You are on page 1of 4

Kata kunci untuk jawab soalan begini - Politik Ekonomi Sosial Teknologi

Jelaskan kepentingan mewujudkan negara berdaulat.


(4m)
Fakta - huraian - contoh - inferens
Antara kepentingan mewujudkan negara berdaulat adalah
untuk mewujudkan pentadbiran negara yang berkesan
(1) kerana melalui pentadbiran yang berkesan, negara
dapat mentadbir tanpa campur tangan daripada pihak
luar. (1)

Selain itu, kepentingan mewujudkan negara berdaulat


adalah untuk menjamin kemakmuran ekonomi /
mewujudkan ekonomi yang makmur kerana negara
yang berdaulat dapat merancang pelbagai dasar
ekonomi untuk memajukan negara / taraf hidup rakyat.

Negara yang berdaulat juga dapat mewujudkan


masyarakat yang sejahtera kerana pemimpin dapat
merancang pelbagai program sosial untuk
menyatupadukan rakyat. Contohnya, negara kita
mewujudkan Rukun Negara sebagai ideologi penyatuan
kaum.
Bagaimanakah keunikan tersebut dapat mengukuhkan
kedaulatan negara Malaysia?

Keunikan rakyat Malaysia yang terdiri daripada berbilang


kaum dapat mengukuhkan kedaulatan negara Malaysia
melalui kepelbagaian kaum utama yang ada iaitu kaum
Melayu, Cina dan India serta bumiputera Sarawak dan
Sabah. Kaum-kaum utama mempunyai pelbagai adat
resam, budaya dan gaya hidup yang berbeza.

Kita bertuah kerana walaupun kita hidup berbilang kaum,


kita dapat mewujudkan suasana harmoni dalam
masyarakat. Buktinya, amalan menziarahi jiran berbeza
kaum sewaktu musim perayaan selalu diamalkan di
negara kita. Ini kerana masyarakat kita saling
menghormati kepelbagaian kaum yang ada di Malaysia.

- Kekayaan warisan budaya


- Kebebasan asasi
- Citrawarna Malaysia
- Pelancong luar
- Imej negara
Maksud kedaulatan ialah
kekuasaan tertinggi dalam
negara. Ia juga bermaksud sebuah
kerajaan yang bebas. Ia
mempunyai kuasa penuh dalam
pentadbiran dan hak untuk
mentadbir negara.

Maksud kedaulatan ialah kekuasaan tertinggi dalam


negara, kerajaan yang bebas, mempunyai kuasa
penuh dalam pentadbiran, mempunyai hak
mentadbir negara.

Apakah nilai murni seorang pemimpin?

Nilai murni seorang pemimpin ialah berani,


berpandangan jauh, berwawasan dan bijaksana.
(hilang markah)
Nilai murni seorang pemimpin ialah beliau perlu
berani menghadapi cabaran menyelesaikan
masalah negara. Beliau juga perlu berpandangan
jauh dan mempunyai visi untuk memajukan negara.
Di samping itu, pemimpin perlu mempunyai
wawasan yang jelas dan bijaksana menyelesaikan
masalah.

Negara kita ialah negara yang berdaulat kerana kita


mempertahankan pemerintahan beraja melalui
institusi raja berperlembagaan.

You might also like