You are on page 1of 2

TALKING POINT PENGERUSI : Mesyuarat Majlis Bersama Jabatan bil 2/2011 1.

Terima kasih dan Salam Aidilfitri kepada semua ahli mesyuarat yang hadir.

2.

Mesyuarat MBJ ini adalah bertujuan untuk meningkatkan hubungan di antara majikan dan pekerja.

3.

Mesyuarat ini seharusnya bukan sekadar menjadi platform meluahkan masalah-masalah yang dihadapi, tetapi juga sebagai medan untuk semua ahli mesyuarat selaku wakil segenap lapisan warga pendidikan negeri Terengganu untuk menyumbang idea dan cadangan bagi memastikan kecemerlangan pendidikan negeri.

4.

Sumbangan dan saranan semua ahli mesyuarat selaku barisan hadapan pendidikan negeri amat dihargai dan diberikan perhatian oleh pihak pengurusan.

5.

Dipohon juga agar ahli mesyuarat selaku wakil kesatuan masing-masing dapat memainkan peranan secara proaktif di dalam menjadi agen penyampai maklumat dua hala di antara pihak pengurusan dan warga pendidik.

6.

Terima kasih diucapkan kepada NUTP kerana turut serta di dalam sambutan Majlis Aidilfitri Jabatan Pelajaran baru-baru ini.

TALKING POINT PENGERUSI : Mesyuarat Jawatankuasa Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan JPNT bil 2/2011 1. Terima kasih kepada semua ahli mesyuarat yang hadir.

2.

Mesyuarat JKKP ini adalah sepertimana ketetapan Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan 1994 di mana setiap organisasi yang mempunyai ahli melebihi 40 orang, sama ada kerajaan mahupun swasta harus mengadakan mesyuarat JKKP.

3.

Pelaksanaan dasar keselamatan dan kesihatan pekerjaan dikawalselia oleh Jabatan Kesihatan dan Kesihatan Pekerjaan, Kementerian Sumber Manusia.

4.

Tujuan mesyuarat ini adalah sebagai platform perbincangan dan kerjasama di antara pihak pengurusan dan wakil pekerja di dalam mempertingkatkan tahap keselamatan dan kesihatan di Jabatan Pelajaran Negeri Terengganu.

5.

Untuk makluman ahli mesyuarat, istilah keselamatan yang dibincangkan di dalam mesyuarat ini merujuk kepada safety. Hal ehwal keselamatan perlindungan, seperti keselamatan dokumen dan fizikal yang diistilahkan sebagai security diuruskan oleh Pejabat Ketua Pegawai Keselamatan Kerajaan Malaysia, Jabatan Perdana Menteri.

6.

Sehubungan dengan itu, diharapkan input dan saranan daripada semua ahli mesyuarat hari ini bagi mencapai objektif mesyuarat ini; agar iklim dan persekitaran Jabatan sentiasa berada di dalam suasana yang positif sekaligus meningkatkan moral, kebajikan dan produktiviti warga Jabatan.

You might also like