You are on page 1of 3

TALKING POINT

ENCIK EDY IRWAN BIN ZULKAFLI


TIMBALAN KETUA PENGARAH
PERPUSTAKAAN NEGARA

SEMPENA
MESYUARAT JAWATANKUASA TEKNIKAL
BAGI KAJIAN PROFIL MEMBACA RAKYAT MALAYSIA
BIL. 1/2022

PADA 23 SEPTEMBER 2022 (JUMAAT), JAM 9.30 PAGI


DI BILIK MESYUARAT LEMBAGA, ARAS 15, MENARA PNM
__________________________________________________________________

1. PERUTUSAN PENGERUSI

1.1 Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Alhamdulillah, saya


memanjatkan kesyukuran ke hadrat Allah SWT atas kesempatan kita untuk
berkumpul dan bersama-sama dalam mesyuarat pada hari ini. Saya
mengalu-alukan kehadiran semua ahli ke Mesyuarat Jawatakuasa Teknikal
bagi Kajian Profil Membaca Rakyat Malaysia Bilangan 1 bagi tahun 2022.
Saya juga sangat berbesar hati atas kehadiran YBhg. Datin Siti Sarah
Insyirah binti Abdul Rashid mewakili Majlis Buku Kebangsaan Malaysia
yang turut bersama dalam mesyuarat pada hari ini. Kehadiran Datin amat
dialu-alukan bagi sama-sama kita saling berkongsi pendapat dan bertukar
pandangan.

1.2 Tuan-tuan dan puan-puan, Perpustakaan Negara Malaysia akan


menjalankan kajian berimpak besar iaitu Kajian Profil Membaca Rakyat
Malaysia 2023. Kajian ini akan dijalankan secara berfasa iaitu Fasa 1
(September hingga Disember 2022) dan Fasa 2 (Januari hingga September
2023) dengan menggunakan khidmat perunding yang dilantik, serta
Bahagian Penyelidikan Perpustakaan (BPP) menjadi urus setia yang akan
menyelaras pelaksanaan kajian.

1.3 Melalui Mesyuarat Lembaga Perolehan Kementerian Pelancongan, Seni


dan Budaya Bil.7/2022 yang dipengerusikan oleh YBhg. Datuk Hajah
Saraya binti Arbi, KSU MOTAC, peruntukan kos yang telah diluluskan bagi
melaksanakan kajian ini adalah sebanyak RM494,090.60, manakala
perunding yang telah dilantik oleh Perpustakaan Negara Malaysia adalah
daripada UiTM Technoventure Sdn. Bhd.

1.4 Untuk makluman ahli mesyuarat, urus setia kajian telah mengeluarkan surat
pelawaan dan pihak perunding telah memberi maklum balas positif serta
menandatangani Surat Setuju Terima (SST) pada 7 September 2022 dan
gerak kerja telah pun bermula pada 12 September 2022.

2. SKOP TUGAS JAWATANKUASA TEKNIKAL

2.1 Untuk pengetahuan tuan-tuan dan puan-puan, secara keseluruhannya


terdapat tiga (3) jawatankuasa yang telah ditubuhkan dalam perlaksanaan
kajian ini iaitu Jawatankuasa Induk yang dipengerusikan oleh Ketua
Pengarah PNM, Jawatankuasa Pelaksana yang dipengerusikan oleh
Pengarah Prasarana Ilmu dan Maklumat, dan juga Jawatankuasa Teknikal
yang dipengerusikan oleh saya pada hari ini.

2.2 Tujuan Jawatankuasa Teknikal ini ditubuhkan adalah untuk membantu


melancarkan proses pelaksanaan kajian. Sehubungan dengan itu, adalah
dimaklumkan tugas-tugas Jawatankuasa Teknikal adalah seperti berikut:

2.2.1 Mengenal pasti keperluan skop kajian yang diperlukan.


2.2.2 Menyemak dan mengkaji instrumen kajian yang dirangka oleh
Perunding; dan
2.2.3 Membincangkan metodologi dan sampel responden yang
dicadangkan oleh Perunding

2.3 Oleh hal yang demikian, pengalaman dan pengetahuan tuan-tuan dan
puan-puan adalah amat diharapkan agar dapat sama-sama berkongsi ilmu
dan memberi input bagi memastikan hasil kajian yang dijalankan ini
memenuhi kriteria yang ditetapkan.
3. OBJEKTIF MESYUARAT

3.1 Justeru, mesyuarat pada hari ini diadakan bagi melihat dan menilai
cadangan metodologi kajian yang telah disediakan oleh perunding. Bagi
memenuhi maksud objektif mesyuarat, urus setia kajian iaitu BPP telah
menjemput wakil perunding yang dilantik iaitu dari UiTM Technoventure
Sdn. Bhd. bagi membentangkan cadangan kajian yang akan dijalankan.

4. PENUTUP

4.1 Harapan saya agar Kajian Profil Membaca Rakyat Malaysia 2023 ini dapat
dilaksanakan dengan lancar dan jayanya kerana hasil kajian inilah yang
akan menjadi rujukan banyak pihak dan sesuai dengan perubahan dan
peredaran masa kini.

4.2 Akhir kata, semoga dengan kehadiran tuan-tuan dan puan-puan dalam
mesyuarat pada hari ini akan membuahkan hasil dan manfaat bagi
mencapai objektif. Tanpa melengahkan masa, saya menjemput wakil UiTM
Technoventure Sdn. Bhd. untuk membentangkan cadangan metodologi
Kajian Profil Membaca Rakyat Malaysia 2023. Sekian, terima kasih.

You might also like