You are on page 1of 3

SMK BANDAR UTAMA DAMANSARA 2

JALAN BU 1/11, 47800 PETALING JAYA


SELANGOR

KERTAS KERJA

KELAB PENCEGAHAN JENAYAH


SMK BANDAR UTAMA DAMANSARA 2

“PERTANDINGAN KUIZ KESEDARAN


PENCEGAHAN JENAYAH”

Disediakan oleh
ABDUL MUDZIL BIN MAHAMOD
KETUA PENASIHAT KELAB PENCEGAHAN JENAYAH
SMK BANDAR UTAMA DAMANSARA (2)
1. PENDAHULUAN
Kelab Pencegahan Jenayah telah merancang satu pertandingan bagi
menggalakkan penyertaan murid dalam aktiviti kokurikulum peringkat sekolah.
Diharapkan pertandingan yang akan dilaksanakan dapat melahirkan ahli-ahli yang
bertanggungjawab dan mempunyai kesedaran yang tinggi tentang bahaya jenayah,
menghindarkan diri dari terperangkap dan menjadi mangsa jenayah serta membantu
sekolah dalam mencegah dan membanteras jenayah.

2. TEMA PROGRAM

“Pertandingan Kuiz Kesedaran Pencegahan Jenayah’’

3. OBJEKTIF PROGRAM

3.1 Membina rasa patuh kepada peraturan dan undang-undang


3.2 Melahirkan kesedaran dan rasa tanggungjawab dalam pencegahan jenayah
3.3 Membina nilai-nilai moral yang tinggi bahawa pencegahan adalah lebih baik
daripada memerangi jenayah
3.4 Menggalakkan ahli-ahli menjalankan aktiviti yang berfaedah
3.5 Menanamkan azam dalam diri untuk menjalankan tanggungjawab kepada
agama, bangsa dan negara dalam hal-hal jenayah

4. ANJURAN

Kelab Pencegahan Jenayah SMK Bandar Utama Damansara 2

5. TARIKH / TEMPAT

Tarikh : Julai
Hari : Rabu (Perjumpaan Mingguan)
Masa : 1.30 – 4.30 petang
Tempat : Google Meet

6. SASARAN

Terbuka kepada semua ahli Persatuan dan Kelab SMK Bandar Utama Damansara 2.

7. SYARAT-SYARAT PERTANDINGAN

7.1 Tema bagi soalan kuiz adalah berbentuk umum, iaitu pengetahuan am tentang
kesedaran pencegahan jenayah di Malaysia.
7.2 Pertandingan dijalankan secara maya melalui portal Quizizz.
7.3 Peserta akan diberi pautan kuiz pada hari pertandingan.
7.4 Terdapat 40 soalan kuiz yang akan dijawab oleh para peserta.
7.5 Kuiz akan dijalankan sekali pusingan sahaja mengikut format live-quiz session.
7.6 Pemenang dipilih berdasarkan kedudukan mata yang diperoleh.
8. AHLI JAWATANKUASA INDUK

Pengerusi : En. Norzi bin Saari (PK Kurikulum)


Naib Pengerusi 1 : Pn. Salawati binti Ahmad Ghazali (PK. Kokurikulum)
Naib Pengerusi 2 : Pn. Jamilah bt Mahmud (SU Kokurikulum)
Penyelaras : En. Abdul Mudzil bin Mahamod
Setiausaha : Pn. Arina binti Mamat

9. KEWANGAN
BIL SUMBER KEWANGAN RM
1. Bayaran Bantuan Tambahan Persekolahan (BBTP) 150.00
Kokurikulum
JUMLAH 150.00

BIL ANGGARAN PERBELANJAAN RM


1. Hadiah untuk Pertandingan Kuiz Kesedaran 150.00
( RM 150.00 Voucher Alat Tulis)
● Tempat pertama RM 50.00
● Tempat kedua RM 40.00
● Tempat ketiga RM 30.00
● Saguhati RM 30.00 (3 x RM 10.00)
JUMLAH 150.00

10. PENUTUP

Pihak penyelaras mengharapkan agar program ini dapat dilaksanakan dengan


jayanya dan mendapat sambutan yang baik daripada semua murid. Terima kasih
diucapkan kepada Tuan Pengetua, Penolong Kanan Kokurikulum, Guru Penasihat
Kelab Pencegahan Jenayah dan semua guru SMK Bandar Utama Damansara 2 atas
sokongan dan komitmen yang diberikan bagi menjayakan program ini.

Disediakan oleh, Disahkan oleh,

……………………………….. …………………………
(ABDUL MUDZIL BIN MAHAMOD) (SALAWATI BINTI AHMAD GHAZALI)
Ketua Penasihat Pen. Kanan Kokurikulum
Kelab Pencegahan Jenayah SMK Bandar Utama Damansara (2)

Diluluskan oleh,

………………………………
(MOHD HIJAZI BIN MOHD HARAWI)
Pengetua
SMK Bandar Utama Damansara (2)

You might also like