You are on page 1of 7

Tuisyen PTRS Sejarah

(Pakej A Kump. A & B)


Selasa | 17 Ogos 2021 | Google Meet
Soalan 1 (a)
a) Nyatakan ciri pemerintahan beraja Kesultanan Melayu Melaka.
(2 markah)

Ciri pemerintahan beraja Kesultanan Melayu Melaka ialah raja berkuasa mutlak dan
raja sebagai ketua agama Islam.

Ciri pemerintahan beraja Kesultanan Melayu Melaka ialah raja berkuasa mutlak iaitu
baginda berkuasa dalam pentadbiran, perundangan dan kehakiman.
Soalan 1 (b)
a) Bandingkan kedudukan Raja-raja Melayu dalam Malayan Union 1946 dan
Persekutuan Tanah Melayu 1948.
(4 markah)
Soalan 1 (b)
a) Bandingkan kedudukan Raja-raja Melayu dalam Malayan Union 1946
dan Persekutuan Tanah Melayu 1948.
(4 markah)

Kedudukan Raja-raja Melayu dalam Malayan Union 1946 ialah raja


hilang kuasa pemerintahan kerana ketua Malayan Union ialah
Gabenor. Raja hanya menjadi ahli majlis Sultan-sultan.

Manakala, dalam PTM 1948, Raja-raja Melayu mendapat kembali


kuasa pemerintahan. Raja menjadi ahli Majlis Raja-raja yang diketuai
dalam kalangan sultan sendiri.
Soalan 1 (c)
c) Bagaimanakah pemerintahan beraja selepas merdeka mengukuhkan
kedaulatan bangsa dan negara?
(8 markah)

Pemerintahan beraja selepas merdeka dapat mengukuhkan


kedaulatan bangsa dan negara kerana pemerintahan beraja telah
disesuaikan dengan konsep demokrasi moden. Namun begitu, raja
tetap diiktiraf sebagai ketua negara sekaligus mengekalkan warisan
budaya kita sejak zaman Kesultanan Melayu Melaka.
Soalan 1 (c)
c) Bagaimanakah pemerintahan beraja selepas merdeka mengukuhkan
kedaulatan bangsa dan negara?
(8 markah)

Pemerintahan beraja selepas merdeka juga dapat mengukuhkan


kedaulatan bangsa dan negara kerana raja-raja Melayu ialah lambang
ketaatan rakyat. Raja-raja Melayu menjadi tonggak kestabilan politik di
negara kita. Malah, Raja-raja Melayu juga merupakan teras terhadap
perpaduan rakyat kerana Raja-raja Melayu bersifat neutral dan tidak
memihak kepada mana-mana parti politik. Maka, institusi beraja dapat
mengimbangi pemerintahan demokrasi rakyat demi kestabilan politik
tanah air.
Soalan 1 (c)
a) Gabungan ciri tradisional dan moden dalam Perlembagaan
Persekutuan mewujudkan asas pentadbiran yang unik dan unggul di
negara kita.
Beri ulasan anda. (8 markah)

Fakta : mewujudkan mekanisme semak dan imbang antara satu sama


lain
Huraian : pemerintahan beraja bersifat neutral dan non-partisan
Huraian : pemerintahan beraja mampu meredakan krisis dalam demokrasi
Contoh : seperti perbalahan parti politik yang wujud masa ini
Inferens : Kesannya, negara tidak akan musnah dalam kancah pergolakan
politik kerana adanya pemerintah beraja yang sentiasa meredakan
keadaan

You might also like