You are on page 1of 8

Tuisyen PTRS Sejarah

(Pakej A Kump. A & B)


Selasa | 28 September 2021 | Google Meet
Ulangkaji (Inti pati Bab 5)
Ulangkaji (Inti pati Bab 5)
Soalan 1 (c)
c) Dasar berbaik-baik dengan negara jiran memberi manfaat kepada
negara terbabit. Beri ulasan anda.
(4 markah)

Dasar berbaik-baik dengan negara jiran memberi manfaat kepada


negara terbabit dari aspek kemakmuran ekonomi. Ini kerana,
hubungan baik dengan negara jiran akan membantu meningkatkan
hubungan perdagangan. Contohnya, Indonesia membeli produk
berasaskan kelapa sawit dari negara Malaysia. Ini juga akan
mewujudkan pasaran buruh kerana negara terbabit boleh menerima
tenaga kerja dari negara luar / pekerja asing. Malah, hubungan baik
antara negara jiran dapat menarik kemasukan pelancong.
Soalan 2 (c)
c) Pada pandangan anda, apakah cabaran yang perlu dihadapi oleh
Malaysia bagi mengekalkan kemakmurannya?
(4 markah)

Pada pandangan saya, antara cabaran yang perlu dihadapi oleh


Malaysia ialah cabaran untuk mengekalkan kestabilan politik tanah air.
Pada hari ini, jelas berlaku perebutan kuasa antara pemimpin politik
melibatkan pelbagai parti. Contohnya, berlaku persaingan kuasa
melibatkan parti UMNO, BERSATU, PKR dan beberapa parti yang lain.
Ini menyebabkan pentadbiran negara menjadi goyah dan tidak stabil.
Kesannya, kerajaan tidak dapat memberi perkhidmatan yang baik
kepada rakyat.
Soalan 2 (c)
c) Pada pandangan anda, apakah cabaran yang perlu dihadapi oleh
Malaysia bagi mengekalkan kemakmurannya?
(4 markah)

Selain itu, antara cabaran yang perlu Malaysia hadapi ialah untuk
mengukuhkan perpaduan rakyat. Ini kerana di Malaysia, kita
mempunyai pelbagai kaum seperti kaum Melayu, India, Cina dan
kaum-kaum bumiputera di Sabah dan Sarawak. Setiap kaum
mempunyai budaya dan cara hidup yang berbeza. Maka, menjadi
cabaran untuk negara kita mewujudkan sikap saling menghormati /
bertoleransi dengan budaya masing-masing. Oleh itu, kebijaksanaan
pemimpin mampu mewujudkan semangat perpaduan antara kaum di
negara kita.
Soalan 2 (c)
c) Pada pandangan anda, apakah cabaran yang perlu dihadapi oleh Malaysia bagi mengekalkan
kemakmurannya?
(8 markah)

Pada pandangan saya, antara cabaran yang perlu dihadapi oleh Malaysia ialah cabaran untuk
mengekalkan kestabilan politik tanah air. Pada hari ini, jelas berlaku perebutan kuasa antara
pemimpin politik melibatkan pelbagai parti. Contohnya, berlaku persaingan kuasa melibatkan
parti UMNO, BERSATU, PKR dan beberapa parti yang lain. Ini menyebabkan pentadbiran negara
menjadi goyah dan tidak stabil. Kesannya, kerajaan tidak dapat memberi perkhidmatan yang
baik kepada rakyat.

Selain itu, antara cabaran yang perlu Malaysia hadapi ialah untuk mengukuhkan perpaduan
rakyat. Ini kerana di Malaysia, kita mempunyai pelbagai kaum seperti kaum Melayu, India, Cina
dan kaum-kaum bumiputera di Sabah dan Sarawak. Setiap kaum mempunyai budaya dan cara
hidup yang berbeza. Maka, menjadi cabaran untuk negara kita mewujudkan sikap saling
menghormati / bertoleransi dengan budaya masing-masing. Oleh itu, kebijaksanaan pemimpin
mampu mewujudkan semangat perpaduan antara kaum di negara kita.

You might also like