You are on page 1of 2

Suraiya binti Shafie

Pensyarah Perakaunan,
Kuliyyah Muamalat,
Kolej Universiti INSANIAH.
Kepada yang dihormati,
Dr Wan Najzmi B Wan Fisol
Dekan,
Kuliyyah Muamalat
Kolej Universiti INSANIAH,
Tuan,
MAKLUMAN PENYERTAAN PELAJAR DI DALAM PROGRAM FREE MARKET
SP

Perkara di atas adalah dirujuk.

2.
Sukacita dimaklumkan bahawa pelajar perakaunan yang mengikuti
kursus Standard Perakaunan Islam (MKI 4013) peringkat ijazah seramai 27
orang akan menyertai Program FREE MARKET SP pada ketetapan berikut :
Tarikh : 17 Oktober 2015
Hari
: Sabtu
Jam
: 9 pagi 11.00 pagi
Tempat : Perkarangan Blok A14,
Flat PPR Paya Nahu,
Sungai Petani, Kedah.
3.
Penyertaan pelajar perakaunan di dalam program tersebut adalah
bertujuan memupuk sikap tanggungjawab sosial kepada pelajar terhadap
masyarakat bagi membantu masyarakat tanpa mengharapapkan balasan serta
meningkatkan sikap tolong menolong sesama insan. Penyertaan ini juga
bertujuan dalam memperkenalkan Kolej Universiti Insaniah kepada masyarakat
setempat.
4
Sehubungan itu, saya memohon pihak tuan dapat membenarkan pelajar
perakaunan untuk menyertai program ini. Kerjasama dari pihak Puan amatlah
saya hargai dan saya dahulukan dengan ucapan terima kasih.

Sekian.

Disediakan oleh,

.......................................
(SURAIYA BINTI SHAFIE)
Pensyarah,
Kuliyyah Muamalat,
Kolej Universiti INSANIAH,

You might also like