You are on page 1of 3

 

     Persekutuan Pengakap Malaysia

Persekutuan Pengakap Malaysia, PPM


(The Scouts Association of Malaysia)
merupakan sebuah organisasi yang
bertanggungjawab diatas semua aktiviti
berpengakap di Malaysia.
PPM merupakan sebahagian
daripada pergerakan
pengakap dunia dan juga merupakan a
hli kepada World Organization of the
Scout Movement (WOSM).

Di Malaysia, Pengakap mula diperkenalkan


dalam tahun 1908 dan secara rasminya
ditubuhkan pada 2hb Julai 1910 dan
merupakan salah satu badan beruniform
yang berada dibawah Akta Parlimen Malaysia.
PPM berdaftar sebagai ahli dengan
WOSM pada tahun 1957.

Matlamat penubuhan PPM adalah untuk menyediakan latihan kepimpinan yang berasaskan
kepada prinsip dan
undang-undang pengakap dengan matlamat mempertingkatkan kesedaran dan semangat
tolong menolong tanpa mengira warna kulit, agama dan kebudayaan. Penubuhan PPM juga
bermatlamat membina keseimbangan individu dari segi intelektual, kerohanian dan fizikal
bersandarkan kepada kepercayaan kepada Tuhan.
Bagi mencapat matlamat ini, pelbagai aktiviti dan langkah diambil bagi membentuk disiplin
dan jati diri, kesopanan di samping rasa tanggungjawab kepada diri sendiri, keluarga dan
masyarakat dalam usaha merealisasikan matlamat pergerakan pengakap dalam melahirkan
masyarakat atau individu yang berguna kepada agama bangsa dan negara.

Persekutuan Pengakap Malaysia beribupejabat di Rumah BP, Jalan Hang Jebat, Kuala
Lumpur. Secara umumnya organisasi pergerakan pengakap dibahagikan kepada beberapa
badan. Setiap negeri diketuai oleh Pesuruhjaya negeri (state commissioner) dan
kemudiannya dipecahkan kepada peringkat daerah bagi setiap negeri dimana setiap daerah
ketuai oleh pesuruhjaya daerah (district commissioner). Setiap trop dipecahkan kepada
beberapa sistem patrol yang mempunyai ketua patrol dan pembantu ketua patrol. Sebuah
badan yang dinamakan Majlis ketua Patrol (Patrol Leader Council) akan merancang dan
melaksanakan aktiviti trop dengan bantuan dan selenggaraan dari pemimpin trop (troop's
scoutmaster). Majlis Ketua Patrol disertai oleh ketua patrol dan pembantu sekiranya
bilangan ketua patrol terlalu kecil. Melalui Majlis Ketua Patrol, Ketua Patrol akan dipilih dan
dilantik kejawatan Ketua Trop, Pembantu Ketua Trop, Setiausaha, Bendahari dan juga
quatermaster.Badan ini dikenali sebagai 'Court of Honour' dan merupakan badan paling
ekslusif didalam sesuatu Trop.

MATLAMAT BERPENGAKAP
Melatih generasi muda bagi melahirkan individu yang berpotensi dari segi perkembangan
fizikal, intelek, sosial dan kerohanian serta bertanggungjawab kepada masyarakat, negara
dan masyarakat antarabangsa.

MISI PENGAKAP MALAYSIA


Memberi sumbangan pendidikan tidak formal kepada generasi muda melalui sistem nilai
berasaskan Persetiaan dan Undang-undang Pengakap, bagi membantu Membina dunia
yang lebih baik, penduduknya boleh berdikari sebagai individu serta dapat memainkan
peranan yang berguna untuk masyarakat dengan :

·Penglibatan sepanjang tahun dalam proses pendidikan Tidak formal


·Menjadikan setiap individu agen utama pembangunan diri ke arah berdikari,
bertanggungjawab dan komited
·Membina sistem nilai berasaskan prinsip-prinsip kerohanian, sosial dan peribadi seperti
Yang ternyata dalam Persetiaan  dan Undang-undang Pengakap

Falsafah Persekutuan Pengakap Malaysia adalah untuk menyediakan skim latihan


kepimpinan berasaskan kepada Prinsip dan Undang-undang Pengakap dengan
bermatlamatkan berbuat baik dan mempertingkatkan semangat persaudaraan tanpa
mengira warna kulit, agama dan kebudayaan bagi membentuk masyarakat yang seimbang
dari segi intelek, kerohanian dan fizikal diatas landasan kepercayaan kepada Tuhan.
Pengakap juga berusaha untuk membentuk disiplin dan jati diri dengan menerapkan nilai-
nilai kesopanan serta mewujudkan sifat bertanggungjawab terhadap diri, keluarga dan juga
masyarakat didalam diri setiap ahli bagi mencapai matlamat pergerakan pengakap
membentuk warganegara yang berguna kepada agama, bangsa dan negara.
a

You might also like