You are on page 1of 9

SEKOLAH KEBANGSAAN PERPAT 95407 SARATOK

KERTAS KERJA
MAJLIS KHATAM AL-QURAN
PERINGKAT SK PERPAT SARATOK

TARIKH : 31 OKTOBER 2019


MASA : 8.00 PAGI – 12.00 TENGAHARI
TEMPAT : MASJID AN-NUR KPG PERPAT

ANJURAN:
PANITIA PENDIDIKAN ISLAM DAN BAHASA ARAB
SEKOLAH KEBANGSAAN PERPAT SARATOK
1. PENDAHULUAN
Majlis Khatam Al-Quran merupakan satu pogram khusus untuk memberi pengiktirafan
kepada murid-murid sekolah yang telah berjaya mengkhatamkan Al-Quran pada
tahun ini. Pengiktirafan ini adalah sebagai satu sokongan dan motivasi untuk mendidik
dan membudayakan generasi muda di peringkat awal persekolahan khasnya untuk
terus berusaha menguasai dan mempertimbangkan mutu bacaan Al-Quran serta
menghayati, memahami isi kandungan Al-Quran sebelum melangkah ke peringkat
menengah. Bagi meneruskan generasi celik Al-Quran dalam kalangan murid-murid
Islam, usaha ke arah meningkatkan penguasaan dan penghayatan isi Al-Quran
amatlah dituntut. Kemuncak kepada inisiatif ini ialah mereka dapat khatam Al-Quran
dengan jayanya. Oleh itu, pihak sekolah sentiasa berusaha melahirkan pelajar yang
celik Al-Quran sehingga khatam sepenuhnya. Maka lahirlah Majlis Khatam Al-Quran
peringkat SK Perpat.

2. OBJEKTIF PROGRAM
2.1 Memartabatkan Al-Quran dalam kehidupan.
2.2 Mendekatkan pelajar dengan Al-Quran.
2.3 Melahirkan pelajar yang dapat menghayati dan membudayakan Al-Quran dalam
kehidupan.
2.4 Menghargai dan mengiktiraf serta memberikan pendedahan dan penghayatan Al-
Quran kepada pelajar khususnya pelajar tahun 6.
2.5 Merapatkan ukhwah dalam kalangan pelajar, guru dan ibu bapa.

3. OBJEKTIF KHAS
3.1 Menanamkan sikap suka membaca, menghayati dan mengamalkan penghayatan
Al-Quran.
3.2 Memantapkan sebutan dan bacaan Al-Quran.
3.3 Melahirkan pelajar yang berketerampilan dan berani tampil di khalayak ramai.
3.4 Mempertingkatkan ilmu pengetahuan dan menambah maklumat.

4. TEMA
“AL-QURAN ASAS PEMBINAAN ILMU DAN PENYEMPURNAAN AKHLAK”

5. ANJURAN
Panitia Pendidikan Islam dan Bahasa Arab

6. NAMA PROGRAM
Majlis Khatam Al-Quran Peringkat Sk Perpat 2019
7. SASARAN
Murid tahun 4, 5 dan 6

8. TARIKH DAN TEMPAT


Tarikh. : 31 Oktober 2019
Masa : 0800 pagi – 1200 tengahari
Tempat : Masjid An-Nur Kpg Perpat

9. TENTATIF PROGRAM
Rujuk lampiran A

10. AJK PELAKSANA


Rujuk lampiran B

11. ANGGARAN BELANJAWAN


Rujuk lampiran C

12. PENUTUP
Pihak Panitia Pendidikan Islam sekolah ini amat berbesar hati dan berterima kasih atas
sokongan dan kebenaran yang diberikan untuk menjayakan aktiviti ini. Pihak panitia
juga turut merakamkan setinggi-tinggi penghargaan atas kesudian pihak sekolah
memberikan sumbangan dalam bentuk hadiah dan sebagainya bagi menjayakan majlis
ini. Dengan adanya program seperti ini akan menjadi pemangkin dan pencetus
semangat bagi murid-murid lain untuk mengkhatamkan bacaan Al-Quran mereka
dengan lebih komitmen dan sepenuh usaha serta kesedaran.

Pihak kami juga amat menghargai seluruh warga sekolah yang memberikan kerjasama
sehingga terhasilnya kertas kerja ini. Segala aktiviti dalam kertas kerja ini boleh
dijadikan panduan dan rujukan pada masa-masa yang akan datang. Semoga segala
usaha yang dicurahkan dalam menjayakan program ini dicatat sebagai amal soleh di
sisi Allah S.W.T.
Sekian, terima kasih.

Disediakan oleh,.

( RAEMAH BINTI SULAI )


SETIAUSAHA,
PANITIA PENDIDIKAN ISLAM,
SK PERPAT.

Disemak oleh,

(MOHD FADLI BIN ISMAIL)


KETUA PANITIA PENDIDIKAN ISLAM,
SK PERPAT.

Disahkan oleh,

( MISSIS @ ISIS BIN ARIS )


GURU BESAR,
SK PERPAT.
Lampiran A
MAJLIS KHATAM AL-QURAN PERINGKAT SEKOLAH
31 OKTOBER / KHAMIS

TENTATIF

8.00 pagi : Murid berkumpul di Dewan Sri Pinang


Pendaftaran pelajar ( Peserta Khatam Al-Quran)

8.30 pagi : Ketibaan para jemputan

9.00 pagi : Perarakan Peserta Khatam


Nyanyian “Lagu Negaraku” dan “Ibu Pertiwiku”
Bacaan Doa
Majlis Khatam Al-Quran bermula
Ucapan Guru Besar
Penyampaian cenderahati
Sesi bergambar

12.00 tengahari : Jamuan dan bersurai


Lampiran B

AJK PELAKSANA KHATAM AL-QURAN PERINGKAT SEKOLAH

Penasihat : En. Missis @ Isis bin Aris


Pengerusi : En. Awang Rastu bin Awang Mois
Naib Pengerusi I : En. Ahzariman bin Antony
Naib Pengerusi II : En. Mostapha bin Jarawi

Ahli Jawatankuasa:
Sambutan dan Protokol : En. Missis @ Isis bin Aris
En. Awang Rastu bin Awang Mois
En. Mostapha bin Jarawi
En. Ahzariman bin Antony
En. Pandi bin Abidin

Persiapan Pentas : En. Nicholas anak Eddy


En. Iskandar bin Drahman
En. Ahzariman bin Antony
Guru KAFA

Persiapan Tempat & Peralatan : En. Zakiran bin Ismail


Puan Meriam binti Hj. Narawi
En. Nurnashriq bin Abdullah

Hadiah dan Cenderamata : Cik Masniah binti Keria


Puan Halmi binti Jedin
Puan Artini binti Besari

Jamuan dan Hidangan : En. Jamil bin Ali


Puan Zubika binti Antony
Puan Zulrinah binti Iradan
Exco PIBG
Siaraya dan Publisiti : En. Roslan bin Bujang
En. Hafizan bin Din

Jemputan dan Buku Program : Cik Raemah binti Sulai


Cik Masniah binti Keria
Cik Nur’hayati binti Omarani

Kawalan Murid : En. Ahmadi bin Sani


En. Malek bin Jarni
En. Nurnashriq bin Abdullah

Bunga Manggar : Cik Suhana binti Semawi


Puan Artini bin Besari
Puan Halmi binti Jedin
Ibu bapa murid khatam

Tahtim : Haji Meri bin Drahman


En. Kadeli bin Emin
En. Yusuf bin Sabeli
Haji Ali bin She

Juruacara : En. Ahzariman bin Antony

Pembaca Doa : En. Mohd Fadli bin Ismail

Hadrah : Kumpulan Hadrah Kampung Perpat

Agihan Rampang : Cik Vanessawiona anak Dratin


En. Awg Yaman bin Awg Zaini
En. Sabie bin Zain
Penyelia Peserta Khatam : En. Zulkarnaen bin Jemat
En. Sepian bin Hatitah
Cik Kamisiah binti Aikan
Cik Ida Natasya binti Hj Yusuf
Puan Masnia binti Jimbai
Puan Noor Alia binti Mohamad

Kebersihan dan Keceriaan : En. Bohri bin Din


Puan Anah binti Uji
Cik Nuratiqah binti Din
En. Hafizan bin Din

Fotografi : En. Iskandar bin Drahman


Lampiran C

ANGGARAN PERBELANJAAN MAJLIS KHATAM AL-QURAN 2019

BIL PERKARA KUANTITI JUMLAH

1. Jamuan Makan
- VIP, Guru, Staf dan Ibu Bapa RM 12.00 x 100 orang = RM 1200.00 RM 2740.00
- Pelajar RM 10.00 x 154 orang = RM 1540.00

2. Bunga Manggar dan bendera 30 bunga manggar + 300 bendera RM 200.00

3. Banner 8’ x 5’ x RM 3.50 RM 140.00

4. Gelas Kertas 600 biji RM 700.00

5. Telur 60 anggun x RM 11.00 RM 660.00

6. Pulut Kuning 30 kg x RM 4.00 RM 120.00

7. Beg Cenderahati 100 helai x RM 3.00 RM 300.00

8. Cenderahati
- Perasmi RM50.00 x 2 RM 100.00
- Kumpulan Tahtim RM200.00 RM 200.00
- Kompang RM100.00
RM 100.00
- Guru Besar Jemputan RM200.00
RM 200.00

JUMLAH RM 5460.00

You might also like