You are on page 1of 3

UCAPAN PERASMI KARNIVAL KESEJAHTERAAN UM DI

PANGSAPURI INDERALOKA

Terima kasih pengacara majlis.

Bismillahirrahmanirrahim.

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera.

Bersyukur kita kehadrat Allah SWT , kerana dengan limpah kurnia dan izin-Nya dapatlah

kita bersama-sama memeriahkan Karnival Kesejahteraan UM di Pangsapuri Inderaloka ini.

Pertama-tamanya saya ingin merakamkan ucapan tahniah kepada pegawai dan staf dari

Pusat Jalinan Masyarakat UM (UMCares), Fakulti Perubatan, Fakulti Pendidikan, Pusat

Penyelidikan Kesejahteraan UM (SWARC) dan wakil penduduk dari Pangsapuri Inderaloka

UM yang telah bekerjasama menjayakan karnival ini.

Tuan-tuan dan puan-puan sekalian,

Karnival kita ini berkonsepkan pemindahan ilmu dan teknologi maklumat melalui

kemahiran daripada pensyarah-pensyarah kepada masyarakat setempat. Program-

program ini akan dipantau secara dekat oleh Universiti Malaya melalui UMCares bagi

memastikan impak dan jangkaan hasil projek dapat disalurkan kepada komuniti yang

terlibat. Melalui Program Kesejahteraan UM ini akan mengadakan satu karnival yang

merangkumi pelbagai tema iaitu pendidikan, kesihatan dan pengurusan kewangan.

Golongan sasaran bagi karnival ini adalah luas dengan melibatkan warga emas,

dewasa, belia, remaja dan kanak-kanak.


Untuk makluman tuan-tuan dan puan-puan, Karnival Kesejahteraan UM pada hari ini

merupakan fasa pertama. Fasa kedua akan diijalankan, Insya Allah pada akhir bulan 12

nanti. Terdapat pelbagai acara dan juga program yang akan kami lakukan nanti. Oleh itu,

kami berharap warga Inderaloka dapat memeriahkan karnival itu nanti.

Para hadirin sekalian

Tujuan karnival ini diadakan adalah untuk memperkasakan Penduduk Pangsapuri Inderaloka

dan terutamanya kepada warga Universiti Malaya sendiri daripada aspek pendidikan,

pengurusan kewangan dan juga kesihatan. Seperti yang dapat dilihat pada hari ini aktiviti

yang akan dijalankan sebentar nanti iaitu pada jam 10.00 pagi adalah Literasi kewangan dari

Pihak Pusat Penyelidikan Kesejahteraan UM (SWRC), saringan kesihatan dan ceramah

kesihatan daripada Fakulti Perubatan dan pertandingan FunLoka daripada Fakulti

Pendidikan. Untuk makluman semua, Pensyarah-pensyarah daripada Fakulti Pendidikan

juga akan mengadakan tuisyen berskala bermula pada minggu hadapan di Pangsapuri

Inderaloka.

warga Universiti Malaya yang saya kasihi sekalian,

Jika dapat dilihat pada hari ini terdapat pameran-pameran daripada Fakulti Perubatan,

Fakulti Pendidikan, Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) dan Agensi Anti Dadah

Kebangsaan Malaysia. Oleh itu, semua penduduk dan warga Universiti Malaya dijemput

untuk memeriahkan lagi karnival kita pada hari ini dan mengambil peluang ini dengan sebaik

mungkin. Ini kerana program-program yang telah kami anjurkan ini sememangnya akan

memberikan manfaat kepada semua warga Inderalokan dan Universiti Malaya sendiri.
Akhirnya sekali, saya sekali lagi mengucapkan setinggi-tinggi tahniah dan terima kasih

kepada mereka yang membantu dalam menjayakan Karnival Kesejahteraan UM ini. Baiklah

tanpa melengahkan masa lagi, maka dengan lafaz suci kalam Ilahi,

Bismillahirrohmannirrohim, saya merasmikan Karnival Kesejahteraan UM di Pangsapuri

Inderaloka UM.

Wabillahitaufik walhidayah…

Sekian terima kasih…

You might also like