You are on page 1of 2

Bab 2 sorotan kajian

• Kajian perpustakaan melalui kaedah analisis kandungan telah digunakan dalam kajian ini
bagi merungkai amalan agama semasa pademik dan kesannya bagi kesihatan mental. Teori
Psiko Spiritual al-Ghazali telah dirujuk bagi membantu pemahaman dalam permasalahan
yang dihadapi ini.
• melalui pendekatan terapi psikospiritual dengan kaedah solat, zikir, doa, amalan filantropi
dan rasa redha dilihat sebagai salah satu platform alternatif yang boleh digunakan dalam
menangani masalah kesihatan mental.
• Menurut Badan Kesihatan Sedunia (WHO), kesihatan ialah satu tahap atau keadaan di mana
seseorang individu itu mempunyai kesejahteraan yang sempurna dari segi zikal, mental dan
sosial dan bukan semata-mata bebas daripada penyakit atau tidak berdaya.
• Islam menegah sebarang perbuatan dan amalan yang boleh memudaratkan kesihatan fizikal
dan mental misalnya melalui ketetapan syariat yang mengharamkan arak. Firman Allah SWT
dalam al-Quran surah al-Baqarah ayat 219 yang bermaksud "Mereka bertanya kepadamu
(wahai Muhammad) mengenai arak dan judi. Katakanlah: Pada kedua-duanya ada dosa
besar dan ada pula beberapa manfaat kepada manusia tetapi dosa kedua-duanya lebih besar
daripada manfaatnya."
• islam juga menegah daripada melakukan sebarang perbuatan dosa dan maksiat kerana
kesannya mengotori hati serta menjejaskan kesihatan rohani. Sabda Nabi Muhammad SAW
dalam sebuah hadis yang bermaksud: "Ketahuilah bahawa pada jasad itu terdapat segumpal
daging, jika ia baik maka baiklah seluruh jasadnya, jika ia buruk maka buruklah seluruh
jasadnya, ketahuilah bahawa ia adalah hati (jantung)." Riwayat al-Bukhari (52) dan Muslim
(1599).
• Statistik Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mendedahkan penyakit mental keadaannya
pada trend peningkatan yang semakin membimbangkan dalam kalangan masyarakat
Malaysia.
• Melalui kajian yang bertajuk “PANDEMIK COVID-19 DAN KESANNYA KEPADA AMALAN SOLAT
BERJEMAAH DALAM KALANGAN MASYARAKAT ISLAM DI MALAYSIA”, Apabila tempoh PKP
dijalankan di Malaysia, ini menyaksikan umat Islam menjalani ibadah mengikut normal
baharu yang tidak pernah dialami sebelum ini.
• Di Negeri Sembilan misalnya, Jawatankuasa Fatwa Negeri Sembilan membuat ketetapan
bahawa solat berjemaah termasuk solat Jumaat serta sebarang aktiviti berkaitan tidak
diadakan di masjid dan surau negeri itu.
• Antara kesan langsung COVID-19 yang dapat dilihat ialah arahan untuk bersembahyang
Zohor di rumah bagi menggantikan sembahyang Jumaat di masjid. Selain itu umat Islam juga
terpaksa melaksanakan sembahyang tarawih di rumah pada bulan Ramadhan yang lalu.
• Kajian “PELAKSANAAN AMALAN IBADAH BAGI MASYARAKAT ISLAM SEMASA MENGHADAPI
PANDEMIK COVID-19” mendapati bahawa amalan ibadah yang dapat dilakukan oleh
masyarakat Islam ketika menghadapi COVID19 adalah mempelajari ilmu agama, menjaga
dan memperbaiki ibadah wajib seperti solat fardu, puasa, menambahkan amalan ibadah
sunat seperti solat sunat, puasa sunat, dan memperbanyakkan amalan membaca al-Qur’an,
berzikir, dan bersedekah.
• Tetapi, dapat dilihat bahawa pandemik koronavirus sekalipun tidak dapat menghalang
masyarakat Islam untuk terus mempelajari ilmu agama melalui guru kerana kecanggihan
teknologi sekarang telah membenarkan pembelajaran secara maya dan atas talian.
• puasa di bulan Ramadhan adalah di antara amalan ibadah yang terkesan disebabkan oleh
pandemik COVID-19.
• Ibadah sunat yang dilakukan di masjid ketika bulan Ramadhan seperti solat terawih, iktikaf,
tadarus Al-Qur’an, bersahur dan berbuka puasa di masjid juga tidak dapat dilakukan kerana
masyarakat Islam tidak dibenarkan untuk berkumpul di tempat-tempat awam termasuklah
masjid dan surau tetapi tidak menghalang majlis tadarus Al-Qur’an boleh dilakukan secara
atas talian melalui platform-platform yang tersedia.
• Justeru itu, setiap Muslim hendaklah mencari hikmah dan mengambil pengajaran di sebalik
semua kejadian yang terjadi di atas muka bumi.
• Keadaan norma baharu yang diamalkan ketika ini perlulah dimanfaatkan oleh setiap Muslim
dalam berusaha untuk menjadi Muslim yang lebih baik seperti menggunakan waktu-waktu
yang terluang di rumah dengan menambahkan pahala beribadah kepada Allah s.w.t.

You might also like