You are on page 1of 6

KERTAS KERJA

______________________________________________________________________________

MAJLIS SAMBUTAN AIDILFITRI


PROGRAM CO SEKOLAH-SEKOLAH ZON BERUAS
2018M/1439H

TEMPAT
SEKOLAH KEBANGSAAN GANGGA, 32700 BERUAS , PERAK.

TARIKH
28 JUN 2018 (KHAMIS)

______________________________________________________________________________

ANJURAN

PROGRAM CO SEKOLAH-SEKOLAH ZON BERUAS.


KERTAS KERJA MAJLIS SAMBUTAN AIDILFITRI
PROGRAM CO SEKOLAH-SEKOLAH ZON BERUAS 2018M/1439H.

1. PENDAHULUAN
Program CO Sekolah-Sekolah Zon Beruas merupakan salah satu program kerjasama
yang dirancang untuk meningkatkan pencapaian Ujian Penilaian Sekolah Rendah
(UPSR) 2018 bagi tujuh buah sekolah dalam Zon Beruas. Antara sekolah yang
terlibat dalam program ini ialah SK Gelong Gajah, SK Kampung Kota, SK Beruas,
SK Gangga SK Dendang, SK Changkat Cermin dan SK Ayer Tawar. Melalui
program ini, calon UPSR dari sekolah-sekolah yang terlibat akan mengikuti
beberapa siri kelas bimbingan serta teknik menjawab soalan UPSR oleh guru-guru
yang mahir dan berpengalaman.
Oleh yang demikian, bersempena meraikan Aidilfitri 1439H ini, Jawatankuasa
Program CO Sekolah-Sekolah Zon Beruas telah bercadang menganjurkan Sambutan
Aidilfitri 1439H untuk mengeratkan lagi hubungan serta kerjasama antara sekolah.
Disamping itu juga, melalui perjumpaan seumpama ini memberi peluang kepada
guru-guru yang terlibat berbincang dan bertukar pendapat tentang potensi serta
masalah yang perlu diatasi bersama untuk mensasarkan pencapaian lulus 100%
UPSR 2018 sekolah-sekolah Zon Beruas.

2. OBJEKTIF
Objektif Sambutan Aidilfitri 1439H ini dianjurkan ialah:
2.1 Meraikan Hari Raya Aidilfitri dengan penuh kesyukuran setelah melakukan ibadah
puasa Ramadan.
2.2 Mengeratkan hubungan silaturrahim antara PPD Manjung dengan guru-guru dari
Sekolah-Sekolah Zon Beruas.
2.3 Meningkatkan kerjasama antara sekolah dalam merancang serta melaksanakan
program-program yang bermanfaat untuk kebaikan bersama.
2.4 Memberi peluang serta ruang untuk PPD Manjung serta guru-guru Zon Beruas
berkongsi idea dalam usaha meningkatkan pencapaian sekolah.

3. KUMPULAN SASARAN
3.1 Pegawai Pendidikan Daerah Manjung (12 orang).
3.2 Guru Besar Sekolah-Sekolah Zon Beruas (7 orang)
- Guru Besar SK Gelong Gajah.
- Guru Besar SK Kampong Kota.
- Guru Besar SK Beruas.
- Guru Besar SK Gangga.
- Guru Besar SK Dendang.
- Guru Besar SK Changkat Cermin.
- Guru Besar SK Ayer Tawar
3.3 Penolong Kanan Sekolah-Sekolah Zon Beruas (23 orang).
- Penolong Kanan Pentadbiran
- Penolong Kanan HEM.
- Penolong Kanan Kokurikulum.
- Penolong Kanan PPKI.
3.3 Tenaga Pengajar Program CO Sekolah-Sekolah Zon Beruas (10 orang)
3.4 Guru dan staf SK Gangga (41 orang)
3.5 Ahli Jawatankuasa PIBG SK Gangga (7 orang)

4. TARIKH DAN MASA


28 Jun 2018 (Khamis) / 2.30 petang

5. TEMPAT
Sekolah Kebangsaan Gangga.

6. TENTATIF
2.30 pm Ketibaan para jemputan
3.00 pm Ucapan alu-aluan pengacara majlis
3.10 pm Bacaan Doa
3.15 pm Ucapan Pengerusi CO Sekolah-Sekolah Zon Beruas
En. Shahril bin Othman
Guru Besar SK Beruas.
3.25 pm Ucapan Pegawai Pendidikan Daerah Manjung
En. Mohamad Akhir bin Abdul Latif PPT
PPD Manjung.
3.35 pm Jamuan.
4.45 pm Sesi bergambar.
5.00 pm Bersurai.

7. AHLI JAWATANKUASA KERJA

PENGERUSI : En. Rohaizan Bin Mohamed Hanif


(Guru Besar SK Gangga)
N. PENGERUSI : En. Sofian Bin Mohd Radzi (PK Pentadbiran)
: En. Idris Shazali Bin Mohamed Said (PK HEM)
: En. Suhaimi Bin Sulaiman (PK Kokurikulum)
: En. Noor Rizan Bin Abdul Rashid (PK PPKI)
PENYELARAS PROGRAM : Pn. Roshida binti Abdul Khalid
SETIAUSAHA : En. Mohd Faisal bin Abdul Karim
BENDAHARI : En. Ariffin Bin Abdul Kadir
PENYAMBUT TETAMU : En. Rohaizan Bin Mohamed Hanif
: En. Sofian Bin Mohd Radzi
: En. Idris Shazali Bin Mohamed Said
: En. Suhaimi Bin Sulaiman
: En. Noor Rizan Bin Abdul Rashid
JURUACARA : En. Muhammad Akhyar Bin Arzmi
BACAAN DOA : En. Abdul Hafiz Bin Lidin@Khlidin
SIARAYA/MUZIK/LAGU : En. Zainol Azreen bin Zakaria
PENTAS : Pn. Norsharina Lidya bt. Piai
: Pn. Rodziyani Bt. Yahaya
: Pn. Lina Bt. Abdullah
: Pn. Nur Hanani bt. Alias
: YM Raja Saidatol Azwa Bt. Raja Zainon
: Pn. Mazlina Bt. Mohd Zain
: Pn. Noorhamiza Bt. Hamzah
DEWAN : En. Ariffin Bin Abdul Kadir
: En. Mohd Nor Akram Bin Abdul Rahman
: Pn. Mardziah Bt. Ramli
: Pn. Shafedah Bt. Shafie
: Pn. Azimah bt. Zainal
PERSEMBAHAN : En. Mohd Fairos Azhar Bin Ramli
: Pn. Azlina bt. Awang
JURUGAMBAR : En. Mohd Ihsan Sabri Bin Mohd Nayan
JAMUAN : Pn. Nazihah binti Hamzah
: Pn. Ashah Bt. Mohamed Nawawi
: Pn. Nor Wahida Bt. Arshad
: Pn. Aznani Bt. Abdul Halim
: Pn. Karosimah Bt. Karim
: Pn. Mardziah Bt. Ramli
: En. Mohammad Ridzuan Bin Jusop
: Pn. Khairul Bariyah Bt. Kamaruddin
BUKU PROGRAM : Cik Nur Ashkann Bt. Abu Bakar
: Pn. Ainul Nadia Bt. Mior Huthamuddin
: Pn. Siti Nur Abirah bt. Azmee
: En. Badrul Hisham Bin Mohd Ariffin
JEMPUTAN : En. Mohd Faisal bin Abdul Karim
: Pn. Nurul Aini Bt. Rozali
: Pn. Rafidah Bt. Harun
PENDAFTARAN : Pn. Nur Liyana Bt. Fouizi
: Pn. Norazlina Bt. Mungin

8. ANGGARAN PERBELANJAAN
8.1 Jamuan makan
- Lemang & Rendang ayam RM 5 X 100 orang RM 500.00
- Ketupat nasi & Kuah kacang RM 2 X 100 orang RM 200.00
- Sate ayam RM 0.70 X 1000 cucuk RM 700.00
- Laksa RM 2.50 X 100 orang RM 250.00
- Agar-agar RM 1 X 100 orang RM 100.00
- Air oren sejuk & Teh tarik RM 3 X 100 orang RM 300.00
- Buah-buahan RM 1.50 X 100 orang RM 150.00
- Kuih raya Guru SK Gangga RM 0.00

8.2 Banting RM 60 X 1 keping RM 60.00


8.3 JUMLAH RM 2260.00

9. SUMBER KEWANGAN
9.1 Sumbangan - RM 2260

10. PENUTUP
Adalah diharapkan majlis yang dirancang ini berjaya dilaksanakan dengan sempurna
serta memberi manfaat kepada semua sekolah-sekolah Zon Beruas khasnya serta
PPD Manjung amnya.
Disediakan oleh, Disahkan oleh,

__________________________________ ____________________________________
(EN. MOHD FAISAL BIN ABDUL KARIM) (EN. ROHAIZAN BIN MOHAMED HANIF)
Setiausaha, Pengerusi,
Majlis Sambutan Aidilfitri, Majlis Sambutan Aidilfitri,
Program CO Sekolah-Sekolah Zon Beruas 2018. Program CO Sekolah-Sekolah Zon Beruas 2018.

You might also like