You are on page 1of 8

GARIS PANDUAN

PELAKSANAAN IBADAH KORBAN DALAM TEMPOH


PERINTAH KAWALAN PERGERAKAN PEMULIHAN (PKPP) DI ZON
HIJAU DAN KUNING WILAYAH-WILAYAH PERSEKUTUAN KUALA
LUMPUR, PUTRAJAYA & LABUAN

BAHAGIAN PENGURUSAN MASJID


JABATAN AGAMA ISLAM WILAYAH PERSEKUTUAN
ISI KANDUNGAN

GARIS PANDUAN
PELAKSANAAN IBADAH KORBAN DALAM TEMPOH
PERINTAH KAWALAN PERGERAKAN PEMULIHAN (PKPP) DI ZON
HIJAU DAN KUNING WILAYAH-WILAYAH PERSEKUTUAN KUALA
LUMPUR, PUTRAJAYA & LABUAN

1. TUJUAN 3

2. LATAR BELAKANG 3

3. PANDUAN MELAKSANAKAN IBADAH KORBAN 4


3.1 Syarat-syarat penyembelih dan petugas 4
3.2 Tempat pelaksanaan ibadah korban 5
3.3 Tempoh pelaksanaan 5
3.4 Kawalan penularan dan jangkitan 5
3.5 Amalan penjarakan sosial 6
3.6 Pelaksanaan sembelihan korban 7
3.7 Agihan bahagian korban 7

4. TARIKH KUAT KUASA 8

5. PENUTUP 8

2
1. TUJUAN

Garis Panduan Pelaksanaan Ibadah Korban dalam tempoh Perintah


Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) ini disediakan untuk panduan
masyarakat umum terutama jawatankuasa kariah masjid-masjid dan surau-
surau, pusat-pusat penyembelihan dan petugas-petugas korban berhubung
kaedah dan cara melaksanakan ibadah korban di Zon Hijau dan Zon Kuning
Wilayah-Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Putrajaya & Labuan.

2. LATAR BELAKANG

2.1 YAB Perdana Menteri Malaysia telah mengisytiharkan Perintah


Kawalan Pergerakan pada 16 Mac 2020. Ianya sebagai langkah
pencegahan penularan wabak setelah Pertubuhan Kesihatan Sedunia
(WHO) telah mengkategorikan penularan COVID-19 sebagai pandemik
pada 12 Mac 2020.

2.2 Penguatkuasaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) bermula 18 Mac


sehingga 12 Mei 2020. Hasil daripada penguatkuasaan PKP, jumlah
kes positif dalam negara telah mula menurun dan telah menampakkan
hasil yang amat positif. Seterusnya, kerajaan telah melaksanakan
Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) bermula 4 Mei
sehingga 9 Jun 2020. Sebahagian besar daripada aktiviti ekonomi dan
sosial mula dibenarkan, kecuali beberapa aktiviti yang melibatkan
perhimpunan ramai dan mendedahkan orang awam kepada risiko
jangkitan wabak COVID-19.

2.3 Pada 7 Jun 2020, YAB Perdana Menteri telah mengisytiharkan


penamatan PKPB dan digantikan dengan Perintah Kawalan
Pergerakan Pemulihan (PKPP) mulai 10 Jun 2020 sehingga 31 Ogos
2020. Ianya memberi lebih banyak kelonggaran kepada masyarakat
untuk menjalani aktiviti kehidupan dengan mematuhi garis panduan
tertentu. Oleh itu, mengambil kira sambutan Hari Raya Aidiladha yang

3
akan disambut dalam tempoh tersebut dan memudahkan urusan
pelaksanaan ibadah korban oleh masyarakat awam, maka satu garis
panduan ibadah korban disediakan bagi tujuan mengelakkan daripada
berlaku penularan wabak COVID-19.

3. PANDUAN MELAKSANAKAN KORBAN

Satu meja pendaftaran, hand sanitizer dan thermometer hendaklah


disediakan sebagai langkah awal sebelum memulakan pelaksanaan ibadah
korban. Selaras dengan ketetapan kerajaan dalam tempoh PKPP tanpa
mengabaikan aspek keselamatan dan kesihatan, berikut merupakan garis
panduan pelaksanaan ibadah korban sepanjang tempoh PKPP di Zon Hijau
dan Kuning:

BIL PERKARA TINDAKAN TANGGUNGJAWAB

3.1 Syarat-syarat i. Warganegara Malaysia. Jawatankuasa


penyembelih dan kariah,
petugas ii. Berumur tidak kurang penyembelih dan
daripada 21 tahun dan petugas korban
tidak lebih daripada 60
tahun.

iii. Tidak bergejala seperti


demam, batuk, selsema,
sakit tekak dan penyakit
kronik (darah tinggi,
kencing manis dan sakit
jantung)

iv. Bacaan suhu badan tidak


melebihi 37.4oC

4
BIL PERKARA TINDAKAN TANGGUNGJAWAB

3.2 Tempat i. Rumah Penyembelihan Penganjur ibadah


pelaksanaan (Abatoir) Jabatan korban
ibadah korban Perkhidmatan Veterinar
(DVS).

ii. Rumah Penyembelihan


Ruminan Swasta yang
dilesenkan oleh DVS.

iii. Masjid dan surau dengan


kelulusan Jabatan
Perkhidmatan Veterinar
(DVS).

3.3 Tempoh i. Hari Raya Aidiladha Peserta dan


pelaksanaan bersamaan 10 Zulhijjah penganjur ibadah
dan tiga (3) hari Tasyrik korban
(11-13 Zulhijjah).

3.4 Kawalan penularan i. Proses lapah dan proses Jawatankuasa


dan jangkitan keratan pembahagian kariah, penganjur
hendaklah dibuat di tempat ibadah korban dan
yang lapang dan tidak petugas korban
menyebabkan berlaku
kesesakan.

ii. Jumlah kehadiran tidak


boleh melebihi 20 orang
petugas pada satu masa
tertakluk kepada keluasan
kawasan dan elakkan 3S
(Sesak, Sempit dan
Sembang dekat).

iii. Tempat penyembelihan dan


peralatan korban mestilah
dilakukan proses
nyahkuman mengikut

5
BIL PERKARA TINDAKAN TANGGUNGJAWAB

tatacara yang telah


ditetapkan oleh Kementerian
Kesihatan Malaysia dan
Jabatan Perkhidmatan
Veterinar sebelum dan
selepas pelaksanaan ibadah
korban.

3.5 Amalan penjarakan i. Memastikan penjarakan Penganjur ibadah


sosial sosial sekurang-kurangnya 1 korban
meter.

ii. Mengelakkan daripada 3S


iaitu bersesak (crowded
area), ruang sempit/ rapat/
tertutup (confined area) dan
juga sembang (perbualan)
dalam jarak yang dekat
(close conversation):

iii. Petugas yang bergejala,


mengidap penyakit kronik
dan kanak-kanak di bawah
umur 12 tahun adalah tidak
dibenarkan untuk turut serta.

iv. Menyediakan laluan khas


masuk dan keluar kepada
penerima agihan korban.

v. Merekodkan kehadiran dan


melakukan imbas suhu
kepada petugas, peserta
dan penerima agihan
korban.

vi. Memastikan semua petugas,


peserta dan penerima
agihan korban sentiasa
memakai pelitup muka dan
memastikan penjarakan
sosial.

6
BIL PERKARA TINDAKAN TANGGUNGJAWAB

3.6 Pelaksanaan i. Peserta yang mengambil Peserta dan


sembelihan korban bahagian dalam melakukan penganjur ibadah
ibadah korban hendak-lah korban
mewakilkan kepada
penyembelih atau wakil
yang dilantik.

ii. Proses penyembelihan,


lapah dan keratan asas
bahagian korban hen-daklah
dilaksanakan di tempat
penyembelihan.

3.7 Agihan bahagian i) Agihan oleh petugas Penganjur ibadah


korban Penghantaran secara korban
langsung kepada peserta
yang mengambil bahagian
dan fakir miskin berdasarkan
senarai nama yang telah
ditetapkan.

ii) Agihan dengan kehadi-ran


peserta korban
Jumlah kehadiran peserta
korban tidak melebihi 20
orang pada satu masa
tertakluk kepada keluasan
kawasan dan elakkan 3S
(Sesak, Sempit dan
Sembang dekat).

7
4. TARIKH KUAT KUASA

Garis panduan ini berkuat kuasa pada 18 Jun 2020 dan hanya tertakluk untuk
pelaksanaan ibadah korban dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan
Pemulihan bagi tahun 1441H bersamaan 2020M sahaja.

5 PENUTUP

5.1 Risiko penularan virus boleh dikurangkan dengan signifikan sekiranya


garis panduan ini dipatuhi. Sikap peserta dan masyarakat patut diberi
perhatian serius oleh penganjur ibadah korban. Ketegasan
pengurusan menjadi faktor utama dalam keberkesanan garis panduan
yang disediakan.

5.2 Adalah diharapkan dengan pelaksanaan dan pematuhan garis


panduan ibadah korban ini akan dapat membantu usaha memutuskan
rangkaian wabak COVID-19.

“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”

HAJI MOHD AJIB BIN ISMAIL, KMW


Pengarah
Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan

You might also like