You are on page 1of 5

1.

0 PENDAHULUAN

Menurut Cheong, LK dan Sailajah Nair Sukuraman (2018), Pendidikan inklusif ialah
suatu proses merespons terhadap keunikan seseorang individu. Justeru, konsep
Program Pendidikan Inklusif adalah selaras dengan pernyataan dalam peraturan
Pendidikan (Pendidikan Khas) 2013, iaitu Program Pendidikan Inklusif (PPI). PPI
adalah program Pendidikan bagi murid berkeperluan khas (MBK) yang dihadiri oleh
MBK sendiri dengan murid normal dalam kelas yang sama di sekolah.

Matlamat program ini adalah untuk memberikan kesedaran kepada


masyarakat agar tidak menafikan potensi MBK dan yakin bahawa ketidakupayaan
mereka boleh diminimumkan. Misalnya, guru menggunakan bahan bantu mengajar
bagi menarik fokus MBK. Selain itu, PPI juga bertujuan meningkatkan penyertaan
dan memberikan peluang kepada MBK untuk mengikuti program akademik dan
bukan akademik bersama murid normal yang lain. Hal ini turut termaktub dalam hak
asasi kanak-kanak yang telah ditetapkan secara global.

1
2.0 Peranan Pihak Pentadbir dalam Merealisasikan Konsep, Matlamat, dan
Dasar Pendidikan Inklusif di Sekolah

Pentadbir sekolah khususnya guru besar ialah pemimpin yang bertanggungjawab


untuk membimbing sekolah ke arah kecemerlangan. Khususnya bagi merealisasikan
matlamat dan dasar pendidikan inklusif di sekolah. Justeru, antara tanggungjawab
yang perlu dilaksanakan oleh guru besar ialah melaksanakan Program Pendidikan
Inklusif (PPI) mengikut garis panduan yang disediakan mengikut Kod Amalan
Pendidikan MBK, 2014 (Kementerian Pendidikan Malaysia, 2014). Misalnya, umur
MBK yang diinklusifkan mestilah mengikut kohort umur murid dalam arus perdana
atau melebihi satu tahun sahaja. Tambahan lagi, MBK dalam PPI haruslah belajar
berpandukan kurikulum kebangsaan yang sedia ada. Namun, pengubahsuaian
kaedah pengajaran perlu dilakukan oleh guru bagi memudahkan MBK untuk
menerima input semasa pengajaran.

Meningkatkan penyertaan dan peluang kepada MBK menyertai program


akademik dan bukan akademik merupakan salah satu matlamat PPI. Bagi memenuhi
matlamat tersebut, pihak pentadbir memerlukan kerjasama daripada pelbagai agensi
kerajaan dan bukan kerajaan. Contohnya, kementerian Kesihatan Malaysia (KKM)
memainkan peranan penting untuk melakukan diagnostik dan intervensi awal untuk
MBK. Agensi bukan kerajaan, Yayasan Kiwanis Sindrom Down juga berperanan
membantu murid sindrom Down menguasai kemahiran hidup sebelum ditempatkan
di sekolah kerajaan. Selain itu, pihak pentadbir perlu menyediakan persekitaran yang
“mesra kurang upaya” bagi memudahkan MBK. Misalnya, menyediakan tandas OKU
dengan bantuan daripada warga sekolah. Dengan demikian, ia dapat memudahkan
pergerakan MBK selain menjamin keselamatan mereka di sekolah.

Seterusnya, pihak sekolah perlu memahami amalan inklusif untuk


memastikan kejayaan program PPI. Menurut Bosi, W. (2004), pihak pentadbir
seharusnya merancang dan melaksanakan latihan dalam perkhidmatan kepada guru
dan staf berkaitan PPI untuk mengubah sikap terhadap MBK. Hal ini kerana mereka
yang terlibat perlu memahami konsep inklusif dimana MBK juga mempunyai hak yang
sama rata untuk belajar dalam persekitaran tanpa halangan. Sementara itu, pihak
pentadbir perlu memantau pelaksanaan PPI secara berkala. Menurut Cheong, LK
dan Sailajah Nair Sukuraman (2018), pemimpin yang efektif menjaga dan
menyokong kakitangan mereka. Dengan itu, statistik dan eviden boleh digunakan
sebagai data untuk melihat kekurangan dan masalah yang timbul. Contohnya,

2
penggunaan bahan yang sesuai dan cara mengajar oleh guru. Kesannya, PPI yang
dilaksanakan dapat diperbaiki kekurangannya dari masa ke semasa.

Di samping itu, Menurut Mueller, Patricia H. and Murphy, Francis V. (2001),


pihak pentadbir juga perlu menyediakan ruang dan peluang untuk aktiviti
dilaksanakan selaras dengan matlamat PPI. Hal ini bagi memastikan warga sekolah,
masyarakat sekeliling dan ibu bapa faham mengenai PPI. Antaranya seperti
menganjurkan ceramah di sekolah mengenai PPI dan gotong royong khas seperti
menutup longkang demi keselamatan MBK. Bagi menepis tanggapan negatif ibu
bapa terhadap kebolehan anak mereka, pihak pentadbir melalui kolaborasi bersama
khidmat pakar boleh berfungsi sebagai wakil yang menyediakan perkhidmatan
sokongan dari segi nasihat dan khidmat kepakaran kepada ibu bapa (Johnson, Carol,
2000). Dengan hal demikian, ibu bapa dapat membantu menggalakan
perkembangan anak-anak berkeperluan khas ke tahap optimal.

Kesimpulannya, semua individu yang terlibat secara langsung atau tidak


langsung dengan Pendidikan inklusif perlu memainkan peranan dan
bertanggungjawab untuk menjayakan program ini. Tanggungjawab yang dipikul
bukan suatu yang boleh dipandang ringan. Hal ini kerana Pendidikan merupakan
hak asasi manusia dalam Universal Declaration of Human Rights (Allen, K. E. &
Cowdery, G. E. (2015). Kanak-kanak dengan atau tanpa ketidakupayaan
mempunyai hak yang sama terhadap Pendidikan.

(651 patah perkataan)

3
3.0 RUJUKAN

Allen, K. E. & Cowdery, G. E. (2015). The Exceptional Child-Inclusion In Early


Childhood Education. USA: Cengage Learning

Bosi, W. (2004). The pilot implementation of inclusive education in Malaysia: A


review. Doctoral dissertation, Massey University, New Zealand.

Cheong, L, K dan Sailajah Nair Sukuraman (2018). Pendidikan Inklusif Selangor


Darul Ehsan: Oxford Fajar Sdn. Bhd.

Johnson, Carol (2000). Teams Work: Teachers and Assitants Creating Succes.
Calgary, Alberta: Chaos Consultation

Kementerian Pendidikan Malaysia (2014). Kod Amalan Pendidikan Murid


Berkeperluan Khas. Bahagian Pendidikan Khas. Kementerian Pendidikan
Malaysia.

Mueller, Patricia H. and Murphy, Francis V. (2001). Determining When a student


Requires Paraeducaters Support. Teaching Exceptional Children, 33(6), 22-
27.

4
4.0 LAMPIRAN

You might also like