You are on page 1of 2

JABATAN AGAMA ISLAM PERAK

PANDUAN PENGAWALAN WABAK COVID-19 DI MASJID DAN SURAU


NEGERI PERAK DARUL RIDZUAN

Menyambut saranan daripada Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), Jabatan Agama Islam
Perak (JAIPK) memohon kepada semua Pengerusi Jawatankuasa Kariah Masjid dan Surau
Negeri Perak agar mematuhi panduan yang diberikan untuk membendung penularan
jangkitan COVID-19 ini.
Adalah disarankan antara langkah pengawalan penyebaran wabak tersebut adalah seperti
berikut:-

TANGGUNGJAWAB PIHAK JAWATANKUASA KARIAH


1. Menyediakan hand sanitizer atau sabun yang secukupnya.
2. Kerapkali disinfeksi bangunan masjid dan surau untuk mencegah jangkitan.
3. Sentiasa peka terhadap arahan semasa yang dikeluarkan oleh pihak berkuasa (KKM
dan JAIPk).
4. Sentiasa memastikan peralatan (sejadah, telekung, kain pelikat, tasbih dan lain-lain)
masjid dan surau berada dalam keadaan bersih.
5. Program kuliah dan majlis keagamaan seperti kelas pengajian dan forum-forum yang
melibatkan kehadiran melebihi 100 orang adalah tidak digalakkan.
6. Program kuliah dan majlis keagamaan seperti kelas pengajian dan forum-forum yang
melibatkan kehadiran lingkungan 50 orang, pihak masjid dan surau disyorkan untuk
menyediakan peralatan hand sanitizer.
7. Disyorkan agar menjemput penceramah dari kalangan anak tempatan (dalam daerah
atau negeri).
8. Mesyuarat dilaksanakan dalam kadar masa yang tidak terlalu lama dan kapasiti
keahlian yang kecil.

TANGGUNGJAWAB PEGAWAI MASJID

1. Mengadakan bacaan qunut nazilah setiap waktu solat terutama solat jumaat.
2. Mengadakan solat hajat.

1
TANGGUNGJAWAB JEMAAH
1. Digalakkan untuk mengambil wuduk dari rumah dan memakai penutup mulut.
2. Pesakit yang disyaki menghidap wabak COVID-19 dinasihatkan agar menunaikan
solat fardhu di rumah termasuk hari Jumaat.
3. Ahli qariah yang mempunyai gejala batuk, demam dan sukar bernafas dinasihatkan
agar tidak hadir ke masjid atau surau.
4. Jemaah dinasihatkan sentiasa membasuh tangan menggunakan hand sanitizer atau
sabun yang disediakan oleh pihak masjid.
5. Ahli qariah dinasihatkan agar sentiasa mendapatkan info yang sahih daripada KKM.

PENUTUP
JAIPk menyeru kepada semua muslimin dan muslimat untuk meningkatkan ketaqwaan,
bermuhasabah dan banyakkan bersabar ketika menerima ujian ini. Marilah bersama kita
bermunajat dan memohon doa kepada Allah agar dihindarkan daripada wabak COVID-19
serta penyakit yang kronik dan berjangkit. Antara doa yang boleh diamalkan ialah:-

َ ‫ َو ِم ْن‬،‫ َو ْال ُجذَ ِام‬،‫ون‬


‫سيِ ِئ ْاْل َ ْسقَ ِام‬ ِ ُ‫ َو ْال ُجن‬،‫ص‬ ُ َ ‫اللَّ ُه َّم ِإنِي أ‬
ِ ‫عوذُ بِ َك ِمنَ البَ َر‬
Maksudnya: “Ya Allah, aku berlindung dengan-MU daripada penyakit sopak, gila, kusta dan
penyakit-penyakit yang buruk.”
Riwayat Abu Daud (1554), Ahmad (13027), al-Nasa’ie (5493) dan Abu Ya’la (2897)

Sentiasa bertenang dalam menghadapi situasi dan mengikut arahan yang telah dikeluarkan
dari semasa ke semasa. Pihak jawatankuasa, Pegawai Masjid dan jemaah dinasihatkan untuk
mendapatkan maklumat lanjut mengenai COVID-19 melalui laman sesawang KKM.
Sekiranya memerlukan penerangan lanjut, sila hubungi Infoline CPRC Kebangsaan melalui:-

• No. Telefon: 03-88810200 / 03-88810600 / 03-88810700 yang beroperasi dari 8.00


pagi – 5.00 petang
• E-mel: cpr@moh.gov.my

JABATAN AGAMA ISLAM PERAK


13 MAC 2020 / 18 REJAB 1441

You might also like