You are on page 1of 129

PERSATUAN BERUNIFORM PENGAKAP

`MALAYSIA

1
ISI KANDUNGAN

BIL PERKARA MUKA SURAT

1.0 Biodata 3

2.0 Pengenalan 6

3.0 Perlembagaan 7

4.0 Sejarah Unit Uniform 93

5.0 Struktur Dan Organisasi Unit Beruniform 101

6.0 Pengurusan Dan Pentadbiran Unit Beruniform 111

8.0 Rujukan 129

2
1.0 BIODATA

1.1 BIODATA DIRI

NAMA : TUAN MOHAMAD AMIRUL AZIM BIN TUAN ISMAIL

NO K/P : 960731-03-5783

NO TEL : 013-7005741

ALAMAT : KAMPUNG BUDI 18000 KUALA KRAI KELANTAN

UNIT : PENDIDIKAN SEJARAH (SK)

PROGRAM : PROGRAM IJAZAH SARJANA MUDA PERGURUAN (PISMP)

SEMESTER :3

AMBILAN : JUN 2016

E-MAIL : amirulazim58@gmail.com

3
1.2 BIOADATA AHLI SEKAWAN

KUMPULAN : KUNING

BIL BUTIRAN GAMBAR

1. Nama: MUHAMMAD KHAIRUDDIN BIN


MOHD AZHAR

No K/P : 970820146353

Email : muhammadkhairuddin1997@gmail.com

No H/P : 013-9116959

Jenis kenderaan & No plat : -

No bilik/Alamat rumah sewa : BLOK D

2. Nama: TUAN MOHAMAD AMIRUL AZIM


BIN TUAN ISMAIL

No K/P : 960731-03-5783

Email : amirulazim58@gmail.com

No H/P : 013-7005741

Jenis kenderaan & No plat : -

No bilik/Alamat rumah sewa : BLOK D

3. Nama : NOR AINA BINTI JAFFAR

No K/P : 970415115334

Email : norainajaffar@gmail.com

No H/P : 014-5038113

Jenis kenderaan & No plat : -

No bilik/Alamat rumah sewa : BLOK A

4
4. Nama : NOR AQILAH BINTI ZAILANI

No K/P : 960727105750

Email : aqilah495@gmail.com

No H/P : 011-32390711

Jenis kenderaan & No plat : -

No bilik/Alamat rumah sewa: BLOK A

5. Nama : NURUL SYIFAA BINTI ZAINOL

No K/P:960224086340

Email :syifaaa96@gmail.com

No H/P :014-3084475

Jenis kenderaan & No plat : -

No Bilik/Alamat rumah sewa : BLOK B

6. Nama : SITI NUR SAFIRAH BINTI MAURAD

No K/P:970710146424

Email :safirah.safi@gmail.com

No H/P :013-2510541

Jenis kenderaan & No plat : -

No Bilik/Alamat rumah sewa : BLOK A

5
2.0 PENGENALAN

Kementerian Pelajaran Malaysia mengkategorikan Pergerakan Pengakap Malaysia sebagai


salah satu pasukan badan beruniform agensi bukan kerajaan. Pergerakan inj sangat aktif
dan hampir semua sekolah di negara ini menubuhkan Pergerakan Pengakap sebagai satu
badan beruniform. Secara umumnya, Pergerakan Pengakap adalah bersifat antarabangsa
dan dianggotai oleh pelbagai bangsa di seluruh dunia. Sejak kelahiran pengakap di negara
ini iaitu pada seawal tahun 1900, sebut sahaja "Anak Serigala" sudah terbayang di fikiran
kita sekumpulan kanak-kanak yang berpakaian seragam kemas dengan skaf biru tua
berbelang merah putih dileher yang dikenali sekarang sebagai pengakap menjalankan kerja-
kerja kebajikan dengan begitu tekun sekali.

Begitu juga dengan ungkapan "Sekali Berpengakap Terus Berpengakap" merupakan


ungkapan yang sebati bagi setiap ahli yang benar-benar menjiwai pergerakan ini. Justeru,
tidak hairanlah pergerakan pengakap menjadi begitu popular dan terkenal diseluruh dunia.
Sekarang, pergerakan pengakap dianggotai oleh lebih daripada 210 buah negara di dunia
dengan keahlian menjaugkau 25 juta orang ahli seluruh dunia.

Biro Pengakap Sedunia mengendalikan pergerakan pengakap di seluruh dunia. Pada


mulanya biro pengakap ini berpusat London iaitu pada tahun 1920, kemudian berpindah ke
Ottawa (Kanada) pada tahun 1958. Pada 1 Mei 1968 biro ini berpindah ke Geneva hingga
sekarang.

Asas pergerakan ini bertujuan membentuk generasi dari peringkat kanak-kanak hingga
remaja menimba pengalaman dan pengetahuan di samping dapat membantu
mengembangkan kebolehan mental, minat, bakat, serta perkembangan rohani dan jasmani
agar mereka menjadi insan yang berguna selaras dengan luhur kepada agama, negara dan
masyarakat disekeliling

Kemahiran yang disediakan dalam pergerakan pengakap ini disusun secara berperingkat-
peringkat mengikut tahap umur bagi memudahkan ahli pengakap mengikuti setiap
kemahiran yang disusun. Peringkat pergerakan pengakap yang terdapat di negara kita
seperti Pengakap Kanak-kanak, Pengakap Muda, Pengakap Remaja, Pengakap Raja dan
Pengakap Kelana. Di samping itu terdapat juga pengakap-pengakap yang berfokus kepada
kemahiran-kemahiran tertentu antaranya Pengakap Laut dan Pengakap Udara.

Apabila menjadi seorang ahli pengakap kemahiran wajib dipelajari yang menjadi lambang
seorang ahli pengakap ialah ikatan dan simpulan, kemahiran membuat gejet, perkhemahan,
dan tahu cerita hutan. Walau bagaimanapun untuk menjadikan seorang ahli pengakap ini
serba Iengkap dan serba boleh, pelbagai kemahiran lain perlu dipelajari. Kemahiran-

6
kemahiran itu terkandung dalam buku ini dan mudah untuk dipraktikkan. Aktiviti-alctiviti yang
dilakukan akan dapat menyemai sifat.sifat kepimpinan, kerjasarna, tolong-menolong dan
sedia berkhidmat di kalangan mereka dan mengaplikasikan dalam kehidupan masyarakat.

3.0 PERLEMBAGAAN

Mana-mana persatuan yang ditubuhkan perlu mempunyai perlembagaan atau undang-


undang. Terdapat beberapa persatuan yang ditubuhkan di bawah akta parlimen seperti
Persekutuan Pengakap Malaysia, Persatuan Pandu Puteri Malaysia, Persatuan Bulan Sabit
Merah dan St. John Ambulans. Persatuan yang berada di bawah Akta Parlimen tidak boleh
mengubah sebarang tanpa dirujuk ke Parlimen

Perkara Penerangan / perincian catatan

BAHAGIAN 1 AKTA PARLIMEN Muka surat 3

SEKSYEN 1 NO.38 Tahun 1968

Akta Perbadanan Persekutuan Budak Budak Pengakap


Malaysia, 1968

Suatu akta bagi perbadanan Persekutuan Budak Budak


Pengakap Malaysia dan bagi maksud maksud yang berkenaan
dengannya.

1. Tajuk Ringkas Dan Pemakaian (1) dan (2)

(1) Akta ini boleh dinamakan sebagai Akta Perbadanan


Persekutuan Budak Budak Pengakap Malaysia, 1968

(2) Akta ini hendaklah dipakai diseluruh Persekutuan.

2. Makna lain bagi akta ini adalah :

a. Ordinan Budak-Budak Pengakap, Negeri Negeri


Tanah Melayu

b. Ordinan7 Persekutuan Budak-Budak Pengakap,


Sabah dan Sarawak

Memperbadankan Persekutuan Budak-Budak Pengakap, Negeri-


Negeri Tanah Melayu, Sabah dan Sarawak. 3. (1),(2) dan (3)

3. (1) orang orang yang sebelum dari Akta ini


berkuatkuasa menjadi ahli Persekutuan dan semua
Pengakap yang selepas ini menjadi ahli Perbadanan Muka surat 4
menurut Akta tersebut.

(2) perbadanan hendaklah kekal turun-temurun dan boleh


membuat kontrak dan boleh memperoleh, membeli, mengambil
dari segala jenis dan boleh memindah, memberi, menyerah, dan
melepaskan, menggadai, memajak, atau menguruskan apa-apa
harta yang menjadi kepunyaan Perbadanan.

(3) Perbadanan boleh mendakwa dan didakwa dalam mahkamah


dalam segala cara dakwaan dan guaman boleh melakukan hal-hal
perkara lain yang bersangkutan dan berkenaan dengannya.

Matlamat Perbadanan

4. Untuk mengadakan suatu pertubuhan yang terbuka


kepada semua Pengakap dalam Malaysia bagi
membolehkan mereka melaksanakan tujuan dan bagi
melakukan semua perkara lain sebagaimana yang
disifatkan oleh Perbadanan.

Tujuan Dan Maksud Maksud Perbadanan

5. (1) Tujuannya adalah bagi menggalakkan


kewarganegaraan yang baik di kalangan kanak-kanak
dengan membentuk watak mereka bagi mencapai
maksud dengan :

(a) Melatih mereka mengenai patuh, taat dan bergantung kepada


diri sendiri.

(b) Menanam sifat-sifat setia dan bertimbang rasa kepada orang


lain Muka surat 5

(c) Mengajar mereka perkhidmatan yang berguna untuk sekitar


awam dan pertukangan tangan yang berguna untuk mereka
sendiri

(d) Memperbaiki kesuburan jasmani, intelek, sosial, emosi dan

8
rohani mereka.

(2) Prinsip-prinsip dan amalan-amalan Perbadanan hendaklah


berdasarkan kepada ikrar Pengakap dan Undang-Undang
Pengakap sbegaimana yang diperuntukan dalam Kaedah-Kaedah
Perbadanan

Majlis 6 (1) dan (2)

6. (1) Urusan-urusan Perbadanan hendaklah ditadbirkan


oleh suatu Majlis yang ditubuhkan menurut Kaedah-
Kaedah Perbadanan yang ada pada masa itu.

(2) Bagi kali yang pertama ahli-ahli Majlis hendaklah terdiri


daripada Pengakap-Pengakap yang sebelum sahaja Akta ini mula
berkuatkuasa adalah ahli-ahli Majlis yang ditubuhkan di bawah
Kaedah-Kaedah Persekutuan.

ACT (PERBADANAN) PERSEKUTUAN BUDAK-BUDAK PENGAKAP Malaysia, 1968

MENTERI PERBADANAN

7. 1) Perbadanan hendaklah mempunyai suatu menteri dan menteri itu boleh ubah dan dibuat lain
dari semasa ke semasa jika difikirkan patut oleh perbadanan.

2) Segala surat ikatan, suratan dan lain-lain surat cara yang dikehendaki dimeterai dengan menteri
perbadanan hendaklah dimeterai itu, di hadapan orang-orang yang pada masa itu menjalankan
kewajipan-kewajipan Ketua Pesuruhjaya Negara atau seorang Penolong Ketua Pesuruhjaya Negara
dan seorang yang lain yang diberi kuasa oleh Majlis dan mereka hendaklah menandatangani tiap-
tiap surat ikatan, suratan atau lain-lain surat cara yang dimeterai itu dan tandatangan itu adalah
keterangan yang cukup bahawa menteri itu telah dimeterai dengan sempurna dan sepatutnya dan ia
adalah menteri Perbadanan yang sah di sisi undang-undang.

DAFTAR AHLI-AHLI

8. 1) Majlis menyimpan suatu daftar yang di dalamnya direkodkan nama tiap-tiap Pengakap yang
sebelum sahaja Act ini mula berkuat kuasa menjadi seorang ahli Persekutuan atau nama tiap-tiap
Pengakap yang selepas Act ini mula berkuat kuasa menjadi seorang ahli Perbadanan yang diterima
sedemikian dengan sempurnanya dan di dalam daftar itu hendaklah direkodkan perkara-perkara lain
yang dari semasa ke semasa ditentukan oleh majlis.

9
2) Daftar itu bolehlah disimpan mengikut cara sebagaimana yang diputuskan oleh Majlis dari
semasa ke semasa dan kewajipan menyimpan bahagian-bahagian daftar itu boleh diwakilkan kepada
mana-mana ahli atau pegawai Perbadanan.

Kaedah-Kaedah dan Undang-Undang Kecil

9. Adalah sah bagi Majlis dari semasa ke semasa membuat, mengubah atau membatalkan Kaedah-
kaedah sebagaimana yang disifatkan berfaedah bagi menguruskan urusan-urusan Perbadanan dan
bagi mencapai tujuan-tujuannya dan sesiapa jua yang pada msa itu menjadi ahli Perbadanan adalah
terikat kepada segala kaedah dan undang-undang kecil itu,

Memindah Milik Harta Dan Tanggungan Dsb.

10. 1) Segala harta kepunyaan Persekutuan sebelum sahaja Act ini mula berkuat kuasa , sama ada
yang dipegang atas nama Ketua Pesuruhjaya Persekutuan Budak-Budak Pengakap Cawangan Negeri-
Negeri Tanah Melayu atau atas nama-nama mana-mana orang sebagai pemegang amanah bagi
Persekutuan hendaklah dan harta itu adalah dengan ini terletak haknya kepada Perbadanan. Harta-
harta tersebut serta segala harta yang diperoleh kemudiannya sama ada yang boleh dialih atau yang
tidak boleh dialih dan segala yuran, carum, pemberian, denda, wang-wang pinjaman dan
pendahuluan yang diterima atau yang akan diterima hendaklah dipegang oleh Perbadanan bgii
maksud-maksud Act ini dan tertakluk kepada Kaedah-Kaedah Perbadanan yang ada pada masa itu.

2) Segala hutan dan tanggungan Persekutuan sebelum sahaja Act ini mula berkuat kuasa
hendaklah dibayar oleh Perbadanan dan segala hutang yang kena dibayar dan yuran dan carum yang
kena dibayar kepada Persekutuan sebelum sahaja Act ini mula berkuat kuasa hendaklah dibayar
kepada Perbadanan.

Menggunakan Pendapatan Dan Harta

11. 1) Pendapatan dan harta Perbadanan, walaupun dari mana jua didapati, hendaklah digunakan
semata-mata bagi memajukan tujuan-tujuan Perbadanan sebagaimana yang tersebut dalam Act ini
dan tidak boleh mana-mana bahagian tersebut dibayar atau dipindah milik dengan secara terus atau
tidak terus dengan jalan dividen, bonus atau dengan cara apa jua secara keuntungan kepada ahli-ahli
perbadanan.

2)Dengan syarat bahawa tiadalah apa-apa jua yang terkandung di dalam ini akan menghalang
dibayar dengan suci hati apa-apa bayaran kepada mana-mana pegawai atau kakitangan Perbadanan
atau mana-mana orang sebagai balasan kepada apa-apa perkhidmatan yang sebenarnya diberi
terhadap Perbadanan.

Sekatan Atas Penjualan Lencana, Dsb., Persekutuan

12. Tiadalah sesiapa jua selain daripada Perbadanan atau seseorang yang diberi kuasa dengan
bertulis untuk berbuat demikian oleh Perbadanan, boleh menjual atau mempamirkan untuk dijual
apa-apa lencana, tanda atau lambang yang khususnya disesuaikan untuk digunakan oleh seseorang
Pengakap di bawah Kaedah-kaedah Perbadanan.

Memiliki Lencana Dan Sekatan Atas Menggunakan Lencana

10
13. 1) Tiadalah sesiapa jua, yang bukan seorang Pengakap, boleh memakai, membawa atau
menunjukkan di tempat awam secara yang akan menyebabkan orang itu disangka sebagai Pengakap
mana-mana lencana, tanda atau lambang yang khususnya disesuaikan untuk digunakan oleh seorang
Pengakap di bawah Kaedah-Kaedah Perbadanan.

2) Tiadalah sesiapa jua boleh dimiliki dengan tiada kebenaran atau sebab yang sah di sisi
undang-undang :-

a) Apa-apa tanda yang hampir-hampir serupa dengan mana-mana lencana, tanda atau lambang yang
khususnya disesuaikan untuk digunakan oleh seorang Pengakap di bawah Kaedah-Kaedah
Perbadanan hingga menyebabkan bahawa tanda tersebut dipercayai sebagai lencana, tanda atau
lambang itu.

b) Apa-apa lencana, tanda atau lambang yang mengandungi apa-apa perkataan atau tulisan yang
hampir-hampir serupa dengan mana-mana perkataan atau tulisan yang biasanya digunakan bagi
memerihalkan mana-mana Pengakap hingga menjadi boleh tertipu atau terkeliru olehnya.

c) Apa-apa lencana, tanda atau lambang yang mengandungi perkataan-perkataan "Budak Pengakap"
atau "Budak-Budak Pengakap".

Pemansuhan

Undang-Undang yang berikut adalah dengan ini dimansuhkan.

a) Ordinan Budak-Budak Pengakap Negeri-Negeri Tanah Melayu

b) Ordinan Persekutuan Budak-Budak Pengakap, Sabah

c) Ordinan Persekutuan Budak-Budak Pengakap Sarawak setakat yang diperuntukkan dan dipakai
bagi budak-budak pengakap.

BAHAGIAN II : TUJUAN DAN DASAR

TUJUAN

1. a) Memajukan anak-anak menjadi rakyat yang baik dengan membentuk sifat perangainya.

b) untuk mempunyai kelayakan, berdikari, berperwatakan baik, boleh diharap, bekerjasama dan
berkepimpinan.

DASAR

2. a) Berdasarkan Undang-Undang Pengakap dan Persetiaan Pengakap.

Persetiaan Pengakap

3. a) Ketika dilantik, Pengakap akan membuat Persetiaan berikut :

I. Bahawa dengan sesungguhnya, saya berjanji dan bersetia yang saya dengan
seberapa daya upaya saya akan

11
II. Taat Kepada Tuhan, Raja dan Negara,

III. Menolong orang pada setiap masa,

IV. Menurut Undang-Undang Pengakap.

PEMIMPIN PENGAKAP

4. a) Pemimpin-Pemimpin Pengakap yang menerima tauliah pada kalinya perlu mengulangi


Persetiaan Pengakap.

5.

ORANG- ORANG LAIN

6. Orang-orang lain yang menjadi ahli Persekutuan ini menurut Peraturan-Peraturan ini boleh
membuat Persetiaan Pengakap seperti dalam Peraturan 3 sekiranya mereka suka.

UNDANG-UNDANG PENGAKAP

7. a) Adalah seorang yang sentiasa dipercayai maruah dan kehormatan dirinya.

b) Pengakap adalah seorang yang taat kepada Yang Dipertuan Agong serta Raja-Raja, dan
kepada Pemimpin-Pemimpin Pengakap, ibu bapanya, majikannya dan orang-orang di
bawahnya.

c) Pengakap adalah wajib menjadikan dirinya berguna, dan menolong orang setiap masa.

Pengakap adalah sahabat kepada sekalian orang dan saudara kepada Pengakap lain tidak kira negeri,
pangkat dan agama sekali pun.

d) Pengakap adalah seorang yang baik dan sempurna budi pekertinya dan sentiasa berbudi.

e) Pengakap adalah baik dan kasih kepada segala binatang.

f) Pengakap adalah seorang yang sentiasa menurut perintah dan suruhan ibu bapanya,
Ketua Patrol, atau Pemimpin-Pemimpin Pengakap dengan tiada sebarang soalan.

g) Pengakap adalah seorang yang sentiasa sabar dan manis mukanya semasa dalam
kesusahan.

h) Pengakap adalah seorang yang jimat dan cermat.

i) Pengakap adalah bersih dan suci fikirannya, perkataannya dan perbuatannya.

PENGAKAP KANAK-KANAK

8. Undang-Undang Pengakap Kanak-Kanak seperti berikut :

a) Pengakap Kanak-Kanak mengikut kata Tok Guru.

b) Pengakap Kanak-Kanak tidak mengikut kata hatinya sendiri.

12
9. Disimpan

10. Disimpan

BAHAGIAN III SEKSYEN I (12) :

PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN BUDAK-BUDAK PENGAKAP DAN MAJLIS PENGAKAP MALAYSIA

TAFSIRAN

11. Dalam Peraturan-Peraturan ini melainkan jika kandungan ayatnya menghendaki makna yang
lain:-

I. Persekutuan ertinya Persekutuan Budak-Budak Pengakap Malaysia.

II. Majlis Pengakap ertinya Majlis Pengakap Persekutuan Budak-Budak Pengakap


Malaysia.

III. Pesuruhjaya Negeri termasuk Ketua-Ketua Pesuruhjaya Sarawak dan Sabah.

PERLEMBAGAAN

12. Persatuan Budak-Budak Pengakap Malaysia adalah ditubuhkan berdasarkan seperti berikut:-

1) Penaung Utama: Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang Dipertuan Agong.

2) Penaung-penaung: Duli-Duli Yang Maha Mulia Raja-Raja Negeri-Negeri Melayu dan Tuan-
Tuan Yang Terutama Gabenor Pulau Pinang, Gabenor Melaka, Gabenor Sarawak dan Yang di-
Pertua Negeri Sabah ialah Penaung-Penaung.

Penaung Utama boleh melantik seorang Ketua Pengakap bagi negeri Sabah dan Sarawak. Perlantikan
tersebut terjatuh atas Ketua Negeri masing-masing dan mereka berhak untuk dilantik menjadi
Penaung dan mengambil tempat utama kepada Ketua Pengakap Negara di semua majlis.

3) Ketua Pengakap Negara: Ketua Pengakap Negara hendaklah daripada warga negara Malaysia
yang dilantik Penaung Utama dan Penaung-Penaung Persekutuan untuk dipegang selama
lima tahun. Setelah itu, Ketua Pengakap Negara yang baharu perlu dilantik pada hari
Peraturan-Peraturan ini diterima oleh Majlis Pengakap dan berkhidmat sehingga tempoh
tamat. Pemegang jawatan ini boleh dilantik semula sebagai Ketua Pengakap Negara . Tauliah
perlantikan Ketua Pengakap Negara hendaklah ditandatangani oleh Penaung Utama dan
Penaung-Penaung dan dikeluarkan oleh Ibu Pejabat Persekutuan ini.

4) Tugas dan Tanggungjawab Ketua Pengakap Negara:-

a) Memelihara dan menggalakkan Pergerakan ini mengikut Tujuan dan Dasar Persekutuan dan
kehendak Persidangan Pengakap Sedunia.

b) Mengerusikan mesyuarat-mesyuarat Majlis Pengakap dan Jawatan Kuasanya.

13
c) Melantik mengikut Peraturan-Peraturan ini, seorang Ketua Pesuruhjaya Negara, Penolong-
Penolong Ketua Pesuruhjaya Negara, Pesuruhjaya Antarabangsa dan Penolong-Penolong
Pesuruhjaya Antarabangsa.

d) Menandatangani tauliah semua Pemimpin Pengakap Malaysia untuk dikeluarkan oleh Ibu
Pejabat Persekutuan.

e) Melantik Yang di-Pertua Majlis-Majlis Pengakap Negeri, Perlantikan untuk dua tahun sahaja
bagi tiap seorang mulai daripada tarikh perlantikan.

f) Menandatangani Sijil-Sijil pangkat yang tidak bertauliah bagi anggota Majlis Pengakap dan
Majlis-Majlis Pengakap Negeri.

g) Mengambil tindakan di atas sebarang perkara yang dikehendakkan dalam Peraturan-


Peraturan ini atas nasihat Ketua Pesuruhjaya Negara atau Majlis Pengakap atau kedua-
duanya.

h) Menentukan dan berunding dengan Ketua Pesuruhjaya Negara atau Majlis Pengakap atau
kedua-duanya, dasar-dasar Antarabangsa dan Am dan aktiviti-aktiviti Persekutuan.

5) Ketua Pesuruhjaya Negara: mestilah seorang warga negara Malaysia yang dilantik oleh Ketua
Pengakap Negara. Keutamaan diberikan kepada mereka yang telah memegang jawatan yang
bertauliah selama tidak kurang daripada 10 tahun dan memegang Sijil Tugas Kehormatan
sebagai Timbalan Ketua Kem atau Ketua Akela serta telah berumur 40 tahun ke atas. Tauliah
perlantikan Ketua Pesuruhjaya Negara hendaklah ditandatangani oleh Ketua Pengakap
Malaysia dan dikeluarkan oleh Ibu Pejabat Persekutuan. Sekiranya Ketua Pesuruhjaya
Negara dalam tempoh ketiadaan atau keuzuran, Ketua Pengakap Malaysia perlulah melantik
seorang daripada Penolong-Penolong Ketua Pesuruhjaya Negara memangku sementara
jawatan tersebut.

Tugas dan tanggungjawab Ketua Pesuruhjaya Negara adalah seperti berikut kecuali dalam perkara
yang berpaut dengan dasar Antarabangsa dan Am dan aktiviti persekutuan yang mana perlu
bertindak atas persetujuan Ketua Pengakap:-

a) Mengelola latihan bagi semua Pengakap dan Pemimpin melalui Pesuruhjaya Negeri dan
Pesuruhjaya Latihan Negara bersama-sama dengan ahli-ahli Pasukan Latihan

Antarabangsa dan Kebangsaan yang dilantik untuk tujuan tersebut. Menjalankan tugas Ketua
Pengakap Negara semasa tempoh ketiadaan dan keuzuran.

b) Menasihatkan Majlis Pengakap dalam menjalankan tugas-tugas dan tanggungjawabnya,


dengan kuasa menahan sebarang tindakan yang akan diambil atau bercadang hendak
diambil Majlis Pengakap.

c) Menjamin pemakaian peruntukkan dalam Akta (Perbadanan) Persekutuan Budak-Budak


Pengakap Malaysia, 1968 dan Peraturan-peraturan ini.

d) Melantik semua Pesuruhjaya yang lain dan menentukan kerja mereka mengikut Peraturan.

14
e) Menyelesaikan segala perbalahan mengikut Peraturan-Peraturan ini oleh Pesuruhjaya-
Pesuruhjaya Negeri.

f) Memelihara perhubungan persahabatan dan kerjasama dengan semua Persekutuan


Pengakap Negara lain yang diakui melalui Pesuruhjaya Antarabangsa.

g) Menimbang dan mempersetujukan kandungan semua penerbitan yang dikeluarkan atau


diterbitkan atau nama Persekutuan ini.

h) Menimbang dan mempersetujukan semua kenyataan-kenyataan kepada umum berkenaan


dengan dasar Persekutuan ini.

Tugas dan tanggungjawab yang dijalankan bersama dan dengan persetujuan Majlis Pengakap:-

i) Menimbang dan mempersetujukan semua pencalonan bagi Anugerah Pengakap kerana


Perkhidmatan Lama, Keberanian, Pekerti Baik, Perkhidmatan Baik dan Perkhidmatan
Cemerlang.

j) Menjalankan tugas dan kuasa Perbadanan yang dikuatkuasakan dalam Akta (Perbadanan)
Persekutuan Budak-Budak Pengakap Malaysia, 1968.

k) Melantik, menyelia dan dengan bijak sana membuang atau menggantung kerja pekerja
Persekutuan yang patut dari semasa ke semasa dan menentukan kuasa dan kerja mereka
serta menetapkan gaji dan syarat perkhidmatan mereka.

l) Menguruskan mengikut Peraturan-Peraturan ini, sebarang perbalahan mengenai keahlian


dalam Persekutuan, di atas kebijaksanaan mereka untuk menerima atau menggantung atau
membuang mereka daripada menjadi ahli. Asalkan tindakan yang diambil itu hendaklah
mengikut syarat yang ada dalam Peraturan ini.

m) Memberikan kuasa pendaftaran di atas Persekutuan-Persekutuan Tempatan dan


menentukan kawasan bagi Persekutuan-Persekutuan Tempatan memansuhkan Persekutuan
tersebut daripada mendaftar.

n) Memberikan kuasa pendataran ke atas semua Kumpulan Pengakap dan memansuhkan


Kumpulan itu daripada pendaftaran.

o) Memberikan kuasa pengeluaran tauliah kepada semua Pemimpin dan Kumpulan dan
Pemimpin-Pemimpin Pasukan Pengakap Kelana Kanan.

p) Mengadakan Ibu Pejabat dan Pekerja yang cukup bagi menjalankan pentadbiran dan tugas
yang telah dikuasakan oleh kedua-dua Ketua Pesuruhjaya Negara dan Majlis Pengakap dan
Jawatan Kuasa Kerja dan Jawatan Kuasa Kecilnya.

q) Mendapatkan penyelarasan dan sokongan di atas kerja Majlis-Majlis Pengakap Negeri dan
Persekutuan Tempatan dan memelihara dan menggalakkan tujuan Persekutuan di dalam
dan luar negara Persekutuan. Ketua Pengakap Negara boleh mewakilkan sebarang kuasa
atau tugas-tugasnya kepada seorang Pesuruhjaya Negeri.

15
6) Penolong-Penolong Ketua Pesuruhjaya Negara: Beberapa orang Penolong-Penolong Ketua
Pesuruhjaya Negara perlu dilantik oleh Ketua Pengakap Negara untuk tugas yang akan
ditentukan oleh Ketua Pesuruhjaya Negara. Tauliah bagi pelantikan Penolong Ketua
Pesuruhjaya Negara perlulah ditandatangani oleh Ketua Pengakap Negara dan dikeluarkan
oleh Ibu Pejabat Persekutuan

7) Pesuruhjaya Antarabangsa: Seorang Pesuruhjaya Antarabangsa perlulah daripada warga


negara Malaysia yang dilantik oleh Ketua Pengakap Negara. Tauliah perlantikan perlu
ditandatangani oleh Ketua Pengakap negara dan dikeluarkan oleh Ibu Pejabat Persekutuan
dan perlu diberitahu kepada Biro Pengakap Dunia.

Tugas Pesuruhjaya Antarabangsa:-

a) Mewakili Persekutuan dan hak dalam hal ehwal Antarabangsa.

b) Bertanggungjawab kepada Ketua Pesuruhjaya Negara berkenaan perhubungan dengan


Persekutuan Budak-Budak Pengakap Kebangsaan lain yang menjadi ahli kepada Persidangan
pengakap Sedunia.

c) Bertanggungjawab kepada Ketua Pesuruhjaya Negara berkenaan dengan perhubungan Biro


Pengakap Sedunia dan Pejabat Wilayah yang berkenaan.

8) Penolong-Penolong Pesuruhjaya Antarabangsa: beberapa orang Penolong Pesuruhjaya


Antarabangsa perlu dilantik oleh Ketua Pengakap Negara atas perakuan Ketua Pesuruhjaya
Negara untuk tugas yang ditentukan oleh Ketua Pesuruhjaya Negara. Tauliah pelantikan
Penolong-Penolong perlu ditandatangani oleh Ketua Pengakap Negara dan dikeluarkan oleh
Ibu Pejabat Persekutuan dan perlu diberitahu kepada Biro Pengakap Sedunia.

9) Pesuruhjaya Latihan Negara: Seorang warganegara Malaysia dan dia adalah seorang ahli
Pasukan Latihan Antarabangsa, dilantik oleh Ketua Pesuruhjaya Negara. Sijil Tugas
Kehormatan bagi Pesuruhjaya Latihan Negara akan dikeluarkan oleh Biro Pengakap Sedunia
dan ditandatangani oleh Ketua Pengakap Negara.

Tugas-tugas Pesuruhjaya Latihan Negara:-

a) Bertanggungjawab kepada Ketua Pesuruhjaya Negara atau pengelolaan semua latihan bagi
pemimpin mengikut cara yang ditentukan dari masa ke semasa oleh Pasukan Latihan
Antarabangsa.

b) Memperakui dengan persetujuan Ketua Pesuruhjaya Negara atas perlantikan Timbalan-


Timbalan Ketua Kem, Ketua-Ketua Akela, Penolong-Penolong Timbalan Ketua Kem dan
Penolong Penolong Ketua Akela daripada Pemimpin-Pemimpin yang dilatih khas dan
berkelayakan bagi membantu dalam latihan Pemimpin mengikut kehendak Pasukan Latihan
Antarabangsa.

c) Menjadi Ketua Pasukan Latihan Negara dan Pengerusi Pasukan Latihan Negara.

16
d) Bertanggungjawab kepada Ketua Pesuruhjaya Negara dan bertindak melalui penguasa yang
sesuai:-

I. Menetapkan adanya tempat-tempat perkhemahan yang sesuai cukup bagi keperluan-


keperluan latihan pemimpin.

II. Melengkapkan tempat perkhemahan dengan alat latihan bagi pemimpin yang difikirkan
perlu.

III. Pengelolaan umum dan penyelenggaraan tempat-tempat perkhemahan.

9. Ketua Setiausaha: perlu dilantik oleh Ketua Pesuruhjaya Negara dengan pengesahan Jawatan
Kuasa Kerja dan hendaklah dikeluarkan tauliah baginya sebagai Pesuruhjaya Ibu Pejabat.
Tugas akan diwakilkan kepadanya atau ditetapkan oleh Ketua Pesuruhjaya Negara atau
Jawatan Kuasa Kerja.

MAJLIS PENGAKAP

13. Majlis Pengakap ditubuhkan seperti berikut:-

1) Keahlian Majlis Pengakap : Majlis Pengakap mengandungi Yang Dipertua iaitu Ketua
Pengakap Negara dan mereka di bawah ini:-

a) Ahli-ahli Rasmi:-

I. Naib Yang Dipertua

II. Ketua Pesuruhjaya Negara

III. Penolong-Penolong Ketua Pesuruhjaya Negara

IV. Pesuruhjaya Antarabangsa

V. Penolong-Penolong Pesuruhjaya Antarabangsa

a. Sabah dan Sarawak

VI. Pesuruhjaya Latihan Negara

VII. Pesuruhjaya Pesuruhjaya Negeri

VIII. Setiausaha-Setiausaha Majlis Pengakap Negeri

IX. Setiausaha Latihan Negara

X. Pengelola Persaudaraan Pengakap B.P Negara

XI. Bendahari Majlis Pengakap

XII. Ketua Setiausaha Majlis Pengakap

17
b) Ahli-ahli yang dilantik:-

Seorang ahli biasa daripada tiap-tiap Majlis Pengakap Negeri yang dipilih oleh Majlis Pengakap
Negeri.

Seorang ahli yang dilantik oleh Menteri Kerajaan Pusat yang bertanggungjawab
berkenaan dengan kewangan.

Seorang ahli yang dilantik oleh Menteri Kerajaan Pusat yang bertanggungjawab
berkenaan dengan pelajaran.

Seorang ahli yang dilantik oleh Menteri Kerajaan Pusat yang bertanggungjawab
berkenaan dengan belia.

Seorang ahli yang dilantik oleh Ketua Pesuruhjaya Persatuan Pandu Puteri.

c) Ahli-ahli yang dipilih:-

Tidak lebih daripada 20 orang dipilih dari masa ke semasa oleh Majlis Pengakap di mesyuarat dua
tahunannya menjadi ahli-ahli Majlis Pengakap untuk selama tidak lebih dua tahun mulai daripada
tarikh pencalonannya.

Orang-orang yang dipilih hendaklah bukan orang yang memegang Tauliah.

2) Surat Akuan Ahli-Ahli:- Ibu Pejabat Persekutuan hendaklah mengeluarkan sijil-sijil keahlian
yang ditandatangani oleh Ketua Setiausaha Majlis Pengakap kepada semua orang yang telah
dipilih atau dilantik dan mereka yang berkelayakan menjadi ahli dan hanya orang yang telah
dikeluarkan sijil itu sahaja berhak menyertai atau mengundi di mesyuarat Majlis Pengakap.

3) Tugas-tugas dan tanggungjawab:

a) 1) Mencari dan mentadbir segala wang, sama ada dicari, di derma, yuran, di kurnia atau
diterima daripada punca yang sesuai dengan Peraturan untuk penyelenggaraan Ibu Pejabat
Persekutuan dan pembangunan pengakap di Malaysia dan mengelola dan mengamalkan
Dasar Kewangan Persekutuan di peringkat Kumpulan, Persekutuan Tempatan, Negeri dan
Ibu Pejabat mengikut bagaimana yang tersebut dalam Peraturan ini.

II) Di mana Jawatan Kuasa Kerja berpuas hati bahawa sesuatu Majlis Pengakap Negeri itu
mempunyai keadaan kewangan tersendiri, Majlis Pengakap Negeri itu mempunyai tanggungjawab
penuh untuk mengawal dan mentadbir segala wang berkenaan negeri mereka dengan syarat
bahawa dalam menjalankan kuasa mereka perlu patuh kepada kehendak Perlembagaan dan Dasar
Persekutuan.

b) Menjual kepada ahli yang berhak segala lencana dan lambing kebesaran yang terkawal
untuk dianugerahkan dan dipakai seperti yang disebut dalam Peraturan dengan syarat
segala lencana dan lambang adalah kekal menjadi hak Persekutuan walaupun pembayaran
telah dibuat oleh tiap seorang bagi mendapatkannya.

c) Menguruskan satu jabatan alatan untuk memberi khidmat yang berfaedah kepada ahli-ahli
dan sebagai satu punca kewangan kepada Persekutuan.

18
d) Menerbitkan, menyiar dan menjual buku dan risalah dalam Bahasa yang sesuai bagi
kegunaan ahli-ahli Persekutuan dengan syarat bahawa kandungan sesuatu penerbitan itu
telah disahkan oleh Ketua Pesuruhjaya Negara.

e) Mengatur dan menjalankan sebaran am dalam apa cara, dibentuk bagi mendapatkan
persetujuan dan sokongan orang ramai kepada Persekutuan dan Pergerakan Pengakap
umumnya.

f) Menguruskan mesyuarat, pertunjukan, perhimpunan, persidangan dan gerak kerja


Kebangsaan bersama bagi faedah Persekutuan dan ahlinya.

g) Mengelola dan menggalakkan perkembangan Persaudaraan Pengakap B.P. dan menerima


dan jika sesuai mempersetujukan Undang-Undang Kecil dan Dasar Persaudaraan dan
cawangannya.

h) Melantik seorang Juru Kira yang berkelayakan yang menjadi ahli kepada badan professional
yang diakui bagi memeriksa buku kira-kira kewangan Persekutuan dan Kunci Kira-Kira Dua
Tahunan dan melaporkan pendapatnya kepada Majlis tiap Mesyuarat Agong Biasa.

i) Meminda, mengubah dan menambah Peraturan mengikut apa yang disebut dalam
Peraturan 48.

Tugas berikut hendaklah dijalankan bersama dan dengan persetujuan Ketua Pesuruhjaya Negara.

j) Menimbang dan jika sesuai mempersetujukan semua pencalonan bagi Anugerah Pengakap
kerana Perkhidmatan Lama, Keberanian, Pekerti Baik, Perkhidmatan Baik dan Perkhidmatan
Cemerlang.

k) Menjalankan tugas dan kuasa Perbadanan yang dikuatkuasakan dalam Akta (Perbadanan)
Persekutuan Budak-Budak Pengakap Malaysia 1986.

l) Melantik, mengelola dan atas kebijaksanaan, membuang atau menggantung jawatan


pekerja-pekerja Persekutuan yang difikirkan patut dan menentukan kuasa serta kerja
mereka dan menetapkan gaji dan syarat perkhidmatan mereka.

m) Menguruskan mengikut kehendak Peraturan dan sebarang perbalahan mengenai keahlian


dalam Persekutuan atas kebijaksanaan mereka menerima semula, menggantung atau
membuang mereka dari menjadi ahli. Asalkan tindakan yang diambil itu mengikut syarat
berdasarkan Peraturan.

n) Memberi kuasa pendaftaran dan menentukan kawasan bagi memansuhkan Persekutuan


Tempatan daripada pendaftaran.

o) Memberi kuasa pendaftaran dan memansuhkan Kumpulan-Kumpulan daripada pendaftaran.

p) Memberi kuasa pengeluaran tauliah kepada semua Pemimpin di Kumpulan-Kumpulan dan


Pemimpin bagi Pasukan Pengakap Kelana Kanan.

19
q) Mengadakan Ibu Pejabat dan pekerja yang cukup bagi menjalankan pentadbiran dan tugas
yang dikuatkuasakan oleh Ketua Pesuruhjaya Negara dan Majlis Pengakap dan Jawatan
Kuasa Kerja dan Jawatan Kuasa Kecilnya.

r) Mendapatkan penyelarasan dan sokongan di atas kerja Majlis Pengakap Negeri dan
Persekutuan Tempatan dan memelihara dan menggalakkan tujuan Persekutuan di dalam
dan luar Persekutuan.

4) Pegawai-pegawai: Pegawai Kehormat Majlis Pengakap ialah Yang Dipertua, Naib Yang
Dipertua dan Bendahari. Naib Yang Dipertua dan Bendahari hendaklah dipilih pada tiap
Mesyuarat Agong Dua Tahunan Majlis Pengakap untuk berkhidmat sehingga mereka
digantikan dengan salah satu mesyuarat Majlis Pengakap selepasnya. Selepas dipilih,
pegawai tersebut tidak boleh berkhidmat dalam sebarang pangkat yang bertauliah tetap dan
akan menerima sijil dalam pangkat yang tidak bertauliah yang ditandatangani oleh Ketua
Pengakap Negara dan dikeluarkan oleh Ibu Pejabat Persekutuan.

5) MESYUARAT-MESYUARAT:

a) Majlis Pengakap hendaklah mengadakan Mesyuarat Agong sekali pada tiap dua tahun.
Mesyuarat Agong Luar Biasa Majlis Pengakap boleh diadakan dengan arahan Ketua
Pengakap Negara, atau Ketua Pesuruhjaya Negara, atau Jawatan Kuasa Kerja, atau atas
permintaan oleh sepuluh orang ahli dengan syarat pemberitahuan bagi mesyuarat itu
hendaklah diberikan mengikut Peraturan Mesyuarat. Mesyuarat khas boleh diadakan
dengan arahan Ketua Pengakap Negara dan pemberitahuan bagi mesyuarat-mesyuarat
itu hendaklah diberikan sekurang-kurangnya 3 hari sebelum mesyuarat itu diadakan.

b) Mesyuarat Agong Dua Tahunan Majlis Pengakap hendaklah:-

I) Menerima dan mempersetujukan Laporan Dua Tahunan Persekutuan.

II) Menerima dan mempersetujukan Kira-Kira Persekutuan yang telah diperiksa.

III) Memilih pegawai-pegawai

IV) Menjalankan sebarang perkara lain yang dimasukkan dalam agenda atau
dimasukkan sebagai mustahak oleh Pengerusi atau sebilangan besar ahli yang hadir
dalam mesyuarat itu.

c) Mesyuarat hendaklah dijalankan mengikut peraturan yang ditentukan dalam Peraturan-


Peraturan Mesyuarat.

6) a) Jawatan Kuasa Kerja: perlulah mengandungi ahli berikut:-

I. Yang Dipertua

II. Naib Yang Dipertua

III. Ketua Pesuruhjaya Negara

20
IV. Penolong-Penolong Ketua Pesuruhjaya Negara

V. Pesuruhjaya Antarabangsa atau wakilnya

VI. Pesuruhjaya Latihan Negara atau wakilnya

VII. Ketua Setiausaha

VIII. Bendahari Majlis Pengakap

Ahli dalam Majlis Pengakap yang dilantik oleh Menteri Kerajaan Pusat yang bertanggungjawab
mengenai kewangan.

Ahli dalam Majlis Pengakap yang dilantik oleh Menteri Kerajaan Pusat yang bertanggungjawab
mengenai pelajaran.

Ahli dalam Majlis Pengakap yang dilantik oleh Menteri Kerajaan Pusat yang bertanggungjawab
mengenai belia.

Tiga orang ahli Majlis Pengakap dipilih oleh Majlis Pengakap di mesyuarat dua tahunannya.

b) Jawatan Kuasa Kerja hendaklah diberikan kuasa kepadanya segala tugas Majlis Pengakap
kecuali mana yang disebutkan dalam Peraturan. Tetapi hendaklah memberikan laporan pada
tiap mesyuarat Majlis Pengakap.

c) Jawatan Kuasa kerja hendaklah mengadakan mesyuarat sekali enam bulan pada tiap tahun
dan akan mengadakan mesyuarat untuk sebarang tujuan yang diarahkan oleh Yang Dipertua,
Naib Yang Dipertua atau Ketua Pesuruhjaya Negara.

d) Mesyuarat-Mesyuarat Jawatan Kuasa Kerja hendaklah diadakan dan dijalankan mengikut


peraturan yang ditentukan dalam Peraturan Mesyuarat.

e) Jawatan Kuasa Kerja boleh melantik Jawatan Kuasa- Jawatan Kuasa Kecil yang difikirkan
perlu.

7) PERATURAN-PERATURAN MESYUARAT:

a) Kekosongan Jawatan: Sebarang ahli hendaklah meninggalkan dan berhenti daripada menjadi
ahli:-

I) Jika ia disahkan dan didapati tidak siuman.

II) Jika ia memberitahu dengan bertulis kepada Persekutuan bahawa ia hendak berhenti.

III) Jika Majlis Pengakap dengan suara dua pertiga daripada bilangan ahlinya akan hadir di
suatu Mesyuarat Khas yang diadakan untuk tujuan tersebut membuat usul bahawa ahli
itu diberhentikan.

21
b) Memenuhkan kekosongan : sekiranya berlaku kekosongan Jawatan Kuasa Kerja boleh
melantik orang untuk menggantikannya hingga mesyuarat Agong Dua Tahunan yang akan
datang.

c) Perkara-perkara untuk dipertimbangkan: perlu dihantar dengan cara bertulis dan tindakan
akan diambil oleh Jawatan Kuasa Kerja atau Jawatan Kuasa- Jawatan Kuasa Kecilnya.

d) Pengurusan perkara dengan cara surat menyurat: perkara yang perlu pertimbangan segera
dengan cara membuat surat menyurat. Bilangan jawapan suara yang terbanyak adalah perlu
bagi memberi kuasa kepada Ketua Pesuruhjaya Negara mengambil tindakan bagi pihak
Majlis Pengakap atau Jawatan Kuasa Kerjanya.

e) Pemberitahuan mesyuarat: tidak kurang daripada empat minggu bagi Majlis Pengakap Dua
tahunan dan Luar Biasa. Manakala, tidak kurang daripada dua minggu bagi mesyuarat
Jawatan Kuasa Kerja.

f) Pengerusi: jika Yang Dipertua tidak hadir, Naib Yang Dipertua mengerusikan tiap mesyuarat
Majlis Pengakap dan Jawatan Kuasa Kerja. Ahli Majlis Pengakap atau Jawatan Kuasa Kerja
yang hadir perlu memilih seorang untuk mengerusi sekiranya Yang Dipertua dan Naib Yang
Dipertua tidak hadir 15 selepas majlis mula.

g) Cukup bilangan: seperti berikut tidak ada :-

Mesyuarat- Mesyuarat Majlis Pengakap- Satu pertiga daripada bilangan keahlian Majlis Pengakap.

Mesyuarat Jawatan Kuasa Kerja 8 Orang ahli.

Jika bilangan tidak cukup, maka perlu dibubarkan. Mesyuarat Agong Luar Biasa diadakan dengan
permintaan ahli.

Jika diadakan dengan cara lain, mesyuarat perlu ditangguh selama satu jam dan akan mempunyai
kuasa hanya menjalankan perkara yang ada dalam agenda sama ada cukup bilangan atau tidak.

h) Undi: Dalam semua mesyuarat majlis Pengakap dan Jawatan Kuasa Kerja keputusan adalah
dengan undian yang terbanyak oleh ahli yang hadir dan Pengerusi mempunyai hak undi
putus. Cara mengundi adalah dengan cara undi sulit atau mengakat tangan mengikut
keputusan Pengerusi bagi tiap-tiap perkara.

i) Penggunaan Persetiaan Pengakap di mesyuarat:

Semua mesyuarat Majlis Pengakap, Jawatan Kuasa Kerja dan Jawatan Kuasa Kecil hendaklah
dimulakan dengan memulakan Persetiaan Pengakap.

j) Penangguhan: Pengerusi dengan persetujuan ahli boleh menangguhkan mesyuarat ke suatu


masa akan datang.

k) Minit Mesyuarat: Disimpan bagi semua mesyuarat Majlis Pengakap. Bagi mesyuarat
Jawatan Kuasa Kerja, keputusan sahaja direkodkan. Bagi mesyuarat Jawatan Kuasa Kecil
laporan Am perjalanan mesyuarat dan kertas berkenaan perlu disimpan dan akan
dikemukakan bagi pertimbangkan oleh Jawatan Kuasa Kerja pada tiap mesyuarat.

22
l) Am: Pengerusi diberikan kuasa menjalankan perkara dalam mesyuarat dengan cara yang
difikirkan patut kecuali dalam mana peraturannya diadakan khas dalam Peraturan ini dan
keputusannya muktamad.

SEKSYEN II (28) : MENJADI AHLI PERSEKUTUAN

1. Menjadi ahli Persekutuan hendaklah dengan sukarela. Jangan membanding untuk menjadi
ahli atas sebab agama, bangsa dan keturunan. Mereka berikut adalah dianggap sebagai ahli
Persekutuan selagi mereka menjalankan khidmat mereka dengan betul mengikut pangkat
dan jawatan yang dinyatakan di bawah ini:-

1) Pengakap-Pengakap yang menjadi ahli dalam Kumpulan yang berdaftar atau Pasukan
Pengakap Kelana Kanan atau mereka sendiri mendaftar sebagai Pengakap Perseorangan
(Lone Scout), Pengakap Kelana Perseorangan ( Lone Rover Scout) atau Pengakap Laut
Dalam.

2) Pemimpin-Pemimpin Pengakap.

3) Orang-orang yang memegang pangkat tiada tauliah atau kehormat seperti dalam
Bahagian IV.

4) Ahli-ahli Jawatan Kuasa Kumpulan yang dilantik mengikut Peraturan ini.

5) Ahli-ahli Majlis-Majlis Pengakap Negeri dan Persekutuan-Persekutuan Tempatan.

6) Ahli-ahli Majlis Pengakap dan Jawatan Kuasa-Jawatan Kuasanya.

14. Disimpan

WARGANEGARA ASING

1. 1) Warganegara asing boleh diterima sebagai ahli bergantung kepada persetujuan Ketua
Pesuruhjaya Negara dan akan membuat atau membaharui Persetiaan Pengakap seperti
berikut:-

On my honour I promise that I will do my best to do my duty to God and to the lawfully constituted
Government of Malaysia; To help other people at all times and to obey the Scout Law

2) Nama penuh dan alamat orang yang diterima masuk, bersama-sama dengan nama Kumpulan di
Negara Asing dahulu yang man dia mungkin telah menjadi ahli, hendaklah dihantarkan kepada Ketua
Pesuruhjaya Negara.

3) Pengeluaran sebarang tauliah atau lencana pangkat yang diterima masuk adalah berdasarkan
kebenaran khas daripada Ketua Pesuruhjaya Negara.

4) Warganegara asing tidak bole sesame mereka menubuhkan suatu kumpulan pengakap sendiri dan
bersekutu dengan Persekutuan Pengakap Negara mereka atau memakai pakaian seragam Pengakap

23
kebangsaannya di Malaysia, kecuali jika Pengakap-Pengakap itu melawat Malaysia dengan
kebenaran Pesuruhjaya Antarabangsa.

PENENTUAN

Kemasukan seseorang ahli itu tidak boleh diputuskan dengan dibuat usul oleh Majlis Pengakap.
Majlis Pengakap tidak dipaksakan memberikan sebarang sebab di atas sebarang tindakan di bawah
Peraturan ini.

SEKSYEN III (30) : DASAR AGAMA

17. 1) Tidak terhad terhadap sesuatu agama. Tetapi diharapkan bahawa tiap seorang Pengakap
hendaklah mengamalkan kerja-kerja agama yang dianuti dan menghormati kepercayaan
orang lain. Bagi kumpulan yang mempunyai ahli berbeza agama, dikehendaki Pemimpin
Kumpulan itu mengaturkan sembahyang dan pelajaran bagi agama yang difikirkan baik dan
berunding dengan pegawai agama yang berkenaan.

2) Bagi Kumpulan yang mempunyai ahli berbeza agam, maka menjadi tanggungjawab Pemimpin-
Pemimpin menggalakkan mereka membuat ibadat mengikut cara masing-masing dan jangan
mengadakan satu sembahyang dalam satu Kumpulan.

SEKSYEN IV (30): PERBALAHAN POLITIK DAN PERINDUSTRIAN

18. 1)Persekutuan ini tidak ada perhubungan dengan mana-mana badan politik. Ahli-ahli
Persekutuan dalam masa menjadi wakil Pergerakan Pengakap tidak boleh mengambil
bahagian dalam mesyuarat atau gerak kerja politik.

2) Pergerakan Pengakap atau sebahagian daripadanya tidak boleh digunakan pada bila-bila masa
bagi dakyah politik untuk memberikan faedah kepada sesuatu parti politik.

PERBALAHAN PERINDUSTRIAN

Sokongan tidak boleh diberikan kepada mana-mana pihak dalam perbalahan perindustrian. Jika
sesuatu badan awam mengumumkan bahawa pekerja sukarela adalah dikehendaki bagi
mengelakkan kemalangan awam yang buruk atau menyusahkan disebabkan oleh keadaan itu, maka
tidak ada halangan bagi seorang Pemimpin Kumpulan itu, dengan persetujuan Pesuruhjaya Daerah
menawarkan bantuan Pasukan Pengakap, Pasukan Pengakap Kanan atau Pasukan Pengakap Kelana
kepada badan itu, asalkan tidak ada paksaan dibuat atas seseorang Pengakap, Pengakap Kanan atau
Pengakap Kelana itu bagi menawarkan perkhidmatan dan tidak ada denda dikenakan atasnya
sekiranya ia tidak menyumbang perkhidmatan sukarelanya.

SEKSYEN V (31): DASAR KEWANGAN

Tujuan

20. Menjadikan kumpulan ini berjalan dengan sendiri di mana mereka mencari wang yang cukup
dengan cara yang sah bagi membantu Kumpulan itu sendiri dan memberikan bantuan

24
kewangan kepada Persekutuan Tempatan, Majlis Pengakap Negeri dan Ibu Pejabat
Kebangsaan.

MENERIMA HADIAH-HADIAH

21. Dibenarkan untuk menerima hadiah harta sama ada bergerak atau tidak bergerak da hadiah
wang sama ada pemberian tahunan atau dengan cara lain, asalkan semua hadiah itu diterima
atas nama Majlis Pengakap.

ANGARAN DAN PERUNTUKAN TAHUNAN

22. Jawatankuasa Kerja adalah bertanggungjawab memperoleh keuntungan atas segala


perbelanjaan.

1) Jawatan Kuasa Kecil hendaklah tidak lewat daripada 30hb September pada tiap-tiap tahun
untuk dihantar kepada Jawatan Kuasa Kerja cadangan-cadangan bagi Anggaran Pendapatan
dan Perbelanjaan tahun berikut.

2) Jawatan Kuasa Kerja diberi kuasa bagi menahan atas sebarang beberapa banyak wang
peruntukan negeri daripada wang Majlis Pengakap.

3) Semua tuntutan dari negeri bagi peruntukan tabung wang Majlis Pengakap mestilah
dihantarkan kepada Majlis Pengakap pada atau sebelum 15hb Disember, pada tiap-tiap
tahun. Jika tidak, tuntutan itu akan dihitung sebagai tuntutan atas peruntukan yang disahkan
bagi tahun yang berikutnya.

23. Jabatan Kuasa Kecil Kewangan hendaklah menghantar kunci Kira-Kira dan Kunci Kira-Kira
Pendapatan dan Perbelanjaan Majlis Pengakap bagi tahun yang lalu berakhir pada 31hb
Disember untuk dihantar kepada Juru Audit yang dilantik oleh Jawatan Kuasa Kerja tidak
lewat daripada 30hb Januari.

MENYEMAK KIRA-KIRA NEGERI

24. Jawatan Kuasa Kecil Kewangan hendaklah menerima dan menyemak kira-kira Majlis-Majlis
Pengakap Negeri bagi tahun lain tidak lewat daripada 7hb Mac pada tiap-tiap tahun dan
menghantar laporannya kepada mesyuarat Jawatan Kuasa Kerja yang diadakan sebelum
Mesyuarat Agong Dua Tahunan Majlis Pengakap diadakan.

25. Disimpan

HARTA

26. Semua harta bergerak atau tidak bergerak sama ada dipegang bagi kegunaan Majlis
Pengakap, Majlis-Majlis Pengakap Negeri, Persekutuan-Persekutuan Tempatan, atau
Kumpulan-Kumpulan hendaklah di kuasa milik di atas nama Perbadanan Persekutuan Budak-
Budak Pengakap Malaysia.

25
27.

YURAN

28. Penderma 1000.00 dan ke atas kepada tabung wang Majlis Pengakap akan menjadi Ahli
Bersekutu Seumur Hidup kepada Persekutuan. Yuran tahunan sebanyak 100.00 atau lebih
akan dianggap sebagai Ahli Bersekutu selama tempoh yurannya dibayar. Sijil-sijil akan
dikeluarkan kepada Ahli Bersekutu Seumur Hidup dan Ahli Bersekutu.

RAYUAN UNTUK MENDAPAT WANG

29. Kumpulan-Kumpulan tidak dibenarkan membuat sebarang rayuan umum untuk


mendapatkan wang melainkan dibenarkan oleh Pesuruhjaya Negeri. Sesuatu Kumpulan tidak
dibenarkan membuat rayuan atau cuba mencari wang di seberang kawasan luar daripada
kawasannya sendiri.

1) Bahawa semangat Pergerakan Pengakap bagi pihak Pengakap itu sendiri hendaklah
mencari wang dan bukan meminta.

2) Dengan syarat Kumpulan atau Persekutuan Tempatan itu bertanggungjawab bagi


mengadakan sebahagian yang munasabah daripada tabung kewangannya, menerima
pemberian wang, pertolongan tidaklah salah dari segi Peraturan ini. Permohonan kepada
Majlis Pengakap bagi bantuan kewangan mestilah dipersetujui oleh Pesuruhjaya Negeri.

3) Wang bantuan selain daripada bantuan daripada Kerajaan Negeri tidak boleh diterima
atau diminta jika tidak dirujukkan kepada Ketua Pesuruhjaya Negara terlebih dahulu.

4) Pengakap-Pengakap tidak boleh membuat jualan atau memungut wang sama ada untuk
kegunaan sendiri atau untuk pertubuhan atau badan-badan khairat dan mereka tidak
boleh meminta wang daripada orang ramai tetapi dengan kebenaran bertulis terlebih
dahulu daripada Pesuruhjaya Negeri mereka boleh menolong pertubuhan-pertubuhan
atau badan-badan khairat sebagai penghantar syarat atau lain-lain pekerjaan yang tidak
berkehendakkan perhubungan secara langsung dengan orang ramai. Mereka boleh juga
menolong menjual buku-buku acara dengan harga yang tetap di temasya-temasya yang
diakui dengan syarat kerja itu hendaklah dijalankan dengan kawalan yang betul.

5) Semua ahli-ahli Persekutuan hendaklah mengikut Peraturan 28.(4) dan jangan


membenarkan atau campur tangan di dalam apa-apa pekerjaan memungut wang
daripada orang ramai untuk Pengakap atau untuk lain-lain yang berlawanan dengan
Undang-Undang negeri atau yang harus boleh menggalakkan Pengakap berjudi .

INSURANS

30. 1) Persekutuan hendaklah mengambil Insurans Perlindungan bagi Pemimpin-Pemimpin


Pengakap untuk melindungi semua Pemimpin Pengakap yang bertauliah daripada

26
tanggungjawab undang-undang disebabkan oleh kemalangan yang berlaki dalam masa gerak
kerja Pengakap yang benar dan sah.

2) Persekutuan hendaklah mengambil Insurans Perlindungan bagi pemimpin Pengakap untuk


melindungi semua Pemimpin Pengakap daripada tuduhan atau fitnah yang harus berlaku kerana
menjalankan tugas-tugas mereka yang benar dan sah sebagai Pemimpin-Pemimpin Pengakap.

3) Persekutuan hendaklah mengadakan kemudahan bagi Kumpulan-Kumpulan melalui Ibu Pejabat


mengambil Insurans kemalangan perseorangan dan perbelanjaan perubatan bila diperlukan.

KUMPULAN WANG CADANGAN KHAS

31. 1) Menjadi tanggungjawab tiap Majlis Pengakap Negeri membayar setiap tahun kepada
Bendahari Majlis Pengakap sebanyak yang dikehendaki untuk Kumpulan Wang Cadangan
Khas (Sinking Fund) yang dipegang amanah oleh Majlis Pengakap bagi melindungi
Persekutuan di atas semua harta yang didirikan atas tanah pajak (leasehold land).

2) Sekiranya pembayaran tidak disempurnakan pada 28hb Februari, maka Bendahari Majlis
Pengakap berkuasa untuk memotong sebanyak mana wang dikehendaki untuk pembayaran kepada
Majlis Pengakap Negeri berkenaan.

SEKSYEN VI

PERHUBUNGAN-PERHUBUNGAN LUAR DAN ANTARABANGSA

Jabatan-jabatan kerajaan

31. Persekutuan pengakap merupakan suatu badan kerajaan yang tidak dikawal mahupun
diarahkan atau dikawal oleh mana-mana Jabatan kerajaan serta tidak mempunyai kaitan
dengan Pasukan-Pasukan Tentera Negara. Ahli-ahli Persekutuan Pengakap tidak boleh
melibatkan diri dalam latihan tentera.

Persahabatan dan Pertubuhan Lain

32. Persekutuan Pengakap inginkan persahabatan dengan pertubuhan yang bercorak politik
atau tujuan yang sama.

Pergabungan Dengan Biro Sedunia

33. Kesemua Persekutuan Pengakap di Seluruh dunia bergabung dengan Persidangan Pengakap
Sedunia yang bertanggungjawab mengaku dan mendaftar persekutuan seluruh dunia serta
merancang peristiwa kebangsaan.

Akhbar, Siaran, Radio Dan Televisyen, Filem dan Penerbitan-Penerbitan

34. Semua ahli tidak dibenarkan mengeluarkan fikiran atau perkara berkaitan dasar Pengakap
atau Pergerakan Pengakap di dalam media tanpa kebenaran Ketua Pesuruhjaya Negara

27
35. Pemberitahuan-pemberitahuan, laporan-laporan di atas gerak kerja ahli, menerbit risalah
dan buku bagi perkembangan Pergerakan Pengakap dalam Negeri masing boleh dikeluarkan
oleh Majlis-Majlis Pengakap Negeri tapi perlu mengikut dasar yang ditetapkan oleh Jawatan
Kuasa Kerja. Isi kandungan buku mahupun risalah perlu mendapat persetujuan Ketua
Pesuruhjaya Negara.

36. Majlis Pengakap Negeri boleh menerbitkan Majalah Pengakap dengan kebenaran
Pesuruhjaya Negeri yang tidak bertentangan dengan dasar dan tujuan ditetapkan dalam
Peraturan.

37.

Seksyen VII

PERATURAN-PERATUAN AM

Pertubuhan Am

38. Ketua Pengakap Negara dan Ketua Pesuruhjaya Negara hanya boleh menghadiri
perhimpunan yang besar dan berucap untuk orang ramai mengikut kebijaksanaan dan majlis
khas. Penolong Ketua Pesuruhjaya Negara dan Pesuruhjaya Ibu Pejabat sukarela ditugaskan
membantu dalam tugas khas (rujuk no.37 muka surat 36).

Jabatan-jabatan

39. Ketua setiausaha menjaga berbagai jabatan di Ibu pejabat.

Pangkat

40. Ahli Majlis Pengakap dan jawatankuasa memegang jawatan Ibu Pejabat dan ahli Pasukan
Latihan sebagai Pesuruhjaya.

Saluran Perhubungan

41. Saluran mengikut garisan dalam rajah pertubuhan. (rujuk no.40 muka surat 36)

Raja-raja dan Jabatan kerajaan

42. Surat menyurat mengenai perkara Pengakap perlu melalui Ibu Pejabat sebelum dialamatkan
kepada Raja-raja dan lain-lain (rujuk no. 41 muka surat 36)

Perkara-perkara Negeri

43. Surat menyurat yang melibatkan perkara pengakap dibuat melalui Pesuruhjaya Negeri tetapi
perkara yang melibatkan akta, Pesuruhjaya Negeri perlu berbincang dengan Ketua
Pesuruhjaya Negara.

PENGESAHAN KEAHLIAN

Tauliah, Sijil dan Surat Perlantikan

28
44. Tempoh jawatan tamat apabila cukup tempoh (Rujuk Bahagian VI)dan tak boleh memegang
atau menyambung jawatan sebelum memperbaharui Tauliah, Sijil atau Perlantikan

PENDAFTARAN SEMULA TAHUNAN DAN BANCI

Tarikh Banci

45. Banci dan pendaftaran dijalankan pada 31 Oktober setiap tahun

Borang dan Arahan

46. Borang dan arahan dikeluarkan kepada penguasa tertentu.

Tarikh Akhir Bagi Menghantar Penyata-Penyata

47. Tarikh akhir menghantar penyata banci dan pendaftaran adalah sebelum 31 Januari setiap
tahun.

Kegagalan Mendaftar Semula

48. Kegagalan menghantar banci dan pendaftaran semula menyebabkan kumpulan tersebut
dipotong daripada didaftar. Segala perkara seperti Tauliah, Sijil, Lencana dan lain perlu
diserahkan kembali. Kumpulan yang dipotong pendaftarannya tidak lagi menjadi ahli
Persekutuan bermula pada 1 Mac setiap tahun dan tindakan akan diambil mengikut Akta
Persekutuan Budak-budak Pengakap Malaysia 1968 berkenaan perkara mengenai mereka
yang tidak menjadi ahli.

Pindaan Kepada Peraturan-Peraturan

49. Segala perubahan, tambahan atau pindaan tidak boleh dibuat melainkan pemberitahuan
dihantar sekurang-kurangnya enam minggu kepada semua ahli yang hadir di Mesyuarat Luar
Biasa Majlis Pengakap.

50. Disimpan

51. Disimpan

52. Disimpan

53. Disimpan

54. Disimpan

55. Disimpan

56. Disimpan

29
BAHAGIAN IV

TAULIAH-TAULIAH - PANGKAT-PANGKAT

Pangkat-Pangkat - Bertauliah

57. Tauliah-tauliah adalah dikeluarkan oleh Ibu Pejabat Persekutuan Budak-Budak Pengakap
Malaysia kepada Pemimpin yang berpangkat. (Rujuk no.56 muka surat 39).

58. Tauliah tidak dikeluarkan untuk:

(1) Pangkat Kehormat yang dilantik oleh Pesuruhjaya Negeri di bawah Peraturan 97(5) atau
Pesuruhjaya Daerah dan Persekutuan Tempatan di bawah peraturan 165.

(2) Antara pangkat yang tidak bertauliah:

Bendahari Majlis

Pengakap Negeri Dilantik mengikut Undang-Undang Kecil Majlis Pengakap


Negeri
Setiausaha Majlis

Pengakap Negeri

Pengerusi P.T.

Bendahari P.T. Dilantik mengikut Undang-Undang Kecil P.T.

Setiausaha P.T

Jurulatih Dilantik oleh Jawatankuasa Kerja P.T. dengan persetujuan P.D.

Penguji

Wanita-wanita

59. Wanita layak bagi pangkat-pangkat tidak bertauliah dan Tauliah berhubung dengan
Cawangan Pengakap Kanak-kanak yang boleh diperakukan melainkan Peraturan 170 dan
232.

60. Tidak dibenarkan memegang dua atau lebih Tauliah atau jawatan lain melainkan ada masa
dan kebolehan. Setiap lantikan tertakluk kepada pengesahan semua Persekutuan Tempatan
dan Pesuruhjaya Daerah.

61.

SAHGUNA

Tempoh Sah guna

62. Tauliah adalah sah dibuat:

30
P.N.,P.P.N. Negeri

P.W. Untuk Wilayah

Pesuruhjaya-Pesuruhjaya bagi Latihan Untuk Ibu Pejabat PBBPM


(TKK., K.AK.)

Penolong-Penolong Pesuruhjaya bagi Untuk Negeri


Latihan

Warden-warden dan Penolong-penolong Untuk Kawasan Perkhemahan


Warden

Pemimpin-pemimpin dalam Kumpulan Untuk Kumpulan yang ditetapkan dalam


tauliah dan tiada kuasa pada negeri, daerah
dan kumpulan lain

63. Tauliah adalah sah guna bagi tempoh yang berikut:

Pesuruhjaya-Pesuruhjaya 31 Disember selepas dua tahun tarikh


pengeluaran

Pasukan Kelana Kanan Pemimpin-pemimpin Dua tahun


Pasukan

Pemimpin-pemimpin Dalam Kumpulan Tidak ada had tetapi Tauliah berhenti kuat
kuasa jika pemegang atau tidak menjalankan
tugas yang sepatutnya.

Tauliah-Tauliah Yang Dikeluarkan Sebelum Ogos 1957

61A. Tauliah yang dikeluarkan sebelum 31 Ogos 1957 dianggap dikeluarkan mengikut peraturan dan
tarikh kuat kuasa pengeluaran adalah seperti yang dinyatakan dalam tauliah.

PERMOHONAN-PERMOHONAN PESURUHJAYA-PESURUHJAYA

Permohonan-Permohonan Pesuruhjaya-Pesuruhjaya

64. Tauliah bagi pangkat Pesuruhjaya bagi semua peringkat dan Penolong Ketua Pesuruhjaya
Negara diuruskan oleh Ibu Pejabat PBBPM dan tidak perlu memohon.

Pesuruhjaya-Pesuruhjaya Lain

65. Pencalonan bagi Tauliah dibuat kepada Ibu Pejabat PBBPM dengan cara mengisi borang oleh
calon.

31
Tanggungjawab Semua Pesuruhjaya-Pesuruhjaya

63A. Pesuruhjaya bertanggungjawab menjalankan semua tugas-tugas yang ditanggung kepada


mereka oleh Ketua Pesuruhjaya Negara serta menentukan penggunaan Peraturan-Peraturan dengan
berkesan dan semua Dasar yang telah ditentukan.

PERMOHONAN-PERMOHONAN PEMIMPIN-PEMIMPIN DALAM KUMPULAN

Permohonan-Permohonan Pemimpin-Pemimpin Dalam Kumpulan

66. Permohonan Pemimpin dalam Kumpulan dibuat bersama oleh Persekutuan Tempatan dan
Persekutuan Daerah mengikut peraturan yang disediakan.

Pencalonan-pencalonan

67. Pemohon bagi Tauliah sebagai Pemimpin Dalam Kumpulan perlu dicalonkan kepada
Pesuruhjaya Tempatan oleh ahlinya atau orang kenamaan yang telah kenal dengan pencalon
dan bertanggungjawab atas kelakuan dan kesesuaian keseluruhannya.

Pencalonan Kumpulan-kumpulan Dianjur

68. Permohonan bagi Pemimpin Dalam Kumpulan dianjurkan (Peraturan 179-180) adalah
pencalonan dari Kuasa Penganjur mengikut Peraturan 180 (4).

Pencalonan Makluman Kepada Pesuruhjaya Daerah

69. Sebarang pencalonan dari Pesuruhjaya Tempatan perlu diberitahu serta merta kepada
Pesuruhjaya Daerah.

70.

Percubaan Bagi Pemimpin-Pemimpin Dalam Kumpulan

71. Pemohon tauliah perlu menjalani tempoh percubaan selama tiga bulan dalam pangkat bagi
tauliah yang dipohon. Tauliah Sementara akan diberikan dan berkuat kuasa tiga bulan dari
tarikh pengeluaran.

72. Persekutuan Tempatan berpuas hati dalam setiap pengeluaran pemohon yang berkelakuan
baik, latar belakang yang boleh dipercayai untuk menjaga budak dan khususnya:

(1) Peraturan mengenai kelayakan-kelayakan dengan pangkat yang dikehendaki.

(2) Menghargai tujuan agama dan moral secucuk dengan dasar Berpengakap.

(3) Pendirian dan berkelakuan yang boleh memberi pengajaran yang baik serta tabah
menjalankan tugas dengan giat dan tidak berputus asa.

(4) Mampu melapangkan masa kepada kemudahan yang diberikan untuk berlatih sesuai
dengan kerjanya.

(a) Pemimpin Kumpulan (P.K.)

32
(i) Ada pengetahuan am. (Rujuk no. 69 a (i) muka surat 44)

(ii) Mampu mencari tempat yang sesuai untuk mesyuarat Pengakap

(iii) Umur yang mampu melaksanakan tugasan dengan baik. Biasanya pangkat ini bagi
seseorang yang berumur 30 tahun ke bawah tidak boleh diedarkan dan tauliah tidak
boleh dikeluarkan kepada seseorang berumur di bawah daripada 25 tahun.

(b) Pemimpin Pengakap Kanak-Kanak dan Penolong Pemimpin Pengakap Kanak-Kanak (P.P.K.K.
& P.P.P.K.K.)

(i) Ada pengetahuan am. (Rujuk No. 69 b (i) muka surat 45)

(ii) Umur P.P.K.K. tidak kurang daripada 20 tahun dan P.P.P.K.K. tidak kurang daripada
18 tahun.

(c) Pemimpin Pengakap dan Penolong Pemimpin Pengakap (P.P. & P.P.P.)

(i) Ada pengetahuan am. (Rujuk No. 69 c (i) muka surat 45)

(ii) Umur bagi P.P. tidak kurang daripada 20 tahun dan P.P.P. tidak kurang daripada 18
tahun.

(d) Pemimpin Pengakap (Kanan) dan Penolong Pemimpin Pengakap (Kanan) P.P. (K) & P.P.P.(K)

(i) Ada pengetahuan am. (Rujuk No. 69 d (i) muka surat 45)

(ii) Umur P.P.(K) tidak kurang daripada 30 tahun dan P.P.P.(K) tidak kurang daripada 21
tahun.

(iii) Kumpulan yang sama mempunyai tauliah yang sama juga melainkan P.K. boleh
dilantik kepada salah satu pangkat-pangkat ini.

(e) Pemimpin Pengakap Kelana (P.P.K.) dan Penolong Pemimpin Pengakap Kelana (P.P.P.K.)

(i) Ada pengetahuan am. (Rujuk No. 69 e (i) muka surat 46)

(ii) Ada pengetahuan tentang kehendak-kehendak sekeliling dan boleh mencari


perkhidmatan untuk Pengakap-Pengakap Kelana.

(iii) Pendirian, kelakuan dan pengalaman hidup diri yang membolehkannya mengetuai
belia-belia dan faham atas dasar-dasar pemimpin.

(iv) Umur yang mampu menjalankan tugas dengan sempurna. Permohonan bagi tauliah
ini tidak boleh diberikan bagi P.P.K. di bawah umur 30 tahun atau P.P.P.K. di bawah
umur 25 tahun.

(f) Pemimpin Pengakap Kelana Kanan (P.P.K.(K))

(i) Ada pengetahuan am. (Rujuk No. 69 f (i) muka surat 46).

33
(ii) Ada pengetahuan tentang kehendak-kehendak sekeliling dan boleh mencari
perkhidmatan untuk Pengakap-Pengakap Kelana.

(iii) Pendirian, kelakuan dan pengalaman hidup diri yang membolehkannya mengetuai
belia-belia dan faham atas dasar-dasar pemimpin.

(iv) Diterima oleh Kelana-Kelana Kanan dalam Pasukan Berkenaan.

(v) Umur yang sesuai untuk menjalankan tugasan dengan sempurna. Pemohon bagi
tauliah untuk pangkat ini tidak boleh diedarkan bagi P.P.K.(K) bawah umur 30 tahun.

Persetujuan Pemimpin Kumpulan

73. P.K. bersetuju dengan pengeluaran tauliah bagi Pemimpin Dalam Kumpulan selain daripada
P.K. dan P.T.

Kerja Pesuruhjaya Daerah

74. Pesuruhjaya Daerah bebas daripada Persekutuan Tempatan dan pemohon layak dan
mematuhi peraturan 69-70 dan peraturan yang berikut diikuti dengan betul.

Pengawasan Khas

75. P.T. dan P.D perlu berjaga-jaga dalam memilih ahli Pergerakan supaya tidak ada yang
bersikap buruk dan tidak ada yang meminta belas kasihan dari sesiapa yang berada di
dalamnya.

76. (i) Perkhidmatan yang dipelawa atau ingin bersekutu daripada orang yang kelakuan dan
latar belakangnya tidak diketahui perlu dilaporkan kepada P.D. dan seterusnya P.D akan
laporkan kepada P.N. dan kemudian P.N. akan berundung dengan Ibu Pejabat PBBPM.

(ii) Jika tiada badan penguasa atau berlaku kecemasan, pemimpin yang menjaga kumpulan perlu
berhubung dengan Ibu pejabat PBBPM.

(iii) Laporan Sulit akan diadakan oleh Ibu Pejabat PBBPM di mana penyiasatan itu datangnya
daripada seseorang daripada Pesuruhjaya dan akan diberitahu kepada P.N. dan P.D.

Borang WM (A)

77. Perakuan dibuat kepada Ibu Pejabat PBBPM di dalam WM (A) apabila kedua-dua P.T. dan
P.D telah berpuas hati. Perakuan tersebut perlu ditandatangani oleh pencalon, Setiausaha
P.T. dan P.D. Setiausaha akan menghantar kepada Ibu Pejabat PBBPM apabila tamat
tempoh.

Penolakan

78. Perakuan yang ditolak atas sebab tidak layak bagi menjaga budak-budak perlu menyediakan
laporan dan dihantar oleh Setiausaha kepada Ibu Pejabat PBBPM.

79. Tauliah akan dibatalkan seperti berikut:

34
(1) Ketua Pesuruhjaya Negara dan Penolong Ketua Pesuruhjaya Negara oleh Ibu Pejabat PBBPM.

(2) Lain-lain Pesuruhjaya oleh Ibu Pejabat PBBPM

(3) Pemimpin Daerah dan Kumpulan oleh Ibu Pejabat PBBPM atas perakuan P.D. dan P.T., selepas
mesyuarat P.T. atau Jawatankuasa Kerjanya dibuat

(4) Semua pangkat oleh Ibu Pejabat PBBPM apabila Tauliah tidak dijalankan mengikut Peraturan 60-
61 atau mengikut keputusan Jawatan Kuasa Majlis mengikut peraturan 27.

Kumpulan-kumpulan yang dianjur

80. Kuasa Penganjur adalah berhak didengari oleh P.T. dan P.D. dalam semua perkara
berhubung dengan pembatalan Tauliah Pemimpin Dalam Kumpulan.

Pengembalian Kepada Pemegang

81. Tauliah akan dikembalikan kepada pemegang oleh Ibu Pejabat PBBPM mengikut
kebijaksanaannya dengan syarat perkhidmatan yang memuaskan.

82.

PENGGANTUNGAN

Cara Penggantungan

83. (i) Pergerakan Pemegang Tauliah boleh digantung perkhidmatannya seperti berikut:

Ketua Pesuruhjaya Negara

Penolong-penolong Ketua Pesuruhjaya


Negara
Oleh Ketua Pengakap Negara
Pesuruhjaya Antarabangsa

Pesuruhjaya Latihan Negara

Pesuruhjaya-pesuruhjaya Negeri

Pesuruhjaya-pesuruhjaya Ibu Pejabat Oleh ketua Pesuruhjaya Negara

Pesuruhjaya-pesuruhjaya bagi Latihan

(ii) Penggantungan perkhidmatan semua pemimpin dalam Persekutuan tempatan disebabkan


Peraturan 135 dan penggantungan Pemimpin Dalam Kumpulan disebabkan Peraturan 190.

35
Akibat

84. Seseorang yang digantung perlu menyerahkan Tauliahnya mengikut Peraturan 86, tidak
menyertai dalam sebarang aktiviti Pergerakan dan tidak memakai seragam serta lencana.
Jawatannya akan dianggap kosong buat sementara, Kesulitan yang timbul perlu merujuk Ibu
Pejabat PBBPM.

Laporan Atas Penggantungan

85. Pesuruhjaya Negeri yang menggantung Pesuruhjaya perlu membuat laporan penuh kepada
Ibu Pejabat PBBPM dengan segera.

86. (i) Pesuruhjaya Daerah yang menggantung perkhidmatan mana-mana Pemimpin Pengakap
dalam Kumpulan dalam Daerah di bawah Peraturan 79 (i) perlu dilaporkan kepada
Persekutuan Tempatan dengan serta merta dan jika Pemimpin dalam Kumpulan dianjur
dilaporkan kepada Penganjur

(ii) Persekutuan Tempatan perlu memberitahu kepada Pesuruhjaya Daerah dan kumpulan dianjur
kepada Penganjur atas segala tindakan yang diambil.

Penyiasatan

87. (i) Penggantungan dari Pesuruhjaya Daerah dan Pesuruhjaya Tempatan bersifat sementara
dan perlu penyiasatan penuh dengan segera bersama P.T. dan P.D. Perlantikan
Jawatankuasa Kecil dibuat oleh P.T. untuk bertindak sebagai Pesuruhjaya Daerah

(ii) Orang yang digantung mesti diberitahu tentang cadangan mengadakan mesyuarat, dan diberi
peluang untuk menghadiri serta menyatakan perkaranya.

(iii) Kuasa Penganjur perlu memberi peluang Kumpulan yang digantung untuk menghadiri dan
menyatakan perkaranya.

(iv) Pengerusi Persekutuan Tempatan menjadi pengerusi dalam mesyuarat tetapi jika tidak sesuai,
dia hendaklah bersetuju memilih orang lain yang sesuai. Sekiranya masih tidak mencapai
persetujuan, hal ini dirujuk kepada Pesuruhjaya Negeri untuk memilih pengerusi yang tidak berat
sebelah dan mempunyai kaitan dengan Pergerakan Pengakap dan tidak semestinya dengan
Persekutuan Tempatan yang berkenaan.

(v) Penggantungan perkhidmatan perlu diberitahu kepada Pesuruhjaya Negeri dan beri masa
berpatutan atas cadangan mengadakan mesyuarat supaya sesuai, sama ada diri hadir atas melantik
wakilnya tetapi jika tidak dikehendaki dia sendiri menjadi Pengerusi atau mengambil sebarang
bahagian cergas dalam perbincangan.

Pemberhentian

88. Penggantungan ditarik balik selepas penyiasatan di bawah Peraturan 83 atau perakuan bagi
membatalkan Tauliah dengan laporan penuh hendaklah diedarkan kepada Ibu Pejabat
PBBPM melalui Pesuruhjaya Negeri.

36
PEMULANGAN TAULIAH-TAULIAH

Pemulangan Tauliah-Tauliah Kepunyaan Ibu Pejabat PBBPM

89. Semua Tauliah adalah hak Ibu Pejabat PBBPM dan perlu dipulangkan kepada Pembantu
Pejabat Ibu Pejabat PBBPM apabila diminta bila-bila masa tanpa sebarang sebab.

90. Tauliah mesti dipulangkan sama ada dituntut atau tidak, seperti berikut:

Pesuruhjaya Negeri Terus kepada Ibu Pejabat PBBPM

Pesuruhjaya-Pesuruhjaya Kepada P.N.

Pemimpin Dalam Kumpulan Kepada setiausaha P.T. atau jika diarahkan kepada P.D.
atau P.N. seterusnya mengirimkan Tauliah kepada Ibu
Pejabat PBBPM.

Dalam sebarang keadaan dan perkara yang berikut:

(1) Berhentinya Kuat kuasa Tauliah di bawah Peraturan 60-61.

(2) Perakuan pembatalan dibuat kepada Ibu Pejabat PBBPM bawah Peraturan 76.

(3)Tempoh penggantungan pemegang di bawah Peraturan 79, Tauliahnya disimpan oleh P.N. dan
P.D. atau Setiausaha P.T. dan akan dipulangkan apabila perkara diputuskan.

Laporan Oleh Pesuruhjaya Negeri

91. Masa pemulangan Tauliah kepada Ibu Pejabat PBBPM atas sebarang sebab mestilah
menyatakan sebabnya. Laporan bagi Tauliah berkaitan Pesuruhjaya dibuat dalam borang PW
(B).

Laporan Oleh Setiausaha Persekutuan Tempatan

92. Pemulangan Tauliah Pemimpin Dalam Kumpulan, Setiausaha Persekutuan Tempatan


mestilah melampirkan lampiran dalam borang PW (C), apabila orang yang berkenaan tidak
berkhidmat dengan baik, perkara yang tidak dikehendaki sebagai seorang ahli serta tidak
layak menjaga budak, laporan dihantar kepada Ibu Pejabat PBBPM melalui Pesuruhjaya
Negeri.

Perselisihan Di Antara

37
93. Sebarang soalan berhubung dengan Tauliah P.T. dan P.D. yang tidak mencapai persetujuan
perlu dirujuk kepada P.N. untuk membuat keputusan, jika orang yang dikehendaki gagal
menjalankan tugas yang sepatutnya, dia akan melaporkan kepada Ibu Pejabat PBBPM.

PERTUKARAN-PERTUKARAN DAN PERUBAHAN JAWATAN

Perubahan Jawatan

94. (i) Perubahan pangkat dianggap sebagai pembatalan tauliah yang terdahulu dan perlu
dipulangkan bagi tujuan itu. Permohonan bagi pengeluaran tauliah yang baru dibuat seperti
biasa.

Pertukaran

(ii) Alamat baru Pemimpin yang meninggalkan daerah hendaklah memasukkan dalam borang PW (C)
oleh setiausaha P.T supaya Ibu Pejabat PBBPM boleh memberitahu P.D. bagi daerah berkenaan.

BAHAGIAN V

PERTUBUHAN NEGERI

Negeri Pengakap

95. Kawasan Negeri berkaitan Pengakap biasanya mengikut sempadan. Sempadan boleh diubah
dengan persetujuan Pesuruhjaya-Pesuruhjaya Negeri berkenaan setelah berunding dengan
Ketua Pesuruhjaya Negara.

Undang-undang Kecil

91A. menggunakan Undang-undang Kecil mengikut contoh Undang-undang Kecil (Borang HS (a) (A))
yang telah dipersetujui oleh Ketua Pesuruhjaya Negara sebelum berkuat kuasa.

YANG DIPERTUA MAJLIS PENGAKAP NEGERI

Yang Dipertua- Perlantikan

96. Dilantik oleh Ketua Pengakap Negara mengikut kebijaksanaan dan berkhidmat selama dua
tahun.

Pangkat Yang Dipertua Majlis Pengakap Negeri

97. Jawatan berpangkat Pesuruhjaya Kehormat, satu Surat Perlantikan yang ditandatangani oleh
Ketua Pengakap Negara dikeluarkan oleh Ibu Pejabat PBBPM.

Tugas-tugas

38
98. Tugas Yang Dipertua Majlis Pengakap Negeri ialah menggalakkan kebajikan dan kemajuan
Pergerakan dalam Negeri dengan kerjasama Pesuruhjaya Negeri dan mengetuai mesyuarat
Majlis Pengakap Negeri.

Pakaian Seragam dan Lencana-lencana

99. Yang Dipertua Majlis Pengakap Negeri boleh memakai seragam dan lencana mengikut
Bahagian VIII jika dia hendak.

PESURUHJAYA NEGERI

Pesuruhjaya Negeri - Perlantikan

100. Dilantik oleh Ketua Pengakap Negara atas perakuan Ketua Pesuruhjaya Negara
setelah menerima permohonan. Ibu Pejabat PBBPM akan mengeluarkan tauliah untuk
Pesuruhjaya Negeri mengikut Bahagian IV.

101. Tugasnya adalah pada bertanggungjawab sepenuhnya kepada Ketua Pesuruhjaya


Negara melalui Ibu Pejabat PBBPM kerana kebajikan, kemajuan dan latihan serta
mengekalkan Perlembagaan dan Peraturan-Peraturan Persekutuan dan khususnya:

(1) Pertubuhan dan pekerjaan Majli Pengakap Negeri dimajukan dengan berkesan.

(2) Bekerjasama dengan Jawatankuasa Kerja Majlis Pengakap Negeri bertindak atas semua perkara
bersabit dengan kewangan dan harta Majlis Pengakap Negeri.

(3) Mendapat khidmat Pesuruhjaya dan menguruskan berkenaan dengan tauliah mereka yang
ditentukan dalam Bahagian VI.

(4) Pertubuhan dan perjalanan Persekutuan Pesuruhjaya Tempatan dimajukan dengan berkesan dan
menguruskan mengenai pendaftaran seperti Peraturan 132-135, dan menerima daripada
Persekutuan Tempatan sebelum 31 Januari stiap tahun.

(5) Memberi pangkat kehormat mengikut kebijaksanaan sehingga 31 Januari berikut kepada
Pesuruhjaya yang menyerahkan tauliahnya dengan kuasa boleh memperbaharui dari tahun ke
tahun.

(6) Menguruskan Anugerah-anugerah di bawah Bahagian IX.

(7) Menjalankan atau mengatur mengikut Peraturan 126, perjalanan tugas Pesuruhjaya Daerah.

(8) Memberi keputusan dan melaporkan kepada Ibu Pejabat PBBPM semua perkara yang dirujukkan
kepadanya khususnya perkara yang berselisihan antara Pesuruhjaya Daerah dengan Pesuruhjaya
Tempatan.

(9) Menyelesaikan masalah perselisihan dan apabila perlu, mengambil tindakan mengikut Peraturan
123 (3). Perselisihan yang tidak dapat diselesaikan oleh Pesuruhjaya Negeri perlu dirujuk kepada Ibu

39
Pejabat PBBPM dengan melantik pendamai yang bebas dan keputusannya akan diterima secara
muktamad.

(10) Bekerjasama dan mengekalkan perhubungan yang baik dengan Pandu Puteri dalam lain-lain
pertubuhan-pertubuhan dalam negeri dan dengan Persaudaraan Pengakap B.P.

Kekosongan

102. Ketua Pesuruhjaya Negara akan menjalankan tugas Pesuruhjaya Negeri apabila
jawatan itu kosong atau salah seorang diwakilkan olehnya untuk menjalankan tugas.

Pakaian Seragam Dan Lencana-Lencana

103. Pesuruhjaya Negeri berpakaian seragam dan lencana seperti termaktub dalam
Bahagian VIII.

PENOLONG-PENOLONG PESURUHJAYA NEGERI DAN PESURUHJAYA-PESURUHJAYA KAWASAN

Perlantikan

104. (1) Penolong Pesuruhjaya Negeri dilantik oleh Ibu Pejabat PBBPM dengan tauliah
(Bahagian IV)

Tugas-tugas

(2) Jawatan itu bertujuan untuk menolong Pesuruhjaya Negeri dalam perkara seperti:

(a) Kerja-kerja am bagi seluruh Negeri.

(b) Melatih Pemimpin mengikut Peraturan 104.

Pesuruhjaya Kawasan - Perlantikan

105. (1) Pesuruhjaya Kawasan dilantik oleh Ibu Pejabat PBBPM dan tauliah (Bahagian
VI).

Tugas-tugas

(2) Bertujuan untuk menolong Pesuruhjaya Negeri bagi kawasan dalam negeri yang ditentukan.

Pakaian Seragam Dan Lencana-Lencana

106. Penolong-penolong Pesuruhjaya Negeri dan Pesuruhjaya-pesuruhjaya Kawasan


memakai seragam dan lencana seperti dalam Bahagian VIII.

TIMBALAN-TIMBALAN KETUA KEM DAN KETUA-KETUA AKELA

TKK., KA., PTKK., Dan PKA. Gelaran-gelaran

40
107. Pesuruhjaya dan Penolong Pesuruhjaya Latihan yang melatih Pemimpin-pemimpin
Pengakap diketahui sebagai Timbalan-timbalan Ketua Kem dan Penolong Timbalan Ketua
Kem (kerana melatih pemimpin dalam kerja Pengakap, Pengakap Kanan atau Pengakap
Kelana) dan Ketua Akela dan penolong Ketua Akela (kerana melatih pemimpin dalam kerja
Pengakap Kanak-kanak). Timbalan Ketua Kem dan Ketua Akela menjadi ahli Pasukan Latihan
Kebangsaan dengan sijil Kehormat.

Penolong Pesuruhjaya Negeri Bagi Latihan

108. Seorang yang terpilih daripada dua jawatan ini boleh diperakukan oleh Pesuruhjaya
Negeri memegang jawatan Penolong Pesuruhjaya Negeri bagi Latihan kerana melatih
pemimpin yang lain di mana Tauliah Penolong Pesuruhjaya Negeri akan dikeluarkan
mengikut Peraturan 100 (2) (b) dan wanita tidak boleh dilantik bagi jawatan ini.

Perlantikan

109. (1) Timbalan Ketua Kem dan Ketua Akela mesti berkelayakan, dilantik atas perakuan
Pesuruhjaya Latihan Negara ke Ketua Pesuruhjaya Negara. Tauliah sebagai Pesuruhjaya bagi
Latihan diberikan tanpa membuat permohonan

(2) Penolong Timbalan Ketua Kem dan Penolong Ketua Akela mesti berkelayakan, dilantik atas
perakuan Pesuruhjaya Negeri dengan persetujuan Pesuruhjaya Latihan Negara dan Ketua
Pesuruhjaya Negara. Tauliah sebagai Penolong Pesuruhjaya Bagi Latihan diberikan.

Ibu Pejabat PBBPM Sijil Kehormat

110. Penolong Timbalan Ketua Kem dan Penolong Ketua Akela menerima Sijil Kehormat
dan peraturan-peraturan berkenaan dengan Tauliah Pesuruhjaya (Bahagian IV) diguna pakai.

Tugas-Tugas

111. (1) Timbalan Ketua Kem dan Ketua Akela ditugaskan menolong Ketua Pesuruhjaya
Negara dengan menggalakkan dan memberi kemudahan-kemudahan melatih Pemimpin-
pemimpin Pengakap serta merancang Kursus-kursus Latihan Mani Kayu.

(2) Penolong Timbalan Ketua Kem dan Penolong Ketua Akela menjalankan tugasan yang diarahkan
oleh Penolong Pesuruhjaya Negeri (Latihan) dan Pesuruhjaya Latihan Negara Ibu Pejabat PBBPM.

112. Timbalan Ketua Kem dan Ketua Akela serta penolongnya berpakaian seragam serta
lencana termaktub dalam Peraturan di Bahagian VIII.

MAJLIS PENGAKAP NEGERI

Majlis Pengakap Negeri

41
113. (1) Majlis Pengakap Negeri ditubuhkan di setiap negeri, wakil daripada semua
Persekutuan-Persekutuan Tempatan didaftarkan dalam negeri dan Malis Pengakap Negeri
perlu didaftar dan mempunyai tauliah.

(3) Undang-undang Kecil seperti Borang HS (a) A digunakan oleh Majlis setelah dipersetujui
oleh Ketua Pesuruhjaya Negara sebelum Tauliah dikeluarkan.

Tugas-tugas

114. Tugas-tugas Majlis Pengakap Negeri:

(1) Kebajikan Pergerakan dalam Negeri dimajukan dan mengatur kerjasama di antara Persekutuan-
Persekutuan Tempatan yang didaftar di dalam negeri.

(2) Kerjasama dengan pertubuhan belia latihan yang lain dalam negeri diatur.

(3) Bekerjasama dalam bertindak dengan Pesuruhjaya Negeri dalam semua perkara berkenaan
kewangan dan harta negara (Bahagian III Seksyen V).

(4) Jawatankuasa Kerja, Jawatankuasa Kewangan, Jawatankuasa Kecil Hal Ehwal Am dan lain-lain
Jawatankuasa Kecil dipilih.

(5) Salinan Laporan Tahunan dan kira-kira yang telah diperiksa bersama jadual harta dihantar kepada
Ibu Pejabat PBBPM sebelum 28 Februari setiap tahun.

PERLANTIKAN ANGGOTA-ANGGOTA

Pengerusi

115. (1) Pengerusi Jawatankuasa Kerja Majlis Pengakap Negeri dipilih pada setiap tahun
oleh Majlis Pengakap Negeri.

(2) Satu Sijil yang tidak Bertauliah ditandatangani oleh Ketua Pengakap Negera dikeluarkan oleh Ibu
Pejabat PBBPM.

Bendahari Kehormat

116. (1) Bendahari Kehormat dipilih oleh Majlis Pengakap Negeri pada setiap tahun.

Jawatan

(2) Jawatan tidak boleh disatukan dengan jawatan Setiausaha Kehormat Majlis Pengakap Negeri.

(3) Satu Sijil yang tidak Bertauliah ditandatangani oleh Ketua Pengakap Negera dikeluarkan oleh Ibu
Pejabat PBBPM.

Tugas-tugas

42
117. Bendahari Kehormat bertindak mengikut Dasar Kewangan Persekutuan dalam
Bahagian III Seksyen V dan akan menerima semua wang bagi pihak Majlis Pengakap Negeri
dan akan menyimpan kira-kira mengikut tabung yang telah dipersetujui. Dia tidak boleh
membayar wang melainkan yang telah dibenarkan oleh seorang yang dilantik oleh Majlis
Pengakap Negeri.

Pakaian Seragam Dan Lencana-Lencana

118. Bendahari Kehormat berpakaian seragam dan lencana seperti dalam Bahagian VIII.

Setiausaha Kehormat

119. (1) Setiausaha Kehormat dipilih setiap tahun oleh Majlis Pengakap Negeri.

Jawatan

(2) Jawatan tidak boleh disatukan dengan jawatan Setiausaha Kehormat Majlis Pengakap Negeri.

(3) Ibu Pejabat PBBPM mesti diberitahu dengan sebarang pertukaran nama atau alamat Setiausaha
Kehormat dengan segera.

Pangkat

120. Satu Sijil Jawatan yang tidak Bertauliah ditandatangani oleh Ketua Pengakap Negara
dikeluarkan oleh Ibu Pejabat PBBPM.

Tugas-tugas

121. Tugas Setiausaha Kehormat:-

(1) Bertindak sebagai Setiausaha kepada Majlis Pengakap Negeri dan membantu Pesuruhjaya Negeri
dalam hal pentadbiran.

(2) Mendaftar Lone Scouts, Lone Senior Scouts, Lone Rover mengikut Peraturan 200(1).

(3) Menjalankan kerja yang akan diberikan kepadanya oleh Pesuruhjaya Negeri atau Majlis Pengakap
Negeri.

Bayaran

122. Seorang Penolong Setiausaha Kehormat yang bergaji boleh diadakan jika kewangan
mengizinkan tetapi perlu mendapat persetujuan Ibu Pejabat PBBPM sebelum mewujudkan
jawatan tersebut.

Pakaian Seragam Dan Lencana-Lencana

123. Setiausaha Kehormat boleh berpakaian seragam dan lencana seperti dalam
Bahagian VIII.

43
PERSELISIHAN DI ANTARA PESURUHJAYA NEGERI DENGAN MAJLIS PENGAKAP NEGERI

Perselisihan

124. Jika sesuatu perkara tidak mendapat persetujuan Pesuruhjaya Negeri dan Majlis
Pengakap Negeri, perkara tersebut perlu dirujuk kepada Ibu Pejabat PBBPM dengan segera
oleh kedua pihak.

BAHAGIAN VI : PERTUBUHAN DAERAH-DAERAH PENGAKAP

DAERAH PENGAKAP RANCANGAN AM

121. Negeri dibahagikan kepada daerah-daerah Pengakap dan tiap satunya dijaga oleh seorang
Pesuruhjaya Daerah dengan satu atau lebih Persekutuan Tempatan.

Istilah-istilah Daerah dan Persekutuan Tempatan berasingan makna tidak boleh disamakan di
dalam maksud yang sama atau digunakan sebagai satu istilah

BESARNYA

122. (1) Besarnya sempadan dan daerah itu diselesaikan oleh Pesuruhjaya Negeri dengan berunding
dengan Ibu Pejabat PBBBPM.

Membataskan kepada had-had kawasan di mana membolehkan Pesuruhjaya Daerah itu berhubung
sendiri dengan semua Persekutuan Tempatan, Kumpulan-Kumpulan dan Pemimpin-Pemimpin di
dalamnya, dan bilangan Kumpulan-Kumpulan berkenaan tidak ada perkaitan dengan ini.

(2) Bagi menimbangkan sempadan-sempadan itu, dikehendaki membuat rundingan dengan


Pesuruhjaya-Pesuruhjaya Pandu Puteri bagi kawasan-kawasan yang sama.

PERSELISIHAN DI ANTARA P.T. DAN P.D

123. Jika Persekutuan Tempatan dan Pesuruhjaya Daerah tidak dapat bersetuju dalam sebarang
perkara.

Perkara mestilah dirujuk dengan cepat kepada Pesuruhjaya Negeri dengan membuat keputusannya
kepada Ibu Pejabat PBBM.

PERLANTIKAN

124. Dilantik oleh Ibu Pejabat PBBPM dengan Tauliah-Tauliah dalam Peraturan-Peraturan 63 dan 63
(a).

TUGAS-TUGAS

Bertanggungjawab kepada Pesuruhjaya Negeri dan Ibu Pejabat PBBPM dengan kerjasama
Persekutuan Tempatan.

44
1) Mengadakan dan menggalakkan penubuhan Peraturan-Peraturan, Kumpulan=Kumpulan dan
Cawangan-Cawangan Persaudaraan Pengakap B.P. dan menentukan perjalanan dengan
cara berkesan.

2) Mengadakan kerjasama antara semua pihak yang terlibat.

3) Menyelesaikan permasalahan yang berlaku antara ahli-ahli pergerakan. Jika permasalahan


yang timbul tidak diselesaikan dan tidak dapat dikesan pada awalnya mestilah dirujuk
kepada Pesuruhjaya Negeri. Jika tidak dapat menyelesaikan dengan serta-merta (melainkan
dalam perkara-perkara peraturan di bawah Bahagian IV), mestilah melantik seorang
pendamai yang bebas dan keputusan yang dibuat haruslah diterima oleh semua pihak yang
berkenaan.

4) Menyelia latihan Pemimpin-pemimpin dan PENGAKAP-PENGAKAP.

5) Memantau Kumpulan-Kumpulan dan menasihati bagaimana cara menjalankan mengikut


garisan-garisan yang ditentukan di dalam Berpengakap bagi Budak-Budak , Buku Panduan
Pengakap Kanak-Kanak, Kejayaan Perkelana dan sastera yang sedia ada bagi Pengakap
Kanan dan lain-lain sastera yang telah diluluskan dan Perlembagaan dan Peraturan-
Peraturan.

6) Menguji pemakai dengan cara sebarang lencana-lencana kepandaian atas pengetahuannya


atas perkara tersebut dengan kuasa menarik balik lencana itu jika pengetahuannya tidak
mencukupi.

7) Menjalankan, bagaimana yang telah ditentukan atas perkara-perkara yang telah diberikan di
bawah Peraturan-Peraturan ini dan khususnya dengan :

Tauliah-tauliah di bawah Bahagian IV.

I. Pangkat-pangkat Kehormat dan yang tidak Bertauliah di bawah Peraturan-Peraturan


155-156.

II. Pendaftaran-pendaftaran Kumpulan di bawah Peraturan-Peraturan 177-196.

III. Keahlian PENGAKAP-PENGAKAP di bawah Peraturan-Peraturan 197-200.

IV. Bintang-bintang dan Anugerah-anugerah di bawah Bahagian IX.

V. Persaudaraan Pengakap B.P. di bawah Peraturan-Peraturan dan Dasar berkenaan


dengannya.

8) Memberi dan mengikut kebijaksanaannya, kebenaran berkhemah kepada PENGAKAP-


PENGAKAP dan Pemimpin-Pemimpin di dalam Daerah, sama ada oleh pengakap-pengakap
sendiri atau PENGAKAP-PENGAKAP yang melawat atau Pemimpin-pemimpin.

9) Membuat kawalan ke atas semua PENGAKAP-PENGAKAP yang melawat sama ada


berkhemah atau tidak. Jika perlu melaporkan kepada Pesuruhjaya Negeri. Siapa yang akan
memberitahu Pesuruhjaya Daerah, Daerah di mana PENGAKAP itu wujud jika datangnya
daripada Negeri yang lain.

45
10) Menyelaraskan tugas-tugas sendiri dengan tugas-tugas Persekutuan Tempatan dalam mana-
mana pihak di Daerahnya di mana tiada badan yang seumpamanya dalam sementara waktu.

11) Bekerjasama dan mengekalkan perhubungan yang baik.

KEKOSONGAN

126. Jawatan belum dinyatakan lagi. Pesuruhjaya memangku jawatan tersebut untuk sementara
sehingga jawatan itu telah diisikan dengan jawatan yang sah.

PAKAIAN SERAGAM DAN LENCANA-LENCANA

127. Pesuruhjaya Daerah memakai pakaian seragam dan telah dinyatakan dalam Peraturan di
Bahagian VII dan lencana-lencana di dalam Peraturan di bahagian yang sama.

PENOLONG-PENOLONG PESURUHJAYA DAERAH

PENOLONG PESURUHJAYA DAERAH (PERLANTIKAN)

128. Dilantik oleh Ibu Pejabat PBBPM dengan Tauliah-tauliah mengikut di dalam Peraturan 63 dan 63
(a).

TUGAS-TUGAS

Diwujudkan untuk memberi pertolongan kepada Pesuruhjaya Daerah di dalam saluran-saluran yang
berikut:

1) Kerja-kerja bagi keseluruhan Daerah.

2) Kerja-kerja khas iaitu Pengakap Kanak-kanak, Pengakap-Pengakap, Pengakap-Pengakap


Kanan, Pengakap-Pengakap Kelana, Pengakap-Pengakap Laut, Pengakap-Pengakap Udara,
Pengakap-Pengakap Cacat.

3) Di dalam (2) kerja khas bagi jawatan dinyatakan di dalam Tauliah.

PAKAIAN SERAGAM DAN LENCANA-LENCANA

130. Penolong-penolong Pesuruhjaya Daerah memakai pakaian seragam yang telah dinyatakan di
dalam Peraturan di Bahagian VIII dan lencana-lencana di bahagian yang sama.

PERSEKUTUAN TEMPATAN KAWASAN

PERSEKETUAN KAWASAN-TEMPATAN

131.(1) Kawasan yang diwakili oleh satu Persekutuan Tempatan itu diselesaikan oleh Ibu Pejabat
PBBPM setelah berunding dengan Pesuruhjaya Negeri. Dua atau lebih Persekutuan Tempatan
didaftarkan dalam Daerah itu.

(2) Dikehendaki bahawa rundingan diadakan dengan Pesuruhjaya Pandu Puteri bagi kawasan yang
sama untuk memperluaskan sempadan-sempadan.

PENDAFTARAN

46
132. (1) Didaftarkan dan Tauliah-tauliahnya dikeluarkan oleh Ibu Pejabat PBBPM mengikut
kebijaksanaannya untuk perakuan Pesuruhjaya Negeri.

(2) Selepas mesyuarat daripada bakal ahli-ahli Persekutuan Tempatan yang baru di mana penubuhan
dan Undang-undang kecil diterima secara rasmi.

Tiga salinan borang RS (b) A dan tiga salinan borang HS Persekutuan Tempatan dan Pesuruhjaya
Daerah dan dihantarkan kepada Ibu Pejabat PBBPM melalui Setiausaha Majlis Pengakap Negeri dan
mendapatkan persetujuan dan tandatangan Pesuruhjaya Negeri.

(3) Selepas mendapat persetujuan daripada Ibu Pejabat PBBPM, satu tauliah bagi Persekutuan
Tempatan akan dikeluarkan oleh Ibu Pejabat PBBPM dan dihantar kepada Setiausaha Majlis
Pengakap Negeri.

Ibu pejabat PBBPM menyimpan satu salinan borang RS (b) A dan satu salinan borang HS (b) A dan
mengirimkan lagi dua set itu kepada Setiausaha Majlis Pengakap Negeri, satu set disimpan dalam
rekod Negeri dan satu set akan dihantar kepada Setiausaha Persekutuan Tempatan bersama-sama
dengan Tauliah bagi menyimpan rekod Persekutuan Tempatan. Tindakan ini telah dilaksanakan.

(4) Gelaran sepenuhnya akan digunakan oleh Persekutuan Tempatan atas tujuan dan tiada
pengecualian iaitu Persekutuan Tempatan Budak-budak Pengakap (nama tempat).

PEMBATALAN

133. Pendaftaran Persekutuan Tempatan dan Tauliahnya akan ditarik balik oleh Ibu Pejabat PBBPM
atas perakuan Pesuruhjaya Negeri setelah berunding dengan Pesuruhjaya Daerah atau akan
diteruskan oleh Pesuruhjaya Negeri atau Ibu Pejabat PBBPM kerana kesalahan yang telah dinyatakan
dalam peraturan ini.

PENGGANTUNGAN

134. Pesuruhjaya Negeri mempunyai kuasa untuk menggantungkan sebarang Persekutuan


Tempatan sementara menunggu keputusan daripada Ibu Pejabat PBBPM atas perakuannya bagi
membatalkan pendaftaran.

KEAHLIAN

135. Di dalam tempoh pergantungan, kesemua tugas Persekutuan Tempatan akan terhenti sehingga
Ibu Pejabat PBBPM memberikan arahan dan sebaliknya semua pemimpin dan individu yang
menyandang pangkat yang tidak bertauliah atau kehormat di dalam Persekutuan Tempatan akan
sendirinya akan tergantung dari masa ke semasa di bawah Peraturan-peraturan 79 dan 80 dan
semua kumpulan di bawah Peraturan-peraturan 189 dan 192.

YANG DIPERTUA

Yang Dipertua bagi Persekutuan Tempatan boleh dilantik oleh Pesuruhjaya Negeri atas
kebijaksanaannya dan akan berkhidmat selama 2 tahun. Jawatan yang disandang sebagai
Pesuruhjaya Kehormat dan satu surat perlantikan yang dikeluarkan mesti ditandatangani oleh
Pesuruhjaya Negeri.

47
TUGAS-TUGAS

Menjaga kebajikan dan kemajuan Pergerakan dalam kawasan Persekutuan Tempatan dengan
kerjasama Pesuruhjaya Tempatan dan diketuai sepenuhnya oleh Persekutuan Tempatan.

KEAHLIAN

137. Keahlian Persekutuan Tempatan hendaklah mengikut seperti mana telah dinyatakan di dalam
Undang-undang kecil Persekutuan Tempatan yang telah dipersetujui semua pihak.

TUGAS-TUGAS

138. Tugas-tugas Persekutuan Tempatan selain daripada Pesuruhjaya Daerah :

1) Menjaga, menyokong dan menggalakkan pergerakan dalam kawasannya.

2) Menjalankan sebagaimana yang telah ditentukan atas semua perkara yang telah diberikan di
bawah Perlembagaan dan Peraturan, khususnya

Tauliah-tauliah di bawah Bahagian IV.

I. Pangkat-pangkat yang tidak bertauliah dan kehormat di bawah peraturan 155-156


dan persaudaraan pengakap B.P.

II. Pendaftaran kumpulan di bawah peraturan 177-196.

III. Keahlian pengakap di bawah peraturan-peraturan 197-200.

IV. Bintang-bintang dan anugerah-anugerah di bawah Bahagian IX.

3) Menentukan pemakaian secara berkesan dengan mengikuti Dasar Kewangan Persekutuan


mengikut di Bahagian III Seksyen V, memungut dan mentadbirkan tabung-tabung kewangan
yang telah dipersetujui, menyelia hal kewangan dan cara yang telah dipersetujui, menyelia
kewangan kumpulan mengikut seperti mana dalam Peraturan 202-203 dan mengadakan
wakil-wakil penjaga harta kumpulan mengikut Peraturan-peraturan 204-206.

4) Bertanggungjawab mengadakan dan mengeluarkan kesemua lencana kepandaian dan


mengaturkan kepandaian mengikut seperti mana peraturan-peraturan lencana-lencana
tertentu.

MESYUARAT TAHUNAN

139. Persekutuan Tempatan akan mengadakan Mesyuarat Tahunan selepas 1 Januari dan sebelum
31 Januari pada tiap tahun, jika perkara-perkara berikut dibincangkan:

1) Pengesahan laporan tahunan dan ikatan kira-kira yang telah disemak, salinan bersama satu
jadual harta Persekutuan Tempatan mesti dihantar kepada Setiausaha Majlis Pengakap
Negeri dan Pesuruhjaya Negeri serta-merta selepas Mesyuarat Tahunan.

2) Pemilihan bagi anggota-anggota bagi ahli jawatankuasa kerja.

48
3) Menyemak semula perlantikan bagi jawatan yang telah disandang mengikut di bawah
Peraturan-peraturan 155-156.

PENGERUSI

140. (1) Persekutuan Tempatan akan memilih seorang pengerusi di dalam Mesyuarat Tahunan pada
setiap tahun.

(2) Menjadi Jawatankuasa kerja

(3) Tidak dibenarkan menyambung untuk menjadi seorang Pemimpin Pengakap

(4) Diberikan satu sijil pangkat tak bertauliah oleh ibu pejabat PBBPM. Persetujuan Pesuruhjaya
Negeri diberi pangkat Pesuruhjaya Kehormat.

(5) Membolehkan memakai pakaian seragam yang telah dinyatakan di dalam Bahagian VIII.

BENDAHARI

141. (1) Persekutuan Tempatan di dalam Mesyuarat Tahunan pada setiap tahun akan memilih
seorang Bendahari.

(2) Jawatan tidak boleh disamakan dengan Jawatan Setiausaha Persekutuan Tempatan.

(3) Bendahari itu diberi satu sijil pangkat yang tidak bertauliah oleh Ibu pejabat PBBPM.

(4) Membolehkan memakai pakaian seragam yang telah dinyatakan di dalam peraturan di
Bahagian VIII dan lencana dalam Peraturan di Bahagian yang sama.

SETIAUSAHA

142. (1) Pada setiap tahun, Persekutuan Tempatan dalam mesyuarat tahunan akan melantik atau
memilih seorang Setiausaha yang tidak menjadi seorang Pemimpin Pengakap.

(2) Jawatan tidak boleh disamakan dengan jawatan Bendahari Persekutuan Tempatan.

(3) Ibu pejabat PBBPM dan setiausaha majlis Pengakap Negeri hendaklah sentiasa dimaklumkan
nama dan alamat Setiausaha Persekutuan Tempatan dan sebarang perubahan.

(4) Setiausaha Persekutuan Tempatan itu diberi Sijil Pangkat yang tidak bertauliah oleh ibu
pejabat PBBPM.

(5) Membolehkan memakai pakaian seragam di dalam peraturan di Bahagian VIII dan lencana di
dalam peraturan di bahagian yang sama.

JAWATANKUASA KERJA

143. (1) Dipilih dalam mesyuarat tahunan pada setiap tahun.

49
(2) Jawatankuasa kerja akan ditubuhkan mengikut Undang-undang Kecil Persekutuan Tempatan
yang telah dipersetujui.

(3) Mencukupkan bilangan dan tempoh bagi mesyuarat Jawatankuasa Kerja akan ditentukan dalam
Undang-undang Kecil, tertakluk Jawatankuasa kerja akan membuat ketentuannya sendiri bagi
mengadakan mesyuarat dan bagi menjalankan perkara-perkara di dalamnya.

144. Boleh menjalankan kesemua tugas-tugas Persekutuan Tempatan kecuali berkenaan dengan
menerima atau mengubah Undang-undang Kecil dan perkara-perkara yang ditentukan oleh
Peraturan 139.

JAWATANKUASA JAWATAN KUASA KECIL

145. (1) Boleh melantik jawatankuasa kecil untuk mengelolakan soalan-soalan berkenaan dengan
kewangan, lencana dan lain-lain perkara dan setiausaha jawatankuasa kecil tersebut.

(2) Jawatankuasa kecil, jawatankuasa kerja dan setiausaha bagi jawatankuasa kecil dianggap sebagai
penolong kepada setiausaha persekutuan tempatan.

(3) Individu yang dipilih sebagai ahli-ahli Jawatankuasa tidak akan menjadi ahli-ahli jawatankuasa
tetapi mesti menjadi ahli-ahli Persekutuan Tempatan.

JAWATANKUASA PENGAKAP LAUT

146. (1) Kawasan yang berkaitan laut (bcating) adalah sebahagian aktiviti-aktiviti Pengakap iaitu
Pengakap Kanan atau Pengakap Kelana dan sebuah Jawatan Kuasa Kecil Khas digelar Jawatankuasa
Pengakap Laut mesti dilantik oleh Persekutuan Tempatan di bawah Peraturan 145.

Meliputi semua bot dan pengangkutan air (watercraft) yang digunakan oleh Pengakap termasuk
kayak dan canoe.

(2) Dua atau lebih Persekutuan Tempatan dalam lain-lain negeri tertakluk kepada persetujuan
Pesuruhjaya yang berkenaan bagi menubuhkan sebuah Jawatankuasa bersama bagi menjalankan
semua kerja dan jika tidak dijalankan oleh jawatankuasa Pengakap Laut Persekutuan Tempatan yang
berkenaan.

KERJA-KERJA JAWATANKUASA PENGAKAP LAUT

PERATURAN TEMPATAN

(1) Mengeluarkan peraturan-peraturan berkaitan dengan kawasan laut dan menyatakan


peraturan keselamatan untuk memastikan ahli-ahli Pengakap mematuhi arahan tersebut.
Peraturan tidak boleh dikuatkuasakan sehingga dipersetujui oleh Ibu Pejabat PBBPM.

SIJIL BOT

(2) Melantik individu yang berkelayakan. Di dalam perakuan sijil bot yang telah disahkan oleh
Ibu Pejabat PBBPM.

50
SIJIL PENIAGA

(3) Melantik individu yang berkelayakan. Di dalam perakuan atas seorang sijil peniaga dan
telah disahkan oleh ibu pejabat PBBPM.

PENGESAHAN

(4) Mengesahkan bahawa sijil-sijil peniaga adalah sah setelah berunding ke atas setiap
perkara dengan Jawatankuasa Pengakap Laut bagi kawasan yang dipersoalkan dan setelah
menentukan butir-butir yang terhad kepada perairan tertentu dan sebarang butir-butir
yang berkaitan dengannya. Sebelum membuat pengesahan, Pesuruhjaya Pengakap Laut
mestilah berpuas hati dengan apa yang telah dibentangkan berkenaan dengan perairan
yang dibahaskan dan mendapat kelayakan dan dipercayai boleh menjaga satu bot dalam
sesuatu keadaan.

PENDAFTARAN

(5) Menyimpan kesemua sijil bot dan sijil peniaga yang telah dikeluarkan dan yang disahkan,
dibuat di bawah (4) di atas, sama ada diri sendiri atau Jawatankuasa Pengakap Laut.

UNDANG-UNDANG KECIL PERSEKUTUAN TEMPATAN

CONTOH UNDANG-UNDANG KECIL

147. (1) Persekutuan Tempatan mesti didaftarkan. Tiga salinan contoh Undang-undang kecil Borang
HS (b) A yang telah ditunjukkan dalam lampiran B mesti disebarkan setelah mendapatkan
persetujuan oleh Pesuruhjaya Daerah kepada Setiausaha Majlis Pengakap Negeri dan dihantar
kepada ibu pejabat PBBPM. Undang-undang itu mestilah dipersetujui oleh ibu pejabat PBBPM
sebelum ia berkuat kuasa.

(2) perubahan-perubahan tempatan atas undang-undang kecil itu tidak akan diluluskan oleh ibu
pejabat PBBPM melainkan atas dasar yang baik.

KEWANGAN

148. (1) Mengumpul wang bagi urusan perbelanjaan dan membantu dalam urusan pergerakan am.
Duit yang diterima hendaklah disimpan oleh bendahari persekutuan tempatan. Persekutuan
Tempatan menggalakkan individu yang memungut wang untuk menampung kos kumpulan dan
pergerakannya.

(2) Salinan-salinan kira yang telah diperiksa menggunakan satu jadual harta Persekutuan Tempatan
mestilah dihantar kepada Pesuruhjaya Negara dan Setiausaha Majlis Pengakap Negeri dengan serta-
merta selepas Mesyuarat Agung Tahunan.

(3) Persekutuan Tempatan akan menentukan bahawa Dasar Kewangan Persekutuan yang telah
dinyatakan di dalam Bahagian III Seksyen V diikuti kedua-dua peringkat kumpulan dan Persekutuan
Tempatan.

149. Persekutuan Tempatan boleh meminta yuran daripada ahli-ahlinya di bawah Peraturan 136 dan
kumpulan yang telah didaftarkan di bawah peraturan 186.

51
HARTA

150. Harta Persekutuan Tempatan hendaklah diserah milik kepada wakil penjaga di bawah surat
menjaga mengikut kaedah dalam peraturan 25.

KEKOSONGAN

151. Tiada Persekutuan Tempatan, Pesuruhjaya Daerah akan menyatukan tugas-tugas Persekutuan
Tempatan dengan tugas-tugas yang telah dinyatakan.

152. (Disimpan)

153. (Disimpan)

154. (Disimpan)

PANGKAT-PANGKAT YANG TIDAK BERTAULIAH

Perlantikan-perlantikan yang berikut dibuat oleh Persekutuan Tempatan dan Pesuruhjaya Daerah.

Senarai pangkat-pangkat yang tidak bertauliah :

a) Jurulatih

b) Penguji

Pangkat yang tidak bertauliah akan sendirinya diberi oleh Ibu Pejabat PBBPM apabila menerima
permohonan bagi:

a) Pengerusi Persekutuan Tempatan di bawah Peraturan 140 (4)

b) Bendahari Persekutuan Tempatan di bawah Peraturan 141 (3)

c) Setiausaha Persekutuan Tempatan di bawah Peraturan 142 (4)

PERLANTIKAN

Pangkat-pangkat ini membawa sijil-sijil perlantikan borang WC (B) atau WC(C). Peraturan yang
hendaklah diikuti dan diingati oleh Persekutuan Tempatan dan Pesuruhjaya Daerah (Peraturan 73)

i. Perlantikan dibuat di tempatnya berkaitan dengan jurulatih dan penguji dan satu sijil
perlantikan khas borang WC (C) bagi penggunaan Persekutuan Tempatan dan Pesuruhjaya
Daerah boleh dibeli daripada kedai pengakap di ibu pejabat PBBPM.

ii. Pemberitahu berkenaan dengan perlantikan dan keberhentian pengerusi persekutuan


tempatan, bendahari atau setiausaha dan perubahan-perubahan alamat mesti dikirim
kepada ibu pejabat PBBPM serta-merta.

KELAYAKAN-KELAYAKAN

52
157. Kelayakan-kelayakan khas telah ditetapkan bagi tiap-tiap pangkat. Individu yang menerima
pangkat yang tidak bertauliah mesti sekurang-kurangnya berumur 18 tahun.

158. (Disimpan)

JURULATIH

159. Perlantikan itu boleh dibuat kerana satu atau lebih kumpulan atau Persekutuan Tempatan.

PENGUJI

160. (1) Boleh diberikan kepada seorang (bukan seorang pemimpin). Perlantikan boleh dibuat kerana
kumpulan melebihi satu atau Persekutuan Tempatan pada keseluruhannya dan bagi lencana-lencana
yang telah ditentukan. Seorang jurulatih boleh juga dilantik menjadi penguji

(2) Boleh melatih kedua-duanya dan menguji pengakap kerana sebarang bahagian bintang satu dan
lencana kelas dua , atas permintaan pemimpin yang berkenaan.

(3) Seorang pemimpin dalam kumpulan boleh dilantik menjadi penguji bagi lencana yang ditentukan
tetapi dalam keadaan tidak boleh melantik atau menguji pengakap-pengakap di dalam kumpulannya
sendiri.

161. (Disimpan)

162. (Disimpan)

PENGERUSI, BENDAHARI DAN SETIAUSAHA P.T.

163. Pemilihan Pengerusi, Bendahari dan Setiausaha Persekutuan Tempatan terpulang kepada
Persekutuan Tempatan sahaja.

Sijil-sijil perlantikan kepada pangkat yang tidak bertauliah adalah dikeluarkan oleh ibu pejabat
PBBPM selepas pengisytiharan pemilihan dan nama-nama , alamat mereka.

PAKAIAN SERAGAM DAN LENCANA

Individu yang memegang pangkat yang tidak bertauliah boleh memakai pakaian seragam di dalam
peraturan di Bahagian VIII dan peraturan di bahagian yang sama

PANGKAT-PANGKAT KEHORMAT

PERLANTIKAN DAN LAIN-LAIN

165. Persekutuan Tempatan dan Pesuruhjaya Daerah boleh bersama-sama dalam menyerahkan
pangkat kehormat yang serupa kepada seseorang yang tidak memegang pangkat yang lain sebagai
seorang pemimpin dalam pergerakan. Tauliah atau sijil tidak dikeluarkan tetapi jika dikehendaki
Pesuruhjaya Daerah boleh menandatangani satu suratnya sendiri.

PEMBAHARUAN

53
166. Disemak untuk setiap tahun pada Mesyuarat Tahunan Persekutuan Tempatan.

PAKAIAN SERAGAM DAN LENCANAN-LENCANA

167. Rujuk muka surat 75

BAHAGIAN VII : PERTUBUHAN KUMPULAN

RANCANGAN AM

168. (1) Unit bagi pertubuhan pengakap dalam daerah ialah kumpulan

(2) Sesebuah kelab pengakap di Universiti atau Maktab boleh dianggap sebagai pendaftaran dan
pentadbiran dan sebagai kumpulan di dalam persekutuan Tempatan yang berkenaan.

PEMIMPIN KUMPULAN

P.K 169. (1) Apabila sebuah kumpulan mempunyai lebih daripada satu cawangan, maka dikehendaki
seseorang yang tidak dilantik menjaga cawangan dilantik sebagai pemimpin kumpulan. Satu tauliah
sebagai pemimpin kumpulan dalam Bahagian VI mestilah dipohon atas perakuan Persekutuan
Tempatan dan Pesuruhjaya Daerah.

(2) Pemimpin yang menjaga cawangan itu adalah kelayakan dari segi tingkah laku, umur dan
pengalaman yang dipilih oleh Persekutuan Tempatan dan Pesuruhjaya Daerah untuk menjalankan
kerja-kerja. Satu tauliah yang berasingan sebagai pemimpin kumpulan tidak perlu dipohon.

(3) Memindahkan hak-hak kuasa penganjur seperti mana dalam peraturan 66 dan hendaklah
berunding dengan Majlis Kumpulan.

(4) Tidak boleh dikeluarkan dalam kumpulan yang mengandungi satu cawangan sahaja. Pemimpin
yang menjaga cawangan tersebut dianggap sebagai memangku jawatan pemimpin kumpulan bagi
setiap tujuan.

WANITA

170. Tauliah sebagai pemimpin kumpulan hanya akan dikeluarkan kepada seorang wanita atas
kebijaksanaan ibu pejabat PBBPM. Satu perakuan khas oleh Persekutuan atau Pesuruhjaya Daerah
mestilah dikemukakan kepada ibu pejabat PBBPM dan mesti mengandungi :

1) Satu kenyataan yang penuh atas sesuatu keadaan.

2) Satu pengakuan berkenaan dengan adanya sebarang pengakap kanan dan pengakap kelana
dalam kumpulan itu maka syarat-syarat dalam Peraturan 247G dan 255 dipatuhi.

171. (Disimpan)

KELAYAKAN-KELAYAKAN

172. Kelayakan yang disebut sebagai Pemimpin Kumpulan yang termaktub dalam Peraturan-
peraturan 69 dan 69 (a).

TUGAS-TUGAS

54
173. Tugas-tugas adalah seperti berikut:

1) Membuat pengawasan ke atas semua cawangan dalam kumpulan dan menyelaraskan


aktiviti-aktiviti mereka dan meletakkan sepenuh tanggungjawab tentang pengurusan kepada
pemimpin yang menjaganya.

2) Menjadi pengerusi dan majlis kumpulan di bawah Peraturan 201 (2) dan menggalakkan
kerjasama antara pemimpin dalam sesuatu kumpulan.

3) Menubuhkan jawatankuasa kumpulan di bawah peraturan 202 dan perkhidmatan.

4) Menguruskan perkara-perkara yang berhubung dengan keahlian pengakap mengikut


Peraturan-peraturan 197-199.

5) Menentukan perhubungan yang kekal dengan ahli-ahli kumpulan yang berkhidmat dalam
angkatan tentera.

174.

1) Individu yang telah dilantik sebagai pemimpin kumpulan dan mendapat persetujuan oleh
Persekutuan Tempatan dan Pesuruhjaya Daerah menjaga satu cawangan di dalam kumpulan
itu tetapi tidak perlu memohon untuk mendapat sesuatu tauliah.

2) Pemimpin kumpulan tidak seharusnya menjaga pasukan pengakap kelana melainkan


mempunyai kelayakan di bawah Peraturan 250.

175. Pemimpin kumpulan memakai pakaian seragam seperti mana di dalam Peraturan di bahagian
VIII dan lencana-lencana di dalam peraturan-peraturan di bahagian yang sama.

KUMPULAN PENGAKAP

KANDUNGAN DALAM KUMPULAN

176. Kumpulan yang lengkap mengandungi Pasukan Pengakap Kanak-kanak, pasukan pengakap dan
pasukan pengakap kelana. Mengandungi satu atau dua cawangan, jika hendak mempunyai satu
pasukan pengakap kanan.

PENUBUHAN

177. Langkah-langkah bagi penubuhan satu kumpulan tidak boleh diambil mudah melainkan
mendapatkan kebenaran sementara daripada Persekutuan Tempatan dan Pesuruhjaya Daerah.

PENDAFTARAN

178. Semua kumpulan mesti didaftarkan di ibu pejabat PBBPM dan diakui sebagai unit-unit
persekutuan budak-budak pengakap yang telah didaftar. Ahli kumpulan yang tidak didaftarkan yang
memakai lencana-lencana atau mengenalkan diri mereka sebagai ahli-ahli persekutuan boleh
didakwa mengikut peraturan-peraturan dalam bahagian I.

PENDAFTARAN KUMPULAN-KUMPULAN YANG DIANJUR.

55
179. (1) Ibu pejabat PBBPM adalah berhak memohon pendaftaran khas bagi kumpulan yang
ditubuhkan:

i. Gereja-gereja dari mazhab, universiti, maktab dan sekolah (lihat peraturab 212), hospital
dan institusi, Y.M.C.A dan Toc H.

ii.

KUASA PENGANJUR

(2) Kumpulan yang telah didaftarkan dikenal sebagai kumpulan tertutup berbeza daripada
kumpulan terbuka. Jawatankuasa yang dilantik oleh badan berkenaan bagi menjalankan tugas-
tugas berkaitan dengan kumpulan adalah dikenali sebagai kuasa penganjur.

179.(A). permohonan untuk mendaftar kumpulan yang di anjur antara :

1) Menerima tujuan, cara-cara dan dasar Persekutuan seperti mana yang ditentukan dalam
Pengakap bagi Budak-budak dan P.O.R. dan sesuatu tugas menentukan supaya kumpulan
itu berjalan lancar.

2) Bersetuju menurut syarat-syarat dalam Peraturan 180.

3) Merekodkan persetujuan dengan Persekutuan Tempatan berkenaan dengan harta di dalam


Peraturan 205.

4) Bersetuju memberikan kepada pemimpin kumpulan bantuan bagi menjalankan kerja-kerja


yang telah diberikan mengikut Peraturan 182.

AKIBAT PENDAFTARAN

180. (1) Kuasa penganjur tidak dibenarkan melainkan telah ditetapkan di dalam sesebuah peraturan.
Peraturan ini menerima kumpulan gereja, individu yang lain Gereja atau mazhab atau yang berkaitan
dengannya. Kumpulan-kumpulan yang ditubuhkan oleh lain-lain badan akan dinyatakan dalam
Peraturan 179 (1) daripada badan yang sama.

Jika tidak mematuhi peraturan ini, secara sendirinya akan terbatal pendaftaran tetapi jika tidak
sengaja akan menjadi sebab utama untuk diperakukan kepada ibu pejabat PBBPM oleh Persekutuan
Tempatan dan Pesuruhjaya Daerah supaya pendaftaran diubah. Kumpulan itu mesti mematuhi
Peraturan 17 (2)

(2) Mendapat hak untuk membuat pencalon sebagai pemimpin dalam kumpulan mengikut seperti
mana Peraturan 66 dan Persekutuan Tempatan.

Pesuruhjaya Daerah tidak boleh membuat keputusan sehingga telah ditetapkan.

Setelah ditetapkan, permohonan itu akan dinyatakan seperti mana Peraturan 67-75.

(3) Berhak didengar oleh Persekutuan Tempatan dan Pesuruhjaya Daerah dalam semua perkara.

56
(4) Bertanggungjawab dalam beberapa perkara di bawah peraturan 17 (1) dengan memberi latihan.
Tidak terlibat dengan latihan Pengakap di mana pemimpin kumpulan bertanggungjawab kepada
Persekutuan Tempatan dan Pesuruhjaya Daerah.

PERATURAN PENDAFTARAN

181. Mestilah dibuat oleh bakal pemimpin yang menjaga cawangan yang pertama yang ditubuhkan
sama ada Pesuruhjaya Daerah, Persekutuan Tempatan atau Setiausaha Persekutuan Tempatan yang
akan memberitahu Pesuruhjaya Daerah.

182. Persekutuan Tempatan dan Pesuruhjaya Daerah mestilah berpuas hati bahawa pendaftaran itu
diperlukan dan dijalankan dengan baik. cara-cara dan dasar Persekutuan dan bersetuju dengan cara :

1) Menubuhkan jawatankuasa kumpulan dengan serta-merta daripada tiga bulan selepas


tarikh pendaftaran.

2) Menjadikan satu kumpulan yang penuh, melainkan keadaan yang tidak mengizinkan.

3) Menegaskan tentang keagamaan dalam Pengakap dan perjalanan kumpulan berpandukan


agama.

4) Menentukan semua cawangan dalam kumpulan dengan menerima sepenuhnya dengan


latihan Pengakap dalam segi tingkah laku, kesihatan, pertukangan tangan dan khidmat.

5) Menolong kumpulan itu mendapatkan ibu pejabat yang sesuai dan barang-barang
keperluan dan peluang-peluang berlatih.

6) Kumpulan yang dianjur atau kumpulan khas daripada sebarang jenis, patuh akan sebarang
perbekalan Dasar, Pertubuhan dan Peraturan (P.O.R) mengenai kumpulan tersebut.

183. (1) Apabila kedua-dua Persekutuan Tempatan dan Pesuruhjaya Daerah Telah berpuas hati,
perakuan hendaklah dibuat kepada ibu pejabat PBBPM dalam borang CC dengan tiga salinan dan
mesti ditandatangani oleh Setiausaha Persekutuan Tempatan dan Pesuruhjaya Daerah. Borang CC
harus ditandatangani oleh kuasa penganjur

(2) Borang CC dihantar kepada ibu pejabat PBBPM melalui Pesuruhjaya Negeri.

(3) Satu daripada laporan ringkas mengandungi sebab-sebab ketiadaan Pasukan Pengakap Kanak-
kanak hendaklah dihantar bersama-sama dengan permohonan itu.

(4) apabila perakuan itu ditolak, maka tindakan di bawah Peraturan 196 mungkin diperlukan.

184. Apabila telah didaftarkan oleh ibu pejabat PBBPM hendaklah mengambil satu salinan borang CC
itu, salinan kedua dihantar kepada Setiausaha Negeri bagi perekodan dan salinan yang ketiga kepada
Setiausaha Persekutuan Tempatan

PEMBAHARUAN PENDAFTRAN

57
185. Berkuat kuasa sehingga 30 Oktober. Jika tidak diberikan tempoh pendaftaran semula tahunan,
di bawah Peraturan 44-46. Kumpulan akan terhenti seperti mana di dalam Peraturan 47.

PERUBAHAN-PERUBAHAN PENDAFTRAN DAN PERTUKARAN

187. Hendaklah dibuat berkaitan dengan nama kumpulan atau keadaan pendaftaran itu (tertutup
atau terbuka) dan sebarang pertukaran daripada satu Persekutuan Tempatan kepada satu
Persekutuan Tempatan yang lain, mesti diuruskan dengan Persekutuan Tempatan. Sebarang
perakuan kepada ibu pejabat PBBPM dibuat di dalam borang CC2 dengan tiga salinan dan jika satu
kumpulan hendaklah ditukarkan ke Negeri yang lain maka kedua-dua Pesuruhjaya Negeri mestilah
mempersetujui.

PEMBATALAN PENDAFTARAN

Rujuk muka surat 82 dalam buku Undang-undang Malaysia. Akta Persekutuan Pengakap-pengakap
Malaysia 1968.

PENGGANTUNGAN PENDAFTARAN

189. Boleh digantung jika :

1) Memberitahu Persekutuan Tempatan atas tindakan yang diambil

2) Memberitahu sesuatu perkara dengan serta-merta.

3) Di bawah Peraturan 134, jika Pesuruhjaya Negeri mengarahkan. Kumpulan yang tidak
digantung dianggap sebagai Kumpulan Berseorangan di bawah Peraturan 193.

190. penggantungan semua aktiviti-aktiviti kumpulan akan terhenti melainkan akan ditentukan
mengikut syarat penggantungan itu. Semua pemimpin adalah secara seta merta mengikut kuasa di
bawah Peraturan 80 dan ahli-ahli kumpulan tidak boleh memakai pakaian seragam atau lencana-
lencana.

191. penggantungan dianggap sebagai sementara. Pemimpin yang berkenaan dan jika kumpulan
yang dianjur yang terlibat, mestilah diberitahu atau di bawa kepada mesyuarat dan diberi peluang.

192. Setelah mendapat sesuatu keputusan, penggantungan akan ditarik balik atau satu perakuan
bagi membatalkan pendaftaran dan tauliah-tauliah. Pemimpin mestilah menggunakan laporan yang
lengkap kepada ibu pejabat PBBPM melalui Pesuruhjaya Negeri.

PENDAFTRAN KUMPULAN BERSEORANGAN

193. Satu kumpulan tidak dimasukkan dengan mudah dalam kawasan Persekutuan Tempatan, ia
boleh didaftarkan sebagai kumpulan berseorangan.

PENDAFTARAN CAWANGAN-CAWANGAN

194. (1) Penambahan sebarang cawangan kepada kumpulan yang telah didaftarkan haruslah
mempunyai kebenaran bertulis daripada Persekutuan Tempatan dan Pesuruhjaya Daerah.
Pendaftaran tidak perlu didaftarkan kepada ibu pejabat PBBPM.

58
(2) Penubuhan satu pasukan pengakap kanan adalah tertakluk kepada syarat-syarat dalam Peraturan
247.

(3) penubuhan satu pasukan pengakap kelana adalah tertakluk kepada syarat-syarat dalam
Peraturan 255.

(4) jika persetujuan bagi satu cawangan baru dalam kumpulan itu ditolak, maka tindakan di bawah
Peraturan 196 diperlukan.

195. Sebarang cawangan dalam satu kumpulan boleh dibubarkan oleh Persekutuan Tempatan dan
Pesuruhjaya Daerah atau digantungkan sama ada oleh Persekutuan Tempatan atau Pesuruhjaya
Daerah. Peraturan hendaklah diikuti oleh kumpulan dalam Peraturan 188-192 dan tiada laporan
dibuat kepada ibu pejabat PBBPM melainkan jika perkara yang terdapat dalam Peraturan 196.

PENDAFTARAN-LAPORAN KEPADA IBU PEJABAT PBBPM

196. Perkara yang bertentangan atas kesesuaian seseorang berhubung dengan perkara-perkara
berikut:

I. Enggan melakukan pendaftaran satu kumpulan atau menambah cawangan baru kepada
kumpulan yang telah berdaftar.

II. Perakuan untuk membatalkan satu kumpulan atau ketetapan untuk membubarkan satu
cawangan dalam kumpulan itu.

KEAHLIAN

197. (1) Penerima kumpulan bergantung pada pemimpin kumpulan tertakluk kepada peraturan 264.
Diserahkan kepada pemimpin yang menjaga cawangan tersebut.

(2) Persetujuan pemimpin kumpulan memerlukan sebarang pemecatan seorang Pengakap

(3) Berhak merayu kepada Persekutuan Tempatan dan Pesuruhjaya Daerah dalam menguruskan dan
mengambil perhatian akan Peraturan 180 (3) dan mengikut Peraturan yang ditetapkan dalam
Bahagian VI berkaitan dengan pembatalan tauliah seorang pemimpin dalam kumpulan,

198. Menjadi ahli dalam satu kumpulan, tetapi untuk sementara ditempatkan pada yang lain, jika
layak.

PERTUKARAN

199. (1) Tidak boleh diterima menjadi seorang ahli dalam satu kumpulan dalam tempoh 2 tahun dan
meninggalkan kumpulan yang lain. Menubuhkan sesuatu yang tidak diakui atau tidak mendapat
kebenaran yang bertulis atas pertukaran daripada pemimpin.

(2) Jika berlaku perbalahan berhubung dengan pertukaran itu, mestilah dirujuk kepada Pesuruhjaya
Daerah untuk mendapatkan kedamaian.

59
PENGAKAP BERSEORANGAN DAN PENGAKAP KANAN BERSEORANGAN

200. (1) Seorang individu tidak boleh menjadi ahli. Membolehkan Setiausaha mendaftarkan individu
tersebut sebagai Pengakap Berseorangan atau Pengakap Kanan Berseorangan.

(2) Tidak boleh didaftarkan sebagai seorang Kanak-kanak Berseorangan.

(3) Bagi meninggalkan ahlinya kerana tugas mestilah memohon melalui ibu pejabat PBBPM mengikut
Peraturan 396 bagi mendaftarkan sebagai Pengakap Laut Dalam dan tidak sebagai Pengakap
Berseorangan atau Pengakap Kanan Berseorangan.

MAJLIS KUMPULAN

201. (1) Mengandungi dua atau lebih cawangan. Pemimpin cawangan hendaklah mestilah
membincangkan perkara mengenai kumpulan. Perjumpaan dipanggil Majlis kumpulan.

(2) Pemimpin Kumpulan adalah menjadi Pengerusi Majlis Kumpulan itu.

JAWATANKUASA KUMPULAN

Rujuk muka surat 86 dalam Akta Persekutuan Pengakap-pengakap Malaysia.

HARTA KUMPULAN

204. Kumpulan mempunyai harta yang berharga, hendaklah di kuasa milik mengikut Peraturan 26.

205. Perlu ditentukan terlebih dahulu tahap harta itu. Jika kumpulan itu sendiri tidak mempunyai
kuasa penganjur dan ketetapan ini, hendaklah direkodkan di dalam satu surat perjanjian antara
pemimpin kumpuan dan kuasa penganjur. Harta tersebut hendaklah di kuasa milik mengikut
Peraturan 26.

Kewangan kumpulan

207. pemimpin kumpulan mestilah menentukan cara mengutip wang bagi kumpulan itu. (mengikut
peraturan 28)

208. semua wang (selain yang ditentukan dalam peraturan 209) yang diterima oleh atau bagi pihak
kumpulan atau sebarang cawangan daripada kumpulan, mestilah ditadbirkan oleh Jawatankuasa
Kumpulan. Jawatankuasa Kumpulan bertindak sebagai perunding dengan Majlis Kumpulan dan
mestilah disimpan di sebuah bank, pejabat pos dan sebagainya yang bersesuaian. Wang tersebut
disimpan atas nama kumpulan dan dikendalikan oleh dua orang ahli jawatankuasa kumpulan
tersebut.

209. yuran yang dibayar oleh ahli pengakap itu sendiri hendaklah ditadbir oleh cawangan yang
berkenaan. Selain itu, sebarang wang yang diperuntukkan kepada cawangan tersebut kerana
perbelanjaan biasanya disediakan oleh jawatankuasa kumpulan bersama majlis kumpulan. Kira-kira
kewangan cawangan haruslah dimasukkan dalam kira-kira tahunan kumpulan jika disimpan secara
berasingan.

60
210. pemimpin kumpulan mestilah memperhatikan kira-kira semua wang dibuat dan sebarang ahli
kumpulan yang berkenaan ada hak untuk memeriksa.

211. kira-kira tahunan kumpulan haruslah dikemukakan kepada Persekutuan Tempatan setelah
diaudit.

Kumpulan-kumpulan sekolah

212. kumpulan sekolah ialah satu kumpulan yang didaftarkan oleh Guru Besar sesuatu sekolah dan
mengandungi kesemuanya daripada murid yang ada atau lepasan sekolah. Keahlian kumpulan itu
hendaklah secara sukarela.

PEMIMPIN PENGAKAP KANAK-KANAK DAN PENOLONG PEMIMPIN PENGAKAP KANAK-KANAK.

Perlantikan P.P.K.K dan P.P.P.K.K

213. (1) pemimpin dan penolong pemimpin adalah dilantik atas perakuan Persekutuan Tempatan
dan Pesuruhjaya Daerah dengan tauliah yang dikeluarkan mengikut dalam bahagian IV.

(2) perempuan layak bagi kedua-dua pangkat tersebut.

Kelayakan

214. kelayakan yang dimiliki sebagai Pemimpin dan Penolong Pemimpin Pengakap Kanak-kanak ialah
bagaimana yang termaktub dalam Peraturan-Peraturan 69 dan 69 (b).

Tugas

215. (1) pemimpin pengakap kanak-kanak menjaga pasukan dan dibantu oleh penolong pemimpin
pengakap kanak-kanak dan tertakluk kepada pengawasan Pemimpin Kumpulan bagaimana dalam
peraturan 173.

(2) dalam menentukan perkara-perkara berkenaan dengan urusan Pasukan, maka adalah perlu
bagi Pemimpin pengakap kanak-kanak itu boleh berunding dengan Majlis Ketua Enam
Sekawan(peraturan 224).

Perlu ada penolong pemimpin pengakap kanak-kanak.

216. untuk menentukan supaya pekerjaan itu berterusan, maka perlulah tiap-tiap pasukan
mempunyai seorang Penolong Pemimpin Pengakap Kanak-Kanak dan mengandungi lebih daripada
tiga Enam Sekawan, Penolong Pemimpin Pengakap Kanak-Kanak dan boleh ditambah jika perlu.

Pakaian seragam dan lencana-lencana.

217. pemimpin dan penolong pemimpin pengakap kanak-kanak perlu memakai pakaian seragam
mengikut peraturan di Bahagian VIII dan lencana seperti yang termaktub dalam peraturan di
Bahagian yang sama.

PASUKAN (PEK)

Bilangan dalam pasukan

61
218. satu pasukan tidak boleh mengandungi lebih daripada 36 orang Pengakap Kanak-kanak
melainkan dalam keadaan yang luar biasa.

Latihan

219. latihan bagi pengakap kanak-kanak hendaklah berlain daripada pengakap-pengakap

220. pasukan itu adalah sebahagian daripada kumpulan Pengakap Laut atau Pengakap Udara. Ahli-
ahlinya mestilah menerima latihan yang biasa sahaja bagi pengakap kanak-kanak. Nama panggilan
dan pakaian seragam mestilah sama dengan pengakap kanak-kanak yang lain. Latihan berhubung
dengan laut dan udara tidak boleh diberikan.

Enam sekawan

221. pasukan dibahagikan kepada Enam Sekawan, tiap-tiap satunya mengandungi enam orang ahli
Pengakap Kanak-kanak, termasuk Ketua dan Penolongnya.

Ketua dan ketua enam sekawan

222. (1) ketua enam sekawan ialah seorang pengakap kanak-kanak yang dilantik oleh pemimpin
pengakap kanak-kanak mengetuai enam sekawan tersebut.

(2) seorang daripada ketua-ketua enam sekawan itu boleh dipanggil ketua enam sekawan jika
dikehendaki.

(3) ketua-ketua enam sekawan dan ketua kanan enam sekawan perlulah memakai pakaian
seragam bagaimana dalam peraturan di bahagian VIII dan lencana bagaimana dalam peraturan di
bahagian yang sama.

Penolong-penolong

223. (1) penolong ialah seorang ahli pengakap kanak-kanak yang dilantik oleh pemimpin pengakap
kanak-kanak setelah berunding dengan ketua enam sekawan yang berkenaan. Tugas penolong ialah
untuk menolong ketua enam sekawan dan mengambil tempatnya apabila ketua tiada (menjalankan
tugas lain).

(2) penolong perlulah memakai pakaian seragam bagaimana dalam peraturan di bahagian VIII
dan lencana bagaimana dalam peraturan yang sama

Majlis ketua enam sekawan

224. (1) majlis ketua enam sekawan ialah satu badan yang tidak rasmi yang mengandungi pemimpin-
pemimpin pasukan, ketua-ketua enam sekawan dan jika diperlukan iaitu penolong-penolongnya.

(2) tugas majlis enam sekawan adalah bagaimana di tentukan dalan peraturan 215 (2)

Jurulatih pengakap kanak-kanak

225. (1) pemimpin pengakap kanak-kanak boleh dengan persetujuan pemimpin pengakap yang
berkenaan, mendapatkan perkhidmatan seorang pengakap atau pengakap kanan atau persetujuan

62
pesuruhjaya daerah dan ketua pandu puteri yang berkenaan, seorang pandu puteri atau ranger,
menjadi jurulatih pengakap kanak-kanak.

(2) seorang jurulatih pengakap kanak-kanak memakai lencana Kepala Serigala sebelah atas saku
kirinya atau di tempat yang sama di bajunya.

PENGAKAP KANAK-KANAK

Perlantikan pengakap kanak-kanak

226. seorang kanak-kanak menjadi pengakap kanak-kanak dengan dilantik mengikut bagaimana
dinyatakan dalam buku panduan pengakap kanak-kanak, di mana dia melafazkan Persetiaan
dalam Peraturan 3. Dia dikenalkan sebagai Tenderpad dan berhak memakai pakaian seragam dan
lencana bagaimana yang termaktub dalam Peraturan di Bahagian VIII

Had umur

227. mestilah berumur 8 tahun tetapi belum sampai 11 tahun. Kanak-kanak tersebut tidak boleh
menyambung apabila umur telah sampai 12 tahun

Kelayakan-kelayakan

228. sebelum dilantik, dia mestilah memuaskan hati pemimpin pengakap kanak-kanak bahawa dia
tahu akan undang-undang pengakap kanak-kanak dan Persetiaan, cara memberi hormat, laung Tok
Guru dan maknanya.

Latihan berikut

229. (1) selepas dilantik sebagai Tenderpad, seorang pengakap kanak-kanak bintang satu dan
bintang dua dengan meluluskan ujian-ujian tertentu.

(2) selepas mendapatkan bintang kedua, dia boleh melayakkan diri dengan mendapatkan
lencana-lencana kepandaian khas bagaimana yang ditentukan.

Pakaian seragam dan lencana-lencana

230. seorang pengakap kanak-kanak perlulah memakai pakaian seragam bagaimana dalam
peraturan di bahagian VIII dan lencana dalam peraturan yang sama.

PEMIMPIN PENGAKAP DAN PENOLONG PEMIMPIN PENGAKAP

Pemimpin pengakap dan penolong pemimpin pengakap perlantikan

232. tauliah sebagai Pemimpin dan penolong pemimpin pengakap hanya boleh diberikan kepada
seorang wanita atas bijaksana Ibu Pejabat PBBPM dalam keadaan yang luar biasa. Oleh hal demikian,
satu perakuan khas sebagai tambahan kepada Borang GG dengan kenyataan yang penuh atas

63
perakuan itu, mestilah dihantar kepada Ibu Pejabat PBBPM oleh Persekutuan Tempatan atau
Pesuruhjaya Daerah.

Kelayakan-kelayakan

233. kelayakan yang diperlukan sebagai Pemimpin dan Penolong Pemimpin Pengakap ialah
bagaimana yang disebutkan dalam peraturan-peraturan 69 dan 69 (c).

Tugas-tugas

234. (1) Pemimpin Pengakap menjaga pasukan dibantu boleh penolong pemimpin pengakap dan
tertakluk kepada pengawasan pemimpin kumpulan seperti dalam peraturan 173.

(2) pemimpin pengakap akan memberi tugas kepada Majlis Ketua-ketua Patrol seperti dalam
peraturan 242 berkenaan dengan sebarang perkara mengenai tatatertib dan pentadbiran termasuk
perbelanjaan wang pasukan bagaimana ditentukan dalam peraturan 241.

(3) pemimpin pengakap bertanggungjawab memberi latihan kepada ketua-ketua patrol pasukan
tersebut dan tugas-tugas tersebut telah dinyatakan dalam peraturan 241.

Keperluan adanya penolong pemimpin pengakap.

235. untuk memastikan tugasan yang perlu diselesaikan berterusan maka perlu bahawa tiap-tiap
pasukan hendaklah memiliki seorang penolong pemimpin pengakap. Pasukan yang memiliki 4 patrol
memerlukan penolong pemimpin pengakap tambahan.

Pakaian seragam dan lencana-lencana.

236. pemimpin dan penolong pemimpin pengakap perlu memakai pakaian seragam seperti dalam
peraturan bahagian VIII dan lencana bagaimana dalam Peraturan di bahagian yang sama

PASUKAN (TROOP)

Besarnya pasukan

237. tidak boleh melebihi enam Patrol dalam satu kumpulan.

Ketua pasukan

238. (1) seorang Ketua Pasukan boleh dilantik oleh pemimpin pengakap dengan rundingan bersama
Majlis Ketua-ketua Patrol.

(2) kelayakan yang dikehendaki seperti berikut :

Kebolehan mengetuai

Umur kurang daripada 15 tahun

Telah berkhidmat sebagai ketua patrol tidak kurang daripada enam bulan

64
Ada lencana kelas 1

Ada pengetahuan am berkaitan dengan pengakap bagi kanak-kanak

(3) ketua pasukan memakai pakaian seragam seperti dalam peraturan bahagian VIII dan lencana
dalam peraturan yang sama.

Majlis ketua-ketua Patrol

239. (1) majlis ketua-ketua Patrol adalah satu badan mengandungi ketua pasukan (jika ada), ketua
patrol, penolong juga boleh menjadi ahli. Kehadiran mereka tidak perlu dalam perkara mengenai
tatatertib. Pemimpin pasukan boleh hadir sebagai penasihat sahaja.

(2) majlis ketua patrol adalah bertanggungjawab menjaga maruah pasukan, mengatur acara
kegiatan-kegiatan pasukan, mentadbir pasukan, perbelanjaan wang pasukan (mengikut peraturan
234 (2) ) dan sebagai saluran memberi latihan kepada ketua-ketua Patrol.

PATROL

Patrol

240. (1) pasukan mengandungi tiap satunya 6 hingga 8 orang pengakap termasuklah ketua dan
penolong patrol.

(2) patrol adalah satu unit kecil bagi segala kegiatan.

241. (1) ketua patrol adalah seorang pengakap yang dilantik oleh pemimpin pengakap setelah
berunding dengan Majlis Ketua-ketua Patrol dan ditugaskan menjaga satu patrol pengakap.

(2) ketua patrol melatih patrolnya melalui kegiatan dan perjumpaan pasukan dan patrol serta
dalam perkhemahan.

(3) ketua patrol merancang kegiatan untuk perjumpaan patrol dan perkhemahan dengan
bantuan penolongnya dan tertakluk kepada nasihat Pemimpin Pengakap dan Majlis Ketua-Ketua
Patrol.

(4) ketua Patrol memakai pakaian seragam seperti dalam peraturan di bahagian VIII dan lencana
seperti dalam peraturan di bahagian yang sama.

242. (1) penolong adalah seorang pengakap yang dipilih oleh ketua patrol dengan persetujuan
pemimpin pengakap dan majlis ketua-ketua patrol. Tugasnya ialah menolong dia dan mengambil
tempatnya jika tiada.

(2) penolong memakai seragam bagaimana dalam peraturan di bahagian VIII dan lencana
bagaimana dalam Peraturan yang sama

242A. Patrol dalam majlis adalah satu perjumpaan semua pengakap dalam patrol itu untuk
membincangkan hal ehwal di bawah pengetuaan ketua patrol

65
PENGAKAP

Pengakap - perlantikan

243. (1) seorang kanak-kanak yang menyertai pengakap dengan dilantik mengikut bagaimana
dinyatakan dalam buku Pengakap Bagi Budak-Budak, di mana kanak-kanak tersebut melafazkan
persetiaan dalam peraturan 3. Kemudiannya dia dikenalkan sebagai Tenderfoot dan berhak
memakai pakaian seragam dan lencana seperti dalam peraturan di bahagian VIII.

Had umur

244. (1) untuk menjadi seorang pengakap, seorang kanak-kanak mestilah berumur 11 tahun tetapi
belum sampai ke umur 18 tahun, melainkan jika ingin menjadi seorang pengakap Kelana seperti
dalam peraturan 267 (2).

(2) seorang pengakap apabila sampai ke umur 15 tahun mestilah menerima layanan khas sesuai
dengan umurnya. Di peringkat ini, pengakapnya mestilah ditunjukkan dengan mengadakan satu
istiadat yang sesuai. Dia akan diberi satu tanda seperti yang dinyatakan dalam peraturan 283 dan dia
akan melafazkan semula Persetiaan Pengakap dengan makna yang lebih luas.

(3) seorang pengakap hendaklah meninggalkan pasukannya apabila sampai ke umur 18 tahun

Kelayakan.

245. sebelum dilantik, dia hendaklah diberitahu akan riwayat hidup dan kejayaan-kejayaan pengasas
dan sedikit tawarikh berkenaan dengan pergerakan ini. Dia mestilah memuaskan hati Pemimpin
Pengakap dalam ujian berikut :- (rujuk muka surat 95)

1) Permulaan

2) Kesihatan

3) Memerhatikan

4) Merintis

Latihan berikut (m/s 96)

246. (1) selepas dilantik sebagai Tenderfoot, dia akan melanjutkan latihannya untuk melayakkan
diri sebagai seorang Pengakap Kelas Dua. Kemudian, dapat melayakkan diri sebagai seorang
pengakap kelas satu dengan lulus ujian-ujian yang tertentu seperti dalam peraturan yang disediakan
berasingan.

(2) selepas mendapat lencana kelas dua, dia boleh mengikut peraturan yang ditentukan,
melayakkan diri dengan mendapat lencana kepandaian khas seperti yang ditentukan dalam
peraturan yang berasingan sehingga dia sampai kepada peringkat yang dinyatakan dalam peraturan
244 (2), selepas itu hanya boleh melayakkan diri dengan mendapat lencana kepandaian khas seperti
yang ditentukan dalam peraturan yang berasingan.

66
Pakaian seragam dan lencana-lencana

247. seorang pengakap memakai pakaian seragam, seperti dalam peraturan di bahagian VIII dan
lencana dalam peraturan yang sama.

PEMIMPIN PENGAKAP (KANAN) DAN PENOLONG PEMIMPIN PENGAKAP (KANAN)

P.P.(K) Dan P.P.P.(K) perlantikan

247A. pemimpin dan penolong pemimpin pengakap (kanan) adalah dilantik atas perakuan
Persekutuan Tempatan dan Pesuruhjaya Daerah dengan tauliah dikeluarkan mengikut dalam
bahagian IV

Wanita-wanita

247B. tidak boleh sama sekali diberikan tauliah untuk mana-mana satu pangkat.

Kelayakan-kelayakan

247C. kelayakan khas yang dikehendaki sebagai Pemimpin Pengakap (kanan) adalah bagaimana
disebutkan dalam peraturan 69 dan 69 (d).

Tugas-tugas

247D. (1) pemimpin pengakap (kanan) menjaga Pasukan Kanan, dibantu oleh sebarang Penolong
Pemimpin Pengakap (kanan) tertakluk kepada pengawasan am daripada Pemimpin kumpulan seperti
dalam peraturan 173.

(2) pemimpin pengakap (kanan) boleh memberi tugas kepada Majlis Ketua-ketua Patrol
seperti dalam peraturan 247L. semua perkara tatatertib dan pentadbiran dalaman, termasuk
perbelanjaan wang Pasukan kanan itu diterangkan dalam peraturan 209. Majlis Ketua-ketua Patrol
hendaklah digunakan dengan sepenuhnya dalam menguruskan hal ehwal Pasukan Kanan

Keperluan adanya penolong pemimpin pengakap (kanan)

247E. penolong pemimpin pengakap (kanan) diperlukan supaya pekerjaan itu terus menerus dapat
dijalankan. Pasukan kanan mempunyai lebih daripada 4 patrol, penolong pemimpin pengakap
(kanan) tambahan adalah perlu.

Pakaian seragam dan lencana-lencana

247F. pemimpin pengakap (kanan) dan penolong pemimpin pengakap (kanan) memakai pakaian
seragam seperti dalam peraturan di bahagian VIII dan lencana dalam peraturan yang sama.

67
PASUKAN KANAN

Pasukan kanak syarat-syarat penubuhannya.

247G. pasukan kanan boleh mengandungi satu atau lebih Patrol Pengakap Kanan, tetapi
Persekutuan Tempatan dan Pesuruhjaya Daerah tidak boleh membenarkan perkembangan pasukan
kanan itu lebih itu lebih daripada satu patrol, melainkan mereka berpuas hati bahawa ada seorang
Pemimpin yang sesuai yang tidak memegang sebarang tauliah yang lain dalam kumpulan itu, kecuali
jika perlu sebagai pemimpin kumpulan.

Ketua pasukan (kanan)

247H. (1) seorang Ketua Pasukan(Kanan) itu boleh, jika diperlukan, dilantik oleh Pemimpin Pengakap
(kanan) setelah berunding bersama dengan Majlis Ketua-ketua Patrol.

(2) kelayakan-kelayakan seperti berikut adalah diperlukan :- (rujuk muka surat 97)

(3) Ketua Pasukan (K) memakai pakaian seragam bagaimana dalam peraturan di bahagian VIII
dan lencana dalam peraturan yang sama.

Patrol

247I. (1) pasukan kanan itu adalah dibahagikan kepada patrol-patrol pengakap kanan yang
mengandungi tidak kurang daripada 4 orang dan tidak lebih daripada 7 orang pengakap kanan
termasuk ketua patrol (K) dan penolongnya.

(2) patrol ialah satu unit bagi segala kegiatan

Ketua patrol

247J. (1) seorang ketua patrol adalah seorang pengakap kanan yang dilantik oleh emimpin pengakap
(K) setelah berunding bersama dengan Majlis ketua-ketua patrol atau patrol yang berkenaan untuk
menjaga satu patrol pengakap kanan.

(2) ketua patrol (k) itu boleh membawa bendera patrol

(3) ketua-ketua patrol (k) memakai pakaian dan lencana seperti dalam peraturan bahagian VIII

Penolong (K)

247K. (1) Seorang penolong (K) itu adalah seseorang pengakap kanan yang dipilih oleh ketua-ketua
patrol (k) dengan persetujuan pemimpin pengakap (k) dan majlis ketua-ketua Patrol untuk
membentuknya dan mengambil tempatnya apabila dia tiada

(2) penolong (K) memakai pakaian seragam bagaimana dalam peraturan di bahagian VIII dan
lencana dalam peraturan yang sama.

Majlis Ketua-Ketua Patrol

247L. (1) Majlis ketua-ketua patrol adalah satu badan yang mengandungi ketua pasukan (k) (jika ada)
dan ketua-ketua patrol. Jika patrol kurang daripada 3, penolongnya juga akan menjadi ahli-ahli majlis

68
ketua-ketua patrol. Seorang patrol sahaja yang mengambil alih majlis ketua-ketua patrol. Pemimpin
pasukan kanan hanya bertindak sebagai penasihat.

(2)majlis ketua-ketua patrol mengendalikan perkara-perkara dalaman termasuk perbelanjaan


wang pasukan kanan mengikut peraturan 247D (2).

PENGAKAP KANAN

Pengakap kanan perlantikan

247M. seorang kanak-kanak menjadi pengakap kanan dengan dilantik. Dia akan melafazkan semula
persetiaan pengakap dalam peraturan 3. Dia berhak memakai pakaian seragam dan lencana seperti
yang termaktub dalam peraturan bahagian VIII

Umur

247N. (1) mestilah berumur 15 tahun dan belum mencapai usia 18 tahun

(2) hendaklah meninggalkan pasukan kanan apabila berumur 18 tahun

Kelayakan-kelayakan

247O. sebelum dilantik sebagai Pengakap Kanan di mestilah menyelesaikan ujian awal melainkan
pengakap itu memegang lencana kelas satu. Berikut adalah ujian-ujian awal :- (rujuk muka surat 99)

Latihan berikut

247P. selepas dilantik sebagai pengakap kanan di lanjutkan latihan untuk melayakkan sebagai :-

1) Pengakap kelas satu (jika belum lagi)

2) Bushmans Thong, Lencana Kelasi atau Lencana Penerbang mana yang sesuai

3) Pengakap raja

Perjumpaan-perjumpaan bersama

247Q. (1) patrol-patrol pengakap Kanan dan pasukan-pasukan kanan dalam satu Persekutuan
Tempatan boleh berjumpa bersama bila-bila masa yang dikehendaki kerana berlatih dan kegiatan
yang lain. Tetapi, percantuman itu tidak boleh didaftarkan sebagai satu pasukan Kanan Persekutuan
Tempatan.

(2) kegiatan itu boleh digalakkan dan diselaraskan oleh pesuruhjaya daerah (k) atau lain-lain
Pemimpin yang berpengalaman yang boleh dilantik oleh pesuruhjaya daerah kerana tujuan tersebut.

Pakaian seragam dan lencana-lencana

247R. seorang pengakap kanak memakai pakaian seragam bagaimana dalam peraturan di bahagian
VIII dan lencana dalam peraturan yang sama.

69
PEMIMPIN PENGAKAP KELANA DAN PENOLONG PEMIMPIN PENGAKAP KELANA

P.P.K dan P.P.P.K.- pelantikan

248. pemimpin dan penolong pemimpin pengakap kelana adalah dilantik atas perakuan Persekutuan
Tempatan dan Pesuruhjaya Daerah dengan tauliah dikeluarkan mengikut bahagian IV

Wanita-wanita

249. tidak boleh diberi tauliah untuk mana-mana satu pangkat

Kelayakan-kelayakan

250. kelayakan khas yang dikehendaki sebagai pemimpin dan penolong pengakap kelana adalah
disebut dalam peraturan-peraturan 69 dan 69 (e)

Tugas-tugas

251. (1) menjaga pasukannya dan dibantu oleh sebarang penolong pemimpin pengakap kelana
tertakluk kepada pengawasan am oleh pemimpin kumpulan seperti dalam peraturan 173.

(2) pemimpin pengakap kelana memberikan tugas kepada pasukannya berkenaan dengan
perkara-perkara dalam seperti tatatertib dan pentadbiran termasuk perbelanjaan wang pasukan
bagaimana diterangkan dalam peraturan 209.

Pemakai gelaran

252. di mana ayatnya berkehendakkan, perkataan pemimpin pengakap kelana berhubung dengan
semua tugas akan bermakna sebarang individu yang bertindak sebagai ketua pasukan itu mengikut
peraturan 255.

Pakaian seragam dan lencana-lencana

253. pemimpin dan penolong pemimpin pengakap kelana memakai pakaian seragam dan lencana
mengikut peraturan bahagian VIII.

Pasukan tujuan-tujuan

254. pengakap kelana ialah suatu persaudaraan di tengah lapang dan berkhidmat dan tujuan-
tujuannya adalah :- (rujuk muka surat 102),

(1) melanjutkan latihan dalam kewarganegaraan yang telah diberi kepada pengakap kanak-
kanak, pengakap dan pengakap kanan dengan tujuan yang sama seperti yang dinyatakan dalam
peraturan 1

(2) menggalakkan pengakap kelana menjalankan kerja-kerja berguna untuk dirinya dalam
berkhidmat kepada masyarakat.

(peraturan 272 dan 273)

70
Syarat-syarat penubuhan

255. sebelum daripada Persekutuan Tempatan dan Pesuruhjaya Daerah mempersetujui penubuhan
suatu pasukan, maka adalah mustahak hendaklah ada:-

(1) seorang ketua yang sesuai ialah seorang pemimpin pengakap kelana yang bertauliah.
Persekutuan Tempatan dan Pesuruhjaya Daerah mestilah menentukan sama ada pemimpin
kumpulan atau seorang penolong pengakap kelana menjaganya. (kelayakan dalam peraturan 250
mestilah dipatuhi).

(2) bangunan yang sesuai

Perjumpaan-perjumpaan bersama

256. (1) pengakap-pengakap kelana dalam satu persekutuan tempatan boleh berjumpa bersama
bila-bila dikehendaki kerana kegiatan-kegiatan di bawah pengetahuan seorang Penolong
Pesuruhjaya Daerah bagi Pengakap Kelana atau sebarang Pemimpin Pengakap Kelana yang telah
dipersetujui oleh Persekutuan Tempatan dan Pesuruhjaya Daerah

(2) perkumpulan pengakap-pengakap kelana seperti itu tidak boleh didaftarkan sebagai
Pasukan Persekutuan Tempatan atau Kumpulan oleh sebab Pengakap-Pengakap Kelana itu mungkin
sedia menjadi ahli-ahli Kumpulan-kumpulan yang telah didaftarkan di bawah Persekutuan Tempatan
itu, atau dalam Pasukan Kelana Kanan yang telah didaftarkan dengan Persekutuan Tempatan di
bawah Peraturan 272.

(3) pengakap-pengakap Kelana Kanan dan pengakap-pengakap Kelana boleh berjumpa bersama
kerana kegiatan-kegiatan yang termasuk lebih daripada satu pasukan atau pasukan Kanan dalam
Persekutuan Tempatan yang sama

Peringkat-peringkat

257. pasukan Kelana adalah dibahagikan kepada dua peringkat seperti berikut :- (rujuk muka surat
103)

(1) peringkat percubaan

(2) peringkat latihan

Kegiatan-kegiatan

258. rangka pasukan itu dibuat supaya dapat diadakan acara kegiatan kerana Bakal-Bakal Kelana dan
pengakap Kelana yang sedang berlatih mengikut Peraturan 254.

259. (1) tiap-tiap pengakap Kelana akan membuat pilihannya sendiri akan perkara-perkara kerana
latihan khas. Pasukan itu akan berjumpa selalu kerana kegiatan sosial dan lain-lain aktiviti. Pasukan
itu mengadakan satu acara yang boleh memberikan keinginan kepada pengakap kelana
menghabiskan rancangan latihannya dalam semangat yang berkobar-kobar.

(2) cara berpatroli tidak dipakai dalam Pasukan ini

71
260. pengakap-pengakap kelana yang menjalankan kegiatan sekumpul akan memilih ketua-ketua
sementara kerana kegiatan itu

Majlis pasukan dan pentadbiran dalam

261. (1) 8 orang pengakap kelana, majlis pasukan itu hendaklah ditubuhkan, mengandungi
pengakap-pengakap kelana yang dipilih

(2) maka hendaklah ada seorang ahli bagi tiap-tiap empat orang pengakap-pengakap kelana

(3) Majlis Pasukan Pengakap Kelana akan memilih pengerusinya dan pemimpin-pemimpin
pasukan itu, jika hadir, hanya sebagai penasihat.

(4) jika ahli kurang daripada 8, keseluruhan Pasukan itu akan menjalankan tugas-tugas Majlis
Pasukan itu, dengan seorang Pengerusi dipilih oleh pasukan itu.

(5) majlis pasukan akan menguruskan semua perkara yang dinyatakan dalam peraturan 209
berkenaan dengan maruah dan tatatertib.

Pemimpin-pemimpin sebagai ahli

206. seorang pengakap kelana boleh memegang satu tauliah tanpa berhenti menjadi ahli pasukan
tersebut tetapi kerjanya sebagai memimpin haruslah didahulukan. Tauliah tersebut tidak
memberikan keutamaan kepadanya sebagai seorang pengakap kelana.

Berhenti daripada menjadi ahli

263. ahli-ahli yang tidak tegas hendaklah meminta berhenti daripada pasukan itu.

(1) ahli yang tidak tegas itu ialah

Gagal membuat kemajuan dalam rancangan latihannya

Kerap tidak hadir dalam aktiviti kumpulan tanpa sebab munasabah.

(2) sebarang permintaan kerana keberhentian itu hendaklah datangnya daripada Majlis Pasukan

BAKAL KELANA (ROVER SQUIRE)

Bakal kelana syarat-syarat keahlian

264. sebelum belia itu diterima masuk pasukan, syarat-syarat yang perlu dipatuhi adalah seperti
berikut:- (rujuk muka surat 105)

265. apabila diterima masuk pasukan, belia tersebut dikenali sebagai Bakal Kelana sehingga sampai
masanya dia dilantik sebagai pengakap kelana.

72
Latihan sebagai bakal kelana

266. sebelum daripada seorang Bakal Kelana boleh dilantik sebagai seorang Pengakap Kelana dia
mestilah telah memenuhi syarat-syarat yang berikut dengan memuaskan hati pemimpin pengakap
Kelana dan pasukan :- (rujuk muka surat 105, 106 & 107)

Pakaian seragam dan lencana-lencana

267. (1) bakal kelana yang telah menjadi pengakap kanan memakai pakaian seragam dan lencana
mengikut peraturan dalam bahagian VIII.

(2) bakal kelana yang tidak pernah menjadi Pengakap Kanan dan berhajat memakai pakaian
seragam dan lencana hendaklah terlebih dahulu lulus Ujian Tenderfoot dan melafazkan persetiaan
pengakap

PENGAKAP KELANA

Pengakap kelana perlantikan

268. seorang bakal kelana yang telah lulus ujian kelayakan boleh dilantik sebagai Pengakap Kelana
selepas habis sahaja tempoh percubaan 3 bulan mengikut ketetapan Pemimpin Pengakap Kelana
dan Majlis Pasukan.

268A. tiada seorang pun boleh tinggal sebagai ahli pasukan pengakap Kelana selepas umurnya 22
tahun. Dai boleh memasuki pasukan Kelana Kanan seperti yang dinyatakan dalam Peraturan 272.

269. satu prose ujian bersendiri dan istiadat perlantikan. melafazkan kembali persetiaan pengakap
adalah mustahak diadakan. satu cara istiadat adalah dengan syor-syor bagi unian bersendiri .(the
presentation of a Rover Scout.).

Istiadat perlantikan itu hendaklah dijalankan oleh Pemimpin pengakap kelana. Jika tiada,
hendaklah dijalankan oleh seorang pemimpin yang dia sendiri telah dilantik sebagai pengakap
Kelana.

270. Pengakap kelana adalah diharapkan mengikut dan tertakluk kepada rukun-rukun yang berikut :-
(rujuk muka surat 108)

(1) taat kepada tuhan (rohani)

(2) taat kepada raja, tugas sebagai rakyat

(3) janjinya berkhidmat kepada jiran-jirannya (masyarakat)

(4) janjinya patuh kepada undang-undang pengakap.

73
Latihan praktik

271. (1) selepas dilantik, pengakap kelana itu akan menjalankan latihan untuk mendapat Lencana
Kemajuan Pengakap Kelana (progress badge). Ujian-ujian untuk ini ada diberikan dalam peraturan
526 dan meliputi perkara-perkara berikut :- (rujuk muka surat 108 & 109)

(2) sebahagian daripada latihan yang mustahak bagi pengakap-pengakap kelana ialah
menguruskan hal ehwal pasukannya di bawah pengelolaan pemimpin pengakap kelana.

271A. pengakap-pengakap kelana memakai pakaian seragam dan lencana seperti yang termaktub
dalam peraturan bahagian VIII.

PASUKAN PENGAKAP KELANA KANAN

Peringkat berkhidmat

272. pasukan pengakap Kelana kanan diwujudkan untuk menerima orang-orang yang telah
diselesaikan latihan dalam pasukan pengakap kelana dan suka kekal dalam persaudaraan di tengah
lapang dan berkhidmat. (rujuk muka surat 109)

273. peluang dan corak khidmat yang dijalankan oleh Pasukan Kanan itu ditetapkan oleh
jawatankuasa pasukan kanan itu.

Pemimpin pengakap Kelana Kanan

274. (1) kelayakan-kelayakan bagi jawatan ini adalah bagaimana yang ditentukan dalam peraturan
69 dan 69 (f). pemimpin pengakap kelana (kanan) dipilih oleh pasukannya bagi tempoh dua tahun

(2) tertakluk kepada syarat-syarat pengeluaran tauliah dalam bahagian IV diikuti, persekutuan
Tempatan dan Pesuruhjaya Daerah akan menimbangkan permohonan untuk mendapatkan tauliah
dalam borang GG ditandatangani seperti berikut:- (rujuk muka surat 110)

274A. tiada pangkat penolong pemimpin pengakap Kelana (kanan) bagi pasukan pengakap kelana
kanan

274B. pemimpin pengakap kelana (kanan) memakai pakaian seragam dan lencana seperti dalam
peraturan bahagian VII

Pengakap Kelana Kanan

274C. diterima masuk pasukan apabila berusia 22 tahun dan selepas habis latihannya dalam pasukan
kelana. Tiada had umur bagi pasukan kanan, kalau tidak cergas diminta masuk ke dalam
persaudaraan pengakap lama B.P. (rujuk muka surat 110)

274D. lencana pengembara (rambler badge) adalah dianugerahkan kepada pengakap-pengakap


kelana kanan kerana kegiatan-kegiatan di tengah lapang, atas syarat yang tertentu.

274E. seorang pengakap kelana kanan memakai pakaian seragam dan lencana seperti dalam
peraturan di bahagian VIII

74
ISTIADAT-ISTIADAT RASMI DAN LAIN-LAIN

278. apabila pakaian seragam dipakai dalam istiadat rasmi dan lain-lain, pakaian seragam itu
hendaklah dengan betul dan lengkap seperti pakaian di kepala, kemeja, seluar, sekap, tali pinggang,
sarung kaki dan kasut sebagaimana yang telah ditetapkan dalam peraturan di dalam bahagian ini.
(rujuk muka surat 111)

Perkhemahan, kursus dan lain-lain

279. ahli-ahli pergerakan ini boleh mengikut bijaksana pemimpin yang berkenaan, memakai
sebarang pakaian yang sesuai dan selesa dalam perkhemahan atau dalam kursus dan lain-lain,
mereka hendaklah memakai pakaian seragam yang betul dan lengkap.

Pakaian seragam bagi pemimpin dan pesuruhjaya

280. tiga jenis pakaian seragam bagi pemimpin dan pesuruhjaya adalah seperti berikut:- (rujuk muka
surat 112)

(1) pakaian no.1

(2) pakaian no.2

(3) pakaian no.3

Pakaian seragam bagi pesuruhjaya kehormat, penaung dan penaung utama.

281. pesuruhjaya kehormat, penaung, dan penaung utama hanya memakai pakaian no.3

Pakaian di kepala

282. (1) pakaian di kepala bagi tiap-tiap cawangan adalah seperti berikut :- (rujuk muka surat 112 &
113)

Pengakap kanak-kanak

Pengakap

Pengakap putera

Pengakap laut

Pengakap udara

Pengakap kelana

(2) pemimpin (rujuk muka surat 113)

Pakaian no.1

Pakaian no. 2

75
Pakaian no. 3

(3) pemimpin pengakap laut memakai peak cap berwarna putih dengan lambang pengakap bagi
pakaian no.1 dan no.2 dan memakai songkok Melayu berwarna biri tua bagi pakaian no.3

(4) pesuruhjaya: (rujuk muka surat 113 & 114)

Pakaian no.1

Pakaian no.2

Pakaian no.3

(5) pesuruhjaya kehormat:

pakaian no.3 sahaja songkok Melayu berwarna biru tua

(6) penaung dan penaung utama

Pakaian no. 3 sahaja songkok Melayu berwarna biru tua

(7) ahli-ahli pergerakan daripada keturunan Sikh boleh memakai turban bagai pakaian di kepala
mengikut waran bahagian berkenaan

(8) wanita boleh memakai pakaian kepala jika mereka suka

BAHAGIAN VIII

PAKAIAN SERAGAM DAN LENCANA PANGKAT PAKAIAN SERAGAM

275 Pakaian Seragam (MS 111)

1) Pakaian seragam yang betul dan lengkap dipakai oleh:

a) Pengakap Kanak-Kanak

b) Pengakap

c) Pengakap Remaja (termasuk Laut dan Udara)

d) Pengakap Kelana

e) Pemimpin (termasuk Pemimpin Kumpulan)

f) Pesuruhjaya

g) Pesuruhjaya Kehormat

276. Rupa Bentuk dan Corak (MS111)

Pakaian seragam hendaklah mengikut rupa bentuk, ukuran dan corak yang telah ditetapkan

277. Warna (MS111)

76
1) Warna kelabu bagi kemeja

2) Warna Biru Tua bagi seluar atau kain wanita

278. Istiadat-istiadat Rasmi dan Lain-lain (MS111)

Pakaian seragam yang betul dan lengkap dipakai semasa istiadat-istiadat rasmi dan semasa
menjalankan gerak kerja Pengakap

279. Perkhemahan dan Kursus-kursus lain (MS112)

1) Boleh memakai pakaian yang sesuai dan selesa semasa perkhemahan atau kursus

2) Memakai pakaian seragam yang lengkap dan betul apabila keluar daripada kawasan
perkhemahan atau kursus

280. Pakaian seragam bagi Pemimpin dan Pesuruhjaya (MS112)

- Pakaian No. 1 Dipakai untuk kegiatan luar

- Pakaian No. 2 Dipakai apabila menjadi tetamu untuk kegiatan luar

- Pakaian No. 3 Dipakai semasa istiadat rasmi

281. Pakaian seragam bagi Pesuruhjaya Kehormat, Penaung dan Penaung Utama (MS112)

Memakai Pakaian No. 3

282. Pakaian di kepala (MS112-MS114)

1) Bagi setiap cawangan:

a) Pengakap kanak-kanak cap berwarna kelabu

b) Pengakap beret berwarna hijau

c) Pengakap Putera beret berwarna maroon

d) Pengakap Laut songkok kelasi laut berwarna putih bertulis Pengakap

Laut

e) Pengakap Udara beret berwarna biru muda

f) Pengakap Kelana beret berwarna merah

2) Pemimpin :

a) Pakaian No 1 beret berwarna coklat

b) Pakaian No 2 songkok forage berwarna biru tua berjalur benang emas

c) Pakaian No 3 Lelaki songkok melayu berwarna biru tua

77
Perempuan bentuk songkok melayu tetapi rendah berwarna biru tua

3) Pemimpin Pengakap Laut memekai peak cap berwarna putih bagi pakaian No 1 dan No 2 serta
memakai songkok Melayu berwarna biru tua bagi Pakaian No.3

4) Pesuruhjaya

a) Pakaian No 1 beret berwarna ungu

b) Pakaian No. 2 songkok forage berwarna biru tua, berjalur benang emas

c) Pakaian No. 3 Lelaki songkok Melayu berwarna biru tua

Perempuan bentuk songkok Melayu tetapi rendah berwarna biru tua.

5) Pesuruhjaya kehormat pakaian No. 3 sahaja (songkok Melayu berwarna biru tua)

6) Penaung dan Penaung Utama Pakaian No 3 sahaja (songkok Melayu berwarna biru tua)

7) ahli-ahli Pergerakan berketurunan sikh boleh memakai tarban mengikut warna bahagian yang
berkenaan

8) Wanita boleh memakai pakaian di kepala

*Semua pakaian di kepala haruslah mengandungi lambang Pengakap

283 Tanda-tanda Peringkat Kebangsaan, Negeri dan Daerah (MS114)

Songkok Melayu yang dipakai dengan Pakaian No. 3 akan dililitkan dengan benang emas dengan
mengikut kedudukan:

a) Peringkat Kebangsaan : emas lebarnya 1


1
b) Peringkat Negeri : Emas lebarnya 2

1
c) Peringkat Daerah : Emas lebarnya
4

284. Tanda-tanda Pangkat Pada Songkok Melayu (MS114)

a) Penaung Utama dan Penaung plume emas mengandungi empat warna iaitu ungu, kuning,
merah dan hijau

b) ketua Pengakap Negara plume perak mengandungi tiga warna iaitu merah, kuning, hijau

c) Ketua Pesuruhjaya Negara plume perak mengandungi dua warna iaitu merah dan ungu

d) Pesuruhjaya di semua peringkat plume perak dengan satu warna iaitu ungu

e) Pemimpin Kumpulan plume perak dengan warna coklat

f) Pemimpin plume perak dengan warna cawangan masing masing:

i) Pengakap Kanak-kanak Kelabu

78
ii) Pengakap Hijau

iii) Pengakap Putera Maroon

iv) Pengakap Laut Putih

v) Pengakap Udara Biru Muda

vi) Pengakap Kelana Merah

285 Jalur dan Plume bagi Pesuruhjaya Kehormat (MS115)

Songkok Melayu berwarna biru tua dengan jalur emas mengikut perigkat masing-masing dan
plume perak berwarna ungu

286 Sekap, Tali leher dan Ribbon (MS115)

1) Semua cawangan Pengakap memakai serkap berbentuk 3 penjuru berwarna biru tua berjalur
merah putih. Lencana tidak dibenarkan dilekat pada sekap

2) Tali leher berwarna biru tua bersulam dengan lambang Pengakap Malaysia hendaklah dipakai
dengan Pakaian N0. 2 oleh Pemimpin dan Pesuruhjaya lelaki dan ribbon berwarna biru tua dipakai
dengan Pakaian No. 2 oleh Pemimpin perempuan

3) semasa kursus sekap Gilwell boleh dipakai jika tiada arahan sekap latihan lain dipakai

287 Kemeja, Baju dan Jeket (MS115-MS117)

1) Pengakap kanak-kanak kemeja berupa jersey, berleher bulat dan berlengan pendek

2) Pengakap kemeja biasa , poket dua, mempunyai strap di bahu dan berlengan pendek

3) Pengakap Putera (termasuk Laut dan Udara) kemeja biasa, poket dua, ada strap di bahu dan
berlengan pendek

4) Pengakap Kelana

a) lelaki : kemeja biasa, poket dua, mempunyai strap di bahu dan berlengan

panjang

b) Wanita : baju wanita pket dua di bahagian bawah, ada strap di bahu dan

berlengan panjang

5) Pemimpin

a) Lelaki :

i) Pakaian No 1 dan No 2 adalah kemeja biasa, poket dua, ada strap di bahu dan berlengan
panjang.

79
ii) Pakaian No.3 Baju Bush Jaket poket empat; dua bertampal di bahagian atas dan dua bertebok
serong di bahagian bawah, tiada strap di bahu, berbutang 5, berlengan panjang/pendek dan
berbelah dua pada sebelah belakang

b) Wanita:

i) Pakaian No.1 dan No 2 adalah baju wanita poket dua di bahagian bawah, ada strap dibahu dan
berlengan panjang.

ii) Pakaian No. 3 serupa sebagaimana 287 (5) (a) (ii)

6) Pesuruhjaya

a) Lelaki i) pakaian No. 1 dan no 2 serupa sebagaimana 287 (5) (a) (i)

ii) Pakaian N0.3 serupa sebagaimana 287 (5) (a) (ii)

b) Wanita i) Pakaian No. 1 dan No 2 serupa sebagaimana 287 (5) (b) (i)

ii) Pakaian No. 3 serupa sebagaimana 287 (5) (a) (ii)

7) Pesuruhjaya Kehormat pakaian No. 3 sahaja: serupa sebagaimana 287 (5) (a) (ii)

8) Penaung dan Penaung Utama Pakaian No. 3 sahaja: serupa bagaimana 287 (5) (a) (ii)

288 Seluar dan Kain Wanita (MS117)

1) Pengakap Kanak-kanak seluar pendek, poket dua

2) Pengakap seluar pendek dengan menggunakan tali pinggang dan poket dua

3) Pengakap Putera (termasuk laut dan udara) seluar panjang dengan menggunakan tali pinggang
dan poket dua

4) Pengakap Kelana a) Lelaki : seluar serupa bagaimana 288 (3)

b) Wanita : kain berupa maxi/seluar

5) Pemimpin a) lelaki: seluar serupa sebagaimana 288 (3)

b) wanita serupa sebagaimana 288 (4) (b)

6) Pesuruhjaya a) Lelaki: seluar serupa sebagaimana 288 (3)

b) Wanita : serupa sebagaimana 288 (4) (b)

7) Pesuruhjaya Kehormat serupa sebagaimana 288 (3) bagi lelaki dan 288 (4) (b) bagi wanita

8) Penaung dan Penaung Utama serupa sebagaimana 288 (3)

289 Tali Pinggang (MS118 MS119)

1) Pengakap Kanak-kanak tidak memakai tali pinggang

80
1"
2)Pengakap diperbuat daripada kulit berwarna hitam lebarnya 1 2
berkepala tembaga dan
bertelangkup dengan lambang Pengakap Malaysia

3) Pengakap Putera (termasuk laut dan udara) serupa sebagaimana 289 (2)
1"
4) Pengakap Kelana diperbuat daripada kulit berwarna hitam lebarnya 1 2
berkepala perak
bertangkap dengan lambang Pengakap Malaysia

5) Pemimpin serupa sebagaimana 289 (4)

6) Pesuruhjaya serupa sebagaimana 289 (4)

7) Pesuruhjaya Kehormat serupa sebagaimana 289 (4)

8) Penaung dan Penaung utama serupa sebagaimana 289 (4)

290 Sarung Kaki (MS119)

1) Pengakap Kanak-kanak berwarna biru tua dan memakai garter berwarna kelabu

2) Pengakap berwarna biru tua dan memakai garter berwarna hijau

3) Pengakap Putera, Pengakap Kelana, Pemimpin, dan Pesuruhjaya

i) ahli yang memakai seluar panjang boleh memakai sarung kaki pendek berwarna biru

tua

ii) Pemimpin dan Pesuruhjaya yang memakai seluar pendek hendaklah memakai

sarung kaki panjang berwarna biru tua dengan garter mengikut warna beretnya iaitu

coklat bagi pemimpin dan ungu bagi pesuruhjaya

291 Kasut (MS120)

1) Pengakap Kanak-kanak dan Pengakap hendaklah memakai kasut berwarna hitam sama ada kanvas
atau kulit

2) Ahli-ahli Pergerakan yang lain hendaklah memakai kasut kulit berwarna hitam.

LENCANA PANGKAT

292 Lencana-lencana

Menurut fasal-fasal 12 dan 13 Akta (Perbadanan) Persekutuan Pengakap-Pengakap Malaysia 1968,


lencana-lencana Pengakap adalah barang terkawal, tidak boleh dijual, dipamerkan untuk dijual,
membawa, menunjuk, memakai dan memiliki lencana-lencana itu tanpa kebenaran yang bertulis
daripada Ibu Pejabat Persekutuan Pengakap-Pengakap Malaysia.

81
293 Cara mendapatkannya

1) Pengakap daripada setiausaha Majlis Pengakap Persekutuan Tempatan atau lain-lain pegawai
yang telah ditetapkan atas perakuan pemimpin yang berkenaan

2) Pemimpin daripada Setiausaha Majlis Pengakap Negeri atau lain-lain pegawai yang telah
ditetapkan setelah pemimpin menerima surat Tauliah daripada Ibu Pejabat Persekutuan Pengakap-
Pengakap Malaysia

3) Pesuruhjaya (Negeri dan Daerah) daripada Setiausaha Majlis Pengakap Negeri atau lain-lain
pegawai yang telah ditetapkan setelah pesuruhjaya menerima surat Tauliah daripada Ibu Pejabat
Persekutuan Pengakap-Pengakap Malaysia

4) Pesuruhjaya (Kebangsaan) daripada Ketua Setiausaha Persekutuan Pengakap-Pengakap


Malaysia setelah pesuruhjaya itu menerima surat Tauliah daripada Ibu Pejabat Persekutuan
Pengakap-Pengakap Malaysia.

5) pesuruhjaya Kehormat (Kebangsaan) daripada Ketua Setiausaha Persekutuan Pengakap-


Pengakap Malaysia setelah Pesuruhjaya Kehormat menerima Surat Tauliah daripada Ibu Pejabat
Persekutuan Pengakap-Pengakap Malaysia

6) Pesuruhjaya (Negeri dan Daerah) menurut peraturan-peraturan 97 (5) dan 165

294 Pemakaian Lencana-Lencana

1) Lencana pangkat untuk dua jawatan atau lebih tidak boleh dipakai pada satu masa

2) pemimpin yang memegang lebih daripada satu jawatan, hendaklah memakai pakaian seragam
dan lencana jawatan yang terkanan sekali

3) Pemimpin yang menjadi ahli dalam Pasukan Kelana boleh memakai strap Kelana dibahu

4) Pemimpin boleh memakai Lencana Pengakap Raja yang kecil yang telah dianugerahkan di lengan
sebelah kanan

5) Pesuruhjaya tidak boleh memakai sebarang lencana menunjukkan cawangan Pengakap yang telah
diikutinya

295 Lencana Pangkat Pemimpin


1" 1"
1) Pemimpin akan memakai tanda jawatan diperbuat daripada plastic berukuran 1 2
x3 2
yang
berwarna mengikut cawangan masing-masing

a) Pengakap Kanak-Kanak Kelabu (tulisan hitam)

b) Pengakap Hijau (tulisan putih)

c) Pengakap Putera maroon (tulisan putih)

d) Pengakap Laut putih (tulisan hitam)

82
e) Pengakap Udara biru muda (tulisan putih)

f) Pengakap Kelana merah (tulisan putih)

2) Pemimpin kumpulan memakai tanda jawatan diperbuat daripada plastik berukuran


1" 1"
1 2
x3 2
yang berwarna coklat (tulisan putih)

3) Pada plastik itu, diukir Lambang Pengakap, nama jawatan dan nama penyandang serta dipakai
pada sebelah atas saku kanan kemeja atau baju wanita atau jaket

296 Lencana Pangkat Pesuruhjaya dan Pesuruhjaya Kehormat (MS122)


1" 1"
1) memakai tanda jawatan diperbuat daripada plastik berukuran 1 x3 yang berwarna ungu
2 2
(tulisan putih)

2) serupa sebagaimana 295 (3)

297 Pengakap Kanak-Kanak (MS122)

1) Ketua enam sekawan memakai lencana dengan Lambang Pengakap dan dua garisan berwarna
kelabu

2) Penolong Ketua Enam sekawan memakai lencana dengan lambang Pengakap dan satu garisan
berwarna kelabu

3) Ketua Kanan Enam Sekawan memakai lencana fegan lambang Pengakap dan tiga garisan
berwarna kelabu

4) Lencana ini dipakai pada sebelah atas kiri kemeja

298 Gelaran Enam Sekawan (MS122 MS123)

1) Setiap kumpulan enam sekawan diberi gelaran menggunakan nama bunga dan berupa lencana

2) Lencana dipakai pada tepi bahu kiri

299 Pengakap (MS123)

1) Ketua patrol memakai lencana Lambang Pengakap dan dua garisan berwarna hijau

2) Penolong Ketua Patrol memakai lencana dengan lambang Pengakap dan satu garisan berwarna
hijau

3) Ketua pasukan memakai lencana dengan lambang Pengakap dan tiga garisan berwarna hijau

4) lencana ini dipakai pada sebelah atas saku kiri kemeja

300 Gelaran Patrol (MS123)

1) Setiap patrol diberi gelaran menggunakan nama burung dan berupa lencana

83
2) lencana ini dipakai pada tepi bahu kiri

301 Pengakap Putera(MS123)

1) Ketua patrol memakai lencana dengan lambang Pengakap dan sat garisan berwarna maroon

2) Penolong Ketua Patrol memakai lencana dengan lambang pengakap dan satu berwarna maroon

3) Ketua Pasukan memakai lencana dengan Lambang Pengakap dan tiga garisan berwarna maroon

4) Lencana ini dipakai pada sebelah atas saku kiri kemeja

302 Gelaran Patrol (MS123)

1) Setiap patrol diberi gelaran menggunakan nama pahlawan tanah air berupa lencana

2) Lencana ini dipakai pada tepi bahu kiri

303 Strap Bahu (MS123)

Pengakap Putera memakai strap berwarna maroon dengan lambang Pengakap pada kedua-dua
belah bahu

Pengakap Kelana (MS124)

304 Bakal Pengakap Kelana memakai strap berwarna hijau pada kedua-dua belah bahu

305 Bakal Pengakap Kelana yang telah lulus ujian kelayakan memakai strap di bahu berwarna hijau
bertepi merah pada kedua-dua bahu

306 Pengakap Kelana Kanan memakia strap berwarna merah dengan lambang Pengakap pada
kedua-dua belah bahu

307 Gelaran

Setiap pasukan Kelana diberi gelaran menggunakan nama Ketua Pengakap Negara atau Ketua
Pesuruhjaya Negara atau nama-nama orang yang berjasa kepada Pengakap

308 Lencana-lencana Khas (MS124)

Lencana khas bagi sesuatu peristiwa boleh dipakai selama setahun di sebelah atas saku kanan
kemeja

309 357 (Disimpan)

BAHAGIAN IX

BINTANG-BINTANG DAN ANUGERAH-ANUGERAH

358 Bintang-bintang dan Anugerah yang diluluskan (MS124 MS125)

1) Bintang, anugerah, lencana dan tali (cord) Pengakap yang diluluskan dalam peraturan ini

84
2) Bintang dan Anugerah Kebangsaan dan Negeri-Negeri di Malaysia

3) Bintang, anugerah, Negara Asing yang diakui oleh Malaysia

4) Pingat Peperangan Dunia yang diakui oleh Malaysia

5) Bintang dan anugerah Pengakap Sedunia, wilayah-wilayah dan Persekutuan Pengakap Kebangsaan
Negara Asing

6) Bintang dan anugerah St. John Ambulance dan Palang Merah dan lain-lain Persatuan yang diakui
oleh Pergerakan Pengakap

Bintang Khidmat Lama

359 Bintang Khidmat Lama Rupa bentuk (MS125)

1) Bintang Khidmat lam menunjukkan bilangan tahun berkhidmat

2) Warna lapik belakangnya adalah:

- pengakap Kanak-Kanak kuning

- Pengakap Hijau

- Pengakap Kanan Maroon

- Pengakap Kelana merah

- Pemimpin, pangkat bukan eksekutif atau pangkat kehormat tanah liat atau biru

360 Bintang Khidmat Lama ini dipakai di sebelah atas saku kiri

361 Pengakap (MS125)

Seorang Pengakap memakai satu sahaja bintang khidmat lama

362 Perkhidmatan sebagai Pengakap Kanak-kanak (MS125 MS126)

Bekas Pengakap kanak-kanak boleh memakai Bintang khidmat lamanya dengan Bintang Khidmat
lama sebagai Pengakap

363 Perkhidmatan sebagai Pengakap Kanak-kanak, Pengakap dan Pengakap Kanan (MS126)

1) Pengakap kanan boleh memakai bintang Khidmat lamanya semasa menjadi Pengakap Kanak-
kanak dan Pengakap

2) Pengakap Kelana juga boleh memakai Bintang Khidmat Lama bagi bahagian-bahagian yang pernah
dia berkhidmat

364 Pemimpin dan Lain-lain Orang (MS126)

1) Boleh memakai Bintang Khidmat Lama yang disukai

85
2) Boleh memakai satu bintang sahaja yang menunjukkan bilangan lamanya pada keseluruhan
perkhidmatan

3) Satu Bintang Khidmat Lama Khas yang tiada apa-apa lapik boleh dipakai bagi perkhidmatan
selama 25 tahun atau lebih 365 Hintungan (MS127-MS127)

1) Perkhidmatan bagi lebih daripada satu jawatan yang dijalankan serentak hanya boleh memakai
satu Bintang dan lapik sahaja

2) Pengakap dikira perkhidmatannya bermula tarikh dilantik, Pemimpin pula dikira daripada tarikh
percubaannya dan bagi pangkai lain dikira daripada tarikh perlantikan.

366 Jika dalam tempoh setahun seseorang berkhidmat di dalam beberapa bahagian yang tidak
dijalankan dengan serentak, perkhidmatan yang lama sekali di dalam satu bahagian itu akan dikira
sebagai cukup setahun untuk mendapatkan bintang itu

367. 1) Perhitungan untuk mendapat bintang serta cara mentakrif Peraturan di atas tidak mengira
sebarang pertukaran

2) Perkhidmatan dengan Persekutuan asing yang diakui boleh dikira

3) Perkhidmatan dengan Persatuan Pandu puteri boleh dikira

Manik Kayu

368 Manik Kayu syarat Memberinya (MS127)

1) Diberikan apabila tamat dalam kursus-kursus tertentu

2) Manik kayu adalah hak Ibu Pejabat PBBPM dan mestilah diserah balik apabila dituntut

369 Rupa Bentuk Manik Kayu (MS127)

1) Mengandungi dua butir kayu tiruan daripada kepala rantai yang dimiliki oleh Ketua Dinizulu yang
telah ditawan oleh Pengasas Pergerakan Pengakap semasa perang Zulu

2) Manik kayu yang dipakai oleh Timbalan Ketua Perkhemahan dan Ketua Akela ditambah dengan
dua batang kayu lagi

3) Manik kayu yang dipakai oleh Penolong Timbalan Ketua Perkhemahan dan Penolong Ketua Akela
ditambah dengan sebutir kayu lagi

370 Cara Memakai (MS128)

Dipakai pada pakaian seragam dengan digantung pada leher dengan tali kulit

86
Lencana Terima Kasih

371 Rupa Bentuk (MS128)

Mengandungi Lencana Pengakap dalam satu Lingkungan yang bertulis perkataan Lencana Terima
Kasih

372 Peluang Mendapatkannya (MS128)

Dianugerahkan kepada bukan Pengakap atau Pemimpin yang aktif dalam Berpengakap

373 1) Diberikan apabila mendapat kebenaran daripada Persekutuan Tempatan atau Pesuruhjaya
Daerah

2) Jika orang yang hendak dianugerahkan lencana itu ada kaitan dengan Pergerakan Pengakap dalam
Persekutuan Tempatan lain, maka kebenaran Persekutuan Tempatan atau Pesuruhjaya Daerah itu
mestilah didapatkan dahulu

374 Akibat (MS128)

Adanya lencana ini pada seseorang tidak memberi kepadanya taraf keahlian kepada Persekutuan

375 Cara Memakai (MS128)

Dipakai pada pakaian biasa dan tidak boleh dipakai pada pakaian seragam

Tanda Perkhidmatan Lama

376 Tanda Perkhidmatan Lama (MS128)

Diberi atas perakuan Pesuruhjaya Negeri

Cara Memakainya (MS129)

377 Dipakai pada pakaian seragam di sebelah atas saku kanan

378 Disimpan

379 Disimpan

Anugerah Keberanian

380 Anugerah Keberanian (MS129)

1) Dianugerahkan mengikut Ibu Pejabat PBBPM atas perakuan Persekutuan Tempatan, Pesuruhjaya
Daerah, Pesuruhjaya Negeri melalui boring tertentu

2) Jika permohonan itu bagi Pesuruhjaya, perakuan itu hanya boleh dibuat oleh Pesuruhjaya Negeri

3) Permohonan itu hendaklah mengandungi kenyataan lengkap

381 Peringkat Anugerah (MS129 MS130)

87
1) Pingat Emas Pita merah

2) Pingat Perak Pita Biru

3) Pingat Gangsa Pita Biru dan Merah

4) Timbal Diberi kepada Pingat (1), (2), (3)

5) Surat Kepujian

382 Cara Memakai (MS130)

Dipakai pada pakaian seragam di sebelah atas saku kanan, disematkan pada bendera kumpulan bagi
anugerah berkumpulan

383 Tanda Kain (MS130)

Mengikut warna peringkat pingat

384 Sijil penganugerahan diberi bersama-sama dengan pingat

Anugerah Pekerti Baik

385 Permohonan dan Pengeluaran (MS130)

Rujuk 380

386 Anugerah-anugerah ( (MS130)

1) Pingat Pekerti baik Pita hijau berjalur merah

2) Timbal

3) Sijil Pekerti Baik

4) Surat Penghargaan

387 Cara memakai (MS130)

Rujuk 382

388 Tanda Kain (MS130)

Berwarna hijau dan merah

389 Rujuk 384

Anugerah Perkhidmatan Baik

390 Permohonan dan Pengeluaran (MS131)

Rujuk 380

391 Peringkat (MS131 MS132)

88
1) Pingat Perkhidmatan Baik Pita Hijau (sekurang kurangnya 7 tahu berkhidmat)

2) Timbal kepada Pingat Perkhidmatan Baik Pita Hijau berjalur Kuning ( bagi 5 tahun selanjutnya
selepas 7 tahun berkhidmat)

3) Kepujian Ketua Pengakap Negara bagi pemimpin berpakaian seragam

4) Surat Penghargaan bagi ahli biasa

392 Cara memakai (MS132)

Rujuk 387-389

Pingat Semangat Padi dan Semangat Rimba

393 Syarat Penganugerahan (MS132)

1) Merupakan anugerah Pengakap Malaysia yang tertinggi Perkhidmatan cemerlang dan luar biasa

2) Merupakan anugerah Pengakap Malaysia kedua tertinggi Perkhidmatan yang terkemuka

3) Timbal kepada Pingat ini adalah anugerah Pengakap Malaysia yang kedua tertinggi kerana
perkhidmatan yang terkemuka selanjutnya

4) Dianugerahkan oleh Ketua Pengakap Negara

394 Cara Memakai (MS132 MS133)

1) Dipakai pada pakaian seragam atau pakaian biasa

2) Digantung pada leher dengan pita kuning

3) Timbal pada pingat ini digantung pada leher dengan pita kuning berjalur hijau

4) Pemegang Pingat Perkhidmatan Baik tidak boleh memakainya lagi apabila dianugerahkan Pingat
Semangat Rimba

5) Pemegang Pingat Semangat Rimba tidak boleh memakainya lagi apabila dianugerahkan Pingat
Semangat Padi

395 Tanda Kain (MS133)

Mengikut warna pita bagi setiap Pingat

BAHAGIAN X

Seksyen 1

Latihan Bagi Pemimpin

396 Dasar Latihan (MS133)

89
Diadakan oleh Persekutuan Pengakap Malaysia bertujuan untuk memberi sokongan peribadi dan
latihan kepada pemimpin-pemimpin melalui satu sistem latihan yang progresif berasas kepada
Persetiaan dan Undang-undang Pengakap

397 Tujuan (MS133)

Menolong pemimpin memberi latihan yang berkesan kepada pimpinannya dengan mengemas kini
ilmu dan pengalaman pemimpin tersebut

398 Skim Latihan (MS134 MS135)

1) Peringkat 1 Kursus Penerangan

Diadakan selama 6-7 jam bertujuan memberi penerangan tentang:

a) Tujuan dan Prinsip Pergerakan Pengakap

b) Persetiaan dan Undang-undang

c) Objektif

d) Cara-cara dan Tekniknya

e) Tanggungjawab seorang pemimpin

f) Ilmu jiwa kanak-kanak

g) Sejarah Pengakap

2) Peringkat 2 Latihan sambal Berkhidmat

Diadakan selama 6-8 minggu

3) Peringkat 3 Kursus asas Manik Kayu

Diadakan selama 3 hari

4) Peringkat 4 Kursus lanjutan

Diadakan selama 8 hari

5) Peringkat 5 Tempoh Penilaian

Tempoh penilaian adalah selama 4 bulan

399 Bahan dan Rujukan (MS135)

Boleh didapati dalam:

1) Dasar dan Susunan Latihan Baru bagi Pemimpin-pemimpin

2) Latihan Kepimpinan dalam Pengakap

3) Kaedah-kaedah dan Teknik-teknik yang berguna bagi Latihan Pemimpin-pemimpin

90
400 Latihan Khas (MS135)

Dijalankan oleh Pasukan-pasukan Latihan Daerah, Negeri dan Kebangsaan

401 Pasukan-Pasukan Latihan (MS135)

a) Ahlinya hendaklah terdiri daripada mereka yang mempunyai kelulusan, kemahiran dan
pengalaman berpengakap

b) Peraturan mengenai pentadbiran Pasukan Latihan hendaklah mendapat persetujuan daripada


Ketua Pesuruhjaya Pengakap Negara

SEKSYEN II

SKIM LATIHAN BAGI PENGAKAP

402 Skim Latihan (MS136)

Persekutuan Pengakap Malaysia akan menerbitkan buku skim latihan setelah mendapat kelulusan
daripada Ketua Pesuruhjaya Pengakap Negara

403 Ujian Ujian Dijalankan oleh penguji yang diluluskan oleh Pesuruhjaya Daerah

BAHAGIAN XI

AM

404 Pancaragam (MS 136)

Hendaklah diawasi supaya tidak mengganggu orang ramai

405 Pakaian Ahli Pancaragam (MS136)

Memakai seragam Pengakap melainkan telah mendapat kebenaran Ibu Pejabat PPM untuk memakai
pakaian seragam lain.

406 Main Di Laut (MS136 MS137)

Sebelum memberi kebenaran kepada pengakap untuk bermain di laut, pemimpin hendaklah
meneliti:

1) Keadaan laut ( tohor, bergelombang dan lain-lain)

2) Keadaan alatan yang hendak digunakan (sampan, rakit dan lain-lain)

3) alatan penyelamat nyawa ( pelampung, tali timba dan lain-lain)

4) umur, pengalaman, dan kecekapan Pengakap itu atau penjaganya

5) Peraturan-peraturan tempatan mengenai keadaan perairan dan alat-alat yang hendak digunakan

91
407 Berkhemah (MS137)

1) Berkhemah apabila mendapat kebenaran bertulis daripada Pesuruhjaya Daerah

2) Pesuruhjaya Daerah tidak boleh membenarkan Pengakap Kanak-Kanak berkhemah bersama-sama


Pengakap melainkan dalam keadaan yang luar biasa

408 Mengembara (MS137)

Mengembara apabila mendapat kebenaran bertulis daripada Pesuruhjaya daerah

409 Lawatan Ke Negara Asing (MS137)

Diadakan apabila mendapat kebenaran daripada Ibu Pejabat PPM dan segala permohonan
hendaklah melalui Pesuruhjaya Daerah masing-masing

410 Berlakon (MS137)

Pengakap yang berpakaian seragam tidal dibenarkan berlakon di panggung-panggung awam


melainkan pertunjukan itu ialah kerana mereka sendiri atau telah mendapat kebenaran daripada
Pesuruhjaya Daerah.

92
4.0 SEJARAH UNIT BERUNIFORM

4.1 SEJARAH PENGAKAP DUNIA

Pergerakan Pengakap diasaskan oleh Lord Baden Powell of Gilwell atau singkatannya BP.
Beliau ialah seorang askar Inggeris yang berpangkat Leftenan Jeneral pada tahun 1907.
Pergerakan Pengakap bermula di Pulau Brownsea, iaitu satu perkhemahan Pengakap yang
pertama di dunia. Beliau telah mengeluarkan satu rancangan latihan bagi Pengakap pada
tahun 1907.

Lord Baden Powell ialah Pengakap Agung Dunia yang dilahirkan pada 22
Februari 1857 di sebuah rumah yang berhampiran dengan Hyde Park, London. Nama
penuhnya ialah Lord Robert Stephenson Smyth Baden Powell dan bapanya bernama
Reverend H.G. Baden Powell, seorang profesor dalam bidang sains di Universiti Oxford.
Ibunya, anak kepada seorang Laksamana British yang bernama W.T. Smyth. Beliau
mempunyai tujuh orang adik beradik.Bapa Baden Powell meninggal dunia semasa beliau
berumur tiga tahun. Semasa kecil beliau sudah berminat hidup di luar rumah. Beliau pernah
berjalan dan berkhemah di beberapa tempat di England bersama dengan abangnya.
Pengalaman ini dapat memberi pengajaran kepadanya supaya bekerjasama dan sentiasa
taat pada perintah.

Pada tahun 1870, beliau telah memasuki sekolah Charterhouse England


dengan derma pelajaran. Beliau terkenal dalam bidang sukan, lakonan, lukisan dan muzik.
Semasa berusia 19 tahun, beliau telah tamat pengajian di Charterhouse dan terpaksa
memilih kerja ataupun ke Oxford. Beliau telah berjaya dengan cemerlang dalam peperiksaan
pemilihan seorang tentera. Dengan kejayaan ini, beliau tidak perlu memasuki Sandhurst dan
terus menjadi pengawai dalam pasukan Hussar ke-13 serta ditempatkan di India pada tahun
1876.

Pada tahun 1878, beliau dilantik menjadi Pengawai Memerintah Pasukan ke-5
Dragoon Guards di India. Pada tahun 1887, beliau telah dihantar ke Afrika bersama-sama
askarnya melawan kaum Zulu, dan beliau telah berjaya menawannya. Selepas itu beliau
telah ditugaskan untuk melawan bangsa Ashanti. Bangsa Ashanti terkenal sebagai bangsa
yang garang. Tetapi bangsa Ashanti sangat takutkannya, sehingga beliau diberi gelaran
serigala yang tidak pernah tidur atau Impeesa kerana keberanian dan kecekapannya.
Pada tahun 1899, beliau telah dinaikkan pangkat menjadi Kolonel.

Huru-hara telah tercetus di antara kerajaan British dengan negeri Transvaal


sehingga perhubungan kedua-dua negara menjadi sangat genting, dan Powell telah diberi
tugas untuk menubuhkan dua batalion askar berkuda untuk ke Afrika Selatan. Beliau telah

93
mempertahankan bandar Mafeking selama 217 hari daripada kepungan musuh yang
mempunyai bilangan askar yang berlipat ganda. Peristiwa ini berlaku pada 13 Oktober 1899
hingga 18 Mei 1900, sehinggalah bantuan dari pihak British datang menembusi kepungan
musuh.

Pada 1899 Semasa musuh mengepung bandar Mafeking, beliau telah


menggunakan kanak-kanak sebagai utusan dan pemberitahuan menggantikan askar di
medan peperangan Kapten Tusan. Kepantasan dan kecekapan kanak-kanak ini telah
memberi dorongan kepada beliau untuk seterusnya menubuhkan pergerakan Pengakap.
Selepas peristiwaan ini beliau telah dinaikkan pangkat menjadi Major Jeneral yang termuda.

Kesan daripada bantuan kanak-kanak di bandar Mafeking, beliau telah mula


merangka rancangannya pada tahun 1906 dan pada tahun 1907 beliau telah siap menulis
buku Aids to Scouting. Segala pengalaman semasa di Afrika telah dikumpulkan dalam
buku tersebut.Pada tahun 1907 juga, Baden Powell telah diundang untuk memeriksa satu
pembarisan pergerakan Brigade Muda oleh pengasas pergerakan ini, Sir William Smith.
Baden Powell telah berbincang dengan Sir William Smith serta pergerakan pekerja muda
yang lain untuk mengadakan satu perkhemahan terkenal di Pulau Brownsea di Poole
Harbour. Perkhemahan bermula pada 25 Julai hingga 9 Ogos 1907. Beliau merupakan
Scout Master atau Pemimpin Pengakap dalam perkhemahan tersebut. G W Green. H
Robson dan P W Everett merupakan penolong-penolong Baden Powell.

Perkhemahan tersebut telah memberi daya penggerak kepada BP untuk


menulis dan mengemaskini semula buku Aids to Scouting kepada Scouting for Boys.
Buku ini merupakan pandu asas pergerakan Pengakap sehingga hari ini. Buku tersebut juga
diterjemahkan kepada lima jenis bahasa lain lalu disebar di merata-rata dunia. Penubuhan
banyak kumpulan baru telah memberi keyakinan kepada beliau untuk meneruskan
perjuangan beliau dalam Pengakap sepanjang hayatnya. Beliau telah berhenti berkhidmat
dalam askar semasa beliau berpangkat Leftenan Jeneral.

Semasa tercetusnya Perang Dunia Pertama, kumpulan-kumpulan Pengakap


turut mengambil bahagian dalam mempertahankan negara England. Antaranya ialah
pengawasan tepi laut oleh Pengakap Laut. Dalam tahun 1919, Lord Baden Powell telah
mengadakan satu tapak perkhemahan Pengakap yang pertama di dunia dan dikenali
sebagai Gilwell Park di London. Gilwell Park juga merupakan tempat latihan ahli dan
pemimpin Pengakap yang terulung di dunia.

Pada tahun 1920, Pengakap dari seluruh dunia telah berkumpul di London
menghadiri jambori dunia pertama. Jambori itu diadakan di Richmond Park, sebanyak 6000

94
Pengakap Muda dari dua puluh jenis negara menghadiri jambori tersebut. Richmond Park
adalah terletak di Olympia, London. Pada malam akhir jambori ini, BP telah diisytiharkan
menjadi Pengakap Agung Dunia atau Chief Scout of the World.

Pergerakan Pengakap terus menular ke negara-negara lain sehingga apabila


genap usia penubuhannya 21 tahun, keanggotaannya melebihi dua juta orang.
Mengenangkan jaya yang diberikan, Baden Powell telah dianugerahkan darjah kemuliaan
yang tertinggi di England iaitu Lord, dan diberi gelaran Lord Baden Powell of Gilwell. King
George V merupakan penganugerah yang menjadikan BP seorang Baron. Lord Baden
Powell of Gilwell adalah diberi semperna Gilwell Park.

Pada tahun 1937 sewaktu usianya 80 tahun, beliau telah sakit tenat dan
terpaksa berhenti dari pergerakan Pengakap di merata-rata dunia. Beliau bersama isterinya
Lady Baden Powell atau Miss Olave Soames pengasas pergerakan pandu puteri telah
berhijrah ke Kenya, Afrika. Beliau bermastautin di sebuah kampung yang aman permai
selepas berkhidmat kepada dunia Pengakap selama 33 tahun.

Pada 8 Januari 1941, beliau meninggal dunia di Paxtu, Kenya. Beliau


disemadikan di Nyeri dalam lingkungan bayang-bayang gunung Kenya. Batu nisan beliau
turut diukir Robert Baden Powell, Chief Scout of World, born February 22nd 1857, died
January 8th 1941. Logo Pengakap dan pandu puteri turut diukir pada batu nisan tersebut.
Kuburnya telah diletakkan batu-batu berbentuk bulat dengan satu titik di tengah-tengah yang
bermaksud Gone Home. Kata-kata terakhir BP adalah seperti berikut: Tuhan memimpin
dan membantu di dalam kerja-kerjamu.

95
4.2 BIODATA PENGASAS PENGAKAP

Nama Penuh : Robert Stephenson Smith Baden Powell

Nama Singkatan : BP

Tarikh Lahir : 22 Februari 1857

Tempat Lahir : London, England

Pendidikan Awal : Charter House, London

Pekerjaan : Bekas Mejar Tentera British

Nama Bapa : Reverend H.G Baden Powell

Nama Isteri : Lady Olive Baden Powell

Tarikh Meninggal Dunia : 8 Januari 1941

96
4.3 SEJARAH PENGAKAP DI MALAYSIA

Sejarah Pengakap di MALAYSIA Pergerakan Pengakap mula berkembang di


Malaysia (Malaya) apabila F.C.Sands menubuhkan pasukan Pengkap Kanak-Kanak (cubs)
di Singapura pada tahun 1910 ( Dua tahun setelah BP mengasaskan Pergerakan ini di
England).

Bergerak dari tarikh itu, pada tahun 1919 Pasukan Pengakap untuk budak-
budak Melayu telah diasaskan oleh Kapten N.M. Hashim dan Encik A.Z.Alsagoff,juga di
Singapura. Negeri Melayu yang pertama memulakan Pergerakan Pengakap ialah Pahang
(Pekan) oleh G.M.Laidlow.Namun begitu, pergerakan ini terus terkubur setelah G.M.Laidlow
meninggal.

Pada tahun 1927, pergerakan Pengakap dihidupkan semula oleh


H.P.Hertslet, Frisby dan Wheeler dari Jabatan Pelajaran Pahang memajukan pergerakan ini.
H.R. Cheesman (seorang ahli pendidikan yang terkenal) telah menubuhkan pergerakan
Pengakap di Pulau Pinang iatu di Penang Free School pada tahun 1915.

Mendiang juga menjawat jawatan sebagai Penolong Pesuruhjaya Pengakap


Malaya selama 13 tahun lamanya. Di Perak pula, pergerakan pengakap ditubuhkan di
Maktab Melayu Kuala Kangsar (MCKK) pada tahun 1926 oleh I.R.Wheeler.Pada tahun
1922, pergerakan Pengakap bermula di Kedah. Manakala di Johor pula, pergerakan ini
bermula pada tahun 1928 dengan kumpulan pertamanya di Maktab Sultan Abu.Bakar.

Melaka dan Negeri Sembilan memulakan pergerakan Pengakap pada tahun


1926 oleh Brunstone. Selangor menubuhkan pergerakan Pengakap pada tahun 1926 oleh
Ameen Akbar. Terengganu dan Kelantan memulakan pergerakan ini pada tahun 1927.
Pengasas di Terengganu ialah A.J.Gracle,dan di Kelantan pula ialah YM Tengku Ahmad
Temenggong.

Perlis pula ialah pada tahun 1931. Sarawak menubuh pergerakan pengakap
pada tahun 1913 dan Sabah pada tahun 1915. Setelah merdeka pada tahun 1957,
Persekutuan Budak-Budak Pengakap Tanah Melayu, menjadi ahli dalam Persidangan
Pengakap Sedunia. Pada tahun 1963 (penubuhan Malaysia), Persekutuan Budak-Budak
Pengakap Tanah Melayu ditukar kepada Persekutuan Pengakap Malaysia.

Ringkasan Tahun Negeri Yang menubuhkan pergerakan Pengakap 1910


Singapura F.C. Sands 1913 Sarawak (tidak aktif sehingga tahun 1930) . 1915 Sabah (tidak
aktif sehingga tahun 1930) . 1915 Pulau Pinang H.R.Cheesman 1919 Singapura (pengakap
Melayu) Kepten NM Hashim/En.AZ Alsagoff 1922 Kedah EC Hicks / EAG Stuart / RPS

97
Walker 1926 Perak I.R. Wheeler 1926 Melaka & Negeri Sembilan Brunstone 1926 Selangor
Ameen Akbar 1928 Johor 1927 Terengganu A.J. Gracle 1927 Kelantan YM Tengku Ahmad
Temenggong 1931 Perlis.

Persekutuan Budak Pengakap Tanah Melayu telah ditubuhkan selepas


Perang Dunia Ke-2. Persekutuan Budak Pengakap Tanah Melayu telah menjadi ahli penuh
Persidangan Pengakap Sedunia pada 1 Sepetember 1957. Persekutuan Budak Pengakap
Tanah Melayu telah bertukar nama kepada Persekutuan Budak Pengakap Malaysia dimana
dianggotai Tanah Melayu, Singapura, Sabah dan Sarawak pada tahun 1964. Pada tahun
Ogos 1965, Singapura telah keluar daripada Persekutuan Budak Pengakap Malaysia sejajar
dengan Singapura keluar dari gagasan Malaysia.

Secara ringkas Sejarah Pengakap Di Malaysia :-

H.R Cheesman E.C Hicks, A.G


F.C Sands di Stuart, R.P.S
di Pulau Pinang I.R Wheeler di
Singapura Walker dan C.
(1915) dan Johor Perak ( 1926 )
(1910) Bloomfield di
( 1928 ) Kedah (1922)

A.J Cracle di Bird dan Roger


Terengganu Ameen Akhbar di R. Brunnston di
Smith di Negeri
Selangor (1926) Melaka ( 1925 )
(1926) Sembilan (1925)

Y.M Tengku Perlis dibawah Rev Canon


Ahmad naungan Kedah Thomas Cecil
Sarawak ( 1915
Temenggung di Alexender di
Kelantan ( 1927 ) (1931) Sabah ( 1913 )

98
4.4 SEJARAH PENGAKAP DI PERINGKAT INSTITUT PENDIDIKAN GURU (IPG)

Majlis Pengakap Kumpulan Latihan Malaysia, Institut Pendidikan Guru, Kementerian


Pendidikan Malaysia atau ringkasnya MPKLMIPG merupakan sebuah pergerakan pengakap
bertaraf negeri yang ditubuhkan pada bulan Jun 2010 di Institut Pendidikan Guru Malaysia,
Kementerian Pendidikan Malaysia (IPGM, KPM), Cyberjaya, Selangor. Penubuhan
MPKLMIPG merupakan kesinambungan Majlis Pengakap Kumpulan Latihan Malaysia,
Bahagian Pendidikan Guru, Kementerian Pendidikan Malaysia atau ringkasnya MPKLMBPG
yang ditutup setelah IPGM, KPM diwujudkan. Penubuhan MPKLMIPG telah dirasmikan oleh
YBhg Dr. Noriati binti A. Rashid, Pengarah Pusat Pembangunan Akademik, Institut
Pendidikan Guru Malaysia merangkap Pengerusi, MPKLMIPG pada 29 Mac 2011 di Shah
Alam, Selangor.

Fungsi utama penubuhan MPKLMIPG adalah untuk menjaga dan mengawasi


serta mengurustadbirkan 27 Pergerakan Pengakap Daerah yang dikenali sebagai Kumpulan
Latihan Malaysia (KLM) di 27 buah Institut Pendidikan Guru di seluruh Malaysia, seperti
yang termaktub dalam Buku Undang-undang Kecil MPKLMIPG. MPKLMIPG beribu pejabat
di Institut Pendidikan Guru Malaysia, Kementerian Pendidikan Malaysia. Penaung utama
MPKLMIPG ialah Menteri Pendidikan Malaysia, manakala penaung ialah Ketua Pengarah
Pendidikan Malaysia. Yang Di-Pertua MPKLMIPG yang pertama ialah YBhg Dato Dr. Haili
bin Dolhan, Rektor, IPGM, KPM yang pertama. Manakala YDP MPKLMIPG yang kedua
ialah YH Dato Sulaiman bin Wak, Rektor, IPGM yang kedua.

Seterusnya jawatan YDP MPKLMIPG dipegang oleh YBhg. Dr. Azian binti TS
Abdullah, Rektor IPGM, KPM yang ketiga (April 2016 hingga Oktober 2016). Kini jawatan
YDP MPKLMIPG dipangku oleh YBhg. Dr. Noriati binti A. Rashid, Timbalan Rektor IPGM,
KPM yang memangku jawatan Rektor, IPGM, KPM (Oktober 2016 hingga Mac 2017). Naib
Yang Di-Pertua MPKLMIPG yang pertama ialah YBhg. Dr. Amin bin Senin, Timbalan Rektor,
IPGM, KPM. Naib Yang Di-Pertua MPKLMIPG yang kedua ialah YBhg. Dr. Lee Boon Hua.
Kini jawatan Naib Yang Di-Pertua MPKLMIPG dipegang oleh YBhg. Dr. Noriati binti A.
Rashid, Timbalan Rektor IPGM, KPM. Pengerusi MPKLMIPG yang pertama ialah YBsh. Dr.
Noriati binti A. Rashid, Pengarah, Pusat Pembangunan Akademik, IPGM, KPM. Kini jawatan
ini disandang oleh YBsh. Dr. Jamiah binti Mohamad, Pengarah, Pusat Pembangunan
Akademik, IPGM, KPM.

Timbalan Pengerusi I yang pertama ialah YBsh. Pn. Latifah binti Mahmud,
Pengarah, Sektor Hal Ehwal Pelajar dan Hubungan Luar, IPGM. Kini jawatan ini disandang
oleh YBsh. Tuan Haji Rahim bin Abdul Latif. Manakala Timbalan Pengerusi II yang pertama
ialah Dr. Jamiah binti Mohamad, Ketua Jabatan Pengembangan Profesionalisme

99
Pensyarah, IPGM. Kini jawatan ini dipegang oleh YBsh. Dr. Mashitah binti Mohd. Yusuf.
Ketua Pesuruhjaya Pengakap Negeri MPLKMIPG yang pertama ialah Tn. Hj. Mohd. Kamar
bin Zainuddin, dari Institut Pendidikan Guru Kampus Bahasa-bahasa Antarabangsa, Kuala
Lumpur. Selepas persaraan beliau pada Julai 2010, MPKLMIPG dipimpin oleh En. Mohd.
Radzi bin Hj. Johari dari Institut Pendidikan Guru Kampus Ipoh, Perak sehingga kini.

MPKLMIPG digerakkan berdasarkan Undang-undang Kecil, Majlis Pengakap


Kumpulan Latihan Malaysia, Institut Pendidikan Guru Malaysia, Kementerian Pendidikan
Malaysia dan terikat dengan Perlembagaan Persekutuan Pengakap Malaysia.Kesemua
jawatan yang diwujudkan seperti di atas adalah selaras dengan peraturan seperti yang
termaktub dalam Buku Undang-undang Kecil MPKLMIPG. Kini MPKLMIPG telahpun berusia
31 tahun dan telah merayakan Jubli Perak penubuhannya pada bulan Ogos tahun 2015.

100
5.0 STRUKTUR DAN ORGANISASI

Pergerakan Pengakap di Dunia ini ditadbirkan dari peringkat Dunia hinggalah ke


peringkat bawahan. Di Malaysia, Pergerakan Pengakap ditadbir dari beberapa
peringkat iaitu peringkat Persekutuan, Negeri, Daerah, kumpulan dan unit-unit.

5.1 Struktur Organisasi Peringkat Dunia

5.2 Struktur Organisasi Peringkat Persekutuan

Persekunian Pengakap Malaysia (PPM) dinaungi oleh penung utama DYMM Sen
Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong dan penaung-penaung terdiri sultan bagi
negeri yang mempunyai sultan dan Tuan Yang Terutama bagi negeri-negeri yang
tidak mempunyai sultan. Bagi jawatan Ketua Pengakap Negara pula, Yang
diPertuan Agong akan melantik salah seorang menteri kabinet bagi memegang

101
jawatan itu. Ketua Pengakap Negara juga secara automatik akan memegang
jawatan Yang di-Pertua Majlis Pengakap Malaysia. Kuasa tertinggi persekutuan ini
ialah Majlis Pengakap Malaysia (MPM) yang menjalankan tugas utamanya bagi
menentukan dasar dan kegiatan Persekutuan Pengakap Negara. AhIl rasmi bagi
Jawatankuasa Majiis Pengakap Malaysia terdiri daripada:

Yang Dipertua
Naib yang Dipertua
Ketua Pesuruhjaya Pengakap Negara
Penolong-penolong Kenia Pesuruhjaya Pengakap Negara
Pesuruhjaya Antarabangsa
Penolongpenolong Pesuruhjaya Antarabangsa
Pesuruhjaya Latihan Negara
Semua Pesuruhjaya Negeri
Semua Setiausaha Majils Pengakap Negeri
Eksekutif litihan Negara
Pengelola Unhan Negara
Pengelola Persaudaraan BP
Bendahari Majiis Pengakap Malaysia
Ketua Setiausaha Majiis Pengakap Malaysia

Selain daripada ahli rasmi, MPM juga terdiri daripada ahli-ahli jawatankuasa yang
dilantik dan dipilih. Ahli-ahli yang dilantik ialah:

Seorang wakil daripada tiap-tiap Majils Pengakap Negeri;


Tiga orang wakil yang dilantik oleh menteri persekutuan bertanggungjawab
terhadap pendidikan, kewangan dan bella.
Seorang wakil dan Persatuan Pandu Puteri Malaysia; dan
Seorang dan Majiis Bella Malaysia.

Ahli yang dipilih pula tidak melebihi 20 orang yang akan ditentukan oleh MPM
melalui mesyuarat dwi tahunannya. Keablian bagi ahli yang dipilih tidak melebihi dua
tahun.

102
5.3 Struktur Organisasi Peringkat Negeri

Pentadbiran pengakap peringkat negeri di negara ni dikelolakan oleh Majils


Pengakap Negeri. Struktur pengakap negeri diketuai oleh Yang Dipertua Majiis
Pengakap Negeri yang juga merupakan Persuruhjaya Pengakap Negeri yang
dilantik oleh Persekutuan Pengakap Malaysia. Majlis Pengakap Negeri juga
mempunyai jawatankuasa kerja yang menjalankan tugas-tugas Majiis Pengakap
Negeri. Jawatankuasa kerja ini boleh menubuhkan beberapa jawatankuasa kecil
untuk menjalankan tugas-tugas pengurusan pengakap di peringkat negeri.

103
5.4 Struktur Organisasi Peringkat Daerah

Pentabdiran pengakap peringkat daerah dikendalikan oleh Pesuruhjaya Pengakap


Daerah. Pesuruhjaya.pesuruhjaya pengakap daerah adalah dilantik oleh
Persekutuan Pengakap Malaysia. Pesuruhjaya Pengakap Daerah bertanggungjawab
kepada perjalanan program pengakap peringkat daerah dan sentiasa membuat
penyelarasan dengan pengakap negeri dan pusat.Pesuruhjaya pengakap daerah
dibantu oleh penolong-penolong pesuruhjaya pengakap daerah.

104
Majlis Pengakap
Negara

Jawatankuasa
Kerja

Jawatankuasa Ibu Pejabat PPM Jawatan kuasa


Kecil kecil

Pesuruhjaya Majlis Negeri


Negeri

Jawatankuasa Jawatankuasa Jawantankuasa


Kerja Kewangan Diwal Am

Pesuruhjaya Majlis Pengakap


Daerah Daerah

Jawatankuasa Jawatankuasa
Kerja Kecil

Pemimpin Majlis &


Kuasa Kumpulan
Majlis Ketua Patrol

105
5.5 Struktur Dan Organisasi Peringkat Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM)

PENAUNG UTAMA
MENTERI PENDIDIKAN MALAYSIA

PENAUNG
KETUA PENGARAH PELAJARAN MALAYSIA

YANG DIPERTUA
YBHG. REKTOR
IPGM, KPM

NAIB YANG DIPERTUA I


TIMBALAN REKTOR
IPGM, KPM

PENGERUSI
PENGARAH, PPA, IPGM, KPM

TIMBALAN PENGERUSI I TIMBALAN PENGERUSI II


PENGARAH SHEPHL, IPGM, KPM KETUA JABATAN PPP, IPGM, KPM

KETUA PESURUHJAYA PENGAKAP


NEGERI MPKLMIPG PEMERIKSA KIRA-KIRA

SETIAUSAHA KEHORMAT

PEN.SETIAUSAHA PEN.SETIAUSAHA
KEHORMAT I KEHORMAT II
BENDAHARI KEHORMAT
PEN.SETIAUSAHA PEN.SETIAUSAHA
KEHORMAT III KEHORMAT IV

AHLI-AHLI BERUNIFORM AHLI MAJLIS YANG DILANTIK

106
5.6 Struktur Dan Organisasi Peringkat Institut Pendidikan Guru Malaysia
(IPGM)

PENAUNG
REKTOR IPGM, KPM

PENASIHAT
PENGERUSI MPKLMIPG

PENGERUSI
KETUA PESURUHJAYA PENGAKAP NEGERI MPKLMIPG

TIMBALAN PENGERUSI
PKPPNg MPKLMIPG: UNIT LATIHAN
TN. HJ. ARIFFIN BIN ZAINUDDIN

SETIAUSAHA
SETIAUSAHA KEHORMAT MPKLMIPG

PENOLONG SETIAUSAHA
SETIAUSAHA UNIT LATIHAN NEGERI

BENDAHARI
BENDAHARI KEHORMAT MPKLMIPG

ANGGOTA JAWATANKUASA

SEMUA PENOLONG KETUA PESURUHJAYA SEMUA JURULATIH ANTARABANGSA


PENGAKAP NEGERI MPKLMIPG MPKLMIPG
MPKLMIPG

107
5.7 Struktur Dan Organisasi Peringkat Institut Pendidikan Guru Malaysia (ZON)

PENGERUSI ZON
PENGARAH INSTITUT PENDIDIKAN GURU

TIMBALAN PENGERUSI ZON


TIMBALAN PENGARAH INSTITUT PENDIDIKAN GURU

PENOLONG KETUA PESURUHJAYA NEGERI


MPKLMIPG: UNIT ZON

SETIAUSAHA KEHORMAT
MPKLMIPG: UNIT ZON

PENOLONG SETIAUSAHA KEHORMAT


MPKLMIPG: UNIT ZON

BENDAHARI KEHORMAT
MPKLMIPG: UNIT ZON

ANGGOTA JAWATANKUASA

SEMUA PESURUHJAYA DAERAH KLMIPG


DALAM ZON BERKENAAN

SEMUA PEN. PESURUHJAYA DAERAH KUARTER MASTER


KLMIPG DALAM ZON BERKENAAN ALATAN

DUA ORANG
JURUAUDIT AHLI BIASA

108
5.8 Struktur Dan Organisasi Peringkat Institut Pendidikan Guru Malaysia
(KAMPUS)

KUASA PENGANJUR
PENGARAH INSTITUT PENDIDIKAN GURU

PESURUHJAYA DAERAH
KLMIPG

PENOLONG PESURUHJAYA DAERAH


KLMIPG

PENGERUSI KLMIPG
(PENOLONG PEMIMPIN)

TIMBALAN PENGERUSI KLMIPG


(PENOLONG PEMIMPIN)

SETIAUSAHA KLMIPG
(PENOLONG PEMIMPIN)

PENOLONG SETIAUSAHA KLMIPG


(PENOLONG PEMIMPIN)

BENDAHARI KLMIPG
(PENOLONG PEMIMPIN)

MAJLIS ENAM
SEKAWAN

KETUA ENAM SEKAWAN


PENGERUSI
KUNING

KETUA ENAM SEKAWAN NAIB PENGERUSI


MERAH

KETUA ENAM SEKAWAN


BIRU
SETIAUSAHA BENDAHARI QUATER MASTER

KETUA ENAM SEKAWAN


HIJAU

AHLI
109 JAWATANKUASA
5.9 Struktur Dan Organisasi Peringkat Sekolah

Setiap sekolah atau sebuah kumpulan pengakap hendaklah ditadbirkan oleh jawatankuasa
pengakap di peringkat kumpulan yang ditubuhkan. Kuasa penganjur sama ada guru besar
atau pengetua dan juga pemimpin yang dipilih sangar penting dan perlu memainkan
peranan masing-masing bagi memajukan sesuatu pergerakan dalam kumpulan yang
ditubuhkan. Pemimpin hendaklah membentuk jawatankuasanya dan perlu mendapat
kerjasama dan sokongan daripada ibu bapa dan penjaga bagi membenarkan anak ataupun
jagaannya menyertai pergeralcan pengakap.

Penubuhan saw pasukan pengakap di sesebuah sekolahataupun suatu kumpulan


hendaklah mempunyai keahlian sekurangkurangnya 6 orang ataupun Iebih dikenali sebagai
Enam Sekawan.Namun sebaik-baiknya hendaklah terdiri daripada kira-kira 36 orang yang
dikenali sebagai satu pasukan (Troop). Daripada satu troop itu boleh dibentuk kepada 6
kumpulan (Petrol) iaitu 6 orang setiap saw kumpulan. Jika sesebuah sekolah mempunyai
lebih daripada jumlah itu hendaklah dipecahkan kepada dua pasukan atau lebih berganrung
kepada ramai ahli di sekolah itu.Setiap penubuhan hendaklah ditadbir oleh satu
jawatankuasayang dikenali sebagai Jawatankuasa Kerja KumpuLan yang terdiri daripada:

Seorang Pengerusi
Seorang Setiausaha
Seorang Bendahari
Empat orang atau lebih ahli jawatankuasa

MAJLIS KETUA-KETUA GURU BESAR


SEKAWAN (KUASA PENGANJUR) MAJLIS PENGAKAP UNIT
PENGERUSI: GURU BESAR
PENASIHAT: NAIB PENGERUSI: PK
PEMIMPIN UNIT KOKURIKULUM
PEMIMPIN UNIT MAJLIS SETIAUSAHA: PEMIMPIN UNIT
PEMIMPIN BENDAHARI: PEN. PEMIMPIN
PENOLONG PEMIMPIN PEN. PEMIMPIN UNIT AHLI-AHLI MAJLIS: PEN.
UNIT PEMIMPIN

PENGERUSI:
ENAM SEKAWAN ENAM SEKAWAN ENAM SEKAWAN ENAM SEKAWAN
KETUA SEKAWAN BIRU UNGGU MERAH BIRU HIJAU

NAIB PENGERUSI:
QM QM
KETUA SEKAWAN MERAH QM QM

SETIAUSAHA:
AHLI AHLI AHLI QM
AHLI
KETUA SEKAWAN HIJAU

PENOLONG SETIAUSAHA: AHLI AHLI AHLI AHLI

KETUA SEKAWAN PUTIH


AHLI AHLI AHLI AHLI
BENDAHARI:
110
KETUA SEKAWAN UNGGU PEN. KETUA PEN. KETUA PEN.AHLI
KETUA
PEN. KETUA
SEKAWAN SEKAWAN SEKAWAN UBIRU SEKAWAN HIJAU
AHLI: UNGGU MERAH
6.0 PENGURUSAN DAN PENTADBIRAN

6.1 Pendaftaran Ahli Dan Kumpulan

KUMPULAN
Sebuah sekolah hanya boleh menubuhkan satu kumpulan sahaja.Dalam kumpulan
boleh diwujudkan beberapa pasukan.
BILANGAN ANGGOTA
Dengan bilangan 18 orang ahli dan 2 orang pemimpin , satu kumpulan boleh di
tubuhkan.Jika ahli melebihi 48 orang ia boleh di bahagikan kepada beberapa
pasukan.
PENDAFTARAN.
Tiap kumpulan hendaklah didaftarkan kepada Persekutuan Pengakap Malaysia
dengan mengisi borang:-

PPM 8 * Permintaan bagi Pendaftaran Kumpulan (sekali sahaja)

PPM 1 (A) * Pendaftaran keahlian (setiap tahun)

PPM 1(B) *Borang kawalan (statistik)

PPM 9 A *Permohonan Tauliah sebagai Pemimpin dalam Kumpulan.

Borang boleh diperolehi dari Pesuruhjaya Pengakap Daerah

6.2 Kuasa Penganjur

1. Meluluskan pendaftaran tahunan unit pengakap dengan ibu pejabat Persekutuan


PengakapMalaysia.

2. Merupakan salah seorang dari dua penurun tandatangan rasmi ( official signatories)
seorang lagiialah pemimpin kumpulan] bagi akaun simpanan atau semasa untuk unit
pengakap itu.

3. Mengesahkan penyata akaun unit yang disediakan oleh pemimpin pengakap.

4. Mengesahkan sebarang persuratan rasmi yang berkaitan dengan unit pengakap di mana
perlu.

5. Meluluskan permohonan untuk aktiviti-aktivi luaran ( seperti rombongan,


kembara,perkhemahan dan sebagainya ) untuk ahli-ahli.

6. Menyelia dan mengawal kemajuan unit pengakap di sekolahnya

111
6.4 Pengurusan Folio/Buku Log/Laporan Aktiviti format Asas Sesebuah Buku Log

Saiz dan ketebalanSaiz Buku Log yang sesuai adalah 21 cm x 32 cm dengan ketebalan 200
muka surat dan berkulit tebal.(200 Foolscap Book)Kulit Luar (Cover)Kulit luar buku amat
penting dijaga agar ianya tahan lama dan tidak mudah rosak. Sebaiknya kulit bukutersebut
dibalut dengan plastic (pvc book wrapper) agar tidak mudah binasa akibat basah.

Unit Ciri Unit ciri


Catatan Peribadi (Maklumat 1) Lencana Ekspedisi - 1 buku
diri) + Lencana Keahlian - 1 2) Lencana Jayadiri - 1 buku
buku 3) Lencana Kegiatan - 1 buku
Pengakap Lencana Keris Gangsa - 1 Pengakap 4) Lencana Kemahiran - 1
Kanak-kanak buku Remaja buku
Lencana Keris Perak - 1 5) Lencana Perkhidmatan - 1
buku buku
Lencana Keris Emas + 6) Ujian Sikap - 1 buku
Rambu Pengakap Kanak-
kanak - 1 buku
Catatan Peribadi + Lencana
Keahlian + Vigil + Pertabalan -
1 buku
Lencana-lencana Kemajuan -
1-5 buku
Catatan Peribadi (Maklumat Projek - 1 buku
diri) + Lencana Keahlian - 1 Program atau Aktiviti Khas
Pengakap buku Pengakap (jika ada) - 1 buku
Muda Lencana Usaha - 1 buku Kelana Pentarafan Pengakap Raja
Lencana Maju - 1 buku Buku Log Catatan peribadi /
Lencana Jaya + Rambu Lencana Keahlian
Pengakap Muda - 1 buku Buku Log Lencana Usaha
Buku Log Pengembaraan - Buku Log Lencana Maju
1 buku Buku log Lencana Jaya
Buku log Pengembaraan
Buku log Lencana Jayadiri
Buku log Lencana Kegiatan

112
6.3 Tanggungjawab Pemimpin

6.3.1 Tauliah Pemimpin

Pemimpinumur 18 tahun ke atas

Setiap pemimpin diwajibkan mempunyai tauliah pemimpin

Ada dua jenis tauliah Pemimpin

-Tauliah Sementara - (Pemimpin yang telah ada manikayu)

Tauliah Tetap - (Pemimpin yang telah ada manikayu)

Sekiranya seseorang pemimpin itu bertukar kumpulan, Borang PPM 9 A perlu diisi semula
dan tauliahlama dikembalikan.

6.3.2 Tugas Majlis Pemimpin

-Buku log kumpulan

-Kedatangan ahli unit dan pemimpin

-Stok alatan kumpulan

-Persediaan mengajar ( Program latihan mingguan)

-Surat kebenaran ibu bapa / penjaga (kegiatan luar)

-Pendaftaran kumpulan / keahlian Tahunan-Butiran peribadi ahli pengakap

-Rekod pemimpin

6.3.3 Aktiviti

Dijalankan seperti yang dirancang dalam mesyuarat AJK. Aktiviti boleh ditunda atau
disesuaikan mengikut keperluan dan keadaan.Guru penasihat akan mengumumkan
kepada ahli.Semua kegiatan dijalankan berdasarkan kepada skim latihan yang
dikeluarkan oleh PersekutuanPengakap Malaysia

113
6.4 Pakaian Seragam

6.4.1 Seragam Pengakap Lelaki

6.4.2 Seragam Pengakap Perempuan

114
6.4.3 Seragam Pengakap Pemimpin Lelaki

6.4.4 Seragam Pengakap Pemimpin Perempuan

115
Berikut adalah susunan lencana lengan kanan baju pengakap. (lihat rajah dibawah)

1) Nama negeri

2) Nama daerah

2) No kumpulan

* jarak setiap lencana adalh lebar 1 jari telunjuk atau bersamaan 1cm

116
6.5 Adat, Istiadat Dan Pembarisan

6.5.1 Cogan Kata Pengakap

Setiap Unit Persaudaraan Pengakap di Malaysia niempunyai Cogankata yang tersendiri.


Cogankata ini merupakan teras dan lambang kewibawaan unit ini serta sentiasa dilafazkan
dan dihormati. Cogankata ini adalah berbeza mengikut unit Pergerakan pengakap iaitu:-

Unit Pergerakan Pengakap Cogan Kata


Pengakap Kanak-Kanak BUAT SEHABIS BAIK
Pengakap Muda SELALU SEDIA
Pengakap Remaja PANDANG LUAS
Pengakap Kelana BERKHIDMAT SELALU

6.5.2 Logo Pengakap Malaysia

Terdapat 3 kelopak pada lambang yang membawa maksud 3 Persetiaan Pengakap iaitu:

Taat kepada Tuhan,Raja dan Negara, Menolong orang setiap masa, Menurut undang-
undang Pengakap.

Bintang pecah lima (berwarna hijau) menandakan undang-undang Pengakap yang sepuluh.

Ikatan hijau yang mengikat kelopak melambangkan Persaudaraan PengakapBintang


pecah 14 melambangkan Kesemua negeri-negeri dalam Malaysia

Bulan Sabit menandakan Agama rasmi Negara iaitu Agama Islam.

Lingkaran Tali melambangkan Perpaduan Rakyat Malaysia dan Persaudaraan Pengakap


Sedunia.

Warna kuning,hijau,merah yang terdapat pada lambang menandakan unit-unit Pengakap:

Kuning Pengakap Kanak-Kanak,


Hijau Pengakap Muda,
Merah Pengakap Remaja

117
Warna kuning pada bulan sabit dan bintang juga melambangkan warna diraja bagi Duli-Duli
Yang Maha Mulia Raja-Raja.

6.5.3 Hormat Pengakap

Hormat atau tabik Pergerakan Pengakap adalah perlakuan menerusi isyarat yang dilakukan
oleh ahi Pengakap kepada pemimpin, ketua, dan juga kepada sesama ahli kumpuIan
sebagai tanda hormat seseorang ahli pengakap dalam apa-apa acara atau hal-hal yang
membabitkan setiap pengakap. Hormat atau tabik dilakukan dengan cara:

Berdiri dalam keadaan sedia.


Tangan kanan di angkat paras bahu dengan rapak tangan terbuka ke hadapan.
Tiga jari tangan kanan iaitu jan telunjuk, Jan mans dan jari hantu ditegakkan.
bu jari diletakkan di atas ja kelengkeng yang dibengkokkan dan kedudukan tapak
tangan seperti di atas mencecah dahi.

Maksud Hormat Pengakap

1. Berdiri dalam keadaan sedia sebagal tanda hormat antara satu sama lain tanpa mengira
pangkat sesiapa yang ternampak ahli Pengakap yang lain, maka dialah yang perlu memberi
Hormat Pengakap terlebih dahulu.

2. Tiga jari mengingatkan ahli Pengakap kepada 3 perkara di dalam logo dan Persetiaan
Pengakap.

6.5.4 Berjabat Tangan Pengakap

Selain memberi hormat pengakap, terdapat berbagai-bagai cara memberi


penghormatan kepada orang lain dan ianya berbeza mengikut bangsa dan sesebuah
tempar atau negara. Ada yang mengangkat topi, mengendurkan lutut dan runduk sebagai
tanda hormat. Pergerakan Pengakap juga mempunyai cara dan kaedah yang tersendiri
dalam berjabat tangan. Salam menerusi berjabat tangan adalah tanda hormat yang Iebih
mesra dan juga sebagai tanda untuk bertegur sapa antara sama lain.

Sejarah berjabat tangan dalam pergerakan pengakap diamalkan bermula sejak Lord
Baden Powell melawar Kenya. Beliau melihat puak Zulu walaupun tangan kanannya tidak
meletakkan senjatanya walaupun seketika, tetapi masih bersalam dengan tangan kin
sebagai tanda menghormati tetamu. Lantas Lord Baden Powell tenis mengambil perlakuan
mi sebagai amalan pengakap sehingga kini sebagai tanda persaudaraan pengakap.

118
Walau bagaimanapun, berjabat tangan Pengakap di Malaysia dilakukan dengan
menggunakan tangan kanan. Perlakuan ini bersesuaian dengan budaya kita serta kehendak
agama Islam, agama rasmi negara Malaysia. Walau bagaimanapun, bagi ahli-ahli Pengakap
di luar Malaysia, mereka berjabat tangan dengan menggunakan tangan kini.

Salam Ahli Pengakap


Dunia (Tangan Kiri)

Salam Ahli Pengakap


Malaysia (Tangan Kanan)

119
6.5.5 Lagu Pengakap

6.5.6 Persetiaan Pengakap

120
6.5.7 Asas Kawad Kaki

Setiap pengakap boleh melakukan pergerakan asas perbarisan dengan betul dan serentak.
Mereka seharusnya dapat memberi hukuman atau sebagai ketua perbarisan dalam
patrolnya sendiri. Mereka perlu sentiasa berlatoh melakukan pergerakan asas perbarisan. Di
bawah ini, terdapat beberapa pergerakan dalam asas perbarisan.

KEDUDUKAN PERKARA KEDUDUKAN PERKARA


- Arahan diberi oleh ketua - Memusing kaki/kiri kanan
perbarisan. Ke kanan/kiri sebanyak 90 ke kanan.
Masuk Baris - Semuaahli pengakap masuk pusing - Angkat kaki kiri dan hentak kaki
baris. lain di sebelah kaki kanan/kiri
dalam kedudukan sedia.
- Berdiri tegak. - Seperti dengan ke kanan
Sedia - Hujung kaki dibuka lebih Ke Belakang pusing.
kurang 12cm. Pusing -Perbezaannya ialah memusing
kaki kanan sebanyak 180.
- Bukakan kaki kiri ke kiri. - Barisan hadapan melangkah 2
- Kedua-dua tangan disimpan langkah ke hadapan.
Senang Diri di paras punggung. Buka Barisan - Barisan belakang melangkah 2
- Tangan kanan seperti hormat langkah ke belakang.
pengakap dan tangan kiri
menggengamnya.
- Seperti senang diri. - Barisan hadapan melangkah 2
Rehatkan Diri - Tangan dinaikkan dan Tutup Barisan langkah ke belakang.
diletakkan di paras pinggang. - Barisan belakang melangkah 2
langkah ke hadapan.
- Pengakap yang berada di - a) Paras ahli tinggi di tengah
barisan hadapan kanan tidak - b) Paras ahli rendah di tengah
perlu bergerak. - c) Paras ahli tinggi di kiri
- Pengakap yang berada di - d) paras ahli tinggi di kanan
barisan hadapan (kecuali - Cara membuat ( dengan
kanan) mengeluarkan kaki kiri memberi hukuman ) :
ke hadapan, angkat sedikit ke # yang tinggi ke kanan, yang
Ke Kanan atas dan hentak kaki ke tanah. rendah ke kiri dalam satu
Lurus Dan Diikuti oleh kaki kanan diangkat barisan paras
Pandang ke hadapan dan dihentak ke # nombor ( pengakap pertama
Hadapan tanah di sebelah kaki kiri. Paras menyebut 1, kedua 2, ketiga 3 )
- Kemudian, menggengam dan # yang ganjil angkat tangan (no.
menghulurkan tangan kanan ke 1, 3 ,5 )
sebelah bahu pengakap di # yang genap angakat tangan
kanan dan memandang ke arah (no. 2, 4, 6)
kanan. # jatuh (diberi apabila hukuman
- Betulkan kedudukan. angkat tangan)
- Pengakap yang berada di # Yang kanan sekali, diam,
belakang bergerak sehingga nombor ganjil ke kanan, nombor
kedudukannya selari dengan genap ke
pengakap yang lain. kiri, barisan genap dan ganjil
- Jatuhkan tangan dan sedia paras.
apabila mendengar arahan # Jadikan 3 barisan cepat
pandang depan. jalan.

121
KEDUDUKAN PERKARA
Langkah Ke - Hukuman ini dapat diberi dalam 2 pergerakan, iaitu ke kanan dank e
Sebelah kiri.
- Pengakap uang diberi hukuman mestilah melangkah kira-kira 20 inci
ke kanan/ kiri.
- diberi untuk memberi rehat dan malakukan aktiviti seterusnya.
Keluar Baris - Pengakap berpusing ke kanan, bergerak tiga langkah ke hadapan
dengan kaki kiri bergerak dahulu akhirnya pecah.

Bersurai - Sama seperti keluar baris.


- Perbezaan ialah diberi apabila tidak ada aktiviti seterusnya pada hari
itu.

Sedia Rehatkan Diri

Senang Diri Pusing Ke Kanan

122
Ke Hadapan Lurus Pusing Ke Kiri

Ke Belakang Pusing Ke Kanan Lurus

123
6.5.8 Ikatan dan Simpulan

Ikatan dan simpulan dapat dibahagikan kepada beberapa penggunaannya seperti:

1.Mendaki

2.Kehidupan seharian

3.Memancing

4.Seni

5.Pengakap

6.Mencari dan Menyelamat

7.Bidang Perkapalan dan sebagainya.

Jenis Ikatan Perkara Gambar


Untuk sambung dua utas tali yang sama besar.Suatu
SIMPULAN simpulan yang tegap dan tidak mudah lucut.Ia
BUKU SILA digunakan untuk mengikat benda -benda kecil seperti
mengikat layar kapal, bungkusan, mematikan simpulan
pada anduh, dan mengikat khemah yang dilipat.
Digunakan untuk membuat tanjul yang tidak boleh
mencerut.Ia juga digunakan untuk kerja-kerja
TINDIH menyelamat,iaitu dengan cara mengikatkan tali pada
KASIH pinggang.

Untuk sambung dua utas tali yang tidak sama besar


SIMPULAN atau tali yang berlainan jenisnya.Digunakan untuk
BUNGA sambung tali penarik bendera ke tali di penghujung
KETI bendera dalam flag break.

Untuk sambung dua utas tali yang halus, licin, dan


SIMPULAN sama besar seperti tali pancing.Ia digunakan oleh
PENGAIL nelayan untuk mengikat tali pukat dan jala.

Ikatan ini digunakan untuk mengikat tali pada kayu


balak, tiang atau pancang.Ia berfungsi sebagai
permulaan dan penamat atau untuk mematikan ikatan
IKATAN seraya, ikatan silang gunting, ikatan lantai, ikatan silang
MANUK nombor lapan.Ikatan ini juga digunakan untuk membuat
gejet(permulaan bagi ikatan-ikatan yang telah
disebutkan diatas tadi).

Ia digunakan untuk mengikat kayu balak, tiang kapal,


IKATAN atau bungkusan yang besar supaya mudah
BALAK ditarik.Permulaan kepada ikatan serong.(ikatan balak
juga boleh digunakan dalam ikatan untuk membuat
gejet selain ikatan manuk)

124
IKATAN Merupakan satu simpul pengunci yang tidak mudah
ANGKA dilepaskan.Simpul angka no.8 ini juga merupakan salah
NOMBOR satu daripada stopper knots.
LAPAN

Untuk merapatkan dan mengikat dua batang kayu


bersilang.
IKATAN
SERONG
/SILANG

Digunakan untuk mengikat kayu,buluh atau tiang bagi


IKATAN membuat jambatan,gejet,menara,tiang,bendera dan
SERAYA lain-lain.Langkah pertama dimulakan dengan simpul
manuk(cuba lihat gambar no.1).kemudian lilit dengan
kemas dan ketat ,akhir sekali dimatikan dengan simpul
manuk juga.

Untuk menguatkan batang kayu yang lemah dan untuk


IKATAN menyambung dua batang kayu/buluh untuk membuat
SILANG kaki yang bersilang.
GUNTING

Ikatan ini adalah digunakan untuk membuat


SILANG jambatan,menara,gejet,dan menyambung kayu dengan
TUNGKU mengikat tiga batang kayu/buluh yang sama besar

125
6.5.9 Cerita Hutan

Cerita hutan menjadi sebahagian daripada bahan yang penting dalam latihan Pengakap
Kanak-kanak sehingga ke hari ini.

Contohnya Kisah MOWGLI THE JUNGLE BOOK

Mengisahkan bagaimana Gisborne, seorang renjer hutan Inggeris di India yang ketika itu
dijajah oleh British, menemui seorang pemuda bernama Mowgli yang memiliki kemahiran
memburu dan menjejak yang luar biasa, lalu mengajaknya menyertai perkhidmatan
perhutanan. Lambat-laun, Gisborne mengetahui punca kebolehan luat biasa Mowgli, iaitu
bahawa dia dibesarkan oleh sekawan serigala dalam hutan.

Kemudian, Kipling mengarang butiran kehidupan Mowgli sewaktu kanak-kanak.


Tercicir oleh ibu bapanya dalam hutan rimba India akibat serangan harimau, seorang bayi
manusia dibesarkan oleh sepasang serigala lalu dinamakan Mowgli si Katak kerana tiada
bulu. Shere Khan si harimau menuntut agar bayi itu diserahkan kepadanya tetapi ditolak
oleh serigala tersebut. Oleh itu, Mowgli membesar bersama sekawan serigala, dan
memburu bersama adik-beradik serigala. Mowgli setanding dengan mana-mana serigala
dari segi kekuatan, tetapi mendapat sanjungan istimewa kerana boleh menanggalkan duri
dari kaki adik-beradiknya. Bagheera (si harimau kumbang) berkawan dengan Mowgli,
kerana mengakui kedua-dua mereka ada persamaan dari segi zaman kanak-kanaknya, iaitu
Bagheera pernah "dibesarkan dalam sangkar Raja di Oodeypore" sejak kecil, maka
mengenali cara hidup manusia.

Baloo si beruang pula, sebagai pendidik kepada serigala, mengajar Mowgli undang-
undang hutan. Di pedalaman India pada zaman dahulu ada seekor harimau tua yang
tempang kakinya dan paling dibenci oleh binatang-binatang yang hidup aman dalam sebuah
kawasan hutan. Harimau ini bernama Shere Khan. Pada suatu malam ketika dia
menghendap-hendap mencari makanan Shere Khan ternampak sebuah khemah pemotong
kayu. Di dalam khemah itu, pemotong kayu suami isteri dan seorang anak meeka yang
masih kecil sedang tidur dengan nyenyak. Di sisi khemah itu, unggun api menyala dengan
maraknya. Kerana terlalu gembira menemui mangsanya itu Shere Khan terus menerkam.
Malangnya Shere Khan terpijak bara unggun api yang ada di sisi khemah itu.

Dia pun melolong kesakitan sehingga menggemparkan satu keluarga serigala yang
tinggal dalam sebuah gua batu tidak jauh dari situ. Sedang Bapa Serigala berlari keluar dari
guanya hendak menyiasat kejadian itu, tiba-tiba dia terdengar sesuatu merayap di dalam
semak. Apabila dia bersedia hendak menerkam, dia ternampak seorang anak manusia
sedang merangkak ke arahnya dengan berani. Budak itu adalah anak pemotong kayu yang

126
tertinggal di dalam khemah ketika ibu bapanya melarikan diri apabila terdengar lolongan
Shere Khan tadi. Bapa serigala menggonggong budak itu dan membawanya ke dalam gua.
Ibu serigala kasihan dan tertarik hati kepadanya kerana budak itu sedikit pun tidak takut
kepada mereka malah berebut-rebut dengan anak serigala yang lain menghisap susu Ibu
Serigala. Kedua-dua Ibu dan Bapa Serigala bersetuju menerima budak itu sebagai anak
mereka sendiri dan menamakannya Mowgli.

Anak-anak serigala yang lain juga sayang kepadanya dan menganggap Mowgli
sebagai saudara mereka sendiri. Tetapi tidak lama kemudian Shere Khan datang ke mulut
gua itu dengan dipandu Tabaqui, seekor rubah (jackal), yang memang hidupnya memakan
sisa tangkapan binatang-binatang lain. Tabaqui terdahulu daripada itu telah dapat
mengesan ke mana budak kecil pemotong kayu itu pergi dan mengharap dapat makan sisa-
sisa Shere Khan jika harimau tempang itu memakan budak itu nanti. Bagaimanapun apabila
Shere Khan menuntut supaya Bapa Serigala menyerahkan budak itu, yang didakwanya
sebagai haknya, Bapa dan Ibu Serigala menentang. Shere Khan cuba hendak mengambil
budak itu dari dalam gua, tetapi badannya tidak muat melalui pintu gua. Dengan marah dia
akhirnya meninggalkan gua itu tetapi bersumpah yang suatu hari nanti budak itu akan tetap
menjadi mangsanya. Semenjak itu, Mowgli tinggal bersama-sama keluarga serigala itu dan
benar-benar sebagai anak serigala di dalam hutan.

DITERIMA SEBAGAI AHLI KUMPULAN SERIGALA

Ada suatu adat Kumpulan Serigala yang tinggal di hutan itu. Apabila anak-anak
serigala sudah agak besar, mereka mestilah ditunjukkan kepada semua anggota Kumpulan.
Mereka mengadakan Sidang Kumpulan sebulan sekali pada malam bulan purnama di
kawasan berbatubatu yang dipanggil Batu Sidang. Di sinilah nasib anak-anak serigala
ditentukan, sama ada diterima sebagai anggota Kumpulan atau sebaliknya. Apabila seekor
anak serigala sudah diterima sebagai anggota Kumpulan, tidak seekor serigala lain pun
boleh membunuhnya, dan jika ada yang membunuh, hukumannya ialah bunuh juga. Bapa
Serigala menunggu sehingga anak-anaknya termasuk Mowgli, sudah boleh berlari lari.
Kemudian, pada suatu malam bulan purnama, Bapa dan Ibu Serigala pun membawa
anakanak mereka ke Batu Sidang itu. Apabila semua anggota Kumpulan sudah berada di
situ dengan anak masing-masing, Ketua Kumpulan, seekor Serigala Jantan yang gagah lagi
bijaksana bernama Akela, mula menyuruh ibu-ibu serigala menunjukkan anak masing-
masing untuk dilihat oleh anggota-anggota Kumpulan.

Akhirnya tibalah kepada giliran Mowgli. Dia sedikit pun tidak menunjukkan rasa takut
sebaliknya bergurau dengan anak-anak serigala lain seolah-olah dia pun serigala juga.
Apabila Akela menyuruh anggota-anggota Kumpulan melihat Mowgli dan membuat

127
keputusan, tiba-tiba Shere Khan mengaum dari belakang batu besar. "Anak manusia
milikku. Berikan dia kepadaku semula kerana anak manusia tidak layak hidup bersama
kumpulan Serigala!" katanya. Setelah senyap seketika, mulalah beberapa ekor anak
serigala yang sudah agak dewasa menyatakan rasa tidak setuju mereka menerima Mowgli.
Mengikut Undang-undang Hutan, apabila timbul perselisihan begitu, dua anggota Kumpulan
yang bukan ibu atau bapa kepada anak serigala itu mestilah bercakap menyokongnya baru
dia diterima menjadi anggota Kumpulan. "Siapakah antara anggota Kumpulan yang
bersedia menyokong?" tanya Akela, Ketua Kumpulan. Tidak seekor pun anggota Kumpulan
itu bersuara dan Ibu Serigala pun bersedia hendak bertempur bermati-matian untuk
mempertahankan Mowgli. Seekor binatang lain yang bukan anggota Kumpulan itu tetapi
dibenarkan bercakap dalam Sidang Kumpulan ialah Baloo, seekor beruang tua yang
menjadi guru mengajar anak-anak serigala Undang-undang Hutan.

Setelah tidak ada serigala yang lain bercakap, Baloo berdiri di tempatnya di belakang
Batu Sidang dan menyokong supaya Mowgli diterima sebagai anggota Kumpulan. Dia
sendiri berjanji akan mengajar Mowgli. Tetapi Mowgli memerlukan lagi satu suara
menyokongnya. Ketika Akela meminta sokongan lagi, Bagheera, seekor Harimau Kumbang
yang tangkas tetapi baik hati, tiba-tiba bercakap. Walaupun dia tidak berhak bersuara, tetapi
mengikut Undang-undang Hutan, nyawa seekor anak serigala boleh ditebus dengan seekor
buruan. Dia akan menghadiahkan seekor lembu jantan yang baru dibunuhnya dan
disembunyikan tidak jauh dari situ untuk menebus nyawa Mowgli supaya diterima sebagai
anggota Kumpulan. Anggota-anggota Kumpulan segera bersetuju menerima Mowgli sebagai
anggota apabila mendengar hadiah lembu jantan yang ditawarkan oleh Bagheera itu.
Mereka turun dari bukit dan pergi beramai-ramai mendapatkan buruan itu dan tinggallah
Akela, Bagheera, Baloo dan keluarga Mowgli saja di Batu Sidang itu. Shere Khan mengaum
lagi sekuat hatinya, terlalu marah kerana budak itu tidak diserahkan kepadanya. Tetapi
Akela berkata keputusan itu amat baik kerana manusia dan anak mereka memang baik dan
Mowgli akan dapat memberi pertolongan kepada suatu hari kelak

. " Kekuatan sesebuah enam sekawan adalah ahli sekawannya dan kekuatan ahli
sekawan terletak pada enam sekawannya "

128
7.0 RUJUKAN

Amir Hamzah Aman. (2014). Pengakap Kanak Kanak. Puchong, Selangor


PenerbitanMultimedia.

Amzan.A.Malek. & Hazira Hamsah. (2007). Pergerakan Pengakap Malaysia. Kuala Lumpur:
PTS Professional Publishing Sdn. Bhd.

Gordon Koh H.K. (2004). panduan Lencanaa Tertinggi Pengakap Remaja. Shah Alam,
Selangor Darul Ehsan: Penerbit Fajar Bakti Sdn. Bhd.

Mohd Jamal Mohd Jadi. (1989). Sejarah Pergerakan Pengakap. Melaka : Siswazah
Enterprise.
Persekutuan Pengakap Malaysia (1974). Misi dan VlSI Persekutuan Pengakap Malaysia
2016. Diperolehi daripada http://www.pengakapmalaysia.org/utama/ pada 4 Julai 2017

Wikipedia (2006). Silver Wold Award. Diperolehi daripada https://en.wikipedia .


org/wiki/Silver_Wolf_Award pada 3 Julai 2017

Loga dan cogan kata pengakap diperolehi daripada


https://persatuanpengakap.wordpress.com/about/kawad-kaki/

Sejarah penubuhan Pengakap diperolehi pada 2 Julai daripada


https://pengakapkump21.wordpress.com/2014/09/07/sejarah-pengasas-pengakap-lord-
baden-powell/

Ikatan dan simpulan Pengakap diperolehi pada 3 Julai 2017 daripada


http://losongscout.blogspot.my/2013/03/ikatan-dan-simpulan-pengakap.html

Organisasi dan Pentadbiran diperolehi pada 4 Julai 2017 daripada


http://www.pengakapmalaysia.org/utama/?page_id=391

129

You might also like