You are on page 1of 6

1

T1A3
Program inklusif merupakan program di mana pelajar pendidikan khas dimasukkan ke dalam
pendidikan aliran perdana. Mereka dimasukkan ke dalam aliran perdana dimana mereka
memasuki kelas aliran perdana, mengikuti silibus pendidikan pelajar aliran perdana dan
mengikuti pembelajaran dan pengajaran aliran perdana. Pelaksanaan program inklusif di
sekolah bukanlah sesuatu yang mudah. Ia memerlukan penglibatan semua pihak sama ada
yang terlibat secara langsung dan tidak langsung.Walaupun banyak isu berbangkit namun
implikasi pendidikan inklusif banyak memberi faedah kepada murid berkeperluan khas.
Objektif kertas kerja ini adalah ingin merungkai setiap satu masalah berkaitan dengan
perlaksanaan program inklusif yang berkesan. Permasalahan ini banyak berkaitan dengan
kekeliruan peranan yang dihadapi oleh setiap pihak dalam pendidikan inklusif. Setiap
individu di sekolah perlu memainkan peranan penting bagi menjamin keberkesanan program
inklusif yang dilaksanakan.Namun kekeliruan dan kekurangan maklumat tentang bidang
tugas dan peranan setiap pihak menyebabkan banyak isu yang dibangkitkan. Antara isu yang
sering diutarakan ialah burn-out dalam kalangan guru aliran perdana mengajar pendidikan
khas. Oleh itu kertas kerja ini diharap dapat mengupas isu apakah peranan-peranan yang
perlu dimainkan oleh guru, ibu bapa, sekolah dan pihak luar dalam menjayakan program
inklusif yang berkesan di sekolah.
Definisi pendidikan inklusif ialah keadaan dimana murid berkeperluan khas duduk
dan belajar bersama murid aliran perdana di dalam kelas aliran perdana. Memasukkan murid
pendidikan khas ini ke dalam kelas aliran perdana tidaklah mudah jika dilihat sekadar luaran
sahaja. Jalan menuju ke arah inklusif bukanlah mudah. Menurut John Charema (2010) ianya
melibatkan perubahan sikap, perubahan nilai, perubahan program latihan perguruan dan
perubahan sistem di sekolah. Apabila perubahan ini melibatkan beberapa aspek dalam
kehidupan, tidak semua orang sanggup dan selesa untuk berhadapan dengannya.
Namun permintaan terhadap pendidikan inklusif semakin meningkat (John C, 2010).
Ini adalah kerana masyarakat terutama sekali mula mengetahui tentang kepentingan program
inklusif bagi murid berkeperluan khas. Kepentingan program inklusif ini boleh dinilai dari
aspek akademik, sosial dan emosi murid pendidikan khas apabila mereka mula
diinklusifkan.Menurut Jennifer Katz & Pat Mirenda (2002) menyatakan dalam kajian mereka
bahawa faedah pendidikan inklusif bukan sahaja kepada murid pendidikan khas namun turut
juga mempengaruhi murid aliran perdana seperti pencapaian dalam akademik dan kemahiran
2

bukan akademik seperti kemahiran asas kehidupan (seperti contoh komunikasi, kemahiran
motor dan kemahiran kefungsian hidup.
Oleh itu adalah penting bagi semua pihak, khususnya guru dalam memainkan
peranan mereka masing- masing dengan sewajarnya bagi menjamin keberkesanan program
pendidikan inklusif di sekolah. Setiap pihak yang bertanggungjawab dalam menjayakan
program pendidikan inklusif perlu sedar dan memahami peranan mereka masing- masing
bagi mengerakkan pendidikan inklusif ini ke arah kebaikan semua pihak.
Sekolah boleh diumpamakan seperti tempat murid istimewa ini mendapatkan bekalan
ilmu yang berguna untuk meneruskan kehidupan mereka. Sekolah membentuk program yang
telah dikenalpasti bersesuaian dengan setiap individu murid berdasarkan penilaian oleh pihak
yang terlatih dengan kerjasama ibubapa. (Eitan, Rachel & Zohar 2009). Kolaborasi ini
penting kerana dengan adanya campur tangan ibubapa, guru dan sekolah dalam penilaian
pendidikan maka masalah keciciran pelajar, tersalah penilaian dan penempatan dan lain-lain
dapat diatasi.
Menurut John C. 2010, pihak sekolah seharusnya menyediakan pelbagai bentuk
latihan dan sokongan kepada guru yang terlibat dalam program inklusif bagi memantapkan
lagi kemahiran guru dan seterusnya mengubah pandangan dan sikap guru terhadap program
inklusif yang dijalankan di sekolah. Ini adalah kerana ada segelintir guru yang mengajar
murid inklusif ini langsung tidak mempunyai latihan dan pengetahuan tentang program
inklusif ini dan pelajar- pelajar pendidikan khas. Ini menyukarkan mereka semasa proses
pengajaran dan pembelajaran berjalan dengan lancar. Dengan adanya bantuan dari pihak
sekolah ini maka kebajikan murid berkeperluan khas ini lebih terjamin.
Pendidikan inklusif memerlukan satu penstrukturan semula sekolah secara asas.
Dengan meletakkan kepentingan mewujudkan persekitaran untuk pembelajaran inklusif dan
menyediakan peluang mengembangkan pendidikan secara professional yang mampan melalui
warga pendidik yang professional. (Stainbanck & Stainbanck 1990). Sekolah secara asasnya
akan berubah secara drastik apabila pendidikan inklusif diwujudkan secara berperingkat.
Guru pendidikan khas dan guru aliran perdana khasnya akan merasakan perubahan di mana
sistem pembelajaran yang boleh dimodifikasi akan digunakan semasa pembelajaran dan
pengajaran kepada murid inklusif.
3

Pihak sekolah seharusnya memastikan murid pendidikan inklusif benar-benar terlibat
secara menyeluruh dalam pengajaran dan pembelajaran. Mereka juga seharusnya diberi
peluang berinteraksi secara bermakna dengan guru dan rakan- rakan kelas yang lain serta
murid khas itu sendiri mendapat faedah daripadanya.(John Charema, 2010) Ini adalah kerana
kepentingan program itu sendiri adalah memberi peluang murid pendidikan inklusif ini untuk
bersosialisasi dan berintegrasi dengan murid aliran perdana agar memberikan impak yang
berfaedah kepada mereka. Menurut kajian oleh menyatakan murid berkeperluan khas yang
berinteraksi secara bermakna dengan murid aliran perdana didapati menjadi lebih
bersemangat dan ceria semasa proses pembelajaran dan pengajaran.(Jennifer Katz & Pat
Mirenda 2002)
Pada asasnya pihak sekolah dan kerajaan seharusnya berkerjasama ke arah
mengimplementasikan dan memperkasakan falsafah, nilai dan prinsip dalam pendidikan
inklusif seperti mana yang telah ditetapkan oleh UNESCO 1994. Kerjasama ini adalah
berguna dalam menyediakan prasarana dan bantuan dari aspek tenaga pengajar dan kelas
yang bersesuaian dengan murid berkeperluan khas.
Selain itu, guru juga berperanan dalam menjayakan pendidikan inklusif ini. Peranan
guru sebenarnya telah berubah secara dramatic sejak beberapa dekad ini, iaitu berubah
daripada individu yang menyampaikkan ilmu dengan pengajaran secara terus kepada
fasilitator dan konsultan (Nancy Disa Turner, 2008). Ini adalah benar kerana sekarang guru
bukan sahaja sebagai penyampai maklumat namun melangkaui perhubungan yang lebih rumit
dan mendalam. Guru menjadi bahan rujukan kepada beberapa aspek dalam kehidupan tidak
kira dalam aspek pendidikan mahupun rohani.
Selepas keluarga, guru merupakan salah satu pihak yang paling berpengaruh dalam
pendidikan murid pendidikkan khas. Mereka berperanan sebagai sumber sokongan yang
berterusan kepada ibubapa( Eitan, Rachel & Zohar 2009). Ini adalah kerana sokongan dan
perhatian yang guru berikan kepada murid pendidikan khas ini membuka mata ibubapa
tentang kepentingan pendidikan inklusif dan memberi sokongan moral kepada mereka.
Dalam melaksanakan pendidikan inklusif yang berkesan guru pendidikan khas
memainkan peranan penting kerana mereka perlu mempunyai pengetahuan unik sebagai
amalan yang terbaik bagi membantu mereka di dalam sesi pengajaran dan konsultasi bersama
guru aliran perdana (Lim Kilanowski et.al 2010). Pengetahuan dan pengalaman mereka
berinteraksi dan berhubung dengan murid pendidikan khas memberikan mereka kelebihan
4

dalam menjalinkan hubungan dengan guru aliran perdana. Mereka perlu selalu berbincang
dan mendapatkan idea bagi mencari jalan penyelesaian tentang beberapa konflik pendidikan
inklusif di dalam kelas aliran perdana.
Pembelajaran kooperatif merupakan kaedah pembelajaran yang sinonim dengan
pendidikan ink;usif. Ini disokong dengan dapatan yang dikaji oleh Lim Kilanowski et.al 2010
yang menyatakan pembelajaran kooperatif merupakan model bagi amalan dalam inklusif
yang paling berguna. Dalam pembelajaran kooperatif guru pendidikan khas dan guru aliran
perdana akan berkerjasama di dalam pengajaran dan pembelajaran namun mengikut gaya
masing- masing dalam menyampaikan isi kandungan pembelajaran.
Menurut Frederickson et. al 2004 mendapati adalah satu kebiasaan dalam
memaparkan definisi kejayaan inklusif di kalangan guru melibatkan proses inkusif. Guru
mula beberapa bentuk sokongan dan program peningkatan kemahiran bagi masyarakat. Ini
adalah penting bagi memastikan semua pihak yang berkenaan memndapat latihan dan
pendedahan yang berterusan mengenai program inklusif yang berkesan. Guru juga
memainkan peranan yang sangat penting dalam kejayaan program inklusif (Burrack, Root
et.al 1997) yang turut menyatakan ianya ada perkaitan program latihan perguruan yang
mereka hadiri sebelum mula mengajar. Komitmen guru dan sekolah dalam menjayakan
program inklusif adalah salah satu perkara yang paling penting dalam merealisasikannya. Ini
disokong oleh Avramidis et.al 2000 yang menyatakan guru dengan sikap positif adalah
disebabkan ilmu pendidikan inklusif dan pendidikan khas yang mereka perolehi semasa
program latihan penguruan.
Selain itu para guru juga perlu dibina secara professional dan bersedia secara
psikologi, social dan sikap supaya dapat menghadapi situasi yang memerlukan mereka
menyokong pendidikan inklusif dengan apa cara sekalipun (Mittler, 2000) Ini adalah penting
kerana banyak karenah dalam pendidikan inklusif yang perlu mereka hadapi sepanjang karier
mereka sebagai guru inklusif. Karenah birokrasi sekolah, karenah rakan sekerja, karenah
murid aliran perdana, karenah murid masalah pembelajaran dan karenah ibubapa adalah
perkara yang sering terjadi dalam karier sebagai guru.
Natihahnya, kita dapat melihat impak positif yang dirasai oleh murid itu sendiri. Oleh
itu, adalah penting untuk menjana suasana pembelajaran yang kondusif, hubungan positif
antara guru dan murid. Sebagaimana dinyatakan sebelum ini, murid berkeperluan khas
mempunyai konsep kendiri yang rendah hasil interaksi yang negatif dan pengalaman yang
5

tidak konstruktif. Untuk mengubah konsep kendiri murid berkeperluan khas, usaha orang
dewasa yang berterusan serta gigih dan dan mengambil masa yang lebih panjang. Bagi murid
berkeperluan khas, perubahan adalah perkara yang tidak digemari kecuali ke arah
perkara/tugasan yang sangat diminatinya.
Kolaborasi antara semua pihak yang terlibat amat diperlukan seperti kolaborasi antara
pihak profesional dengan ibu bapa. Kolaborasi yang berkesan dapat diwujudkan jika semua
pihak yang terlibat mengamalkan pemikiran yang terbuka dan mempunyai matlamat yang
sama, iaitu memaksimumkan potensi dan meminimumkan ketidakupayaan kanak-kanak khas.
Tambahan pula, pendidikan untuk semua yang telah diperkenalkan perlu sentiasa diingati
dalam usaha penyediaan perkhidmatan kepada kanak-kanak berkeperluan khas. Ini adalah
supaya hak untuk mendapat peluang pendidikan atau perkhidmatan yang sama rata terjamin,
terutamanya dalam persekitaran semula jadi.














6

Rujukan
John Charema (2010) : Inclusive Education In Developing Countries In The Sub Saharan
Africa : From Theory To Practice; http:// www .internationaljournalofspecialeducation .

Maria Del Carmen Tejeda- Delgado (2009) : Teacher Efficacy, Tolerance, Gender and Years
Of Experience And Special Education Referrals http:// www
.internationaljournalofspecialeducation
Eitan Eldar, Rachel Talmor and Zohar Dayan Romem(2009) : An Integrative Model For
Including Children With Autistic Spectrum Disorder In General Education Settings- A
Practical Lesson In Israel : http:// www .internationaljournalofspecialeducation
Vito Loiacono and Valerie Valenti(2010) ; General Education Teachers Need To Be
Prepared To Co-teach The Increasing Number Of Children With Autism In Inclusive Settings
: http:// www .internationaljournalofspecialeducation
Amanda Ajodhia- Andrews & Elaine Frankel (2010) ; Inclusive Education In Guyana : A
Call For Change : http:// www .internationaljournalofspecialeducation
Jennifer Katz & Pat Mirenda, 2002 ; Including Students With Developmental Disabilities In
General Education Classrooms : Social Benefit : http:// www
.internationaljournalofspecialeducation
Angela Valeo 2003; Inclusive Education Support Systems : Teacher and Administrator
Views : http:// www .internationaljournalofspecialeducation
Emma M Waddington & Phil Reed 2006; Parents and Local Education Authority Officers
Perceptions Of The Factors Affecting The Success of Inclusion of Pupils With Autistic
Spectrum Disorder: http://www.internationaljournalofspecialeducation
Effrosini Kalyva, Dina Gojkovic & Vlastaris Tsakiris 2005; Serbian Teachers Attitudes
Towards Inclusion : http:// www .internationaljournalofspecialeducation
Nancy DIsa Turner 2008 ; Preparing Preservice For Inclusion In Secondary Classroom.
http:// www .internationaljournalofspecialeducation

You might also like