysia

Alamat surat-menyurat [sunting]


Persekutuan Pengakap Malaysia Scouts Association of Malaysia Rumah B-P Jalan Hang Jebat 50150 Kuala Lumpur Phone: +60 (3) 2078-0836 Fax: +60 (3) 2070-9057 email: pengakap@tm.net.my URL: http://www.pengakapmalaysia.org

http://ms.wikipedia.org/wiki/Persekutuan_Pengakap_Malaysia

You might also like