You are on page 1of 215

PENGAMALAN BUDAYA KETEPATAN

DALAM GAGASAN 1MALAYSIA


TRANSFORMASI KE ARAH
PEMBENTUKAN NEGARA MAJU
LOGO AKADEMI KENEGARAAN
Logo berasaskan perkataan Akademi Kenegaraan dalam tulisan Jawi berbentuk sekuntum
Bunga Raya iaitu Bunga Kebangsaan yang indah dan terdapat di merata tempat sesuai dengan
peranannya menyebarluaskan ilmu berkaitan kenegaraan Malaysia secara menarik dan mudah
difahami masyarakat berbilang bangsa dan agama. Warna merah melambangkan keberanian
Akademi Kenegaraan dalam menyampaikan maklumat yang benar berkaitan dengan kenegaraan.
Pada tangkai Bunga tersebut terdapat perkataan Biro Tatanegara dalam tulisan Jawi sesuai
dengan kedudukan Akademi Kenegaraan yang terletak di bawah Biro Tatanegara, Jabatan
Perdana Menteri. Tulisan jawi tersebut berwarna biru yang melambangkan cita-cita dan usaha
menyemai perpaduan dalam kalangan rakyat. Empat belas titik kuning pula melambangkan
institusi Raja Berpelembagaan yang didokongi semua rakyat di empat belas buah negeri di
Malaysia.
PENGAMALAN BUDAYA KETEPATAN
DALAM GAGASAN 1MALAYSIA
TRANSFORMASI KE ARAH
PEMBENTUKAN NEGARA MAJU
Nik Azis Nik Pa
Universiti Malaya
Akademi Kenegaraan BTN
Jabatan Perdana Menteri
2012
Hakcipta terpelihara. Tiada mana-mana bahagian daripada buku ini yang boleh
disiar-terbitkan semua dalam sebarang bentuk dan dengan apa cara sekalipun,
termasuk elektronik, mekanikal, fotokopi, rakaman dan sebagainya, tanpa
mendapat izin bertulis daripada Penerbit dan pemilik hakcipta.
Perpustakaan Negara Malaysia Data Pengkatalogan-dalam-Penerbitan
Nik Azis Nik Pa
pengamalan budaya ketepatan dalam gagasan 1Malaysia : transformasi
ke arah pembentukan negara maju / Nik Azis Nik Pa.
ISBN 978-983-41482-3-2
1. Malaysia-Social policy. 2. Malaysia-Politics and government. I. Judul.
320.9595
Reka letak oleh
Sahib Graphic
No. 13a Jalan Lengkongan Brunei,
55100 Kuala Lumpur
Diterbitkan oleh
AKADEMI KENEGARAAN BTN
Jabatan Perdana Menteri
Putrajaya
Dicetak oleh
PERCETAKAN NUR NIAGA SDN BHD (156113-U)
No. 55 Jalan 6/2 Taman Industri Selesa Jaya,
43300 Seri Kembangan, Selangor Selangor Darul Ehsan
v
Kandungan
Muka surat
Kata-Kata Aluan Perdana Menteri Malaysia vii
Prakata ix
Penghargaan xiii
Mukaddimah 1
Makna Ketepatan 4
Budaya Ketepatan 8
Peranan Nilai 10
Pengetahuan dan Pemahaman 22
Teori dan Metafora Pintar Cerdas 38
Model Hierarki Nilai Utama 52
Nilai dalam Gagasan 1Malaysia 56
Peranan Ilmu 60
Ancaman Sekularisme 70
Program Transformasi 78
Amalan Khusus 84
Menepati Masa 84
Menepati Kepercayaan Agama 93
Menepati Pengetahuan 125
Menepati Akhlak 132
Menepati Tugas 150
Menepati Kehidupan Berkualiti 154
Menepati Kepemimpinan Berhikmah 167
Langkah Ke Hadapan 178
Rujukan 187
Indeks 193
Biodata Penulis 199
vii
Alhamdulillah, saya bersyukur ke hadrat Allah SWT sebab
buku yang dihasilkan ini telah berada di tangan anda dan
bertambahlah satu lagi khazanah pemikiran yang sangat
berharga untuk tatapan masyarakat umum. Saya sangat
menghargai usaha gigih yang dilakukan Profesor Dr. Nik Azis
Nik Pa yang turut sama membantu menjelaskan lagi Gagasan
1Malaysia kepada rakyat dalam konteks yang lebih terperinci.
Buku ini ternyata telah menghuraikan gagasan tersebut dengan
lebih mendalam, khususnya dari segi ilmiah bagi memudahkan
lagi pemahaman rakyat.
Sebagai sebuah negara yang berhasrat mencapai status negara
maju menjelang 2020, rakyat Malaysia perlu mengamalkan
budaya progresif. Salah satu budaya progresif yang perlu diberi
perhatian ialah budaya ketepatan, iaitu satu aspek penting
dalam Gagasan 1Malaysia. Antara unsur penting dalam
budaya ketepatan termasuklah unsur ketepatan akhlak, janji,
masa, membuat keputusan, dan pengetahuan. Melalui buku
ini, penulis telah menghuraikan dengan panjang lebar dan
terperinci konsep budaya ketepatan dan unsur penting yang
membentuk budaya tersebut.
Kita percaya bahawa pemahaman dan pengamalan budaya
ketepatan merupakan satu usaha kritis ke arah membentuk satu
sistem nilai yang baik untuk semua. Pembentukan nilai yang
kukuh menuntut perubahan menyeluruh dalam pembangunan
diri dan masyarakat agar ia menjadi budaya hidup yang
berlandaskan kepada Al-Quran dan sunnah. Semua ini akan
Kata-Kata Aluan
Perdana Menteri Malaysia
viii
meningkatkan nilai peradaban dan ketamadunan budaya
sesuai dengan taraf sebuah negara maju.
Akhir sekali, saya merakamkan ucapan terima kasih kepada
Profesor Dr. Nik Azis Nik Pa atas usaha beliau yang meng-
huraikan kepentingan Gagasan 1Malaysia dan mendukungnya
dengan hujah ilmiah yang bernas. Harapan saya agar selepas
ini lebih ramai ilmuwan, cendekiawan dan ahli profesional
lain tampil memberi sumbangan konstruktif dalam pelbagai
aspek yang berkaitan Gagasan 1Malaysia kepada masyarakat.
Semoga dengan kehadiran buku ini akan memberi impak yang
besar kepada masyarakat dan Gagasan 1Malaysia mampu
membuka dimensi berfikir yang baru demi manfaat manusia
sejagat, khususnya ke arah pembentukan negara maju.
Sekian, terima kasih.
YAB Dato Sri Mohd Najib Tun Abdul Razak
ix
PRAKATA
Penulisan buku ini adalah susulan kepada buku, 1Malaysia:
Menjana negara sejahtera dan bahagia menjelang 2020 yang
diterbitkan oleh Centre for Glocal Concerns pada tahun 2011.
Buku tersebut merupakan satu usaha ilmiah bagi menjelaskan
idea yang terkandung dalam Gagasan 1Malaysia. Refleksi secara
retrospektif terhadap buku itu menyedarkan penulis tentang
peri pentingnya pemahaman yang meluas dan mendalam
tentang Gagasan 1Malaysia secara am dan budaya ketepatan
secara khusus dengan berlandaskan perspektif bersepadu.
Hakikatnya, perbincangan tentang Gagasan 1Malaysia
dan budaya ketepatan akan menjadi lebih bermakna jikalau
kita melakukan tiga perkara asas: (a) mengambil kira perspektif
yang menyeluruh tentang asas falsafah, psikologi, sosiologi,
ekonomi, dan politik bagi pembentukan, pengembangan, dan
penghayatan Gagasan 1Malaysia dan budaya ketepatan; proses
pembuatan keputusan dalam gagasan dan budaya tersebut;
visi dan matlamat gagasan dan budaya tersebut; dan pelan
pembangunan dan tindakan bagi merealisasikan gagasan dan
budaya tersebut, (b) membebaskan kepercayaan, pemikiran,
perasaan, pergaulan, dan perbuatan daripada cengkaman dan
manipulasi sekularisme dan relativisme dalam memahami,
mengembangkan, mempertahankan, dan menghayati gagasan
dan budaya tersebut, dan (c) mengambil manfaat dan iktibar
daripada pengalaman individu, masyarakat, bangsa, budaya,
dan negara lain yang tidak bertentangan dengan kebenaran.
Dewasa ini, perbincangan yang dibuat oleh ahli ekonomi,
budayawan, politik, pentadbir, dan pendidik Barat dan penyokong
mereka tentang pembangunan dan pembentukan negara maju
adalah cukup dinamik, tetapi sayangnya kedinamikan tersebut
hanya berkisar dalam domain sekular dan materialisme.
Kebanyakan mereka mengetepikan aspek metafizik dan tanpa
x
bimbingan ilmu diwahyukan, pandangan mereka tidak mampu
untuk menangani kepincangan fikiran rasional dan pengalaman
empiris manusia. Seperkara yang jelas ialah perbincangan
ilmiah, kajian saintifik, dan kehidupan beragama merupakan
satu keseluruhan yang tidak boleh dipisahkan.
Ajaran agama tidak boleh dipisahkan untuk membimbing
kehidupan persendirian peribadi semata-mata. Malah, agama
yang benar merupakan sumber kekuatan, inspirasi, dan
bimbingan untuk semua kegiatan manusia. Agama yang benar
membekalkan asas akhlak, adab, ekonomi, pendidikan, dan
politik bagi semua manusia. Tanpa asas tersebut, kegiatan
manusia tidak lebih daripada suatu yang keliru dan bercelaru,
selain tidak membawa sebarang makna kecuali kelalaian
dan kekosongan jiwa. Justeru, usaha harus diperhebat untuk
mewujudkan dan memperluaskan suasana yang sesuai supaya
bimbingan agama dapat memperkayakan dan meningkatkan
kualiti perbincangan, penyelidikan, dan pengembangan
gagasan dan amalan tentang negara maju dan bahagia.
Buku ini mengandungi 5 bahagian utama. Bahagian 1
membincangkan seting dan realiti bagi pembangunan negara
dan cabaran yang harus dihadapi untuk mewujudkan negara
yang maju dan bahagia. Turut dibincangkan ialah Gagasan
1Malaysia dan konsep budaya ketepatan. Bahagian 2 pula
menganalisis makna ketepatan dan menyenaraikan tiga puluh
konteks atau makna bagi perkataan tepat. Turut disenaraikan
ialah istilah yang bersinonim dan berantonim dengan perkataan
tepat. Seterusnya, Bahagian 3 menyenaraikan sepuluh
komponen utama bagi budaya ketepatan dan menjelaskan
lapan faktor kritis yang mewarnai budaya ketepatan, iaitu faktor
nilai, pengetahuan, pintar cerdas, hierarki nilai, nilai eksplisit
dalam Gagasan 1Malaysia, ilmu, sekularisme, dan program
transformasi. Bahagian 4 pula membincangkan tujuh aktiviti
khusus bagi budaya ketepatan, iaitu menepati masa, menepati
kepercayaan agama, menepati pengetahuan, menepati
akhlak, menepati tugas, menepati kehidupan berkualiti, dan
xi
menepati kepemimpinan berhikmah. Akhir sekali, Bahagian 5
membincangkan langkah ke hadapan bagi pengamalan budaya
ketepatan ke arah pembentukan negara maju dan bahagia.
Secara keseluruhan, buku ini membincangkan lima
perkara tentang pengamalan budaya ketepatan dalam
Gagasan 1Malaysia ke arah pembentukan negara yang
aman, makmur, maju, dan dirahmati Allah: (a) pengetahuan
linguistik dan fakta tentang pembangunan negara dan budaya
ketepatan, (b) pengetahuan konseptual tentang budaya ketepatan,
(c) pengetahuan strategik tentang pengamalan budaya ketepatan,
(d) pengetahuan etika tentang pengamalan budaya ketepatan, dan
(e) pengetahuan rohani tentang pengamalan budaya ketepatan.
Penulis menggunakan idea tentang kelima-lima perkara ini
sebagai acuan dan landasan bagi pembentukan konsepsi
dan pelaksanaan tindakan bersepadu tentang pengalaman
budaya ketepatan dalam Gagasan 1Malaysia. Pada dasarnya,
pengamalan budaya ketepatan yang bermanfaat dan berkesan
hanya dapat dicapai apabila kita berjaya melaksanakan tuntutan
dan keperluan utama yang berkaitan dengan lima perkara yang
dinyatakan. Analogi pokok digunakan untuk menggambarkan
proses pengamalan yang efektif.
Buku ini merupakan satu sumbangan bagi transformasi
yang bermakna dalam pengamalan budaya ketepatan dalam
Gagasan 1Malaysia ke arah pembentukan negara maju dan
bahagia. Menjadi harapan penulis agar perbincangan dan
saranan dalam buku ini sedikit sebanyak memberi impak
positif terhadap tekad dan komitmen para pembaca untuk
merealisasikan wawasan yang berdaya maju itu. Semoga usaha
menghasilkan buku ini diberkati Allah.
Walhamdulillahi Rabbil-alamin
Nik Azis Nik Pa
Universiti Malaya
12 November 2012
xii
xiii
PENGHARGAAN
Setinggi-tinggi penghargaan diucapkan kepada para ilmuwan
yang telah bergabung fikiran di bawah kepimpinan Dato
Shahlan Ismail, Setiausaha Politik Kepada YAB Perdana Menteri
Malaysia untuk menghasilkan buku, 1Malaysia: Menjana
negara sejahtera dan bahagia menjelang 2020 demi menyahut
cabaran YAB Dato Sri Mohd. Najib Tun Abdul Razak untuk
memperbanyakkan penulisan yang relevan tentang Gagasan
1Malaysia. Susulan penerbitan buku tersebut, usaha telah
dan sedang dibuat untuk menjelaskan dengan lebih terperinci
setiap fokus utama buku tersebut. Ini selaras dengan cadangan
YAB Perdana Menteri Malaysia untuk mengembangkan lagi
penulisan ilmiah bagi membangunkan negara Malaysia yang
aman makmur serta dirahmati dan diredai Allah berlandaskan
konsep dan prinsip baldatun tayyibatun wa rabbun ghafur.
Ucapan ribuan terima kasih kepada YAB Dato Sri Mohd
Najib Tun Abdul Razak yang telah melancarkan Gagasan
1Malaysia pada 3 April 2009 dan memberi sokongan padu
kepada tafsiran konstruktif tentang gagasan tersebut; Dato
Shahlan Ismail yang telah menyediakan infrastruktur intelektual
bagi penghasilan buku ini; YM Datuk Raja Arif Raja Ali,
Ketua Pengarah BTN dan YBhg Dr. Hanafi Harun, Timbalan
Ketua Pengarah BTN serta kakitangan BTN dan Akademi
Kenegaraan yang telah memudahkan penyelenggaraan dan
penerbitan buku ini. Semoga usaha kita diberkati Allah.
Negara yang maju dan bahagia tidak dapat dicapai
melalui kejayaan kebendaan semata-mata, tetapi dengan
memenuhi setiap tuntutan agama, ilmu, dan peradaban,
dan dengan mencapai tahap budaya yang cemerlang seperti
yang diharapkan oleh masyarakat yang bertamadun tinggi.
Sejarah menunjukkan dengan jelas bahawa hanya daripada
xiv
bimbingan Allah manusia mendapat kekuatan dalaman untuk
berenang melawan arus keruntuhan akhlak dan menahan
diri daripada tarikan budaya negatif, mengetepikan kehendak
yang mementingkan diri sendiri, dan meneruskan usaha
pembangunan diri, masyarakat, bangsa, dan negara yang
sebenar. Setinggi-tinggi penghargaan diucapkan kepada semua
insan yang berusaha untuk memahami dan memenuhi tuntutan
ini.
Semoga kehadiran buku ini mentafsirkan secara
ilmiah satu unsur Gagasan 1Malaysia mampu mendorong
kita untuk berfikir, bertindak, dan bekerja dalam cara yang
lebih produktif daripada sebelumnya demi kebahagiaan dan
kesejahteraan manusia sejagat. Saya yakin bahawa kita akan
menganalisis, mengawasi, dan menilai pegangan, konsepsi,
dan amalan kita tentang transformasi ke arah pembentukan
negara Malaysia yang maju dan bahagia dengan fikiran
terbuka dan hati yang ikhlas. Dalam zaman tatkala sempadan
negara dilanda arus globalisasi, setiap satu daripada kita harus
menggabungkan kekuatan dan kepakaran berlandaskan ajaran
agama untuk membangunkan negara kita. Agama yang benar
dapat memupuk dan meningkatkan kerohanian insan dan
serentak membina asas ke arah pembangunan negara yang
maju dan bahagia. Jutaan tahniah kepada warganegara yang
membayangkan masa depan yang cemerlang dan gemilang
bagi Malaysia dan komited dan istiqamah dalam merealisasikan
cita-cita tersebut.
1
MUKADDIMAH
Kecemerlangan dalam aspek pembangunan insan, peradaban,
pencapaian ekonomi, infrastruktur teknologi, dan standard
kehidupan menjadi impian semua negara di dunia. Perbincangan
yang bermakna tentang pembentukan Malaysia sebagai
sebuah negara yang berjaya menjaga, memartabatkan, dan
memperkasakan agama, akal, nyawa, harta, dan keturunan tidak
dapat dibuat secara berasing daripada fenomena sosiobudaya
seperti perpaduan nasional dan pembangunan manusia. Pada
asasnya, pembentukan negara maju membabitkan bagaimana
kita memilih untuk menjalani kehidupan kita, dengan kesedaran
bahawa setiap perkara yang kita lakukan akan mendatangkan
natijah kepada kira-kira 30 juta orang yang hidup bersama
kita di negara ini dan 7 bilion orang yang hidup di dunia, serta
kepada berbilion-bilion lagi yang akan mengikuti kita pada
abad akan datang. Dalam sebuah negara yang berbilang kaum
dan agama, perpaduan negara penting bagi mencapai cita-cita
nasional, termasuk cita-cita untuk menjadi sebuah negara maju
yang berpendapatan tinggi dan bahagia, bukan sekadar sebuah
negara maju (developed nation) mengikut acuan Barat. Malah,
sejarah tamadun manusia menunjukkan bahawa perpaduan
nasional penting bagi pembentukan suasana politik yang
stabil yang merupakan satu pemangkin kritikal bagi aktiviti
pembangunan negara.
Sejarah tamadun manusia juga menunjukkan bahawa
perpaduan nasional tidak dapat dicapai dalam satu tempoh yang
pendek, tetapi memerlukan usaha berterusan dari satu generasi
kepada generasi yang berikutnya. Di Malaysia, pengutaraan
Gagasan 1Malaysia, Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan
(1Malaysia, People First, Performance Now) sebagai tambahan
kepada Perlembagaan Persekutuan dan Rukun Negara adalah
untuk memantapkan lagi usaha merealisasikan perpaduan
2
nasional ke arah pembentukan negara maju yang bahagia.
Pemahaman tentang perkaitan antara pengamalan budaya
progresif dan nilai aspirasi yang mendasari Gagasan 1Malaysia
dengan perpaduan nasional adalah kritikal jikalau kita ingin
memperluaskan pembangunan manusia (human development)
dan kegembiraan insani (human happiness) bagi generasi kini dan
generasi masa depan dalam usaha membentuk sebuah negara
maju dan bahagia menurut acuan kita sendiri.
Kemajuan membanggakan dalam pembangunan manusia
dan kegembiraan insani yang dicapai oleh Malaysia dalam
beberapa dekad kebelakangan ini seperti yang terpapar dalam
Human Development Report 2011 (United Nations Development
Programme, 2011) dan World Happiness Report 2012 (Helliwell,
Layard, & Sachs, 2012) sukar untuk diteruskan tanpa langkah
global yang jelas, berani, dan berhikmah untuk mengurangkan
pengamalan budaya bercelaru, gaya hidup hedonisme, dan
nilai sekularisme dan liberalisme dalam masyarakat. Pada
masa ini, Malaysia berada di tempat ke-61 daripada 187 buah
negara yang terlibat dalam laporan pembangunan manusia,
dan di tempat ke-51 daripada 156 buah negara yang terlibat
dalam laporan kegembiraan dunia. Penyediaan peluang dan
pilihan kepada semua rakyat negara ini untuk mengamalkan
budaya progresif dan nilai murni, termasuk nilai aspirasi
merupakan matlamat utama Gagasan 1Malaysia, perpaduan
nasional, pembangunan manusia, dan pembentukan negara
maju dan bahagia. Kita mempunyai tanggungjawab bersama
dan imperatif moral terhadap semua rakyat negara ini untuk
memastikan apa yang berlaku pada hari ini tidak menjadi
musuh dan penghalang kepada apa yang akan berlaku pada
masa hadapan dalam usaha membentuk Malaysia sebagai
sebuah negara maju dan bahagia.
Gagasan 1Malaysia, Rakyat Didahulukan, Pencapaian
Diutamakan yang bertumpu kepada usaha untuk membentuk,
mengembangkan, mengukuhkan, dan mempertahankan
perpaduan dalam kalangan rakyat Malaysia yang berbilang
3
kaum dan agama adalah berasaskan beberapa prinsip, nilai,
cara berfikir, cara bertindak, dan budaya progresif, yang mana
satu daripadanya ialah budaya ketepatan. Istilah kebudayaan
merujuk seluruh cara hidup manusia yang merangkumi
adat resam, pegangan, cara bertindak, berfikir, berkelakuan,
dan berperasaan serta segala hasil kegiatan dan penciptaan
manusia yang berbentuk kebendaan atau kerohanian dalam
sesuatu masyarakat. Oleh itu, budaya merupakan amalan
bermasyarakat yang merangkumi cara berfikir, bertindak,
berkelakuan, berpakaian, berbahasa, beribadat, beriadah,
berkomunikasi, berkahwin, bekerja, dan kegiatan ekonomi,
teknikal, pendidikan, politik, perniagaan, kesusasteraan,
saintifik, sukan, kesenian, dan muzik.
Kebudayaan boleh dikelaskan sebagai budaya benda
(tangible) dan budaya bukan benda (intangible) yang dihasilkan
oleh manusia, tetapi ia bukan terdiri daripada benda yang
terbentuk secara semula jadi. Misalnya, tali air dan bangunan
pencakar langit adalah unsur budaya, manakala sungai dan
gunung pula tidak dianggap sebagai unsur budaya. Kebudayaan
membabitkan sistem nilai yang dimiliki dan dikongsi bersama,
emosi, kepercayaan, sikap, minat, dan pemikiran yang
mempengaruhi persepsi, konsepsi, dan tingkah laku manusia.
Sebagai cara hidup, kebudayaan mengandungi unsur seperti
kepercayaan, pemikiran, bahasa, sains, teknologi, seni, kegiatan
sosial, adab, nilai, etika, norma, dan barang-barang buatan
manusia (artifak).
Ungkapan budaya ketepatan merujuk keseluruhan corak
hidup sesuatu masyarakat yang membabitkan hal ketepatan.
Antara lain, ia melibatkan kepercayaan, pengetahuan, perasaan,
pengalaman, perbuatan, nilai, sikap, tabiat, adab, adat, amalan
harian, dan benda yang dimiliki oleh sesuatu kumpulan
manusia tentang ketepatan. Secara mudah, budaya ketepatan
boleh dianggap sebagai corak hidup manusia bermasyarakat
tentang ketepatan. Corak hidup tersebut menjadi identiti bagi
anggota sesuatu masyarakat dan membezakannya daripada
4
corak hidup masyarakat yang lain. Misalnya, budaya ketepatan
bagi masyarakat Melayu menjadi satu aspek penting bagi
pengenalan, identiti, akal budi, atau jati diri bangsa Melayu.
Begitu juga dengan budaya ketepatan bagi bangsa Cina, India,
Kadazan, Iban, Arab, Jepun, atau Korea menjadi identiti
bangsa yang mendukungnya.
Budaya ketepatan mengandungi benda dan bukan benda
yang tidak terkira banyaknya. Misalnya, benda fizikal di dalam
alam sekitar seperti barang makanan, minuman, pakaian,
peralatan, perumahan, pengangkutan, pembinaan, perniagaan,
pertanian, perhiasan, dan rekreasi yang merupakan ciptaan
manusia adalah sebahagiannya terdiri daripada budaya benda
yang berkaitan dengan ketepatan. Unsur bukan benda yang
membabitkan budaya ketepatan pula termasuklah kepercayaan,
pengetahuan, perasaan, perbuatan, bahasa, nilai, norma, seni
suara, komunikasi, peraturan, perundangan, corak organisasi,
amalan pentadbiran, dan pengurusan ekonomi dalam
masyarakat. Sesuatu bangsa atau masyarakat dikenali daripada
aspek amalan budaya ketepatan mereka dalam perkara seperti
menepati masa, moral, janji, timbangan, ukuran, pengetahuan,
kepercayaan, komunikasi, dan tugas. Misalnya, dalam kehidupan
manusia, kita dapat menemui individu atau kaum yang terkenal
dengan tabiat berjanji sahaja yang banyak dibuat, tetapi tidak
ditepati, ibarat kata orang tua-tua, murah di mulut, mahal
di timbangan. Begitu juga, kita dapat menemui bangsa yang
terkenal dengan tabiat menepati masa, ibarat kata peribahasa,
masa itu emas dalam mana kereta api yang tiba selepas satu
minit sahaja daripada masa yang dijadualkan sudah dianggap
lewat.
MAKNA KETEPATAN
Perkataan tepat, dalam bahasa Inggeris, precise, berasal
daripada perkataan Latin, praecidere. Perkataan ini terbentuk
daripada gabungan dua perkataan, iaitu prae yang bermaksud
sebelum atau di hadapan dan caedere yang bermaksud
5
untuk memisahkan, memotong, atau meringkaskan. Dengan
kata lain, perkataan praecidere bermaksud untuk memotong,
memangkas, memisahkan, memutuskan, memendekkan, atau
menyingkirkan di hadapan bagi tujuan kejituan, kelicinan,
atau kelancaran. Dalam kehidupan seharian, perkataan
tepat digunakan dalam pelbagai konteks yang berbeza dan
kadang kala mempunyai makna yang berlainan. Berikut adalah
sebahagian konteks dan makna bagi perkataan tersebut (Nik
Azis, 2010):
Adat istiadat, kelakuan, pengendalian, upacara: Teliti dan
terperinci, cermat dan beradab, berhati-hati dan
tertib.
Amalan, jawapan, tingkah laku: Betul, sesuai benar, wajar,
sebagaimana yang sepatutnya, kena pada tempatnya,
pasti, sah.
Amaun, jumlah, kuantiti: Khusus dan betul-betul,
sebagaimana semestinya, tidak berlebihan atau
berkurangan, tetap dan tertentu.
Arahan, tujuan: Khusus, jelas dan pasti, tidak
menyimpang daripada sasarannya, sesuai dengan
yang sebenarnya, tidak menyeleweng, sebagaimana
semestinya,
Artikulasi, sebutan, percakapan, pertuturan, ungkapan: Jelas
dan betul, sebagaimana sepatutnya, sesuai dengan
yang seharusnya, terang dan nyata, pasti.
Bahasa, prosa: Ditakrifkan dengan jelas; dinyatakan
secara khusus dan terperinci, diterjemahkan dengan
jelas, jitu, dan amat teliti.
Belaan, penjagaan, pengawasan, peliharaan, kawalan: Rapi,
kemas, teliti, berhati-hati, cermat, berawas-awas.
Bunyi, suara: Betul dan berbeza daripada yang lain,
khusus dan jelas.
6
Catatan, dokumentasi, rakaman, rekod, tulisan: Betul-betul,
sebagaimana yang sepatutnya, jelas dan betul, khusus
dan terang, terperinci dan sebenar, kata-demi-kata.
Idea, imej, perwakilan, penyataan: Betul-betul akur dengan
fakta atau kebenaran, suatu yang benar.
Instrumen, skala: Khusus dan jitu, amat terperinci, amat
jelas dan halus.
Janji: Betul-betul menunaikan, memenuhi, berpegang
teguh.
Kedudukan, tempat: Betul-betul, khusus dan nyata, jelas
dan pasti.
Kerja, tugas: Mematuhi syarat atau piawai, amat
teliti dan cermat, mengikut peraturan, keakuran,
keselarasan atau kecocokan, teliti dan prihatin, amat
cermat dan teliti.
Komunikasi: Disebut dengan nyata, diperkatakan
dengan pasti, diumumkan dengan jelas dan teliti,
dilaporkan secara boleh dipercayai, sah, benar, dan
terperinci.
Makna: Khusus dan jelas, terang dan nyata, pasti dan
tertentu.
Pakaian: Satu-satunya dan tidak ada yang lain,
sebagaimana yang sepatutnya.
Pemikiran: Jelas dan pasti, tidak bercelaru, khusus dan
teliti.
Pendapat, kritikan: Terang dan pasti, jelas dan khusus,
mempunyai batasan tertentu, sesuai dan patut, kena
benar, betul.
Pengklasifikasian: Sesuai dan patut, terlalu teliti.
Penjelasan: Terlalu teliti, jelas dan pasti, khusus dan
terang, elok dan baik.
7
Pengukuran, timbangan: Tidak berlebihan atau
berkurangan, sebenarnya, tidak berselisih sedikit pun,
tidak menyimpang daripada nilai sebenar, betul-betul
jitu.
Peraturan: Sesuai dan patut, sepatutnya, betul, jelas
dan pasti, tidak samar-samar, tidak menimbulkan rasa
sangsi.
Perkataan: Kena benar, sesuai dan cocok, betul, padan
benar.
Produk: Mematuhi syarat atau piawai, mengikut
peraturan, keakuran, keselarasan atau kecocokan.
Maklumat, laporan: Jelas dan terperinci, terang dan
pasti, begitu teliti.
Ramalan, tekaan: Tidak bersalahan lagi, betul dan
cocok.
Terjemahan: Jelas dan teliti, jitu dan pasti, betul dan
cocok, terang dan cermat.
Tindakan, pelaksanaan, persembahan: Jitu, cermat, amat
teliti, tidak ada variasi, seragam atau kesaksamaan,
tidak ada kelainan, tidak berubah-ubah, kena pada
tempatnya dan masanya, sebagaimana sepatutnya.
Waktu, masa: Jelas dan pasti, sepatutnya, betul-betul,
sebenarnya.
Terdapat banyak istilah yang bersinonim dengan
perkataan tepat. Begitu juga halnya dengan kata lawan atau
antonim. Berikut adalah sebahagian contoh istilah yang
bersinonim dengan perkataan tepat: Akur, amat terperinci,
awas, begitu teliti, benar-benar, betul-betul, boleh dipercayai,
cermat, cocok, jelas, jitu, halus, hati-hati, kata-demi-kata, kemas,
kena benar, ketat, khusus, konkrit, konsisten, lurus, mutlak,
nyata, pasti, patut, penghargaan, perhatian penuh, patuh, rapi,
sah, sesuai, teliti, terang, teratur, terhad, terperinci, tertentu,
8
terlalu tertib, tetap, dan tulen. Seterusnya, sebahagian istilah
yang berantonim atau berlawanan dengan perkataan tepat
adalah seperti yang berikut: Bengkok, bercelaru, berkurangan
atau berlebihan, bersahaja, boleh dipersoalkan, cincai, cuai,
curiga, dusta, dibuat-buat, gopoh-gapah, goyah, goyang, kabur,
kacau-bilau, kasar, keliru, keruh, khilaf, kurang hati-hati, kusut,
lalai, leka, longgar, menyeleweng, menyimpang, mungkir,
palsu, pudar, ragu-ragu, relatif, salah, samar-samar, sangsi,
sembarangan, salah, sesat, silap, syak, tak tentu, terpesong,
tidak boleh dipercayai, tidak dapat dipastikan, tidak ditetapkan,
tidak benar, tidak cerah, tidak jelas, tidak jernih, tidak sopan,
tidak terbatas, tidak terang, tidak terhad, tidak akur, tidak sah,
dan umum.
BUDAYA KETEPATAN
Budaya ketepatan membabitkan corak kehidupan yang
memberi keutamaan kepada amalan yang baik seperti
menepati kepercayaan agama, pengetahuan, masa, akhlak,
janji, jiwa merdeka, timbangan, ukuran, kehidupan berkualiti,
kepemimpinan berhikmah, komunikasi berkesan, dan tugas (lihat
Rajah 1). Pelaksanaan amalan ini dalam konteks pembudayaan
ilmu dan penghayatan nilai yang berteraskan keimanan dan
ketakwaan kepada Allah dapat membantu manusia untuk
membentuk dan mengembangkan peradaban yang tinggi dan
tamadun yang unggul. Kehidupan manusia zaman silam dan
kini yang memperlihatkan kegemilangan sesuatu umat dalam
bidang tertentu boleh dijadikan teladan dalam usaha untuk
mencapai kemajuan dan pembangunan yang lebih tinggi bagi
rakyat dan negara Malaysia.
Setiap amalan yang menyumbang kepada pembentukan
dan pengembangan budaya ketepatan mempunyai ciri, hakikat,
tuntutan, dan unsur yang tertentu, ibarat kata orang tua-tua,
adat sepanjang jalan, cupak sepanjang betung. Kegagalan
untuk memberi perhatian kepada perkara ini boleh melahirkan
amalan negatif (mazmumah), bukan amalan positif (mazmumah)
9
yang diharapkan. Misalnya, satu amalan yang berlawanan
dengan menepati masa ialah melengahkan masa, manakala
satu amalan yang berlawanan dengan menetapi janji pula ialah
mungkir janji. Begitu juga, satu amalan yang berlawanan dengan
menepati kepercayaan agama ialah memesongkan kepercayaan
agama, manakala satu amalan yang berlawanan dengan
menepati pengetahuan pula ialah kecelaruan pengetahuan.
Seterusnya, satu amalan yang bertentangan dengan menepati
adab dan akhlak (keutuhan adab dan akhlak) ialah kelunturan,
kelonggaran, kelemahan, atau keruntuhan adab dan akhlak.
Satu amalan yang bertentangan dengan menepati tugas pula
ialah mengabaikan, tidak mengendahkan, mensia-siakan,
tidak mempedulikan, mencuaikan, tidak atau sangat sedikit
memberikan perhatian, atau membiarkan sahaja tugas.
Rajah 1. Beberapa komponen utama budaya ketepatan
Keupayaan individu atau masyarakat untuk membentuk,
mengembangkan, mengukuhkan, memurnikan, atau
mempertahankan sesuatu amalan yang berkaitan dengan
budaya ketepatan banyak bergantung pada sistem nilai dan
keilmuan yang dimiliki. Secara kasar, nilai boleh dianggap
sebagai perwakilan dalaman tentang keperluan sejagat manusia,
iaitu keperluan hayat, keperluan interaksi sosial, dan tuntutan
institusi sosial terhadap individu. Satu cabaran terhadap usaha
untuk mengembangkan budaya ketepatan ialah penentuan
tentang cara yang berkesan untuk mengenal pasti nilai dan
sistem nilai yang dimiliki oleh individu dalam cara yang dapat
10
menggambarkan realiti penglibatan mereka dalam tingkah
laku membuat pilihan nilai semasa mengamalkan budaya
tersebut. Pengetahuan tentang sistem nilai adalah penting
sebab pengetahuan tersebut dapat membantu kita untuk
memahami daya motivasi yang mendorong kepercayaan, sikap,
dan perlakuan individu.
Peranan Nilai
Istilah nilai merujuk konsepsi atau kepercayaan yang mana
individu komited terhadapnya dan yang memandu tingkah laku
mereka (those conceptions or beliefs to which individuals are committed
and which guide their behaviors). Definisi ini, yang mengaitkan nilai
dengan pengetahuan (konsepsi) dan pegangan (kepercayaan)
seseorang individu, adalah berlandaskan andaian kerohanian-
kelakuan (spiritual-behavioral) bahawa nilai memberitahu persepsi
dan tindakan individu dengan berperanan sebagai pemandu
bagi tingkah laku mereka dan membekalkan justifikasi bagi
tingkah laku yang diharapkan oleh masyarakat. Seterusnya,
agama dan kerohanian dianggap memainkan peranan yang
penting dalam perbincangan tentang nilai. Pandangan ini
berbeza dengan budaya Barat moden yang tidak memberi
perhatian yang sewajarnya kepada aspek metafizik dan sedikit
sekali perbincangan yang signifikan dibuat tentang tempat dan
fungsi agama dan kerohanian dalam kehidupan manusia yang
berpendidikan. Sollod (1992) merumuskan bahawa fenomena
seperti itu membawa kepada pandangan yang sempit, terpisah,
dan sekular tentang pengalaman dan kehidupan manusia.
Nilai tidak dapat diperhatikan secara langsung; hanya
inferens boleh dibuat tentangnya daripada tingkah laku,
percakapan, atau jawapan yang diberikan oleh seseorang
individu kepada soalan yang tertentu. Apabila sesuatu nilai
dibentuk oleh individu, ia menjadi sebahagian sistem nilai
yang tersusun dan individu yang terlibat akan menentukan
tahap prioriti bagi nilai itu berbanding dengan nilai-nilai lain
yang dimiliki olehnya. Nilai berbeza daripada sikap. Misalnya,
11
nilai membabitkan sesuatu konsepsi atau kepercayaan yang
menjangkaui benda tertentu, sedangkan sikap membabitkan
konsepsi atau kepercayaan tentang benda, perkara, corak
tingkah laku, perasaan, atau keadaan yang khusus.
Dalam sistem afektif, nilai merujuk komitmen, pegangan,
atau kecenderungan mendalam seseorang individu. Nilai
mendorong individu untuk membuat pilihan jangka panjang
dan prioriti jangka pendek. Seterusnya, nilai mempunyai
kestabilan yang tinggi merentasi masa, cenderung untuk
dianggap sebagai suatu yang terhad daripada segi bilangan,
dan boleh distrukturkan untuk membentuk sistem nilai. Sikap
pula merujuk orientasi atau kecenderungan ke arah satu
himpunan perasaan emosi tertentu (positif atau negatif) dalam
konteks yang khusus. Sikap mempunyai kestabilan sederhana
yang membabitkan pengimbangan interaksi unsur afektif
dengan unsur kognitif. Ringkasnya, nilai lebih stabil dan
mengambil tempat yang lebih penting daripada sikap. Oleh itu,
nilai menjadi penentu bagi sikap dan kelakuan manusia, dan
membekalkan pemahaman yang lebih stabil dan berorientasi
dalaman tentang lagak dan tingkah laku manusia.
Ungkapan sistem nilai merujuk satu himpunan nilai dan
ukuran yang koheren dan konsisten yang diamalkan, digunakan,
atau dikembangkan oleh individu, organisasi, atau masyarakat
sebagai standard kepada kecenderungan tingkah laku dalam
semua keadaan bagi mencapai integriti ideologi, etika, atau
moral. Sistem nilai atau hierarki nilai berfungsi sebagai satu
rancangan umum dalam membuat keputusan dan mengatasi
konflik. Individu dan masyarakat boleh dibandingkan antara
satu sama lain bukan berasaskan satu nilai khusus sahaja,
tetapi turut berasaskan prioriti nilai yang dimiliki. Lazimnya,
manusia menggunakan nilai yang dibentuk dalam konteks
agama, budaya, atau masyarakat yang tertentu sebagai piawai
dalam menentukan sama ada mereka mempunyai moral dan
kecekapan yang sama seperti orang lain; memandu pembawaan
diri, perwatakan, atau pemaparan diri mereka kepada orang
12
lain; dan membantu mereka menjustifikasikan kepercayaan,
sikap, dan tingkah laku mereka, yang mana jikalau tidak
dilakukan akan membuat perkara tersebut tidak dapat diterima
secara peribadi atau sosial.
Sistem nilai yang tertakrif dengan jelas membentuk kod
moral. Sistem nilai boleh berbentuk sistem nilai peribadi atau
sistem nilai masyarakat. Sesetengah sistem nilai masyarakat
diwakilkan oleh kod undang-undang. Pada asasnya, sistem
nilai masyarakat merujuk mod tingkah laku yang diterima dan
himpunan norma, tujuan, dan nilai yang mengikat sesuatu
masyarakat yang berperanan sebagai rangka rujukan bagi
anggota masyarakat tersebut dalam membuat keputusan dan
membentuk kehidupan yang bermakna. Sistem nilai, bukan
sesuatu nilai tunggal, membekalkan pemahaman yang lebih
lengkap dan mendalam tentang daya motivasi yang mendorong
kepercayaan, sikap, dan kelakuan individu, termasuk
kelakuannya dalam mengamalkan budaya ketepatan. Impak
nilai terhadap sikap dan kelakuan individu dalam mengamalkan
budaya ketepatan boleh ditaksirkan dengan lebih berkesan dan
lebih dipercayai jikalau kita mempunyai maklumat tentang
keseluruhan sistem nilai yang dimiliki oleh individu tersebut,
bukan maklumat tentang sesuatu nilai utama sahaja.
Dalam kehidupan seharian, manusia membuat
pertimbangan tertentu tentang kepentingan, kebergunaan,
kemanfaatan, kebaikan, atau nilai sesuatu kepercayaan, buah
fikiran, perasaan, perbuatan, dan benda. Menghargai sesuatu
perkara bermakna kita menganggap perkara itu mempunyai nilai
yang tertentu. Nilai yang kita miliki mempengaruhi keputusan,
perbuatan, perasaan, pegangan, pilihan, dan tindakan kita.
Misalnya, jikalau kita menganggap menepati janji sebagai
suatu perkara yang sangat bernilai, maka kita akan memberi
keutamaan kepada perkara tersebut dalam kehidupan seharian
kita. Ringkasnya, sistem nilai peribadi membekalkan struktur
dan tujuan bagi membantu individu untuk membuat penentuan
tentang perkara yang penting dan bermakna kepada mereka.
13
Sistem nilai tersebut membantu mereka untuk menyatakan
kecenderungan, perwatakan, dan pendirian mereka.
Dalam budaya ketepatan, perkara yang ditekankan
termasuklah kehidupan yang baik, beradab, bersopan santun,
berakhlak tinggi, berdisiplin, berprioriti, berpandukan prinsip
yang betul, kemas, dan terancang, bukan kehidupan yang
bebas nilai, gopoh-gapah, sembarangan, dan bertumpu kepada
perkara yang remeh dan tidak penting. Kehidupan seperti ini
amat penting dalam menentukan kemajuan dan penerimaan
orang lain apabila kita berurusan dengan mereka. Sebaliknya,
kehidupan yang dicirikan oleh amalan negatif seperti
kekaburan kepercayaan, kecelaruan pengetahuan, penipuan
dalam timbangan atau ukuran, mungkir janji, membuang
masa, makan suap, dan mengabaikan tugas akan menyulitkan
pembentukan masyarakat yang berdaya maju dan bersatu padu.
Begitu juga, perbuatan membesar-besarkan perkara yang kecil,
seperti kata orang tua-tua, air setitik dilautkan, tanah seketul
digunungkan boleh mencairkan usaha perpaduan negara.
Nilai dan sistem nilai boleh dibentuk dan dikembangkan
dalam acuan yang berbeza seperti liberalisme, sekularisme,
relativisme moral, humanisme sekular, dan ajaran agama.
Secara kasar, liberalisme merujuk faham yang membincangkan
nilai dengan menggunakan akal fikiran yang bebas dan hanya
menerima doktrin agama yang sesuai dengan akal fikiran
semata-mata, manakala sekularisme pula merujuk faham yang
memisahkan urusan dunia dari urusan agama dan ajaran
agama hanya digunakan untuk mengurus hubungan peribadi
dengan Tuhan, sedangkan hubungan sesama manusia dan hal
duniawi termasuk perbincangan tentang nilai diurus dengan
berlandaskan persetujuan masyarakat. Seterusnya, relativisme
moral merujuk faham yang menganggap nilai sebagai suatu yang
relatif dan bergantung pada cita rasa masyarakat, manakala
humanisme sekular pula merujuk faham yang mengagungkan
nilai kemanusiaan, menganggap manusia sebagai pusat atau
piawai bagi semua perkara, dan mengetepikan akidah dan
ajaran agama.
14
Akhir sekali, ajaran agama, terutamanya agama Islam,
menganggap nilai sebagai suatu yang ditentukan oleh Tuhan,
bersifat mutlak, objektif, dan berkembang di atas satu nilai asas
yang khusus, iaitu keimanan dan ketakwaan kepada Allah, dan
nilai lain dianggap tidak bermakna jikalau nilai asas tersebut
diketepikan sebab tanpa nilai asas itu, semua nilai lain adalah
prasangkaan (surah al-Anaam 6:106, 115-117) dan kehendak
hawa nafsu semata-mata (surah al-Muminuun 23:71). Bagi
orang bukan Islam, nilai asas boleh terdiri daripada pelbagai
perkara bergantung pada kepercayaan mereka seperti Kristian,
Yahudi, Majusi, Hindu, Buddhis, Sikh, animis, agnostik, ateis,
liberalis, skeptis, dan sekularis. Semenjak zaman pembaharuan
(Renaissance) yang bermula sekitar kurun ke-14 hingga kurun
ke-17 di Barat, usaha yang meluas telah dijalankan untuk
memarginalkan agama dan menganggapnya sebagai musuh
demokrasi, nilai kemanusiaan, dan hak asasi manusia. Pelbagai
faham telah dimajukan untuk mengurangkan, mencairkan,
memesongkan, atau menghalang penggunaan agama sebagai
acuan bagi pembentukan dan pengembangan nilai moral.
Misalnya, pendukung liberalisme agama menegaskan bahawa
agama perlu dibentuk semula supaya agama tersebut bebas dan
merdeka daripada cengkaman doktrin, teks, dan tradisi yang
dianggap sudah jumud dan tidak sesuai lagi dengan semangat
zaman moden.
Pendukung pluralisme agama pula berusaha meleburkan
doktrin dan nilai agama ke dalam arus pemikiran modenisasi
dan globalisasi. Misalnya, mereka mentafsir semula konsep
asas dalam syariah Islam dengan menggunakan pendekatan
Barat moden, khususnya, pendekatan sosial-sejarah Barat.
Tujuan mereka adalah untuk menyebarkan pandangan bahawa
kebenaran setiap agama adalah relatif, tidak ada kebenaran
mutlak yang boleh dicapai, dan tidak ada agama yang boleh
mendakwa bahawa ia merupakan satu-satunya ajaran asasi
yang menjamin keselamatan dan kebahagiaan duniawi dan
ukhrawi. Satu implikasi pandangan tersebut ialah setiap
pengikut agama tidak boleh mendakwa bahawa agama dan
15
sistem nilai yang dikembangkan oleh agamanya semata-mata
yang benar sedangkan yang lain adalah salah.
Islam menolak gagasan yang dimajukan oleh liberalisme
dan pluralisme agama. Menurut perspektif Islam, ajaran
yang terkandung dalam al-Quran merupakan kebenaran
yang mutlak, bukan kebenaran nisbi (surah Fusssilat 41:41-42).
Seterusnya, Islam menolak dakwaan bahawa semua agama
boleh diletakkan dalam satu keluarga besar, yakni keluarga
pencinta jalan menuju kebenaran. Menurut al-Quran, Islam,
iaitu agama yang berdasarkan wahyu al-Quran dan syariat Nabi
Muhammad, merupakan satu-satunya jalan menuju kebenaran
(surah Ali-Imraan 3:19-20, 31-32, 85). Penganut agama lain
pula mempunyai pendirian mereka masing-masing.
Agama Islam datang dalam pusingan nubuwwah terakhir
dalam sejarah umat manusia, yang selepasnya tidak ada lagi
nubuwwah atau kerasulan. Dengan kedatangan syariah yang
dibawa oleh nabi Muhammad, maka terbatal dan mansuhlah
ajaran para nabi dan rasul yang terdahulu. Pernyataan ini
disebut sebagai prinsip pemansuhan pegangan agama lain selepas
kedatangan Islam yang dibawa oleh nabi Muhammad. Ini
kerana Islam datang sebagai saksi ke atas semua ajaran di
dunia, dan nabi Muhammad pula datang sebagai saksi ke atas
umat ini.
Dengan kata lain, syariah yang dibawa oleh nabi
Muhammad memansuhkan semua syariah nabi dan rasul yang
terdahulu. Hal ini disebabkan syariah yang terkandung dalam
kitab yang didakwa sebagai kitab wahyu terdahulu tidak lagi
dapat dipertahankan kesahihannya (surah al-Baqarah 2:75; surah
an-Nisaa 4:46; surah al-Maaidah 5: 13, 41), dan syariah seseorang
rasul terdahulu adalah untuk zamannya sahaja dan tidak sesuai
dengan keperluan dan perkembangan zaman lain. Para nabi
dan rasul adalah Muslimin yang membawa Islam untuk zaman
mereka (surah Ali-Imraan 3:67-68). Setiap rasul terdahulu
diutus untuk umat dan waktu tertentu. Syariat seseorang rasul
terdahulu memberi panduan kepada manusia pada zamannya
16
sahaja. Setelah turunnya al-Quran, maka mansuhlah ajaran
agama terdahulu dan ajaran al-Quran adalah lengkap, sejagat
(universal), dan meliputi seluruh aspek kehidupan manusia seperti
akidah, ibadat, akhlak, dan perundangan.
Allah mengutus nabi Muhammad sebagai nabi dan rasul
terakhir. Agama Islam yang dibawanya adalah penyempurnaan
kepada ajaran Islam yang diturunkan kepada para nabi
dan rasul sebelumnya (surah al-Maaidah 5:3). Syariat nabi
terdahulu terpakai untuk waktu atau zaman tertentu sahaja
dan sesiapa yang ingin menjadi Muslim harus mengikut syariat
terakhir yang telah disempurnakan oleh nabi Muhammad dan
meninggalkan ajaran kitab agama mereka (surah an-Nisaa
4:47). Nabi Muhammad diperintah untuk berdakwah kepada
ahli Kitab agar mereka menerima Islam sebagai syarat untuk
menjadi Muslim (surah Ali-Imraan 3:64; surah al-Maaidah 5:15-
19). Ringkasnya, Allah menjadikan al-Quran sebagai penjaga
kebenaran agama (muhaiminan alaih) sebab terdapat pelbagai
penyelewengan dan penyimpangan dalam agama ahli Kitab,
dan tidak ada ajaran tauhid yang benar kecuali Islam yang
dibawa oleh nabi Muhammad. Terdapat banyak dalil daripada
al-Quran yang menegaskan tentang kekufuran penganut agama
lain (surah al-Maaidah 5:72-75; surah at-Taubah 9: 30-33).
Berhubung dengan keselamatan (salvation), agama Islam
menegaskan bahawa orang yang selamat terdiri daripada
pengikut nabi Muhammad, pengikut autentik para nabi lain
pada zaman nubuwwah mereka masing-masing, ahli fatrah yang
tidak ada nabi pada zamannya (surah al-Israa 17:15), manusia
yang hidup antara zaman dua nabi (surah al-Maaidah 5:19), dan
manusia yang tidak sampai seruan agama Islam (Muhammad
Uthman, 2010a). Sebaliknya, pandangan bahawa semua
agama merupakan jalan yang sama-sama sah untuk mencapai
kebenaran yang sama; semua agama mempunyai ritual yang
berbeza, tetapi melibatkan kebenaran yang sama sah; atau
setiap agama menyatakan bahagian tertentu yang penting bagi
sebuah kebenaran ditolak dengan jelas oleh al-Quran.
17
Bagi orang Islam, perbuatan mengetepikan suatu yang
telah ditetapkan oleh Allah dianggap sebagai menderhakai
Allah dan Rasul-Nya (surah al-Ahzab 33:36). Dalam melakukan
sesuatu perkara berdasarkan nilai tertentu, cara dan matlamat
perlu diberi perhatian yang sewajarnya. Menurut perspektif
Islam, matlamat tidak menghalalkan cara. Misalnya, kita tidak
boleh mencampur adukan akidah dan ibadah umat Islam
dengan akidah dan ibadah penganut agama lain bagi mencapai
sesuatu matlamat seperti mengembangkan toleransi agama.
Dalam urusan akidah dan ibadah, orang Islam perlu bersikap
eksklusif, bukan inklusif atau menerima pluralisme agama.
Misalnya, mereka tidak boleh terlibat dalam acara keagamaan
di rumah ibadat agama lain sebab perbuatan tersebut boleh
mencairkan kebencian terhadap kekufuran, menggambarkan
pengiktirafan terhadap kebatilan, memberi sumbangan kepada
penyebaran kesesatan, dan meleburkan garis pemisah antara
akidah Islam dengan akidah agama lain. Alasan yang diberikan
bagi penglibatan tersebut seperti toleransi agama (religious
tolerance), kepelbagaian agama (religious plurality), dialog antara
agama (interfaith dialogues), atau perpaduan nasional (national
intergration) tidak boleh diterima.
Kebebasan penganut agama lain untuk mengamalkan
ajaran agama masing-masing bukan bermaksud kita perlu
mengiktiraf bahawa agama lain adalah benar, menganggap
bahawa semua agama adalah setara dan sama benar, atau
terlibat dalam usaha mengembangkan agama lain. Al-Quran
menjelaskan bahawa Allah menjadikan manusia pelbagai
bangsa dan kaum supaya mereka berkenal-kenalan antara satu
sama lain, bukan menyuruh supaya saling memasukkan agama
masing-masing ke dalam satu bakul yang sama (surah al-
Hujuraat 49:13). Kemajmukan (al-tanawwuiyyah) dan pluralisme
(al-taaddudiyyah) adalah dua konsep yang berbeza. Begitu juga,
perpaduan nasional yang dianjurkan oleh Gagasan 1Malaysia
menekankan sikap penerimaan dalam kalangan rakyat berbilang
kaum, dengan satu kaum menerima keunikan kaum lain agar
semua rakyat dapat hidup dalam keadaan saling menghormati
18
dan bekerjasama, bukan menekankan supaya mencampur
adukan akidah dan ibadah umat Islam dengan akidah dan
ibadah penganut agama lain.
Al-Quran menggariskan hubungan yang sangat jelas
dan terperinci antara orang Islam dengan orang bukan Islam,
baik dalam urusan agama mahupun urusan pergaulan sosial.
Misalnya, dalam urusan agama, perkara seperti akidah, akhlak,
keimanan, dan ibadah adalah mulia dan suci. Perkara tersebut
tidak boleh dicampur aduk dan dikompromikan (surah al-
Kaafiruun 109:1-6; surah Ali-Imraan 3:19, 85). Seterusnya,
walaupun orang Islam tidak boleh memaksa penganut agama
lain untuk memeluk Islam (surah al-Baqarah 2:256), tetapi
mereka disuruh untuk berdakwah, yakni mengajak umat lain
memeluk Islam dengan cara berhikmah (surah an-Nahl 16:125).
Kebebasan beragama dan kegiatan berdakwah kepada orang
bukan Islam adalah dua perkara yang berbeza. Seterusnya,
dalam hubungan dengan ahli Kitab, apabila al-Quran sebagai
kitab terakhir diturunkan dan syariat nabi Muhammad
dilengkapkan, maka syariat terdahulu dimansuhkan (nasikh) dan
Allah memerintahkan nabi Muhammad untuk menjalankan
hukum al-Quran di tengah-tengah kaum ahli Kitab (surah al-
Maaidah 5: 48-49). Bagi urusan pergaulan sosial pula, orang
Islam disuruh berlaku adil dan berbuat baik kepada penganut
agama lain bagi menjaga dan memakmurkan bumi ini (surah
al-Mumtahanah 60:8-9).
Dalam konteks Gagasan 1Malaysia, orang Islam boleh
menghormati nilai baik yang terdapat dalam sistem kepercayaan
lain, tetapi bagi penganut agama Islam, agama yang diterima di
sisi Allah adalah Islam semata-mata, yakni Islam yang dibawa
oleh nabi Muhammad, dijelaskan dalam al-Quran, al-Sunnah,
dan ijama, dan dibincangkan secara berpanjangan dalam
wacana arus perdana umat Islam, bukan Islam yang ditafsirkan
oleh pendukung liberalisme agama atau pluralisme agama
(Muhammad Uthman, 2010a). Di Malaysia, Islam adalah agama
persekutuan, tetapi sistem kepercayaan lain boleh diamalkan
19
dalam keadaan aman. Misalnya, orang Islam boleh menerima
kehadiran penganut agama lain yang yakin dengan kebenaran
agama mereka, beramal dengan baik, tidak mengganggu atau
memudaratkan orang lain, dan mematuhi undang-undang
negara ini. Kita boleh hidup secara aman dengan mereka dan
boleh bekerjasama dalam perkara yang dipersetujui bersama
(commonality). Penerimaan kewujudan penganut agama lain
bukan bermakna kita menerima agama mereka sebagai agama
yang benar. Perspektif Islam menganjurkan pendekatan
menggunakan ilmu dan kebenaran untuk mempertimbangkan
peristiwa dan sejarah, bukan sebaliknya.
Seterusnya, perlu dinyatakan bahawa walaupun kita
menghargai sesuatu perkara, tidak semestinya amalan kita
tentang perkara tersebut boleh meningkatkan kualiti hidup
kita. Misalnya, jikalau kita menghargai suatu perkara yang
bercanggah dengan ajaran agama atau prinsip kebenaran, maka
kita akan menemui kegagalan dan mengalami kekecewaan
sebab kita mendasarkan kehidupan kita pada ilusi dan hawa
nafsu. Orang yang betul-betul kaya dan berjaya bukan sekadar
kaya harta, tetapi kaya kesihatan, akhlak, fikiran, jiwa, dan
rohani. Di belakang setiap kehidupan yang betul-betul berjaya
adalah prinsip akhlak, fikiran, jiwa, kepercayaan, dan kesihatan
yang teguh yang membentuk dan memandunya (Covey, 2004).
Pada umumnya, nilai boleh dibahagi kepada beberapa
bentuk seperti nilai etika seperti baik, buruk, betul, salah,
dibenarkan, tidak dibenarkan, berakhlak, tidak berakhlak,
beradab, dan biadab; nilai estetika seperti cantik, hodoh,
menarik, membosankan, seimbang, dan tak seimbang; dan
doktrin seperti agama, ekonomi, kemasyarakatan, pendidikan,
perniagaan, politik, dan undang-undang. Sebarang amalan
atau perkara yang dianggap penting atau berharga akan diberi
keutamaan. Justeru, untuk membolehkan individu mengamalkan
atau terus mengamalkan sesuatu perkara yang berkaitan dengan
budaya ketepatan, terlebih dahulu mereka perlu memahami
dan menentukan nilai terhadap perkara tersebut seperti amat
20
penting atau tidak berharga langsung. Seterusnya, oleh sebab
banyak perkara mungkin dihargai oleh seseorang individu,
maka sesetengah perkara akan lebih dihargai daripada perkara
lain. Dengan kata lain, terdapat hierarki atau prioriti nilai yang
tertentu.
Nilai mempunyai potensi untuk membantu seseorang
membentuk penjelasan yang meyakinkan tentang tingkah laku
manusia sebab nilai berfungsi sebagai piawai atau kriteria bagi
kelakuan individu dan agak stabil merentasi masa. Oleh itu,
konsep nilai dan sistem nilai telah digunakan sebagai penelah
(predictor) tingkah laku pengguna, tingkah laku organisasi,
tingkah laku beragama, sumbangan amal jariah, penggunaan
media massa, ketagihan dadah, ketagihan rokok, ketagihan
arak, kecenderungan politik, dan perbezaan merentasi budaya.
Sebenarnya, konsep nilai sudah lama dicadangkan sebagai satu
cara untuk memahami motivasi yang mendasari tingkah laku
pengguna. Walau bagaimanapun, oleh sebab manusia memiliki
lebih daripada satu nilai dan nilai-nilai tersebut mempunyai
tahap kerelevanan yang berbeza dalam menentukan motivasi
bagi setiap individu, maka adalah lebih sesuai untuk membuat
pertimbangan dan perbandingan antara individu atau
kumpulan individu berdasarkan satu himpunan nilai, bukan
satu nilai tunggal yang dianggap paling penting oleh seseorang
individu.
Pada asasnya, jarang sekali keadaan yang dialami dalam
kehidupan seharian diaktifkan oleh satu nilai sahaja atau
tingkah laku individu dipandu oleh satu dan hanya satu nilai
dalam satu tempoh yang panjang (Rokeach, 1973). Malah,
kebanyakan keadaan dalam kehidupan manusia melibatkan
konflik antara beberapa nilai seperti konflik antara usaha
untuk mendapatkan kesempurnaan diri dengan usaha untuk
mendapatkan keseronokan hedonistik yang perlu ditangani
mengikut prioriti nilai peribadi atau sistem nilai yang dimiliki.
Namun begitu, satu perkara yang jelas ialah nilai adalah suatu
yang dibina, bukan suatu yang diserapkan oleh individu dan
21
kemudiannya disusun secara hierarki ke dalam satu sistem nilai
yang digunakan oleh individu tersebut sebagai rancangan umum
dalam membuat keputusan dan mengatasi konflik. Justeru, satu
langkah awal dalam pengembangan budaya ketepatan adalah
untuk mengenal pasti sistem atau hierarki nilai yang mendasari
dan mendorong tingkah laku manusia dalam membudayakan
prinsip ketepatan dalam hidup mereka, bukan mengenal pasti
satu atau dua nilai penting sahaja. Dalam konteks ini, model
hierarki nilai umum yang dianjurkan oleh perspektif bersepadu
mempunyai kebaikan yang tertentu, khususnya dalam
membantu kita memahami asal usul, ciri, hakikat, hierarki, dan
jenis nilai.
Nilai dan sistem nilai tidak wujud secara tersendiri
dalam diri manusia. Sebaliknya, sistem tersebut merupakan
satu komponen bagi sistem afektif yang dimiliki oleh individu.
Komponen lain dalam sistem afektif termasuklah emosi,
sikap, moral, etika, dan motivasi. Komponen-komponen ini
berinteraksi dan saling berkait antara satu sama lain. Sistem
nilai atau sistem afektif adalah sangat kompleks. Sistem
tersebut dibentuk dan dikembangkan oleh individu melalui
tahap yang tertentu merentasi masa. Sistem-sistem itu secara
bersama-sama mempengaruhi amalan budaya ketepatan.
Sebagai tambahan, sistem afektif turut berinteraksi dan saling
berkait dengan sistem kognitif yang menjadi tempat bagi proses
berfikir seperti kognisi, pembuatan keputusan, pemprosesan
maklumat, penaakulan, penganalisisan, pengawasan, penilaian,
penyelesaian masalah, persepsi, pertimbangan, perwakilan,
refleksi, abstraksi, penghujahan, pembentukan justifikasi,
penjelasan, perbandingan, dan pemahaman (lihat Rajah 2).
Ringkasnya, kita perlu membentuk konsepsi yang
menyeluruh, seimbang, dan bersepadu tentang saling hubungan
antara sistem nilai, budaya ilmu, dan budaya ketepatan dalam
usaha memperkukuhkan perpaduan negara bagi membina
sebuah negara maju mengikut acuan kita sendiri. Tanpa konsepsi
seperti itu, kita mudah terpengaruh dengan pendekatan pintas
22
yang mementingkan slogan dan pesta semata-mata. Negara
maju dan sejahtera tidak boleh dibina berlandaskan ilusi dan
angan-angan.
PROSES
Pembentukan: Nilai
dibentuk dan
dikembangkan dalam
domain kognitif
Fungsian: Nilai beroperasi
dan berfungsi dalam
domain afektif
Perolehan makna: Nilai
memperoleh makna
dalam domain kalbu
Manifestasi: Nilai
memanifestasikan diri
dalam domain tingkah
laku, perwatakan, atau
akhlak
Akal
Jiwa
Kalbu
Kebahagiaan
duniawi dan
ukhrawi
Jasmani
Iman dan
ilmu
Iman dan
ilmu
Iman dan
ilmu
Amal soleh
JALAN DESTINASI LOKASI
Rajah 2 Kerangka konseptual bagi pengembangan nilai
Pengetahuan dan Pemahaman
Istilah memahami merujuk mengetahui, memiliki idea,
mempunyai pengetahuan, memaklumi, menanggapi,
memafhumi, atau mengerti akan andaian, asal usul, batasan,
ciri, erti, faedah, fungsi, hakikat, implikasi, keadaan, kebaikan,
kegunaan, kepentingan, kualiti, kuantiti, maksud, perwakilan,
skop, status, tanda, atau taraf sesuatu perkara. Memahami tidak
dapat diperoleh melalui peniruan, pemindahan, penerapan,
atau penyerapan, tetapi perlu dibina atau dijana oleh individu
berdasarkan persepsi, konsepsi, dan tafsiran mereka tentang
23
perkara yang dialami. Subjektiviti sesama individu atau
kecocokan interpretasi dalam kalangan individu pula boleh
dibentuk melalui interaksi sosial. Ungkapan subjektiviti sesama
individu merujuk keadaan dalam mana setiap peserta dalam
interaksi sosial yang sedang berlaku merasa bahawa orang
lain yang terlibat dalam interaksi tersebut berfikir sama seperti
cara dia berfikir. Dengan kata lain, subjektiviti sesama individu
melibatkan dakwaan bahawa setiap peserta tidak mempunyai
sebarang alasan untuk menganggap peserta lain berfikir dalam
cara yang berbeza daripadanya, bukan dakwaan tentang
keserupaan atau kesepadanan fikiran seorang individu dengan
individu yang lain.
Pemahaman tidak boleh dibina daripada cebisan
pengetahuan yang diterima daripada persekitaran, tetapi
pembinaannya membabitkan proses rekursif, dalam mana blok
binaan bagi sesuatu pemahaman terdiri daripada hasil aktiviti
pembinaan yang terdahulu. Pengetahuan yang dimiliki oleh
seseorang individu tidak menggambarkan dunia sebenar, tetapi
berkaitan dengan cara individu tersebut berkembang dalam
proses mentafsirkan dunia yang dialami olehnya. Dengan
kata lain, mengetahui adalah satu proses yang adaptif, aktif,
individual, peribadi, dan berasaskan pengetahuan yang dibina
sebelumnya. Namun begitu, interaksi sosial merupakan satu
faktor penting bagi proses mengetahui. Terdapat perbezaan
antara pandangan bersepadu dan pandangan realisme tentang
pengetahuan dan proses mengetahui (lihat Rajah 3).
24
Bersepadu Pengetahuan adalah relatif, subjektif, bergantung pada
pengalaman individu, berubah dan berkembang,
berdaya maju jikalau ia didapati mencukupi dalam
konteks pembinaannya.
Falsafah Ilmu melibatkan kehadiran makna dalam diri
individu atau membawa diri memperoleh makna
sehingga diri tersebut sampai kepada makna.
Realisme Pengetahuan adalah mutlak, objektif, terpisah dan
bebas daripada pengalaman individu, mewakili
realiti luaran yang boleh diketahui, stabil, agak
kekal, benar jikalau ia menggambarkan realiti
luaran.
Rajah 3. Perbezaan antara pandangan realisme dan falsafah bersepadu tentang
konsep pengetahuan
Menurut perspektif bersepadu, pada peringkat awal lagi
imej individu berfikir dalam konteks sosial dianggap sebagai
satu perkara penting dalam sebarang perbincangan tentang
proses mengetahui. Namun begitu, aktiviti kolektif, bahasa,
interaksi sosial, dan masyarakat (orang lain dalam dunia
yang kita alami) tidak dianggap sebagai perkara siap terbina
yang diberikan secara ontologi, perkara yang mendahului
sebarang penglibatan individu di dalamnya, atau perkara
yang wujud sebagai realiti luaran yang bebas, a priori, dan
terpisah daripada pengalaman subjektif seseorang individu.
Dalam proses mengetahui, keperluan individu untuk membuat
akomodasi kepada makna dan amalan yang wujud secara a
priori dalam sesebuah masyarakat tidak timbul sama sekali. Ini
kerana makna sosial, amalan sosial, dan masyarakat dianggap
sebagai fenomena yang harus diperjelaskan oleh setiap individu
berdasarkan pengalamannya. Realiti ontologi berbeza daripada
realiti yang dialami oleh individu, dan manusia hanya dapat
mengetahui beberapa perkara tentang metafizik melalui ajaran
agama (ilmu diwahyukan).
Istilah pengetahuan merujuk idea, gagasan, gambaran,
konsepsi, matlamat, pandangan, pendapat, tanggapan, skim
25
bagi operasi mental, atau struktur mental yang dibentuk oleh
individu yang berfikir, dan perkara itu berdaya maju dalam
julat pengalaman semasa individu tersebut. Dengan kata lain,
pengetahuan yang dimiliki oleh seseorang individu terdiri
daripada rangkaian perkara dan hubungan yang menjadi
tempat bergantung bagi individu tersebut dalam menjalani
kehidupan seharian, dan dia percaya bahawa orang lain juga
bergantung pada perkara yang sama. Pengetahuan boleh dibina
oleh seseorang individu dalam domain deria dan konseptual
tentang perkara yang dialaminya tanpa merujuk realiti ontologi.
Dalam penilaian akhir, apa yang penting ialah perkara yang
dibina mestilah berfungsi, koheren, konsisten, berdaya maju,
dan tidak melibatkan percanggahan.
Ringkasnya, pengetahuan milik seseorang individu tidak
menggambarkan realiti ontologi yang objektif, tetapi secara
eksklusif terdiri daripada penyusunan dan organisasi dunia
yang dialami olehnya. Dalam hal ini, konsep kebenaran, iaitu
suatu yang dianggap berpadanan dengan realiti luaran (realiti
ontologi) digantikan dengan konsep daya maju, iaitu sesuatu yang
dianggap mencukupi, memenuhi peranan, atau memenuhi
matlamat pembentukannya. Tanpa berpandukan ajaran
agama, fikiran rasional semata-mata tidak dapat mengetahui
perkara yang benar atau salah dengan pasti. Hanya ilmu dapat
menerangi liku-liku kehidupan manusia dan membantu mereka
melepasi kekangan kecelaruan fikiran, keraguan pegangan,
kekosongan jiwa, keruntuhan akhlak, dan kerakusan hawa
nafsu. Ringkasnya, pengetahuan, yakni suatu yang dibina
oleh individu berdasarkan pengalaman empiris dan pemikiran
rasional semata-mata, bersifat relatif, manakala ilmu, yakni
ketibaan makna tentang sesuatu ke dalam diri seseorang atau
ketibaan diri seseorang pada makna bagi sesuatu perkara (Syed
Muhammad Naquib, 1995), pula bersifat mutlak.
Istilah pengetahuan berbeza daripada istilah data,
maklumat, dan ilmu. Misalnya, data merujuk perwakilan
perkara yang tertentu seperti fakta, konsep, atau arahan dalam
26
bentuk formal yang sesuai bagi komunikasi, interpretasi, atau
pemprosesan oleh manusia atau mesin. Data terhasil daripada
proses merekodkan benda atau peristiwa yang diperhatikan
dan diukur secara khusus. Dengan kata lain, data adalah bahan
mentah yang ditransformasikan kepada maklumat oleh aktiviti
pemprosesan data. Maklumat pula merujuk data yang disusun
dan distrukturkan dalam bentuk yang tertentu.
Seterusnya, pengetahuan terdiri daripada maklumat yang
telah diproses, disusun, dikelaskan, diolah, dan dirumuskan
dalam cara tertentu oleh seseorang individu supaya perkara
itu dapat difahami dan digunakan dengan baik. Dengan kata
lain, seseorang individu menjana, memperoleh, menganalisis,
mensintesiskan, memanipulasi, dan menstrukturkan maklumat
bagi membentuk pengetahuan. Sesuatu pengetahuan baru tidak
bersifat beku dan tetap, tetapi akan berubah dan berkembang
melalui mekanisme adaptasi dan dihubungkaitkan dengan
pengetahuan lain melalui mekanisme organisasi. Proses yang
bertanggungjawab terhadap kedua-dua mekanisme ini ialah
asimilasi dan akomodasi.
Asimilasi adalah satu proses mental yang digunakan
oleh manusia untuk mengintegrasikan pengalaman baru ke
dalam struktur pengetahuan sedia ada, manakala akomodasi
pula membabitkan proses pembinaan pengetahuan baru atau
pengubahsuaian pengetahuan sedia ada bagi mengatasi kekangan
dalam persekitaran yang dialami. Asimilasi bertanggungjawab
terhadap pertumbuhan (perubahan kuantitatif) sesuatu
pengetahuan, manakala akomodasi pula bertanggungjawab
terhadap perkembangan (perubahan kualitatif) sesuatu
pengetahuan. Seterusnya, proses yang mengimbangi asimilasi
dan akomodasi ialah keseimbangan (Nik Azis, 1999b). Secara
kasar, keseimbangan membabitkan penstrukturan semula
pemikiran bagi mengatasi gangguan dan ia membolehkan
pembentukan pengetahuan yang lebih kompleks. Akhir sekali,
ilmu merujuk pengetahuan yang ditransformasikan ke dalam
bentuk yang lebih dinamik, padu, dan saling berhubungan
27
yang membolehkan individu mengetahui dan memahami
makna, kepentingan, dan kedudukan yang sebenar bagi sesuatu
perkara.
Konsep skim diperkenalkan untuk memberi satu penjelasan
tentang cara manusia membina pengetahuan (Piaget, 1994; von
Glasersfeld, 1980). Misalnya, skim mempunyai tiga bahagian.
Pertama, terdapat situasi yang dialami oleh seseorang individu,
yakni satu situasi diaktifkan atau diasimilasikan seperti yang
dipersepsi atau dikonsepsikan oleh individu yang terlibat.
Bahagian pertama ini dibentuk melalui asimilasi. Namun
begitu, struktur kognitif yang terlibat dalam asimilasi tersebut
tidak dianggap sebagai suatu struktur yang wujud dalam
bentuk yang menyeluruh sebagai satu objek yang terdapat
dalam fikiran individu. Sebaliknya, andaian yang dibuat ialah
operasi yang terlibat dalam aktiviti yang lalu digunakan untuk
membina satu templat pengecaman yang digunakan dalam
pembentukan situasi yang sedang dialami, yang mana situasi itu
mungkin pernah dialami sebelum ini. Dalam konteks yang jelas,
templat pengecaman dikenali sebagai struktur pengasimilasian
(lihat Nik Azis, 1999b, h.174). Kedua, tindakan, aktiviti, atau
prosedur khusus dikaitkan oleh individu terlibat dengan situasi
yang diaktifkan atau diasimilasikan. Ketiga, hasil bagi tindakan
atau aktiviti yang dilakukan oleh individu yang terlibat.
Analisis terhadap bahagian yang membentuk sesuatu
skim membuka ruang kepada pengkaji untuk meneliti perkara
yang berlaku sebelum sesuatu tindakan dapat diperhatikan.
Seterusnya, ia membuka ruang kepada kemungkinan bahawa
tindakan bagi sesuatu skim bukan berbentuk tindakan motor
deria, tetapi berbentuk tindakan dalaman yang dilakukan
dengan melibatkan petunjuk motor deria secara paling
minimum sahaja. Akhirnya, ia membuka ruang kepada pengkaji
untuk meneliti hasil tindakan sesuatu skim dan bagaimana
hasil tersebut menamatkan penggunaan sesuatu skim itu oleh
individu yang terlibat.
28
Perlu dinyatakan bahawa situasi bagi sesuatu skim
(bahagian pertama sesuatu skim) terdiri daripada situasi
yang dialami, iaitu situasi yang dipersepsi atau dikonsepsikan
oleh seseorang individu, bukan situasi yang dipersepsi atau
dikonsepsikan oleh pengkaji. Dengan kata lain, situasi
yang dianggap oleh seseorang pengkaji (pemerhati) sebagai
rangsangan atau pencetus bagi sesuatu skim hanya akan
menjadi rangsangan atau pencetus bagi individu yang terlibat
(subjek kajian) jikalau perkara itu dianggap signifikan olehnya.
Seterusnya, sesuatu perkara menjadi signifikan hanya bila
terdapat struktur kognitif yang membenarkan perkara itu
diasimilasikan, yakni suatu struktur yang boleh mengintegrasikan
rangsangan tertentu, tetapi pada masa yang sama, mencetuskan
respons yang khusus.
Sebagai tambahan, skim baru boleh dibentuk melalui
akomodasi terhadap skim yang sedia ada. Misalnya, skim
pecahan boleh dianggap sebagai skim yang mengambil tempat
(supersede) skim membilang nombor yang terdahulu (Steffe
& Olive, 2010). Jikalau suatu skim mengambil tempat skim
yang lain, ini tidak bermakna bahawa skim lama digantikan
(replace) dengan skim yang baru. Sebaliknya, ia bermaksud
bahawa skim baru dapat menyelesaikan masalah yang boleh
diselesaikan oleh skim lama, tetapi dalam cara yang lebih
baik, dan ia juga dapat menyelesaikan masalah baru yang
tidak dapat diselesaikan oleh skim lama. Inti sari penjelasan
ringkas ini ialah setiap manusia perlu membina pengetahuan
tentang sesuatu perkara berdasarkan pengalaman sendiri dan
pembinaan tersebut melibatkan proses asimilasi dan akomodasi,
bukan proses penyerapan, peniruan, hafalan, pemindahan,
penanaman, atau penyemaian. Dengan kata lain, pembelajaran
bukan satu fenomena rangsangan-gerak balas seperti yang
disuarakan oleh pendukung behaviourisme atau fenomena
rangsangan-organisma-gerak balas seperti yang disuarakan
oleh pendukung teori pemprosesan maklumat. Pembelajaran
melibatkan pengaturan diri (self-regulation) dan pembinaan
skim tindakan dan operasi (yang mana secara gabungan akan
29
membentuk struktur kognitif) melalui penglibatan aktif, refleksi,
dan abstraksi.
Menurut perspektif bersepadu, hubungan nilai dengan
unsur lain seperti pengetahuan dan akhlak sukar untuk fahami
tanpa terlebih dahulu memahami hakikat manusia. Secara
ringkas, manusia terbentuk daripada unsur rohani yang
bersifat ghaib dan unsur jasmani yang bersifat nyata. Roh dan
jasad saling berinteraksi untuk membentuk hakikat manusia.
Dengan percantuman itu, diri manusia bersifat tiga dimensi,
iaitu dimensi jasmani (kebendaan), kognitif (psikologi), dan
rohani (munazzah). Namun begitu, manusia merupakan realiti
kerohanian dalam puncak hakikat kemanusiaannya. Untuk
mengembangkan hakikat manusia, roh menjalankan beberapa
tugas yang tertentu. Sebutan khas seperti kalbu, akal, jiwa,
dan ruh menandakan fungsi roh pada tahap kewujudan yang
berbeza. Setiap sebutan ini mempunyai dua pengertian.
Pengertian pertama merujuk dimensi kebendaan atau aspek
jasmani, manakala pengertian kedua merujuk dimensi bukan
kebendaan atau aspek rohani. Jadual 1 memaparkan rumusan
fungsi roh manusia.
Dari segi jasmani, fungsi kalbu merujuk fungsi yang
dijalankan oleh organ hati. Dari segi rohani pula, kalbu
merupakan tempat menerima makna tentang sesuatu objek
pengetahuan dari Allah. Ketibaan diri seseorang kepada
makna tentang sesuatu adalah menerusi proses intuisi yang
berlaku dalam kalbu. Intuisi mempunyai tingkat-tingkat yang
tertentu selaras dengan berbagai-bagai martabat manusia. Pada
tingkat rendah, intuisi dicapai melalui persediaan pemikiran
rasional dan pengalaman empiris sahaja. Intuisi tingkat rendah
membabitkan aspek khusus bagi hakikat sesuatu realiti dan
bukan membabitkan aspek yang menyeluruh. Dalam konteks
ini, intuisi dikenali sebagai kecerdasan, dan makna bagi sesuatu
objek pengetahuan diperoleh melalui kaedah pembuktian
rasional dan empiris.
30
Pada tahap kesedaran manusia yang biasa, intuisi
berkaitan dengan peristiwa, fenomena, atau perkara dalam
alam nyata. Misalnya, intuisi membolehkan ahli sains atau
ahli fikir untuk membentuk sesuatu prinsip atau hukum
bagi menjelaskan suatu fenomena dalam alam nyata. Intuisi
yang berlaku adalah berlandaskan latar belakang latihan,
disiplin diri, perkembangan daya fikir, perkembangan daya
pengalaman, dan masalah khusus yang dihadapi oleh ahli
sains atau ahli fikir tersebut. Masalah yang dihadapi itu tidak
dapat dijelaskan maknanya dengan menggunakan kaedah
pendalilan melalui fikiran dan akal semata-mata. Istilah
perjelaskan makna merujuk mentafsir dan mensistemkan
suatu fenomena alam nyata yang diteliti ke dalam penarafan
yang logik dan menyusunnya ke dalam satu cara bertindak
yang menunjukkan hukum alam semesta yang membolehkan
ahli sains atau ahli fikir memahaminya. Hujahan itu bukan
sekadar membabitkan fikiran dan akal, tetapi membabitkan
juga kalbu, yang merupakan tempat berlakunya intuisi, iaitu
proses pencapaian atau penerimaan makna dari Tuhan (Syed
Muhammad Naquib, 1995).
Jadual 1
Rumusan Fungsi Roh Manusia
Fungsi Aspek Kebendaan Aspek Kerohanian
Kalbu Organ hati * Terlibat dalam proses menerima hidayah,
makna, intuisi, dan ilham dari Allah.
* Menjadi pusat kesedaran diri.
* Merupakan tempat bagi kognisi dan
persepsi kerohanian.
Akal Organ otak * Terlibat dalam proses persepsi, konsepsi,
pemahaman, pembinaan pengetahuan,
pemikiran, penaakulan, kognisi, refleksi.
* Merupakan tempat bagi persepsi dan
kognisi rasional
Jiwa Personaliti, * Mengurus tubuh-badan.
perwatakan, * Secara am, mencerminkan sifat manusia
aktiviti hidup secara keseluruhan.
* Secara khusus, menjadi pusat hawa nafsu
atau daya dorongan kehaiwanan.
31
Ruh Nyawa yang * Entiti abstrak yang memiliki unsur
menentukan ketuhanan.
hidup mati jasad * Identiti istimewa yang membezakan
manusia dengan hidupan lain.
Makna atau pemahaman mendalam tentang sesuatu
fenomena dalam alam nyata hanya tercapai melalui intuisi
sebab intuisilah yang mencantumkan apa yang ditanggapi
oleh proses pendalilan rasional dan pengalaman empiris secara
terpisah yang tidak dapat disepadukan untuk memperoleh
makna. Namun begitu, intuisi hanya membawa kepada
pemahaman tentang satu aspek realiti alam semesta dan
bukan pemahaman yang menyeluruh. Fikiran ialah satu dari
kerja yang dilakukan oleh fakulti akal dan hasil kerja berfikir
yang melibatkan pertimbangan, pemutusan, perbandingan,
pembezaan, persamaan, dan penjelasan untuk membentuk
pemahaman dan mencapai makna tentang sesuatu perkara
dengan menggunakan dalil dari pengalaman empiris, hujahan
rasional, intuisi atau ilham, dan khabar (laporan) yang benar.
Pada tingkat tinggi pula, intuisi dikenali sebagai ilham dan
ia dicapai oleh para nabi dan orang yang dekat dengan Allah.
Melalui ilham, Allah memberi pendedahan yang langsung
terhadap hakikat atau ciri sesuatu realiti secara menyeluruh.
Ilham membabitkan penanggapan secara langsung terhadap
realiti diri, alam sekeliling, nilai sesuatu perkara, realiti agama,
dan kewujudan seluruhnya yang bersifat munazzah (transenden).
Namun ilham tidak datang kepada setiap orang, tetapi kepada
orang yang telah membuat persiapan kognitif, afektif, dan
rohani yang rapi dan menjalani kehidupan berlandaskan
ajaran agama dengan penuh keimanan, kepatuhan, kebaktian,
keikhlasan, ketakwaan, khusyuk, dan tawaduk kepada Allah.
Selain dari tempat menerima makna, kalbu juga merupakan
pusat atau lokus bagi kesedaran diri. Keimanan, keinsafan,
dan kesedaran tentang kekuasaan Allah hanya berlaku dalam
kalbu. Segala perbuatan yang dilakukan oleh anggota badan
32
merupakan manifestasi daripada apa yang tersimpan dalam
kalbu. Menurut perspektif Islam, kalbu menjadi bercahaya
apabila manusia sentiasa berzikir kepada Allah. Konsep zikir
merujuk proses merenung sesuatu bagi tujuan mengingatinya.
Konsep in menggambarkan hubungan yang akrab antara insan
dengan Pencipta. Amalan berzikir secara berterusan hanya
dapat dilakukan oleh orang yang bertakwa kepada Allah. Jadi,
takwa berfungsi sebagai paksi bagi pelaksanaan zikir yang
berterusan. Zikir pula merupakan mekanisme utama bagi
memperoleh ilham daripada Allah. Melalui ilham, manusia
dapat mencapai kejayaan yang besar, iaitu memperoleh ilmu
kerohanian dan hikmah daripada Allah.
Orang yang memperoleh ilmu kerohanian dan mencapai
penghampiran dengan Allah pada tahap tertinggi, yakni dalam
musyahadah dan penyaksian rohaniah (spirutual witnessing)
diberi pendedahan yang langsung terhadap hakikat sesuatu
perkara secara menyeluruh. Pengalaman tersebut melepasi
tahap akal, mental, dan pengalaman empiris yang biasa serta
melampaui peringkat biasa, yakni tahap kemampuan orang
biasa. Tiga prasyarat bagi mengalami pendedahan langsung
ialah kekuatan akidah (memiliki keimanan dan ketakwaan yang
teguh kepada Allah), kekuatan ibadah (melaksanakan suruhan
dan larangan Allah dengan sebaik-baiknya), dan kekuatan
ilmu (membuat persediaan keilmuan dan budaya ilmu yang
rapi). Melalui pendedahan langsung di peringkat munazzah,
seseorang individu memperoleh pemahaman yang mendalam,
menyeluruh, dan bermakna tentang perkara tertentu yang
diperhatikan. Idea tentang pemahaman di peringkat biasa dan
munazzah yang dimajukan oleh perspektif Islam adalah berbeza
dengan gagasan yang dimajukan oleh pendukung pluralisme
agama tentang kebenaran agama di peringkat eksoterik dan
esoterik yang dipisahkan oleh garis mengufuk. Dalam hal ilmu
pengetahuan, perspektif Islam membincangkan tentang hierarki
ilmu dan aras pemahaman, manakala dalam hal akidah dan
kebenaran agama pula, perspektif Islam menegaskan bahawa
hanya terdapat satu garis menegak (al-Sirat al-Mustaqim) yang
33
memisahkan orang yang beriman dengan orang yang tidak
beriman kepada Allah Yang Maha Esa.
Dari sudut jasmani, fungsi akal merujuk fungsi yang
dijalankan oleh organ otak. Dari sudut rohani pula, akal
bertanggungjawab terhadap proses kognisi, persepsi, konsepsi,
pemahaman, penaakulan, dan pembinaan pengetahuan.
Dalam fakulti akal, terdapat satu proses penting yang dikenali
sebagai fikir. Konsep fikir merujuk aktiviti renungan, refleksi,
atau penyoalan dalaman yang rasional dan kritis. Melalui fikir,
roh manusia bergerak ke arah memperoleh makna tentang
sesuatu objek pengetahuan. Pemerolehan makna atau ketibaan
roh kepada makna tentang sesuatu perkara pula membabitkan
proses intuisi atau ilham yang berlaku dalam kalbu. Dalam
konteks ini, hubungan antara akal dan kalbu dapat dilihat
dengan jelas. Akal berfungsi membina pengetahuan, manakala
kalbu pula berfungsi mengembangkan pengetahuan menjadi
ilmu melalui proses intuisi atau ilham. Makna yang diperoleh
melalui proses intuisi mempunyai skop yang terbatas, manakala
makna yang diperoleh melalui proses ilham pula mempunyai
skop yang meluas dan mendalam.
Pada hakikatnya, kemampuan akal untuk mengetahui
dan memahami adalah amat terbatas. Malah, akal tidak
mampu memahami dan mengetahui ilmu Allah kecuali dengan
kehendak Allah. Untuk mengetahui dan mengamati fenomena
alam, akal menggunakan khidmat lima fakulti yang terdapat
dalam deria dalaman. Misalnya, akal menggunakan maklumat
yang dikumpulkan dan diproses oleh fakulti deria dalaman
untuk membina pengetahuan. Selepas itu, proses intuisi atau
ilham dalam kalbu bertindak mengembangkan pengetahuan
menjadi ilmu (lihat Rajah 4).
34
Rajah 4. Hubungan antara deria dalaman, akal, dan kalbu
Seterusnya, dari sudut jasmani, jiwa merujuk tabiat,
perwatakan, gaya hidup, pembawaan, dan personaliti manusia.
Dari sudut rohani pula, jiwa merujuk diri manusia secara
menyeluruh. Jiwa memfokuskan desakan unsur syahwat dan
unsur marah serta menguruskan pergerakan tubuh. Jiwa
mengandungi daya kehaiwanan dan daya intelektual. Kedua-
dua daya ini bertentangan antara satu sama lain. Apabila jiwa
dikuasai oleh daya intelektual, ia menjadi tenang dan terhindar
daripada kekeliruan dan kepalsuan. Sebaliknya, apabila
jiwa manusia dipengaruhi daya kehaiwanan (hawa nafsu),
ia menjadi tidak tenang dan lalai untuk mentaati perintah
Allah. Akhir sekali, dari sudut jasmani, ruh merujuk nyawa
yang menentukan hayat manusia. Dari segi rohani pula, ruh
merupakan entiti abstrak yang memiliki unsur ketuhanan. Ruh
wujud dalam dimensi munazzah. Ia menentukan hakikat dan
identiti manusia. Keempat-empat fakulti roh yang dibincangkan
sebenarnya merupakan roh itu sendiri, yang memanifestasikan
35
dirinya dalam cara yang berbeza-beza mengikut keadaan dan
keperluan tertentu.
Pemahaman tentang hakikat manusia memerlukan
kita untuk memahami ciri roh dan fungsi roh. Dari sudut
pembentukan, roh manusia mempunyai dua ciri asas, iaitu
ciri asal dan ciri semula jadi. Ciri asal membabitkan keadaan
roh semasa ia dicipta. Misalnya, roh manusia dicipta oleh
Allah dalam alam roh, mempunyai asal yang sama dengan
asal malaikat, mempunyai sifat yang termasuk dalam urusan
ketuhanan, merindui kehidupan di sisi Allah, dan cenderung
kepada kebaikan. Pada permulaan kejadian di alam roh, satu
perjanjian telah dibuat oleh semua roh dengan Tuhan. Dalam
perjanjian itu, setiap roh mengakui bahawa Allah adalah Tuhan
Yang Maha Esa. Roh sudah memiliki beberapa pengetahuan
kerohanian sebelum ia bercantum dengan jasad. Antara
pengetahuan itu termasuklah mengenali Allah sebagai Tuhan
dan Pencipta dan mengenali diri sendiri.
Ciri semula jadi pula merupakan keadaan roh selepas
ia bercantum dengan jasad. Terdapat empat unsur yang
menentukan ciri semula jadi manusia, iaitu unsur syahwat,
unsur marah, unsur kesyaitanan, dan unsur ketuhanan. Setiap
unsur ini mempengaruhi pembentukan personaliti manusia,
dan mereka berkembang secara berperingkat-peringkat
selepas manusia dilahirkan. Unsur syahwat adalah alat bagi
roh untuk menjalani kehidupan duniawi. Misalnya, manusia
perlu memuaskan keperluan fisiologi untuk meneruskan
kehidupan. Unsur syahwat terbit dari sifat kehaiwanan. Unsur
ini bertanggungjawab terhadap tabiat kehaiwanan yang ada
pada diri manusia. Matlamat utama unsur syahwat adalah
memuaskan keperluan fisiologi. Jikalau dikawal dengan baik,
keinginan syahwat dapat memberi beberapa kebaikan kepada
manusia. Dalam konteks ini, Islam menganjurkan adab tertentu
bagi mengembangkan kekuatan syahwat yang bermanfaat.
Misalnya, untuk mengembangkan sifat baik peribadi, Islam
menganjurkan adab membersihkan diri (taharah), makan,
36
minum, tidur, berehat, beriadah, berkahwin, bekerja, menjaga
kesihatan badan, dan membelanjakan harta.
Unsur marah pula terbit daripada sifat kekerasan,
kebuasan, dan kebengisan. Matlamat utama unsur marah ialah
untuk memuaskan keperluan keselamatan. Keinginan yang
terbit dari mekanisme pendorong yang dikuasai oleh unsur
syahwat dan unsur marah dikenali sebagai hawa nafsu atau
nafsu syahwat. Seterusnya, unsur kesyaitanan adalah unsur
yang terbit selepas manusia berupaya menggunakan akal
untuk mengenali dan membezakan kebenaran dari kebatilan.
Unsur kesyaitanan merujuk kebolehan manusia menggunakan
kecerdasan yang ada untuk memikirkan cara, strategi, dan
tipu daya bagi melaksanakan pelbagai bentuk kejahatan
demi memenuhi dorongan unsur syahwat dan unsur marah.
Akhir sekali, unsur ketuhanan sudah ada dalam roh manusia
semenjak mula kejadiannya lagi. Namun begitu, unsur ini
mula berfungsi dengan jelas selepas roh bercantum dengan
jasad. Unsur ketuhanan melahirkan sifat seperti suka kepada
pujian, kekuasaan, ingin tahu, kreatif, pencapaian hasrat diri,
mengetahui, dan memahami. Jikalau mekanisme pendorong
dikuasai unsur ketuhanan tanpa bimbingan pemikiran rasional
dan syariah Islam, maka manusia akan memaparkan tingkah
laku yang negatif dan merosakkan.
Menurut perspektif bersepadu, akhlak manusia
terbentuk berlandaskan empat kekuatan, iaitu kekuatan ilmu,
kekuatan syahwat, kekuatan marah, dan kekuatan keadilan.
Kekuatan ilmu dibentuk melalui pengembangan unsur
ketuhanan. Pengembangan unsur ketuhanan pula membabitkan
pemuasan keperluan asas seperti keperluan rohani, tazkiyah,
pencapaian diri, emosi, sosial, dan keselamatan. Kekuatan
syahwat pula terbentuk melalui pengembangan unsur syahwat
dengan berlandaskan pemikiran rasional dan syariah Islam.
Pengembangan unsur syahwat membabitkan pemuasan
keperluan fisiologi. Seterusnya, kekuatan marah dibentuk
melalui pengembangan unsur marah. Pengembangan unsur
37
marah pula membabitkan pemuasan keperluan keselamatan.
Akhir sekali, kekuatan keadilan dibentuk melalui pengembangan
unsur syahwat, marah, dan ketuhanan di bawah kawalan
akal dan syariah Islam. Pengembangan unsur-unsur tersebut
membabitkan pemuasan keperluan fisiologi dan psikologi.
Ringkasnya, asas bagi akhlak yang mulia ialah empat sifat teras,
iaitu bijaksana, adil, berani, dan suci peribadi (lihat Jadual 2).
Al-Ghazali (1990) telah mengemukakan satu model
pembangunan dan penjernihan diri yang menyeluruh dan
bersepadu (lihat Borang Penilaian Penjernihan Jiwa). Model
yang berpaksikan syariah Islam itu menjelaskan cara untuk
menyucikan diri melalui pembinaan empat kekuatan asas, iaitu
kekuatan ibadah, kekuatan adab seharian, kekuatan menjauhi
perkara yang membinasakan, dan kekuatan melakukan
perbuatan yang menyelamatkan. Model penjernihan jiwa
anjuran al-Ghazali membekalkan satu mekanisme yang dinamik
bagi menilai penghayatan individu tentang unsur-unsur asas
yang menjadi landasan bagi budaya ketepatan.
Jadual 2
Hubungan Antara Keperluan Asas Dengan Akhlak Insan
Unsur Keperluan Kekuatan Asas Sifat Mulia
Syahwat Fisiologi Kekuatan syahwat Baik budi pekerti
Marah Keselamatan Kekuatan marah Berani
Ketuhanan Emosi dan sosial Kekuatan ilmu Bijaksana
Pencapaian kendiri
Tazkiyah
Rohani
Gabungan Fisiologi Kekuatan keadilan Adil
syahwat, Psikologi
marah, dan
ketuhanan
di bawah
kawalan
akal dan
syarak
Kesyaitanan Tiada Kekuatan kesyaitanan Tiada
38
Seterusnya, istilah kefahaman merujuk keupayaan atau
kemampuan seseorang untuk memahami sesuatu perkara,
manakala istilah pemahaman merujuk perihal memahami, apa
yang difahami oleh seseorang individu tentang sesuatu perkara,
atau sejauh mana sesuatu perkara difahami oleh seseorang
individu. Oleh sebab pengetahuan bersifat kontekstual, relatif,
subjektif, tidak mempunyai struktur mutlak, terdiri daripada
hasil pembinaan aktif yang dilakukan oleh seseorang individu,
dan digunakan dalam interaksi sosial, maka apa yang kita tahu
dan faham adalah semata-mata terdiri daripada tafsiran kita
tentang perkara yang kita alami, bukan perwakilan sebenar
tentang realiti yang wujud secara a priori di luar fikiran kita.
Hanya Tuhan memiliki pengetahuan tentang realiti yang
sebenar. Oleh itu, sebarang nilai yang dibentuk oleh fikiran
manusia berdasarkan cita rasa masyarakat semata-mata
adalah relatif; sebaliknya, nilai yang dianjurkan oleh agama
tentang baik buruk atau halal haram sesuatu perkara adalah
bersifat mutlak. Nilai yang berasaskan ajaran Islam atau tidak
bercanggah dengan ajaran tersebut disebut sebagai nilai murni.
Perlu ditegaskan bahawa nilai mutlak tidak sama dengan nilai
relatif. Misalnya, perkara yang dianggap keji oleh agama akan
kekal sebagai perkara keji merentasi masa; sebaliknya nilai
ciptaan manusia boleh berubah dari semasa ke semasa selaras
dengan cita rasa masyarakat.
Teori dan Metafora Pintar Cerdas
Dewasa ini, terdapat pelbagai pandangan yang berbeza tentang
konsep pintar cerdas. Pada asasnya, setiap definisi pintar cerdas
mempunyai hubungan yang rapat dengan falsafah dan nilai hidup
yang dimiliki oleh ahli pendidik yang mengemukakan definisi
tersebut. Berikut adalah beberapa pandangan umum tentang
pintar cerdas: (a) prestasi semasa: kebolehan semasa yang dimiliki
oleh seseorang individu; (b) potensi prestasi: potensi keupayaan
seseorang individu untuk melaksanakan sesuatu tugas pada
masa hadapan; (c) darjah kecerdasan: pencapaian individu dalam
ujian kecerdasan tertentu seperti Skala Kecerdasan Stanford-
39
Binet; (d) tahap perkembangan: kecepatan seseorang kanak-kanak
memasuki sesuatu peringkat perkembangan kognitif; dan (e)
penyesuaian diri: kebolehan individu untuk memperoleh manfaat
daripada pengalaman baru.
Oleh kerana pintar cerdas adalah satu konsep abstrak
yang tidak mempunyai perwakilan konkrit, bukan seperti konsep
kereta atau rumah, maka ahli pendidikan telah menganjurkan
beberapa teori dan metafora yang berbeza untuk menjelaskan
konsep tersebut. Istilah teori merujuk satu himpunan pernyataan
atau proposisi umum yang konsisten secara dalaman yang boleh
digunakan untuk menjelaskan, meramalkan, atau mengawal
satu kelas fenomena. Pada umumnya, teori tentang pintar cerdas
boleh dibahagi kepada tujuh kategori seperti yang berikut (Nik
Azis, 1999a):
Teori berorientasikan sifat kognitif: Mengaitkan pintar
cerdas dengan sifat psikologi yang khusus dan stabil.
Ia berlandaskan pendekatan psikomoterik yang
mentakrifkan pintar cerdas sebagai prestasi individu
dalam ujian kecerdasan tertentu seperti Skala
Kecerdasan Binet-Simon yang dimajukan oleh Binet
dan Simon (1916).
Teori berorientasikan faktor mental: Mengaitkan pintar
cerdas dengan pemboleh ubah terpendam yang
asas, yang menjelaskan perbezaan dalam kalangan
manusia. Dua contoh teori ini ialah teori dwifaktor
anjuran Spearman (1927) dan model struktur intelek
anjuran Guilford (1988).
Teori berorientasikan pemprosesan maklumat: Mengaitkan
pintar cerdas dengan proses yang digunakan
oleh individu untuk memproses maklumat dan
menyelesaikan masalah tertentu. Dua contoh teori ini
ialah teori tiga serangkai tentang kecerdasan manusia
(triarchic theory of human intelligence) anjuran Sternberg
(1995) dan teori kecerdasan yang berjaya (successful
intelligence) anjuran Sternberg (2005).
40
Teori berorientasikan asas biologi: Mengaitkan pintar cerdas
dengan fungsi organ otak dan operasi sistem saraf
pusat dari segi fisiologi. Terdapat tiga pendekatan yang
popular, iaitu pendekatan neuropsikologi, pendekatan
elektrofisiologi, dan pendekatan pengaliran darah.
Satu contoh teori ini ialah teori kecerdasan pelbagai
(multiple intelligences theory) yang dimajukan oleh Gardner
(1999). Teori kecerdasan pelbagai juga berlandaskan
budaya, di samping berlandaskan asas biologi.
Teori berorientasikan perkembangan kognitif: Mengaitkan
pintar cerdas dengan kognisi dan perkembangan
kognitif. Terdapat empat faktor yang mempengaruhi
pintar cerdas, iaitu kematangan fizikal, pengalaman
aktif, interaksi sosial, dan keseimbangan. Dua contoh
teori ini ialah teori perkembangan kanak-kanak yang
dimajukan oleh Piaget (1950) dan teori mengetahui
(konstruktivisme radikal) yang dianjurkan von Glasersfeld
(1995).
Teori berorientasikan interaksi sosial: Mengaitkan pintar
cerdas dengan sosialisasi yang berlaku dalam sesebuah
masyarakat atau budaya. Dua contoh teori ini ialah
teori pembelajaran sosial anjuran Bandura (1977) dan
teori perkembangan sosial anjuran Vygotsky (1978).
Teori berorientasikan perkembangan bersepadu: Mengaitkan
pintar cerdas dengan perkembangan fizikal, mental,
dan rohani secara menyeluruh dan bersepadu
berlandaskan ajaran agama. Dua contoh teori ini ialah
teori psikologi jiwa manusia yang dimajukan oleh Syed
Muhammad Naquib (1995) dan teori penjernihan
jiwa anjuran al-Ghazali (1992).
Secara keseluruhan, enam daripada tujuh teori
pintar cerdas yang dinyatakan adalah berlandaskan gagasan
sekularisme yang dibentuk dalam budaya Barat moden yang
mengetepikan peranan Tuhan dan ajaran agama dalam
41
perbincangan dan pengembangan daya pintar cerdas. Istilah
metafora pula merujuk cara yang tidak konvensional untuk
menjelaskan atau mewakilkan sesuatu benda, peristiwa, atau
keadaan sebagai benda, peristiwa, atau keadaan yang lain. Pada
umumnya, metafora tentang kecerdasan atau pintar cerdas
boleh dikelaskan kepada empat kategori asas, yang mana tiga
kategori yang awal dibentuk dalam budaya Barat moden yang
sekular (lihat Rajah 5).
Setiap metafora pintar cerdas melihat kognisi dan mental
manusia dalam cara yang berbeza, dan oleh itu, mempunyai
implikasi yang berbeza terhadap cara untuk menentukan daya
pintar cerdas. Pada masa kini, kebanyakan ujian kecerdasan
adalah berasaskan metafora geografi, tetapi fenomena ini
merupakan kebetulan sejarah sahaja dan bukan disebabkan
oleh keperluan logik atau psikologi. Berikut adalah penjelasan
ringkas tentang metafora tersebut:
Metafora geografi
Sebagai entiti dalaman
Metafora biologi
Metafora epistemologi

Metafora Sebagai entiti luaran Metafora sosiologi
Pintar
Cerdas Metafora antropologi
Sebagai entiti dalaman Metafora sistem
dan luaran
Sebagai entiti bersepadu Metafora bersepadu
Rajah 5. Beberapa metafora pintar cerdas
Metafora geografi : Teori kecerdasan berorientasikan
sifat kognitif dan faktor mental digunakan untuk
menggambarkan kecerdasan atau fikiran manusia
sebagai peta geografi. Ujian kecerdasan yang popular
seperti Skala Kecerdasan Stanford-Binet, Skala
42
Kecerdasan Wechsler, Matriks Progresif Raven, Ujian
Perbendaharaan Kata Gambar Peabody, dan Ujian
Kecerdasan Adil Budaya Cattell didominasikan oleh
metafora geografi.
Metafora komputer : Teori kecerdasan berorientasikan
pemprosesan maklumat digunakan untuk
menggambarkan kecerdasan atau fikiran manusia
sebagai program komputer. Perkara utama yang diberi
perhatian termasuklah kebolehan meta kognitif dan
penyelesaian masalah.
Metafora biologi: Teori kecerdasan berorientasikan asas
biologi digunakan untuk menggambarkan kecerdasan
atau fikiran manusia dari sudut fungsi biologi, fisiologi,
empiris, dan secara menyeluruh (ipso facto) menolak
unsur metafizik. Tiga pendekatan yang digunakan
ialah pendekatan neuropsikologi, elektrofisiologi, dan
pengaliran darah.
Metafora epistemologi: Teori kecerdasan berorientasikan
perkembangan kognitif digunakan untuk
menggambarkan kecerdasan sebagai proses adaptasi
yang daya maju (viability). Perkara yang diberi
perhatian termasuklah asal usul dan perkembangan
pengetahuan (epistemologi genetik) dan pemikiran
reflektif.
Metafora sosiologi : Teori kecerdasan berorientasikan
perkembangan sosial digunakan untuk
menggambarkan kecerdasan dari sudut sosialisasi,
khususnya persoalan bagaimana proses sosialisasi
mempengaruhi perkembangan kecerdasan dalam
konteks budaya yang tertentu.
Metafora antropologi : Kecerdasan digambarkan dari
sudut pengaruh kebudayaan terhadap kognisi dan
tumpu diberikan kepada tugas kognitif yang relevan
dari sudut kebudayaan.
43
Metafora sistem : Kecerdasan digambarkan sebagai satu
himpunan konsepsi dan andaian yang berbeza, yang
digabungkan untuk membentuk satu perspektif yang
lebih meluas. Penekanan diberi kepada hubungan
antara produktiviti dalam ujian kecerdasan dengan
produktiviti dalam kehidupan seharian.
Metafora bersepadu : Kecerdasan digambarkan sebagai
gabungan perkembangan unsur fizikal (jasad) yang
bersifat sementara dan unsur rohani yang bersifat
kekal dengan berlandaskan ajaran agama, dalam
mana manusia yang pintar cerdas ialah manusia
yang memenuhi tuntutan akidah, adab, ibadat, ilmu,
akhlak, dan syariah dengan cemerlang.
Tujuh daripada lapan metafora di atas memberikan
cebisan gambaran tentang konsep pintar cerdas dalam acuan
Barat moden. Metafora tersebut mengandungi beberapa idea
yang menarik, tetapi tidak memberi ruang kepada peranan
Allah dalam hal yang melibatkan pintar cerdas. Pandangan
seperti itu ditolak oleh Islam, yang mana Islam membincangkan
konsep pintar cerdas secara menyeluruh dengan berpusatkan
Tuhan (teosentrik), bukan antroposentrik (berpusatkan
manusia) atau eksistentialisme (berpusatkan pengalaman
kewujudan). Misalnya, menurut perspektif Islam, roh manusia
mempunyai potensi tulen atau kesanggupan terpendam (fitrah)
yang terkandung dalam unsur ketuhanan (surah ar-Ruum
30:30). Unsur tersebut mengandungi beberapa sifat Allah
yang diberikan kepada manusia dalam bentuk dan daya yang
amat terbatas (surah al-Israa 17;70; surah ar-Rahmaan 55:4)).
Ciri pintar cerdas yang dipunyai oleh individu saling berkaitan
dengan penghakikian dan pengembangan potensi kekuatan
semula jadi yang ada pada dirinya (surah at-Tiin 95:4-6).
Selepas masa kelahiran, setiap individu menghakikikan
dan mengembangkan potensi intelek yang dimilikinya dengan
membina pengetahuan yang khusus dalam pelbagai bidang
kehidupan mengikut usaha, minat, dan pengalaman sendiri.
44
Penghakikian dan pengembangan potensi pintar cerdas
dijalankan oleh dua daya dalam roh rasional, iaitu intelek
praktikal dan intelek kontemplatif. Kedua-dua intelek ini
sebenarnya merupakan dua fungsi akal manusia dan melibatkan
proses berfikir, iaitu aktiviti renungan (refleksi) atau penyoalan
dalaman yang rasional dan kritis. Secara khusus, fikir adalah
satu fungsi akal, tetapi fikir yang dipimpin oleh kebenaran
yang terkandung dalam ilmu wahyu dikenali sebagai furqan.
Segala pengetahuan yang dibina oleh manusia melalui fikir
semata-mata, bukan melalui furqan adalah tidak lebih daripada
prasangkaan. Prasangkaan (zann) itu pula menjadi sumber
kepada kekeliruan antara kebenaran dan kepalsuan (surah
Yunus 10:36).
Dewasa ini, terdapat beberapa bidang pintar cerdas yang
mendapat perhatian masyarakat seperti kecerdasan linguistik,
kecerdasan logik dan matematik, kecerdasan ruang, kecerdasan
sosial, kecerdasan emosi, kecerdasan muzik, kecerdasan tubuh
dan kinestetik, kecerdasan seni, kecerdasan rohani, kecerdasan
moral, kebolehan intelek umum, bakat dan akademik khusus,
pemikiran kreatif dan inovatif, dan kecerdasan kepemimpinan.
Menurut perspektif Islam, seluruh isi alam termasuk daya
pintar cerdas yang ada pada diri manusia adalah milik mutlak
Allah (surah al-Maaidah 5:17). Daya tersebut diberi kepada
manusia sebagai amanah dan konsep pemilikan daya pintar
cerdas oleh seseorang individu hanya sebagai perlanjutan
daripada pemilikan mutlak Allah. Oleh itu, setiap individu perlu
menggunakan daya pintar cerdas dengan sewajarnya. Malah,
daya pintar cerdas boleh dianggap sebagai satu bentuk ujian
yang diadakan oleh Allah untuk menentukan tahap keimanan
dan ketakwaan manusia. Misalnya, Allah menguji orang yang
pintar cerdas atau ulul-albab dengan daya kepintarannya, supaya
terbit rasa syukur dan berterima kasih daripada orang tersebut
terhadap pemberian Allah. Begitu juga, Allah menguji orang
yang kurang pintar dalam sesuatu bidang kehidupan dengan
kekurangan daya kepintarannya, supaya terbit rasa sabar dan
tabah untuk terus menguasai kemahiran dan menuntut ilmu.
45
Menurut perspektif Islam, manusia akan mencapai
kebahagiaan hidup sekiranya mereka berjaya menghadapi ujian
Allah (surah al-Ankabuut 29: 2-7). Dalam ujian tersebut, Allah
menjadi penguji, manusia menjadi pengambil ujian, kehidupan
di dunia menjadi medan ujian, umur manusia menjadi tempoh
masa ujian, dan setiap perbuatan individu menjadi soalan ujian
(surah al-Mulk 67:2). Semakin tinggi keimanan dan keilmuan
manusia, maka semakin hebat ujian Allah terhadap mereka.
Manusia yang berjaya menghadapi ujian Allah akan diberi
ganjaran syurga (surah al-Baqarah 2:214; surah Ali-Imraan
3:142; surah al-Hajj 22:23-24), manakala manusia yang gagal
pula akan diberi balasan neraka (surah al-Araaf 7:179; surah
al-Hajj 22:19-22).
Pada asasnya, setiap manusia mempunyai potensi
kekuatan semula jadi (fitrah) untuk bertumbuh dan berkembang
menjadi insan yang mulia. Ungkapan perkembangan pintar cerdas
merujuk aktiviti penghakikian kekuatan semula jadi manusia
daripada bentuk potensi tulen kepada bentuk kewujudan yang
sebenar. Oleh sebab potensi tulen tidak boleh bertukar menjadi
kewujudan sebenar dengan sendiri, penghakikian intelek
manusia dari bentuk kesanggupan terpendam kepada bentuk
kesanggupan sebenar mengimplikasikan kewujudan intelek
luar yang sentiasa melakukan tindakan dan tanggungjawab
mentransformasikan potensi tulen menjadi kenyataan. Intelek
luar itu ialah Allah Yang Maha Esa dan Maha Pencipta.
Allah s.w.t. mentransformasikan intelek bahan menjadi
pengetahuan yang tertentu selaras dengan usaha dan ikhtiar
yang dilakukan oleh setiap individu. Seterusnya, pengetahuan
yang dimiliki oleh individu pula ditransformasikan menjadi ilmu
apabila Allah mengisi pengetahuan tersebut dengan makna
tertentu. Walau bagaimanapun, manusia perlu melakukan
aktiviti yang tertentu untuk membolehkan mereka memperoleh
makna tentang sesuatu perkara sebab makna tidak tiba kepada
diri mereka secara sembarangan. Menurut perspektif Islam,
terdapat pelbagai sumber pengetahuan seperti pengalaman
46
empiris, akal fikiran yang sihat, berita yang benar, dan intuisi.
Dari sudut penghakikian dan hierarki perkembangan, daya
pintar cerdas boleh dibahagi kepada tiga tahap seperti berikut:
Tahap potensi tulen : Semua manusia bersifat pintar cerdas
sebab mereka dilahirkan dengan potensi kekuatan
semula jadi untuk tumbuh dan berkembang menjadi
insan yang mulia. Namun begitu, keupayaan pintar
cerdas tidak sama antara individu dengan individu
yang lain bergantung pada kemuliaan roh individu
tersebut.
Tahap pengetahuan : Manusia yang pintar cerdas
ialah manusia yang berjaya menguasai kemahiran
dan membina pengetahuan yang canggih dalam
satu atau beberapa bidang kehidupan. Himpunan
pengetahuan yang dimiliki oleh seseorang individu
akan mempengaruhi tingkah laku individu tersebut.
Walau bagaimanapun, tingkah laku yang dikawal
oleh pengetahuan tidak dianggap sebagai amal soleh
sebab pengetahuan tidak mengandungi kebenaran
dan hikmah. Sebaliknya, pengetahuan hanya mampu
membekalkan kecerdasan, kepandaian, dan kebolehan
yang tertentu sahaja.
Tahap ilmu : Manusia yang pintar cerdas dalam
pengertian yang sebenar ialah manusia yang berjaya
melaksanakan tugas keinsanan sebagai hamba dan
khalifah Allah di muka bumi. Pelaksanaan kedua-
dua tugas ini adalah berlandaskan kekuatan iman
dan ilmu. Apabila kalbu dan jiwa insan dihidupkan
dengan cahaya keimanan, akal disuburkan dengan
cahaya keilmuan, dan daya syahwat dan daya marah
dikawal oleh kekuatan keadilan, maka barulah segala
tingkah laku manusia dianggap sebagai amal soleh.
Inilah puncak penghakikian dan pengembangan
potensi intelek manusia.
47
Menurut perspektif Islam, penghakikian potensi pintar
cerdas harus berorientasikan amal soleh. Tujuan penghakikian
tersebut ialah untuk membina kekuatan akidah dan kekuatan
ilmu dalam diri manusia. Malah, Sayid Sabiq (1978) menjelaskan
bahawa setiap individu Muslim perlu menguasai tujuh kekuatan
utama bagi membina semula peradaban Islam, iaitu kekuatan
akidah, kekuatan ilmu, kekuatan akhlak, kekuatan ekonomi,
kekuatan ikatan masyarakat, kekuatan susunan perdamaian,
dan kekuatan jihad. Secara analogi, kekuatan akidah boleh
dianggap sebagai akar pokok, kekuatan ilmu sebagai batang
pokok, kekuatan pintar cerdas sebagai dahan pokok, dan
tingkah laku manusia sebagai buah dari pokok tersebut.
Tanpa pelaksanaan amal yang soleh, sesuatu pohon tidak akan
menghasilkan buah yang berfaedah dan ini bererti wujudnya
kerenggangan antara manusia dengan Allah.
Menurut perspektif Islam, ilmu bukan merupakan
matlamat akhir, tetapi ia merupakan satu alat penting untuk
mencapai matlamat akhir dalam kehidupan duniawi dan
ukhrawi, iaitu kebahagiaan (surah al-Baqarah 2:201; surah al-
Qasas 28:77). Ilmu tanpa amal soleh boleh disifatkan sebagai
ketidakwarasan, manakala amal tanpa ilmu pula boleh
disifatkan sebagai kesesatan. Penghakikian potensi pintar cerdas
sepatutnya memberi tumpuan kepada ilmu untuk penghayatan,
bukan ilmu untuk ilmu atau ilmu untuk utiliti semata-mata.
Untuk mengukuhkan pemahaman tentang individu pintar
cerdas, al-Quran memerihalkan ciri individu ulul-albab sebagai
contoh manusia pintar cerdas dan individu yang lalai sebagai
contoh manusia tidak pintar cerdas:
Sesungguhnya pada kejadian langit dan bumi, dan
pada pertukaran malam dan siang, ada tanda-
tanda (kekuasaan, kebijaksanaan, dan keluasan
rahmat Allah) bagi orang yang berakal (ulul-albab).
(Iaitu) orang yang menyebut dan mengingati Allah
semasa mereka berdiri dan duduk dan semasa
mereka berbaring mengiring, dan mereka pula
48
memikirkan tentang kejadian langit dan bumi
(sambil berkata): Wahai Tuhan kami, tidaklah
Engkau menjadikan benda-benda ini dengan sia-
sia. Maha Suci Engkau, maka peliharalah kami
dari azab neraka (surah Ali-Imraan 3:190-191).
Dan sesungguhnya Kami jadikan untuk neraka
jahanam banyak dari jin dan manusia yang
mempunyai hati (tetapi) tidak mahu memahami
dengannya (ayat-ayat Allah), dan yang mempunyai
mata (tetapi) tidak mahu melihat dengannya
(bukti keesaan Allah) dan yang mempunyai telinga
(tetapi) tidak mahu mendengar dengannya (ajaran
dan nasihat); mereka itu seperti binatang ternak,
bahkan mereka lebih sesat lagi; mereka itulah
orang-orang yang lalai (surah al-Araaf 7:179).
Untuk mencapai kebahagiaan hidup duniawi dan
ukhrawi, manusia perlu menghakikikan dan mengembangkan
potensi diri mereka dengan membina pengetahuan yang canggih
dan berguna serta mengerjakan amalan yang baik (soleh).
Antara lain, amalan yang baik membabitkan pelaksanaan
empat tanggungjawab asas, iaitu tanggungjawab kepada Allah,
tanggungjawab kepada diri sendiri, tanggungjawab kepada
masyarakat, dan tanggungjawab kepada alam sekitar dengan
berlandaskan ajaran Islam. Ringkasnya, pengembangan daya
pintar cerdas yang dimajukan oleh perspektif Islam (perspektif
bersepadu) membabitkan tiga proses: (a) proses pemahaman dan
kesedaran: memahami dan menyedari bahawa daya pintar cerdas
dalam bentuk potensi tulen (fitrah) merupakan nikmat yang
diberi oleh Allah kepada manusia sebagai amanah dan mereka
akan ditanya tentang cara mereka menggunakan amanah
tersebut, (b) proses penghakikian dan pengembangan: menghakiki dan
mengembangkan potensi pintar cerdas melalui pembinaan
pengetahuan yang berguna dalam pelbagai bidang kehidupan
dan pemerolehan makna bagi pengetahuan tersebut yang akan
mentransformasikan pengetahuan kepada ilmu, dan (c) proses
49
penghayatan: mengamalkan ilmu pengetahuan yang diperoleh
dalam kehidupan seharian dengan berpandukan ajaran Islam,
khususnya dalam melaksanakan empat tanggungjawab asas
berlandaskan kekuatan akidah. Rajah 6 memaparkan satu
model bagi penghakikian dan pengembangan potensi pintar
cerdas.
FAKTOR
DALAMAN
FAKTOR
LUARAN
DOMAIN
POTENSI
BIDANG
KERJAYA
Warisan baka
Kematangan diri
Perwatakan, Jiwa
Sikap, Minat
Nasib diri, Tabiat
Persekitaran
Masyarakat
Budaya
Demografi
Geografi
Peristiwa
Globalisasi
Intelektual
Kerohanian
Kreativiti
Emosi, Sosial
Kepemimpinan
Kesenian
Lain-lain
Pendidikan
Perniagaan
Pengurusan
Perubatan
Perundangan
Sains, teknologi
Lain
Pembelajaran/Latihan/Amalan/Pelaziman
Rajah 6. Model penghakikian potensi pintar cerdas
Penghakikian dan pengembangan potensi pintar cerdas
membabitkan tiga dimensi asas, iaitu dimensi unsur yang terdiri
daripada pelbagai aspek pertumbuhan dan perkembangan
manusia seperti unsur fizikal, kognitif, sosial, emosi, akhlak, dan
rohani; dimensi tujuan yang membabitkan aspek perkembangan,
penjernihan, pencegahan, dan pengukuhan; dan dimensi kaedah
yang melibatkan beberapa pendekatan seperti pembelajaran,
latihan, dan pelaziman. Pada asasnya, faktor utama yang
menyebabkan manusia gagal untuk mencapai kejayaan dalam
50
kehidupan mereka ialah kejahilan tentang diri mereka sendiri
sehingga mereka rela menjadi hamba kepada daya negatif (hawa
nafsu) yang terdapat dalam diri mereka. Tanpa pemahaman
yang baik tentang kekuatan diri sendiri, pelbagai fungsi yang
dilakukan oleh roh yang dibaluti jasad, dan peranan ajaran
Islam yang dibawa oleh nabi Muhammad, manusia akan terus-
menerus menjadi hamba kepada kehendak hawa nafsu. Dalam
proses mengembangkan potensi pintar cerdas pula, kegagalan
untuk mencapai sesuatu objektif tidak membuat seseorang
itu gagal kecuali ia berhenti melaksanakan tanggungjawab
hidupnya. Satu hakikat tentang pintar cerdas ialah potensi
tersebut hanya dapat dikembangkan ke tahap yang maksimum
melalui usaha yang bersungguh-sungguh (hasil titik peluh dan
keringat), komitmen yang tinggi dalam mencapai matlamat
hidup, beradab dalam mengamalkan budaya ketepatan, dan
ketakwaan dalam setiap tindakan. Thomas Edison (lihat Owen,
Froman, & Moscow, 1981, hlm. 285) memberi satu pandangan
menarik tentang pintar cerdas: Pintar cerdas terdiri daripada 1
peratus inspirasi dan 99 peratus keringat.
Al-Quran mengaitkan pintar cerdas dengan konsep
ulul-albab. Istilah albab ialah kata jamak bagi perkataan lubb
yang bermaksud akal atau inti pati sesuatu perkara. Apabila
akal dibersihkan daripada pengaruh hawa nafsu dan unsur
khayalan, ia disebut sebagai lubb. Ringkasnya, ungkapan ulul-
albab mempunyai beberapa makna seperti yang berikut:
Orang yang mempunyai akal yang unggul,
menggunakan akal dengan sebaik-baiknya, berfikir
secara rasional, dan membuat refleksi secara
mendalam.
Orang yang mempunyai akal yang sempurna dan
suci serta memahami sesuatu perkara dan hakikatnya
dengan jelas.
Orang yang memahami, memikirkan, dan mendalami
makna sesuatu perkara.
51
Orang yang memiliki pemikiran dan pemahaman
yang benar dan mendalam (men of understanding atau the
ones endued with understanding).
Orang yang berfikir dan memiliki sikap yang terbit
daripada jiwa yang tidak dihinggapi penyakit
penyelewengan, iaitu suatu sikap yang dimiliki
oleh mereka yang mempunyai pemahaman yang
mendalam tentang agama dan menerima tanpa ragu-
ragu bahawa seluruh isi al-Quran datang dari Allah
semata-mata.
Orang yang memiliki akal yang suci dan murni,
tetapi tetap memerlukan ketakwaan kepada Allah
sebab ketakwaanlah yang akan membawanya kepada
kejayaan dan keberuntungan yang hakiki dan abadi
(al-falaah).
Orang yang memiliki akal yang murni, berusaha
memahami kitab yang tertulis (wahyu, al-Quran) dan
kitab yang terbuka (alam semesta), dan menganggap
alam ini sebagai tanda-tanda Allah, yang merupakan
pendedahan daripada Kebijaksanaan dan Kekuasaan
Allah yang tidak terbatas.
Pada hakikatnya, pengamalan budaya ketepatan dengan
berkesan hanya dapat dilakukan oleh individu ulul-albab.
Untuk melahirkan individu seperti itu, sistem pendidikan harus
menggunakan pendekatan bersepadu yang mementingkan
kecemerlangan ilmu agama dan ilmu sains, kecemerlangan
adab dan akhlak, kemurnian iman dan takwa kepada Allah,
dan keterampilan profesional dan teknikal. Individu ulul-albab
ialah individu yang sarat akhlak mulia, sarat ilmu agama, dan
sarat ilmu keduniaan. Dalam aspek pemerolehan, mereka
mengamalkan prinsip kecemerlangan (the quest for Islamic-based
excellence), manakala dalam aspek penggunaan pula mereka
mengamalkan prinsip kesederhanaan (the quest for Islamic-
based moderation) atau al-wasatiyyah yang sejati, yang semuanya
52
berpaksikan keimanan dan ketakwaan kepada Allah Yang
Maha Esa. Perkara yang ditekankan ialah pencapaian tahap
kecemerlangan yang seimbang atau ringkasnya, kecemerlangan
Islamik yang melibatkan unsur seperti ketekunan dan kemahiran
(al-itqaan), ketepatan dan kesempurnaan (al-ihsaan), dan
keunggulan (al-tafawwuq), bukan kecemerlangan sekular. Melalui
penghayatan kedua-dua prinsip ini secara bersepadu, sebarang
bentuk ekstremisme seperti kecenderungan untuk melampaui
batas intelektualisme, spiritualisme, dan materialisme dapat
dihindari.
Model Hierarki Nilai Umum
Ungkapan hierarki nilai merujuk susunan atau kedudukan
tinggi rendah nilai dalam sesuatu sistem nilai yang dimiliki
oleh individu berdasarkan pertimbangan yang dibuat olehnya.
Pertimbangan itu boleh berasaskan ajaran agama atau fikiran
rasional semata-mata. Dari sudut hierarki berdasarkan
ajaran agama, nilai umum yang dimiliki oleh manusia boleh
dikelaskan kepada empat kategori, iaitu nilai asas, nilai teras,
nilai utama, dan nilai kembangan. Nilai asas berkaitan dengan
pegangan hidup, manakala nilai teras pula berkaitan dengan
keperluan hidup. Seterusnya, nilai utama berkaitan dengan
perwatakan diri, manakala nilai kembangan pula berkaitan
dengan pembangunan diri. Contoh nilai asas ialah beragama
(beriman dan bertakwa kepada Tuhan), ateisme, sekularisme,
animisme, dan agnostik (lihat Rajah 7). Di Malaysia, beriman
atau beragama merupakan nilai asas yang termaktub dalam
Perlembagaan Persekutuan dan Rukun Negara.
53
Kategori Nilai Nilai Hayati Nilai Hindari
Kembangan Amalan berprestasi tinggi Amalan berprestasi rendah
Berbudi bahasa Biadab, kasar dalam pembawaan
Keadilan sosial Ketidakadilan sosial
Kehidupan berintegriti Kehidupan kacau-bilau
Menepati masa Melengahkan masa
Menepati timbangan Mengurangkan timbangan
Menepati janji Mungkir janji
Nikmat berinovasi Benci pembaharuan, fikiran beku
Membudayakan ilmu Membudayakan taklid buta
Seronok bekerja Bosan bekerja, dan lain-lain
Penyampai yang benar Penyampai yang palsu
Utama Amanah Pecah amanah
Bersih Rasuah, khianat
Benar Palsu, tipu, tiruan
Hormat Kurang sopan, pandang rendah
Ikhlas Niat jahat, kotor hati, berselindung
Integriti Tak jujur, tak utuh, pincang
Menerima Menolak, menyingkir, menyisih
Rendah hati Sombong, takabbur, angkuh, riyak
Setia Belot, derhaka, berpaling hati
Sederhana Ekstrem, keterlaluan, melampau
Syukur Takbur, sombong
Tabah Mudah mengalah, tidak teguh hati
Toleransi Tertutup kepada perbezaan
Tekun Main-main, malas, dan lain-lain
Teras Adil Zalim, berat sebelah, kejam
Bijaksana Prasangka, waswas, kejahilan
Berani Pengecut, cepat marah
Baik peribadi Buruk perangai, pengotor, gelojoh
Asas Beriman, beragama Kufur, syirik, fasik, ateis, agnostik
Rajah 7. Model hierarki nilai umum menurut perspektif bersepadu
Nilai teras pula terdiri daripada empat nilai, iaitu baik
peribadi, keberanian, kebijaksanaan, dan keadilan. Nilai baik
peribadi dibentuk dan dikembangkan melalui pemuasan
keperluan hayat, manakala nilai keberanian pula dibentuk
dan dikembangkan melalui pemuasan keperluan keselamatan.
Seterusnya, nilai kebijaksanaan dibentuk dan dikembangkan
54
melalui pemuasan keperluan emosi, sosial, pencapaian diri,
penyucian diri, dan rohani; manakala nilai keadilan pula
dibentuk dan dikembangkan melalui pemuasan keperluan
hayat dan keperluan psikologi. Aktiviti pemuasan yang
menghasilkan nilai teras yang positif atau hayati adalah aktiviti
yang berasaskan atau selaras dengan ajaran agama, manakala
aktiviti pemuasan yang menghasilkan nilai teras yang negatif
atau hindari pula adalah aktiviti yang tidak berasaskan atau
bercanggah dengan ajaran agama.
Seterusnya, nilai utama adalah banyak sekali seperti
amanah, bersih, ikhlas, jujur, kemas, menerima, hormat-
menghormati, baik hati, rendah hati, sabar, sederhana, setia,
sopan, syukur, tabah, dan tekun. Begitu juga, nilai kembangan
adalah banyak sekali seperti keadilan sosial, berhikmah dalam
membuat keputusan, kerjasama kreatif, keseronokan bekerja,
kebijaksanaan berhemat, kehidupan berintegriti, kematangan
tindakan, kenikmatan berinovasi, berbudi bahasa, memahami
dahulu, menepati masa, menunaikan janji, mendahulukan
perkara utama, dan menepati timbangan.
Berdasarkan model hierarki nilai umum, sebarang nilai
yang ditentukan oleh akal fikiran individu semata-mata atau
berdasarkan cita rasa masyarakat dianggap sebagai nilai relatif.
Sebaliknya, nilai yang ditentukan oleh Tuhan seperti yang
dinyatakan dalam ilmu yang diwahyukan dianggap sebagai
nilai mutlak. Sebagai perbandingan, pendukung falsafah
pragmatisme dan psikologi konstruktivisme menganggap semua
nilai adalah relatif, selalu berubah-ubah, dan tidak pernah
mutlak. Mereka beranggapan bahawa manusia bebas untuk
membentuk dan mengubah sebarang nilai dengan berasaskan
fikiran rasional semata-mata. Pendukung sekularisme pula
berusaha untuk membentuk sistem nilai sendiri dalam mana
urusan dunia dipisahkan daripada urusan agama, dan agama
hanya digunakan untuk mengatur hubungan manusia secara
peribadi dengan Tuhan, sedangkan hubungan manusia
dengan manusia diatur dengan berdasarkan kesepakatan sosial
55
semata-mata. Mereka berusaha mempengaruhi manusia agar
menerima sistem nilai sekular sebagai suatu yang bersifat
mutlak dan mutakhir. Pandangan pendukung pragmatisme,
konstruktivisme, dan sekularisme tentang nilai adalah
bercanggah dengan pandangan Islam.
Bagi orang Islam, model hierarki nilai umum mempunyai
pengertian yang meluas dan mendalam. Misalnya, Syariah
Islam telah menetapkan hukum wajib, sunat, makruh, haram,
dan mubah (harus) bagi perkara dalam kehidupan manusia.
Nilai yang baik dan buruk adalah berkaitan dengan hukum ini.
Misalnya, perkara yang halal adalah baik, manakala perkara
yang haram pula adalah buruk. Perkara halal dan haram
diterangkan dengan jelas dalam al-Quran dan al-Sunah.
Perkara yang diperakukan oleh al-Quran dan al-Sunnah
sebagai baik akan kekal baik untuk sepanjang zaman dan
tempat. Begitu juga, perkara yang dianggap buruk akan kekal
buruk untuk selama-lamanya. Pengecualian mungkin berlaku
dalam situasi kecemasan yang kritikal sahaja. Empat hukum
yang pertama dan nilai-nilai yang berkaitan dengannya adalah
mutlak sifatnya. Hanya perkara yang tergolong dalam kategori
harus atau mubah mempunyai nilai yang bersifat relatif. Mubah
adalah perkara yang tiada dosa jikalau ditinggalkan dan tiada
pahala jikalau dilakukan. Namun begitu, melalui niat yang
baik, perkara yang mubah seperti makan dan minum boleh
ditransformasikan menjadi ketaatan dan ibadah kepada Allah.
Misalnya, siapa yang makan dan minum dengan niat untuk
menguatkan badan bagi melaksanakan kewajipan kepada
Allah, maka perbuatan itu menjadi ibadah.
Menurut Islam, nilai-nilai fundamental yang membentuk
akhlak insan adalah bersifat mutlak. Nilai tersebut tidak
berubah mengikut peredaran zaman dan pertukaran tempat.
Ia tidak hanya baik pada masa lalu, tetapi baik untuk masa
kini dan masa akan datang. Hukum Islam menetapkan sama
ada sesuatu perkara boleh atau tidak boleh dilakukan, mesti
dilakukan atau mesti dijauhkan. Untuk membimbing manusia
56
memahami dan menghayati hukum dan nilai yang berkaitan
dengannya, Rasulullah diutus sebagai model akhlak yang mulia
dan contoh ikutan yang terbaik (surah al-Qalam 68: 4; surah al-
Ahzaab 33: 21; surah al-Fath 48:29). Baginda telah merealisasikan
ajaran Islam dalam kehidupannya dengan sempurna sehingga
baginda dikatakan sebagai al-Quran yang hidup (the living Quran).
Muslim, Abu Dawud, dan Ahmad meriwayatkan bahawa ketika
Saidatina Aisyah ditanya tentang akhlak Rasulullah, beliau
menjawab: Akhlak Rasulullah adalah al-Quran.
Nilai dalam Gagasan 1Malaysia
Gagasan 1Malaysia mengandungi nilai eksplisit (tersurat)
dan nilai implisit (tersirat) yang tertentu. Misalnya, nilai yang
dinyatakan secara langsung dalam Gagasan 1Malaysia ialah satu
nilai teras, tujuh nilai utama, dan enam nilai kembangan (lihat
Jadual 3). Nilai-nilai itu diberi nama khas untuk memaparkan
fungsi mereka dalam pengembangan dan penghayatan Gagasan
1Malaysia. Misalnya, nilai penerimaan dan keadilan sosial
disebut sebagai teras perpaduan, iaitu komponen asas yang
menguatkan semangat bersatu padu dalam kalangan rakyat
berbilang kaum dan agama; nilai hormat-menghormati, rendah
hati (tawaduk), kesederhanaan, dan berbudi bahasa disebut
sebagai nilai murni, iaitu nilai yang seharusnya mendasari cara
hidup rakyat Malaysia; dan nilai budaya berprestasi, budaya
ketepatan, budaya ilmu, budaya inovasi, integriti, ketabahan,
kesetiaan, dan kebijaksanaan disebut sebagai nilai aspirasi, iaitu
nilai yang akan membantu memastikan aspirasi negara, iaitu
Wawasan 2020 tercapai.
57
Jadual 3 Pengelasan Nilai Yang Tersurat Dalam Gagasan 1Malaysia Berdasarkan Model
Hierarki Nilai Umum
Nilai Tersurat Dalam
Gagasan 1Malaysia
Nama Khas Yang
Menandakan
Fungsi
Pengelasan Mengikut
Model Hierarki Nilai
Umum
Penerimaan Teras perpaduan Nilai utama
Keadilan sosial Teras perpaduan Nilai kembangan
Hormat-menghormati Nilai murni Nilai utama
Rendah hati (tawaduk) Nilai murni Nilai utama
Kesederhanaan Nilai murni Nilai utama
Berbudi bahasa Nilai murni Nilai kembangan
Budaya berprestasi tinggi Nilai aspirasi Nilai kembangan
Budaya inovasi Nilai aspirasi Nilai kembangan
Budaya ketepatan Nilai aspirasi Nilai kembangan
Budaya ilmu Nilai aspirasi Nilai kembangan
Kebijaksanaan Nilai aspirasi Nilai teras
Kesetiaan Nilai aspirasi Nilai utama
Ketabahan Nilai aspirasi Nilai utama
Integriti Nilai aspirasi Nilai utama
Nilai asas pula tidak dinyatakan secara langsung, tetapi
terkandung dalam Gagasan 1Malaysia secara implisit atau
tidak langsung. Misalnya, keimanan atau keagamaan (nilai
asas) tersirat dalam prinsip kenegaraan, iaitu Perlembagaan
Persekutuan dan Rukun Negara, yang dianggap oleh Gagasan
1Malaysia sebagai satu daripada tiga teras perpaduan. Dua teras
perpaduan yang lain ialah penerimaan dan keadilan sosial.
Satu perkara yang jelas ialah nilai yang kita miliki akan
mencorakkan perwatakan dan personaliti kita. Oleh itu,
jikalau kita tidak menyedari atau mengetepikan nilai yang
kita miliki, maka kita mungkin akan membuat keputusan
atau pertimbangan berdasarkan dorongan hawa nafsu atau
keseronokan serta-merta (hedonisme), bukan berdasarkan
penaakulan yang kukuh dan pembuatan keputusan yang penuh
bertanggungjawab. Ringkasnya, nilai yang dimiliki oleh individu
58
mempengaruhi setiap aspek kehidupan mereka, termasuk
tingkah laku peribadi dan perlakuan di tempat kerja, interaksi
dengan ahli keluarga dan anggota masyarakat, proses membuat
keputusan dan pertimbangan, dan arah haluan yang diambil
dalam kehidupan. Oleh itu, adalah penting bagi kita untuk
mengetahui dan memahami perkara yang kita hargai. Sebagai
tambahan, kita tidak boleh mengguna pakai satu himpunan
nilai bagi diri sendiri dan himpunan nilai yang berbeza untuk
orang lain sebab perbuatan dwistandard seperti ini akhirnya
akan membuat kita menjadi keliru tentang nilai yang sebenar
dan hilang integriti diri.
Secara analogi, sistem nilai boleh digambarkan sebagai
tapak bagi sebuah bangunan atau sistem akar bagi sebatang
pokok (lihat Rajah 8). Bangunan atau pokok itu hanya kukuh
dari segi struktur sekiranya ia mempunyai tapak atau sistem
akar yang teguh (surah Ibrahim 14:24-26). Dalam sistem akar
bagi sesuatu pokok, kekuatan akidah (nilai asas) berfungsi
sebagai akar tunjang. Tiang bangunan atau batang bagi pokok
tersebut terdiri daripada budaya ilmu, manakala dahan-dahan
pokok tersebut pula terdiri daripada budaya ulul-albab (pintar
cerdas). Empat dahan utama ialah tanggungjawab kepada
Allah, tanggungjawab kepada diri sendiri, tanggungjawab
kepada masyarakat, dan tanggungjawab kepada alam sekitar.
Seterusnya, daun-daun pokok tersebut terdiri daripada
budaya ketepatan, manakala buah bagi pokok tersebut pula
terdiri daripada tingkah laku manusia yang terhasil daripada
pengamalan budaya ketepatan.
Berdasarkan analogi pokok, pengamalan budaya
ketepatan boleh dikelaskan kepada empat kategori utama
selaras dengan empat tanggungjawab asas manusia. Dalam
konteks ini, terdapat empat persoalan asas: Apakah amalan
ketepatan yang penting bagi pelaksanaan tanggungjawab
kepada Allah dengan berkesan? Apakah amalan ketepatan
yang penting bagi pelaksanaan tanggungjawab kepada diri
sendiri dengan berkesan? Apakah amalan ketepatan yang
59
penting bagi pelaksanaan tanggungjawab kepada masyarakat
dengan berkesan? Apakah amalan ketepatan yang penting
bagi pelaksanaan tanggungjawab kepada alam sekitar dengan
berkesan? Pada asasnya, sebahagian besar amalan ketepatan
diperlukan bagi melaksanakan setiap tanggungjawab asas dengan
berkesan. Seterusnya, selepas mengenal pasti satu himpunan
nilai yang jelas bagi budaya ketepatan, kita perlu memikirkan
cara untuk membentuk, menghayati, mempertahankan, dan
memperkukuhkan nilai tersebut. Budaya ketepatan akan
gagal dan musnah jikalau tidak ada tindakan pelaksanaan
yang konkrit, padu, dan berterusan. Misalnya, jikalau anggota
masyarakat tidak melakukan tindakan yang khusus, tidak kira
apa nilai yang dipegang, masih tidak membawa sebarang
perubahan.
Budaya Ketepatan
Budaya Ulul Albab
Budaya Ilmu
Sistem Nilai
Kekuatan Akidah
Rajah 8. Analogi pokok bagi amalan ketepatan
60
Budaya ketepatan dibentuk melalui tindakan, aktiviti,
dan kerja yang dilakukan secara berterusan. Dalam konteks
ini, kualiti dan kuantiti tindakan adalah penting. Misalnya,
tindakan secara konvensional mungkin akan menghasilkan
penambahbaikan secara bertokok (incremental) sahaja, manakala
tindakan secara kreatif dan inovatif pula akan menghasilkan
penambahbaikan secara anjakan berganda (quantum leap). Oleh
itu, dalam merealisasikan budaya ketepatan, idea baru tidak
harus dilihat dengan penuh syak wasangka. Dalam beberapa
kes, kita perlu berfikir dan bertindak di luar kotak kebiasaan
(Najib, 2010). Walaupun cara untuk melaksanakan ibadat
khusus tertutup kepada pembaharuan, tetapi pelaksanaan ibadat
umum sentiasa terbuka kepada inovasi dan pembaharuan yang
bermanfaat dan selaras dengan ajaran agama. Misalnya, dalam
dunia yang berubah dengan begitu cepat, kita mesti bersedia
untuk berubah atau menghadapi risiko untuk ditinggalkan
dalam persaingan global yang sengit. Dalam hal ini, inovasi
dalam urusan duniawi seperti inovasi penjagaan kesihatan,
inovasi pendidikan, inovasi pengangkutan, inovasi pengurusan,
inovasi penyelidikan, dan inovasi jaringan keselamatan siber
adalah sangat penting. Ringkasnya, kita mesti berani dan
komited untuk melakukan perubahan dan pembaharuan yang
selaras dengan ajaran agama.
Peranan Ilmu
Amalan ketepatan bergantung pada budaya ilmu dan budaya
ulul-albab, di samping pergantungan pada penghayatan nilai.
Istilah ilmu merujuk ketibaan makna tentang sesuatu perkara
ke dalam diri individu atau ketibaan individu kepada makna
tentang sesuatu perkara (Syed Muhammad Naquib, 1995).
Dalam konteks ini, proses pembinaan ilmu bukan sekadar
membabitkan penglibatan aktif, refleksi, dan abstraksi, tetapi
turut melibatkan penghayatan dan hidayat daripada Tuhan.
Antara lain, terdapat tiga produk yang berbeza, tetapi saling
berkaitan antara satu sama lain bagi kegiatan pembinaan ilmu
atau pembelajaran, iaitu maklumat, pengetahuan, dan ilmu.
61
Istilah makna pula merujuk pengenalan tentang tempat yang
tepat bagi sesuatu perkara di dalam sesebuah sistem. Keadaan
ini tercapai apabila saling hubungan antara sesuatu perkara
dengan perkara lain dalam sistem tersebut dapat difahami
dengan jelas (Wan Mohd Nor, 2006). Mengenali dan memahami
tempat yang sebenar bagi sesuatu perkara merupakan proses
asas bagi pembinaan ilmu. Keadilan pula akan wujud apabila
manusia mempunyai keupayaan untuk mengenali dan mengakui
kedudukan yang sebenar bagi sesuatu perkara dan kerelaan
mereka untuk memainkan peranan berdasarkan pengenalan
dan pengakuan tersebut.
Pada asasnya, terdapat beberapa sumber bagi pembinaan
pengetahuan dan ilmu. Sumber tersebut dapat dikelaskan
kepada lima jenis, iaitu pancaindera (pengalaman empiris),
akal (pemikiran rasional), intuisi, ilham, dan wahyu (ajaran
agama). Dua sumber yang awal tergolong dalam domain fizik,
manakala tiga sumber yang akhir pula tergolong dalam domain
metafizik. Benda fizikal dapat diketahui melalui pengalaman
empiris, konsep abstrak dapat dibentuk melalui pemikiran
rasional, pemahaman mendalam tentang sesuatu fenomena
dalam alam nyata dapat dicapai melalui intuisi, pendedahan
langsung tentang hakikat sesuatu perkara dapat dicapai melalui
ilham, dan panduan hidup yang lengkap, mutlak, dan abadi
dapat diketahui melalui ajaran agama. Sumber-sumber ini
boleh disusun dalam bentuk hierarki yang tertentu berdasarkan
keupayaannya atau sumbangannya dalam membantu manusia
untuk mengetahui kebenaran, dalam mana sumber pengalaman
empiris menduduki tempat yang paling bawah, diikuti oleh
pemikiran rasional, intuisi, ilham, dan wahyu (lihat Jadual 4).
62
Jadual 4
Lima Sumber Bagi Pembinaan Ilmu Pengetahuan
Jenis Sumber Huraian Ringkas Tentang Fungsi
Pancaindera Membantu manusia mengetahui benda fizikal dalam
alam nyata atau dalam persekitaran yang dialami
secara empirikal
Akal rasional Membantu manusia membentuk pengetahuan dan
membuat keputusan, penaakulan, pertimbangan,
dan penilaian
Intuisi Membantu manusia memahami secara mendalam
tetapi tidak menyeluruh tentang sesuatu fenomena
dalam alam nyata
Ilham Membantu manusia mendapat pendedahan
langsung tentang hakikat atau ciri sesuatu realiti
secara menyeluruh
Wahyu Membantu manusia mengetahui cara hidup yang
lengkap, sempurna, padu, dan menyeluruh
Dengan kata lain, sumber wahyu atau ajaran agama
menduduki tempat yang paling tinggi (martabat tertinggi)
berbanding dengan sumber lain dalam membantu manusia
untuk mengetahui kebenaran. Inilah apa yang disebut sebagai
hierarki dalam sumber pengetahuan dan ilmu yang tersusun
secara menegak. Antara lain, penyusunan secara menegak ini
memaparkan tiga ciri utama, iaitu martabat, kepaduan, dan
saling hubungan antara satu sumber dengan sumber yang
lain. Martabat merujuk tingkat kepentingan sesuatu sumber
pengetahuan dan ilmu, manakala kepaduan pula merujuk saling
lengkap melengkapi antara pelbagai sumber. Perkara yang
diperoleh melalui sumber metafizik saling lengkap melengkapi
perkara yang diperoleh melalui sumber fizik. Namun begitu,
jikalau terdapat percanggahan antara perkara yang diperoleh
melalui sumber wahyu dengan perkara yang diperoleh melalui
sumber lain, maka perkara daripada sumber wahyulah yang
63
diguna pakai sebab martabat atau kedudukannya adalah paling
tinggi. Seterusnya, ungkapan saling hubungan merujuk perkara
yang diperoleh daripada sumber metafizik saling berhubungan
dengan perkara yang diperoleh melalui sumber fizik. Misalnya,
ilmu agama (ilmu naqli) saling berhubungan dengan ilmu sains
(ilmu aqli) sebab semua ilmu berasal atau datang daripada
Allah, dan yang berbeza hanyalah martabat dan cara manusia
memperoleh ilmu tersebut.
Pembinaan dan peniruan adalah dua proses yang
berbeza. Pembinaan pengetahuan melibatkan proses
akomodasi, iaitu pengubahsuaian beberapa pengetahuan sedia
ada atau pembentukan pengetahuan baru melalui pemikiran
reflektif bagi mengatasi sesuatu gangguan, sedangkan peniruan
sesuatu perkara melibatkan proses mengikuti perbuatan,
perkataan, gaya, atau cara orang lain tanpa perlu berfikir secara
mendalam. Pembinaan pengetahuan melibatkan pemahaman,
sedangkan peniruan hanya melibatkan tindakan mengulangi
sesuatu perkara. Peniruan secara membuta tuli pula berkait
rapat dengan taklid secara melulu, iaitu percaya bulat-bulat
kata orang lain tanpa berfikir, tanpa membuat inkuiri, atau
tanpa usul periksa terlebih dahulu. Perbuatan seperti ini boleh
melemahkan pembudayaan ilmu.
Menurut perspektif bersepadu, peranan guru bukan
untuk menyiarkan atau memindahkan pengetahuan, tetapi
untuk menyediakan peluang dan memberi galakan kepada
murid untuk membina pengetahuan, mempertingkatkan
pemahaman, dan memperoleh makna tentang perkara tertentu
(lihat Rajah 9). Dengan kata lain, guru mempunyai peranan
yang berbeza seperti muaddib (mengembangkan adab dan
akhlak), muallim (menyampaikan maklumat dan membantu
pengembangan pengetahuan), mudarris (mengajar mata
pelajaran tertentu), murabbi (membantu penghayatan ilmu),
dan mursyid (memberi tunjuk ajar dalam bidang kerohanian),
bergantung pada konteks pengajaran dan pembelajaran (Nik
Azis, 2007a). Namun, biar apa pun peranan yang dimainkan
64
oleh guru, satu perkara yang penting ialah guru perlu prihatin
dan memberi perhatian kepada pengetahuan yang dimiliki oleh
murid, strategi pengaturan diri dan pemikiran reflektif yang
digunakan oleh murid, dan menyedari kepentingan konteks
sosial dalam pembelajaran atau perolehan makna. Sebarang
tindak tanduk yang berkeras untuk menggunakan satu
strategi pengajaran atau pembelajaran dalam semua konteks
pendidikan adalah sifat ahli pendidik yang terasing, kaku, tidak
fleksibel, dan tidak konstruktif. Objektif pembelajaran seperti
membina ilmu, menjana pengetahuan, memproses maklumat,
mengumpul data, menguasai kemahiran, dan mengingati fakta
mempunyai hubungan berlingkar antara satu sama, bukan
hubungan bersebab tanpa arah.
Bagi amalan ketepatan dalam konteks budaya ilmu, satu perkara
penting yang ingin ditekankan ialah keperluan fikiran dan
sikap masyarakat untuk berubah atau bergerak ke arah situasi
kehidupan yang lebih berdaya maju dan berkualiti tinggi dalam
mengamalkan prinsip ketepatan. Misalnya, setiap kerja yang
dilakukan sekurang-kurangnya perlu mencapai tahap piawaian
antarabangsa sehingga menjadi contoh amalan terbaik bagi
masyarakat lain, dan bukan menjadi bahan gelak ketawa bagi
mereka (Nik Azis, 2007b). Dalam dunia yang berubah dengan
pesat, penggunaan budaya kerja, budaya berfikir, dan budaya
pengurusan masa yang silam tidak memadai untuk menempuhi
gelombang perubahan masa kini. Kita perlu membentuk corak
pemikiran dan gaya pengurusan baru, menguasai kemahiran
baru yang terbit daripada pemikiran baru, dan menggunakan
teknologi dan peralatan baru. Jikalau kita tersekat dalam cara
berfikir dan bertindak yang sedia ada, kemungkinan besar kita
akan dilanda oleh fenomena keterbelakangan yang diselubungi
oleh krisis fikiran dan kemelut tindakan.
65
Mursyid
(membantu
perkembangan
rohani)
Mudaris
(mengajar mata
pelajaran yang khusus)
Muallim
(menyampai maklumat
kognitif)
Murrabi
(membantu
penghayatan ilmu dan
perkembangan jiwa)
Muaddib
(mengembangkan adab,
akhlak, dan nilai)
Rajah 9. Peranan guru dalam pengajaran sesuatu mata pelajaran
Kewujudan realiti, demografi, ekonomi, teknologi,
dan cabaran baru menuntut kita untuk mengubah dan
meningkatkan kualiti budaya kerja dan budaya berfikir
bagi menyesuaikan dengan keadaan baru. Kita tidak boleh
terus menerus mengamalkan budaya kerja dan berfikir pada
tahap lama dan terikat dengan pendekatan dan metodologi
silam serta berpuas hati dengan apa yang ada. Sesetengah
masyarakat dan negara lain telah jauh maju ke hadapan dalam
budaya ketepatan, sedangkan kita mungkin belum bersedia
untuk melakukan perubahan yang menyeluruh. Dalam Human
Development Report 2011, Malaysia berada di kedudukan ke-
61 daripada 187 buah negara yang tersenarai dalam laporan
tersebut. Perubahan dalam pemeringkatan dari tahun 2006
ke tahun 2011 menunjukkan bahawa pencapaian mutlak
Indeks Pembangunan Manusia bagi Malaysia telah naik dua
kedudukan. Antara lain, laporan tersebut menunjukkan bahawa
pembangunan manusia yang merangkumi amalan ketepatan
adalah satu proses yang kompleks dan berpanjangan, dalam
mana penambahbaikannya tidak berlaku secara automatik,
tetapi memerlukan semangat politik yang kental, kepemimpinan
yang berani, komitmen yang berterusan, sikap yang proaktif,
dan tindakan yang menyeluruh. Seterusnya, terdapat pelbagai
66
pendekatan yang berbeza bagi mencapai pembangunan
manusia, dan tidak ada satu model atau preskripsi yang seragam
bagi memperoleh kejayaan. Namun begitu, satu perkara yang
jelas ialah kita perlu melakukan perubahan dan pembangunan
yang berterusan bagi meningkatkan kualiti hidup kita dan tidak
boleh menanti satu fenomena yang tragis atau mala petaka
barulah hendak berubah. Perubahan dan pembangunan yang
dilakukan pula mestilah bersifat menyeluruh dan bersepadu.
Mengambil petua orang tua-tua, apabila seluruh pakaian
sudah koyak-rabak, tampalan beberapa bahagian kecil tidak
lagi mencukupi.
Satu hujah yang mungkin diberikan ialah mengapa
kita perlu berubah sedangkan ajaran Islam adalah lengkap,
sempurna, dan tidak berubah sebagaimana yang diturunkan
kepada nabi Muhammad s.a.w. Hujah atau justifikasi seperti ini
adalah silap sebab walaupun Islam tidak berubah dan bersifat
mutlak seperti yang dinyatakan, tetapi konsepsi, pentafsiran,
dan pemahaman manusia tentang ajaran Islam adalah bersifat
relatif dan memerlukan pengolahan kontemporari dan semasa
selaras dengan tuntutan dan keperluan zaman. Perkara yang
perlu dijaga ialah pentafsiran tersebut mestilah berasaskan,
selaras, atau tidak melanggar prinsip syariah dan doktrin Islam
yang bersifat tetap seperti yang digariskan oleh al-Quran dan
Sunnah Rasulullah.
Sebagai kitab panduan sepanjang zaman, al-Quran
menetapkan parameter minimum dan maksimum bagi tingkah
laku manusia. Orang Islam disuruh melakukan segala aktiviti
hidup mereka dalam ruang lingkup parameter tersebut. Dalam
ruang lingkup yang luas ini, manusia diberi kebebasan dan
galakan untuk mengembangkan, memajukan, memantapkan,
mengubah, dan memodenkan kegiatan yang berkaitan dengan
kehidupan duniawi, asalkan tidak bertentangan dengan prinsip
syariah dan doktrin Islam. Mereka juga boleh mentafsirkan
dan menjelaskan prinsip syariah dan doktrin Islam. Perkara
yang dituntut ialah pengislaman setiap aktiviti yang dilakukan
67
dan pengembangan adab, etika, dan nilai Islam dalam aktiviti
tersebut.
Bagi orang Islam, makna yang sebenar bagi sesuatu
perkara hanya dapat diperoleh apabila sesuatu pentafsiran
atau pemahaman diasaskan atau diselaraskan dengan ajaran,
prinsip, dan panduan yang terkandung dalam al-Quran dan
Sunnah Rasulullah, yang merupakan sistem rujukan mutlak.
Berdasarkan sistem tersebut, disiplin rohani, fikiran, perasaan,
dan perbuatan yang membolehkan individu atau masyarakat
mengenali dan meletakkan perkara dalam kehidupan mereka
pada tempat yang sebenar sehingga terbentuknya keamanan,
keadilan, keharmonian, kesejahteraan, dan kebahagiaan
dalam diri, masyarakat, dan negara disebut sebagai adab (Syed
Muhammad Naquib, 1995).
Kata lawan bagi beradab ialah biadab, manakala keadaan
dan tingkat kemajuan dan perkembangan dalam kehidupan
kebendaan dan bukan kebendaan bagi sesuatu bangsa,
masyarakat, atau negara pula disebut sebagai peradaban atau
tamadun. Adab menggambarkan kebijaksanaan dan keadilan,
manakala kebiadaban pula menggambarkan kezaliman,
kebodohan, dan kejahilan. Budaya ketepatan merupakan satu
faktor penting bagi pembentukan peradaban yang tinggi dan
tamadun yang unggul. Dalam konteks ini, perpaduan nasional
sukar untuk dicapai jikalau budaya ketepatan dianggap sebagai
suatu yang remeh. Ini kerana budaya ketepatan adalah satu
faktor penting dalam usaha mencapai kehidupan yang berkualiti
tinggi, dan kualiti kehidupan pula merupakan satu faktor penting
dalam mencapai perpaduan nasional yang berpanjangan.
Perlu dinyatakan bahawa peningkatan pendapatan dianggap
perlu tetapi tidak mencukupi untuk menentukan kemajuan,
kesejahteraan, dan kebahagiaan hidup manusia (Nik Azis,
2007c). Misalnya, tidak ada gunanya pendapatan yang tinggi
jikalau kita tidak mampu meluangkan masa yang berkualiti
untuk bersama-sama dengan keluarga (Najib, 2010) dan
menjalankan ibadat khusus dengan sempurna. Ringkasnya,
68
pendapatan yang tinggi adalah satu faktor penting daripada
banyak faktor yang membentuk kehidupan yang berdaya maju,
sejahtera, dan bahagia.
Sesuatu umat, negara, atau tamadun akan landa oleh
pelbagai masalah yang serius seperti keterbelakangan dan
kemunduran apabila mereka mengalami kehilangan adab,
kekeliruan ilmu, kecelaruan fikiran, dan kelahiran pemimpin
yang tidak layak bagi sesuatu tugas (Syed Muhammad
Naquib, 1995). Dalam situasi seperti ini, budaya ketepatan
turut dipinggirkan. Ringkasnya, budaya ketepatan menjadi
lebih mudah untuk dihayati sekiranya kita memiliki ilmu yang
mendalam tentang perkara yang hendak diamalkan. Tanpa
pengetahuan kontekstual, linguistik, konseptual, prosedur,
strategik, etika, dan rohani yang relevan, kita mungkin
melakukan sesuatu yang betul di dalam satu bahagian budaya
ketepatan semasa kita leka melakukan sesuatu yang salah di
dalam bahagian yang lain.
Tingkah laku kita dalam mengamalkan sesuatu unsur
budaya ketepatan boleh diletakkan atas satu kontinum dalam
mana pada satu hujung ialah amalan yang positif, manakala
pada hujung yang satu lagi pula ialah amalan negatif (lihat
Rajah 10). Penghayatan nilai dan pembudayaan ilmu dapat
membantu kita untuk bergerak daripada kedudukan negatif
kepada kedudukan positif.
Contoh: Janji

Mungkir Janji Menepati Janji
(Amalan Negatif) (Amalan Positif)
Rajah 10. Kedudukan amalan menepati janji di atas satu garis kontinum
Perlu diingatkan bahawa sesuatu cara hidup yang baru
seperti menepati janji, komunikasi berkesan, menepati masa,
menepati timbangan, atau menepati tugas tidak akan menjadi
69
tabiat begitu sahaja sebab mereka bukan amalan murahan.
Kita mestilah sanggup untuk mengorbankan tenaga, sumber,
dan kepakaran dan ia hanya diperoleh melalui usaha yang
gigih, ketabahan, kesabaran, dan ketekunan. Cara yang tidak
berprinsip atau tidak bermoral pula akan menggagalkan usaha
kita.
Seterusnya, kaedah terbaik untuk mempelajari sesuatu
komponen budaya ketepatan bukanlah dengan memikirkan
perkara tersebut secara mendalam semata-mata, tetapi dengan
melakukannya secara berdisiplin. Melalui usaha yang gigih
dan berterusan untuk mengamalkan budaya ketepatan, kita
akan memahami kedudukan kita dalam hal yang melibatkan
amalan ketepatan dan perkara sebenar yang membentuk
diri kita. Zaman menanti nasi disajikan ke lutut dan zaman
bercakap secara retorik semata-mata sudah berlalu. Begitu
juga, tabiat hangat-hangat tahi ayam dan amalan melepaskan
batuk di tangga hendaklah diketepikan. Tabiat baru tentang
sesuatu perkara yang melibatkan prinsip ketepatan hanya dapat
dibentuk jikalau kita memiliki pegangan, pengetahuan, sikap,
dan kemahiran yang baru.
Ringkasnya, untuk memahami sesuatu perkara tentang
budaya ketepatan, tetapi tidak melakukan seperti apa yang
difahami atau tidak berminat untuk melaksanakannya
adalah pada hakikatnya sama dengan tidak memahaminya.
Kepercayaan, pengetahuan, dan perbuatan perlu disepadukan.
Sekiranya kita gagal untuk menyedari konsep kesepaduan ini,
maka kegagalan tersebut akan mengurangkan keupayaan kita
untuk membentuk budaya ketepatan. Oleh itu, jangan jadi
yang disuruh tenggelam, yang menyuruh pun tenggelam.
Kita juga perlu menjauhkan diri daripada tenggelam dalam
alam khayalan, menganggap bahawa kita hidup dalam situasi
yang bersifat utopia atau serba sempurna, dan membiarkan
kehidupan kita didominasi oleh pengaruh sekularisme dan
proses sekularisasi.
70
Inti sari perbincangan di atas ialah pegangan, pemahaman,
dan pelaksanaan budaya ketepatan berkait rapat antara satu
sama lain dalam erti kata mereka saling pengaruh mempengaruhi
dan saling tentu menentukan, dan ketiga-tiga perkara tersebut
perlu dikembangkan secara seimbang, menyeluruh, dan sepadu
antara kehidupan duniawi dengan kehidupan ukhrawi. Budaya
hati (culture of the heart), budaya kepala (culture of the head), dan
budaya tangan (culture of the hand) merupakan tiga komponen
penting bagi budaya ketepatan (precision culture). Setiap kerja
yang dilakukan dalam ketiga-tiga budaya ini perlu mencapai
tahap piawaian yang tinggi sehingga mendapat pengiktirafan
di peringkat antarabangsa. Pembentukan kaedah pengukuran
prestasi yang jelas, telus, dan padu adalah sangat penting bagi
mencapai matlamat ini.
Ancaman Sekularisme
Istilah sekularisme terbentuk daripada gabungan dua perkataan,
iaitu sekular dan isme. Perkataan isme bermaksud faham,
pendirian, atau kepercayaan; manakala perkataan sekular
pula berasal daripada perkataan Inggeris Zaman Pertengahan,
iaitu secular, daripada perkataan Inggeris-Perancis, iaitu seculer,
daripada perkataan Latin Zaman Akhir, iaitu saecularis yang
bermaksud hal duniawi, dan daripada perkataan Latin, iaitu
saeculum yang bermaksud generasi atau zaman. Oleh itu,
daripada asal usul perkataan, sekularisme bermaksud faham
yang bertumpu kepada perkara atau fenomena pada masa kini
di sini, dalam mana masa kini bererti masa sekarang atau
masa hidup, bukan masa akhirat atau masa lepas mati; dan di
sini pula bermaksud di dunia ini, bukan di alam lain. Dengan
kata lain, sekularisme membabitkan persoalan bila (waktu) dan
di mana (lokasi).
Ringkasnya, istilah sekularisme merujuk faham yang
menolak atau memisahkan agama daripada kehidupan dunia
seperti politik, pentadbiran, ekonomi, perniagaan, moral,
dan pendidikan. Faham ini menganggap urusan keagamaan,
71
keimanan, ketakwaan, atau ketuhanan tidak perlu dicampurkan
dengan urusan negara, politik, pentadbiran, ekonomi, dan
pendidikan. Pendukung sekularisme berpendapat bahawa
agama adalah hal peribadi yang tidak ada kaitan dengan hal
awam seperti urusan negara dan urusan pendidikan. Secara
kasar, pendapat ini boleh digambarkan sebagai urusan kaisar
serahkan saja kepada kaisar, dan urusan Tuhan serahkan
kepada Tuhan. Sekularisme melibatkan pembebasan manusia
daripada kawalan agama dan metafizik terhadap pemikiran,
penaakulan, dan bahasa mereka. Melalui pendirian bahawa
kehidupan duniawi tidak ada hubungan dengan kehidupan
beragama, dan nilai keagamaan perlu ditolak daripada
kehidupan sosial, pendukung sekularisme menyempitkan
ruang lingkup agama. Perbuatan menyempit ruang lingkup
agama atau mengamalkan sebahagian ajaran agama, bukan
keseluruhannya dicela dengan keras oleh Allah (surah al-Baqarah
2:85), dan orang yang beriman disuruh untuk menerima dan
mengamalkan ajaran agama secara menyeluruh (surah al-
Baqarah 2:208).
Sekularisme membabitkan beberapa perkara asas: (a)
tempat, iaitu alam nyata, alam kebendaan, atau di dunia ini
sahaja, bukan alam ghaib, alam kerohanian, atau alam akhirat;
(b) waktu, iaitu masa kini, sekarang, atau kehidupan di dunia,
bukan masa akan datang atau kehidupan di akhirat; dan (c)
sumber pertimbangan, iaitu fikiran rasional dan pengalaman
empiris, bukan gabungan ajaran agama, fikiran rasional,
dan pengalaman empiris; (d) nilai, iaitu nilai kebendaan
yang berpusatkan manusia, bukan nilai keagamaan yang
berpusatkan Tuhan; dan (e) orientasi, iaitu keduniaan dan
kebendaan, bukan keagamaan dan kerohanian. Dengan kata
lain, sekularisme merujuk faham atau pendirian yang bertumpu
kepada kehidupan duniawi semata-mata dan menolak nilai
keagamaan dalam kehidupan sosial dan politik. Ia mengubah
perhatian manusia daripada hidup sebelum dan selepas mati
kepada hidup sebelum mati dalam alam kebendaan semata-
mata. Fokusnya adalah kepada urusan duniawi yang bebas
72
daripada ajaran agama, dalam mana nilai keluhuran keagamaan
digantikan dengan nilai kemajuan kebendaan.
Sekularisasi berlaku dalam fikiran manusia dan memberi
kesan yang buruk kepada masyarakat dan negara. Proses
sekularisasi membabitkan perkembangan pembebasan dalam
mana produk akhir ialah relativisme, yakni semua perkara
berubah mengikut masa dan tempat, termasuk sistem nilai
dan standard peribadi atau masyarakat. Menurut Syed
Muhammad Naquib (1978), sekularisasi mengandungi tiga
komponen utama: penyahpesonaan alam (disenchantment of
nature), penyahsucian politik (desacralization of politics), dan
penyahtahbisan nilai (deconsecration of values). Ungkapan
penyahpesonaan alam merujuk proses membebaskan alam
daripada implikasi keagamaan atau mengosongkan alam
daripada makna kerohanian sehingga Tuhan terpisah daripada
alam dan segala kandungannya, termasuk insan. Akibatnya,
manusia mungkin tidak lagi menganggap alam sebagai suatu
yang dicipta oleh Tuhan. Pandangan ini membenarkan dan
memberi kuasa kepada manusia untuk bertindak dengan bebas
terhadap alam mengikut kehendak hawa nafsu masing-masing
dan mengeksploitasikan khazanah alam mengikut rancangan
dan kemahuan diri. Ungkapan penyahsucian politik pula merujuk
proses menghapuskan pengesahtarafan autoriti dan kuasa politik
berdasarkan ajaran agama atau menyingkirkan pengesahan
kekuasaan dan kewibawaan politik dengan berpandukan
sumber agama dan kerohanian. Akibatnya, konsep khalifah
Allah di muka bumi dan konsep pemerintahan, pengawasan,
dan pengawalan manusia oleh autoriti keagamaan disingkirkan
dari arena politik. Khalifah atau wakil Allah ialah seseorang
yang dipertanggungjawabkan oleh Allah untuk mengatur
kehidupan manusia di bumi dengan berpandukan syariah dan
peraturan Allah supaya kehidupan manusia menjadi teratur,
bermanfaat, produktif, konstruktif, dan mempunyai tujuan
murni untuk memperoleh keredaan Allah (surah al-Baqarah
2:30). Akhir sekali, ungkapan penyahtahbisan nilai merujuk proses
mentafsirkan sebarang sistem nilai, termasuk agama, sebagai
73
sistem yang bersifat sementara, berubah-ubah, dan relatif; dan
menyingkirkan nilai keagamaan daripada kehidupan manusia.
Akibat proses sekularisasi, dualisme menjadi ciri
utama bagi paradigma dan sistem nilai dalam kehidupan
sekular. Dualisme berlaku apabila dua perkara dilihat sebagai
bertentangan, terpisah, dan tidak dapat dicantumkan secara
harmoni. Misalnya, urusan agama dipisahkan daripada urusan
dunia, kerohanian dipisahkan daripada kebendaan, wahyu
dipisahkan daripada akal, tradisional dipisahkan daripada
kontemporari, duniawi dipisahkan daripada ukhrawi, dan
perkara peribadi atau persendirian dipisahkan daripada
perkara awam atau sivil. Akibatnya, individu dan masyarakat
sekular membentuk sikap tidak percaya dan tidak peduli kepada
agama (disenchantment and indifference toward religion) dan mereka
berpegang sepenuhnya kepada akal rasional dan pengalaman
empiris dalam menghuraikan segala persoalan hidup sehingga
terbentuk satu keadaan yang disebut sebagai pendewaan
manusia.
Pada hakikatnya, sekularisme adalah satu faham yang
bukan sahaja bertentangan dengan ajaran Islam, bahkan
menentang Islam. Misalnya, ajaran Islam menganjurkan
prinsip akidah, ibadah, akhlak, nilai, dan undang-undang yang
ditetapkan sendiri oleh Tuhan, sedangkan cara hidup yang
dianjurkan oleh sekularisme pula ditetapkan sepenuhnya oleh
fikiran manusia. Sekularisme yang menganjurkan amalan tidak
bersepadu yang menolak ajaran agama boleh menyesatkan
manusia. Misalnya, peminggiran ajaran agama dalam
kehidupan manusia membuat realiti dan kebenaran yang
dibentuk oleh fikiran rasional semata-mata dicirikan dengan
kerelatifan dan ketidakpastian.
Seterusnya, akibat ketidakpercayaan terhadap ajaran
agama dan peminggiran unsur metafizik, segala persepsi dan
konsepsi manusia tentang alam, realiti, kehidupan, pengetahuan,
pembangunan, kemajuan, dan perubahan menjadi sekular
74
dan materialistik. Misalnya, pandangan bahawa perbuatan
manusia dihakimi sekali sahaja semasa hidup di dunia membuat
manusia sekular berusaha mencari keseronokan hawa nafsu dan
kesenangan kebendaan sebanyak mungkin serta membentuk
sikap keterlaluan dalam menikmati kehidupan duniawi. Sikap
dan tingkah laku seperti ini digambarkan sebagai mendewakan
manusia dan memanusiakan Tuhan (man is deified and God is
humanized). Tujuan utama sekularisme ialah supaya agama
tidak campur tangan dalam urusan keduniaan. Untuk mencapai
tujuan ini, sekularisme menganjurkan gagasan pembebasan
alam daripada unsur keagamaan. Segala perkara yang bersifat
transenden atau metafizik diketepikan dan perhatian hanya
diberi kepada perkara yang bersifat keduniaan dan kekinian.
Melalui tindakan seperti ini, sekularisme membuat manusia
menjadi tuhan, bukan menjadi wakil Allah di bumi. Konsep
manusia sebagai tuhan di bumi berbeza dengan konsep
manusia sebagai wakil Allah di bumi. Misalnya, sebagai tuhan
di bumi, manusia mentadbir, mengurus, dan membangunkan
bumi ini mengikut peraturan ciptaan sendiri (rekaan manusia),
sedangkan sebagai wakil Allah di bumi, manusia mentadbir,
mengurus, memakmurkan, dan membangunkan bumi
berdasarkan syariah dan peraturan ciptaan Allah (surah Faatir
35:39; surah Saad 39:26). Tugas sebagai khalifah Allah di bumi
adalah satu amanah (tugas yang diserahkan oleh Allah kepada
manusia untuk dilaksanakan dengan berpandukan prinsip dan
peraturan yang ditetapkan oleh Allah) dan manusia akan disoal
tentang cara mereka memenuhi amanah tersebut pada hari
akhirat, sedangkan idea manusia sebagai tuhan di bumi yang
dimajukan oleh sekularisme adalah bebas daripada sebarang
nilai keagamaan termasuk nilai amanah.
Ringkasnya, pandangan Islam bertentangan dengan
pandangan sekularisme. Menurut Islam, Allah mencipta,
menguasai, dan mengawal seluruh alam; mengetahui semua
perkara yang ada atau berlaku dalam alam ini dan mengatur
setiap kejadian; dan mengutus para rasul dan nabi serta
menurunkan kitab suci (wahyu) bagi membimbing manusia
75
kepada kebaikan, mengeluarkan mereka daripada kegelapan
kekufuran kepada cahaya kebenaran, dan memimpin mereka
untuk mencapai kebahagiaan hidup di dunia dan di akhirat.
Manusia perlu melaksanakan hubungan mencancang dengan
Allah (hablumminallah) dan hubungan mengufuk dengan manusia
(hablumminannas) dengan berpandukan ajaran agama. Kaedah
epistemologi Islam pula menekankan hierarki ilmu dan hierarki
sumber ilmu yang meletakkan wahyu sebagai sumber utama.
Melalui sumber tersebut, manusia dapat mengetahui perkara
yang benar dan pasti. Dari sudut ontologi pula, manusia yang
terbentuk daripada unsur rohani dan jasmani harus menjalani
kehidupan sementara di dunia ini bagi mendapat bekalan untuk
kehidupan di akhirat yang kekal abadi. Oleh itu, perubahan,
pertumbuhan, pembangunan, dan kemajuan merujuk perkara
atau usaha yang dilakukan oleh individu dan masyarakat untuk
kembali kepada ajaran Islam yang sebenar dan juga merujuk
diri insan dan cara untuk seseorang insan kembali kepada sifat
asalnya (fitrah) dan agama Islam. Setiap manusia mempunyai
potensi semula jadi (fitrah) untuk tumbuh dan berkembang
menjadi insan yang baik. Namun begitu, tanpa bimbingan dan
hidayah daripada Allah, manusia akan dihanyutkan oleh arus
hawa nafsu dan bisikan syaitan.
Dalam keadaan hati (al-qalb) yang gelap dan tercemar,
potensi semula jadi atau potensi intelek sukar untuk berkembang
dengan baik. Walaupun manusia bersifat fitrah (mulia dan
bersih), tingkah laku mereka yang gagal mematuhi suruhan
dan larangan Allah akan menyebabkan mereka terkeluar
daripada aturan ketentuan fitrah. Oleh itu, amal soleh adalah
sangat penting. Amal soleh menggambarkan daya intelek yang
dipraktikkan dalam kehidupan seharian dengan berasaskan
cara yang betul dan niat yang ikhlas. Ungkapan keikhlasan niat
merujuk niat yang tulus ikhlas untuk melakukan sesuatu bagi
memperoleh keredaan Allah semata-mata. Dalam konteks ini,
iman (kekuatan akidah) dan ilmu (kekuatan ilmu) merupakan
faktor penentu dalam pelaksanaan amal yang soleh. Ringkasnya,
iman, ilmu, dan amal mempunyai saling hubungan yang sangat
76
rapat. Hubungan ini boleh digambarkan dengan menggunakan
metafora pokok, dalam mana akar pokok itu terbentuk daripada
kekuatan akidah; batang, dahan, dan daun pokok itu terbentuk
daripada kekuatan ilmu; dan buah pokok itu terbentuk daripada
kekuatan amal soleh (lihat surah Ibrahim 14:24-26). Dalam al-
Quran, Allah mendorong manusia untuk mengerjakan amal
soleh atau amal kebajikan dengan sebaik-baiknya:
Sesiapa yang beramal soleh, daripada lelaki atau
perempuan, sedang ia beriman (tetap beriman
hingga akhir hayatnya), maka sesungguhnya
Kami akan menghidupkan dia dengan kehidupan
yang baik (di dunia ini); dan sesungguhnya Kami
akan membalas mereka (di akhirat nanti) dengan
memberikan pahala yang lebih baik daripada apa
yang mereka telah kerjakan (surah An-Nahl 16:97).
Perlu ditekankan bahawa Islam tidak menolak
pembangunan dan kemajuan kebendaan, tetapi menolak
kecenderungan sekularisme untuk menjadikan akal rasional
dan pengalaman empiris semata-mata sebagai kayu pengukur
dalam menentukan betul salah, benar batil, baik buruk, halal
haram, dan maju mundur sesuatu usaha pembangunan. Secara
khusus, kemajuan membabitkan suatu arah yang jelas, pasti,
dan selaras dengan tujuan terakhir yang hendak dicapai dalam
kehidupan ini, bukan arah tuju yang masih kabur dan tujuan
yang selaras dengan perkara yang belum muktamad (Syed
Muhammad Naquib, 1992). Istilah daya maju pula merujuk
tindakan atau perkara yang membolehkan individu atau
masyarakat untuk mencapai matlamat tertentu dalam pelbagai
konteks tindakan atau perkara tersebut dilakukan, yang selaras
dengan tujuan terakhir yang hendak dicapai dalam kehidupan
ini, iaitu pengabdian diri kepada Allah (surah Al-Dhariyaat
51:56). Pada hakikatnya, pengabdian diri kepada Allah hanya
dapat dicapai melalui pematuhan segala suruhan dan larang
Allah. Dalam al-Quran, Allah menjelaskan keadaan orang yang
berjaya memenuhi tuntutan pengabdian diri kepada Allah:
77
Wahai jiwa yang tenang, kembalilah kepada
Tuhan mu dalam keadaan kamu reda dan diredai.
Masuklah kamu dalam pengabdian Ku (kumpulan
hamba Ku yang berbahagia), dan masuklah ke
dalam syurga Ku (surah al-Fajr: 89: 27-30).
(Iaitu) orang yang beriman dan tenang tenteram
hati mereka dengan mengingati Allah. Ketahuilah,
hanya dengan mengintai Allah, hati menjadi
tenteram. Orang yang beriman dan beramal soleh
beroleh kebahagiaan yang amat menggembirakan
dan tempat kembali yang sebaik-baiknya (surah ar-
Rad 13: 28-29).
Menurut Islam, manusia dicipta oleh Allah dengan satu
tujuan, iaitu beribadah kepada Allah. Istilah ibadah mempunyai
pengertian yang amat luas dan menyeluruh, bukan sekadar
pelaksanaan amalan ritual. Misalnya, ibadah membabitkan
perendahan diri, ketundukan, kepatuhan, dan ketaatan kepada
Allah dengan melaksanakan segala suruhan-Nya dan menjauhi
segala larangan-Nya melalui hati, jiwa, akal, lisan, dan
perbuatan. Rasa takut, mengharap, cinta, syukur, dan tawakal
adalah contoh ibadah hati dan jiwa; fikir, refleksi, penaakulan,
analisis, sintesis, perbandingan, penilaian, dan abstraksi yang
selaras dengan ajaran Islam adalah contoh ibadah akal; tasbih,
tahlil, memberi syarahan, memberi salam, dan memberi ucapan
yang selaras dengan ajaran Islam adalah contoh ibadah lisan;
dan solat, zakat, haji, dan memberi bantuan adalah contoh
ibadah perbuatan.
Dengan kata lain, konsep ibadah meliputi segala usaha
yang dilakukan oleh manusia untuk mencapai kebahagiaan
hidup di dunia dan di akhirat. Ini termasuklah usaha untuk
memakmurkan bumi, membangunkan keluarga, memperteguh
akhlak, menghasilkan karya, dan membudayakan amalan
ketepatan. Dalam melaksanakan usaha ini, kata-kata Sayidina
Ali wajar diberi perhatian, Kebenaran yang tidak bersistem
78
boleh dikalahkan oleh kepalsuan yang bersistem. Dengan
kata lain, kebenaran adalah satu daripada dua perkara penting
bagi mencapai kejayaan, manakala perkara yang satu lagi ialah
berdisiplin, bersistem, beradab, dan kemas dalam menjalankan
setiap tugas. Membuat kerja secara sembarangan, asal jadi,
asal ada, asal buat kerja, atau lepas batuk di tangga
adalah contoh kerja yang kurang berdisiplin.
Sebagai kesimpulan, sekularisme bukan satu faham yang
bersifat neutral terhadap ajaran agama dan ancaman sekularisme
tidak boleh dipandang remeh. Konsepsi sekularisme tentang
manusia, kemajuan, pembangunan, dan kesejahteraan boleh
menyesatkan dan merosakkan kehidupan insan. Penyingkiran
agama daripada politik bererti mengetepikan nilai keagamaan,
membuang unsur keimanan dan ketakwaan, menolak unsur
kebaikan, dan membiarkan pembangunan dikawal oleh akal dan
hawa nafsu semata-mata. Tanpa bimbingan agama, kehidupan
manusia akan dilanda oleh arus kerelatifan, prasangka, dan
ketidakpastian. Baik buruk, halal haram, dan benar batil menjadi
perkara relatif dan subjektif yang bergantung sepenuhnya pada
keinginan individu dan cita rasa masyarakat.
Program Transformasi
Bagi memastikan setiap kerja berorientasikan keberhasilan
dan prestasi yang tinggi, idea petunjuk prestasi utama (KPI),
bidang keberhasilan utama (KRA), bidang keberhasilan utama
menteri (MKRA), dan bidang keberhasilan utama negara
(NKRA) telah dilaksanakan oleh kerajaan. Misalnya, KPI
bertumpu kepada impak, bukannya input; hasil dan bukannya
output; dan memastikan sesuatu usaha memberi nilai untuk
wang. Enam NKRA jangka pendek yang telah dikenal
pasti ialah mengurangkan jenayah, membanteras rasuah,
mempertingkatkan pencapaian pendidikan, meningkatkan taraf
hidup isi rumah berpendapatan rendah, mempertingkatkan
infrastruktur asas luar bandar, dan memperbaiki pengangkutan
awam bandar.
79
Dari sudut budaya ketepatan, enam bidang NKRA
bertumpu kepada beberapa amalan ketepatan seperti bidang
mengurangkan jenayah dan membanteras rasuah bertumpu
kepada amalan menepati adab, akhlak, dan kehidupan
berkualiti; bidang mempertingkatkan pencapaian pendidikan
bertumpu kepada amalan menepati kepercayaan, pengetahuan,
dan kehidupan berkualiti; bidang mempertingkatkan taraf
isi rumah berpendapatan rendah bertumpu kepada amalan
menepati kehidupan berkualiti; dan bidang mempertingkatkan
infrastruktur asas luar bandar dan memperbaiki pengangkutan
awam bandar bertumpu kepada amalan menepati masa,
komunikasi, dan kehidupan berkualiti (lihat Rajah 11).
Bidang NKRA Amalan Ketepatan
Mengurangkan jenayah Menepati adab, akhlak, kehidupan
berkualiti
Membanteras rasuah Menepati adab, akhlak, kehidupan
berkualiti
Mempertingkatkan pencapaian
pendidikan
Menepati pengetahuan,
kepercayaan, kehidupan berkualiti
Mempertingkatkan taraf hidup
isi rumah berpendapatan rendah
Menepati kehidupan berkualiti
Mempertingkatkan infrastruktur
asas luar bandar
Menepati masa, komunikasi,
kehidupan berkualiti
Memperbaiki pengangkutan
awam awam bandar
Menepati masa, komunikasi,
kehidupan berkualiti
Rajah 11. Hubungan antara bidang NKRA dan amalan budaya ketepatan
Bagi menghadapi cabaran yang menghalang pencapaian
Wawasan 2020, pelan hala tuju Program Transformasi Kerajaan
(GTP) yang berdasar kepada prinsip 1Malaysia, Rakyat Didahulukan,
Pencapaian Diutamakan telah dilancarkan. GTP mempunyai dua
80
matlamat utama, iaitu untuk merubah kerajaan ke arah yang
lebih berkesan, responsif, akauntabiliti, dan telus; dan untuk
melonjakkan semua peringkat masyarakat ke tahap yang lebih
maju, bersatu padu, selamat, dan adil dengan kualiti kehidupan
yang lebih tinggi (Jabatan Perdana Menteri, 2010). Melalui
GTP, kerajaan komited untuk meningkatkan kualiti khidmat
awam dalam usaha memberikan perkhidmatan terbaik kepada
rakyat. Satu persepsi yang hendak dikembangkan ialah kerajaan
bukan sekadar membuat omongan dan janji-janji kosong, tetapi
mengotai apa yang dijanjikan, menjuarai kebajikan, dan tidak
akan berhenti melakukan pembaharuan selagi rakyat tidak
mengalami dan menikmatinya sendiri (Najib, 2010).
Prinsip 1Malaysia yang mendasari GTP bertumpu
kepada konsep keadilan untuk semua kaum, dengan hak
yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan akan
tetap dilaksanakan, manakala prinsip Rakyat Didahulukan pula
bermaksud tumpuan akan diberikan kepada bidang yang
sangat diperlukan oleh rakyat. Seterusnya, prinsip Pencapaian
Diutamakan bermaksud bertumpu akan diberi kepada ketelusan
dan kebertanggungjawaban kerajaan bagi menyampaikan hasil
pembangunan negara dan kehidupan berkualiti kepada rakyat
dengan cepat. Perkara yang paling penting ialah keberhasilan
dapat dinikmati oleh semua rakyat. Selaras dengan prinsip
ini, kerajaan akan melakukan perubahan, pembaharuan,
dan pembangunan yang penting demi mendatangkan hasil
yang pantas, banyak, besar, dan bermanfaat kepada rakyat.
Contoh usaha pembaharuan ialah menggalakkan penyertaan
rakyat dengan mendapatkan input mereka sebelum membuat
keputusan; meningkatkan produktiviti sebanyak yang mungkin
daripada sumber sedia ada, sebelum membuat permintaan
sumber tambahan, dengan mengurangkan ketirisan;
mengoptimumkan taraf perkhidmatan serta menggunakan
pendekatan inovatif telah dicadangkan bagi mempertingkatkan
kebolehan kerajaan dalam menyampaikan sasaran jangka
pendek dan jangka panjang; menetapkan aspirasi tinggi dan
teguh, bersesuaian dengan taraf antarabangsa; dan memantau
81
dan menguruskan penyampaian keberhasilan yang benar-benar
membawa perubahan, bukan setakat input dan output semata-
mata (Jabatan Perdana Menteri, 2010).
Program Transformasi Kerajaan yang terbahagi kepada
tiga fasa, iaitu Fasa 1 (2010-2012), Fasa 2 (2012-2015), dan Fasa
3 (2015-2020), telah memperincikan objektif, keberhasilan, dan
himpunan tindakan permulaan dalam NKRA dan MKRA.
Seiring dengan GTP, Model Ekonomi Baru dan Rancangan
Malaysia ke-10 (2011-2015) turut dilancarkan (Jabatan Perdana
Menteri, 2010). Satu metafora telah dikemukakan untuk
menggambarkan hubungan antara perkara yang dibincangkan,
dalam mana aspirasi negara seperti yang dinyatakan oleh
Wawasan 2020, iaitu sebuah negara maju mengikut acuan sendiri
boleh diibaratkan sebagai sebuah rumah yang didiami oleh
rakyat berbilang kaum, bahasa, dan agama; Gagasan 1Malaysia,
Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan adalah bumbung bagi
semua rakyat Malaysia untuk berteduh; Program Transformasi
Kerajaan adalah tiang asas yang pertama bagi rumah tersebut;
Model Ekonomi Baru pula adalah tiang asas yang kedua; dan
Rancangan Malaysia Kesepuluh dan Kesebelas adalah lantai
bagi rumah itu (Najib, 2010).
Dalam bidang pencapaian pendidikan, walaupun
Malaysia memaparkan kejayaan yang membanggakan dalam
sistem pendidikannya dalam tempoh 50 tahun yang lalu, tetapi
keberhasilan pendidikan Malaysia masa kini masih ketinggalan
berbanding dengan negara seperti Taiwan, Korea Selatan,
Singapura, Hong Kong, Jepun, Hungary, England, dan
Australia (Mullis, Martin, & Foy, 2008). Yang membimbangkan,
dapatan kajian Trends in International Mathematics and Science Study
2007 atau ringkasnya TIMSS 2007 menunjukkan bahawa skor
purata pencapaian murid Tingkatan Dua di Malaysia telah
menurun secara signifikan berbanding dengan skor purata
pencapaian murid Tingkatan Dua di Malaysia dalam kajian
TIMSS 1999 dan 2003. Secara khusus, skor purata pencapaian
murid Tingkatan Dua di Malaysia menurun 34 mata untuk
82
mata pelajaran matematik dan 40 mata untuk mata pelajaran
sains bagi tahun 2007 berbanding dengan skor purata
pencapaian bagi tahun 2003. Satu perkara yang jelas ialah
jurang perbezaan keberhasilan antara murid-murid di Malaysia
terus meluas, misalnya, kira-kira 20% daripada mereka gagal
untuk mencapai penanda aras minimum TIMSS bagi mata
pelajaran matematik dan sains pada tahun 2007, berbanding
hanya 5% hingga 7% sahaja pada tahun 2003. Penurunan
skor purata pada tahun 2007 adalah signifikan dan terbesar
dalam kalangan 59 buah negara yang mengambil bahagian
dalam kajian pencapaian matematik dan sains antarabangsa
bagi murid Gred 8 atau Tingkatan Dua. Keputusan dalam
Programme for International Students Assessment (PISA) 2009 juga
tidak memberangsangkan sebab kedudukan Malaysia adalah
dalam kelompok sepertiga terbawah dalam kalangan 74 negara
peserta. Secara khusus, hampir 60% murid berumur 15 tahun
yang menyertai PISA gagal untuk mencapai tahap kemahiran
minimum dalam Matematik, manakala dalam Bacaan pula
ialah 44%, dan dalam Sains ialah 43%.
TIMSS merupakan pentaksiran antarabangsa berasaskan
kurikulum sekolah bagi mata pelajaran Matematik dan Sains di
seluruh dunia. Pentaksiran tersebut mengukur prestasi murid
Tahun Empat dan Tingkatan Dua dalam aspek pengetahuan
kandungan dan proses pemikiran. PISA pula diselaraskan oleh
OECD (Organizations for Economic Co-operation and Development)
dan bertumpu kepada keupayaan murid berumur 15 tahun
untuk mengaplikasikan pengetahuan dalam kehidupan sebenar.
Kegagalan sebahagian murid Malaysia untuk mencapai
tahap kemahiran minimum dalam kedua-dua pentaksiran
antarabangsa memerlukan perhatian yang serius, sebab kualiti
pendidikan mempengaruhi mutu tenaga kerja yang dihasilkan.
Dalam konteks ini, pengembangan nilai dalam pendidikan
matematik merupakan satu faktor penting bagi meningkatkan
pencapaian pendidikan. Antara lain, untuk menangani masalah
seperti yang dinyatakan, Laporan Awal Pelan Pembangunan
Pendidikan Malaysia 2013-2025 telah dilancarkan pada
83
September 2012. Dalam pelan tersebut, Kementerian Pelajaran
Malaysia telah mengenal pasti 11 anjakan yang dianggap
perlu bagi menghasilkan perubahan yang dihasratkan oleh
rakyat Malaysia. Satu daripada anjakan tersebut, iaitu Anjakan
3 bertumpu kepada usaha untuk melahirkan rakyat Malaysia
yang menghayati nilai. Satu pendekatan yang dicadangkan bagi
mencapai hasrat ini ialah pengukuhan Kurikulum Pendidikan
Islam dan Pendidikan Moral serta elemen Sivik. Sayangnya,
satu kaedah penting bagi pengembangan nilai, tetapi mungkin
terlepas pandangan oleh Laporan Awal Pelan Pembangunan
Pendidikan ialah pengembangan nilai melalui setiap mata
pelajaran sekolah (selain daripada dua mata pelajaran yang
dinyatakan). Misalnya, mata pelajaran Matematik dan
Sains merupakan dua konteks atau seting yang penting bagi
pengembangan nilai. Nilai yang boleh dikembangkan dalam
bilik darjah matematik/sains termasuklah nilai pendidikan
umum yang bertumpu kepada pembentukan akhlak yang
mulia, nilai pendidikan matematik/sains yang bertumpu kepada
pembentukan pengajaran dan pembelajaran matematik/sains
yang cemerlang, dan nilai matematik/sains yang bertumpu
kepada pembentukan ilmu pengetahuan matematik/sains yang
cemerlang (Nik Azis, 2009).
Kita mahu semua anak kita mempunyai peluang untuk
mengembangkan potensi fizikal, emosi, sosial, intelek, dan
rohani, termasuk potensi matematik dan sains, ke tahap yang
optimum. Melalui proses pengembangan nilai yang bersepadu,
pendidikan matematik bukan sekadar dapat membantu
pembinaan kekuatan fikiran, tetapi turut memberi sumbangan
kepada pembinaan kekuatan fizikal, emosi, sosial, dan rohani.
Untuk membentuk sebuah negara maju berpendapatan
tinggi, setiap rakyat Malaysia perlu memanfaatkan segala
ilmu pengetahuan serta daya inovasi dan kreativiti yang ada,
termasuk kekuatan matematik, bagi menghadapi cabaran abad
ke-21. Sebaik-baiknya, setiap saat, sen, dan kalori yang kita
guna adalah untuk mencapai kebahagiaan hidup di dunia dan
di akhirat.
84
AMALAN KHUSUS
Budaya ketepatan mengandungi pelbagai amalan merentasi
kehidupan manusia seperti menepati adab, akhlak, belanjawan,
janji, kepercayaan agama, komunikasi berkesan, masa,
matlamat, moral, norma, pengetahuan, piawaian, sasaran,
timbangan, tugas, dan ukuran. Berikut adalah huraian ringkas
tentang tujuh amalan tersebut.
Menepati Masa
Dalam usaha mencapai kemajuan yang lebih tinggi bagi rakyat
dan negara, menepati masa adalah satu amalan yang perlu
dimiliki, dikembangkan, dan dibiasakan oleh setiap individu.
Amalan ini menggambarkan bahawa seseorang individu
menghargai masa. Penggunaan masa secara maksimum
memerlukan pengurusan yang cekap dan disiplin diri yang
tinggi. Matlamat utama pengurusan masa adalah untuk
melakukan lebih banyak perkara yang diingini dalam sesuatu
masa, di samping perkara yang harus dilakukan. Secara khusus,
pengurusan masa merujuk kawalan secara sedar dan sistematik
terhadap jumlah masa yang digunakan dalam menjalankan kerja
bagi memaksimumkan kecekapan peribadi, iaitu kebolehan
untuk membuat, mendapat, mencapai, dan menyiapkan lebih
banyak kerja dalam masa yang ditetapkan. Sebagai tambahan,
kita juga perlu berusaha untuk mengurangkan apa saja yang
boleh menghalang kita daripada membuat lebih banyak kerja
dengan lebih pantas. Ringkasnya, pengurusan masa boleh
dianggap sebagai seni pengurusan kendiri, dalam mana kita
berusaha untuk memaksimumkan penggunaan masa bagi
menjalankan aktiviti yang bermanfaat.
Masa adalah satu komoditi yang terhad, tidak boleh
disimpan seperti arang batu, dan tidak akan kembali lagi
apabila ia telah berlalu. Kita hanya mempunyai jumlah masa
yang tertentu, iaitu 24 jam, 1,440 minit, atau 86,400 saat dalam
sehari untuk menjalani kehidupan yang bermakna. Begitu juga,
85
kita semua mempunyai 168 jam dalam setiap minggu, tidak lebih
dan tidak kurang. Setiap detik yang kita guna untuk melakukan
aktiviti yang sia-sia dianggap sebagai satu pembaziran dan ia
merupakan satu detik yang ditolak daripada jumlah masa yang
diperuntukkan kepada kita.
Oleh itu, berlalunya masa tanpa aktiviti yang bermanfaat
adalah satu kerugian. Kita tidak boleh mengatakan bahawa
kita tidak mempunyai cukup masa. Kita diberikan jumlah
jam yang sama setiap hari seperti yang diberikan kepada nabi
Muhammad, Sayidina Abu Bakr, Saidatina Khadijah, dan
Saidatina Aisyah. Kejayaan seseorang tidak berkait dengan
pemilikan lebih banyak atau lebih sedikit masa daripada orang
lain. Sebaliknya, kejayaan dalam kehidupan peribadi dan
profesional adalah hasil daripada cara kita menggunakan masa
yang ada pada kita. Kejayaan tersebut berkait rapat dengan
kecekapan kita untuk menguruskan dan menggunakan masa
dengan berkesan. Kita tidak sepatutnya melambatkan perkara
yang boleh diselesaikan dalam saat ini ke saat, minit, jam,
hari, minggu, bulan, atau tahun yang berikutnya. Kesegeraan
melaksanakan kerja dan kepantasan membuat keputusan perlu
diamalkan oleh setiap orang. Prinsip kepantasan berfikir dan
bertindak boleh dikembangkan melalui perubahan aliran
pemikiran dan kaedah bekerja yang memberi keutamaan
kepada kreativiti, inovasi, dan pembaharuan. Dalam beberapa
kes, kita perlu berfikir di luar kotak dan menyelesaikan masalah
secara kreatif, inovatif, dan konstruktif di luar kelaziman bagi
menunaikan amanah dan tanggungjawab kita.
Pada hakikatnya, pengurusan masa bukanlah mengenai
aktiviti menguruskan masa secara konkrit, fizikal, atau literal,
tetapi mengenai penentuan, perancangan, dan pengurusan
prioriti bagi aktiviti harian dan penggunaan masa dalam
kehidupan berdasarkan prioriti tersebut. Kita tidak boleh
menguruskan masa, tetapi menguruskan peristiwa dan aktiviti
kehidupan kita dalam hubungannya dengan masa. Dengan
kata lain, pengurusan masa melibatkan proses bertanya secara
86
berterusan tentang apakah perkara yang lebih penting dalam
kehidupan, dan menyusun prioriti untuk mencerminkan
setiap pilihan. Ia membabitkan pengembangan proses dan
penggunaan alat tertentu bagi meningkatkan keefisienan dan
produktiviti. Dalam pengurusan masa, kita meneroka kaedah
terbaik untuk mencapai sesuatu matlamat dan mengoptimumkan
penggunaan masa bagi merealisasikan prinsip nilai untuk wang
(value for money).
Pada asasnya, cara kita menggunakan masa banyak
bergantung pada kecekapan dan kebijaksanaan yang kita
peroleh melalui penganalisisan, perancangan, penilaian,
pengawasan, dan kawalan kendiri. Dalam konteks pengurusan
masa, kepantasan dan produktiviti adalah dua perkara yang
berbeza. Adalah tidak berfaedah untuk bekerja dengan pantas
jikalau kerja tersebut gagal untuk mencapai sasaran yang
diinginkan. Perkara yang diperlukan ialah bekerja dengan
pantas, efisien, dan produktif. Masa, walaupun jauh berbeza
daripada emas, titanium, atau wang, tetapi mempunyai satu ciri
yang sama, iaitu ia merupakan komoditi yang sangat berharga.
Oleh itu, masa perlu dijaga dengan rapi dan digunakan dengan
berhemah. Kita perlu belajar menguruskan masa mengikut jam
biologi kita dengan menjadualkan tugas utama mengikut masa
puncak, iaitu waktu dalam mana tenaga dan daya penumpuan
kita berada pada tahap yang paling tinggi.
Pengurusan masa melibatkan analisis terhadap cara kita
menggunakan masa dan menentukan prioriti bagi kerja yang
berbeza. Sebagai satu langkah dalam usaha menepati masa,
kita harus bertanya: Apakah nilai yang mencirikan orang yang
kita ingin jadi? Berdasarkan hierarki nilai, apakah perkara yang
paling penting atau berharga bagi kita? Darjah nilai yang kita
beri kepada masa akan mempengaruhi dan mendorong pilihan
dan tindakan kita. Misalnya, jikalau kita menganggap masa
sebagai satu komoditi yang sangat berharga, maka kita akan
bertindak dengan berhati-hati untuk mengelakkan pembaziran
masa.
87
Sebagai satu renungan, sepanjang 70 tahun kita
menjalani kehidupan di kawasan metropolitan, kita mungkin
menggunakan masa 5 bulan mencari benda yang kita salah
letak, 6 bulan menanti lampu isyarat bertukar kepada warna
hijau, 7 bulan membuka mel dan e-mel remeh, 2 tahun
menjawab telefon dan khidmat pesanan ringkas (SMS), 2 tahun
menanti perkara tertentu dan terlekat dalam kesesakan lalu
lintas, 2 tahun bergosip dan berbual kosong, 3 tahun memandu
kereta, 3.5 tahun mendengar muzik dan menonton televisyen,
6 tahun mengambil makanan dan minuman, 7 tahun berada
dalam bilik air, dan 23 tahun berada di tempat tidur. Oleh
itu, 50 tahun daripada umur kita digunakan untuk aktiviti ini.
Dalam Al-Quran, Allah menjelaskan bahawa semua manusia
berada dalam kerugian apabila mereka tidak menggunakan
masa hidup mereka dengan sebaik-baiknya, yakni dengan
mengisi umur mereka dengan perbuatan yang baik.
Demi masa. Sesungguhnya manusia itu dalam
kerugian; kecuali orang-orang yang beriman dan
beramal soleh, dan mereka pula berpesan-pesan
dengan kebenaran serta berpesan-pesan dengan
kesabaran (surah al-Asr 103:1-3).
Berhubung dengan masa, aktiviti manusia boleh
dikelaskan kepada empat jenis, iaitu aktiviti yang penting dan
perlu disegerakan; aktiviti yang penting, tetapi tidak perlu
disegerakan; aktiviti yang tidak penting, tetapi perlu disegerakan;
dan aktiviti yang tidak penting dan tidak perlu disegerakan
(Covey, Merrill, & Merrill, 1994). Dalam menjalani kehidupan,
kita sepatutnya mendahulukan aktiviti yang penting dan segera
berbanding dengan aktiviti yang tidak penting dan tidak segera
(lihat Rajah 12). Tindakan sebaliknya boleh dianggap sebagai
satu penipuan kendiri. Selalunya, semakin penting sesuatu
perkara, maka ia semakin kurang diperlukan dengan segera,
sebaliknya semakin segera sesuatu perkara diperlukan, maka ia
semakin kurang penting.
88
Kita perlu membezakan aktiviti yang perlu disegerakan
seperti krisis, masalah terdesak, dan projek yang didorong oleh
tarikh akhir dengan aktiviti yang penting seperti pencegahan,
pembinaan rangkaian hubungan dan perkongsian bijak,
dan pengembangan nilai. Bukan semua aktiviti yang perlu
disegerakan adalah aktiviti penting. Kita tidak boleh membiarkan
aktiviti segera mendominasi kehidupan kita. Sepatutnya kita
mengurangkan masa untuk aktiviti yang tidak penting supaya
kita dapat menambahkan masa untuk aktiviti penting tetapi
tidak perlu dilakukan dengan segera.
1
Segera dan
penting
(buat sekarang)
2
Penting tetapi
tidak segera
(tentukan bila
hendak buat)
4
Segera tetapi
tidak penting
(menugaskan kerja
dan kuasa
3
Tidak penting,
tidak segera
(mengetepikan)
Rendah
PENTING
Rendah Tinggi
SEGERA
Rajah 12. Empat kategori aktiviti manusia menurut Covey, Merrill, dan Merill
(1994)
Sesuatu himpunan aktiviti yang kita lakukan boleh
disusun semula untuk memberi prioriti kepada aktiviti yang
sangat penting. Pelbagai teknik boleh digunakan untuk
menjalankan sesuatu kerja dengan pantas dan berkesan
(lihat Rajah 13). Ini termasuklah perancangan temu janji
yang canggih, jadual perancangan masa kerja, penentuan
matlamat dengan jelas, penentuan prioriti, pembinaan senarai
perkara yang mesti dibuat, penugasan kerja dan pembentukan
pasukan pembantu yang cekap, pengutamaan perkara penting,
89
penggunaan buku log, penguasaan kecekapan menguruskan
maklumat, penguasaan kemahiran berkomunikasi secara lisan
dan bertulis, berhenti berlengah-lengah, penggunaan teknologi
digital, dan penggunaan alat perancangan peribadi seperti
Pembantu Digital Peribadi (Personal Digital Assistant), diari poket,
kalender, program komputer, carta dinding, buku catatan, dan
kad indeks.
Pada asasnya, menepati masa terhasil daripada ketinggian
peribadi, rasa hormat kepada orang lain, dan kecekapan yang
tinggi dalam pengurusan masa. Misalnya, jikalau kita lewat
tiba untuk temu janji sebab kita tidak merancang penggunaan
masa, maka kita sebenarnya tidak ada maruah diri dan tidak
menghormati orang lain. Kelemahan dalam pengurusan masa
boleh mengakibatkan keletihan, kepenatan, kelesuan otot,
kemuraman, angin tidak baik, perangai tidak menentu, tindakan
secara reaktif, perasaan bahawa orang lain mengawal masa kita,
dan lebih kerap jatuh sakit. Dalam bidang perniagaan, banyak
proses mempunyai sekatan yang berkaitan dengan masa,
termasuk tempoh pelaksanaan aktiviti dan sub proses yang
terbatas dan tarikh akhir yang mutlak bagi menyiapkan sesuatu
aktiviti dan sub proses. Oleh itu, keputusan pantas perlu dibuat
terutamanya yang melibatkan sebut harga, pembayaran kerja,
kontrak, tender, pemberian lesen, dan kelulusan urus niaga.
Penugasan Kerja
KETEPATAN
MASA
Penggunaan Alat Teknologi
Perancangan Temu janji
Penentuan Prioriti
Kemahiran Berkomunikasi
Jadual Perancangan Masa Kerja
Penetapan Matlamat
Utamakan Perkara Penting
Rajah 13. Beberapa cara untuk mempertingkatkan amalan menepati masa
90
Sesungguhnya, setiap ringgit dan sen yang kita guna
hendaklah mendapat pulangan nilai paling maksimum, baik
nilai kerohanian mahupun nilai kebendaan. Kita perlu sentiasa
menyoal cara kita berfikir dan bertindak, Adakah terdapat
cara atau kaedah yang lebih baik untuk mendapat pulangan
optimum bagi sesuatu sumber yang kita gunakan? Penjimatan
atau penggunaan berhemat perlu dijadikan sebagai fokus
dalam melaksanakan sesuatu kerja. Kita perlu sentiasa mencari
kaedah pelaksanaan yang berkesan dalam mana dengan jumlah
kos yang sama kita berupaya untuk mendapatkan kualiti yang
lebih baik daripada sebelumnya. Dalam konteks ini, kita perlu
menjauhi amalan, belum bergigi, sudah hendak menggigit
dan belum beranak sudah ditimang, belum duduk sudah
berlunjur. Orang yang bersenang-senang sebelum tercapai
sesuatu matlamat merupakan contoh orang yang tidak menepati
masa dan tidak menepati tugas.
Biasanya, pelanggaran masa meningkatkan kos bagi
proses peniagaan sebab mereka membawa kepada beberapa
bentuk pengendalian luar biasa. Oleh itu, sesuatu sistem
pengurusan masa dan aliran kerja sepatutnya membekalkan
maklumat penting tentang aktiviti atau proses yang perlu
dilakukan, tempoh bagi melakukan perkara tersebut, dan
kekangan masa. Pada asasnya, keberkesanan pengurusan masa
bergantung pada ciri aliran kerja, kehalusan penjelasan yang
dibuat tentang aliran kerja, dan kewujudan punca luaran bagi
peristiwa relevan yang berkaitan dengan masa. Satu strategi
bagi membantu ahli perniagaan menghubungkan tindakan
hari ini dengan matlamat hari esok ialah pembinaan kad skor
yang seimbang.
Ringkasnya, pengurusan dan peruntukan masa yang
lemah boleh meningkatkan tekanan kerja, merosakkan prestasi,
dan mengurangkan kepuasan kerja. Dari satu segi, pengurusan
masa dengan berkesan boleh mengurangkan tekanan kerja,
yang boleh membuat pekerja menjadi lebih sihat, efisien, dan
berpuas hati; yang akhirnya boleh membuat organisasi menjadi
91
lebih berkesan (Schuler, 1979). Dari segi yang lain pula, tingkah
laku pengurusan masa mungkin tidak berkait secara langsung
dengan hasil kerja, tetapi mempengaruhi persepsi pekerja
tentang kawalannya terhadap masa (Macan, 1994). Misalnya,
tingkah laku pengurusan masa boleh membantu pekerja
untuk membentuk persepsi bahawa dia mempunyai kawalan
terhadap masa dan persepsi inilah yang mempengaruhi hasil
kerja. Dengan kata lain, tingkah laku pengurusan masa itu
sendiri mungkin tidak mempengaruhi hasil kerja seseorang
pekerja secara langsung, tetapi mempengaruhi persepsi pekerja
tersebut tentang kawalannya terhadap masa, dan persepsi inilah
yang mempengaruhi hasil kerja secara langsung.
Sebagai tambahan, apabila organisasi perniagaan di
seluruh dunia mula membuat transformasi yang menyeluruh
bagi meningkatkan daya saing dengan berasaskan maklumat,
kecekapan mereka untuk memanfaatkan aset bukan benda
(intangible asset) menjadi lebih penting daripada kecekapan
mereka untuk melabur dan mengurus aset fizikal dan kebendaan
(Kaplan & Norton, 1996). Dengan kata lain, kehadiran era
teknologi maklumat dan komunikasi membuka lembaran dan
dimensi baru dalam budaya pengurusan dan ketepatan masa.
Dalam era globalisasi, maklumat, teknologi digital, dan
komunikasi menjadi semakin cepat dan banyak keputusan
perlu dibuat dengan pantas. Oleh itu, perbuatan melengah-
lengahkan keputusan akan menyebabkan kehilangan peluang
yang berharga. Pengurusan masa dengan berkesan boleh
membantu kita untuk meningkatkan kawalan terhadap aktiviti
harian, produktiviti kerja, keseimbangan antara kerja dan
riadah, dan amalan proaktif dalam mencegah atau mengatasi
masalah. Namun begitu, perancangan waktu tanpa komitmen
dan disiplin untuk pelaksanaan tidak banyak memberi manfaat.
Tanpa kekuatan untuk pelaksanaan, perancangan waktu
menjadi perkara yang kosong. Perancangan bagi menepati masa
tidak mempunyai nilai yang tinggi sehingga perancangan itu,
melalui penggunaan dan pelaksanaan yang berkesan, menjadi
92
sebahagian tabiat hidup kita. Ringkasnya, pelaksanaan adalah
jambatan yang menyambungkan aspirasi dengan hasil.
Dalam konteks menepati masa, terdapat amalan yang
positif dan negatif. Contoh amalan positif ialah menyediakan
jadual perancangan kerja yang jelas, menetapkan tarikh yang
khusus bagi menyiapkan kerja, menentukan prioriti dan
menyegerakan tugas, dan menguasai kecekapan teknikal serta
membentuk pengetahuan konseptual yang diperlukan untuk
menyempurnakan sesuatu tugas. Amalan yang negatif pula
termasuklah tidak peka kepada pembaziran masa, suka berbual
kosong, tidak menyediakan senarai kerja mengikut prioriti,
bermesyuarat tanpa agenda yang jelas, takut menggunakan
teknologi digital, dan suka melayani perkara remeh.
Tiga kategori utama bagi pembaziran masa ialah
berlengah-lengah, tidak dapat membuat keputusan dengan
pantas, dan melencong daripada tugas yang diberikan,
manakala tiga kategori utama bagi penggunaan masa
secara berhemah pula ialah menentukan prioriti bagi tugas,
menyediakan jadual kerja yang jelas, dan menugaskan kerja
dan kuasa dengan bijaksana. Ungkapan berlengah-lengah
(procrastination) bermaksud menunda atau menangguhkan kerja
yang sepatutnya dilakukan sekarang. Satu cara untuk mengatasi
perbuatan melengah-lengahkan kerja ialah kita perlu mengenal
pasti sebab atau punca perbuatan tersebut dan berusaha untuk
mengatasinya dengan penuh komitmen.
Punca tipikal bagi perbuatan melengah-lengahkan kerja
termasuklah menanti mod yang sesuai, menanti masa yang
sesuai, tidak mempunyai matlamat yang jelas tentang kerja,
menganggar kurang kesukaran untuk melaksanakan kerja,
menganggar kurang masa yang diperlukan untuk menyiapkan
kerja, tidak jelas tentang piawai atau petunjuk prestasi
utama (KPI) bagi hasil kerja, merasa orang lain mempunyai
tanggungjawab utama terhadap kerja, dan kerja tidak
mempunyai spesifikasi yang jelas. Dalam menjalankan kerja,
93
kita seharusnya selalu mengingati petua orang tua-tua, kerja
bertangguh tak menjadi, kerja beransur tak bertahan.
Pada asasnya, prinsip menepati masa mengimplikasikan
bahawa kita jangan membuang masa tak tentu fasal sebab kita
akan hilang peluang keemasan, dan sepatutnya peluang itu diisi
dengan pembentukan tabiat tepat pada masa. Ingatlah kata
orang tua-tua, masa lagi rebunglah hendak di lentur, jangan
nantikan sampai menjadi aur dan masa kecil teranja-anja,
sudah besar terbawa-bawa, lalu tua berubah tidak.
Menepati Kepercayaan Agama
Istilah kepercayaan merujuk keyakinan, kepastian, pengakuan,
dan penerimaan sebagai benar sesuatu perkara, manakala
ungkapan menepati kepercayaan agama pula bermaksud melakukan
amalan dan tindakan yang betul-betul berasaskan kepercayaan
atau pegangan agama yang kukuh. Untuk menjadi insan yang
baik, seseorang individu perlu memahami pegangan agamanya,
membuat pengakuan tentang pegangan tersebut secara lisan,
membenarkannya di dalam hati, dan menterjemahkannya
dalam tindakan dan amalan harian. Kepercayaan tersebut
tidak hanya tersemat dalam kalbu, fikiran, dan jiwa, tetapi
disertakan dengan ketaatan dan kepatuhan terhadap apa
yang diperintahkan dan meninggalkan apa yang dilarang oleh
agama. Menepati kepercayaan juga membabitkan penjagaan
dan kawalan diri daripada melakukan perkara yang boleh
merosakkan pegangan agama seperti melakukan perkara jahat,
keji, mungkar, mencaci, menghina, menipu, menyeleweng,
hiburan melampaui batas, kehidupan bebas nilai, hedonisme,
dan kegiatan budaya kuning.
Bagi orang Islam, menepati kepercayaan bermakna
mengamalkan ajaran Islam dengan tepat, menyeluruh,
bersepadu, dan sepenuhnya dalam setiap aspek kehidupan
dengan berasaskan prinsip keimanan dan ketakwaan kepada
Allah. Mereka menjadikan Islam sebagai satu dan hanya satu
94
cara hidup di sepanjang hayat mereka. Dengan kata lain,
keimanan dan ketakwaan kepada Allah dijadikan sebagai nilai,
pegangan, dan panduan asas, dan seluruh kegiatan hidup
adalah berpaksikan nilai dan pegangan tersebut.
Secara khusus, istilah beriman bermaksud membuat
pengakuan dengan lisan, membenarkannya dalam hati, dan
menterjemahkannya dalam amalan dan tindakan, manakala
istilah ketakwaan pula bermaksud melaksanakan segala suruhan
dan meninggalkan segala larangan Allah dengan sempurna
tanpa memilih tempat dan keadaan. Sebagai tambahan,
menepati kepercayaan juga bermaksud seseorang Muslim yakin
sepenuhnya dan tidak merasa ragu-ragu tentang kebenaran
ajaran Islam dan kerelevanannya sebagai petunjuk dan panduan
hidup manusia di sepanjang zaman.
Keteguhan iman dan takwa kepada Allah atau
pelaksanaan prinsip menepati kepercayaan dengan sepenuhnya
akan menghasilkan individu, keluarga, masyarakat, budaya,
dan kehidupan yang berakhlak tinggi. Kemajuan sesebuah
masyarakat atau negara akan tercapai dengan berkembangnya
akhlak mulia yang tidak dicemari oleh nilai bebas lepas,
liberalisme, hedonisme, sekularisme, dan ateisme. Kualiti
keimanan dan ketakwaan boleh diperkukuhkan melalui
penghayatan budaya ilmu, keikhlasan beramal soleh,
pengukuhan akidah, penghayatan nilai dan akhlak mulia, dan
pengurangan pengaruh budaya yang melalaikan.
Seterusnya, untuk meningkatkan perpaduan negara dan
membina peradaban yang unggul, keimanan dan ketakwaan
kepada Allah atau prinsip menepati kepercayaan tidak boleh
disempitkan kepada kegiatan ritual dan upacara keagamaan
semata-mata, tetapi perlu direalisasikan dalam setiap amalan dan
tindakan yang dilakukan. Satu punca kemunduran sebahagian
umat Islam adalah pemahaman yang sempit tentang tuntutan
agama. Sebenarnya, ruang lingkup ajaran Islam adalah sangat
luas. Antara lain, Islam memberi tumpuan kepada peningkatan
95
kualiti dalam semua aktiviti yang dilakukan oleh umatnya. Islam
menyuruh manusia berusaha dengan gigih untuk membina
ilmu pengetahuan yang sofistikated dan menguasai kemahiran
yang tinggi bagi mencapai kecemerlangan dan kebahagiaan
dalam kehidupan duniawi dan ukhrawi. Dalam hal ini, prinsip
kecemerlangan perlu dibezakan dengan prinsip kesederhanaan
(Nik Azis, 2002).
Dalam konteks bekerja, belajar, beribadah, menjalankan
tugas, membuat inovasi, budaya fikir, dan menghasilkan sesuatu
perkara, Islam menganjurkan prinsip kecemerlangan dan
kesempurnaan (lihat Rajah 14). Prinsip ini mengimplikasikan
bahawa manusia mestilah rajin, kuat, gigih, tekun, sabar,
berdisiplin, bijak, dedikasi, berpandangan jauh, tidak mudah
mengalah, bersemangat tinggi, jujur, kreatif, inovatif, dan
berakhlak mulia dalam menjalankan sesuatu tugas. Mereka
mestilah sanggup berkorban, cekal menghadapi kesulitan,
mementingkan kualiti, berdaya kreatif, tidak mudah putus
asas, mementingkan inovasi dan produktiviti, dan mempunyai
inisiatif sendiri bagi mencapai tahap kesempurnaan dalam
sebarang tugas yang dilakukan.
Prinsip
Hidup
Kecemerlangan
dan Kesempurnaan
Fokus kepada aspek penghasilan.
Ia membabitkan pelbagai
aktiviti seperti bekerja, belajar,
beribadat memimpin, mengurus,
menyelesaikan masalah, mengajar,
mencipta idea, memberi kerjasama,
membuat pertimbangan,
mengeluarkan produk.
Kesederhanaan
dan Kesopanan
Fokus kepada aspek penggunaan.
Ia membabitkan pelbagai aktiviti
seperti makan, minum, berpakaian,
berhias, bercakap, berbelanja,
memberi mas kahwin, dan
mengadakan majlis perkahwinan.
Rajah 14. Perbezaan antara prinsip kecemerlangan dengan prinsip
kesederhanaan
96
Sebaliknya, dalam konteks menggunakan atau menikmati
perkara yang baik seperti makanan, minuman, pakaian,
dan perhiasan, Islam menganjurkan prinsip kesederhanaan
(wasatiyyah) dan kesopanan. Kesederhanaan merujuk tindakan
dan amalan yang berpatutan, pertengahan, dan seimbang,
iaitu tindakan yang bebas daripada sebarang sifat berlebih-
lebihan (pembaziran, bermegah-megah) atau sifat kekurangan
(kebakhilan, sangat berkira-kira). Berikut adalah satu daripada
penjelasan yang terdapat dalam al-Quran tentang ciri
penggunaan:
Wahai orang-orang yang beriman! Janganlah kamu
haramkan benda-benda baik yang telah dihalalkan
oleh Allah bagi kamu, dan janganlah kamu melampaui
batas (pada apa yang telah ditetapkan halalnya itu);
sebab sesungguhnya Allah tidak suka kepada orang yang
melampaui batas (surah al-Maaidah 5:87).
Ringkasnya, prinsip kecemerlangan beroperasi dalam
konteks penghasilan, manakala prinsip kesederhanaan pula
beroperasi dalam konteks penggunaan. Namun begitu, kedua-
dua prinsip ini hanya bermakna jikalau mereka difahami,
dikonsepsikan, dilaksanakan, dan dihayati dengan berasaskan
keimanan dan ketakwaan kepada Allah. Sebagai tambahan,
adalah satu kesilapan untuk menyamakan kebahagiaan
dengan kemewahan. Selalunya, suatu yang dilihat sebagai
kebahagiaan yang lahir daripada kemewahan material adalah
tidak kekal. Memang benar, orang yang memiliki kemewahan
material mempunyai banyak pilihan dan kebebasan dalam
kehidupan mereka, tetapi tanpa kekuatan pegangan agama
dan kecerdasan kerohanian, kehidupan mereka menjadi keliru
dan tidak menentu. Ada antara mereka yang hidup hanya
untuk masa ini dan mencari kepuasan segera. Perbuatan
menggadai prinsip menepati kepercayaan dan berpaut kepada
ilusi hanya akan membawa kesengsaraan kepada diri sendiri.
Kecerdasan kerohanian merupakan perkara yang mendorong
manusia untuk mencari makna dalam kehidupan seharian
97
dan mewujudkan hubungan yang kukuh dengan Tuhan yang
mencipta mereka melalui pelaksanaan empat tanggungjawab
asas, iaitu tanggungjawab kepada Tuhan, tanggungjawab
kepada diri sendiri, tanggungjawab kepada masyarakat, dan
tanggungjawab kepada alam sekitar, yang semuanya berasaskan
keimanan dan ketakwaan kepada Allah.
Kebelakangan ini, budaya menepati kepercayaan agama
diancam oleh kecelaruan pemikiran yang ditimbulkan oleh
pluralisme agama (religious pluralism). Ungkapan pluralisme
agama bermaksud faham yang menganggap semua agama
adalah sama, semuanya membawa kepada keselamatan
(salvation) atau syurga, semuanya merupakan jalan menuju
kebenaran, tidak ada agama yang lebih benar daripada agama
lain, semuanya merupakan penyataan tentang kepercayaan
kepada Tuhan yang sama, dan semuanya menandakan suatu
realiti tunggal yang transenden, bukan suatu pandangan tentang
kemajmukan agama atau terdapat beberapa agama yang
berbeza dalam sesebuah negara. Misalnya, Kimball (2008),
seorang pendukung pluralisme agama, menyatakan bahawa
satu ciri agama yang jahat adalah agama yang mendakwa
bahawa ia memiliki kebenaran yang mutlak.
Secara khusus, terdapat beberapa definisi yang
berbeza dalam literatur tentang ungkapan pluralisme agama.
Sebahagian definisi itu merupakan salah faham yang jelas,
manakala beberapa yang lain pula mungkin disengajakan
bagi menutupi tujuan yang menyimpang daripada kebenaran
(Syed Muhammad Naquib, 2007). Misalnya, ada penulis
yang mendefinisikan pluralisme agama sebagai pengiktirafan
terhadap kepelbagaian agama (religious diversity) atau kewujudan
pelbagai agama dalam sesebuah negara, manakala yang lain
pula mendefinisikannya sebagai kegiatan dialog antara agama
(interfaith dialogues), ruang awam dalam mana penganut pelbagai
agama bertemu dan berinteraksi bagi memahami antara
satu sama lain, atau komitmen untuk berbincang, memberi
pandangan, dan mendengar pandangan penganut agama
98
lain. Seterusnya, ada penulis yang mendefinisikan pluralisme
agama sebagai penerimaan kebenaran agama lain, manakala
yang lain pula menggangapnya sebagai toleransi beragama
(religious tolerance), yakni kesanggupan atau kebolehan untuk
menunjukkan toleransi terhadap kewujudan pandangan atau
perlakuan penganut agama lain yang tidak dipersetujui, tidak
disukai, atau berbeza daripada pendirian agama yang dianuti.
Sebagai tambahan, ada penulis yang mendefinisikan pluralisme
agama sebagai kerelatifan atau kenisbian ajaran agama,
manakala yang lain pula menganggapnya sebagai pandangan
bahawa semua agama membawa kepada keselamatan.
Biar apa pun definisi yang diberikan, apabila diteliti
secara mendalam, ungkapan pluralisme agama yang digunakan
dalam wacana sosiologi, teologi, dan falsafah pada zaman
moden merujuk faham atau pengakuan tentang kebenaran
sama rata bagi semua agama dan tidak ada agama yang lebih
baik daripada yang lain, sebab semua agama dikatakan berasal
dari Tuhan yang sama. Ungkapan tersebut menggambarkan
pandangan bahawa agama seseorang bukanlah satu-satunya
atau secara eksklusif menjadi sumber kebenaran baginya sebab
kebenaran dianggap turut terkandung dalam agama lain.
Misalnya, Hick (2004), seorang pendukung pluralisme agama,
menegaskan bahawa semua agama besar adalah sama sah
sebab mereka hanya merupakan bentuk respons manusia yang
berbeza terhadap suatu realiti transenden yang satu dan sama.
Oleh itu, semua agama merupakan manifestasi yang autentik
tentang yang sebenar; semua agama adalah sama secara relatif;
dan tidak ada satu pun agama yang berhak mendakwa dirinya
sebagai satu-satunya kebenaran atau satu-satunya jalan menuju
keselamatan. Kepelbagaian agama diibaratkan sebagai jari-jari
roda yang banyak, namun semuanya menuju kepada pusat roda
yang mewakilkan hakikat yang kekal.
Pendukung pluralisme agama menggambarkan agama
sebagai jalan-jalan menuju ke puncak gunung yang sama atau
aliran sungai yang sama-sama menuju ke laut yang luas. Oleh
99
itu semua agama dianggap benar pada tahap rohani, walaupun
pada zahirnya terdapat perbezaan dalam bentuk upacara
keagamaan dan tingkat atau kadar kedalaman pengamalan
sesuatu agama tentang jalan menuju kebenaran. Secara khusus
terdapat dua aspek bagi pandangan ini: (a) Secara analogi,
Tuhan boleh diibaratkan sebagai berada di puncak gunung
sementara semua agama mengalir ke bawah dari puncak
tersebut; dan (b) semua agama naik dari bawah ke atas, yang
akhirnya akan bertemu di puncak gunung tersebut. Ungkapan
kepelbagaian agama (religious plurality), dialog antara agama,
dan toleransi beragama pula kerap kali digunakan sebagai
gimik atau daya tarikan bagi menutupi maksud sebenar supaya
pluralisme agama lebih mesra dan mudah untuk disebarluaskan
dalam kalangan umat Islam.
Pada umumnya, pendukung pluralisme agama
menganjurkan beberapa pandangan seperti berikut: (a) satu
agama berbeza dengan agama lain pada tahap luaran (eksoterik)
semata-mata, tetapi sama secara relatif pada tahap dalaman
(esoterik), hakiki, atau transenden sebab mereka dikatakan terbit
dari sumber yang sama, iaitu Yang Mutlak atau Yang Satu; (b)
semua agama merupakan jalan yang sama-sama sah untuk
mencapai kebenaran yang sama atau ringkasnya, satu Tuhan
banyak jalan; (c) penganut sesuatu agama tidak boleh mendakwa
bahawa hanya agamanya sahaja yang benar sedangkan agama
lain adalah salah atau ringkasnya eksklusivisme agama tidak boleh
diterima; (d) penganut semua agama berada dalam perlumbaan
untuk melakukan kebaikan dan mencapai ketinggian moral.
Mereka berada di atas platform yang sama dalam menghadap
Tuhan, penyertaan mereka adalah sah, dan mereka mendapat
peluang yang sama untuk memasuki syurga; (e) penganut
sesuatu agama harus memandang sama pada agama lain dan
penganutnya, memasukkan semua agama dalam satu kerangka
atau keluarga besar, dan menerima semua agama sebagai
benar, atau ringkasnya pluralisme diterima secara menyeluruh;
dan (f) setiap agama adalah relatif, terbatas, tidak sempurna,
dan merupakan satu proses pencarian berterusan terhadap
100
kebenaran. Dengan kata lain, penganut sesuatu agama
dianggap setara dengan penganut agama lain, semua agama
adalah agama yang baik dan benar, dan tidak ada agama yang
boleh mendakwa bahawa ia mempunyai kebenaran yang lebih
sah dan tinggi daripada agama lain.
Di bawah prinsip persamaan dan kesetaraan anjuran
pluralisme agama, perbezaan antara iman dan kufur, tauhid
dan syirik, kebenaran dan kebatilan, makruf dan mungkar
adalah tidak relevan. Malah pendukung pluralisme agama
berpendapat bahawa perbezaan seperti itu perlu dihapuskan
agar penganut sesuatu agama tidak lagi menganggap agama
lain sebagai agama yang salah, sesat, dan terpesong daripada
jalan menuju keselamatan. Sebagai kesimpulan, pluralisme
agama yang dibincangkan dalam buku ini merujuk satu faham
yang menganggap bahawa semua agama adalah jalan berbeza-
beza yang sama-sama sah menuju Tuhan yang sama, biar siapa
pun Tuhan atau apa pun nama dan sifat-Nya, atau merujuk
satu faham yang menganggap bahawa agama adalah persepsi
dan konsepsi manusia yang relatif terhadap Tuhan yang
mutlak. Yang dimaksudkan dengan relatif ialah semua agama
tidak sempurna, tidak muktamad, terbatas, tidak mutlak, dan
merupakan satu proses pencarian kebenaran oleh manusia.
Oleh sebab kerelatifan ini, penganut sesuatu agama tidak
boleh mendakwa bahawa agamanya lebih benar atau lebih
baik daripada agama lain, atau mendakwa bahawa agamanya
sahaja yang benar. Motto pendukung pluralisme agama ialah,
Pada dasarnya, semua agama adalah sama, mereka terdiri
daripada jalan berbeza yang membawa kepada tujuan yang
sama. Gagasan pluralisme merupakan pengembangan kepada
inklusivisme dan penolakan terhadap eksklusivisme agama.
Istilah eksklusivisme merujuk pandangan bahawa agama yang
dianuti merupakan satu-satunya agama yang benar, manakala
agama lain pula adalah palsu. Istilah inklusivisme pula merujuk
pandangan bahawa agama yang dianuti merupakan agama
yang benar, tetapi kebenaran juga mungkin terdapat pada
agama lain. Seterusnya, istilah pluralisme merujuk pandangan
101
bahawa semua agama merupakan jalan yang sama-sama sah
menuju Tuhan.
Secara khusus, pluralisme agama mengandungi sekurang-
kurangnya empat aliran yang khusus, iaitu humanisme sekular,
kesatuan transenden agama-agama (transendent unity of religions),
sinkritisme agama, dan teologi global (global theology). Humanisme
sekular membabitkan satu sistem etika yang berpusatkan
manusia dalam mana nilai kemanusiaan seperti kasih sayang,
toleransi, dan kehormatan dibincangkan tanpa berpandukan
ajaran agama. Oleh sebab setiap manusia menjadi standard
dan ukuran bagi segala sesuatu, tidak ada kebenaran objektif
atau mutlak. Aliran ini adalah berasaskan relativisme agama.
Kesatuan transenden agama-agama pula membabitkan
pandangan bahawa agama terdiri daripada dua realiti atau
hakikat, iaitu realiti eksoterik (lahiriah) dan realiti esoterik
(batiniah). Kedua-dua realiti ini dipisahkan oleh satu garis
mengufuk dalam mana realiti lahiriah berada di bawah garis,
manakala realiti batiniah pula berada di atas garis pemisah
tersebut. Pendukung aliran ini menganggap bahawa walaupun
setiap agama berbeza dengan agama lain dari segi lahiriah,
tetapi secara batiniah atau pada tahap transenden dan esoterik
semua agama menuju kepada Tuhan yang sama. Dengan kata
lain, pendukung aliran kesatuan agama-agama berpendapat
bahawa pada tahap eksoterik, realiti agama berbeza antara
satu sama lain dan tidak mempunyai kebenaran yang mutlak,
manakala pada tahap esoterik pula, semua pemahaman
tentang ajaran agama akan bertemu di satu titik kesatuan yang
munazzah (transenden) yang merujuk Tuhan yang Mutlak.
Ringkasnya, pendukung kesatuan transenden agama-
agama berpendapat bahawa kebenaran lebih tinggi (higher truths)
yakni kebenaran pada tahap esoterik mengatasi kebenaran
rendah atau amalan zahir semata-mata (mere practices) dan semua
amalan adalah berpusatkan kebenaran yang satu (singular truth).
Kesatuan transenden agama-agama yang membabitkan protes
102
terhadap arus globalisasi dikenali juga sebagai sophia perenis
atau hikmah abadi. Aliran ini berlandaskan falsafah perenial
(perennial philosophy) yang menolak dakwaan tentang kebenaran
yang eksklusif oleh pelbagai agama. Pendukung falsafah ini
berpendapat bahawa semua agama adalah benar sebab mereka
berasal daripada sumber yang satu. Kebenaran itu pula bukan
berada dalam agama semata-mata, tetapi juga dimiliki oleh ahli
falsafah. Seterusnya, mereka menerima kewujudan Tuhan dan
bersikap tidak berpihak (non-sektarian), tetapi tidak mempunyai
sebarang agenda untuk mendukung agama yang mereka anuti
sebab bagi mereka semua agama hanyalah warna-warna yang
berpunca daripada sumber yang tidak berwarna.
Seterusnya, sinkritisme agama (religious syncretism)
membabitkan perbuatan menggabungkan atau mencampur
aduk beberapa ajaran agama yang berbeza bagi mencari
keserasian dan keseimbangan. Ia boleh melibatkan sekurang-
kurangnya dua perbuatan yang berbeza: (a) perbuatan
membawa masuk prinsip dan amalan yang datang dari
agama lain ke dalam agama sendiri, meskipun perkara itu
bertentangan dengan ajaran agama sendiri; dan (b) perbuatan
terus mengamalkan budaya atau beberapa amalan agama yang
dahulu meskipun perkara itu bertentangan dengan agama yang
baru dianuti sebab telah sebati dengan budaya atau amalan
itu sejak turun temurun. Seterusnya, penglibatan diri dalam
upacara keagamaan dan ibadah agama lain, menghadirinya
dengan kerelaan hati dan penuh kebanggaan, dan mengiakan
upacara tersebut dianggap selaras dengan sinkritisme agama.
Akhir sekali, teologi global membabitkan usaha untuk
mengubah, merombak, atau meleburkan nilai dan doktrin
agama agar selaras dengan pemikiran modenisasi dan globalisasi.
Satu cara untuk mencapai matlamat ini ialah dengan memberi
makna baru kepada konsep asas dalam sesuatu agama dengan
berlandaskan pengetahuan Barat moden. Tujuan asas aliran
ini adalah untuk menghapuskan sifat eksklusif agama dalam
mana penganut sesuatu agama menganggap agama mereka
103
sahaja yang benar dan semua agama lain adalah salah. Melalui
proses pembentukan semula makna bagi konsep asas yang
kritikal, pendukung teologi global ingin merealisasikan prinsip
pluralisme agama yang menyatakan bahawa agama lain juga
merupakan jalan yang sama-sama sah untuk menuju kebenaran
yang sama atau memperoleh keselamatan.
Islam menolak pluralisme agama yang menegaskan
bahawa semua agama adalah benar dan sama sahaja
pada tahap transenden (munazzah) dan esoterik. Menurut
perspektif Islam, agama yang diciptakan oleh Allah s.w.t. dan
diturunkan kepada manusia semenjak nabi Adam sehingga
nabi Muhammad adalah satu sahaja, iaitu Islam (surah Ali-
Imraan 3: 84-85). Semua nabi dan rasul yang diutuskan oleh
Allah menyeru kepada agama yang satu dan setelah nabi
Muhammad s.a.w. diutuskan, maka agama itu menjadi lengkap
dan dinamakan Islam secara rasmi oleh Allah sendiri (Surah
Ali-Imraan 3: 19-20, 31-32; surah al-Maaidah 5:3). Semua
perkara dari aspek sistem kepercayaan, sistem ibadah, sistem
nilai, sistem kekeluargaan, hingga kepada sistem akhlak telah
disempurnakan sejak awal lagi dalam bentuk yang syumul dan
mutlak tanpa memerlukan penyemakan semula, pembentukan
semula, dan penambahan.
Seterusnya, menurut perspektif Islam, tidak ada garis
mengufuk yang memisahkan tahap luaran (zahir) dengan tahap
dalaman (batin) dalam kegiatan beragama. Yang ada hanya garis
menegak yang disebut sebagai al-Sirat al-Mustaqim (jalan yang
lurus) dalam mana manusia yang terpesong darinya digolongkan
sebagai manusia yang sesat. Menurut Syed Muhammad
Naquib (2007), faham kesatuan transenden agama-agama yang
menegaskan bahawa semua agama adalah sama pada tahap
esoterik dan transenden, dan hanya memanifestasikan sebagai
agama yang berbeza pada tahap eksoterik adalah mengelirukan.
Misalnya, jikalau kesatuan tersebut bermaksud persamaan
antara agama-agama pada tahap transenden semata-mata,
maka setiap agama tidak lengkap dan tidak mencapai tujuan
104
pada tahap zahir atau biasa. Keadaan ini mustahil bagi agama
yang diturunkan oleh Allah.
Sebaliknya, jikalau kesatuan itu bermaksud persamaan
secara menyeluruh, maka Tuhan bagi semua agama pada
kedua-dua tahap zahir (fizikal) dan batin (rohani) sepatutnya
disebut sebagai Tuhan dan Penguasa yang Mutlak, tidak ada
sebarang sekutu, lawan, dan entiti lain yang menyerupai-Nya.
Bagaimanapun, pendukung faham transenden agama-agama
menganggap bahawa fenomena ini hanya dapat dirasai oleh
individu yang berada pada tahap transenden, manakala orang
biasa yakni orang yang berada dalam keadaan martabat diri
pada tahap fizikal pula hanya mengalami entiti berbeza-beza
yang dianggap sebagai tuhan. Keadaan ini mengimplikasikan
bahawa faham tersebut merujuk kesatuan pengalaman yang
dirasai oleh individu pada tahap transenden, bukan kesatuan
agama. Ini bermakna pada peringkat biasa, agama tidak dapat
mencapai tujuannya sebab seluruh manusia tidak mungkin dapat
berada dalam keadaan martabat diri pada tahap transenden.
Keadaan ini mustahil bagi agama yang diturunkan oleh Allah.
Perspektif Islam menolak idea tentang persamaan dan
perbezaan pada kedua-dua tahap eksoterik dan esoterik sebab
manusia yang terdiri daripada unsur jasad dan roh menjalani
kehidupan dalam alam nyata, bukan alam transenden; dan
pengalaman fizikal dan rohani pula tidak bercanggah antara
satu sama lain sebab jasad dan roh tidak bertentangan antara
satu sama lain. Sebenarnya, agama Islam menggabungkan
aspek zahir dan batin. Oleh itu, adalah satu keganjilan untuk
menganggap kebenaran yang mutlak hanya berlaku pada tahap
rohani dan metafizik, sedangkan agama Islam merupakan
cara hidup yang lengkap dan menyeluruh bagi mencapai
kebahagiaan pada kedua-dua tahap jasmani dan rohani.
Sebagai tambahan, hakikat tauhid, konsep keesaan, atau
ketunggalan Tuhan dalam Islam adalah unik, berbeza, dan
tidak diiktiraf oleh agama lain. Hakikat tersebut bukan sekadar
105
menekankan keesaan Tuhan, tetapi juga penekanan kepada
Allah yang mempunyai zat yang berbeza daripada segala
sesuatu dan penuh dengan sifat kesempurnaan dan kekuasaan.
Al-Quran menghuraikan konsep tauhid dengan menggunakan
ayat muhkamat yang mempunyai makna yang jelas dan tidak
terbuka kepada pentafsiran (tawil) yang subjektif. Peranan
semua nabi dan rasul bermula dari nabi Adam hingga nabi
Muhammad adalah untuk mengajak manusia menyembah
Allah Yang Maha Esa (surah al-Anbiyaa 21:25). Al-Quran
menentang keras orang yang menyekutukan Allah, yakni
menganggap Allah itu dua atau lebih, baik melalui pegangan,
pemikiran, perasaan, mahupun perlakuan. Misalnya, al-Quran
menegaskan bahawa menyekutukan atau mensyirikkan Allah
merupakan satu kezaliman (surah Luqman 31:13) dan dosa yang
besar, dan orang yang melakukan perbuatan itu diharamkan
syurga (surah an-Nisaa 4:116; surah al-Maaidah 5:72).
Berdasarkan konsep tauhid, mustahil bagi agama Islam untuk
menerima kebenaran agama lain. Malah, al-Quran melarang
orang Islam menjadikan orang Yahudi dan Nasrani sebagai
pelindung mereka (surah al-Maaidah 5:51). Ringkasnya, tidak
mungkin pemahaman tentang Tuhan yang Maha Esa sama
benar dengan pemahaman tentang Tuhan yang pelbagai,
Tuhan yang bersatu dengan makhluk dan menyerupai makhluk
yang diciptanya sendiri, atau Tuhan yang diwakilkan oleh benda
tertentu ciptaan manusia (surah al-Araaf 7:191-198).
Pluralisme agama dan kepelbagaian agama adalah dua
konsep yang berbeza. Islam tidak menolak kepelbagaian atau
kemajmukan agama yakni terdapat pelbagai agama di dunia
dan Allah mencipta manusia berbilang kaum, bangsa, dan
bahasa (surah al-Hujuraat 49:13). Namun begitu, kepelbagaian
agama bukan bermaksud Allah-lah yang menciptakan semua
agama yang wujud di dunia. Pada hakikatnya, Allah mencipta
satu agama sahaja, iaitu Islam, manakala agama lain pula
dicipta oleh fikiran manusia sama ada melalui penyelewengan
agama yang benar mahu pun pembentukan agama baru (surah
al-Baqarah 2:79; surah Ali-Imraan 3:78; surah al-Maaidah 5:13,
106
48). Oleh itu, dakwaan yang dibuat oleh pendukung pluralisme
agama bahawa semua agama adalah benar sebab mereka
dicipta oleh Tuhan yang sama tidak boleh diterima oleh
penganut Islam (surah al-Bayyinah 98:6).
Dalam konteks kepelbagaian agama, Islam menyuruh
umatnya memahami antara satu sama lain dan bersikap hormat
menghormati tanpa menggadaikan prinsip akidah Islam. Oleh
kerana kepelbagaian agama adalah suatu yang tidak dapat
dielakkan, manusia harus belajar untuk memahami antara satu
sama lain, berdialog dalam suasana yang harmoni dan baik,
bersetuju untuk tidak bersetuju, dan sanggup berbincang bagi
mengelakkan permusuhan (surah an-Nahl 16:125). Menurut
perspektif Islam, aktiviti dialog antara agama adalah satu
medium dakwah untuk menyampaikan risalah Islam kepada
orang bukan Islam dan sekaligus mengajak mereka menerima
Islam dengan hati yang terbuka. Dalam ayat 64 surah Ali-
Imraan, Allah menjelaskan prinsip berdialog dengan ahli
Kitab, iaitu menyeru mereka balik ke pangkal jalan dan tidak
menyekutukan Allah.
Penolakan terhadap pluralisme agama bukan bererti
Islam memusuhi penganut agama lain hanya kerana perbezaan
agama. Pada hakikatnya, Islam menyuruh umatnya berbuat
baik kepada semua orang yang tidak menzahirkan permusuhan
kepada Islam (surah al-Mumtahanah 60: 8-9). Malah, Islam
menyuruh umatnya berlaku adil sesama manusia (surah al-
Maaidah 5:8). Seterusnya, penolakan terhadap pluralisme
agama bukan bererti Islam memusuhi toleransi beragama.
Pluralisme agama dan toleransi beragama adalah dua konsep
yang berbeza. Islam menerima toleransi beragama, tetapi tidak
menganggap bahawa semua agama adalah sama. Dengan
kata lain, Islam tidak menganggap bahawa Tuhan yang
disembah oleh orang Islam adalah sama dengan Tuhan yang
disembah oleh penganut agama lain. Perlu ditegaskan bahawa
pluralisme agama bukanlah sekadar toleransi, tetapi melibatkan
penekanan kepada prinsip kesamaan dan kesetaraan dalam
107
semua hal termasuk agama. Misalnya, pendukung pluralisme
agama berpendapat bahawa tidak ada agama yang paling baik
(superior) dan tidak ada agama yang paling buruk. Pandangan
ini tidak boleh diterima oleh orang Islam sebab identiti dan
komitmen mereka adalah terletak pada keimanan tentang
kebenaran yang tunggal dan mutlak bagi agama mereka (surah
al-Israa 17:81; surah al-Ahzab 33:40; surah al-Baqarah 2:143).
Seterusnya, dakwaan pendukung pluralisme agama
bahawa semua agama adalah sah dan autentik tidak mungkin
tercapai tanpa terlebih dahulu menerima gagasan relativisme
dan reduksionisme agama yakni kebenaran sesuatu agama
adalah relatif dan identiti agama boleh diperturunkan kepada
unsur peribadi dalam acuan sekular semata-mata. Islam
sebagai ad-din yang menyeluruh, lengkap, dan sempurna,
tidak menerima pandangan relativisme dan reduksionisme
agama. Secara kasar, relativisme agama merujuk faham bahawa
kebenaran ajaran agama, nilai, dan moral adalah berdasarkan
perbandingan atau saling berkaitan dengan sesuatu yang
lain, tidak mutlak, dan mungkin berbeza antara individu atau
kebudayaan. Reduksionisme pula merujuk faham bahawa
perkara, idea, fenomena, atau sistem yang kompleks boleh
difahami melalui komponen atau juzuk yang kurang kompleks,
khususnya, komponen yang boleh dilihat dan diukur. Misalnya,
pendukung reduksionisme berpendapat bahawa aktiviti rohani
atau mental boleh diperturunkan kepada aktiviti fizikal.
Berhubung dengan ruang lingkup toleransi, orang
Islam ditegah untuk berkompromi dengan orang bukan Islam
dalam perkara yang melibatkan akidah, ibadah, tauhid, dan
keimanan. Namun begitu, mereka disuruh untuk bertoleransi
dan mengamalkan sikap hidup bersama dengan penganut
agama lain dalam sesebuah masyarakat, dalam mana penganut
agama tersebut mengamalkan ajaran agama masing-masing,
kecuali apabila berlaku pengkhianatan terhadap mereka
(Muhammad Uthman, 2010b). Penyelesaian Islam terhadap
kepelbagaian agama adalah dengan mengakui perbezaan
108
dan identiti agama masing-masing (surah al-Kaafirun 109:1-6;
surah Ali-Imraan 3:64), bukan melalui penerimaan gagasan
pluralisme agama. Dalam soal akidah, prinsip yang dimajukan
oleh perspektif Islam tentang hubungan antara agama Islam
dengan agama lain ialah prinsip perbezaan, bukan prinsip
persamaan. Berdasarkan prinsip ini, apa yang disembah oleh
orang Islam dianggap berbeza dengan apa yang disembah oleh
penganut agama lain, agama lain diakui kewujudannya dan
penganut agama tersebut bebas untuk mengamalkan agama
masing-masing, dan kerjasama antara penganut pelbagai
agama boleh dilakukan dalam perkara yang ada persamaan
antara mereka.
Islam memberi kebebasan kepada penganut agama
lain untuk mengamalkan agama mereka dengan aman
(surah al-Baqarah 2:256), tetapi terikat dengan peraturan atau
tanggungjawab tertentu seperti mereka tidak boleh melakukan
sesuatu yang boleh memudaratkan Islam itu sendiri dan
umatnya, menimbulkan kemarahan orang Islam, menghina
tokoh Islam, melakukan perkara yang mencetuskan huru-hara
dalam masyarakat, dan menyebarkan fitnah terhadap Islam
dan umatnya. Dengan kata lain, orang bukan Islam boleh
mengamalkan adat istiadat dan cara hidup mereka selagi mana
tidak menimbulkan perkara yang tidak sihat dalam masyarakat
umum. Islam menolak pandangan yang dianjurkan oleh
pendukung pluralisme agama tentang kebebasan beragama
yang meliputi kebebasan memilih agama, kebebasan untuk
tidak beragama, kebebasan untuk bertukar agama, kebebasan
untuk menyebar agama, kebebasan untuk mengamalkan ajaran
agama, dan kebebasan untuk berkahwin dengan orang berbeza
agama.
Agama bukan fesyen budaya yang boleh dibuang
sesuka hati. Kebebasan beragama yang ditawarkan oleh Islam
tertakluk kepada penyusunan sistem dan tanggungjawab yang
tertentu. Misalnya, kebebasan dalam Islam membabitkan
pemberian hak kebebasan dan keadilan, dan pada masa
109
yang sama, penyediaan sistem hidup yang dapat mengawal
manusia daripada terjebak dengan kezaliman dan kerosakan
pada diri sendiri dan masyarakat. Dengan kata lain, dalam
kebebasan ada pengawalan yang berasaskan tanggungjawab
bagi setiap orang Islam. Misalnya, manusia mempunyai
empat tanggungjawab asas, iaitu tanggungjawab kepada diri
sendiri, Tuhan, masyarakat, dan alam sekitar. Dua contoh
tanggungjawab kepada diri sendiri ialah setiap orang Islam
tidak boleh membunuh diri dan tidak boleh murtad atau
keluar daripada agamanya, manakala contoh tanggungjawab
kepada masyarakat pula ialah setiap orang Islam tidak boleh
melakukan kezaliman dan penindasan. Orang Islam juga tidak
boleh menghalang penganut agama lain untuk mengamalkan
agama mereka selama mana mereka tidak mengganggu
keselamatan dan keimanan orang Islam. Mereka ada hak untuk
berpegang dengan apa yang mereka yakini. Perbezaan agama
tidak boleh membawa kepada penindasan dan kezaliman.
Orang Islam boleh bekerjasama dengan penganut agama lain
dalam menghapuskan kezaliman dan kerosakan di muka bumi.
Walau bagaimanapun, mereka dilarang untuk bekerjasama
dalam aspek akidah, ibadah, dan keagamaan (surah al-Kaafirun
109:1-6; surah Yunus 10:41) dan bekerjasama dengan orang
yang menzahirkan permusuhan terhadap Islam.
Pada hakikatnya, tidak ada kebebasan mutlak bagi
manusia dan setiap orang terikat dengan peraturan dan
tanggungjawab yang tertentu. Kebebasan bukan lesen untuk
melakukan kezaliman dan kefasadan. Misalnya, kebebasan tidak
boleh disalahgunakan sehingga menimbulkan permusuhan,
perpecahan, penindasan, penipuan, kesesatan, kebinasaan,
keburukan, dan kerosakan dalam masyarakat. Islam tidak
memaksa penganut agama lain untuk menerima Islam secara
kekerasan, tanpa kesedaran dari lubuk hati mereka. Perlu
dinyatakan bahawa walaupun orang Islam tidak dibenarkan
untuk melakukan paksaan tersebut, tetapi adalah menjadi
tanggungjawab setiap Muslim untuk menyeru dan mengajak
penganut agama lain kepada Islam dengan hikmah, nasihat
110
yang baik, dan perdebatan yang baik (mujadalah hasanah) (surah
al-Nahl 16:125; surah al-Ghaasyiyah 88:21-22). Usaha berdakwah
kepada orang bukan Islam supaya mereka menyembah Allah
dan tidak menyekutukan-Nya, dan paksaan terhadap orang
bukan Islam untuk memeluk Islam adalah dua perkara yang
berbeza atau ringkasnya dakwah berbeza dengan paksaan
agama.
Seterusnya, pelaksanaan hukum murtad kepada orang
Islam yang keluar daripada agamanya, memeluk agama lain,
dan tidak mahu kembali kepada Islam selepas murtad dan
konsep tidak ada paksaan dalam agama adalah dua perkara
yang berbeza. Menurut perspektif Islam, tidak ada paksaan
dalam agama bermaksud orang Islam tidak boleh memaksa
orang bukan Islam supaya memeluk Islam. Mereka bebas
untuk membuat pilihan berdasarkan pemikiran mereka
masing-masing. Walau bagaimanapun, apabila seseorang
individu telah memeluk Islam, maka dia tertakluk kepada
syariah, peraturan, dan undang-undang Islam, termasuk
larangan murtad daripada agama Islam. Dengan kata lain,
perspektif Islam tidak menganggap kebebasan beragama
turut membabitkan kebebasan untuk murtad bagi orang Islam
(Muhammad Uthman, 2010b). Dalam hal ini, orang Islam
tidak boleh menerima tafsiran yang dibuat oleh pengamal
budaya atau pendukung falsafah Barat moden tentang konsep
kebebasan manusia dan kebebasan beragama jikalau tafsiran
itu bertentangan dengan al-Quran dan al-Sunnah. Menurut
perspektif Islam, kebebasan beragama, kebebasan hati nurani
(freedom of conscience), kebebasan media, kebebasan bersuara, dan
kebebasan berpolitik (demokrasi) harus tunduk kepada akidah
dan syariah Islam (Muhammad Uthman, 2011).
Syariah Islam merujuk panduan dan undang-undang
ciptaan Allah yang terkandung dalam al-Quran dan al-Sunnah.
Pada umumnya, syariah Islam mencakupi tiga bidang ilmu,
iaitu ilmu akidah, ilmu fikah, dan ilmu tasawuf. Sumber bagi
syariah Islam pula terbahagi kepada tiga kategori, iaitu sumber
111
utama (al-Quran dan al-Sunnah), sumber sekunder (ijmak dan
qiyas), dan sumber tambahan (istihsan, istislah, urf, dan ijtihad).
Syariah Islam mengandungi unsur tetap (tidak berubah) dan
unsur boleh berubah. Misalnya, prinsip tentang kepercayaan
Islam, prinsip halal dan haram, dan piawai akhlak membentuk
sebahagian unsur yang tidak berubah, manakala perkara
yang berkaitan dengan pembangunan sains dan teknologi
pula membentuk sebahagian unsur yang boleh berubah.
Menurut Muhammad Uthman (2010b), jikalau pendapat yang
mengatakan bahawa syariah Islam tidak tertulis pada batu
dan ia mengalami evolusi yang dinamik difahami seperti di
atas, maka ia tidak menimbulkan masalah. Sebaliknya, jikalau
pemahaman itu melibatkan perubahan seperti menghalalkan
perkahwinan sesama jantina dan membolehkan wanita Islam
untuk berkahwin dengan lelaki bukan Islam, maka ia tidak
dibolehkan.
Perlu dinyatakan bahawa syariah Islam mengatasi segala
gagasan atau peraturan hidup yang dibentuk berdasarkan
pemikiran atau pengalaman manusia semata-mata walaupun
perkara itu mungkin diterima pada peringkat antarabangsa
(surah al-Anaam 6:114-116). Setiap orang Islam tertakluk kepada
undang-undang dan peraturan yang ada dalam Islam. Jikalau
mereka melakukan kesilapan dan penyelewengan, mereka
akan dihukum berdasarkan undang-undang Islam. Seterusnya,
Islam mempunyai maruah, kehebatan, dan peraturan sendiri
dan apabila perkara itu dicabul, maka pencabul harus dihukum
berdasarkan undang-undang Islam. Misalnya, perbuatan
keluar dari Islam akan mencemarkan nama baik Islam. Oleh
itu, bagi menjaga, memartabatkan, dan memperkasakan nama
baik Islam, orang yang murtad akan menerima hukuman yang
setimpal.
Dakwaan pendukung pluralisme agama bahawa semua
agama merupakan jalan-jalan berbeza menuju kepada Yang Satu
ditolak oleh Islam. Menurut perspektif Islam, penyembahan
berhala, penyembahan Tuhan yang dikatakan mempunyai
112
anak seperti Isa atau Uzair, penyembahan api, penyembahan
Tuhan bukan secara tauhid, dan penyembahan sebarang kuasa
ghaib yang kabur bukan penyembahan Yang Satu (surah Maryam
19:88-93). Islam mempunyai konsep yang tersendiri tentang
Yang Satu seperti yang dinyatakan oleh al-Quran dan al-Sunnah
(Muhammad Uthman, 2010b). Sifat Tuhan Yang Maha Esa
dan Maha Berkuasa yang diperjelaskan oleh al-Quran dan al-
Sunnah tidak sama dengan sifat Tuhan yang dinyatakan dalam
doktrin agama lain, tradisi falsafah Yunani dan Hellenistik,
falsafah Barat moden, tradisi sains dan teknologi, mistisisme
Barat, dan mistisisme Timur. Berhubung dengan penentuan
tentang siapa Dia Yang Satu, al-Quran berfungsi sebagai pemutus
yang mutlak dan muktamad (surah al-Maaidah 5:48), bukan
fikiran atau pengalaman manusia. Ajaran Islam pula adalah
murni dan suci. Ia tidak boleh dicampur adukan dengan ajaran
agama lain (surah at-Taubah 9:28). Seterusnya, agama Islam
adalah menyeluruh, lengkap, dan sempurna (surah al-Maaidah
5:3). Oleh itu, ia tidak memerlukan ajaran agama lain untuk
melengkapkannya. Menurut perspektif Islam, agama lain tidak
diterima dan tidak dianggap sah (surah Ali-Imraan 3:85) dan
Allah hanya menerima Islam sebagai satu-satunya agama yang
sah disisi-Nya (surah Ali-Imraan 3:19). Orang Islam pula adalah
sebaik-baik umat sebab keimanan dan ketakwaan mereka
kepada Allah dan mereka menjadi saksi ke atas umat manusia
sebagaimana nabi Muhammad s.a.w. menjadi saksi ke atas
mereka (surah al-Baqarah 2:143; surah al-Hajj 22:78).
Islam menolak dakwaan pendukung pluralisme agama
bahawa penganut sebarang agama yang berbuat baik akan
selamat dan memasuki syurga. Menurut perspektif Islam, orang
yang beriman dan bertakwa hanyalah orang yang percaya
kepada risalah yang dibawa oleh nabi Muhammad s.a.w.,
percaya kepada rukun iman, percaya kepada rukun Islam, dan
beramal mengikut ajaran yang terkandung risalah tersebut.
Hanya mereka sahaja yang akan masuk syurga, manakala
yang lainnya akan masuk neraka (surah Ali-Imraan 3:116-117;
surah at-Taubah 9:53-54; surah al-Bayyinah 6-8). Akidah orang
113
Islam dan kepercayaan penganut agama lain seperti Ahli
Kitab adalah sangat berbeza antara satu sama lain. Misalnya,
kepercayaan majoriti orang Nasrani gagal untuk memenuhi tiga
kriteria tauhid: (a) mereka menyembah Isa al-Masih (keyakian
tentang tuhan yang menjelma dalam bentuk manusia), bukan
menyembah Allah; (b) mereka mensyirikkan Allah dengan
berpegang kepada konsep tiga serangkai (trinity), yakni tuhan
wujud dalam tiga entiti, iaitu bapa, anak, dan roh kudus; dan (c)
mereka mentaati para rahib mereka dalam perkara halal dan
haram, bukan mematuhi syariat Islam. Kepercayaan seperti
ini ditolak oleh Islam dengan jelas dan tegas (surah al-Maaidah
5:72-75; surah at-Taubah 9:30-34; surah al-Ikhlas 112:1-4).
Ringkasnya, agama Islam dan agama lain tidak mungkin dapat
disatukan seperti yang didakwa oleh pendukung pluralisme
agama. Menurut perspektif Islam, agama yang selain daripada
Islam adalah agama yang batil (surah Luqman 30:30) dan
mustahil bagi agama yang benar dapat disatukan dengan
agama yang batil.
Perlu dinyatakan bahawa agama Islam dan Gereja
Kristian Katolik mempunyai pandangan yang berbeza tentang
tuhan. Misalnya, menurut perspektif Islam, Tuhan adalah Allah
Yang Maha Esa dan nabi Isa anak Maryam adalah seorang
rasul (surah al-Maaidah 5:75), manakala Gereja Kristian Katolik
pula mempercayai satu tuhan terdiri daripada tiga entiti (triniti),
iaitu Tuhan Bapa, Tuhan Anak, dan Roh Kudus. Mereka
mendakwa bahawa tuhan terdiri daripada Isa si Tuhan Anak,
yakni Tuhan Bapa dan Isa si Tuhan Anak adalah satu, dengan
cara Tuhan Bapa menjelma (incarnate) dalam bentuk manusia
Isa si Tuhan Anak melalui Roh Kudus (Wan Adli, 2011).
Gereja Kristian Katolik tidak mempercayai bahawa Allah Yang
Maha Esa dan nabi Isa anak Maryam sebagai dua entiti yang
berbeza. Pada asasnya, pendirian orang Islam tentang hal ini
ialah semua manusia bertanggungjawab memilih kepercayaan
masing-masing (yakni tidak ada paksaan dalam agama), tetapi
orang Islam dilarang untuk bersetuju, membenarkan, atau
mengatakan boleh terhadap pelbagai tafsiran berbeza tentang
114
Tuhan yang patut disembah demi menjaga, memartabatkan,
dan memperkasakan agama. Malah, orang Islam disuruh untuk
menyebarkan seruan bahawa tiada sembahan selain Allah dan
mengatakan bahawa Allah itu Maha Esa (surah al-Maaidah
5:73).
Islam mempunyai pandangan dan konsep yang jelas,
tegas, dan terperinci tentang urusan agama dan pergaulan
sosial. Al-Quran dan al-Sunnah tidak terikat dengan kategori
atau faham seperti eksklusivisme, inklusivisme, pluralisme,
liberalisme, reduksionisme, dan relativisme agama dalam
menjelaskan ajaran Islam. Hubungan antara penganut agama
Islam dengan penganut agama lain dalam aspek akidah dan
pergaulan sosial telah dinyatakan secara eksplisit. Misalnya,
keimanan dan ketakwaan kepada Allah adalah perkara asas
dan mulia. Oleh itu, perkara tersebut tidak boleh dicampur
aduk dan tidak boleh dikompromikan (surah al-Kaafirun 109:
1-6; surah Ali-Imraan 3:19, 85). Seterusnya, meskipun Islam
menegaskan bahawa agama tidak dapat dipaksakan (surah al-
Baqarah 2:256), tetapi orang Islam disuruh untuk berdakwah
dan mengajak umat lain memeluk Islam dengan bijaksana,
bukan melalui putar belit (surah Ali-Imraan 3:20, 64; surah
an-Nahl 16:125), dan penganut Islam pula perlu menjalani
kehidupan mereka dengan berlandaskan peraturan yang
ditetapkan oleh syariah Islam. Dalam aspek pergaulan sosial,
orang Islam disuruh berlaku adil, bekerjasama, dan berbuat
baik kepada penganut agama lain demi keamanan hidup (surah
al-Mumtahanah 60:8-9). Orang Islam dilarang untuk memaki apa
yang disembah oleh penganut agama lain walaupun dengan
cara yang bersopan santun (surah al-Anaam 6:108). Bahkan
seorang anak yang beragama Islam masih perlu menghormati
ibu bapanya yang bukan beragama Islam. Begitu juga halnya
dengan jiran tetangga yang berbeza agama.
Ringkasnya, orang Islam tidak boleh berkompromi
dengan orang bukan Islam dalam hal keagamaan, keimanan,
teologi (akidah), ibadah, dan metafizik. Namun begitu, mereka
115
tidak dilarang untuk berkomunikasi, berdialog, dan bekerjasama
dengan penganut agama lain dalam aspek kehidupan sosial
bagi menjaga dan memakmurkan bumi ini. Dalam konteks ini,
kompromi tentang hal keagamaan seperti yang dianjurkan oleh
pendukung pluralisme agama tidak dapat diterima. Malah,
gagasan yang dimajukan sekularisme, pluralisme agama, dan
liberalisme atau ringkasnya SIPILIS bercanggah dengan ajaran
Islam dalam aliran arus perdana seperti yang dijelaskan dalam
al-Quran dan al-Sunnah dan dihuraikan oleh ahlissunnah wal-
jamaah. Orang Islam mesti berdiri teguh dengan bimbingan
al-Quran dan al-Sunnah dan memberi penyaksian dalam
hubungan dengan umat lain apabila mereka terpesong dari
jalan yang lurus dan benar. Dalam konteks ini, orang Islam
yang mendukung pluralisme agama tidak lagi menjadi saksi,
tetapi menjadi pengikut ajaran yang terdiri daripada prasangka
dan rekaan hawa nafsu semata-mata (surah al-Muminun 23:71).
Menurut perspektif Islam, orang seperti itu mengkhianati atau
derhaka kepada Allah dan Rasul-Nya dan mereka berada
dalam kesesatan yang nyata (surah al-Ahzaab 33:36). Perlu
dinyatakan bahawa agama yang diredai Allah hanyalah Islam
(surah Ali-Imraan 3:19) dan sesiapa yang mencari agama selain
Islam adalah tergolong dalam orang yang rugi dan agama yang
mereka cari sekali-kali tidak diterima oleh Allah (surah Ali-
Imraan 3:85).
Sebagai tambahan, teori yang dimajukan oleh pendukung
pluralisme agama sebagai satu usaha untuk mempromosikan
faham tersebut, iaitu permusuhan antara masyarakat beragama
berkait rapat dengan isu eksklusivisme dan inklusivisme yang
diperjuangkan oleh penganut agama yang berbeza tidak dapat
diterima. Dalam Islam, peperangan terhadap musuh hanya
diizinkan bagi menegakkan keadilan dan kebenaran, yakni
apabila orang Islam ditindas, diserang, dizalimi, dan harta
mereka dirampas, sedangkan dalam keadaan biasa, mereka
disuruh untuk bekerjasama sesama manusia bagi menjaga dan
memakmurkan bumi ini (surah al-Mumtahanah 60:8-9; surah
al-Qashash 28: 77). Sejarah menunjukkan bahawa kebanyakan
116
permusuhan sesama masyarakat beragama berpunca daripada
faktor politik, sosial, ekonomi, atau ideologi, bukan faktor
teologi sesuatu agama. Perbezaan antara ideologi dan teologi
dapat dilihat apabila Zionisme dibezakan dengan agama
Yahudi; dan Zionisme, bukan agama Yahudi bertanggungjawab
terhadap kezaliman yang dilakukan ke atas umat Islam di
Palestin, walaupun perbuatan itu berselindung di belakang
nama agama (Khalif Muammar, 2006). Ringkasnya, pluralisme
agama bukanlah jawapan kepada masalah permusuhan antara
masyarakat beragama. Ini kerana punca utama masalah
tersebut adalah faktor manusia, bukan faktor teologi. Pada
hakikatnya, masalah itu menggambarkan kegagalan manusia
untuk memahami realiti kewujudan bangsa dan agama yang
berbeza di dunia dan menangani perbezaan tersebut dengan
semangat kekitaan, kebaikan bersama, dan kepentingan umum
disebabkan oleh pemikiran mereka dilanda oleh kecelaruan
yang berpunca pengaruh sekularisme, liberalisme, relativisme,
materialisme, dan individualisme serta ketandusan rohani dan
kepincangan amalan yang tidak menepati kepercayaan agama.
Memang benar Allah menjadikan manusia berbilang
kaum supaya mereka kenal-mengenal antara satu sama
lain (surah al-Hujuraat 49:13), tetapi di hujung ayat tersebut,
Allah menjelaskan bahawa orang yang paling mulia dalam
kalangan manusia ialah mereka yang paling bertakwa, yakni
paling mematuhi suruhan dan larangan Allah. Seterusnya,
manusia diberi keupayaan untuk berfikir dan kebebasan untuk
membuat pilihan tentang agama yang hendak dianuti sebagai
ujian tentang keimanan mereka kepada Allah. Setiap manusia
bertanggungjawab atas nasibnya sendiri (surah ar-Rad 13:11).
Penerimaan kewujudan pelbagai agama di dunia bukan
bermaksud penerimaan kebenaran agama tersebut. Dua perkara
ini amat berbeza antara satu sama lain. Oleh itu, dakwaan yang
dibuat oleh pendukung pluralisme agama bahawa penerimaan
kewujudan pelbagai agama dan pengakuan tentang kebenaran
agama tersebut adalah perkara yang sama merupakan satu falasi
yang ketara (surah al-Muminun 23:71; surah Ali-Imraan 3:19).
117
Menurut perspektif Islam, pluralisme agama adalah satu
faham yang sesat dan destruktif. Faham itu cuba menafikan
kebenaran mutlak agama Islam atau paling tidak meletakkan
kebenaran Islam sebagai salah satu kebenaran relatif bersama-
sama agama lain (Mohd Farid, 2010). Allah melaknati orang-
orang seperti pendukung pluralisme agama yang ingin
menjadikan jalan Allah bengkok dan terpesong (surah al-Araaf
7:44-45) dan mendustakan ayat Allah (surah al-Araaf 7: 37).
Dewasa ini, terdapat pendukung faham tersebut yang memutar-
belitkan tafsiran ayat al-Quran untuk mencapai tujuan mereka.
Misalnya, mereka menyalahtafsirkan kalimah sawa (surah Ali-
Imraan 3:64) sebagai mengimplikasikan persamaan antara
agama Islam dengan agama Ahli Kitab (agama-agama samawi)
dalam pengertian pengikut agama samawi berada pada satu
platform yang sama dalam menghadap Tuhan. Sebenarnya,
amat jelas bahawa yang dimaksudkan dengan kalimah itu
adalah tauhid sebab semua nabi menyeru kepada tauhid. Oleh
sebab Ahli Kitab menolak seruan untuk mentauhidkan Allah,
misalnya mereka telah menyekutukan Allah dengan tuhan
ciptaan mereka sendiri, maka kesamaan platform itu tidak
wujud (Khalif Muammar, 2006). Malah apabila al-Quran
diturunkan, maka terputuslah kebenaran agama lain sebab
ajaran al-Quran menjaga kebenaran agama dan merupakan
satu-satunya ajaran yang benar. Terdapat banyak dalil daripada
al-Quran dan al-Sunnah yang menunjukkan dengan jelas dan
tegas tentang kekufuran penganut agama lain, termasuk Ahli
Kitab (surah al-Maaidah 5: 72-75; surah at-Taubah 9: 29-33).
Tauhid adalah satu konsep asas dalam akidah Islam yang
terbahagi kepada tiga aspek: (a) tauhid uluhiyah: Keesaan dan
keunikan yang eksklusif tentang Allah sebagai satu-satunya Ilah
(sembahan) yang berhak disembah dan tidak ada sekutu bagi-
Nya, yang melibatkan perbuatan meyakini tentang keesaan
Allah, menerima syariat yang ditetapkan oleh Allah, dan
beribadat, menyembah, dan mengabdikan diri sepenuhnya
kepada Allah (surah al-Muminun 23:117; surah al-Anbiyaa 21:25);
(b) tauhid rububiyah: Keesaan dan keunikan eksklusif tentang
118
Allah sebagai Rabb, yang melibatkan perbuatan menyakini
bahawa Allah Yang maha Esa adalah satu-satunya Pemilik,
Pencipta, Pengurus, dan Penguasa alam semesta termasuk
manusia sendiri (surah az-Zumar 39:62; surah al-Araaf 7:54);
dan (c) tauhid nama dan sifat (asma wa sifat): Keesaan dan keunikan
eksklusif Allah dalam nama dan atribut, yang melibatkan
perbuatan menyakini bahawa Allah mempunyai nama-nama
(asma) yang paling baik sesuai dengan keagungan-Nya dan
memiliki segala sifat yang tinggi dan sempurna pada zat, nama,
sifat, dan perbuatan-Nya serta bersifat Maha Suci yang bebas
dari segala kekurangan (surah asy-Syura 42:11; surah al-Araaf
7:180). Tauhid rububiyah adalah syarat perlu, bukan syarat
mencukupi bagi mencapai iman dan Islam. Ini kerana terdapat
orang musyrik yang mengakui tauhid tersebut (surah Yunus
10: 31; surah az-Zukhruf 43:87). Sebaliknya, apabila seseorang
mengakui Allah sebagai Ilah (surah an-Naas 114:1-3; surah
an-Nahl 16:36), yakni satu-satunya sembahan yang dipatuhi
(tauhid uluhiyah), dia juga mesti menerima dan mengakui
Allah sebagai Rabb (surah al-Anaam 6:17-18, 164), yakni Allah
adalah satu-satunya Pemilik, Pencipta, dan Penguasa seluruh
alam semesta (tauhid rububiyah). Ringkasnya, konsep tauhid
merujuk keyakinan bahawa Allah adalah bersifat Esa dan tidak
ada sekutu bagi-Nya dalam rububiyah (ketuhanan), ibadah dan
penyembahan (uluhiyah), dan nama dan sifat (asma wa sifat).
Dewasa ini, terdapat pendukung pluralisme agama yang
mengaku diri mereka sebagai orang Islam, tetapi memutar-
belitkan tafsiran ayat al-Quran (lihat Jadual 5) dan berusaha
menghancurkan Islam yang merupakan acuan, celupan, atau
sibghah Allah (surah al-Baqarah 2:138). Strategi yang mereka guna
termasuklah membungkus dakwaan mereka dengan gagasan
dan jenama berbau Islam seperti pluralisme Islam (Islamic
pluralism), Islam liberal, dan kebenaran transenden (trancendental
truth) atau slogan popular seperti hak asasi manusia dan
kebebasan bersuara bagi mengelirukan umat Islam. Misalnya,
mereka mentafsirkan ayat 19 surah Ali-Imraan berdasarkan
fikiran mereka semata-mata sebagai bermaksud sebarang
119
agama yang membabitkan idea penyerahan diri kepada Tuhan
layak dipanggil agama Islam secara umum. Tafsiran seperti
ini sekali-kali tidak dapat diterima. Menurut perspektif Islam,
ayat tersebut menyatakan bahawa agama Islam merupakan
agama yang diredai dan diterima di sisi Allah, dan Islam yang
dimaksudkan merujuk kata nama khusus bagi agama yang
diturunkan oleh Allah kepada semua nabi dan rasul, dan
akhirnya disempurnakan oleh nabi Muhammad (surah asy-
Syura 42:13).
Jadual 5
Contoh Ayat Al-Quran disalahtafsirkan oleh Pendukung Pluralisme Agama
Ayat Al-Quran Salah Tafsir
Ayat 62 surah al-Baqarah (2)
Ayat 69 surah al-Maaidah (5)
Menggunakan ayat-ayat ini untuk
menyokong pandangan
bahawa janji keselamatan di akhirat
diberi sama rata
kepada semua pengikut agama.
Ayat 19 dan 85 surah Ali-Imraan (3) Menggunakan ayat-ayat ini untuk
menyokong pandangan
bahawa identiti Muslim diluaskan
kepada semua manusia
yang menyerah diri kepada tuhan,
dengan semuanya
dianggap sebagai Muslim secara
literal.
Ayat 48 surah al-Maaidah (5) Menggunakan ayat ini untuk
menyokong pandangan bahawa
syariah nabi-nabi terdahulu itu kekal
sah dan terpakai sampai
bila-bila. Ini kerana pelbagai syariah
nabi-nabi tidak
bercanggah antara satu sama lain.
Ayat 40 surah al-Hajj (22) Menggunakan ayat ini untuk
menyokong pandangan bahawa
Al-Quran mengakui kebenaran
agama lain.
120
Ayat 48 surah al-Maaidah (5) Menggunakan ayat ini untuk
menyokong pandangan bahawa
perbezaan agama merupakan cara
Allah mengajar manusia
berlumba-lumba menuju kebaikan.
Ringkasnya, satu Tuhan,
tetapi pelbagai jalan berbeza yang
sah.
Ayat 64 surah Ali-Imraan (3) Menggunakan ayat ini untuk
menyokong pandangan bahawa
terdapat satu platform persamaan
antara agama samawi.
Justeru, ahli Kitab juga adalah
penganut agama yang benar.
Ayat 110 surah al-Israa (17) Menggunakan ayat ini untuk
menyokong pandangan bahawa
nama-nama Tuhan bagi agama selain
Islam juga diakui sebagai
sah oleh al-Quran.

Agama Islam adalah satu-satunya agama yang berasaskan
cara hidup yang lengkap dan menyeluruh (syumul) yang diajar
dan disempurnakan oleh nabi Muhammad. Setelah turunnya
al-Quran, maka mansuhlah, terhapus, dan terbatal semua
sistem kepercayaan lain (surah al-Maaidah 5:49). Ajaran yang
terkandung dalam al-Quran dan al-Sunnah adalah universal,
sah, dan benar sampai akhir zaman. Pada asasnya pendukung
pluralisme agama menggunakan kaedah hermeneutik,
kontekstual, dan liberal untuk mentafsirkan ayat al-Quran, dan
mereka mengetepikan keadaan atau sebab turunnya sesuatu
ayat (asbabun nuzul), pendekatan bahasa, hubungan antara ayat-
ayat tertentu (al-tanasub bayn al-ayat), pendapat mufasir klasik,
dan kaedah tafsir dan tawil.
Ringkasnya, pandangan yang mengatakan bahawa
sebarang agama yang melibatkan penyerahan diri kepada
Tuhan layak dipanggil agama Islam secara umum, tanpa
sebarang syarat adalah bukan pendirian al-Quran. Menurut
121
perspektif Islam, agama sebenar seperti yang diperjelaskan oleh
al-Quran ialah agama para nabi dan rasul (anbia). Semuanya
adalah benar dan sah untuk pusingan zaman nubuwwah
mereka. Walau bagaimanapun, dengan datangnya pusingan
nubuwwah, wahyu al-Quran, dan shariat nabi Muhammad,
maka semua shariat yang terdahulu di atasi oleh syariat Baginda
dan yang lain itu tidak lagi sah (surah al-Maaidah 5:68). Nabi
Muhammad diutus oleh Allah sebagai penutup para nabi dan
rasul (khatam anbia) dan Baginda menjelaskan tentang kebenaran
dan kesahihan ajaran para nabi dan rasul terdahulu untuk
zaman mereka masing-masing. Setiap rasul membawa Islam
untuk umat pada zamannya. Namun begitu, dengan turunnya
wahyu al-Quran dan syariat nabi Muhammad atau kedatangan
Islam yang dibawa oleh nabi Muhammad, maka pegangan
agama terdahulu dimansuhkan.
Kita perlu berhati-hati dalam menjalani kehidupan
beragama dan berusaha dengan gigih untuk memerangi
pluralisme agama sampai ke akar umbi sebab ia boleh
merosak prinsip tauhid dan menghancurkan budaya menepati
kepercayaan agama. Dewasa ini, pluralisme agama datang
kepada umat Islam dalam bentuk yang halus dengan membawa
imej bahawa faham itu merupakan faham Islam yang lebih
moden, global, antarabangsa, dan progresif, dan sebahagian
penyebarnya pula terdiri daripada individu yang berpengaruh
dan berpendidikan tinggi. Oleh itu, terdapat kemungkinan
seseorang akan terjerumus secara perlahan-lahan ke dalam
pluralisme agama tanpa disedari. Misalnya, dewasa ini terdapat
kecenderungan sesetengah individu dan kumpulan dalam
kalangan orang Islam untuk memberi pujian dan sanjungan
kepada tokoh yang menjuarai pluralisme agama dan Islam
liberal (Yusri, 2010) dan melupai bahawa sebenarnya mereka
itu adalah penyebar ajaran sesat dan penderhaka kepada Allah
dan Rasul-Nya.
Dalam usaha mengelirukan umat Islam tentang ajaran
Islam yang sebenar, pendukung pluralisme agama turut
122
menggunakan pendekatan atomistik (selektif) dan penyetaraan
dua pernyataan yang bertentangan. Misalnya, mereka mengambil
satu dua dalil atau peristiwa dalam Islam tanpa melihatnya
sebagai sebahagian daripada keseluruhan dan kesatuan ajaran
Islam untuk memperkenalkan dan menjustifikasikan sesuatu
idea yang asing dalam Islam (Khalif Muammar, 2006). Begitu
juga, mereka cuba menyamakan perbuatan yang baik dengan
perbuatan yang benar. Menurut perspektif Islam, kedua-
dua perkara ini tidak semestinya sama. Misalnya, walaupun
penganut agama lain berusaha untuk melakukan kebaikan dan
mengamalkan moral yang baik, tetapi perbuatan mereka tidak
dianggap benar dan tidak mendatangkan sebarang kebaikan
kepada mereka pada hari akhirat (surah Ibrahim 14:18).
Berdasarkan perbincangan di atas, timbul satu persoalan,
Adakah Gagasan 1Malaysia tergolong dalam pluralisme
agama, khususnya sinkritisme teologi?. Pada asasnya, gagasan
tersebut menekankan kesatuan masyarakat Malaysia yang terdiri
daripada pelbagai bangsa dan agama menjadi warganegara
Malaysia, bukan pandangan bahawa semua agama yang wujud
di Malaysia adalah benar dan menuju kepada Tuhan yang sama.
Dari sudut pegangan agama, Gagasan 1Malaysia menggunakan
prinsip perbezaan, Bagi kamu agama kamu, bagi ku agama
ku dalam acuan Islam sebagai acuan atau agama rasmi negara
dan penganut agama lain bebas untuk mengamalkan agama
mereka, bukan prinsip persamaan (kesetaraan), Satu Tuhan
banyak jalan. Dengan kata lain, Gagasan 1Malaysia berusaha
untuk memupuk perpaduan atau menyatupadukan rakyat yang
berbilang bangsa dan agama di bawah payung perpaduan
nasional, bukan mencampur aduk pelbagai agama, akidah,
dan urusan ibadah di bawah payung kesatuan dan kesetaraan
agama. Dalam konteks ini, upacara keagamaan dan majlis rasmi
sesuatu agama yang melibatkan aspek akidah dan ibadah harus
dibezakan dengan majlis keraian dan sambutan kegembiraan
yang melibatkan aspek sosial atau politik. Penglibatan dalam
aktiviti yang mencampur aduk akidah dan ibadah pelbagai
agama boleh memesongkan orang Islam dari ajaran Islam yang
123
sebenar dan mencemari kesucian dan ketulenan ajaran Islam
itu sendiri.
Perpaduan yang dikehendaki dalam Gagasan 1Malaysia
amat berbeza daripada konsep asimilasi anjuran pluralisme
agama dalam mana perbezaan antara agama-agama
dilenyapkan dan digantikan dengan kesetaraan antara pelbagai
agama dan memasukkan semua agama dalam satu kerangka
atau keluarga yang besar. Sebaliknya, Gagasan 1Malaysia
mengiktiraf kepelbagai agama, memberi kebebasan kepada
penganut sesuatu agama untuk mengamalkan ajaran agama
mereka, dan menekankan kerjasama antara penganut pelbagai
agama untuk menjaga dan memakmurkan bumi Malaysia dalam
usaha menjadikan negara ini sebagai sebuah negara maju dan
bahagia seperti yang dihasratkan dalam Wawasan 2020. Untuk
mencapai hasrat tersebut, Gagasan 1Malaysia menekankan
pengamalan budaya yang progresif dan nilai aspirasi yang
tertentu seperti budaya menepati kepercayaan agama, bukan
budaya penerimaan dan pengakuan akan kebenaran yang sama
rata bagi semua agama.
Ringkasnya, Gagasan 1Malaysia sebagai satu gagasan
pembangunan negara dan faham kesatuan transenden agama-
agama sebagai satu gagasan teologi adalah dua perkara yang
berbeza. Bahkan perbuatan mencampur aduk akidah, ibadah,
dan amalan keagamaan bagi pelbagai agama yang terdapat di
negara ini boleh membuat Gagasan 1Malaysia menjadi keliru
dan bercelaru. Menurut perspektif Islam, perbuatan mencampur
aduk akidah dan ibadah umat Islam dengan akidah dan ibadah
penganut agama lain adalah dilarang. Pelaksanaan Gagasan
1Malaysia menuntut agar setiap warganegara bersifat jujur,
ikhlas, dan benar tentang perkara yang melibatkan akidah dan
ibadah. Misalnya, bagi orang Islam, kebenaran adalah agama
Islam, manakala menurut perspektif penganut agama lain,
kebenaran adalah agama yang mereka anuti (surah al-Kaafirun
109: 1-6). Namun begitu, perbezaan pandangan tentang
kebenaran bukan menjadi alasan untuk tidak bekerjasama
124
dalam menyuburkan perpaduan dan membina negara maju
yang bahagia.
Sebagai rumusan, ungkapan menepati kepercayaan agama
merujuk usaha menterjemahkan dan mengaplikasikan
ajaran agama dengan penuh pemahaman, komitmen,
dan kesempurnaan dalam kehidupan seharian. Sebagai
tambahan, setiap individu perlu membentuk akhlak yang
mulia, menegakkan keadilan sesama manusia, mendalami
ilmu tentang ajaran agama, dan menjauhi amalan yang keji
bagi memperkukuhkan pegagan agama atau iman dan takwa
kepada Allah. Adil merujuk sesuatu yang berada dalam
keadaan yang seimbang, saksama, dan harmonis dalam alam
sekitar dan dalam seluruh kewujudan. Keadilan pula terbentuk
apabila manusia mempunyai keupayaan untuk mengenali dan
mengakui kedudukan yang sebenar bagi sesuatu perkara dan
kerelaan mereka untuk memainkan peranan atau menjalani
kehidupan berdasarkan pengenalan dan pengakuan tersebut
(Syed Muhammad Naquib, 1995).
Seterusnya, setiap individu perlu prihatin terhadap perkara
yang boleh melemahkan iman dan takwa seperti kurang ilmu,
kurang kecekapan, kurang amal soleh, kurang berfikir tentang
perkara yang boleh memperkukuhkan atau meruntuhkan iman,
berterusan melakukan maksiat, terpengaruh dengan budaya
hedonisme, kabur tentang perkara halal dan haram, terpengaruh
dengan faham kebebasan akal yang terlepas daripada bimbingan
agama, terpedaya dengan faham kebebasan sains dan teknologi
daripada kawalan etika dan agama, terperangkap dengan
tarikan konsumerisme atau sekularisme, dan kurang integriti,
iaitu kegagalan untuk menunaikan janji yang dibuat kepada diri
sendiri dan kepada orang lain.
Satu implikasi daripada prinsip menepati kepercayaan
adalah pemahaman dan penghayatan agama yang betul, padu,
dan tepat serta penghayatan nilai murni dan akhlak yang mulia
oleh setiap individu merupakan satu strategi penting dalam
125
membentuk, meningkatkan, dan memperkukuhkan perpaduan
dalam kalangan rakyat Malaysia yang berbilang kaum dan
agama. Sebagai tambahan, kita tidak boleh mempercayai kata
orang yang belum tentu benar salahnya, khabar yang belum
pasti sah tidaknya, propaganda, dan perkara karut (tahayul).
Perbuatan bertaklid buta, hanya menurut sahaja, atau hanya
mengikut sahaja kata orang tanpa usul periksa terlebih dahulu
boleh menyulitkan proses perpaduan antara kaum berbilang
bangsa dan agama. Mengingati kata orang tua-tua, percaya
pada anak, buta mata sebelah; percaya pada orang lain, buta
mata kedua-duanya; dan percaya kepada orang baik-baik
sedikit pun ada juga aniayanya dan jikalau percaya kepada
orang jahat, apatah lagi. Kita tidak boleh terlalu mengharapkan
kepada orang lain untuk mengerjakan sesuatu tugas yang
kritikal seperti menentukan kebenaran sesuatu khabar, tetapi
kita sendiri perlu memeriksa dan menelitinya dengan halusi.
Menepati Pengetahuan
Istilah pengetahuan merujuk suatu idea yang dibina oleh pemikiran
individu secara aktif bagi memenuhi matlamat yang tertentu,
bukan suatu komoditi yang diterima atau diserapkan secara pasif
daripada persekitaran luar sama ada melalui persepsi yang teliti
atau melalui komunikasi berbahasa. Dalam konteks ini, kognisi
atau proses mental berperanan dalam mengorganisasikan
pengalaman individu, bukan dalam menemui atau mewakilkan
realiti ontologi yang objektif (Nik Azis, 1999b). Ungkapan
mengetahui sesuatu perkara pula membabitkan proses adaptasi
kelolaan sendiri dan ia diubahsuai secara berterusan
berdasarkan perkara baru yang dialami. Oleh itu, mengetahui
sesuatu perkara bermaksud mengetahui cara untuk membuat
atau membentuk perkara tersebut.
Seseorang individu dianggap mengetahui sesuatu
perkara hanya apabila dia dapat menerangkan komponen
yang membentuk perkara tersebut dengan jelas. Seterusnya,
ungkapan menepati pengetahuan bermaksud melakukan amalan dan
126
tindakan yang betul-betul berasaskan pengetahuan yang jelas
dan benar, bukan berasaskan khayalan, keraguan, kekaburan,
ketidakpastian, kesamaran, atau prasangka. Sebarang amalan
atau tindakan yang berasaskan sangkaan tanpa ilmu atau
pengetahuan yang sebenar boleh menyesatkan diri sendiri dan
melemahkan usaha perpaduan. Satu soalan yang timbul ialah,
bagaimanakah cara untuk menepati pengetahuan bagi sesuatu
tugas atau kerja?
Pada asasnya, setiap tugas atau kerja mempunyai bidang,
matlamat, skop, prosedur, spesifikasi, piawaian, kemahiran,
sasaran, dan produk yang tertentu. Setiap pekerja perlu
mengetahui perkara ini secara mendalam dan berusaha dengan
gigih untuk melaksanakan atau mencapainya dengan berkesan.
Seterusnya, oleh sebab perkara ini boleh berubah dari semasa ke
semasa, setiap pekerja perlu prihatin terhadap perubahan dan
pembaharuan dengan mengamalkan pembelajaran sepanjang
hayat. Pekerja yang produktif ialah pekerja yang berwawasan,
berfikiran besar, berfikiran baru, berfikiran terbuka, berfikiran
jauh ke hadapan, dan sentiasa mengembangkan daya intelektual,
inovasi, kreativiti, dan kerjasama.
Budaya menepati pengetahuan menuntut kita
meningkatkan kesedaran, memperluaskan pemahaman,
dan mengambil alih kawalan terhadap corak pemikiran kita,
pandangan kita terhadap dunia, komitmen kita terhadap
kerja, dan kepercayaan kita tentang apa yang patut dan perlu
dilakukan daripada pengaruh luar atau asing. Apa sahaja
yang mengeruhkan matlamat kita; mengelirukan kepercayaan
kita; mencelarukan fikiran kita; menghalang kita daripada
menunaikan tanggungjawab kepada Tuhan, diri sendiri,
masyarakat, dan alam sekitar; meningkatkan kekuatan hawa
nafsu sehingga mengatasi kekuatan fikiran rasional dan pegangan
agama, adalah perkara negatif bagi kita biar bagaimana baik
rupanya kepada kita. Perkara tersebut perlu diatasi dengan
bijaksana. Seterusnya, kita perlu menjauhi amalan tahu sedikit
tetapi cakap besar, cakap panjang meleret-leret tetapi isinya
127
tidak berapa, dan cakap besar tetapi kerja satu pun tidak dapat
dibuatnya.
Dalam usaha merealisasikan prinsip menepati
pengetahuan, seseorang individu perlu memiliki pengetahuan
yang berguna. Antara lain, pengetahuan tersebut boleh
dikelaskan kepada lapan jenis berdasarkan peranan
mereka dalam pelaksanaan sesuatu tugas (lihat Rajah 15):
Pengetahuan kontekstual (keadaan, kedudukan konteks, latar
belakang, lokasi, seting, atau suasana sesuatu perkara atau
masalah), pengetahuan fakta dan linguistik (unsur asas seperti
terminologi, perbendaharaan kata, simbol, bahasa, fakta),
pengetahuan konseptual (saling hubungan antara unsur-unsur
asas yang membentuk sesuatu konsep, kategori, prinsip, model),
pengetahuan prosedur (tata cara dan operasi bagi menjalankan
sesuatu tugas), pengetahuan strategik (kaedah umum, heuristik,
atau strategi dalam membuat keputusan, pertimbangan,
penilaian, dan menjana alternatif; cara untuk menyusun,
mentafsirkan, menstrukturkan, menganalisis maklumat),
pengetahuan etika (norma, nilai, adab, akhlak), pengetahuan
meta kognitif (kesedaran, kawalan, penilaian, penganalisisan,
pengawasan pemikiran sendiri), dan pengetahuan rohani
(pegangan, kebijaksanaan, kepastian, keyakinan, kebenaran).
Pada umumnya, pengetahuan yang diperlukan untuk
mengamalkan prinsip menepati pengetahuan dengan berkesan
membabitkan gabungan pengetahuan aqli (sains dan teknologi)
dan pengetahuan naqli (agama). Seterusnya, kejayaan seseorang
individu dalam mengamalkan prinsip menepati pengetahuan
bukan terjana daripada satu tindakan tunggal semata-mata,
tetapi terjana daripada urutan tindakan yang konsisten dan
koheren merentasi masa. Sesuatu tabiat yang baik hanya
terbentuk melalui gabungan kepercayaan, pengetahuan,
kemahiran, kemahuan bertindak, sikap, dan motivasi yang
kukuh dan relevan. Manusia yang mementingkan nafsu dan
akal, tetapi mengetepikan tuntutan jiwa, rohani, dan agama
tidak dapat merealisasikan prinsip menepati pengetahuan
128
dengan berkesan sebab manusia yang tak berhati mudah sesat
dan menyesatkan orang lain. Kesejahteraan dan kebahagiaan
hidup hanya dapat dicapai dengan memenuhi setiap tuntutan
ilmu dan peradaban yang unggul.
Rajah 15. Jenis pengetahuan yang terkandung dalam amalan menepati
pengetahuan
Dalam usaha memenuhi tuntutan di atas, perolehan
pelbagai jenis ilmu fardu ain (ilmu agama) dan fardu kifayah
(ilmu sains dan teknologi) secara meluas dan mendalam, dan
menggunakan ilmu tersebut dengan penuh tanggungjawab
adalah amat penting. Objek perolehan terdiri daripada beberapa
perkara seperti fakta dan kemahiran, data dan maklumat,
pengetahuan, dan ilmu, dalam masa setiap perkara ini
mempunyai tingkat-tingkat kewujudan yang tertentu. Fakta dan
kemahiran dapat diperoleh atau dikuasai melalui penglibatan
aktif seperti latihan, latih tubi, dan hafalan, manakala data dan
maklumat pula dapat diperoleh melalui proses penglibatan aktif
dan refleksi. Seterusnya, pengetahuan diperoleh atau dijana
melalui penglibatan aktif, refleksi, dan abstraksi, manakala
ilmu pula dapat diperoleh melalui penglibatan aktif, refleksi,
abstraksi, penghayatan, dan pengadaptasian atau penyesuaian
dengan prinsip yang terkandung dalam sistem rujukan mutlak
(lihat Jadual 8). Perlu dinyatakan bahawa fakta dan kemahiran
merupakan bahan mentah bagi aktiviti pemprosesan maklumat,
manakala maklumat yang telah diproses pula merupakan
bahan mentah aktiviti pembinaan pengetahuan. Seterusnya,
129
pengetahuan yang khusus adalah bahan mentah bagi aktiviti
pembentukan ilmu. Inilah yang apa disebut sebagai hierarki
dalam objek yang membentuk ilmu atau ringkasnya, hierarki
ilmu, dalam mana objek-objek keilmuan tersusun secara
menegak.
Satu amalan negatif bagi budaya menepati pengetahuan
ialah perbuatan taklid buta dan ketaasuban melulu. Istilah
taklid buta merujuk hanya menurut, meniru, atau meneladani
orang lain; menurut dan mengikut sahaja kata orang lain;
berpegang sahaja pada pendapat orang lain; atau percaya
bulat-bulat kata orang lain tanpa usul periksa terlebih dahulu;
manakala istilah taasub melulu pula merujuk berpegang
secara keterlaluan kepada sesuatu pendapat dan berusaha
mempertahankannya tanpa dalil, alasan, atau keterangan yang
menjadi bukti yang jelas tentang kebenaran pendapat tersebut.
Dalam sejarah peradaban Islam, fenomena inilah yang mula-
mula menyebabkan berlakunya kemerosotan intelektual yang
dahsyat dalam peradaban tersebut. Kemerosotan intelektual
itu pula diikuti dengan kehilangan kepemimpinan intelektual,
yang akhirnya membawa kepada kemerosotan kekuatan politik
umat Islam (Qaradawi, 1988). Dalam keadaan tertekan dan
terhimpit, sebahagian manusia cenderung untuk mengamalkan
mekanisme bela diri, iaitu mereka menyalahkan orang lain bagi
kelemahan dan kepincangan diri sendiri.
Orang yang bertaklid ialah orang yang menerima
sebarang maklumat atau berita secara pasif dan membuta tuli
serta menurut perintah atau suruhan tanpa usul periksa dan
tanpa pemahaman yang jelas. Mereka juga tidak berminat
untuk membuat penjanaan baru atau menghasilkan inovasi dan
pembaharuan yang bermanfaat dalam urusan duniawi. Malah,
mereka seakan-akan menganggap bahawa semangat inovasi,
mencipta, meneroka, dan berfikir secara kreatif dalam domain
perkara yang boleh berubah sebagai suatu yang merugikan
dalam era globalisasi dan teknologi digital. Akibatnya, ruang
dan jalan untuk membuat penerokaan dan penghasilan idea
130
baru menjadi sempit. Tingkah laku seperti ini mempunyai
kesan yang buruk terhadap pembentukan masyarakat yang
berdaya maju.
Jadual 8
Perkara Yang Membentuk Perolehan Ilmu
Objek Yang
Hendak
Diperoleh
Proses Perolehan Matlamat dan Hasil Perolehan
Yang Diharapkan
Ilmu Penglibatan aktif, refleksi,
abstraksi, penghayatan,
pengadaptasian
Pembinaan ilmu bagi pembangunan
diri, pengembangan nilai,
pembentukan
akhlak, pembudayaan ilmu
Pengetahuan Penglibatan aktif, refleksi,
abstraksi
Penjanaan pengetahuan yang
sofistikated dan berfaedah
Data dan maklumat Penglibatan aktif, refleksi Pemprosesan data dan maklumat
dengan berkesan
Fakta dan kemahiran Penglibatan aktif
yang tinggi
Penguasaan fakta dan kemahiran

Pemikiran bertaklid boleh melahirkan satu bentuk gaya
hidup yang bersifat fatalistik, iaitu percaya bahawa segala
sesuatu itu ditentukan oleh nasib semata-mata. Untuk maju, kita
perlu membebaskan diri daripada tabiat bertaklid, iaitu dengan
menjalankan aktiviti belajar sepanjang hayat. Tujuannya
adalah untuk memahami dan menghayati sebarang perkara
bermanfaat yang berkaitan dengan pembangunan diri dan
negara. Ilmu merupakan sumber yang dapat mengilhamkan
buah fikiran yang segar dan dinamik. Pemahaman yang lebih
baik tentang dasar-dasar kerajaan dan peruntukan Perlembagaan
Persekutuan boleh membantu peningkatan yang dramatik dan
signifikan dalam usaha mengembangkan perpaduan dalam
kalangan rakyat Malaysia yang berbilang kaum dan agama.
Sebaliknya, prasangka, iaitu konjektur perolehan yang
berasaskan spekulasi subjektif semata-mata boleh menutup
jalan ke arah kebenaran dan menyulitkan usaha untuk
131
mengembangkan perpaduan dalam kalangan rakyat Malaysia
seperti yang diinginkan. Amalan negatif yang lain bagi budaya
menepati pengetahuan termasuklah menyekat pemikiran baru,
memperkecilkan usaha inovasi, mempertahankan kedudukan
sedia ada secara membuta tuli, takut menghadapi cabaran
intelektual, jahil dan tidak mengakui akan kejahilannya, tidak
bersedia untuk mempelajari perkara baru, malas berusaha untuk
melengkapkan diri dengan pengetahuan bagi pembangunan
diri, tidak mempunyai inisiatif sendiri, mudah putus asa, tidak
peduli terhadap teguran dan nasihat, dan tidak menggalakkan
percambahan fikiran dan aktiviti kreatif.
Ringkasnya, budaya menepati pengetahuan meng-
implikasikan bahawa pendekatan masa silam yang sepi tidak
mencukupi untuk membantu kita membangunkan sebuah
negara maju mengikut acuan sendiri. Kita perlu berfikiran
baru, menguasai kemahiran baru, dan menggunakan peralatan
yang baru. Malah cabaran ekonomi, pendidikan, perniagaan,
perundangan, sosial, dan politik yang baru memerlukan
tindakan dan tabiat baru. Oleh sebab cabaran baru ini bukan
sahaja akan terus wujud, tetapi akan berkembang pada masa
akan datang, budaya ketepatan pengetahuan menjadi semakin
diperlukan. Dalam konteks ini, ilmu pengetahuan merupakan
asas kepada kejayaan kita menangani cabaran baru.
Ilmu pengetahuan boleh diibaratkan sebagai lampu
yang menerangi kehidupan manusia dan petunjuk dalam
usaha mencapai kejayaan. Orang yang jahil ialah orang yang
tidak memiliki lampu atau memiliki lampu yang malap dan ini
membuat mereka hidup dalam kegelapan atau kekaburan. Bagi
orang Islam, kejayaan Gagasan 1Malaysia banyak bergantung
pada kesediaan mereka untuk berubah selari dengan tuntutan
Islam yang sebenar. Kekeliruan kepercayaan dan kecelaruan
fikiran boleh menggagalkan usaha mereka. Perpaduan
yang sebenar dalam kalangan rakyat Malaysia hanya dapat
dibina berasaskan nilai keimanan, ketakwaan, keilmuan, dan
keagamaan. Kemantapan pengembangan nilai-nilai ini akan
132
menghasilkan budaya, pegangan, dan akhlak hidup yang
tinggi. Kita perlu sentiasa berusaha untuk mengetahui dan kita
mengetahui bila kita tidak tahu; bukan kita berusaha untuk
mengetahui dan kita tidak mengetahui bila kita tidak tahu.
Fenomena kemudian boleh meletakkan kita dalam keadaan
tahu sedikit tetapi bercakap besar.
Menepati Akhlak
Istilah akhlak berasal daripada perkataan Arab akhlaq, iaitu
kata jamak bagi istilah khuluq yang bermaksud keadaan
jiwa yang mendorong manusia untuk melakukan tindakan dan
tingkah laku tanpa pertimbangan yang terperinci, penelitian
yang mendalam, atau pemikiran yang panjang, sebab tindakan
dan tingkah laku tersebut sudah menjadi tabiat dan kebiasaan
bagi mereka. Sebaliknya, tindakan, kecenderungan, atau
tingkah laku yang jarang dilakukan, tingkah laku yang tidak
berterusan, atau tingkah laku yang tidak menjadi kebiasaan
bukan merupakan contoh akhlak.
Dengan kata lain, akhlak berkaitan dengan ciri ketekalan
sesuatu keadaan dalam jiwa manusia yang daripadanya
terbentuk tingkah laku yang konsisten dan berterusan yang
dilakukan secara automatik atau spontan. Sebarang tindakan
atau tingkah laku yang terbentuk daripada proses berfikir
dan membuat pertimbangan yang lama tidak dianggap
sebagai akhlak. Misalnya, seseorang membuat penelitian
yang mendalam dan berfikir dengan lama sebelum memberi
sumbangan kepada mangsa letupan gunung berapi yang sangat
memerlukan bantuan belum boleh dianggap sebagai orang
yang mempunyai akhlak yang pemurah. Sesuatu tindakan atau
perbuatan perlu memenuhi dua kriteria bagi membolehkannya
dianggap sebagai terjemahan, gambaran, atau kesan akhlak:
(a) perbuatan yang dilakukan secara tetap, konsisten, dan
berterusan sehingga menjadi tabiat atau kebiasaan, dan (b)
perbuatan yang lahir daripada dorongan dalaman, bukan suatu
yang dipaksa atau dibuat-buat sahaja. Perlu dinyatakan bahawa
133
walaupun akhlak boleh dikenal pasti melalui kelakuan tetap
yang menjadi kebiasaan, tetapi ketiadaan kelakuan tertentu
yang menjadi kebiasaan bukan bererti seseorang itu tidak
mempunyai akhlak. Seseorang individu mungkin memiliki
ciri akhlak yang khusus, tetapi ciri itu tidak dipaparkan atau
diterjemahkan ke dalam bentuk tingkah laku yang spesifik
sebab individu tersebut tidak mempunyai alasan, peluang, atau
keupayaan untuk berbuat demikian. Misalnya, seorang yang
sangat miskin tidak mempunyai apa-apa untuk didermakan
kepada mangsa tsunami walaupun dia bersifat pemurah. Kita
tidak boleh menganggap orang itu kedekut semata-mata sebab
dia tidak memberi sebarang bantuan. Kita perlu mengenal
pasti alasan bagi tindakan dan tingkah laku seseorang sebelum
membuat sebarang keputusan tentang akhlaknya.
Manusia akan melakukan tindakan dan perbuatan
yang mencerminkan ciri tetap dalam jiwa mereka. Tindakan
atau perbuatan tersebut boleh jadi baik atau buruk. Manusia
bergantung pada norma masyarakat, adat resam, tatasusila
komuniti, kebiasaan kumpulan sosial, cita rasa masyarakat,
atau ajaran agama untuk menilai baik buruk sesuatu tingkah
laku. Biar apa pun, jikalau ciri jiwa menimbulkan perlakuan
yang baik dan terpuji berdasarkan pertimbangan agama dan
fikiran rasional, maka perlakuan tersebut dinamakan akhlak
yang mulia atau luhur (akhlak mahmudah). Sebaliknya, jikalau
ciri jiwa menimbulkan perlakuan yang keji dan terkutuk
berdasarkan pertimbangan agama dan fikiran rasional, maka
perlakuan itu dinamakan akhlak yang buruk atau tercela (akhlak
mazmumah). Akhlak tidak dapat dibentuk atau dikembangkan
kecuali melalui proses yang berkekalan, berpanjangan, koheren,
konsisten, dan berterusan.
Akhlak menggambarkan keadaan jiwa seseorang insan.
Oleh sebab jiwa yang suci dan bersih terbentuk di atas tapak
keimanan dan ketakwaan kepada Allah, maka kekuatan
keimanan dan ketakwaan kepada Allah menjadi perkara utama
dalam perkembangan dan penyempurnaan akhlak. Dalam
134
melaksanakan tanggungjawab asas, akhlak boleh dibahagi
kepada empat komponen, iaitu akhlak terhadap Allah, akhlak
terhadap diri sendiri, akhlak terhadap orang lain (ibu bapa,
anak, suami atau isteri, keluarga, jiran, kawan, guru, orang
tua, masyarakat, bangsa, negara, umat), dan akhlak terhadap
alam sekitar. Misalnya, akhlak terhadap Allah termasuklah
beribadat, berzikir, berdoa, bertawakal, dan bertawaduk kepada
Allah semata-mata, manakala akhlak terhadap diri sendiri pula
termasuklah belajar sepanjang hayat, berfikiran terbuka, sabar,
syukur, tekun, kemas dalam pembawaan, gigih berusaha, dan
berpandangan jauh.
Manusia terbentuk daripada gabungan unsur rohani
yang bersifat ghaib dan unsur jasmani yang bersifat nyata.
Ini bukan bererti manusia mempunyai dua hakikat yang
saling bertentangan antara satu sama lain (dualisme), tetapi
satu hakikat (realiti) yang mempunyai dua aspek, iaitu zahir
(jasmaniah) dan batin (rohaniah). Dalam kehidupan duniawi,
setiap roh diberikan jasad sebagai alat untuk membentuk
hakikat kemanusiaan. Untuk mengembangkan hakikat ini,
roh menjalankan beberapa tugas yang tertentu. Sebutan khas
seperti kalbu, akal, jiwa, dan ruh digunakan untuk menandakan
fungsi roh pada tahap kewujudan yang berbeza. Setiap sebutan
ini mempunyai dua pengertian atau dimensi, iaitu dimensi
kebendaan atau aspek fizikal, dan dimensi bukan kebendaan
atau aspek kerohanian (lihat Jadual 9).
Dari sudut jasmani, jiwa merujuk tabiat dan perwatakan
manusia, manakala dari sudut rohani pula, jiwa merujuk
hakikat manusia secara menyeluruh. Jiwa mengandungi daya
kehaiwanan (nafsu syahwat) dan daya intelek yang berkonflik
secara berterusan. Apabila jiwa manusia dikuasai sepenuhnya
oleh daya intelek, ia menjadi tenang dan terhindar daripada
kekeliruan, kegelisahan, dan kepalsuan. Jiwa seperti ini dikenali
sebagai jiwa yang tenteram (jiwa mutmainnah). Sebaliknya,
apabila jiwa manusia dipengaruhi oleh daya kehaiwanan (hawa
nafsu) sehingga ia berada dalam keadaan yang gelisah, bertukar-
135
tukar, dan berubah-ubah antara keadaan sedar diri untuk
mematuhi ajaran agama dengan keadaan lalai diri (ghafala)
untuk mentaati perintah Tuhan, maka jiwa ini dikenali sebagai
jiwa yang mencela diri sendiri (jiwa lawwamah). Jiwa ini sedar
tentang yang mana betul dan yang mana salah, berkeinginan
untuk melawan tarikan hawa nafsu, dan menyesali perbuatan
maksiatnya, tetapi ia belum stabil dan tetap dalam keimanan
yang kukuh. Jiwa ini mencela atau menempelak dirinya apabila
melakukan kesalahan, tetapi tidak mempunyai kekuatan untuk
meninggalkan perbuatan yang melanggar ajaran agama.
Jadual 9
Lima Fungsi Roh Manusia
Fungsi Aspek Kebendaan Aspek Kerohanian
Kalbu
(al-qalb)
Organ hati Terlibat dalam proses menerima hidayah,
intuisi, ilham,
pembentukan ilmu; menjadi pusat
kesedaran diri; tempat
menerima makna; tempat suara hati.
Akal
(al-aql)
Organ otak Terlibat dalam proses persepsi, konsepsi,
pemahaman,
penaakulan, pemikiran, pembinaan
pengetahuan, penilaian,
pertimbangan, pengawasan, dan
pembuatan keputusan.
Jiwa
(al-nafs)
Personaliti
dan tabiat
Mengurus tubuh badan; mencerminkan
hakikat manusia
secara menyeluruh; menjadi pusat nafsu
dan daya
kehaiwanan.
Ruh
(al-ruh)
Nyawa yang
menandakan
hidup mati jasad
Identiti istimewa atau entiti abstrak yang
membezakan
manusia dengan haiwan dan tumbuhan.
136
Akhir sekali, jiwa yang dikuasai sepenuhnya oleh daya
kehaiwanan sehingga menggerakkannya untuk menjadi buas,
tamak, sombong, egois, dan sanggup melakukan apa sahaja bagi
memuaskan nafsu syahwat dikenali sebagai jiwa yang menyuruh
berbuat jahat (jiwa ammarah bi su). Ringkasnya, hakikat jiwa
manusia boleh digambarkan sebagai pergerakan di atas satu
garis kontinum (lihat Rajah 16). Maju mundur seseorang insan
dalam perkembangan jiwanya bergantung pada keadaan sama
ada kekuatan akal rasional menguasai dirinya yang memajukan
dan mengutuhkan akhlaknya atau kekuatan nafsu syahwat
menguasai dirinya yang memundurkan atau meruntuhkan
akhlaknya.
Hakikat Jiwa:

Jiwa Yang Menyuruh Jiwa Yang Mencela Jiwa Yang Tenteram
Berbuat Jahat Diri Sendiri
Rajah 16. Kedudukan hakikat jiwa manusia di atas satu garis kontinum
Konsep akhlak mencakupi konsep moral dan etika.
Istilah moral berasal daripada perkataan Latin, iaitu moralis
yang bermaksud budi pekerti, perwatakan, atau adat resam,
manakala istilah etika pula berasal daripada perkataan Yunani,
iaitu ethos yang bermaksud adat, tabiat, atau keadaan normal
bagi manusia (Nik Azis, 2008). Biasanya, istilah etika merujuk
amalan atau kelakuan tertentu, sedangkan istilah etika pula
merujuk rasional menyeluruh atau satu himpunan prinsip yang
menyokong atau tidak menyokong amalan tersebut.
Dengan kata lain, moral merujuk tindakan yang khusus,
manakala etika pula merujuk taakulan dan alasan yang
mendasari tindakan tersebut. Konsep akhlak pula merujuk
seluruh aspek kehidupan manusia seperti cara berfikir, cara
bertindak, aktiviti harian, sikap, watak, tabiat, gaya hidup,
minat, emosi, pegangan hidup, dan cara pembawaan diri
dalam pergaulan sesama manusia (Nik Azis, 2009). Akhlak
137
meliputi dimensi rohani dalam bentuk akidah dan kejiwaan,
dan dimensi zahir atau fizikal dalam bentuk tindakan, perangai,
dan watak. Dengan kata lain, akhlak bermaksud keperibadian,
perwatakan, personaliti, pembawaan diri, gaya hidup, budi
pekerti, dan perilaku yang telah menjadi tabiat kebiasaan
yang tidak memerlukan seseorang untuk berfikir panjang bagi
melakukannya. Konsep akhlak mempunyai pengertian yang
lebih menyeluruh dan mendalam daripada konsep moral
dan etika dalam erti kata segala tindakan dan operasi yang
membentuk akhlak yang baik mempunyai satu dan hanya satu
tujuan utama, iaitu untuk mendapat keredaan Tuhan semata-
mata, bukan untuk mendapat pujian, pengiktirafan, insentif,
balasan, atau sokongan daripada manusia.
Ringkasnya, konsep akhlak berbeza daripada konsep
moral dan etika dari sudut skop dan piawai ukuran baik buruk
yang digunakan. Misalnya, dari sudut skop, akhlak meliputi
domain rohani, kognitif, afektif, dan fizikal (dimensi fizikal
dan metafizik), sedangkan moral dan etika banyak bertumpu
kepada domain kognitif, afektif, dan jasmani (dimensi fizikal
dan kebendaan) sahaja. Dari sudut piawai ukuran baik buruk
pula, standard, kayu ukur, atau rujukan bagi menilai baik buruk
akhlak ialah ajaran agama (struktur rujukan mutlak), sedangkan
piawai bagi menentukan baik buruk moral dan etika pula ialah
adat, tatasusila, dan kebiasaan yang diterima masyarakat; fikiran
rasional; kesepakatan pandangan kumpulan individu; atau
cita rasa masyarakat. Jikalau masyarakat menganggap sesuatu
perbuatan itu baik, maka baik pulalah nilai perbuatan tersebut.
Oleh itu, standard ukuran atau nilai akhlak adalah mutlak,
abadi, dan sejagat, sedangkan standard ukuran atau nilai moral
dan etika pula adalah relatif, sementara, dan setempat.
Akhlak adalah satu perkara yang sangat penting dalam
kehidupan manusia. Dalam satu hadis riwayat Bukhari,
Rasulullah bersabda: Sesungguhnya aku diutus untuk
menyempurnakan akhlak yang mulia. Akhlak yang mulia
atau baik (husnul khuluq) terbentuk apabila seluruh kehidupan
138
individu berasaskan keimanan dan ketakwaan kepada Tuhan,
manakala akhlak yang buruk (suul khuluq) pula terbentuk apabila
individu melanggar ajaran agama. Terdapat empat blok asas
bagi pembentukan akhlak manusia, iaitu unsur syahwat, unsur
marah, unsur kesyaitanan, dan unsur ketuhanan (Nik Azis,
1999a). Sekiranya tiga dari blok ini, iaitu unsur syahwat, unsur
marah, dan unsur kesyaitanan berkembang menjadi unsur yang
dominan, maka manusia tidak akan berjaya untuk membentuk
akhlak yang mulia. Sebaliknya, jikalau perkembangan tiga
blok asas, iaitu unsur syahwat, marah, dan ketuhanan dikawal
dengan rapi menerusi daya fikiran rasional dan keimanan
kepada Allah, maka manusia akan berjaya untuk membentuk
akhlak yang tinggi. Dengan kata lain, akhlak yang mulia hanya
terbentuk melalui pelaksanaan suruhan Allah dan menjauhi
larangan-Nya.
Berdasarkan perbincangan di atas, ungkapan menepati
akhlak merujuk pembentukan dan pengembangan akhlak yang
mulia melalui gabungan aktiviti utama seperti disiplin diri yang
tinggi, amal yang soleh, sikap yang positif, watak yang baik, gaya
hidup yang kemas, fikiran yang terbuka, emosi yang matang,
akidah yang kukuh, perilaku yang bersopan santun, pergaulan
yang beradab, dan pengetahuan yang mendalam. Al-Ghazali
(1990) menganjurkan model bersepadu yang boleh digunakan
untuk mengembangkan budaya menepati akhlak (lihat Rajah
17). Dalam model tersebut, setiap individu dikehendaki
untuk membina, mengembangkan, mempertahankan, dan
memperkukuhkan empat kekuatan asas, iaitu kekuatan
ibadat, kekuatan adab seharian, kekuatan menjauhi perkara
yang membinasakan, dan kekuatan melakukan perkara yang
menyelamatkan. Setiap kekuatan asas mengandungi sepuluh
aktiviti kritikal.
139
Rajah 17. Model bersepadu bagi pengembangan budaya menepati akhlak
Secara khusus, kekuatan ibadat diperoleh melalui
pelaksanaan sepuluh aktiviti, iaitu membina kekuatan
pengetahuan, membina kekuatan akidah, mengamalkan
aktiviti bersuci diri (taharah), mengerjakan solat, mengeluarkan
zakat, melakukan puasa, menunaikan haji, membaca al-
Quran, membaca doa dan zikir, dan melakukan ibadat malam
dan wirid. Kekuatan adab seharian pula diperoleh melalui
pengembangan adab makan dan minum; adab perkahwinan;
adab bekerja dan berusaha; pengetahuan tentang perkara halal
dan haram; adab pergaulan sosial; adab mengasingkan diri;
adab melancong; adab mendengar muzik; adab menggalakkan
kebaikan, mencegah kemungkaran, dan menggalakkan
jihad; dan pemahaman tentang adab dan akhlak kehidupan
Rasulullah.
Seterusnya, kekuatan menjauhi perkara yang
membinasakan diperoleh melalui usaha menjauhi diri daripada
perbuatan tidak memahami hakikat insan; cuai dalam usaha
melatih dan membiasakan diri untuk membentuk akhlak yang
mulia; terperangkap dengan tarikan syahwat perut dan syahwat
jantina; buruk percakapan; lekas marah, dendam, dan dengki;
mencintai dunia; kikir dan tamak harta; mencintai pangkat dan
riyak; takbur, angkuh, dan besar diri; dan mudah terpedaya,
lalai, dan lupa. Akhir sekali, kekuatan melakukan perkara yang
menyelamatkan diperoleh melalui usaha melakukan taubat;
sabar dan syukur; takut dan berharap kepada Allah; hidup
140
sederhana; tawakal kepada Allah; lembut hati, murah hati,
tangan terbuka, rendah hati, baik hati, dan belas kasihan; benar,
ikhlas, dan niat baik; menilai keadaan diri pada masa lalu dan
masa kini; memikirkan keadaan diri pada masa akan datang;
dan mengingati mati. Borang Penilaian Penjernihan Jiwa boleh
membantu kita untuk mengenal pasti kekuatan dan kelemahan
diri kita dalam menepati akhlak yang mulia.
BORANG PENILAIAN KEJERNIHAN JIWA
141
142
143
144
Prinsip menepati akhlak menuntut kita untuk menjalankan
setiap empat puluh aktiviti di atas dengan berkesan, tanpa
berlengah-lengah sebab masa yang berlalu tidak ada gantinya
(Nik Azis, 2002). Satu falsafah bekerja yang baik ialah, Jikalau
anda berada pada waktu petang, jangan tunggu sampai pagi.
Jikalau anda berada pada waktu pagi, jangan tunggu sampai
petang. Ringkasnya, kita perlu menggunakan peluang masa
sihat sebelum datang sakit, peluang masa lapang sebelum
datang masa sibuk, peluang masa muda sebelum datang tua,
dan peluang masa hidup sebelum tiba maut untuk melakukan
amal dan bakti yang boleh menambahkan pahala dan kebajikan.
Pada hakikatnya, mati tidak memilih umur, bangsa, darjat, dan
keturunan.
145
Satu unsur penting bagi amalan ketepatan akhlak ialah
integriti. Perkataan integriti berasal daripada perkataan Latin,
integritas yang bermaksud keseluruhan, kesempurnaan, daripada
perkataan integer yang bermaksud tidak terjejas, seluruh, atau
sepenuhnya. Berdasarkan asas usul perkataan, perkataan
integriti bermaksud kualiti atau berada dalam keadaan yang
lengkap, menyeluruh, sempurna, tidak terputus, tidak berbelah
bahagi, jujur, ikhlas, lurus, berprinsip moral yang kukuh, dan
tetap pendirian. Pada asasnya, perkataan integriti mempunyai
beberapa makna dan perkataan sinonim seperti sempurna,
lengkap, menyeluruh, ikhlas, jujur, adil, menepati janji, menepati
masa, bermaruah, dihormati, tidak makan suap, berprinsip,
berdisiplin, beretika, beradab, tidak teragak-agak, dan teguh
pendirian.
Integriti menggambarkan tindakan, nilai, kaedah,
ukuran, prinsip, matlamat, jangkaan, dan hasil yang konsisten.
Dari sudut etika, integriti merujuk keadaan diri yang padu
dan sempurna, yang terbit daripada sifat jujur, konsisten, tulus
ikhlas, boleh dipercayai, boleh diharapkan, lurus hati, terus
terang, bermaruah, bersopan santun, kemas, teguh, utuh,
dan benar dalam tindakan dan pembawaan. Lawan integriti
ialah munafik, berpura-pura, tidak boleh dipercayai, tidak
boleh diharap, mungkir janji, dusta, khianat, penipu, mudah
menyeleweng, tidak bertanggungjawab, makan suap, dan tidak
jujur. Mengambil petua orang tua-tua, adalah lebih baik untuk
mempunyai musuh yang mengotakan kata-kata daripada rakan
yang tidak mengotakan kata-kata. Orang yang berintegriti
ialah orang yang memiliki sistem nilai dan kepercayaan
yang kukuh, berpegang teguh dan melakukan tindakan yang
konsisten dengan sistem nilai dan kepercayaan tersebut, tidak
goyah dalam menghadapi pengaruh luar, dan mempunyai
pendirian yang teguh, jelas, dan konsisten tentang bagaimana
seseorang perlu menjalani kehidupan dan mempercayai sesuatu
perkara. Dalam al-Quran, Allah menjelaskan perkara yang
perlu dilakukan oleh manusia:
146
Maka hadapkanlah wajah mu dengan lurus kepada
agama (Allah); (tetaplah di atas) fitrah Allah yang
telah menciptakan manusia menurut fitrah itu.
Tidak ada perubahan pada fitrah Allah. (Itulah)
agama yang lurus, tetapi kebanyakan manusia
tidak mengetahui (surah ar-Ruum 30:30).

Seterusnya, orang yang berintegriti adalah orang yang
berkembang menjadi insan yang mana pegangan, fikiran,
perasaan, percakapan, dan tindakannya adalah kongruen dan
secocok dengan prinsip etika yang kukuh, dan oleh itu, tidak
bercanggah antara satu sama lain. Orang yang berintegriti
mengamalkan prinsip kata itu kota, iaitu perkara yang
dijanjikan itu akan ditepati dan tidak tinggal di mulut sahaja.
Malah, orang yang berintegriti dilihat sebagai orang yang pantas
bertindak dan membuat keputusan. Dia tidak melengahkan apa
yang dia mampu buat hari ini ke hari esok atau lusa. Bak kata
orang tua-tua, belum dipanggil sudah datang, belum disuruh
sudah pergi.
Satu cara untuk menentukan tahap integriti bagi individu
adalah dengan menentukan setakat mana mereka melakukan
tindakan, perbuatan, dan menjalani kehidupan duniawi
berdasarkan nilai, kepercayaan, dan prinsip yang mereka
mendakwa memilikinya. Integriti dibentuk, dikembangkan,
dan diperkukuhkan melalui kekuatan kepercayaan (aqidah),
kekuatan ilmu, kekuatan budi pekerti (akhlak), kekuatan ikatan
masyarakat (persaudaraan, keadilan sosial), kekuatan susunan
perdamaian (ekonomi, kehidupan berkualiti), dan kekuatan
perjuangan (jiwa merdeka, pertahanan, pemuliharaan
alam sekitar). Individu yang berintegriti ialah individu yang
mempunyai komitmen asas kepada kebenaran, keikhlasan,
membudayakan kejujuran, berusaha memahami perkara yang
dialami, dan gigih membentuk akhlak yang mulia. Mereka
memahami dengan jelas perbezaan antara meritokrasi dan
budaya cemerlang dengan mediokriti dan budaya cincai.
147
Dalam usaha mengembangkan kekuatan integriti dan
akhlak yang baik, kita tidak boleh membiarkan daya kehaiwanan
atau hawa nafsu menguasai diri kita tanpa menjadi seperti
haiwan atau lebih teruk dari itu; bersikap tidak mengambil
peduli akan perkara halal dan haram tanpa menjadi manusia
yang hidup dalam kesesatan dan kekejian; dan bermain dengan
kekufuran, kemunafikan, kezaliman, penyelewengan, dan
kemaksiatan tanpa melemahkan atau menghilangkan daya
keimanan dan ketakwaan kepada Allah. Suara hati atau hati
nurani (self conscience) yang dipengaruhi oleh hawa nafsu akan
menjadi lemas dan mudah dipesongkan, manakala suara hati
yang dibimbing oleh keimanan dan ketakwaan kepada Allah
pula akan menjadi kuat dan sukar untuk dipesongkan. Suara
hati yang bersih mempunyai potensi tanpa batasan untuk
membantu manusia mengetepikan dorongan sekularisme
dan hedonisme, berkembang ke setiap arah, dan meneroka
kehidupan yang bermakna. Al-Quran menjelaskan bahawa
baik buruk sesuatu perkara ditentukan oleh Allah, bukan
sekadar pandangan peribadi atau cita rasa masyarakat:
Katakanlah (wahai Muhammad), Tidak
sama yang buruk dengan yang baik, walaupun
banyaknya yang buruk itu menarik hati mu. Oleh
itu, bertakwalah kepada Allah wahai orang-orang
yang berakal fikiran supaya kamu berjaya (surah
al-Maaidah 5:100).
Suara hati yang diterangi cahaya keimanan dan
ketakwaan kepada Allah dapat memberikan ketenangan kepada
jiwa, panduan dan kebijaksanaan kepada akal, dan kebebasan
daripada pengabdian diri kepada manusia atau benda dan
memberikan kemerdekaan yang hakiki kepada rohani untuk
mempertahankan integriti diri. Tidak ada jalan pintas untuk
membentuk akhlak yang mulia. Peraturan menuai digunakan
dalam mana kita hanya menuai apa yang kita tanam. Jikalau kita
menanam perkara yang dilarang oleh agama dalam kehidupan
seharian, maka kita akan menuai akhlak yang buruk dan keji.
148
Kata orang, tanam lalang takkan tumbuh padi. Malah, tanaman
padi sekalipun jikalau tidak dijaga dengan rapi belum tentu
akan mengeluarkan hasil yang diharapkan. Dengan kata lain,
terdapat banyak proses yang perlu dilalui dan kerja yang perlu
dilakukan antara aktiviti permulaan (tanam) dengan aktiviti
akhir (tuai). Kita tidak boleh mengambil jalan pintas dengan
mengharapkan hasilnya sahaja selepas menanam sesuatu tanpa
memperhatikan proses yang mesti dilalui dan kerja yang perlu
dilakukan sebelum mencapai kejayaan.
Malah, jikalau perkara yang kita lakukan hari ini sama
dengan perkara yang kita lakukan semalam, maka kita dianggap
sebagai orang yang tidak memperbaharui kehidupan. Sebenarnya,
jikalau kita merasa terikat dengan keadaan sedia ada dan tidak
berusaha untuk melangkah ke hadapan, maka kita akan dilanda
oleh fenomena keterbelakangan dengan berlalunya masa. Untuk
meningkatkan kualiti kehidupan secara menyeluruh, kita perlu
keluar daripada perangkap atau kepompong paradigma untuk
terus kekal dengan apa yang kita tahu, selesa dengan apa yang
kita miliki, dan berharap agar dunia mengikut rentak kita. Satu
perkara yang patut menjadi harapan kita ialah kehidupan hari
ini adalah lebih baik daripada hari semalam dan kehidupan
pada masa depan akan lebih baik lagi dari hari ini. Namun
begitu, keadaan lebih baik yang kita harapkan pada masa depan
tidak dapat dicapai dengan kualiti kerja yang sama seperti kualiti
kerja hari ini. Segala apa yang kita harapkan tidak akan terjelma
dan menjadi realiti tanpa cara berfikir, cara bertindak, dan cara
pelaksanaan yang pantas, kemas, dan berkesan. Dalam konteks
ini, apabila kita merasa diri kita tidak mampu lagi untuk berubah
dan melakukan penambahbaikan dalam persaingan global yang
sengit, bermakna kita akan ketinggalan dan keterbelakang,
yang sekali gus akan terlepas peluang untuk mencipta sejarah
dan menjadi penyumbang kepada pembinaan peradaban yang
unggul.
Dalam usaha membudayakan amalan menepati akhlak,
peperangan terbesar berlaku dalam jiwa kita. Jikalau kita
149
memenangi peperangan menentang hawa nafsu dan daya
kehaiwanan, mengatasi keinginan untuk berkuasa secara
mutlak, menangani dorongan untuk mengabdikan diri kepada
selain Allah dalam erti kata yang luas (pangkat, harta, kuasa,
kehormatan, wang ringgit, kenderaan, kedudukan, kemewahan
duniawi), dan menyelesaikan isu berkonflik yang menyekat
cahaya keimanan daripada tumbuh dan mekar dalam jiwa,
kita akan berasa tenang dan yakin diri. Keadaan ini akan
mendorong kita untuk meningkatkan usaha pembaharuan
sahsiah, transformasi diri, kebaikan, dan kebajikan yang
membawa kepada pembentukan akhlak yang menjuarai
kebahagiaan duniawi dan ukhrawi.
Dalam usaha menepati akhlak, pendapatan yang
tinggi, harta yang banyak, kawan yang ramai, atau pangkat
yang besar tidak ada faedahnya jikalau kita tidak berpeluang
menggunakan masa yang berkualiti untuk bersama dengan
Tuhan dan keluarga serta menikmati keindahan alam semesta.
Tidak ada maknanya kita terlalu mengejar masa depan dengan
kekayaan yang melimpah-ruah jikalau terhakis nilai agama
dan akhlak yang mendasari kehidupan yang berkualiti tinggi.
Apa yang penting ialah keseimbangan antara peningkatan
pendapatan dengan peningkatan kualiti kehidupan. Dalam al-
Quran, Allah menjelaskan satu panduan bagi merealisasikan
prinsip menepati akhlak:
Dan carilah daripada apa yang telah dianugerahkan Allah
kepada mu (kebahagiaan) negeri akhirat, dan janganlah
kamu melupakan bahagian mu dari (kenikmatan) duniawi
dan berbuat baiklah (kepada orang lain) seperti mana
Allah telah berbuat baik kepada mu, dan janganlah kamu
melakukan kerosakan di (muka) bumi. Sesungguhnya
Allah tidak suka kepada orang-orang yang berbuat
kerosakan (surah al-Qasas 28:77).
Ringkasnya, prinsip menepati akhlak menuntut kita
untuk mencapai kejayaan di alam menegak (vertical) melalui
150
pelaksanaan aktiviti ibadat khusus (solat, puasa, zakat, haji, dan
lain-lain) dengan sempurna dan kejayaan di alam mendatar
(horizontal) melalui pelaksanaan aktiviti ibadat umum (ekonomi,
perniagaan, politik, sosial, perubatan, pendidikan, dan lain-
lain) dengan cemerlang. Kita perlu menjauhkan diri daripada
dilanda oleh fenomena, kita memiliki harta untuk hidup,
tetapi tidak memiliki tujuan untuk meneruskan kehidupan;
kita memiliki cara, tetapi tidak memiliki makna. Jikalau kita
mengejar kekayaan duniawi semata-mata, maka kita sebenarnya
mengejar suatu yang fana dan sementara yang akhirnya
membuat jiwa kita menjadi kosong daripada bimbingan Allah.
Sesungguhnya, kita memerlukan nilai dan makna dalam setiap
langkah hidup kita.
Menepati Tugas
Istilah tugas merujuk sesuatu kerja yang perlu dilakukan,
sesuatu yang ditentukan untuk dikerjakan, tanggungjawab yang
mesti dilaksanakan, usaha yang bertujuan untuk menghasilkan
sesuatu, atau urusan yang ditentukan sebagai tanggungjawab.
Setiap kerja mempunyai kandungan kerja (job contents) yang
terdiri daripada nama kerja, aktiviti atau tugas yang perlu
dilakukan, tanggungjawab ke arah prestasi kerja yang berkesan,
keadaan kerja yang menyatakan bahaya dan tekanan khusus,
persekitaran sosial di tempat kerja, tahap pengawasan dan
penyeliaan yang diberikan dan diterima, hubungan dengan kerja
lain secara melintang, menegak, dan pepenjuru; keperluan kerja
(job requirements) atau spesifikasi kerja (job specifications) yang terdiri
daripada kelayakan, pengetahuan, kemahiran, dan perwatakan
yang diperlukan untuk melakukan kerja dengan berkesan;
konteks kerja (job contexts) yang terdiri daripada hubungan
kuasa dan tanggungjawab, darjah autonomi, tanggungjawab
belanjawan, dan keperluan fizikal; dan prosedur kerja (job
procedures) yang terdiri daripada prosedur bagi menjalankan
sesuatu kerja dengan berkesan, objektif kerja, standard prestasi,
kriteria penilaian, cara prestasi kerja diukur, dan jenis kerja yang
dinilai. Ungkapan menepati tugas pula merujuk usaha untuk
151
menjalankan kerja dengan berkesan dan memastikan sesuatu
kerja mencapai tahap pencapaian yang terbaik (lihat Rajah 18).
Perkara yang diutamakan ialah prestasi sebagai pengukuran
tahap pencapaian sesuatu kerja. Lawan menepati tugas ialah
kerja sambil lewa, kerja gopoh-gapah, kerja tidak beretika, kerja
tidak ikut peraturan, mengamalkan tabiat hanya menunggu
arahan, dan sikap tidak mahu berubah ke arah usaha yang
lebih produktif bahkan terlalu bergantung dan mengharapkan
belas kasihan dan bantuan orang lain, ibarat binatang umang-
umang, di mana sarang udang di situ tempat menumpang.
Pada umumnya, terdapat pelbagai strategi untuk
meningkatkan keberkesanan sesuatu kerja seperti menetapkan
matlamat kerja dengan jelas dan berusaha sedaya-upaya
untuk mencapai matlamat tersebut, menetapkan prioriti dan
mengurus masa untuk memenuhi tempoh kerja, mengatasi
kekangan dalaman semasa melaksanakan agenda tindakan,
menyusun tugasan dan aktiviti harian dengan berkesan,
mencari pilihan dan strategi yang lebih baik, bekerja dalam
pasukan, dan mencegah kehabisan tenaga (burnout). Biasanya,
pencapaian yang tinggi dalam sesuatu kerja membabitkan
pencapaian sebuah pasukan yang bersatu, komited, dan
memberi sumbangan bersinergi dengan penuh bersemangat,
bukan pencapaian individu semata-mata. Mengambil petua
orang tua-tua, kerja yang dibuat seorang sahaja tentulah
berasa berat, tetapi kalau dibuat bersama-sama akan menjadi
ringan.

Rajah 18. Aktiviti utama bagi pengembangan budaya menepati tugas
152
Etika kerja adalah satu perkara yang sangat penting
dalam menentukan kejayaan dan keberhasilan sesuatu kerja.
Kemahiran teknikal, konsepsi intelektual, dan pegangan
peribadi yang mendasari etika kerja tidak diperoleh daripada
warisan baka (nature) atau unsur persekitaran (nurture), tetapi perlu
dibina dan dikembangkan oleh setiap individu berdasarkan
pengalamannya melalui kerja keras dan dedikasi yang tinggi.
Istilah warisan baka merujuk unsur genetik atau genotip yang
dibawa oleh individu daripada masa lahir hingga ke akhir hayat.
Ia membabitkan kecenderungan dan keupayaan individu yang
ditentukan secara biologi dan perkara itu berkembang sendiri
di sepanjang hayat. Sebaliknya, unsur persekitaran merujuk
pelbagai faktor persekitaran atau luaran yang mana seseorang
individu terdedah kepadanya daripada masa lahir hingga ke
akhir hayat. Faktor persekitaran melibatkan pelbagai dimensi
seperti persekitaran fizikal, emosi, sosial, intelektual, dan
kerohanian.
Tabiat kerja seseorang individu dicorakkan oleh interaksi
antara faktor warisan baka dan persekitaran dalam konteks
fenomena yang dialami oleh individu tersebut. Terdapat
beberapa tabiat kerja yang berkesan seperti menepati masa
dan kehadiran yang baik, menjaga kebersihan tempat kerja,
menerima arahan dengan baik, bekerja dalam pasukan dengan
berkesan dan penuh bersinergi, bekerja dengan mengingat
matlamat, memahami destinasi dengan jelas, memahami erti
kerja kuat, mengakui kesilapan dan sentiasa belajar daripada
kesalahan, memaparkan kecenderungan yang positif dan sikap
yang optimistik terhadap kerja, sedia membantu orang lain dan
berkongsi pengalaman, selalu mengemukakan idea konstruktif
dan mencari strategi baru bagi menyelesaikan masalah,
memanfaatkan peluang latihan dan program pendidikan
dengan berkesan, memaksimumkan penggunaan sebarang
sumber bagi mencapai matlamat kerja, mahir berkomunikasi
secara lisan, cekap menyesuaikan diri dengan keadaan yang
baru, dan sentiasa mengembangkan atau memperbaharui
kekuatan fizikal, emosi, sosial, mental, dan rohani.
153
Sebaliknya, tabiat kerja yang tidak berkesan membabitkan
perkara seperti perbuatan tidak hadir atau ponteng kerja, lewat
datang kerja, menggunakan masa kerja untuk menjalankan
urusan peribadi, gagal bekerja dengan orang lain dengan
berkesan, mengambil masa rehat yang lama, kurang kemahiran
berkomunikasi, selalu berbual melalui telefon semasa bekerja,
selalu menggunakan masa kerja untuk melayari Internet,
bersikap negatif dan pesimistik, suka membangkang, dicengkam
sindrom ini bukan dalam skop atau bidang kerja saya, suka
mengumpat dan memfitnah rakan sekerja, membazir atau
tidak cekap menguruskan masa, malas berusaha dan suka
berlengah-lengah, pengotor dan selekeh dalam pembawaan,
suka membuat janji palsu, khianat dalam menjalankan tugas,
suka mengampu dan menunjuk-nunjuk, mementingkan diri
sendiri, bersikap materialistik, dan buta hati. Dalam al-Quran,
Allah menggambarkan keadaan orang yang buta hati:
Oleh itu, bukankah ada baiknya mereka
mengembara di muka bumi supaya dengan melihat
kesan-kesan tersebut (benda-benda yang telah
dibinasakan oleh Allah dengan sebab kezaliman
pemiliknya), mereka menjadi orang yang ada hati
yang dengannya mereka dapat memahami, atau ada
telinga yang dengannya mereka dapat mendengar?
(Tetapi jikalau mereka mengembara pun tidak juga
berguna) sebab keadaan yang sebenarnya bukanlah
mata kepala yang buta, tetapi yang buta itu ialah
mata hati yang ada di dalam dada (surah al-Hajj
22:46).
Ringkasnya, kerja mesti dibuat dengan teratur, hati-hati,
dan sedaya upaya dalam mana sabar menjadi penghilang penat
dan tekun menjadi pembawa dekat. Ingatlah pesan orang tua-
tua, kerja menemui kegagalan kerana kurang hati-hati, ibarat
rosak tapai kerana ragi, rosak badan kerana penyakit, rosak
bangsa kerana laku, dan rosak kerja kerana gopoh-gapah. Kita
perlu menentukan prioriti dalam kerja kita dan mengelakkan
154
kerja yang patut kemudian didahulukan, dan yang patut dahulu
dikemudiankan. Seterusnya, seseorang pekerja perlu menerima
pujian, nasihat, teguran, dan kecaman orang atasan, rakan
sekerja, atau orang bawahan dengan fikiran yang terbuka, ibarat
kata orang tua-tua, lemak manis jangan ditelan, pahit jangan
dimuntahkan. Misalnya, sesuatu nasihat hendaklah difikirkan
masak-masak buruk baiknya, manakala kecaman dan kritikan
pula janganlah ditolak mentah-mentah.
Menepati Kehidupan Berkualiti
Manusia adalah aset terpenting bagi sesebuah negara dan
manusia yang berupaya untuk memberi sumbangan yang besar
kepada negara adalah manusia yang menjalani kehidupan
yang berkualiti. Kejayaan sesebuah negara atau kesejahteraan
seseorang individu pula tidak boleh dipertimbangkan
berdasar kepada wang atau harta kekayaan semata-mata.
Walaupun pendapatan adalah penting, tetapi kita juga perlu
mempertimbangkan sama ada seseorang itu dapat menjalani
kehidupan yang panjang dan sihat, mempunyai peluang
untuk mendapat pendidikan, dan mempunyai kebebasan
untuk menggunakan pengetahuan dan bakat mereka bagi
menentukan arah haluan dan destinasi hidup mereka masing-
masing (United Nations Development Programme, 2010).
Manusia yang menjalani kehidupan berkualiti adalah mereka
yang menikmati kehidupan yang panjang, sihat, dan kreatif;
mencapai matlamat lain yang dianggap berharga; melibatkan
diri secara aktif dalam pembangunan keadilan sosial, kekekalan,
dan hak asasi manusia; dan mereka dapat berjalan di atas muka
bumi dengan rasa penuh yakin diri, tidak malu, dan tidak rasa
terhina.
Laporan Pembangunan Manusia 2011 yang dikeluarkan
oleh United Nations Development Programme (2011)
memaparkan beberapa maklumat yang menarik tentang realiti,
pencapaian, dan status pembangunan manusia di seluruh
dunia. Misalnya, Malaysia tergolong dalam kategori negara
155
yang mengalami pembangunan manusia yang tinggi dan
berada pada anak tangga ke-61 daripada 187 buah negara yang
diteliti. Negara lain yang tergolong dalam kategori yang sama
(tahap pemeringkatan mereka ditandakan dengan nombor
dalam kurungan) adalah seperti Arab Saudi (56), Kuwait
(63), Kazakhstan (68), Iran (88), Turkey (88), dan Tunisia (94).
Sebagai perbandingan, negara yang tergolong dalam kategori
negara yang mengalami pembangunan manusia yang sangat
tinggi pula adalah seperti Normay (1), Australia (2), Belanda (3),
Amerika Syarikat (4), New Zealand (5), Kanada (6), Jepan (12),
Singapura (26), United Kingdom (28), United Arab Emirates
(30), Brunei (33), Qatar (37), dan Bahrain (47). Sebaliknya,
negara yang tergolong dalam kategori negara yang mengalami
pembangunan manusia yang rendah adalah seperti Chad (183),
Burundi (185), Niger (186), dan Republik Demokratik Congo
(187). Berdasarkan laporan ini, Malaysia telah mencapai tahap
pembangunan manusia yang membanggakan, tetapi masih
terdapat banyak ruang bagi mempertingkatkan lagi kualiti
pembangunan manusia untuk membolehkan negara ini bergerak
ke hadapan untuk memasuki kategori negara yang mengalami
pembangunan manusia yang sangat tinggi (lihat Jadual 10).
156
Jadual 10
Beberapa Maklumat tentang Indeks Pembangunan Manusia bagi Tahun 2011
Tahap
Pemeringkatan
Nilai Indeks
Pembangunan
Manusia (HDI)
Jangkaan
Hayat
Semasa
Lahir
Purata
Tahun
Persekolahan
Jangkaan
Tahun
Persekolahan
Pendapatan
Kasar
Nasional Per
Kapita
Nilai HDI
Bukan
Pendapatan
1 Norway 0.943 81.1 12.6 17.3 47,557 0.975
2 Australia 0.929 81.9 12.0 18.0 34,431 0.979
4 United States 0.910 78.5 12.4 16.0 43,017 0.931
12 Japan 0.901 83.4 11.6 15.1 32,295 0.940
26 Singapore 0.866 81.1 8.8 14.4 52,569 0.851
28 United Kingdom 0.803 80.2 9.3 16.1 33,296 0.879
33 Brunei 0.838 78.0 8.6 14.1 45,753 0.819
56 Saudi Arabia 0.770 73.9 7.8 13.7 23,274 0.765
61 Malaysia 0.761 74.2 9.5 12.6 13,685 0.790
103 Thailand 0.682 74.1 6.6 12.3 7,694 0.714
112 Philippines 0.644 68.7 8.9 11.9 3,478 0.725
124 Indonesia 0.617 69.4 5.8 13.2 3,716 0.674
187 Congo 0.286 48.4 3.5 8.2 280 0.399
Dipetik daripada Human Development Report 2011 oleh United Nations Development
Programme
Kehidupan berkualiti bukan sekadar membabitkan
kesihatan, pendidikan, dan pendapatan, tetapi ia membabitkan
penglibatan individu secara aktif dalam memperkukuhkan
pembangunan diri, kebebasan ekonomi dan politik, keadilan
sosial, perpaduan, keharmonian sosial, kekekalan, pemberian
kuasa. Konsep kekekalan, yang bermaksud memperluaskan
pilihan dan peluang bagi generasi masa kini tanpa mengekang
pilihan dan peluang untuk generasi akan datang, dapat
memastikan kesamaan merentasi generasi, manakala konsep
pemberian kuasa pula merujuk peningkatan kebolehan seseorang
individu atau kumpulan individu untuk melibatkan diri,
mencorakkan, membawa perubahan, dan mendapat manfaat
daripada proses politik dan pembangunan yang lain dalam
keluarga, masyarakat, dan negara. Dengan kata lain, kehidupan
berkualiti adalah satu konsep pelbagai dimensi.
157
Istilah kehidupan berkualiti merujuk kehidupan yang tinggi
mutunya dalam semua aspek seperti penghayatan agama,
pembangunan diri, keutuhan akhlak, akses dan kebebasan
untuk mendapat pendidikan, kesihatan diri, kesejahteraan diri,
kehidupan berkeluarga, taraf hidup, pendapatan, pekerjaan
memuaskan, penggunaan material dan bukan material,
penyertaan sosial, penyertaan ekonomi, penyertaan politik,
keselamatan awam, pembudayaan, perumahan, pengangkutan,
dan akses kepada teknologi maklumat dan komunikasi. Tinggi
atau rendahnya kualiti hidup manusia bergantung pada
kemampuan mereka untuk menyembah dan beribadat kepada
Allah dan melaksanakan tanggungjawab sebagai khalifah Allah
yang memakmurkan, membangunkan, memperbaiki keadaan,
dan memelihara muka bumi daripada sebarang perbuatan yang
merosakkan.
Manusia mempunyai dua peranan, iaitu manusia
sebagai hamba Allah dan manusia sebagai khalifah Allah
di muka bumi. Dengan kata lain, manusia dicipta untuk
mengabdikan diri kepada Allah dan manusia diberi amanah
untuk membangunkan bumi dalam erti menghasilkan manfaat
daripada khazanah bumi dan memaparkan keindahannya.
Sebagai khalifah Allah, manusia mempunyai misi ketamadunan,
iaitu memakmurkan bumi sesuai dengan petunjuk dan nilai
ketuhanan. Untuk melaksanakan misi ini dengan berkesan,
manusia memerlukan petunjuk Allah dalam bentuk ilmu agama
dan cahaya ilham, ilmu sains yang membabitkan pengetahuan
sistematik tentang alam fizikal atau alam kebendaan yang
dibina melalui pemerhatian dan eksperimen, ilmu kejuruteraan
yang membabitkan penggunaan pengetahuan saintifik untuk
menghasilkan produk, dan ilmu teknologi yang membabitkan
perkembangan dan penggunaan alat, mesin, bahan, dan proses
untuk membantu menyelesaikan masalah manusia. Pola dan
orientasi manusia Muslim dalam menjalani kehidupan adalah
kepada pengabdian diri kepada Allah dan pembaktian diri
kepada sesama manusia. Kualiti kehidupan mereka ditentukan
oleh kualiti amal mereka dalam aspek pengabdian diri kepada
158
Allah dan kualiti pelaksanaan mandat mengimarahkan bumi
sesuai dengan petunjuk dan nilai ketuhanan. Bagi orang Islam,
implikasi konsep kehidupan berkualiti tidak lain adalah
komitmen manusia Muslim untuk menyejahterakan diri,
keluarga, masyarakat, bangsa, negara, dan manusia sejagat,
sesuai dengan tugas Rasulullah dan agama Islam itu sendiri,
iaitu untuk membawa rahmat kepada warga alam seluruhnya
(surah al-Anbiyaa 21:107). Rahmat yang dibawa oleh Rasulullah
terkandung dalam ajaran, suruhan, dan larangan Allah dalam
pakej yang tidak boleh dipisahkan dan diasingkan. Ringkasnya,
satu persoalan kritikal yang dihadapi oleh manusia Muslim
dalam merealisasikan kehidupan berkualiti ialah, Apakah
perkara yang dapat membantu mereka untuk melaksanakan
tugas pengabdian diri kepada Allah dan tugas pembaktian diri
sebagai khalifah Allah di muka bumi dengan cemerlang?.
Usaha memakmurkan atau mengimarahkan bumi
merangkumi tanggungjawab membangunkan keluarga dan
masyarakat yang sejahtera serta memperkukuhkan kehidupan
bertamadun tinggi (lihat surah Hud 11:61). Kesejahteraan
hidup meliputi aspek kebendaan, kerohanian, keperibadian,
kemasyarakatan, keilmuan, dan kesihatan. Dengan kata
lain, kehidupan berkualiti adalah keadaan hidup yang tinggi
kualitinya dalam aspek menjaga, memartabatkan, dan
memperkasakan agama, akal, nyawa, harta, dan keturunan.
Setiap insan mempunyai tanggungjawab kepada Allah, diri
sendiri, orang lain (keluarga, jiran, masyarakat, bangsa, negara,
ummah), dan alam sekitar. Oleh itu, satu komponen penting
bagi kehidupan berkualiti ialah pembangunan diri secara
seimbang, menyeluruh, dan bersepadu dalam aspek jasmani,
emosi, sosial, intelek, dan rohani dengan berlandaskan prinsip
hidup yang dipaparkan dalam Rajah 14. Natijah akhir hidup
yang berkualiti ialah keredaan Allah yang membolehkan
manusia mencapai kebahagiaan hidup di dunia dan di akhirat.
Konsep kebahagiaan bukan sekadar merujuk kesihatan
tubuh badan, keselamatan fizikal, kelegaan emosi, keteguhan
159
ikatan sosial, atau kejelasan fikiran, tetapi lebih melibatkan
keadaan hati (kalbu) manusia seperti kedamaian, keselamatan,
ketenangan, dan kesejahteraan hati hasil daripada kepastian,
keimanan, dan keyakinan tentang kebenaran yang abadi dan
muktamad serta pelaksanaan tindakan dan tingkah laku yang
selaras dengan keyakinan tersebut (Syed Muhammad Naquib,
1992). Dengan kata lain, kebahagiaan merujuk apa yang kekal
dalam diri manusia; difahami oleh hati manusia; memberikan
kedamaian, keselamatan, dan kesejahteraan kepada hati dan
jiwa manusia; membentuk keadaan yang adil dalam kehidupan
manusia; dan melibatkan ilmu yang memandu kepercayaan
(keyakinan diri) manusia tentang hakikat terakhir yang mutlak,
mengetahui tempat yang tepat dan betul bagi sesuatu perkara
dalam alam ini, dan mengetahui hubungan yang betul antara
manusia dengan Tuhan. Konsep kebahagiaan sering kali
disalahtafsirkan oleh manusia. Misalnya, orang sakit menyangka
kebahagiaan terletak pada kesihatan, orang miskin menyangka
kebahagiaan terletak pada harta kekayaan, pekerja bawahan
menyangka kebahagiaan terletak pada kedudukan, rakyat
menyangka kebahagiaan terletak pada kekuasaan, orang biasa
menyangka kebahagiaan terletak pada populariti, dan anak
muda menyangka kebahagiaan terletak pada kecantikan rupa
paras. Sangkaan ini adalah meleset sebab kebahagiaan tidak
terletak pada ciri jasmani atau akal fikiran insan. Sebaliknya,
kebahagiaan melibatkan keadaan hati atau kalbu yang dipenuhi
dengan kepastian, keyakinan, atau keimanan, dan tingkah laku
yang secocok dengan keyakinan tersebut. Dalam Islam, puncak
kebahagiaan ialah apabila manusia dapat mengenal Allah dan
berusaha bersungguh-sungguh untuk memenuhi kehendak
agama (lihat surah al-Ankabut 29:69). Rajah 19 memaparkan
aspek, unsur, dan kekuatan asas yang membentuk kebahagiaan
hidup.
160
Kepastian dan keyakinan Kekuatan akidah
diri tentang kebenaran
Kebahagiaan yang muktamad dan Kekuatan ilmu
Hidup abadi

Pelaksanaan aktiviti Aktiviti ibadat dan pembangunan diri
hidup yang selaras
dengan kepastian dan Aktiviti adab dan akhlak
keyakinan diri
Aktiviti ekonomi dan teknologi
Aktiviti perpaduan dan kerjasama
Aktiviti perdamaian dan keadilan sosial
Aktiviti keluarga dan masyarakat
Aktiviti ijtihad dan jihad
Aktiviti inovasi dan kreativiti
Aktiviti pengurusan dan politik
Rajah 19. Aspek, kekuatan, dan aktiviti asas yang membentuk kebahagiaan
hidup
Pembangunan manusia, yang merupakan mekanisme
penting bagi mencapai kehidupan yang berkualiti, membabitkan
pengekalan amalan yang positif dan produktif merentasi
masa, peningkatan peluang untuk melaksanakan agenda
hidup yang dirancang, pertarungan menangani proses yang
membuat manusia jatuh miskin, dan peperangan mengatasi
proses yang mendasari penindasan, perpecahan, kezaliman,
dan ketidakadilan berstruktur. Prinsip asas seperti keimanan,
ketakwaan, keadilan, kesaksamaan, kekekalan, memberi kuasa,
kefleksibelan, dan menghormati hak asasi manusia merupakan
kunci bagi pembangunan manusia. Pada hakikatnya,
pembangunan manusia dan kehidupan berkualiti tidak datang
bergolek di atas roda yang canggih. Sebaliknya, mereka datang
melalui usaha yang tidak mengenal penat dan kerja yang
berterusan. Tanpa kerja keras, masa menjadi rakan kepada
daya sosial yang beku dan kaku. Konsep pembangunan manusia
161
dan kehidupan berkualiti menggambarkan usaha manusia dan
masyarakat untuk mengubah cara mereka bertindak, berfikir,
dan bekerja.
Konsep kehidupan berkualiti boleh dibincangkan
daripada pelbagai perspektif yang berbeza seperti perspektif
Islam, sekularisme, dan humanisme. Setiap perspektif
mempunyai pandangan yang tersendiri tentang tujuan hidup,
takrif kualiti hidup, cara untuk menentukan kualiti hidup,
aspek kualiti hidup yang diukur, petunjuk atau indeks kualiti
hidup, dan natijah akhir kualiti hidup. Dalam bab ini, kualiti
hidup dibincangkan daripada perspektif Islam atau perspektif
bersepadu yang berlandaskan keimanan dan ketakwaan
kepada Allah. Istilah bersepadu merujuk penggabungjalinan,
percantuman, dan pengadunan yang membentuk kesatuan
yang utuh antara pelbagai unsur, idea, atau perkara yang
menjurus ke arah mengesakan Allah, Tuhan seluruh alam dan
tidak menyekutukan-Nya. Dalam konteks ini, sebarang bentuk
kemajuan, hasil kreativiti, dan hasil inovasi yang dicapai oleh
manusia dalam kehidupan mereka semuanya dikembalikan
kepada Kebesaran dan Keagungan Tuhan. Istilah sejagat pula
merujuk suatu yang tidak terikat kepada bangsa tertentu
atau disandarkan kepada tempat tertentu, sebaliknya suatu
yang meliputi semuanya atau seluruhnya, tanpa dibatasi oleh
sempadan politik, sosial, budaya, bangsa, bahasa, demografi,
ataupun sempadan geografi.
Dalam membincangkan kehidupan berkualiti, perspektif
bersepadu menolak gagasan pluralisme agama (kesatuan
agama) dan liberalisme dalam Islam. Ungkapan pluralisme agama
merujuk fahaman yang menegaskan bahawa semua agama di
dunia ini adalah sama berdasarkan pemerhatian bahawa semua
agama mempercayai kewujudan tuhan dan menganjurkan
kebaikan; semua pemeluk agama akan masuk syurga dan hidup
di dalamnya secara berdampingan; semua agama adalah benar,
dalam mana semuanya menuju kepada tuhan yang sama,
dan yang berbeza hanyalah cara untuk sampai kepada tuhan
162
tersebut; setiap pemeluk sesuatu agama tidak boleh mendakwa
bahawa agamanya yang paling benar atau agamanya sahaja
yang benar, sedangkan agama lain adalah palsu. Pendukung
pluralisme agama mendakwa bahawa agama yang berbeza
memiliki tingkat kebenaran yang sama secara logik dan
persejarahan, dan adanya kepelbagaian kebenaran yang sama-
sama sah dalam kepelbagaian dan keragaman agama.
Ungkapan liberalisme dalam konteks agama Islam pula
merujuk fahaman yang mentafsirkan nas-nas Islam (al-Quran
dan Sunah Rasulullah) dengan menggunakan akal fikiran yang
bebas semata-mata, tanpa merujuk buku-buku tafsir muktabar,
dan hanya menerima doktrin Islam yang sesuai dengan akal
fikiran; menganggap Islam sebagai suatu agama yang boleh
dirasionalkan dengan bebas dan sesuka hati mengikut keperluan
dan tuntutan hidup manusia pada sesuatu masa; menolak
autoriti dalam beragama sebab agama dianggap sebagai suatu
yang terhasil daripada perkembangan pemikiran manusia;
menganggap kebenaran Islam sebagai suatu yang relatif sebab
kebenaran itu dibentuk oleh fikiran rasional seseorang individu
atau kumpulan individu dalam konteks tertentu, dan sebarang
produk pemikiran manusia (buatan dan rekaan manusia) tidak
bebas daripada kesalahan dan kelemahan; memperjuangkan
prinsip kebebasan dan kerasionalan yang menyeluruh tanpa
sebarang batasan dalam mentafsirkan nas-nas Islam; menuntut
supaya setiap individu diberi kebebasan mutlak dalam kehidupan
sosial, yakni kebebasan yang tidak terikat kepada pemikiran
Islam bahkan melampaui batasan Syariah Islam itu sendiri
dalam memberi pandangan tentang sesuatu; dan menganggap
hukum dan peraturan yang terkandung dalam al-Quran
dan Sunah Rasulullah hanya sesuai untuk masyarakat Arab
abad ke-7 sahaja, manakala masyarakat masa lain pula tidak
wajar mempraktikkan hukum dan peraturan tersebut tanpa
mengambil kira konteks penurunan ayat atau penyampaian
sesuatu hadis. Pendukung liberalisme dalam Islam memberi
penekanan kepada kebebasan kepada siapa sahaja untuk
memberi pandangan tentang sebarang permasalahan agama
163
dan menganjurkan metodologi yang menolak autoriti agama
dan menegaskan bahawa kebenaran tidak bersifat mutlak dan
tidak boleh dimiliki oleh pihak tertentu lalu menafikan hak
orang lain.
Sebagai perbandingan, perspektif bersepadu menganjur-
kan pandangan bahawa agama dan kebenaran yang
diperkatakan oleh setiap agama adalah berbeza antara satu
sama lain, meskipun terdapat beberapa persamaan antara
pelbagai agama, khususnya dalam perkara yang membabitkan
ciri dan nilai moral yang umum. Seterusnya, walaupun
perspektif bersepadu mengakui tentang adanya agama yang
pelbagai, tetapi ia tidak bererti adanya persamaan kesahihan
kebenaran semua agama (Wan Mohd Nor, 2006). Bagi manusia
Muslim, mereka percaya bahawa Islam adalah agama wahyu
yang sempurna dan umat Islam adalah umat yang terbaik.
Islam menganjurkan prinsip kebebasan dan keterbukaan yang
berasaskan wahyu, dalam mana konsep kebebasan mutlak
dianggap bertentangan dengan Islam yang mengehadkan
kebebasan dengan berasaskan prinsip Syariah Islam. Islam tidak
mengetepikan kebebasan, keterbukaan, dan penggunaan akal
fikiran yang rasional, tetapi menganjurkan penggunaan akal
fikiran secara optimum, kebebasan berfikir, dan keterbukaan
fikiran dalam kerangka yang dibenarkan oleh Syariah Islam.
Ringkasnya, Islam mempunyai pandangan hidup yang jauh
berbeza dengan pluralisme agama dan liberalisme. Sebagai
tambahan, Islam hanyalah satu, tetapi terdapat pelbagai
tafsiran tentang ajaran Islam, yang mana ada yang betul dan
ada yang salah. Tafsiran yang benar tentang Islam hanya boleh
dilakukan oleh orang yang memiliki ilmu yang mendalam
tentang ajaran Islam, tamadun Islam, dan realiti pertumbuhan,
pembangunan, perubahan, dan kemajuan hidup manusia.
Menurut perspektif bersepadu, agama adalah asas utama
bagi menentukan kualiti hidup. Misalnya, Islam adalah cara
hidup yang sempurna, menyeluruh, bersepadu, dan sejagat,
baik yang berkaitan dengan pandangan tentang sesuatu perkara,
164
pegangan hidup, ibadat, halal dan haram, nilai, adab, dan akhlak
mahupun yang berkaitan dengan sistem ekonomi, pendidikan,
pentadbiran, perundangan, keadilan, kemasyarakatan, dan
kebudayaan. Tidak ada perkara yang dibiarkan melainkan
Islam merangkuminya. Dalam al-Quran (surah al-Maaidah
5:3), Allah menjelaskan bahawa Islam adalah cara hidup yang
sempurna dan sesuai untuk semua keadaan, masa, dan tempat.
Islam tidak membenarkan pemisahan antara urusan agama
dengan urusan duniawi seperti politik, pendidikan, pentadbiran,
perundangan, dan ekonomi. Dalam Islam, terkandung prinsip
dan sistem yang meliputi seluruh kehidupan manusia seperti
prinsip dan sistem akidah (kepercayaan), ibadat, adab dan
akhlak, perhubungan dan transaksi antara manusia (muamalat),
berkahwin dan berkeluarga (munakahat), perundangan (syariah),
kemasyarakatan, politik, pentadbiran, dan pendidikan. Justeru,
pandangan yang dimajukan oleh sekularisme, iaitu politik
suku agama suku tidak dapat diterima.
Dewasa ini, pelbagai petunjuk telah digunakan untuk
menentukan kesejahteraan dan kualiti hidup. Petunjuk tersebut
boleh dikumpulkan dalam bidang tertentu seperti pendapatan
dan pengagihan, persekitaran kerja, pengangkutan, komunikasi,
kesihatan, pendidikan, perumahan, alam sekitar, kehidupan
berkeluarga, penyertaan sosial, keselamatan dan ketenteraman
awam, kebudayaan, dan rekreasi (Unit Perancangan Ekonomi,
2005). Walaupun bidang yang diberi tumpuan adalah agak
meluas, tetapi penggunaan pendekatan kuantitatif atau
pengukuran empiris untuk menentukan kualiti hidup membuat
perkara yang sukar untuk dikuantifikasi atau diukur tidak
mendapat perhatian yang sewajarnya. Misalnya, penghayatan
agama, pembangunan insan, keharmonian masyarakat, keadilan
sosial, perpaduan nasional, dan kestabilan politik memerlukan
kedua-dua penilaian kualitatif dan kuantitatif, bukan penilaian
kuantitatif semata-mata. Ringkasnya, indeks kualiti hidup harus
mencakupi pelbagai aspek kehidupan, baik dari segi agama,
akhlak, ekonomi, pendidikan, perpaduan, perundangan,
kemasyarakatan, kesihatan, keluarga, keselamatan awam,
165
kebudayaan, sains dan teknologi, pembangunan diri, sumber
tenaga, perkhidmatan awam, rekreasi, mahupun alam sekitar
dan infrastruktur asas (contoh, jalan raya, bekalan elektrik
dan air). Bidang-bidang ini pula mempunyai hierarki tertentu
berdasarkan kepentingan, keutamaan, dan kemanfaatannya.
Berdasarkan perbincangan di atas, ungkapan menepati
kehidupan berkualiti merujuk aktiviti yang dilakukan dalam pelbagai
aspek kehidupan bagi mempertingkatkan kualiti, prestasi,
dan kecemerlangannya melebihi tahap normal. Rajah 20
memaparkan bidang kehidupan utama bagi sebarang kegiatan
untuk menepati kehidupan yang berkualiti. Penambahbaikan
dalam kehidupan tidak berlaku secara automatik, sebaliknya
ia memerlukan kejelasan matlamat, kemahuan untuk berubah,
kehendak politik, keberanian kepemimpinan, dan komitmen
yang berterusan.
Lazimnya, kualiti hidup manusia mengalami kemerosotan
disebabkan oleh faktor seperti kekacauan sosial, pergolakan
politik, kelemahan institusi, konflik budaya, keruntuhan akhlak,
kegelapan rohani, kecelaruan adab, kecairan nilai agama,
kepincangan dalam pengurusan ekonomi, kesaksamaan
struktur, dan ketidakkekalan persekitaran. Kecemerlangan
dalam pembangunan ekonomi dan kemajuan teknologi tidak
mencukupi untuk mencapai kebahagiaan hidup di dunia dan
di akhirat. Tanpa kekuatan keimanan, keteguhan agama, dan
keutuhan akhlak, manusia akan hidup secara tersisih daripada
Pencipta dan tidak memiliki apa-apa untuk menyelamatkan diri
mereka daripada lemas dalam pandangan hidup kebendaan dan
cengkaman hawa nafsu. Dengan kata lain, sebarang pegangan,
pemikiran, perasaan, atau perbuatan yang boleh mengancam
usaha untuk menjaga, memartabatkan, dan memperkasakan
agama, akal, nyawa, harta, dan keturunan dianggap sebagai
perkara yang berpotensi untuk menjejaskan amalan menepati
kehidupan berkualiti.
166
Rajah 20. Bidang utama bagi pengembangan budaya menepati kehidupan
berkualiti
Sejarah hidup manusia menunjukkan bahawa walaupun
pembangunan ekonomi adalah penting, tetapi perkara yang
lebih penting ialah penggunaan kekuatan kebendaan untuk
membuat kehidupan kita menjadi lebih panjang, sihat,
produktif, bermakna, dan lebih tinggi pengabdian diri kepada
Allah. Kita tidak boleh hidup seperti musang, hidup tak serupa
orang, atau hidup tanpa aturan. Kita juga tidak boleh merasa
selesa dengan kehidupan yang melarat, miskin, serba susah,
dan terhengit-hengit bagai rumput di tengah jalan, mati segan
hidup tak mahu. Sebaliknya, kita perlu menjalani kehidupan
secara konstruktif dan produktif, ibarat hidup kayu berbuah,
hidup manusia biar berjasa dan berfaedah. Ingatlah kata
orang tua-tua, gajah mati meninggalkan tulang, harimau mati
meninggalkan belang, manusia mati meninggalkan nama.
Apabila kita mati, kita mahu meninggalkan nama dan jasa yang
baik seperti kata pepatah, mati badan di kandung tanah, nama
beredar ke mana-mana. Walaupun badan kita sudah hancur
di dalam tanah, tetapi nama yang baik dikenang jua. Perkara ini
167
tercapai bukan melalui kejayaan ekonomi semata-mata, tetapi
dengan memenuhi setiap tuntutan keilmuan dan peradaban,
mencintai keamanan dan perpaduan, menghormati maruah
insan, mempertingkatkan semangat keadilan yang luhur,
menghayati ajaran agama secara menyeluruh dan mendalam,
mengembangkan adab dan akhlak yang utuh, dan mencapai
tahap kebudayaan yang unggul.
Menepati Kepemimpinan Berhikmah
Pada umumnya, ungkapan kepemimpinan berhikmah merujuk
keupayaan dan kecekapan seseorang pemimpin untuk
melakukan perkara yang perlu dalam cara yang betul, pada masa
yang betul, dan di tempat yang betul serta mempertimbangkan
segala urusan dengan timbangan yang tepat dan mendapatkan
kesudahan yang cemerlang bagi segala urusan dan pengarahan.
Secara khusus, terdapat tiga konsep asas yang membentuk
ungkapan tersebut, iaitu pemimpin, kepemimpinan, dan
hikmah. Istilah pemimpin merujuk seseorang yang mempunyai
pengikut; seseorang yang berperanan sebagai kepala, ketua,
penghulu, pengurus, penggerak, pelopor, pemerintah, penguasa,
pemandu, pemberi petunjuk, pemberi inspirasi, pendorong, atau
pembimbing orang lain; atau seseorang yang mempengaruhi
kumpulan manusia ke arah mencapai matlamat bersama.
Dengan kata lain, pemimpin (leader) ialah orang yang
memimpin, iaitu orang yang memiliki kebolehan dan kecekapan
sehingga dia berupaya mempengaruhi orang lain untuk bersama-
sama melakukan aktiviti tertentu bagi mencapai tujuan yang
khusus atau mengarah organisasi dalam cara yang membuatnya
menjadi lebih koheren dan padu. Istilah kepemimpinan (leadership)
pula merujuk keupayaan, kebolehan, kekuatan diri, tindak
tanduk, tahap pengaruh, pencapaian, dan kecekapan seseorang
individu sebagai pemimpin. Kepemimpinan melibatkan ciri
khusus yang dimiliki oleh pemimpin, dalam mana ciri tersebut
berkaitan dengan proses mempengaruhi orang lain; mengenal
pasti potensi dan nilai yang ada pada orang lain dengan jelas
168
sehingga mereka dapat meneliti sendiri dan membentuk
kepekaan yang tinggi terhadap potensi dan nilai yang
wujud di dalam diri mereka; dan mewujudkan peluang bagi
membantu mereka untuk mengembangkan, memperkukuhkan,
memanifestasikan, dan menggunakan nilai dan potensi mereka
secara optimum.
Seterusnya, istilah hikmah merujuk keadaan diri insan yang
berkeupayaan mengetahui dan membezakan antara kebenaran
dengan kebatilan dalam segala perbuatan yang tergolong
dalam lingkungan ikhtiar manusia. Hikmah terhasil daripada
pemahaman, perolehan makna, adab, akhlak, nilai, dan tindak
tanduk yang tepat. Hikmah bertapak dalam kalbu dan Allah
menghidupkan hati (kalbu) manusia dengan cahaya hikmah,
sebagaimana Allah menghidupkan bumi yang tandus dengan
titisan air hujan. Hikmah juga membabitkan segala perkara
yang menghalang manusia daripada kebodohan dan mencegah
mereka daripada kekejian. Ringkasnya, hikmah membabitkan
kemampuan meletakkan segala urusan di tempatnya yang
sebenar dan mempertimbangkannya dengan pertimbangan
yang tepat, serta mendapatkan kesudahan yang baik bagi segala
urusan dan pengarahan. Orang yang diberi hikmah oleh Allah
adalah orang yang mendapat kebajikan yang banyak (surah al-
Baqarah 2:269).
Manusia harus berusaha untuk memperoleh hikmah
melalui cara seperti membina ilmu yang bermanfaat, memahami
agama dan mengamalkannya, mengambil faedah daripada
perjalanan umur dan pengalaman hidup, berdamping dengan
para ulama, mengambil pelajaran daripada kesalahan dan
kekeliruan supaya tidak digigit ular daripada satu lubang sebanyak
dua kali atau tertipu beberapa kali, sentiasa berwaspada dan
berhati-hati supaya tidak terjerumus dalam kesalahan, berusaha
meletakkan segala perkara pada tempatnya yang sebenar, dan
berusaha membuat pertimbangan yang tepat tentang sesuatu
perkara atau keadaan melalui pemahaman tentang fenomena
sebab dan akibat. Orang yang tidak mengambil manfaat
169
daripada pengalaman dan tidak belajar daripada perjalanan
waktu dianggap sebagai orang yang bodoh.
Keadaan hidup yang berhikmah disebut sebagai
keadilan, manakala tindakan kognitif yang digunakan untuk
merealisasikan keadaan berhikmah atau keadaan hidup yang
melibatkan kedudukan atau tempat yang sebenar bagi sesuatu
perkara dalam urutan dan fitrah kejadian pula disebut sebagai
adab. Oleh itu, kehilangan adab menggambarkan kehilangan
keadilan dan tanpa adab, manusia akan hilang penghalang
kebodohan dan pencegah keburukan. Ringkasnya, hikmah
membabitkan keadaan diri manusia yang memahami ajaran
agama, mengenal kebenaran dan mengamalkannya, meletakkan
sesuatu pada tempat yang sewajarnya, sederhana dalam aspek
penggunaan dan cemerlang dalam aspek penghasilan, dan
berusaha mengaitkan sebab dengan akibat yang relevan dengan
komposisi bahan fizikal dan fungsi jirim, dan yang relevan
dengan hukum alam semula jadi (sunah Allah) dan peraturan
yang diwahyukan tentang alam dan segala kandungannya.
Berdasarkan perbincangan di atas, ungkapan menepati
kepemimpinan berhikmah merujuk segala tindak tanduk yang
dapat mempertingkatkan keupayaan dan kecekapan individu
untuk menjadi pemimpin yang mengetahui kedudukan atau
tempat yang sebenar bagi sesuatu perkara dalam urutan dan
fitrah kejadian, dan bertindak selaras dengan pengetahuan
tersebut. Fungsi manusia sebagai khalifah Allah di muka
bumi seharusnya membayangkan sifat kebesaran Allah seperti
kebijaksanaan, kearifan, atau berhikmah dalam segala tindak
tanduk mereka. Kekuatan kebendaan dan kekuatan keilmuan
sahaja tidak mencukupi untuk membolehkan manusia
menjalankan tanggungjawab mereka sebagai khalifah Allah
dengan berkesan. Ia perlu diperlengkap dengan hikmah atau
kebijaksanaan. Daya kepemimpinan berhikmah membabitkan
kebolehan khusus yang harus dibina oleh setiap individu, bukan
suatu yang dipindahkan daripada seseorang kepada orang
lain.
170
Menurut Islam, pemimpin yang bijaksana adalah
pemimpin yang menjalankan tugas memimpin berlandaskan
pemahaman dan komitmen bahawa masa depan individu,
masyarakat, dan umat Islam adalah Islam; dan tanpa Islam,
individu, masyarakat, dan umat Islam tidak akan mempunyai
masa depan yang cemerlang, gemilang, dan terbilang. Dalam
konteks ini, perubahan, pembangunan, pembaharuan,
transformasi, dan kemajuan dalam proses memimpin merujuk
pengembalian kepada ajaran dan keadaan Islam yang sejati.
Sebarang usaha untuk memisahkan Islam daripada proses
memimpin merupakan satu tindakan yang menyeleweng.
Pokoknya, seluruh usaha untuk melaksanakan
tanggungjawab sebagai khalifah Allah di muka bumi perlu
memenuhi dua syarat, iaitu mempunyai tujuan (niat) yang
baik dan cara pelaksanaan (contohnya, cara bertindak, berfikir,
bekerja, mengurus) yang betul. Syariah Islam menetapkan
empat panduan asas bagi melaksanakan sesuatu kegiatan, iaitu
tidak melakukan perbuatan yang boleh membahayakan diri
atau merosakkan muka bumi; tidak membabitkan pembaziran
dan pemborosan; mengutamakan kebersihan, kesucian, dan
penyucian (tazkiyah); dan menjauhi perkara haram dan subahat.
Ilmu fardu ain dan ilmu fardu kifayah sangat penting bagi
menepati kepemimpinan berhikmah. Kedua-dua ilmu ini perlu
disepadukan untuk mengelak daripada berlakunya kecelaruan
fikiran dan kehilangan adab. Satu tanggungjawab penting
seseorang pemimpin adalah untuk mengimarahkan atau
memakmurkan bumi. Persoalannya, bagaimana mereka dapat
melaksanakan tugas pengimarahan bumi dengan berkesan
jikalau mereka hidup dalam keadaan yang jahil, miskin, daif,
mundur, pasif, lemah, mengharapkan belas kasihan orang
lain, bermusuhan sesama sendiri, dan mementingkan akhirat
sahaja?
Islam tidak menolak pemodenan dan pembangunan
dalam kehidupan manusia, tetapi menolak pemodenan dan
pembangunan yang menghasilkan kemajuan kebendaan
171
yang hebat seiring dengan penghasilan keruntuhan akhlak,
pencemaran alam sekitar, dan kemusnahan nilai hidup
yang teruk. Menurut Islam, pemodenan dan pembangunan
kehidupan duniawi mesti membawa kepada kejayaan dan
kebahagiaan dalam kehidupan ukhrawi. Pandangan hidup ini
diungkap dalam kata-kata, kebaikan di dunia dan kebaikan di
akhirat. Pandangan ini menolak orang Islam yang mengamal-
kan prinsip, Biarlah orang lain berusaha untuk memperoleh
kejayaan kebendaan dan kecemerlangan duniawi, asalkan orang
Islam mencapai kebahagiaan akhirat yang telah dijanjikan oleh
Allah. Pokoknya, tugas untuk mengimarahkan dunia tidak
dapat dilaksanakan dengan berkesan jikalau masyarakat Islam
mengamalkan prinsip atau perspektif sempit ini.
Pada umumnya, terdapat perkara-perkara asas yang
boleh membantu manusia untuk mengamalkan budaya
menepati kepemimpinan berhikmah seperti memahami dan
menghayati ajaran agama secara menyeluruh dan mendalam;
mengenal kebenaran dan mengamalkannya; mengembangkan
peribadi dan akhlak yang utuh; meletakkan segala perkara
sesuai dan tepat dengan kedudukannya; mengamalkan sikap
sederhana dalam aspek penggunaan dan cemerlang dalam
aspek penghasilan; belajar daripada kesalahan dan mengambil
manfaat daripada pengalaman; berwaspada supaya tidak
terpedaya atau tertipu beberapa kali; mempertingkatkan
keyakinan diri dan perasaan rendah hati (tawaduk); mengawal
hawa nafsu; mempertingkatkan ketabahan diri dalam
menghadapi cabaran; kemas dalam tindakan dan fikiran;
keprihatinan terhadap keperluan orang bawahan; menjadi
model atau contoh kepada orang bawahan tentang adab,
akhlak, akauntabiliti, integriti, kecekapan, keintelektualan,
komitmen, ketelusan, dan kepantasan dalam menjalankan
kerja; mengembangkan budaya yang berorientasikan
pencapaian; mempertingkatkan kecekapan berkomunikasi dan
perhubungan yang tinggi; menetapkan arah haluan, wawasan,
dan matlamat bersama yang dinyatakan dengan jelas dan diberi
tumpuan yang sepenuhnya; mempertingkatkan keupayaan
172
organisasi melalui pembentukan pasukan pekerja yang dinamik,
pengurusan perubahan dengan berkesan, pelaksanaan operasi
kerja yang sempurna; penyejajaran matlamat dengan sistem
untuk mencapai hasil yang optimum; dan mempertingkatkan
kebolehan untuk menggerakkan komitmen individu, berkongsi
kuasa, penugasan kerja, dan memberi kuasa.
Ingatlah kata orang tua-tua, kita boleh membeli kudrat
seseorang, tetapi tidak boleh membeli hati mereka; kita
boleh membeli tangan mereka, tetapi tidak boleh membeli
kecenderungan mereka; kita boleh memiliki tubuh mereka,
tetapi tidak boleh memiliki fikiran mereka. Walaupun orang
lemah boleh diletakkan di bawah kuasa orang kuat, tetapi hati,
perasaan, dan fikiran mereka bebas lepas. Begitu juga, kita hanya
boleh memerhati tingkah laku manusia, tetapi perasaan hati
mereka tidak dapat diperhatikan, ibarat kata pepatah, Lautan
dapat diduga, hati manusia siapakah dapat menduganya.
Ringkasnya, setiap manusia mempunyai kebebasan atau
kuasa untuk memilih. Kuasa untuk memilih ini bermakna
manusia bukan sekadar menjadi hasil kepada pengalaman lalu
mereka atau warisan baka mereka. Manusia boleh menentukan
sendiri arah haluan hidup mereka dan mengubah masa depan
mereka melalui pilihan yang mereka buat. Dengan menggunakan
anugerah ini secara bijaksana, manusia boleh meningkatkan
taraf kehidupan mereka dan kualiti kepemimpinan mereka
ke tahap yang lebih tinggi. Dalam konteks ini, kita perlu
membezakan faktor yang boleh mempengaruhi hidup kita
dengan faktor yang menentukan hidup kita. Misalnya, warisan
baka dan suasana alam sekitar boleh mempengaruhi kita, tetapi
mereka tidak menentukan kita. Setiap individu menentukan
sendiri keadaan hidupnya, dengan izin Allah, melalui pilihan
yang ia buat dan amalan ia yang lakukan. Oleh itu, jikalau kita
telah menyerahkan kehidupan masa kini kita kepada perkara
yang silam, kita tidak semestinya menyerahkan masa depan kita
kepada perkara masa silam.
173
Menurut Covey (2004), terdapat satu ruang antara
rangsangan dan tindakan yang kita lakukan. Dalam ruang ini,
terletak kebebasan dan kuasa kita untuk memilih tindakan kita.
Seterusnya, dalam pilihan tersebut, terletak peluang bagi kita
untuk meningkatkan kualiti hidup kita. Hakikatnya, kita adalah
hasil daripada pilihan dan tindakan yang kita lakukan. Oleh
itu, setiap pemimpin perlu membuat pilihan yang betul dan
tepat sebab kualiti kepemimpinan manusia yang bebas tidak
pernah meningkat secara tidak sengaja, tetapi dipertingkatkan
melalui pilihan dan tindakan yang mereka buat. Rajah 21
memaparkan beberapa perkara yang boleh membantu kita
untuk mengembangkan budaya menepati kepemimpinan
berhikmah.
Pada asasnya, terdapat dua konsep yang berkaitan dengan
pemimpin, iaitu kepemimpinan dan kepimpinan. Kepemimpinan
merujuk keupayaan seseorang sebagai pemimpin, iaitu ciri
khusus yang dimiliki oleh seseorang pemimpin, manakala
kepimpinan pula merujuk keupayaan memimpin, iaitu ciri khusus
bagi perbuatan memimpin yang dilakukan oleh seseorang
pemimpin. Secara kasar, kedua-dua kepemimpinan dan
kepimpinan membabitkan keupayaan untuk menterjemahkan
idea, konsep, dan wawasan menjadi realiti. Pemimpin yang
berhikmah menunjukkan contoh yang baik; mengenal pasti dan
menetapkan arah haluan yang hendak dituju; membangunkan
dan menyejajarkan struktur, sistem, dan proses dengan arah
haluan yang ditetapkan; memberi tumpuan kepada hasil selepas
menentukan strategi dan kaedah pelaksanaan yang digunakan
adalah tepat dan berkesan; menggerakkan komitmen individu
dan membentuk keupayaan organisasi untuk mengeluarkan
hasil yang optimum; membangunkan dan mempertahankan
budaya berfikir, bertindak, dan bekerja yang berorientasikan
pencapaian yang cemerlang; dan berusaha dengan gigih
untuk meletakkan segala perkara pada tempat yang betul.
Sebaliknya, kepimpinan atau perbuatan memimpin yang
tidak berdisiplin dan tidak komited untuk menyiapkan sesuatu
tugas dalam tempoh yang ditetapkan adalah tidak berhikmah.
174
Tanpa keupayaan untuk melaksanakan tugas dengan berkesan,
kepimpinan menjadi hambar dan tidak bersemangat.
Ringkasnya, pelaksanaan berfungsi sebagai jambatan yang
menyabungkan aspirasi dengan hasil.
Rajah 21. Unsur utama bagi pengembangan budaya menepati kepemimpinan
berhikmah
Lazimnya, terdapat jurang yang besar antara agenda
tindakan yang disediakan dengan perkara yang dilaksanakan.
Banyak perkara yang dirancang gagal untuk dilaksanakan
dengan berkesan. Idea yang kreatif, prinsip yang inovatif,
dan strategi yang konstruktif tidak mempunyai nilai yang
tinggi sehingga mereka menjadi sebahagian tabiat atau akhlak
individu dan masyarakat melalui pelaksanaan dan penghayatan
175
yang berkesan dan berterusan. Jurang pelaksanaan menjadi
penghalang utama kepada pengembangan budaya menepati
kepemimpinan berhikmah. Terdapat beberapa faktor yang
memberi sumbangan kepada jurang pelaksanaan (Covey, 2004;
Syed Muhammad Naquib, 1995):
Keimanan dan ketakwaan: Orang bawahan atau pekerja
tidak memiliki keimanan dan ketakwaan yang
kukuh. Keadaan ini membuat mereka mudah pecah
amanah, menyeleweng, dan mengelak daripada
tanggungjawab.
Keilmuan: Orang bawahan atau pekerja tidak
memiliki ilmu yang perlu dan mencukupi. Kejahilan
menghalang mereka daripada melaksanakan sesuatu
tugas dengan berkesan.
Kejelasan: Orang bawahan atau pekerja tidak
mengetahui dengan jelas prioriti dan matlamat yang
hendak dicapai oleh organisasi atau negara.
Komitmen: Orang bawahan tidak terlibat atau mengikuti
perbincangan tentang matlamat yang hendak dicapai.
Tanpa sebarang pemberian kuasa, mereka tidak
komited dan tidak yakin dengan matlamat yang
ditetapkan.
Terjemahan: Orang bawahan tidak diajar tentang
cara untuk menterjemahkan idea kepada tindakan
tertentu. Akibatnya, mereka tidak mengetahui perkara
yang mereka perlu lakukan secara peribadi untuk
membantu organisasi atau negara mencapai matlamat
yang ditetapkan.
Pengupayaan: Orang bawahan tidak mempunyai
infrastruktur, sistem, atau kemudahan sokongan yang
sesuai untuk membantu mereka melakukan kerja
dengan berkesan.
Sinergi: Orang bawahan tidak memiliki kecekapan
untuk bekerjasama antara satu sama lain atau tidak
176
mempunyai hubungan dan perpaduan yang baik
antara mereka.
Akauntabiliti: Orang bawahan tidak selalu
berakauntabiliti antara satu sama lain.
Integriti: Orang bawahan bekerja dalam persekitaran
yang tidak mementingkan integriti.
Setiap pemimpin harus sedar bahawa terdapat perbuatan
seperti makan suap dan mementingkan diri sendiri yang boleh
meningkatkan jurang pelaksanaan. Apabila kejujuran, amanah,
integriti, akauntabiliti dianggap sebagai perkara remeh,
memimpin akan menjadi kerja yang sukar untuk dilaksanakan
dengan berkesan. Selain makan suap, pemimpin yang berhikmah
menjauhkan diri daripada pelbagai jenis makan yang lain seperti
makan ampu, makan angkat, makan bara, makan besar, makan
darah, makan dua, makan curi, makan hak, makan janji, makan
kawan, makan keringat orang, makan masak mentah, makan
riba, makan tidur, dan makan tipu. Kepimpinan tanpa kekuatan
kerohanian yang berteraskan keimanan dan ketakwaan kepada
Allah akan hanya menimbulkan kerosakan dan kesesatan
yang berterusan. Dalam al-Quran, Allah menjelaskan bahawa
orang yang buta tidak sama dengan orang yang celik, keadaan
gelap gelita tidak sama dengan cahaya yang terang benderang,
suasana teduh tidak sama dengan suasana panas, dan orang
yang hidup tidak sama dengan orang yang mati (surah Fatir
35:19-21). Hanya orang yang jahil, lalai, lupa, dan sesat sahaja
yang gagal untuk membezakan yang baik dengan yang buruk,
halal dengan haram, betul dengan salah, dan keimanan dengan
kekufuran. Dalam al-Quran, Allah menjelaskan keadaan dan
balasan kepada orang yang ingkar petunjuk-Nya:
Dan sesiapa yang berpaling ingkar daripada
ingatan dan petunjuk Ku, maka sesungguhnya
adalah baginya kehidupan yang sempit, dan Kami
akan himpunkan dia pada hari kiamat dalam
177
keadaan yang buta. Ia berkata: Wahai Tuhan ku,
mengapa Engkau himpunkan aku dalam keadaan
buta, pada hal aku dulunya adalah seorang yang
dapat melihat? Allah berfirman: Demikianlah
keadaannya! Telah datang ayat-ayat keterangan
Kami kepada mu, lalu engkau melupakan serta
meninggalkannya, dan demikianlah engkau
pada hari ini dilupakan serta ditinggalkan.
Dan demikianlah Kami membalas orang yang
melampaui batas dan tidak beriman kepada ayat-
ayat keterangan Tuhannya; dan demi sesungguhnya
azab akhirat itu lebih berat dan lebih kekal (surah
Taha 20: 124-127).

Pada hakikatnya, tanpa kekuatan akhlak, keteguhan
agama, dan keutuhan adab, segala kekayaan, kekuatan
kebendaan, kemajuan saintifik, dan kecanggihan teknologi
akan disalahgunakan oleh pemimpin untuk mencapai matlamat
yang selaras dengan dorongan hawa nafsu dan bisikan syaitan.
Dalam keadaan ini, kehidupan manusiawi menjadi lebih teruk
daripada kehidupan haiwani (surah al-Araaf 7:179). Adab adalah
kesempurnaan akhlak seseorang, yang lahir daripada kualiti ilmu
yang dimiliki dan sistem nilai yang diamalkan. Adab diwarnai
oleh pendidikan yang diikuti, ilmu yang dibina, kebijaksanaan
yang diperoleh, dan perkara yang dilakukan secara berulang
kali oleh seseorang individu bagi mendapat keredaan Allah.
Inti pati daripada budaya menepati kepemimpinan berhikmah
ialah bagaimana pemimpin membentuk, mempertahankan,
memperkukuhkan, dan mengembangkan adab, nilai, etika,
tabiat, dan amalan yang baik dan efektif di dalam semua aspek
tugas atau kehidupan individu dan organisasi baik secara fizikal,
afektif, kognitif, atau kerohanian. Sebaik-baik pemimpin ialah
pemimpin yang paling berfaedah kepada orang lain. Dalam satu
hadis riwayat Muslim, Rasulullah menegaskan bahawa, Siapa
yang memberi contoh yang baik dalam Islam, maka ia mendapat
pahala dan pahala orang yang mengikut perbuatannya hingga
hari kiamat; dan siapa yang memberi contoh kejahatan, maka
178
ia mendapat dosa dan dosa orang yang mengikut perbuatannya
hingga hari kiamat.
Pemimpin yang berhikmah ialah pemimpin yang
berjaya menerangkan kepada orang bawahan tentang nilai
dan potensi mereka sehingga mereka dapat meneliti dan
membangunkan diri mereka. Dalam keadaan yang terbangun,
individu akan menyedari perbezaan antara apa yang mereka
sedang lakukan dengan apa yang mereka mampu dan perlu
lakukan demi kecemerlangan diri, organisasi, masyarakat, dan
negara. Setiap pemimpin mempunyai tanggungjawab asas
untuk mengimarahkan diri, keluarga, organisasi, masyarakat,
negara, dan dunia. Dalam menjalankan tugas memimpin, kita
wajar mengingati pesan Rasulullah dalam satu hadis riwayat
Ahmad dan At-Tirmizi, Bertakwalah kepada Allah di mana
sahaja kamu berada, dan iringilah kejahatan dengan kebaikan,
nescaya kebaikan itu akan menghapuskan kejahatan tersebut,
dan bergaullah sesama manusia dengan akhlak yang baik.
Sebagai kesimpulan, hikmah dalam konteks kepimpinan dan
kepemimpinan merujuk penggunaan kepercayaan, suara hati,
pemahaman, pemikiran, penaakulan, perasaan, tindak tanduk,
sikap, komunikasi, pentadbiran, pengurusan, pertimbangan,
hubungan, rangkaian, penjelasan, penugasan, pengawasan,
perancangan, pelaksanaan, pemilihan, pengaruh, pemberian
kuasa, penugasan kerja, pembudayaan, penilaian, peralatan,
teknologi, konsepsi, strategi, proses, prosedur, sistem, dan
struktur dengan tepat, betul, benar, efisien, dan efektif untuk
menjalankan tugas memimpin dengan berkesan.
LANGKAH KE HADAPAN
Dalam membudayakan prinsip ketepatan, kita mungkin
berdepan dengan satu persoalan, Apakah tanda kejayaan bagi
produk budaya ketepatan?. Produk utama budaya ketepatan
ialah manusia baru yang boleh digambarkan sebagai bukan
laksana golok kayu, ditetak tak makan, dijual tak laku; bukan
laksana lembu kasi, galak saja tiada melawan; dan bukan laksana
179
bunga dedap, sungguh merah berbau tidak; tetapi laksana
intan (manikam), jikalau terbenam di pelimbahan sekalipun,
tiada akan hilang cahayanya. Ini kerana manusia tersebut
menepati masa, janji, kepercayaan, pengetahuan, timbangan,
ukuran, komunikasi, dan tugas. Dalam menjalankan tugas,
dia memberi keutamaan kepada pembentukan budaya kerja
yang berorientasikan produk yang cemerlang, kreatif, inovatif,
menepati sasaran, menepati belanjawan, menepati masa, dan
menepati piawaian antarabangsa. Kualiti dan penjaminan
kualiti pula dijadikan asas dan agenda terpenting bagi kerja
yang dilakukan. Ringkasnya, jikalau ada keikhlasan, kejujuran,
ketelusan, kebijaksanaan, kesungguhan, persefahaman,
perkongsian, dan ketepatan dalam amalan dan tindakan kita,
fajar peradaban baru bagi negara kita akan menjelma dengan
izin Allah.
Pembudayaan amalan ketepatan memerlukan kita untuk
melakukan islah dan pembangunan diri dan masyarakat secara
menyeluruh dan bersepadu. Perkataan islah merujuk usaha
memperbaiki, membaharui, dan merubah keadaan sedia ada
kepada keadaan yang lebih baik, betul, tepat, berdaya maju,
dan sesuai melalui jalan yang baik dan damai (surah Al-Araaf
7: 35; Al-Araaf 7:170; Al-Maaidah 5:39; Hud 11:88). Bagi orang
Islam, islah dan pembangunan tidak dapat dilakukan dengan
berkesan tanpa benar-benar yakin bahawa al-Quran itu adalah
kalam Allah yang tidak mengandungi sebarang keraguan;
memahami dan menghayati pandangan Islam tentang islah
dan pembangunan; membentuk visi dan misi islah dan
pembangunan yang selaras dengan visi dan misi al-Quran;
membina pemahaman yang hakiki tentang alam, manusia, dan
kehidupan; menangani isu-isu pembangunan mengikut ajaran
al-Quran dan sunah Rasulullah secara kolektif; dan menangani
fenomena sebahagian masyarakat Islam ketinggalan daripada
arus positif zaman moden secara menyeluruh dan berterusan.
Dalam konteks ini, kita boleh mengambil perkara daripada
budaya lain jikalau perkara itu tidak bercanggah dengan ajaran
agama kita dan dapat memberi manfaat dan kekuatan baru
180
kepada masyarakat kita. Perkara yang dilarang ialah sebarang
usaha untuk mereformasi agama Islam dengan berdasarkan
pengalaman dan kaedah keagamaan Barat.
Islam adalah ad-din yang lengkap dan sempurna (surah
al-Maaidah 5:3; surah Ali-Imraan 3:19; surah an-Nahl 16:89) yang
diturunkan oleh Allah kepada manusia melalui perantaraan
Rasulullah. Islam tidak memerlukan islah dan pembangunan,
tetapi yang memerlukan islah dan pembangunan ialah manusia
Muslim. Misalnya, mereka perlu meningkatkan pemahaman
mereka tentang ajaran Islam, membersihkan diri daripada sifat
negatif, dan melengkapkan diri dengan sifat positif.
Dalam usaha mempertingkatkan perpaduan nasional,
manusialah yang paling penting. Banyak perkara bergantung
pada fikiran dan tindakan mereka. Apakah erti perpaduan
nasional? Mengapakah perpaduan penting bagi sesebuah
masyarakat atau negara? Apakah perkara yang paling penting
dalam membina, mengembangkan, memperkukuhkan, dan
mempertahankan perpaduan nasional? Untuk menangani
persoalan seperti ini, cara kita berfikir dan bertindak harus
dicirikan oleh komitmen yang berterusan untuk mencapai
kebahagiaan hidup di dunia dan di akhirat, bukan kesenangan
kehidupan di dunia sahaja atau kejayaan kehidupan di akhirat
semata-mata.
Dalam masyarakat berbilang kaum dan agama, kita
harus menerima perbezaan yang sedia wujud antara kita dan
melebarkan persefahaman, kerjasama, permuafakatan, dan
penerimaan tentang perkara yang kita mempunyai kepentingan
bersama seperti keamanan, kedamaian, keharmonian, dan
kemajuan. Untuk mencapai matlamat ini, setiap orang daripada
kita harus membangunkan diri, mengembangkan nilai positif,
mengamalkan budaya konstruktif seperti budaya ketepatan,
memanfaatkan segala ilmu pengetahuan, dan memperkukuhkan
semangat untuk menangani perkara yang boleh meruntuhkan
perpaduan nasional dalam abad ke-21. Setiap orang daripada
181
kita bukan sahaja perlu menjadi pemimpin yang berwibawa,
tetapi juga menjadi insan yang bertanggungjawab dan berbakti
ke arah mencapai keamanan diri, masyarakat, negara, dan
dunia. Masa depan negara terletak pada kebijaksanaan
rakyatnya. Selagi panji kedamaian, keadilan sosial, maruah
insan, dan saling pergantungan berkibar megah di bumi
Malaysia, sempadan antara kaum dan agama pasti dapat
dilangkaui untuk membuka laluan ke arah masyarakat yang
bersatu padu. Melalui usaha yang gigih dan beradab, kuntum-
kuntum kecemerlangan duniawi dan kebahagiaan ukhrawi
akan dapat berkembang mekar dalam masyarakat ini.
Kejahilan, kebodohan, kebebalan, kezaliman, dan
keterlampauan boleh melunturkan atau meruntuhkan
perpaduan negara dan menyulitkan pembentukan negara
yang maju dan bahagia. Oleh itu, penyediaan iklim yang dapat
menyemarakkan pembudayaan ilmu, pengembangan daya
pintar cerdas, dan penghayatan nilai adalah sangat penting.
Dalam konteks ini, sistem pendidikan, kurikulum pendidikan, dan
golongan akademik memainkan peranan yang kritis. Misalnya,
kurikulum pendidikan tidak boleh bersifat sekular, sempit,
dan bertumpu kepada kepentingan ekonomi, komersialisasi,
utiliti, teknologi, perdagangan, dan industri semata-mata.
Begitu juga, ahli akademik dan pemimpin institusi pendidikan
perlu memiliki ilmu yang mendalam, adab yang tinggi, dan
integriti yang teguh. Biasanya, manusia berpecah-belah dan
bermusuhan antara satu sama lain disebabkan beberapa faktor
seperti kekeliruan dan kesilapan dalam mentafsirkan makna
ilmu pengetahuan dan pengamalannya; kehilangan adab,
keadilan, dan kebijaksanaan; dan kemunculan pemimpin yang
tidak layak memikul tanggungjawab dalam pelbagai lapangan
kehidupan beragama dan masyarakat (Syed Muhammad
Naquib, 1995).
Menurut al-Buti (2005), keadaan pemikiran yang kosong
daripada pemahaman yang hakiki tentang alam, manusia, dan
kehidupan atau kekeliruan dan kesilapan dalam memahami
182
secara hakiki akan perkara dasar ini disebabkan oleh tugas
untuk menjelaskan perkara tersebut diberi kepada mereka
yang tidak berwibawa, melampau, dan tidak mempunyai
kebijaksanaan menjadi punca utama bagi perpecahan umat
Islam. Justeru, untuk memberi sumbangan yang konstruktif
bagi menangani perkara seperti ini, kurikulum pendidikan harus
mengimbangi tumpuan kepada pembangunan insan seperti
pembentukan ilmu, adab, akhlak, dan nilai dengan tumpuan
kepada pembangunan kebendaan seperti perkembangan
ekonomi, perdagangan, teknologi, dan industri. Seterusnya,
ahli akademik dan pemimpin institusi pendidikan harus dilantik
berdasarkan kriteria seperti keimanan, keilmuan, kewibawaan,
amanah, keberanian, keadilan, dan integriti. Dalam dunia
yang penuh mencabar, kita harus berusaha ke arah pendidikan
yang baru, iaitu pendidikan yang mementingkan kecemerlangan
bersepadu yang menggabungkan kemajuan kebendaan dengan
kemajuan kerohanian, bukan kecemerlangan sekular atau
kecemerlangan tanpa ruh (excellence without a soul) yang hanya
mementingkan kecemerlangan ilmiah dan teknikal yang
bersifat utilitarian dan bebas nilai agama. Misalnya, menurut
Lewis (2006), keghairahan membuta tuli (ala pak pandir atau
pak Kaduk) untuk memasuki sistem pemeringkatan (ranking)
antarabangsa bagi universiti awam tanpa mengambil kira misi
bangsa, negara, dan umat boleh membawa universiti tersebut
ke dalam perangkap kecemerlangan tanpa ruh. Tidak ada
gunanya menang sorak jikalau maruah bangsa dan misi umat
tergadai. Kita harus meletakkan kebergunaan pemeringkatan
antarabangsa di tempat yang sebenar dan tidak melakukan
apa saja demi memperoleh status yang tinggi semata-mata.
Tanggungjawab membentuk pendidikan yang dapat memberi
sumbangan yang bermakna kepada perpaduan negara dan
pembentukan negara maju dan bahagia terletak di atas bahu
kita semua.
Ringkasnya, sistem pendidikan sekolah dan pendidikan
tinggi memerlukan ajaran agama untuk memulihkan kecelaruan
fikiran, kekosongan jiwa, penyakit barah komersialisasi, dan
183
menebus kembali kewarasan tindakan. Sayidina Umar ibn
al-Khattab pernah memberi peringatan yang berikut selaras
dengan ayat 4 hingga 6 surah at-Tiin:
Kita dahulu adalah sehina-hina manusia, lalu Allah
muliakan kita dengan Islam. Andainya (selepas ini) kita
mencari kemuliaan dari selain Islam nescaya Allah akan
menjadikan kita hina kembali!
Jauh daripada memurnikan dan menjernihkan, gagasan
pendidikan sekular hanya akan menyemarakkan api keterasingan
dan kekalutan. Kegagalan kita untuk menangani isu-isu
sekular besar kemungkinan akan mencetus suatu kecelaruan
yang mungkin sukar untuk dikawal, dan bibit harapan untuk
melihat sistem pendidikan sekolah dan pendidikan tinggi yang
bermakna mungkin akan tenggelam oleh asap sekularisme yang
membunuh harapan. Sebaliknya, dalam sistem pendidikan
sekolah dan pendidikan tinggi yang berteraskan keimanan
dan ketakwaan kepada Allah, kekuatan keagamaan akan
mengembangkan kerohanian insan dan serentak membentuk
asas ke arah pendidikan sekolah dan pendidikan tinggi yang
bermakna. Pendidikan sekolah dan pendidikan tinggi yang
bermakna pula akan memberi sumbangan positif kepada
pengamalan budaya ketepatan demi perpaduan nasional dan
pembentukan negara yang maju dan bahagia berasaskan acuan
kita sendiri.
Satu tugas penting yang kita hadapi sekarang adalah
untuk mengembangkan sistem pendidikan sekolah dan
pendidikan tinggi yang berlandaskan keimanan dan ketakwaan
kepada Allah dalam dunia pendidikan yang sedang dipengaruhi
oleh behaviourisme yang mementingkan tingkah laku yang
boleh diukur sahaja, konstruktivisme yang mementingkan
kebenaran yang relatif, sekularisme yang mementingkan
kehidupan hari ini dalam alam kebendaan sahaja, liberalisme
yang mementingkan penggunaan akal fikiran yang bebas
dan hanya menerima ajaran agama yang sesuai dengan akal
184
fikiran semata-mata, dan komersialisasi yang mementingkan
kehendak pasaran semata-mata (the religion of the market). Marilah
kita sama-sama membayangkan masa depan yang cemerlang
bagi pengamalan budaya ketepatan di negara kita dengan
melaksanakan sistem pendidikan sekolah dan pendidikan tinggi
yang memberi tumpuan kepada usaha untuk mengembangkan
dan memperkasa budaya ketepatan dalam diri setiap pelajar
dan pengajar. Nilai pendidikan dan budaya bawaan Islam dapat
membangunkan insan dan masyarakat yang mementingkan
ilmu, keadilan, prestasi cemerlang, dan penghayatan nilai
terpuji. Kemajuan, kesejahteraan, dan kebahagiaan masyarakat
dan negara banyak bergantung pada budaya ilmu dan budaya
ulul-albab (pintar cerdas) yang dikembangkan oleh sistem
pendidikan sekolah dan pendidikan tinggi yang bertujuan
untuk melahirkan pelajar yang berakhlak mulia, beradab
tinggi, dan memiliki ilmu agama dan ilmu sains yang meluas
dan mendalam, bukan sekadar melahirkan pelajar yang mahir
dalam bidang ekonomi, sains, dan teknologi.
Pendukung perspektif Islam dan pendukung perspektif
sekular dan liberal mempunyai pandangan yang berbeza tentang
konsep kemajuan. Bagi sekularis dan liberalis, kemajuan hanya
dapat dicapai melalui sumbangan sains, teknologi, pemikiran
saintifik, dan kebebasan politik, ekonomi, dan pendidikan
daripada pengaruh doktrin agama. Sebaliknya, menurut
perspektif Islam, kemajuan terkandung dalam konsep al-falaah
yang bermaksud memperoleh kebaikan di dunia dan kebaikan
di akhirat. Ia melibatkan proses kembali kepada ajaran Islam
yang sebenar dalam setiap aspek kehidupan. Dalam konteks
ini, individu atau umat yang terbaik terdiri daripada mereka
yang merealisasikan misi menyuruh berbuat perkara yang
baik dan melarang berbuat perkara yang jahat (amar makruf nahi
mungkar) dengan berlandaskan akidah tauhid yang utuh (surah
Ali-Imraan 3:104, 110; surah at-Taubah 9:71). Sistem pendidikan
yang berkualiti tinggi ialah sistem yang memberi tumpuan yang
seimbang kepada pembangunan adab, akhlak, dan kerohanian
serta pembangunan ekonomi, sains, dan teknologi. Tujuan
185
pendidikan pula ialah untuk melahirkan insan yang baik,
yang menyembah Allah Yang Maha Esa semata-mata (surah
adz-Dzaariyaat 51:56), menjalani kehidupan duniawi menurut
syariah Islam, dan mematuhi segala suruhan dan larangan
Allah.
Model pembangunan yang ditekankan ialah model yang
menyatukan kecemerlangan intelektual, teknikal, akhlak, adab,
keimanan dan ketakwaan kepada Allah, ekonomi, teknologi,
dan saintifik dengan memberi tempat yang sewajarnya kepada
dimensi kerohanian, adab, dan akhlak sebagai teras kemajuan
hakiki manusia. Model tersebut tidak mengecilkan dimensi
pengetahuan dunia dan kecemerlangan kebendaan, tetapi
meletakkan perkara tersebut pada tempat yang sewajarnya.
Misalnya, ilmu sains dipelajari dengan berlandaskan pandangan
alam tauhid, manakala ilmu agama pula dipelajari dengan
menggunakan kaedah yang menggabungkan pendekatan
tradisional dengan penemuan sains tulen yang berguna dan
tidak bercanggah dengan sistem nilai, norma tauhid, dan
syariah Islam serta memanfaatkan kemudahan teknologi terkini.
Fokus model pembangunan tersebut adalah untuk melahirkan
insan ulul-albab dalam semua aspek kehidupan. Ini kerana
hanya insan ulul-albab merupakan manusia yang paling layak
mendapat hikmah daripada Allah.
Allah memberikan hikmah kebijaksanaan (ilmu
yang berguna) kepada sesiapa yang dikehendaki-
Nya (menurut aturan yang ditentukan-Nya).
Dan sesiapa yang diberikan hikmah itu maka
sesungguhnya ia telah diberikan kebaikan yang
banyak. Dan tiadalah yang dapat mengambil
pengajaran (dan peringatan) melainkan orang yang
menggunakan akal fikirannya (ulul-albab) (surah
al-Baqarah 2:269).
Konsep kebahagiaan pula merujuk kedamaian, keselamatan,
dan kesejahteraan kalbu (hati) dan jiwa insan disebabkan ia
186
mengetahui tempat yang benar dan betul bagi segala yang
diciptakan oleh Allah sehingga ia menuju kepada pengenalan
dan pengiktirafan Allah dalam aturan wujud dan kewujudan,
dan mengetahui hubungan yang betul antara insan dengan
Pencipta. Keadaan itu disebut sebagai adil dan ia terbentuk
apabila insan memperoleh ilmu. Dengan kata lain, keadilan
merujuk suatu keadaan yang harmoni dalam mana setiap
satunya berada di tempat yang betul dan sesuai. Kebijaksanaan
pula merujuk ilmu yang diberikan oleh Allah yang membolehkan
seseorang individu untuk meletakkan sesuatu pada tempat yang
sesuai sehingga berlakunya keadilan (Syed Muhammad Naquib,
1995). Dalam konteks pembangunan negara, istilah negara
bahagia merujuk negara yang mana rakyatnya memiliki kepastian
dan keyakinan tentang kebenaran yang muktamad dan mereka
menjalani kehidupan seharian selaras dengan kepastian atau
keyakinan tersebut. Rakyat sedemikian rupa dilahirkan melalui
proses pembangunan insan. Dalam pembangunan tersebut,
aspek kerohanian dianggap sebagai teras, manakala aspek lain
seperti ekonomi, saintifik, teknologi, teknikal, perniagaan, emosi,
dan sosial dianggap sebagai cabang kepada teras tersebut. Dari
sudut pengamalan budaya ketepatan bagi pembentukan negara
maju dan bahagia, ayat-ayat berikut memberi panduan yang
membawa seribu makna kepada usaha pembangunan insan
dan pembentukan peradaban yang cemerlang:
Demi masa!
Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian;
Kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh,
dan mereka pula berpesan-pesan dengan kebenaran serta
berpesan-pesan dengan kesabaran (surah al-Asr 103:1-3).
187
RUJUKAN
Al-Buti, M. S. R. (2005). Islam Hadhari dalam pembangunan insan.
Putrajaya: Yayasan Islam Hadhari.
Al-Ghazali (1990). Bimbingan muminin. Singapura: Pustaka
Nasional Pte Ltd.
Al-Ghazali (1992). Ihya Ulumiddin (Jilid 1- 4). Singapura: Pustaka
Nasional.
Bandura, A. (1977). Social learning theory. New York: General
Learning Press.
Binet, A., & Simon, T. (1916). The development of intelligence in
children. Baltimore, MD: Williams & Wilkins.
Covey, S. R. (2004). The 8th habit: from effectiveness to greatness.
London: Simon & Schuster UK Ltd.
Covey, S. R., Merrill, A. R., & Merrill, R. R. (1994). First things
first. New York: Simon & Schuster Inc.
Gardner, H. (1999). Intelligence reframed: Multiple intelligences for the
21st century. New York: Basic Books.
Guilford, J. P. (1988). Some changes in the structure-of-the
intellect model. Educational and Psychological Measurement,
48, 1-4.
Helliwell, J., Layard, R., & Sachs, J. (2012). (Eds.), World
Happiness Report. New York: The Earth Institute, Columbia
University.
Hick, J. (2004). The fifth dimension: An exploration of the spiritual
realm (Rev. ed.). Oxford, England: Oneworld Publication.
188
Jabatan Perdana Menteri (2010). Program transformasi kerajaan:
Pelan hala tuju. Putrajaya: Unit Pengurusan Prestasi dan
Pelaksanaan.
Kaplan, R. S. & Norton, D. P. (1996). Using the balanced
scorecard as a strategic management system. Harvard
Business Review, 74(1), 75-85.
Khalif Muammar, A. H. (2006). Atas nama kebenaran: Tanggapan
kritis terhadap wacana Islam liberal. Kajang: Akademi Kajian
Ketamadunan.
Kimball, C. (2008). When religion becomes evil: Five warning signs.
New York: HarperCollins Publishers.
Lewis, H. R. (2006). Excellence without a soul: How a great university
forgot education. New York: Public Affairs Press.
Macan, T. H. (1994). Time management: Test of a process
model. Journal of Applied Psychology, 79(3), 381-391.
Mohd Farid, M. S. (2010, Mei). Akidah Islam dan faham
pluralisme agama. Kertas kerja dibentangkan di Wacana
Faham Pluralisme Agama dan Implikasinya Terhadap
Masyarakat Islam, Universiti Islam Antarabangsa,
Gombak, Selangor.
Muhammad Uthman, E. (2010a, Disember). Beberapa isu
dalam pluralisme agama:Satu pengamatan ringkas. Kertas kerja
dibentangkan di Wacana Pemikiran dan Pembinaan
Ummah Kedua. Masjid Wilayah Persekutuan, Kuala
Lumpur.
Muhammad Uthman, E. (2010b, Disember). Pluralisme agama:
Beberapa persoalan dilihat dari pandangan arus perdana Islam.
Kertas kerja dibentangkan di Wacana Pemikiran dan
Pembinaan Ummah Kedua. Masjid Wilayah Persekutuan,
Kuala Lumpur.
189
Muhammad Uthman, E. (2011, Januari). Bahaya pluralisme
agama kepada umat Islam. Makalah diedarkan di Wacana
Isu-isu Semasa Akidah, Universiti Malaysia Terengganu,
Kuala Terengganu, Terengganu.
Mullis, I. V., Martin, M. O., Foy, P. (with Olson, J. F., Preuschoff,
C., Erberber, E., Arora, A., & Galis, J. ). (2008). TIMSS
2007 international mathematics report: Findings from IEAs trends
in mathematics and science study at the fourth and eight grades.
Chestnut Hill, MA: TIMSS & PIRLS International
Study Center, Boston College.
Najib, R. (2010). Transformasi minda: Memeta wawasan melaksanakan
amanah. Kuala Lumpur: Institut Tadbiran Awam
Negara.
Nik Azis, N. P. (1999a). Potensi intelek. Kuala Lumpur: Dewan
Bahasa dan Pustaka.
Nik Azis, N. P. (1999b). Pendekatan konstruktivisme radikal dalam
pendidikan matematik. Kuala Lumpur: Penerbit Universiti
Malaya.
Nik Azis, N. P. (2002). Keluarga berdaya maju. Kuala Lumpur:
Penerbit Universiti Malaya.
Nik Azis, N. P. (2007a). Pemerkasaan Pendidikan Islam
berasaskan pengalaman lima dekad merdeka. Dalam Nik
Azis, N. P. (Ed.), Pendidikan Islam dan pendidikan bahasa Arab
(h.1-90). Putrajaya: yayasan Islam Hadhari.
Nik Azis, N. P. (2007b). Konsep amalan masjid terbaik. Dalam
Abdul Hamid, O. (Ed.). Islam Hadhari: Kekuatan masjid
dalam menjana masyarakat gemilang (h. 93-179). Putrajaya:
Yayasan Islam Hadhari.
190
Nik Azis, N. P. (2007c). Harapan dan cabaran dalam
pembangunan manusia. Dalam A. M. Saiddan K.
Salekan (Ed.). Pembangunan insan: Aspirasi dan realiti (h. 31-
99). Kajang: Kolej Dar al-Hikmah.
Nik Azis, N. P. (2008). Isu-isu kritikal dalam pendidikan matematik.
Kuala Lumpur: Penerbit Universiti Malaya.
Nik Azis, N. P. (2009). Nilai dan etika dalam pendidikan matematik.
Kuala Lumpur: Penerbit Universiti Malaya.
Nik Azis, N. P. (2010). Budaya ketepatan dan pembinaan
jati diri 1Malaysia. Dalam I. Shahlan (Ed.). 1Malaysia:
Menjana negara sejahtera dan bahagia menjelang 2020 (h. 107-
129). Kuala Lumpur: Penerbit Ilham Baru.
Owen, S., Froman, R., & Moscow, H. (181). Educational psychology.
Boston: Little, Brown and Company.
Piaget, J. (1950). The psychology of intelligence. London: Routledge
and Kegan Paul.
Piaget, J. (1994). Development and learning. Dalam R. E.
Ripple & V. N. Rockcastle (Eds.), Piaget rediscovered: a report
of a conference on cognitive studies and curriculum development (h.
7-19). Ithaca, NY: Cornell University Press.
Qaradawi, Y. (1988). Ijtihad dan kehidupan. Shah Alam: yayasan
Dakwah Islamiah Malaysia.
Rokeach, M. (1973). The nature of human values. New York: Free
Press.
Schuler, R. S. (1979). Managing stress means managing time.
Personnel Journal, 58, 851-854.
Sollod, R. N. (1992, March 18). Point of view. The Chronicle of
Higher Education, 3, 60.
191
Spearman, C. 91927). The abilities of man. New York:
Macmillan.
Steffe, L. P. & Olive, J. (2010). Childrens fractional knowledge. New
York: Springer.
Sternberg, R. J. (1995). A triarchic approach to giftedness. Storrs,
CT: The National Research Center on the Gifted and
Talented, University of Connecticut.
Sternberg, R. J. (2005). The theory of successful intelligence.
Interamerican Journal of Psychology, 39(2), 189-202.
Sayid Sabiq. (1978). Unsur-unsur kekuatan dalam Islam. Singapura:
Pustaka Nasional Pte Ltd.
Syed Muhammad Naquib, A. (1978). Islam and secularism. Kuala
Lumpur: Angkatan Belia Islam Malaysia.
Syed Muhammad Naquib, A. (1992). Tujuan dan objektif Pendidikan
Islam. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Syed Muhammad Naquib, A. (1995). Prolegomena to the metaphysics
of Islam. KualaLumpur: International Institute of Islamic
Thought and Civilization.
Syed Muhammad Naquib, A. (2007). Tinjauan ringkas peri ilmu
dan pandangan alam. Pulau Pinang: Penerbit Universiti
Sains Malaysia.
Teresi, D. (2003). Lost discoveries: The ancient roots of modern
sciencefrom the Babylonians to the Maya. New York: Simon
& Schuster.
Unit Perancangan Ekonomi (2005). Kualiti hidup Malaysia 2004.
Putrajaya: Jabatan Perdana Menteri.
192
United Nations Development Programme (2010). The real
wealth of nations: Pathways to human development. New York:
Palgrave Macmillan.
United Nations Development Programme (2011). Human
Development Report 2011. Sustainability and equity: A better
future for all. New York: UNDP.
Von Glasersfeld, E. (1980). The concept of equilibration in a
constructivist theory of knowledge. Dalam F. Benseler, P.
M. Hejl, & W. K. K. Kock (Eds.), Autopoisis, comunication,
and society (h. 75-85). Franfurt, West Germany: Campus
Verlag.
Von Glasersfeld, E. (1995). Radical constructivism: A way of knowing
and learning. London: The Falmer Press.
Vygotsky, L. S. (1978). Mind and society: The development of higher
mental processess. Cambridge, MA: Harvard University
Press.
Wan Adli, W. R. (2011, Julai). Pandangan sunni terhadap beberapa
isu dalam pluralisme agama. Kertas kerja dibentangkan di
Seminar Memperkasa Akidah Umat Islam. Selayang,
Selangor.
Wan Mohd Nor, W. D. (2006). Masyarakat Islam Hadhari. Kuala
Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Yusri, M. (2010, Disember). Ancaman pluralisme agama di Malaysia:
Satu tinjauan awal. Kertas kerja dibentangkan di Wacana
Pemikiran dan Pembinaan Ummah Kedua, Masjid
Wilayah Persekutuan, Kuala Lumpur.
193
INDEKS
Acuan 1-2, 13-14, 21, 43, 81, 107,
118, 122, 131, 183
Adab 3, 9, 35, 37, 43, 51, 63, 65,
67-68, 79, 84, 127, 138-139, 160,
164-165, 167-171, 177, 181-182,
184-185
Agama islam 14-16, 18, 75, 104-
105, 108, 110, 112-114, 117, 119-
120, 123, 158, 162, 180
Agama persekutuan 18
Ahli fatrah 16
Ajaran al-quran 16, 117, 179
Akal 1, 4, 13, 22, 29-34, 36-37, 44,
46, 50-51, 54, 61-62, 73, 76-78,
124, 127, 134-136, 147, 158-159,
162-163, 165, 183, 185
Akhlak 8-9, 16, 18-19, 22, 25, 29,
36-37, 43, 47, 49, 51, 55-56, 63,
65, 73, 77, 79, 83-84, 94, 103,
111, 124, 127, 130, 132-134, 136-
140, 144-149, 157, 160, 164-165,
167-168, 171, 174, 177-178, 182,
184-185
Akhlak manusia 36, 138
Akhlak mazmumah 133
Akhlak terhadap allah 134
Akomodasi 24, 26, 28, 63
Aktiviti manusia 87-88
Albab 44, 47, 50-51, 58-60, 184-185
Al-falaah 51, 184
Al-ihsaan 52
Al-itqaan 52
Al-qalb 75, 135
Al-sirat al-mustaqim 32, 103
Al-wasatiyyah 51
Amalan negatif 8, 13, 68, 129, 131
Amalan positif 8, 68, 92
Amal soleh 22, 46-47, 75-76, 124
Amanah 44, 48, 53-54, 74, 85, 157,
175-176, 182, 189
Analogi pokok 58-59
Anjakan berganda 60
Antonim 7
Antroposentrik 43
Aset bukan benda 91
Asimilasi 26-28, 123
Ayat muhkamat 105
Bahan mentah 26, 128-129
Beriman 33, 52-53, 71, 76-77, 87,
94, 96, 112, 177, 186
Bersepadu 21, 23-24, 29, 36-37,
40-41, 43, 48, 51-53, 63, 66, 73,
83, 93, 138-139, 158, 161, 163,
179, 182
Bidang keberhasilan utama 78
Blok binaan 23
Budaya benda 3-4
Budaya hati 70
Budaya kepala 70
Budaya ketepatan 3-4, 8-9, 12-13,
19, 21, 37, 50-51, 56-60, 65, 67-
70, 79, 84, 131, 178, 180, 183-184,
186, 190
Budaya progresif 2-3
Budaya tangan 70
Buta hati 153
Cara 3, 9, 17-18, 20, 23, 26-28, 30,
35-37, 41, 48, 56, 59-60, 62-64,
68-69, 73-75, 85-86, 89-90, 92,
94, 102, 104, 108, 113-114, 120,
125-127, 136, 146, 148, 150, 161,
163-164, 167-168, 170, 175, 180
Ciri semula jadi 35
Cita-cita nasional 1
Commonality 19
Darjah kecerdasan 38
Data 25-26, 64, 128, 130
194
Daya kehaiwanan 34, 134, 136,
147, 149
Daya maju 25, 42, 76
Dialog antara agama 17, 97, 99,
106
Dimensi kaedah 49
Dimensi rohani 137
Dimensi tujuan 49
Dimensi unsur 49
Eksklusivisme 99-100, 114-115
Eksoterik 32, 99, 101, 103-104
Esoterik 32, 99, 101, 103-104
Ethos 136
Etika kerja 152
Falsafah perenial 102
Fardu ain 128, 170
Fardu kifayah 128, 170
Fesyen budaya 108
Fikir 30, 33, 44, 77, 95
Fikiran 12-13, 19, 23, 25, 27, 30-31,
38, 41-42, 46, 52-54, 64, 67-68,
71-73, 83, 93, 105, 112, 118, 126,
130-131, 133, 137-138, 146-147,
154, 159, 162-163, 170-172, 180,
182-184
Fitrah 43, 45, 48, 75, 146, 169
Fungsi akal 33, 44
Fungsi roh manusia 29-30, 135
Furqan 44
Gagasan 1malaysia 1-2, 17-18, 56-
57, 81, 122-123, 131
Garis menegak 32, 103
Hablumminallah 75
Hablumminannas 75
Hakikat manusia 29, 35, 134
Hawa nafsu 14, 19, 25, 30, 34, 36,
50, 57, 72, 74-75, 78, 115, 126,
134-135, 147, 149, 165, 171, 177
Hedonisme 2, 57, 93-94, 124, 147
Hierarki ilmu 32, 75, 129
Hierarki nilai 11, 21, 52-55, 57, 86
Hikmah 32, 46, 102, 109, 167-169,
178, 185, 190
Human development report 2, 65,
156, 192
Humanisme sekular 13, 101
Husnul khuluq 137
Ibadah 17-18, 32, 37, 55, 73, 77,
102-103, 107, 109, 114, 118,
122-123
Ilham 30-33, 61-62, 135, 157, 190
Ilmu 8, 19, 21-22, 24-26, 32-33,
36-37, 43-49, 51, 53-54, 56-65, 68,
75-76, 83, 94-95, 110, 124, 126,
128-131, 135, 146, 157, 159-160,
163, 168, 170, 175, 177, 180-182,
184-186, 191
Ilmu kerohanian 32
Ilmu pengetahuan 32, 49, 62, 83,
95, 131, 180-181
Indeks pembangunan manusia 65,
156
Inklusivisme 100, 114-115
Integriti 11, 53, 56-58, 124, 145-
147, 171, 176, 181-182
Intelek bahan 45
Interaksi sosial 9, 23-24, 38, 40
Interfaith dialogues 17, 97
Intuisi 29-31, 33, 46, 61-62, 135
Jiwa 8, 19, 22, 25, 29-30, 34, 37, 40,
46, 49, 51, 65, 77, 93, 127, 132-
136, 140, 146-150, 159, 182, 185
Jiwa ammarah bi su 136
Jiwa lawwamah 135
Jiwa mutmainnah 134
Kaedah terbaik 69, 86
Kalbu 22, 29-34, 46, 93, 134-135,
159, 168, 185
Kalimah sawa 117
195
Kandungan kerja 150
Keadaan hati 75, 159
Keadilan 36-37, 46, 53-54, 56-57,
61, 67, 80, 108, 115, 124, 146,
154, 156, 160, 164, 167, 169, 181-
182, 184, 186
Kebahagiaan 14, 22, 45, 47-48,
67, 75, 77, 83, 95-96, 104, 128,
149, 158-160, 165, 171, 180-181,
184-185
Kebahagiaan hidup 45, 48, 67, 75,
77, 83, 128, 158-160, 165, 180
Kebebasan 17-18, 66, 96, 108-110,
116, 118, 123-124, 147, 154, 156-
157, 162-163, 172-173, 184
Kebebasan beragama 18, 108, 110
Kebebasan hati nurani 110
Kebebasan mutlak 109, 162-163
Kebenaran 6, 14-16, 19, 25, 32, 36,
44, 46, 61-62, 73, 75, 77-78, 87,
94, 97-105, 107, 115-119, 121,
123, 125, 127, 129-130, 146, 159-
160, 162-163, 168-169, 171, 183,
186, 188
Kebenaran agama 16, 19, 32, 98,
105, 116-117, 119
Kebenaran nisbi 15
Kebenaran transenden 118
Keberhasilan pendidikan malay-
sia 81
Kebudayaan 3, 42, 107, 164-165,
167
Kecemerlangan sekular 52, 182
Kecemerlangan tanpa ruh 182
Kecerdasan 29, 36, 38-44, 46, 96
Kecerdasan kerohanian 96
Kefahaman 38
Kehabisan tenaga 151
Kehidupan berkualiti 8, 79-80, 146,
154, 156-158, 160-161, 165-166
Keikhlasan niat 75
Kekekalan 154, 156, 160
Kekuatan adab seharian 37, 138-
139
Kekuatan akidah 32, 47, 49, 58-59,
75-76, 139, 160
Kekuatan ibadah 32, 37
Kekuatan ilmu 32, 36-37, 47, 75-76,
146, 160
Kemajmukan 17, 97, 105
Kemajuan 2, 8, 13, 67, 72-73, 75-
76, 78, 84, 94, 161, 163, 165, 170,
177, 180, 182, 184-185
Kemampuan akal 33
Kemerosotan intelektual 129
Kenisbian ajaran agama 98
Kepelbagaian agama 17, 97-99,
105-107
Kepemimpinan 8, 44, 49, 65, 129,
165, 167, 169-175, 177-178
Kepemimpinan berhikmah 8, 167,
169-171, 173-175, 177
Kepercayaan 3-4, 8-14, 18-19,
69-70, 79, 84, 93-94, 96-97, 103,
111, 113, 116, 120-121, 123-124,
126-127, 131, 145-146, 159, 164,
178-179
Keperluan kerja 150
Keperluan keselamatan 36-37, 53
Kepimpinan 173-174, 176, 178
Kesatuan transenden agama 101,
103, 123
Kesederhanaan 51, 56-57, 95-96
Keseimbangan 26, 40, 91, 102, 149
Kesejahteraan 67, 78, 128, 154,
157-159, 164, 184-185
Keselamatan 14, 16, 36-37, 53, 60,
97-98, 100, 103, 109, 119, 157-
159, 164, 185
Keseronokan hedonistik 20
Ketakwaan 8, 14, 31-32, 44, 50-52,
71, 78, 93-94, 96-97, 112, 114,
131, 133, 138, 147, 160-161, 175-
176, 183, 185
Keunggulan 52
Konflik 11, 20-21, 165
Konsep nilai 20
196
Konteks kerja 150
Lalai 8, 34, 47-48, 135, 139, 176
Liberalisme 2, 13-15, 18, 94, 114-
116, 161-163, 183
Mahmudah 133
Makna 4-6, 22, 24-25, 27, 29-31,
33, 45, 48, 50, 60-61, 63-64, 67,
72, 96, 102-103, 105, 135, 145,
150, 168, 181, 186
Manusia 1-4, 8-17, 20-21, 24-36,
38-50, 52, 54-55, 58, 61-63, 65-67,
71-78, 84, 87-88, 94-96, 98, 100-
101, 103-106, 109-113, 115-116,
118-120, 124, 127-129, 131-138,
145-147, 154-173, 178-181, 183,
185-186, 190
Masa 2, 4, 7-9, 11, 13, 20-21, 28,
38, 41, 43, 45, 53-55, 64, 67-68,
70-72, 79, 81, 84-93, 96, 108, 127-
128, 131, 140, 144-145, 148-149,
151-153, 156, 160, 162, 164, 167,
170, 172, 179, 181, 184, 186
Matlamat 2, 17, 24-25, 35-36, 47,
50, 70, 76, 80, 84, 86, 88-90, 92,
102, 125-126, 130, 145, 151-152,
154, 165, 167, 171-172, 175, 177,
180
Menepati akhlak 132, 138-140, 144,
148-149
Menepati kehidupan berkualiti 79,
154, 165-166
Menepati kepercayaan 8-9, 79, 93-
94, 96-97, 116, 121, 123-124
Menepati kepercayaan agama 8-9,
93, 97, 116, 121, 123-124
Menepati pengetahuan 9, 79, 125-
129, 131
Metafora 38-39, 41-43, 76, 81
Metafora bersepadu 41, 43
Metafora biologi 41-42
Metafora geografi 41-42
Metafora pintar cerdas 38, 41
Metafora pokok 76
Model bersepadu 138-139
Model hierarki nilai 21, 52-55, 57
Moral 2, 4, 11-14, 21, 44, 70, 83-84,
99, 107, 122, 136-137, 145, 163
Muaddib 63, 65
Muallim 63, 65
Mudarris 63
Muhaiminan alaih 16
Munazzah 29, 31-32, 34, 101, 103
Murabbi 63
Murtad 109-111
Muslimin 15
Negara bahagia 186
Negara maju 1-2, 21-22, 81, 83,
123-124, 131, 182, 186
Nilai 2-4, 7-15, 17-22, 29, 31, 38,
52-60, 65, 67-68, 71-74, 78, 82-83,
86, 88, 90-91, 93-94, 101-103,
107, 123-124, 127, 130-131, 137,
145-146, 149-150, 156-158, 163-
165, 167-168, 171, 174, 177-178,
180-182, 184-185, 190
Nilai asas 14, 52, 57-58
Nilai eksplisit 56
Nilai fundamental 55
Nilai hayati 53
Nilai hindari 53
Nilai implisit 56
Nilai kembangan 52, 54, 56-57
Nilai murni 2, 38, 56-57, 124
Nilai mutlak 38, 54
Nilai penerimaan 56
Nilai relatif 38, 54
Nilai teras 52-54, 56-57
Nilai utama 12, 52, 54, 56-57
Nubuwwah 15-16, 121
Parameter minimum 66
Pelanggaran masa 90
Pemahaman 2, 11-12, 21-23, 30-
33, 35, 38, 47-48, 50-51, 61, 63,
197
66-67, 70, 94, 101, 105, 111, 124,
126, 129-130, 135, 139, 168, 170,
178-181
Pembangunan manusia 1-2, 65-66,
154-156, 160, 190
Pembantu digital peribadi 89
Pembaziran masa 86, 92
Pembelajaran 28, 40, 49, 60, 63-64,
83, 126
Pemberian kuasa 156, 175, 178
Pemikiran bertaklid 130
Pemimpin 68, 167, 169-170, 173,
176-178, 181-182
Pencapaian diutamakan 1-2, 79-81
Pendekatan pintas 21
Penelah 20
Pengabdian diri 76, 147, 157-158,
166
Pengaturan diri 28, 64
Pengetahuan 3-4, 8-10, 13, 22-30,
32-33, 35, 38, 42-46, 48-49, 60-64,
68-69, 73, 79, 82-84, 92, 95, 102,
125-131, 135, 138-139, 150, 154,
157, 169, 179-181, 185
Pengetahuan fakta 127
Pengetahuan kontekstual 68, 127
Pengetahuan prosedur 127
Penghakikian potensi pintar cer-
das 47, 49
Pengurusan masa 64, 84-86, 89-91
Penyahpesonaan alam 72
Penyahsucian politik 72
Penyahtahbisan nilai 72
Penyaksian rohaniah 32
Penyesuaian diri 39
Penyingkiran agama 78
Pergaulan sosial 18, 114, 139
Perjelaskan makna 30
Perkembangan pintar cerdas 45
Perolehan ilmu 130
Perpaduan nasional 1-2, 17, 67,
122, 164, 180, 183
Perpaduan negara 1, 13, 21, 94,
181-182
Perspektif bersepadu 21, 24, 29, 36,
48, 53, 63, 161, 163
Pintar cerdas 38-41, 43-50, 58, 181,
184
Pisa 82
Pluralisme 14-15, 17-18, 32, 97-101,
103, 105-108, 111-123, 161-163,
188-189, 192
Pluralisme agama 14-15, 17-18, 32,
97-101, 103, 105-108, 111-113,
115-123, 161-163, 188-189, 192
Potensi intelek 43, 46, 75, 189
Potensi prestasi 38
Potensi tulen 43, 45-46, 48
Prasangka 53, 78, 115, 126, 130
Prestasi semasa 38
Prinsip akhlak 19
Prinsip hidup 158
Prinsip kecemerlangan 51, 95-96
Prinsip kesederhanaan 51, 95-96
Prinsip malaysia 79-80
Prinsip nilai untuk wang 86
Prinsip pemansuhan 15
Prinsip perbezaan 108, 122
Procrastination 92
Program transformasi kerajaan 79,
81, 188
Proses pemahaman 48
Quantum leap 60
Realisme 23-24
Realiti batiniah 101
Realiti kerohanian 29
Realiti ontologi 24-25, 125
Relativisme agama 101, 107, 114
Relativisme moral 13
Religious plurality 17, 99
Roh 29-30, 33-36, 43-44, 46, 50,
104, 113, 134-135
Ruh 29, 31, 34, 134-135, 182
Rukun negara 1, 52, 57
198
Saling hubungan 21, 61-63, 75, 127
Salvation 16, 97
Sejarah tamadun manusia 1
Sekularisasi 69, 72-73
Sekularisme 2, 13, 40, 52, 54-55,
69-71, 73-74, 76, 78, 94, 115-116,
124, 147, 161, 164, 183
Sibghah allah 118
Sikap 3, 10-12, 17, 21, 49, 51, 64-
65, 69, 73-74, 107, 127, 136, 138,
151-152, 171, 178
Sinkritisme agama 101-102
Sipilis 115
Sistem nilai 3, 9-13, 15, 20-21, 52,
54-55, 58-59, 72-73, 103, 145,
177, 185
Sistem nilai peribadi 12
Skim 24, 27-28
Skim pecahan 28
Struktur kognitif 27-29
Suara hati 135, 147, 178
Subjektiviti sesama individu 23
Sumber metafizik 62-63
Sumber wahyu 62
Suul khuluq 138
Taasub melulu 129
Tabiat kerja 152-153
Tahap ilmu 46
Tahap pengetahuan 46
Tahap perkembangan 39
Tahap potensi tulen 46
Taklid buta 53, 129
Tauhid 16, 100, 104-105, 107, 112-
113, 117-118, 121, 184-185
Tauhid nama dan sifat 118
Tauhid rububiyah 117-118
Tawakal 77, 140
Tazkiyah 36-37, 170
Templat pengecaman 27
Teologi global 101-103
Teori 28, 38-42, 115
Teori kecerdasan 39-42
Teori kecerdasan pelbagai 40
Teori mengetahui 40
Teosentrik 43
Tepat 4-5, 7-8, 61, 93, 124, 159,
167-168, 171, 173, 178-179
Tiga entiti 113
Tiga serangkai 39, 113
Timss 81-82, 189
Toleransi agama 17
Transformasi 78-79, 81, 91, 149,
170, 188-189
Triniti 113
Tugas 4, 6, 8-9, 13, 29, 38, 42, 46,
68, 74, 78, 84, 86, 90, 92, 95, 125-
127, 134, 150-151, 153, 158, 170-
171, 173-175, 177-179, 182-183
Ujian allah 45
Ulul-albab 44, 47, 50-51, 58, 60,
184-185
Unsur kesyaitanan 35-36, 138
Unsur ketuhanan 34-36, 43, 138
Unsur syahwat 34-37, 138
Yang satu 68, 78, 98-99, 101-103,
111-112
Zaman pembaharuan 14
Zann 44
Zikir 32, 139
Zionisme 116
199
BIODATA PENULIS
Profesor Dr. Nik Azis Nik Pa adalah seorang profesor dalam
bidang pendidikan matematik di Fakulti Pendidikan, Universiti
Malaya dan Presiden Pengasas Persatuan Pendidikan Matematik
Malaysia. Beliau mendapat pendidikan awal di Sekolah
Kebangsaan Belimbing, Tanah Merah; Sekolah Menengah
Dato Mahmud Paduka Raja, Tanah Merah; dan Sultan Ismail
College, Kota Baharu. Seterusnya, beliau memperoleh ijazah
Sarjana Muda (BSc) dan Sarjana (MSc) dari Northern Illinois
University dan ijazah Doktor Pendidikan (Ed.D) dari University
of Georgia, Amerika Syarikat dalam bidang pendidikan
matematik.
Disertasi kedoktoran beliau yang berjudul Childrens
Fractional Schemes bertumpu kepada pengenalpastian
pengetahuan pecahan yang dimiliki oleh murid sekolah rendah.
Sebahagian hasil kajian tersebut dihuraikan dua buah buku
beliau, iaitu Penghayatan Matematik KBSR dan KBSM:
Agenda Tindakan (1992) dan Penghayatan Matematik
KBSR dan KBSM: Perkembangan Profesional (1996) yang
diterbitkan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka.
Profesor Dr. Nik Azis adalah mantan Dekan, Fakulti
Pendidikan, Universiti Malaya; dan mantan Ketua, Jabatan
Pendidikan Matematik dan Sains, Universiti Malaya. Beliau juga
pernah memegang jawatan sebagai Pengarah, Perancangan
Korporat, Universiti Malaya; dan Pengarah, Institut
Pengajian Ilmu-Ilmu Islam, Kajang, Selangor. Dalam bidang
penulisan pula, antara lainnya, Profesor Dr. Nik Azis telah
menghasilkan buku Wawasan Pembangunan Negara (1994)
dan dianugerahkan the Malaysian Linguistic Award bagi usaha
tersebut; buku Konstruktivisme Radikal dalam Pendidikan
Matematik (1999) dan menerima the Malaysian Mathematical
Science Society Book Award, Anugerah Penerbitan Ilmiah 2000,
dan Anugerah Citra Pendeta 2000 bagi usaha tersebut; buku
200
Isu-isu Kritikal dalam Pendidikan Matematik (2008) dan
dianugerahkan the University of Malaya 2009 Excellence Award for
Book dan the PESAMA 2009 Book Award bagi usaha tersebut; dan
buku Nilai dan Etika dalam Pendidikan Matematik (2009)
dan menerima the University of Malaya 2010 Excellence Award for
Book dan the PESAMA 2010 Book Award bagi usaha tersebut.
Beliau juga telah menerima Anugerah Akademik Negara 2009
melalui penulisan buku, Isu-isu Kritikal dalam Pendidikan
Matematik (2008).
Profesor Dr. Nik Azis telah dianugerahkan the Fulbright
Award pada tahun 1993 untuk menjalankan kajian pasca
kedoktoran di College of Education, University of Georgia
tentang cara untuk mentransformasikan pendidikan matematik
bagi murid sekolah menengah. Dalam buku, Potensi Intelek
(1999) terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka, beliau menjelaskan
hasil kajian tersebut bagi mengembangkan potensi pintar cerdas.
Buku tersebut merupakan pengembangan kepada bukunya,
Program Pendidikan Pelajar Pintar Cerdas: Teori dan Praktik
(1990) yang diterbitkan oleh Institut Pengajian Ilmu-Ilmu
Islam.
Profesor Dr. Nik Azis juga bergiat aktif dalam
pembangunan keluarga dan dalam buku, Islam dan Perancang
Keluarga (1986), beliau menjelaskan cara untuk merancang
keluarga yang produktif berdasarkan pendekatan Islam,
manakala dalam buku, Keluarga Berdaya Maju (2002) pula,
beliau menjelaskan cara untuk membina keluarga dinamik
dalam alaf baru. Seterusnya dalam menangani fenomena sosial,
beliau telah menghasilkan buku Islam dan Rokok (1985) yang
menjelaskan pandangan Islam tentang tabiat merokok dan
menganjurkan model bagi mengatasi tabiat tersebut.

You might also like