You are on page 1of 3

KERTAS KERJA

MAJLIS TADARUS AL-QURAN ( MTQ ) DAN FESTIVAL NASYID


PERINGKAT SEKOLAH

1.0 PENDAHULUAN

Majlis Tadarus Al-Quran atau ringkasnya MTQ merupakan satu program yang berterusan dari peringkat
sekolah, zon, daerah, negeri dan kebangsaan. MTQ mengabungkan acara Majlis Tadarus Al-Quran iaitu
Tilawah Al-Quran, Hafazan Al-Quran, Bercerita dari kisah Al-Quran dan Syarahan Agama dengan Festival
Nasyid. Bahagian Pendidikan Islam ( BPI ) telah menjadikan program-program ini sebagai aktiviti tahunan
dan bertaraf kebangsaan. Manakala di peringkat negeri, program ini dianjurkan oleh Sektor Pendidikan Islam
dan di peringkat daerah dipertanggungjawabkan kepada Unit Pendidikan Islam Daerah dengan kerjasama
pengerusi-Pengerusi Zon yang telah dilantik sebagai pelaksana peringkat Zon. Pengabungan program dan
aktiviti-aktiviti tersebut adalah berdasarkan rasional berikut :

1. Memberi kesan yang lebih baik dan lebih meriah.


2. Menjimatkan masa penganjuran dan tenaga kerja.
3. Memberi keselesaan kepada peserta yang mengambil bahagian.

2.0 OBJEKTIF UMUM

2.1. Memartabatkan al-Quran dalam kehidupan.


2.2. Mendekatkan pelajar dengan al-Quran.
2.3. Melahirkan pelajar yang dapat menghayati dan membudayakan
al-Quran dalam kehidupan.
2.4. Meninggikan syiar Islam.
2.5. Merapatkan ukhuwwah di kalangan pelajar dan guru.

3.0 OBJEKTIF KHAS

3.1. Mencungkil bakat dan kebolehan pelajar.


3.2. Menanamkan sikap suka membaca, menghayati dan mengamalkan penghayatan al-Quran.
3.3. Memantapkan sebutan dan bacaan al-Quran.
3.4. Melahirkan pelajar yang berketerampilan dan berani tampil di khalayak ramai.
3.5. Mempertingkatkan ilmu pengetahuan dan menambah maklumat.

4.0 TEMA

AL-QURAN MENJANA WASATIYYAH UMMAH

5.0 TARIKH , MASA DAN TEMPAT PELAKSANAAN

TARIKH : 29 FEBRUARI 2016 ( ISNIN)


MASA : 10.30 PAGI HINGGA 1.00 PETANG
TEMPAT : DATARAN HARMONI DAN SURAU AR-RAUDHOH
6.0 KUMPULAN SASARAN

Semua murid SMK TAJ yang telah memberi nama penyertaan kepada guru/petugas seminggu dari
tarikh pelaksanaan.

7.0 ACARA YANG DIPERTANDINGKAN

NASYID TERBUKA
TILAWAH AL-QURAN L/P
HAFAZAN L/P
SYARAHAN/PIDATO L/P

8.0 SENARAI JAWATANKUASA

Penasihat/Pengerusi : Pn.Hajjah Noor Mala binti Hamzah


Naib Pengerusi : Pn.Hajjah Siti Salmiah binti Mahfudz
Penyelaras : En.Sajali bin Mohd Subari
Setiausaha : Pn.Norhashimah binti Md Nusi
Bendahari : Pn.Rabihah binti Zakaria
AJK
Pengurus Peserta : Pn.Nurfarahin binti Murgani
Juruacara : Pn.Hayatun Mardiah binti Tajidin
P.A Sistem : En.Norzaki bin Sayuti
Hakim : Pn.Arbayah binti Abd Latiff
Pertandingan Pn.Azura binti Miran
Pn.Aisha Rafiza
Pn. Tuan Noor Fatihah binti Tan Junoh
Hadiah : Pn.Rosana binti Mohamed Senin

9.0 SUMBER KEWANGAN DAN PEMBIAYAAN

PIBG sebanyak RM300 dan sumbangan guru-guru Islam RM 180


Pembelian hadiah berupa Hamper
Tempat pertama RM 50 x 4 = RM200
Tempat Kedua RM 30 x 4 = RM120
Tempat Ketiga RM 20 x 4 = RM 80
Saguhati RM 10 x 8 = RM 80
JUMLAH = RM480 SAHAJA
SMK TENGKU AMPUAN JEMAAH
JALAN PANDAMARAN
42000 PELBOHAN KLANG

KERTAS KERJA

MAJLIS TADARUS AL-QURAN ( MTQ ) DAN FESTIVAL NASYID


PERINGKAT SEKOLAH

TARIKH :

29 FEBRUARI 2016

MASA :

10.30 PAGI HINGGA 1.00 PETANG

TEMPAT :

DEWAN HARMONI
SURAU AR-RAUDHOH

ANJURAN :

PANITIA PENDIDIKAN ISLAM


PERSATUAN PENDIDIKAN ISLAM
PERGERAKAN PUTERI ISLAM (PPIM)

You might also like