You are on page 1of 9

SEJARAH PENGAKAP RIWAYAT HIDUP LORD BADEN POWELL

Pada 22 Februari 1857 seorang bayi telah dilahirkan di sebuah rumah berhampiran dengan Hyde Park, London. Bayi itu di beri nama Robert Stephenson Smyth-Powell. Bapanya bernama Reverend H.G Baden Powell. Ibunya W.T Smyth, ialah anak seorang Laksamana British. Beliau mempunyai tujuh orang adik beradik. Pada masa usianya 3 tahun bapanya telah meninggal dunia dan tinggallah beliau dalam pemeloiharaan ibunya dalam keadaan hidup yang sederhana. Beliau sangat gemar kepada penghidupan di luar rumah. Pernah bersama abang-abangnya berjalan kaki dan berkhemah di beberapa tempat di England. Beliau terkenal dengan nama ringkas B-P amat sayang kepada kanak-kanak dan rasa kasih sayangnya kepada kanak-kanak inilah yang menukarkan kanak-kanak ini dari tenaga-tenaga membazir di lapangan ekonomi kepada suatu faktor pengeluar bagi sesuatu masyarakat atau bagi kemanusiaan sejagat umumnya. Baden-Powell di tauliahkan sebagai Leftenan Muda bagi Pasukan Askar Hussar yang ke 13 dan ditempatkan di India pada tahun 1876 dan kemudian mendapat pangkat Inspector General dalam tahun 1903.. Dalam suatu serangan terhadap Mafeking dalam tahun 1899, Baden Powell merancang bagi kanak-kanak yang tinggal di bandar yang diserang itu untuk membawa pesanan-pesanan dan menggantikan askar-askar di medan perang. Kepantasan dan kecekapan kanak-kanak ini meninggalkan kesan yang amat mendalam pada hati B-P dan dalam tahun 1907 ketika pulang ke England, beliau telah menganjurkan suatu perkhemahan percubaan di Pulau Brownsea bagi kanak-kanak lelaki. Dengan kejayaan perkhemahan di Pulau Brownsea itu pada tahun 1908 B-P telah mengarang sebuah buku bernama Scouting For Boys ( Ilmu Pengakap bagi Budak-Budak) . Demikianlah Pergerakan Pengakap bermula. B-P menanam semangat taat kepada Tuhan, Raja dan Negara. Kejayaan ini tidak dapat dialahkan oleh teman-teman beliau yang sezaman dengannya. Inti-inti dari pusaka yang ditinggalkannya ialah pengadunan teratur bagi kecekapan dan tatatertib yang mengembangkan dasardasar asas seseorang manusia. Dalam Jambori Pengakap Sedunia Pertama yang diadakan di Olympia, Baden-Powell telah dilantik menjadi Pengakap Agong bagi seluruh dunia.. Pada tahun 1937 sewaktu umurnya 80 tahun, B-P bersama-sama dengan isterinya Lady Baden Powell, seorang yang telah bersungguh-sungguh membantu B-P dalam segala kerja mengembangkan Pergerakan Pengakap dan memimpin Pasukan Pandu Puteri disertai oleh anak-anaknya meninggalkan bandar London menuju ke Kenya di Afrika dan bermastautatin di sebuah kampung yang aman, pandangan yang indah, hutan yang menghijau kemuncak gunung yang diselaputi oleh salji, disitulah B-P berehat setelah lama berbakti kepada dunia. Oleh yang demikian adalah menjadi kerugian yang besar bagi semua orang apabila pada 8 Januari 1941 B-P meninggal dunia dengan tenangnya dan dikebumikan dengan penuh penghormatan di bawah bayang-bayang lembut Gunung Kenya. Kata-kata akhirnya kepada kita semua di dalam Pergerakan ini ialah TUHAN MEMIMPIN DAN MEMBANTU DI DALAM KERJA-KERJA MU

PERMULAAN PERGERAKAN PENGAKAP Dalam riwayat hidup B-P telah diterangkan bagaimana kejayaan B-P mengadakan perkhemahan di Pulau Brownsea bagi kanak-kanak lelakiseramai 12 orang dan selepas itu ramai kanak-kanak memasuki Pasukan Pengakap termasuk kanak-kanak perempuan. Dengan yang demikian B-P telah mengasingkan kanak-kanak di bawah 11 tahun dan ditubuhkan Pasukan Pengakap Kanak-kanak pada tahun 1916 kerana mereka terlalu muda. Percebran diri dalam pergerakan pengakap ini bukan sahaja kanak-kanak lelaki malahan kanak-kanak perempuan juga ingin memasuki Pergerakan Pengakap. B-P tidak melarang kanak-kanak perempuan menceburkan diri dalam Pergerakan Pengakap ini tetapi tidak manis kegiatan bercampur gaul dengan kanak-kanak lelaki. Walau bagaimana pun B-P tidak berputus asa dan menunaikan juga kehendak mereka tetapi berlainan sedikit iaitu kanak-kanak perempuan diasingkan dan ditubuhkan pula Pasukan Pandu Puteri dan dipimpin oleh isterinya Lady Baden Powell. Pergerakan Pengakap mula munculdi Malaya pada tahun 1910 oleh Encik F.C Sands di Singapura seramai 30 orang. Kemudian di Pahang pada tahun 1912, di Pulau Pinang pada tahun 1915, di Perak dan Johor pada 1920, di Kedah pada tahun 1922, di Melaka dan Negeri Sembilan pada 1925, di Selangor , Kelantan, terengganu dan Perlis pada tahun 1926, di Sabah pada 1913 dan di Sarawak pada tahun 1915. Pada tarikh-tarikh itu Pergerakan Pengakap berkembang ke daerah-daerah lain dari setahun ke setahun sehingga hari ini. Pergerakan Pengakap di masa lampau iaitu di Malaya termasuk Singapura telah dikenali Persekutuan Budak-Budak Pengakap Kawasan Malaya, dimana setiap negeri sebagai Daerah Pengakap. Selepas perang dunia kedua, Persekutuan Tanah Melayu dan Singapura telah menjadi dua cawangan berasingan, kemudian dikenali sebagai satu badan bebas dan berasingan serta ahli penuh dalam Persidangan Pengakap Antarabangsa pada tahun 1957. Persekutuan Pengakap Malaysia mengandungi Malaysia, Singapura, Sabah dan Sarawak ditubuhkan pada bulan September 1963. Dengan terciptanya Malaysia sebuah negara yang merdeka dan berdaulat Persekutuan Budak-Budak Pengakap Singapura dengan rasminya terkeluar dari menjadi ahli dari Great Britain, tetapi pada bulan Ogos 1965 Singapura telah berpisah dari Persekutuan Pengakap Malaysia.

TUJUAN DAN PRINSIP-PRINSIP PENGAKAP 1. TUJUAN Tujuan Persekutuan ini hendaklah melatih dan menggalakkan perkembangan Rohani, Jasmani, Akal dan Pergaulan di kalangan generasi muda supaya berpeluang mengambil bahagian construtive dalam Pembangunan masyarakat untuk menjadi seorang yang bertanggungjawab. 2. PRINSIP-PRINSIP 2.1 Menghayati ketaatsetiaan kepada Tuhan 2.2 Bertindak untuk bertimbangrasa hak asasi manusia serta mengelakkan diri dari sifatsifat kekejaman. 2.3 Berkeyakinan dengan menggunakan kebolehannya untuk diri sendiri, keluarganya dan masyarakat disekelilingnya.

3.

UNDANG-UNDANG Persekutuan ini membuat undang-undang untuk diamalkan dan dilaksanakan untuk melatih ahli-ahlinya Patuh segala atur-peraturan khususnya dalam PERSETIAAN DAN UNDANG-UNDANG PENGAKAP. Prinsip ini merupakan satu nilai yang positif dengan mematuhi setiap intisari yang terkandung didalamnya dan tidak boleh diubah-ubah. 4. DASAR KEAGAMAAN. 4.1. Ahli-ahli yang terdiri daripada satu agama. 4.1.1 Persekutuan ini tidak menghadkan ahli-ahlinya pada suatu agama tetapi mereka mestilah mengamalkan RUKUN AGAMA masing-masing dan menghormati orang lain yang tidak seagama dengannya. Sekiranya terdapat dalam sesuatu kumpulan itu di mana ahlinya menganut satu agama maka pemimpin kumpulan itu hendaklah mengaturkan sembahyang di tempat-tempat ibadat mereka di antara mereka yang menganut agama masing-masing. 4.1.2 Sehubungan dengan pembelajaran keagamaan mereka pula hendaklah menghubungi pegawai-pegawai agama yang berkenaan supaya mereka mengetahui perkara-perkara yang ditegah dan dilarang mengikut Rukun Agama masing-masing. 4.2 4.2.1 Ahli-ahli yang terdiri dari berbagai agama. Apabila terdapat sesuatu kumpulan itu mengandungi ahli-ahli dari berbagai agama, maka tanggungjawab pemimpin menggalakkan mereka membuat ibadat mengikut agama mereka msing-masing. 4.2.2 Adalah dilarang sama sekali pemimpin mengadakan satu sembahyang khas bagi kesemua ahli-ahli dalam kumpulan itu kerana ianya menhalayi peraturan atau tegahan bagi Rukun Agama ahli-ahli dalam kumpulan itu. 4.2.3 Adalah menjadi tanggungjawab pemimpin kumpulan menjaga dan mengawasi supaya perkara seperti ini tidak berlaku dan melindungi sasaran dari masyarakat terhadap Persekutuan ini. KEWARGANEGARAAN Persekutuan ini melatih pengakap-pengakap meningkatkan keperibadian sebagai seorang berbudipekerti yang baik, berhemah tinggi, berpotensi melalui pengamalan intisari-intisari yang terkandung dalam Persetiaan dan Undang-Undang Pengakap untuk mencapai matlamat Persekutuan ini. 5.1 Menjadi seorang warganegara yang baik dan berkorban bagi mempertahankan maruah diri sendiri, keluarga, agamanya dan negaranya.

5.

5.2 5.3 5.4 5.5 6.

Mnghormati ibubapa, keluarga, pemimpin-pemimpin bagi memperkuatkan keperibadiannya sebagai seorang warganegara yang sihat, patuh, dedikasi dan intelektual. Bersopan santun, berbudi bahasa dan berlemah lembut apabila menyampaikan maklumat penting terhadap komuniti dan masyarakat dengan menjalankan tugas dan tanggungjawab bersama sebagai pembina perpaduan rakyat atau masyarakat majmuk. Menumpukan ketaatsetiaan dan mematuhi Perlembagaan negara untuk menjadi seorang warganegara yang berharmoni serta menjunjung perintah. Memupuk perpaduan rakyat dan menghormati kebudayaan dan adat resam antara kaum di negara ini.

CARA-CARA BERPENGAKAP Persekutuan ini telah mengujudkan atau mengadakan peraturan khas dalam Perlembagaan Pertubuhannya untuk menuju ke matlamatnya bagi maksud-maksud berikut. 6.1 6.2 6.3 6.4 6.5 6.6 6.7 Mempunyai keahlian sukarela yang berpakaian seragam dalam sebuah Pasukan dengan di pimpin oleh orang dewasa. Mereka ini akan beransur kepada bergerak dengan sendiri dan mengikut tingkatan dan umur. Mematuhi Rukun Hidup seperti mana ditegaskan dalam Persetiaan dan Undang-Undang Pengakap dengan memperluaskan maknanya kepada ahli-ahlinya daripada pengenalan hinggalah matang. Mengadakan pelbagai aktiviti-aktiviti yang menarik, constructive dan penuh cabaran termasuklah ketahanan diri melalui pengembaraan yang mereka buat. Berpeluang menjadi seorang pemimpin dan bertanggungjawab apabila sampai ketikanya mereka itu berpengetahuan yang matang dan dewasa. Galakan menjalankan aktiviti-aktiviti dalam kumpulan kecil. Belajar sambil membuat. Menyediakan skim Anugerah untuk memberi galakan dan penyertaan yang meluas dalam aktiviti-aktiviti sebagai perakuan di atas kejayaannya.

PERSETIAAN DAN UNDANG-UNDANG PENGAKAP Pengertian, Persetiaan Pengakap mengikut peringkat umur dan unit a) b) c) Pengakap Kanak-kanak Mengenal Persetiaan asas , mengenal diri, bangsa dan Raja. Pengakap Muda / Remaja Memupuk dan menanam semangat serta menjadikan darah daging tujuan pergerakan. Pengakap kelana / Pemimpin Mempraktikkan Persetiaan sebagai pemimpin Remaja menunjukkan teladan yang baik dengan tugas-tugas yang lebih luas lagi.

PERSETIAAN PENGAKAP. BAHAWA DENGAN SESUNGGUHNYA SAYA BERJANJI DAN BERSETIA YANG SAYA DENGAN SEBERAPA DAYA UPAYA SAYA AKAN:TAAT KEPADA TUHAN, RAJA DAN NEGARA MENOLONG ORANG PADA SETIAP MASA MENURUT UNDANG-UNDANG PENGAKAP UNDANG-UNDANG PENGAKAP. 1. 2. Pengakap adalah seorang yang sentiasa dipercayai maruah dan kehormatan dirinya. Pengakap adalah seorang yang taat kepada Yang DiPertuan Agong serta Raja-Raja, dan kepada Pemimpin-pemimpin Pengakap, Ibubapanya, Majikannya dan orang-orang dibawahnya. Pengakap adalah wajib menjadikan dirinya berguna dan menolong orang pada setiap masa. Pengakap adalah sahabat kepada sekalian orang dan saudara kepada lain-lain pengakap walau apa negeri, pangkat dan agama sekali pun. Pengakap adalah seorang yang baik dan sempurna budi pekertinya dan sentiasa berbudi Pengakap adalah baik dan kasih kepada segala binatang. Pengakap adalah seorang yang sentiasa menurut perintah dan suruhan ibubapanya, ketua patrolnya atau pemimpin-peminpin pengakapnya dengan tiada apa-apa soalan. Pengakap adalah seorang yang sentiasa sabar dan manis mukanya di masa kesusahan. Pengakap adalah jimat dan cermat. Pengakap adalah bersih dan suci fikirannya, perkataannya dan perbuatannya.

3. 4. 5. 6. 7. 8. 9. 10.

OEGANISASI PERSEKUTUAN PENGAKAP MALAYSIA, NEGERI DAN DAERAH 1.1 1.2 1.3 1.4 1.5 Tiap-tiap negeri adalah didaftarkan atas nama Persekutuan Pengakap Malaysia contohnya PERSEKUTUAN PENGAKAP MALAYSIA CAWANGAN NEGERI SEMBILAN D.K. Tiap-tiap negeri mempunyai seorang Pesuruhjaya Pengakap negeri yang dilantik oleh Ketua Pesuruhjaya Pengakap Negara. Pesuruhjaya Pengakap Negeri mempunyai kuasa melantik beberapa orang Penolong Pesuruhjaya Pengakap Negeri mengikut tenaga yang diperlukan. Setelah Persekutuan Pengakap Negeri ditubuhkan, suatu jawatankuasa dibentuk untuk mengendalikan pergerakan Pengakap Negeri. Majlis akan bersidang sekali bagi tiap-tiap dua tahun. Persekutuan Pengakap Negeri pula menubuhkan Jawatankuasa yang dinamakan Jawatankuasa Kerja Persekutuan Pengakap Negeri. Majlis akan bermesyuarat sekali bagi tiap-tiap tiga bulan untuk menjalankan tugas-tugas yang dipertanggungjawabkan kepadanya. Tugas-tugas Persekutuan Pengakap Negeri. Memajukan Pergerakan Pengakap Negeri tersebut. Mengatur aktiviti-aktiviti seperti bekerjasama dengan pertubuhan-pertubuhan lain , latihan dan lain-lain. Menubuhkan jawatankuasa kerja dan lain-lain jawatankuasa yang difikirkan perlu seperti Jawatankuasa Latihan, Kewangan, Anugerah , Pembangunan Kem dan lain-lain. Bertindak bersama dengan Pesuruhjaya Pengakap Negeri dalam semua perkara berkenaan Pergerakan Pengakap. Lain-lain yang difikirkan baik untuk Pergerakan Pengakap. Persekutuan Pengakap Daerah Tiap-tiap daerah adalah didaftarkan atas nama Persekutuan Pengakap Malaysia Daerah contohnya PERSEKUTUAN PENGAKAP MALAYSIA DAERAH TAMPIN. Tiap-tiap daerah mempunyai seorang Pesuruhjaya Pengakap Daerah yang dilantik oleh Pesuruhjaya Pengakap Negeri. Pesuruhjaya Pengakap Daerah pula akan melantik beberapa orang Penolong Pesuruhjaya Pengakap Daerah mengikut tenaga yang diperlukan. Selepas penubuhan Persekutuan Pengakap Daerah suatu Jawatankuasa dibentuk untuk mengendalikan Daerah tersebut yang dikenali sebagai MAJLIS PENGAKAP DAERAH yang akan bersidang sekali bagi tiap-tiap dua tahun. Majlis Pengakap Daerah pula akan menubuhkan sebuah Jawatankuasa yang dinamakan JAWATANKUASA KERJA MAJLIS PENGAKAP DAERAH bagi menjalankan tugas tugas Majlis Pengakap Daerah yang akan mengadakan mesyuarat sekali bagi tiap-tgiap 3 bulan atau bila-bila masa yang diperlukan. Tugas-tugas Majlis Pengakap Daerah. Memajukan pergerakan pengakap dalam daerahnya. Mengaturkan rancangan-rancangan seperti kerjasama dengan pertubuhan-pertubuhan lain, latihan dan lain-lain.

2. 2.1 2.2 2.3 2.4 2.5 3. 3.1 3.2 3.3 3.4 3.5

4. 4.1 4.2

4.3 4.4 4.5 5. 5.1 5.2 5.3 5.4 5.5 5.6

Menubuhkan jawatankuasa kerja, jawatankuasa latihan, kewangan, pembangunan Kem, kewangan dan lain-lain. Bertindak bersama dengan Pesuruhjaya Pengakap Daerah dalam semua perkara berkenaan Pergerakan Pengakap. Lain-lain yang difikirkan perlu / baik untuk Pergerakan. Pesuruhjaya Pengakap Daerah Pesuruhjaya Pengakap Daerah adalah dilantik oleh Pesuruhjaya Pengakap Negeri dengan persetujuan Ibu Pejabat Persekutuan Pengakap Malaysia dan tauliahnya dikeluarkan oleh Ibu Pejabat selama 2 tahun dan boleh dilanjutkan lagi tempohnya. Tugas Pesuruhjaya Pengakap Daerah dalam daerahnya adalah pada keseluruhannya bertanggungjawab kepada Pesuruhjaya Pengakap Negeri dan kepada Ibu Pejabat dengan kerjasama Majlis Pengakap Daerah bagi kebaikan dan kemajuan Pergerakan. Menyediakan latihan Pemimpin dan latihan kepada kanak-kanak. Melawat kumpulan-kumpulan pemimpin didaerahnya serta memberi tunjuk ajar dan nasihat. Menguji lencana-lencana kepandaian. Pendaftaran kumpulan dan keahlian. PERSEKUTUAN PENGAKAP MALAYSIA CAWANGAN NEGERI SEMBILAN
ORGANISASI PPM NEGERI DAN DAERAH PESURUHJAYA PENGAKAP NEGERI PENOLONG-PENOLONG PESURUHJAYA PENGAKAP NEGERI JAWATANKUASA PASUKAN LATIHAN NEGERI JAWATANKUASA PROGRAM NEGERI

PESURUHJAYA PENGAKAP DAERAH PENOLONG PENOLONG PESURUHJAYA PENGAKAP DAERAH

JAWATANKUASA PASUKAN LATIHAN DAERAH

JAWATANKUASA PROGRAM DAERAH

PEMIMPIN- PEMIMPIN UNIT

UNIT-UNIT PKK

UNIT-UNIT PM

UNIT-UNIT PR

UNIT-UNIT PK

7.

Surat menyurat Surat menyurat hendaklah dihantar melalui saluran yang tertentu contohnya: Kumpulan ke Daerah Daerah ke Negeri Negeri ke Ibu Pejabat.

You might also like