You are on page 1of 6

Sejarah kepengakapan di Malaysia

Kepengakapan wujud di dunia ini hasil kejayaan


perkhemahan anjuran Robert Baden-Powell atau lebih
dikenali sebagai BP, di Pulau Brownsea, England pada
31 Julai hingga 9 Ogos 1907. Dari situ, kegiatan
berpengakap telah pun muncul di tanah air seawal 1908
lagi dianggotai oleh anak-anak pegawai-pegawai British.
Pasukan pertama pengakap bagaimanapun ditubuhkan
di Singapura pada 1910 oleh Sir Frank Cooper Sands,
seorang pemimpin dari Nottingham, England. Untuk dua
dekad seterusnya pergerakan pengakap tersebar ke
seluruh Tanah Melayu dan Borneo.
Setelah aktiviti kepengakapan tersebar luas, keperluan
untuk mewujudkan badan penyelaras disedari. Sejurus
selepas Perang Dunia Kedua, pergerakan pengakap di
Tanah Melayu disusun semula menjadi Persekutuan
Budak Pengakap Tanah Melayu. Apabila Persekutuan
Tanah Melayu mencapai kemerdekaan pada 31 Ogos
1957, persekutuan ini diterima sebagai ahli Pesekutuan
Pengakap Sedunia pada 1 September 1957. Seterusnya,
apabila Sabah, Sarawak dan Singapura bergabung
bersama Tanah Melayu membentuk Malaysia, pergerakan
pengakap negeri-negeri tersebut juga turut bergabung.
Hasilnya pada November 1964 Persekutuan Pengakap
Malaysia ditubuhkan.
Persekutuan Pengakap Malaysia diperbadankan melalui
Akta Persekutuan Pengakap Malaysia (Pemerbadan)
1968, dan (Semakan) 1989. Dengan keistimewaan ini
Duli-duli Yang Maha Mulia Yang di-Pertuan Agong dan
Raja-raja Melayu serta Tuan-tuan Yang Terutama
merupakan penaung pergerakan pengakap di peringkat
negeri dan nasional.
Keahlian dan peringkat umur pengakap
Keunikan pengakap sebagai unit beruniform yang asal
ialah ia menerima ahli daripada pelbagai lapisan
masyarakat. Asal sahaja seseorang itu menerima prinsip-
prinsip yang terkandung dalam Persetiaan Pengakap dan
Undang-undang Pengakap, beliau boleh menyertai
pergerakan ini. Keahlian yang bersifat universal ini
memupuk perpaduan antara ahli tanpa mengira bangsa,
budaya dan fahaman agama. Keahlian pengakap juga
tidak dihadkan oleh faktor usia. Malah, seseorang itu boleh
menjadi pengakap hingga akhir usia dan daripada inilah
timbul ungkapan "Sekali Berpengakap, Teruskan
Berpengakap".
Anggota-anggota pergerakan pengakap pula
dibahagikan mengikut beberapa peringkat umur seawal
10 tahun hinggalah dewasa.

•Pengakap Kanak-kanak (bahasa Inggeris: Cub Scout),


untuk mereka yang berumur 10 hingga 12 tahun, lazimnya
pelajar tahun 4 hingga tahun 6. Moto Pengakap Kanak-
kanak ialah Buat Habis Baik.

•Pengakap Muda ataupun Junior Scout, untuk yang berusia


13 hingga 15 tahun iaitu pelajar tingkatan 1 hingga
tingkatan 3. Cogan katanya ialah Selalu Sedia.
•Pengakap Remaja atau Senior Scout untuk yang berusia
16 hingga 17 1/2 tahun iaitu pelajar tingkatan 4 dan 5.
Motonya ialah Pandang Luas.

•Pengakap Kelana (Rover Scout) untuk ahli-ahli dewasa


lepasan sekolah berusia 17 1/2 hingga 26 tahun.

Terdapat juga dua kumpulan latihan kelana yang ditadbir


setaraf negeri iaitu Kumpulan Latihan Malaysia (KLM) dan
Kumpulan Latihan Kelanasiswa Malaysia (KLKM). KLM
dikhususkan bagi penuntut-penuntut Institut Pendidikan
Guru (IPG) manakala KLKM untuk penuntut-penuntut di
universiti, politeknik dan kolej universiti. Moto pergerakan
kelana ialah Berkhidmat.

You might also like