You are on page 1of 11

Jurnal Dunia Perniagaan

e-ISSN: 2710-5792 | Vol. 3, No. 3, 1-11, 2021


http://myjms.mohe.gov.my/index.php/jdpn

Faktor Kepada Kejayaan Usahawan Wanita Dalam Perusahaan


Kecil Dan Sederhana di Daerah Pasir Puteh, Kelantan
(Factors to the Success of Women Entrepreneurs in Small and
Medium Enterprises in Pasir Puteh District, Kelantan)
Nur Afifah Ahmad1*, Nurhawani Yaacob1*
1
Jabatan Perdagangan, Politeknik Kota Bharu, Kelantan, Malaysia

*Pengarang Koresponden: afifah@pkb.edu.my, nurhawani@pkb.edu.my

Accepted: 15 October 2021 | Published: 1 November 2021


________________________________________________________________________________________

Abstrak: Kajian ini bertujuan bagi mengenalpasti faktor utama kepada kejayaan di kalangan
usahawan wanita dalam Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) di daerah Pasir Puteh,
Kelantan. Pada masa kini, PKS merupakan sektor yang paling utama dalam menyumbangkan
pertumbuhan ekonomi negara dan ini memberikan peluang-peluang pekerjaan kepada
masyarakat sama ada perniagaan secara bersemuka atau atas talian. Kajian ini menggunakan
kaedah kuantitatif yang melibatkan 50 orang responden yang dipilih secara rawak
berdasarkan ciri-ciri yang telah ditetapkan. Dapatan kajian mendapati faktor utama dalam
menyumbangkan kejayaan usahawan wanita adalah faktor kemahiran mengurus berbanding
faktor bantuan kerajaan dan faktor dorongan keluarga. Kajian ini merumuskan bahawa
kejayaan usahawan wanita di Pasir Puteh Kelantan adalah kerana mempunyai kemahiran di
dalam menguruskan perniagaan dan disokong oleh faktor dorongan keluarga serta bantuan
dari pihak kerajaan.

Kata Kunci: Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS), kejayaan, faktor kemahiran mengurus

Abstract: This study was aimed to recognize the main factor in affecting the success of women
entrepreneur in Small and Medium Enterprise (SMEs) in Pasir Puteh, Kelantan. Recently,
SMEs is the most importantly contributed in Malaysia economic growth and it creates
opportunities to set up a business either face to face or online. By using a quantitative method
involving 50 respondents randomly based on characteristics. The finding shows, the main
factor in contributed of success was management skills factor compared with government
support and family support. This study concludes that management skills is highly contributes
to the success of women entrepreneurs at Pasir Puteh Kelantan in running a business, as well
as family support factor and government support.

Keywords: Small and Medium Enterprises (SMEs), success, management skills factor
___________________________________________________________________________

1. Pengenalan

Dunia perniagaan bukanlah satu bidang yang asing bagi kaum wanita di seluruh Malaysia
mahupun dunia. Perniagaan merupakan salah satu bidang kerjaya yang menjamin satu
pulangan yang lumayan dan ianya akan dapat membantu menambahkan pendapatan isi rumah
serta sekaligus akan meningkatkan ekonomi sesebuah Negara. Perusahaan Kecil dan
Sederhana (PKS) semakin memainkan peranan yang penting di dalam pertumbuhan

1
Copyright © 2021 ASIAN SCHOLARS NETWORK - All rights reserved
Jurnal Dunia Perniagaan
e-ISSN: 2710-5792 | Vol. 3, No. 3, 1-11, 2021
http://myjms.mohe.gov.my/index.php/jdpn

pendapatan negara. PKS tempatan telah mencatatkan sumbangan lebih tinggi kepada Keluaran
Dalam Negara Kasar (KDNK) keseluruhan bagi tahun 2018 iaitu 38.3 peratus kepada RM521.7
bilion (Harian Metro,2019).

Dari data di atas, penglibatan usahawan wanita dalam PKS hanyalah 20.6 peratus daripada
907,065 jumlah PKS di Malaysia. Kerajaan sentiasa mengambil tindakan proaktif dengan
menggalakkan lebih ramai wanita untuk menyumbang kepada pertumbuhan ekonomi negara
melalui pelbagai program keusahawanan yang dapat membuka peluang perniagaan serta
merancakkan pertumbuhan sosio ekonomi. Selain itu, Kerajaan membelanjakan sebanyak
RM2.3 bilion dalam 10 program keusahawanan wanita pada tahun lepas untuk meningkatkan
penyertaan wanita dalam perniagaan. Penglibatan kaum wanita membolehkan bidang
keusahawanan berkembang dan pembangunannya lebih menyeluruh dan mapan. (Laman rasmi
SME Corp).

Oleh kerana kerajaan Malaysia telah menyedari bahawa peripentingya aktiviti keusahawanan
kepada pendapatan negara, kerajaan telah memberikan tumpuan kepada pembangunan dan
aktiviti keusahawanan kepada usahawan wanita. Tabung Ekonomi Kumpulan Usahawan Niaga
(TEKUN) merupakan salah satu kaedah pinjaman yang disediakan oleh Kerajaan Malaysia
bagi usahawan kecil bumiputera. TEKUN menyediakan skim pembiayaan program
TEMANITA yang berkonsepkan kumpulan usahawan. Selain itu, Angkatan Koperasi
Kebangsaan Malaysia Berhad (ANGKASA) menyediakan platform yang mudah kepada ibu
tunggal untuk menceburi bidang perniagaan. Begitu juga Majlis Amanah Rakyat (MARA)
menyediakan program pembangunan dan modal perniagaan khusus untuk usahawan wanita
melalui dana Skim Pembiayaan Perniagaan Khas Wanita (DanaNITA).

Pada tahun 1980an terdapat ramai pengkaji telah membuat penyelidikan bagi mengenal pasti
cabaran dalam perniagaan khususnya dalam kalangan usahawan wanita. Beberapa dapatan
telah pun diperolehi antaranya kekangan dalam mendapatkan dana permulaan, pengurusan
kewangan, pembangunan pemasaran dan pengiklanan yang berkesan. (Norlin Nor, Prof Dr
Norlida Mohd Noor, Azmi Mohd Nor, 2011). Peluang daripada golongan wanita untuk
membabitkan diri dalam bidang keusahawanan amat terbuka dengan luas kerana setiap
individu mempunyai peluang untuk menjadi usahawan (Rohayu, 2010).

Kebanyakan kajian dan temubual yang dijalankan ke atas usahawan yang telah berjaya dalam
perniagaan mereka ini pernah mengalami beberapa kegagalan sekurang-kurangnya sekali
sebelum bangkit semula dalam perniagaan masing-masing (Thuaibah @ Suaibah Abu Bakar;
Azlah Md. Ali; Rozeyta Omar; Hishamuddin Md. Som dan Syaharizatul Norizwan
Muktar,2007). Gaya kepimpinan seseorang akan mempengaruhi pembangunan organisasi serta
keupayaan usahawan dalam PKS (Oladele, 2013). Oleh kerana itu, pengurusan juga merupakan
faktor penting dalam membantu perkembangan perniagaan kecil. (Moha Asri, Juhary Ali dan
Fauziah Idris,2000). Justeru itu, kajian ini dibuat untuk mengetahui apakah faktor-faktor yang
memberikan kejayaan kepada usahawan-usahawan PKS di sekitar Daerah Pasir Puteh,
Kelantan.

2. Pernyataan Masalah

Penglibatan kaum wanita dalam bidang keusahawanan dilihat sesuatu yang positif terhadap
ekonomi Negara. Sejak akhir-akhir ini, didapati bilangan usahawan wanita Malaysia yang
berjaya semakin meningkat antaranya Puan Hajjah Pazdilah Enda Sulaiman pengasas Butik
Siti Khadijah Apparel Sdn Bhd, Datin Vivy Sofinas Yusuf pemilik Fashion Valet, Puan Faiza

2
Copyright © 2021 ASIAN SCHOLARS NETWORK - All rights reserved
Jurnal Dunia Perniagaan
e-ISSN: 2710-5792 | Vol. 3, No. 3, 1-11, 2021
http://myjms.mohe.gov.my/index.php/jdpn

Bawumi Sayed Ahmad pemilik syarikat pemborong beras Syarikat Faiza Sdn Bhd dan ramai
lagi. Dalam dunia perniagaan ternyata wanita mempunyai kelebihan-kelebihan yang ada dalam
diri mereka tersendiri jika dibandingkan dengan lelaki. Dapat dilihat sebahagian daripada
mereka mempunyai sifat-sifat yang agresif seperti pemikiran, perasaan dan tindakan (Ummi
Munirah Syuhada, M.Z., Aidatul Najwa, H.A., Mohammed Rizki, M., Wan Suraya, W.H., &
Wan Shahzlinda, S.S,2017). Pencapaian cemerlang dalam bidang keusahawanan akan
bergantung kepada pembentukan keupayaan usahawan dalam perniagaan yang diusahakan
(Alauddin, 2014).

Usahawan harus mempunyai kemahiran dalam mencatat, menguruskan carta aliran tunai dan
berkebolehan dalam pelaburan dalam operasi perniagaan mereka. (Chee Hee Hoe, Filzah Md
Isa, Cheng Wei Hin, Norashidah Hashim, Jasmani Mohd Yunus, Haim Hilman Abdullah,
2012) Jika dilihat masalah ini dari sudut usahawan PKS itu sendiri, dapat diunjurkan bahawa
faktor yang mendorong kepada seseorang usahawan itu gagal dalam meneruskan perniagaan
mereka adalah atas faktor kurangnya pengetahuan asas mereka dalam bidang keusahawanan.
Terdapat segelintir usahawan yang menceburi bidang ini tanpa ilmu pengetahuan, kemahiran
dan latihan yang mencukupi dan menyusun strategi dan menguruskan perniagaan. (Nurulhayah
Muhamad dan Muhammad Hafizuddin Abu,2016).

Faktor modal merupakan faktor yang terpenting bagi memajukan sesuatu perniagaan.
Sekiranya modal tidak mencukupi, perniagaan usahawan tidak akan bertambah maju dan
berkemungkinan akan menghadapi risiko kebankrapan perniagaan tersebut. (Yusnidah
Ibrahim, Faudziah Zainal Abidin, Anggapan Regupathi, 2005). Selain itu, terdapat pelbagai
faktor dalam menentukan kejayaan usahawan wanita antaranya faktor sokongan keluarga,
hubungan sosial dan motivasi dalaman memberi kesan positif kecuali sokongan Teknologi
Maklumat dan Komunikasi (ICT) Syed Shah Alam, Mohd Fauzi Mohd Jani dan Nor Asiah
Omar, (2011). Sokongan yang berterusan dan pergaulan yang lebih meluas, menjadikan
seseorang usahawan itu lebih bermotivasi dan sentiasa berusaha untuk terus maju ke hadapan.
(Muhammad Rafiq Abdullah Husmin, Safura Ahmad Sabri, Hazlin Falina Rosli, Nurzakira
Afnee Zakaria, Mohammad Aizham Mohammad Kassim & Ahmad Fatin Mohamad
Suhaimi, 2016).

Oleh itu, terdapat tiga faktor utama yang mempengaruhi kejayaan sesuatu perniagaan iaitu
kemahiran pengurusan, dorongan keluarga dan bantuan kerajaan. Dapatan daripada kajian ini
diharapkan dapat memberi input kepada pihak-pihak yang bertanggungjawab dalam
melahirkan lebih ramai lagi usahawan wanita yang berjaya di Malaysia dan dikenali seantero
dunia.

2.1 Objektif kajian


Berikut adalah objektif kajian yang lebih spesifik dalam menentukan faktor-faktor kejayaan di
kalangan usahawan PKS wanita di Daerah Pasir Puteh, Kelantan.

i. Mengenalpasti faktor kemahiran mengurus kepada kejayaan usahawan PKS wanita di


Daerah Pasir Puteh, Kelantan.
ii. Mengenalpasti faktor dorongan keluarga kepada kejayaan usahawan PKS wanita di
Daerah Pasir Puteh, Kelantan.
iii. Mengenalpasti faktor bantuan kerajaan kepada kejayaan usahawan PKS wanita di Daerah
Pasir Puteh, Kelantan.

3
Copyright © 2021 ASIAN SCHOLARS NETWORK - All rights reserved
Jurnal Dunia Perniagaan
e-ISSN: 2710-5792 | Vol. 3, No. 3, 1-11, 2021
http://myjms.mohe.gov.my/index.php/jdpn

3. Kajian Literatur

Pada masa kini, ramai golongan wanita yang sudah terlibat di dalam bidang perniagaan sama
ada menjadikannya sebagai sumber pendapatan utama atau sumber pendapatan tambahan
untuk keluarga mahupun diri sendiri. Sektor perniagaan yang dijalankan oleh usahawan wanita
ini secara langsung mewujudkan peluang pekerjaan baharu serta meningkatkan pendapatan dan
aktiviti ekonomi negara. Keyakinan diri merupakan faktor kejayaan seseorang usahawan itu
sendiri. (Aziz,2009).

Banyak PKS terutamanya dalam kalangan firma-firma kecil, gagal mendapatkan pembiayaan
semata-mata kerana penyimpanan rekod mereka yang lemah. Sebagai pemilik perniagaan,
usahawan perlu tahu dan mengambil tahu mengenai kewangan perniagaan kerana aliran keluar
masuk wang merupakan nadi utama perniagaan mereka. Peniagaan yang muflis adalah kerana
gagal mengurus kewangan dengan baik, malah ada yang tidak dapat membezakan antara
kewangan peribadi dan perniagaan, menyebabkan modal perniagaan hilang begitu sahaja dan
akhirnya perniagaan terpaksa ditutup. Usahawan perlu tahu selok belok pengurusan kewangan
perniagaan kerana ia memainkan peranan penting dalam memastikan sesuatu perniagaan kekal
utuh dan terus berkembang (Laman rasmi SMECorp).

Kemahiran pengurusan dan pengkhususan di dalam membuat kerja merupakan dua daripada
tiga faktor kejayaan kritikal yang utama bagi usahawan TEKUN (Mohd Hassan Bin Mohd.
Osman,2007). Ini selaras dengan dapatan kajian oleh Nurul Huda Che Abdullah & Ramlee
Mustapha (2009) yang mendapati amalan pengurusan perniagaan daripada pandangan
usahawan tani Bumiputera yang berjaya adalah berada pada tahap yang tinggi. Ini juga selari
dengan dapatan kajian yang dilakukan mendapati aspek pengetahuan dan kemahiran
pengurusan keusahawanan merupakan kelemahan utama usahawan bumiputera PKS. Melalui
pengurusan kewangan akan boleh menyebabkan ada di kalangan usahawan bumiputera PKS
ini tidak dapat mengasingkan antara pemilikan peribadi dengan entiti perniagaan sehingga
sanggup menggunakan wang tunai dan stok perniagaan untuk kegunaan diri sendiri dan
keluarga tanpa membuat sebarang catatan (Buerah Tunggak, Hussin Salamon & Baharin
Abu,2011). Selain itu, dapatan kajian terdapat empat faktor yang dianggap kritikal kepada
kejayaan usahawan (wanita dan lelaki) iaitu kemahiran perancangan, keadaan ekonomi,
pengalaman industri dan pengalaman pengurusan (Azmi Abdul Manaf, Nik Hairo Omar, Lee
Kuan Yee.,2012).

Kemahiran didefinisikan sebagai kecekapan dan kepandaian seseorang individu dalam bidang
tertentu (Kamus Dewan, 1996). Definisi kemahiran dalam kajian ini merujuk kepada
kemahiran dan pengalaman dalam bidang perniagaan. Zaidatol et. al., (2000) menyatakan
perniagaan yang berjaya selalunya melibatkan beberapa kemahiran selain aspek fungsian.
Perniagaan yang berjaya juga adalah adalah satu usaha untuk memenuhi keperluan yang
usahawan mahukan di dalam kehidupan dan berasaskan usaha untuk memastikan kelangsungan
perniagaan di dalam pasaran (Nadratun, 2018). Peranan usahawan amat penting dalam institusi
perniagaan. Hal ini kerana usahawan adalah penyumbang sebilangan besar kepada negara.
Usahawan adalah individu yang mengaut keuntungannya sendiri dengan membekalkan
barangan dan perkhidmatan bagi memenuhi keperluan dan kehendak pelanggan. Ini di kuatkan
lagi oleh teori (Histrich & Peter, 2002) yang menyatakan keusahawanan bukan sahaja
menyumbang kepada peningkatan pendapatan perkapita, malah bertindak sebagai pemangkin
perubahan struktur sosial dan masyarakat. Oleh itu, sebagai usahawan yang berjaya kemahiran
mengurus amat penting dalam bidang perniagaan. Hal ini kerana, dengan adanya kemahiran
mengurus, usahawan dapat meningkatkan pendapatan dalam menyediakan barangan dan

4
Copyright © 2021 ASIAN SCHOLARS NETWORK - All rights reserved
Jurnal Dunia Perniagaan
e-ISSN: 2710-5792 | Vol. 3, No. 3, 1-11, 2021
http://myjms.mohe.gov.my/index.php/jdpn

perkhidmatan. Oleh itu, menurut (Griffin dan ebert, 1991), perniagaan adalah organisasi yang
berusaha untuk memperolehi keuntungan dengan menyediakan barangan dan juga
perkhidmatan.

Menurut kajian Mohd. Hassan Mohd. Osman (2007) melalui (Duchesneau dan Gartner,1988),
telah menjalankan kajian terhadap 26 firma kecil, yang merangkumi 13 firma yang berjaya dan
13 firma yang dianggap tidak berjaya. Hasil kajian menunjukkan ciri-ciri kepimpinan
usahawan yang berjaya adalah datang daripada keluarga usahawan dan mempunyai tahap yang
tinggi dalam pengetahuan, pengalaman dan kemahiran dalam mengurus, pengalaman ketika
memulakan perniagaan, keyakinan diri dan sikap mengambil berat dalam mengurangkan risiko
berbanding usahawan yang tidak berjaya. Selain itu, dapatan kajian Md Mohar, et al. (2000),
terdapat perbezaan kejayaan antara usahawan Cina dan Bumiputera di Malaysia ialah
usahawan Cina mengambil berat dalam pertumbuhan berterusan dalam perniagaan keluarga.
Ini kerana usahawan Cina banyak dipengaruhi oleh keluarga berbanding dengan usahawan
Bumiputera yang banyak dipengaruhi oleh rakan. Kebanyakan daripada usahawan Cina di
Australia lebih berminat memulakan perniagaan baru daripada mengambil alih perniagaan
yang sedia ada. Kebanyakan dari mereka telah berkahwin dan menjadikan keluarga sebagai
sumber utama tenaga buruhnya. Kaum keluarga digunakan sebagai pekerja dalam menjalankan
perniagaan kerana dianggap boleh dipercayai dan dapat memberikan komitmen (Collins,2002).

Selain dari itu, kebiasaan individu yang berasal daripada keluarga yang mempunyai perniagaan
akan lebih mempengaruhinya untuk menjadi seorang usahawan. Konsep kesediaan
keusahawanan menjelaskan mereka dipengaruhi oleh latar belakang keluarga untuk terlibat
dalam perniagaan. Usahawan tersebut mempunyai kemahiran dan pengetahuan asas dalam
bidang perniagaan yang didapati daripada pengalaman kerja dan juga pengalaman sendiri
semasa kecil (Zainal Abidin ,2007). Kajian oleh Muhamad Asri et.al (2012) mendapati bahawa
faktor inisiatif diri, dorongan keluarga dan agama merupakan faktor utama yang mendorong
mereka menceburi bidang usahawan manakala faktor latar belakang diri, kemahiran mengurus
perniagaan, kemahiran jaringan dan sokongan merupakan faktor yang signifikan
mempengaruhi prestasi perniagaan. Merujuk kepada beberapa huraian terbabit menunjukkan
faktor keluarga dilihat memainkan peranan yang amat penting dalam pembentukan latar
belakang yang menjurus kepada minat dalam menceburi bidang keusahawanan. Golongan
muda yang mempunyai latar belakang keluarga yang terlibat dalam bidang keusahawanan
didapati berpotensi tinggi untuk menceburi bidang keusahawanan sama ada bermula dari awal
pembukaan perniagaan ataupun menyambung perusahaan keluarga (Osman,2007).

Selaras dengan pernyataan Fraser (1959), sikap ibu bapa terhadap pendidikan serta galakan
yang diberikan terhadap proses pembelajaran anaknya akan meningkatkan minat serta
pencapaiannya di bidang pelajaran atau aktiviti mereka. Pendapat Fraser ini dipersetujui oleh
Omardin (1996), dengan menyatakan peranan ibu bapa sangat penting dengan memberikan
perhatian terhadap pelajaran atau aktiviti anak-anak di samping sebagai pemberi dorongan
untuk berjaya. Perhatian yang dimaksudkan bukan hanya bermaksud terhadap pelajaran sahaja
tetapi proses untuk mendapatkan pelajaran itu. Pendedahan terhadap sesuatu bidang adalah
merupakan salah satu daripada proses pembelajaran

Terdapat pelbagai faktor sokongan kerajaan seperti kewangan dan kredit, latihan dan
pembangunan, nasihat perkhidmatan dan peluang perundingan, pemasaran perniagaan dan
infrastruktur sokongan yang disediakan oleh kerajaan dapat membantu meningkatkan kejayaan
usahawan wanita dalam keusahawanan kecil dan sederhana (Hambali, 2011). Di samping itu,
usahawan yang berjaya di negara Malaysia mempunyai kaitan rapat dengan sokongan kerajaan

5
Copyright © 2021 ASIAN SCHOLARS NETWORK - All rights reserved
Jurnal Dunia Perniagaan
e-ISSN: 2710-5792 | Vol. 3, No. 3, 1-11, 2021
http://myjms.mohe.gov.my/index.php/jdpn

kepada aktiviti keusahawanan dan pelbagai dasar kerajaan yang berkait dengan penyelamat
perniagaan dan adanya modal risiko, sumber kewangan dan kesan sokongan kerajaan untuk
keusahawanan dan peranan dasar-dasar kerajaan untuk aktiviti keusahawanan juga. (Yusof,
2011). Usahawan wanita sepatutnya tidak akan berdepan dengan isu kekurangan kemahiran
dalam menguruskan perniagaan mereka kerana telah terdapat ramai usahawan wanita yang
mempunyai kemahiran yang baik dalam menguruskan perniagaan mereka sehingga mendorong
kepada kejayaan (Syed Shah Alam et.al (2001).

Selain itu juga, tabiat usahawan bergantung kepada bantuan kerajaan dilihat sebagai antara
punca Bumiputera kurang melibatkan diri dalam bidang keusahawanan. Statistik diperoleh
Kementerian Pembangunan Usahawan mendapati hanya 40% daripada 1 juta syarikat
didaftarkan di Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) merupakan syarikat milik Bumiputera.
(Berita Harian, Julai 2018). Modal merupakan isu dan faktor yang sangat penting serta kritikal
di dalam sesebuah perniagaan. Bagi seseorang usahawan selalunya akan mempunyai kekangan
untuk mendapatkan pembiayaan modal (Rosli, 2010). Selain itu, faktor bantuan kerajaan
seperti kewangan dan kredit, latihan dan pembangunan, pekhidmatan nasihat dan perundingan,
pemasaran dan peluang perniagaan, dan sokongan infrastruktur yang disediakan oleh kerajaan
akan dapat mendorong untuk meningkatkan lagi kejayaan usahawan PKS bumiputera dalam
menceburi bidang keusahawanan (Mohd Nor Hidayad bin Hambali, 2011).

4. Analisis Kajian

Kajian ini menggunakan kaedah kuantitatif sepenuhnya dengan menggunakan instrumen soal
selidik untuk menganalisis faktor kejayaan di kalangan usahawan wanita PKS daerah Pasir
Puteh. Kaedah yang dipilih berdasarkan persampelan kebarangkalian secara rawak di mana
responden mempunyai latar belakang yang berlainan. Instrumen kajian merangkumi dua
bahagian iaitu profil usahawan wanita dan faktor kejayaan mereka. Selain itu, pengumpulan
data sekunder juga dilakukan bagi mendapat maklumat-maklumat tambahan bagi menyokong
maklumat sedia ada iaitu melalui sumber-sumber rujukan bercetak seperti laporan agensi
kerajaan, buku, jurnal dan sebagainya.

Bahagian yang pertama (Bahagian A) adalah penerangan berkaitan dengan latar belakang
responden. Responden yang terlibat adalah terdiri daripada 50 orang usahawan wanita PKS.
Manakala bahagian kedua (Bahagian B) adalah merangkumi tujuan kajian ini iaitu
mengenalpasti faktor kejayaan usahawan wanita PKS daerah Pasir Puteh.

4.1 Profil responden


Hasil kajian menunjukkan majoriti responden iaitu seramai 30 peratus adalah usahawan wanita
PKS berumur 41 hingga 50 tahun. Terdapat seramai 21 orang responden yang berumur kurang
daripada 40 tahun dan seramai 14 orang responden yang berumur lebih 50 tahun. Kebanyakan
responden mempunyai pendidikan sekolah menengah (57%). Manakala selebihnya
mempunyai pendidikan kolej dan universiti (20%), pendidikan sekolah rendah (13%) dan tidak
bersekolah (10%). Majoriti responden iaitu seramai 27 orang dari keluarga usahawan dan
selebihnya 23 orang bukan dari kalangan keluarga usahawan. Seramai 34 orang responden
memulakan perniagaan dengan modal sebanyak RM5000. Ini diikuti seramai 12 responden
memulakan perniagaan dengan modal RM5001 hingga RM10,000 dan hanya 4 orang
responden memulakan perniagaan dengan modal yang besar iaitu RM10,000 ke atas.
Kebanyakan usahawan wanita PKS mempunyai perniagaan pakaian iaitu 17 responden,
makanan 16 responden, peruncitan 12 responden dan 5 responden dari pelbagai perniagaan.

6
Copyright © 2021 ASIAN SCHOLARS NETWORK - All rights reserved
Jurnal Dunia Perniagaan
e-ISSN: 2710-5792 | Vol. 3, No. 3, 1-11, 2021
http://myjms.mohe.gov.my/index.php/jdpn

4.2 Faktor kejayaan usahawan wanita PKS di Daerah Pasir Puteh, Kelantan
Faktor kejayaan usahawan wanita PKS diukur berdasarkan skor min dan dibincangkan
mengikut domain iaitu faktor kemahiran mengurus, faktor dorongan keluarga dan faktor
bantuan kerajaan.

a. Faktor kemahiran pengurusan


Jadual 1 menunjukkan faktor kemahiran mengurus responden. Pernyataan-pernyataan
berkenaan telah disusun mengikut skor min tertinggi hingga terendah. Pernyataan pertama
adalah “Saya menggunakan idea dan kemahiran yang saya ada untuk menguruskan perniagan
saya.” mencatatkan skor min 4.55. Diikuti pernyataan “Saya memastikan perbelanjaan
perniagaan saya dibuat mengikut keperluan” sebanyak 4.50, Seterusnya pernyataan “Saya
sentiasa berbincang dengan pekerja untuk mendapatkan pandangan tentang masalah yang
dihadapi oleh perniagaan saya.” sebanyak 4.42, diikuti “Saya mempunyai hubungan yang baik
dengan pembekal dan pelanggan tetap perniagaan saya.” dengan skor min 4.26. Pernyataan
yang terendah skor min adalah “Kemahiran saya dalam membuat keputusan yang berkesan
menjadi asas kepada kejayaan perniagaan” iaitu 3.20.

Jadual 1: Kemahiran mengurus faktor kepada kejayaan usahawan wanita PKS


Bil. Kenyataan Skor Min Tahap
Saya menggunakan idea dan kemahiran yang saya ada untuk
1. 4.55 Tinggi
menguruskan perniagan saya.
Saya memastikan perbelanjaan perniagaan saya dibuat mengikut
2. 4.50 Tinggi
keperluan.
Saya sentiasa berbincang dengan pekerja untuk mendapatkan
3. 4.42 Tinggi
pandangan tentang masalah yang dihadapi oleh perniagaan saya.
Saya mempunyai hubungan yang baik dengan pembekal dan pelanggan
4. 4.26 Tinggi
tetap perniagaan saya.
Kemahiran saya dalam membuat keputusan yang berkesan menjadi asas Sederhana
5. 3.20
kepada kejayaan perniagaan. saya. Tinggi
Purata skor 4.19 Tinggi

b. Faktor dorongan keluarga


Jadual 2 menunjukkan faktor dorongan keluarga responden. Pernyataan pertama dan kedua
mecatat skor min tahap tinggi dengan masing-masing mencatatkan 4.16 dan 4.10. Kedua-dua
kenyataan ialah merujuk kepada “Keluarga menyokong saya ketika saya memulakan
perniagaan dahulu.” dan “Saya terlibat dalam perniagaan kerana ibu bapa saya telah
memberikan pendedahan tentang keusahawanan semenjak dari kecil lagi”. Manakala
pernyataan “Ibu bapa saya telah memupuk minat saya dalam keusahawanan walaupun mereka
tidak terlibat dalam perniagaan.” dan “Kejayaan ahli keluarga menjadi rangsangan utama untuk
saya menceburi bidang perniagaan” iaitu dengan skor min 3.37 dan 3.20. Paling rendah skor
min adalah kenyataan “Saya kekal dalam perniagaan kerana keluarga sentiasa bersama saya
dalam menghadapi cabaran dalam perniagaan” dengan nilai 3.07.

Jadual 2: Dorongan keluarga faktor kepada kejayaan usahawan wanita PKS


Bil. Kenyataan Skor Min Tahap
1. Keluarga menyokong saya ketika saya memulakan perniagaan dahulu. 4.16 Tinggi
Saya terlibat dalam perniagaan kerana ibu bapa saya telah memberikan
2. 4.10 Tinggi
pendedahan tentang keusahawanan semenjak dari kecil lagi.
Ibu bapa saya telah memupuk minat saya dalam keusahawanan Sederhana
3. 3.37
walaupun mereka tidak terlibat dalam perniagaan. Tinggi
Kejayaan ahli keluarga menjadi rangsangan utama untuk saya Sederhana
4. 3.20
menceburi bidang perniagaan Tinggi

7
Copyright © 2021 ASIAN SCHOLARS NETWORK - All rights reserved
Jurnal Dunia Perniagaan
e-ISSN: 2710-5792 | Vol. 3, No. 3, 1-11, 2021
http://myjms.mohe.gov.my/index.php/jdpn

Saya kekal dalam perniagaan kerana keluarga sentiasa bersama saya Sederhana
5. 3.07
dalam menghadapi cabaran dalam perniagaan. Tinggi
Sederhana
Purata skor 3.58
Tinggi

c. Faktor bantuan kerajaan


Jadual 3 menunjukkan faktor bantuan kerajaan. Daripada lima pernyataan, hanya satu
pernyataan yang menunjukkan skor min tahap tinggi iaitu “Saya mengetahui maklumat
mengenai bantuan kerajaan” iaitu 4.26. Selebihnya empat pernyataan lagi menunjukkan skor
min sederhana tinggi iaitu “Saya mendapat bantuan modal daripada agensi kerajaan apabila
memulakan perniagaan” 3.74, diikuti “Syarat untuk memohon modal perniagaan daripada
agensi kerajaan adalah mudah dipenuhi”, 3.37 dan “Saya mendapat galakan dari pihak kerajaan
melalui program keusahawanan yang dijalankan oleh kerajaan”, 3.24. Pernyataan yang
mendapat skor min terendah adalah “Dasar kerajaan membantu perkembangan perniagaan
saya” 3.07.

Jadual 3: Bantuan Kerajaan faktor kepada kejayaan usahawan wanita PKS


Bil. Kenyataan Skor Min Tahap
1. Saya mengetahui maklumat mengenai bantuan kerajaan 4.26 Tinggi
Saya mendapat bantuan modal daripada agensi kerajaan apabila Sederhana
2. 3.74
memulakan perniagaan Tinggi
Syarat untuk memohon modal perniagaan daripada agensi kerajaan Sederhana
3. 3.37
adalah mudah dipenuhi Tinggi
Saya mendapat galakan dari pihak kerajaan melalui program Sederhana
4. 3.24
keusahawanan yang dijalankan oleh kerajaan Tinggi
Sederhana
5. Dasar kerajaan membantu perkembangan perniagaan saya 3.07
Tinggi
Sederhana
Purata skor 3.53
Tinggi

Hasil daripada dapatan ini menunjukkan faktor pengurusan sesebuah perniagaan menyumbang
kepada faktor yang paling utama dalam kejayaan usahawan wanita PKS di daerah Pasir Puteh,
Kelantan. Ini diikuti oleh faktor warisan dan faktor bantuan kerajaan menyumbangkan paling
rendah dalam kejayaan mereka. Ini sejajar dengan dapatan bahawa pengetahuan, kemahiran
dan pengalaman telah mempengaruhi tahap pembentukan keupayaan individu usahawan. Oleh
yang demikian, usahawan perlu sentiasa mencari peluang untuk menambahkan pengetahuan
dan kemahiran bagi memaxsimumkan kebarangkalian untuk terus berjaya (Ma’rof Redzuan,
Abd. Razak Abd. Rahman dan Nurfazreen Aina Muhamad Nasharudin, 2012). Perlu
ditekankan juga bahawa keupayaan pengurusan kewangan, pekerja, kualiti dan pemasaran
adalah amat penting untuk dikuasai oleh usahawan wanita untuk memastikan kesinambungan
perniagaan mereka dan kejayaan menghadapi cabaran (Alauddin Sidal, 2014).

5. Perbincangan dan Kesimpulan

Kajian ini mencapai objektif untuk mengenalpasti faktor kejayaan usahawan wanita PKS di
Daerah Pasir Puteh, Kelantan. Hasil kajian secara keseluruhan mendapati majoriti faktor adalah
pada tahap sederhana tinggi. Maka strategi memperkasakan lagi pembangunan sektor PKS di
kalangan wanita perlu didasari dengan memberi peluang untuk meningkatkan kemahiran
pengurusan sama ada kewangan, pemasaran dan pengurusan sumber. Usahawan wanita PKS
ini juga perlu sentiasa menambahkan ilmu dan maklumat mengenai latihan dan pendidikan.
Usahawan wanita perlu membina jaringan kerjasama dari sektor kerajaan dan meningkatkan
lagi kesedaran dalam diri mereka sendiri. Para usahawan wanita digalakkan untuk merebut

8
Copyright © 2021 ASIAN SCHOLARS NETWORK - All rights reserved
Jurnal Dunia Perniagaan
e-ISSN: 2710-5792 | Vol. 3, No. 3, 1-11, 2021
http://myjms.mohe.gov.my/index.php/jdpn

peluang yang disediakan oleh pihak kerajaan bagi tujuan meningkatkan kejayaan mereka di
masa hadapan.

Melalui kajian ini, jelas menunjukkan peluang untuk usahawan wanita PKS untuk berjaya dan
terus maju adalah terbentang luas. Mereka seharusnya tidak mempersiakan segala peluang
yang ditawarkan oleh kerajaan sama ada dari segi modal ataupun kemahiran. Oleh itu,
usahawan wanita PKS juga perlu sentiasa dibantu dan dipantau agar mereka tidak ketinggalan
dengan arus perdana bagi memastikan mereka lahir sebagai usahawan yang berjaya di
peringkat tempatan ataupun antarabangsa.

Rujukan

Alauddin Sidal (2014) Taksonomi keupayaan usahawan wanita Melayu. Journal of Human
Capital Development 7.
Aziz. (2009). Pendidikan Keusahawanan Dalam Konteks Pembangunan Negara. Kuala
Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Azmi Abdul Manaf, Nik Hairi Omar dan Lee Kuan Yee. (2012). Faktor kritikal kejayaan
usahawan dalam perniagaan. e-Bangi, 7(1), 34-45
Buerah Tunggak, Hussin Salamon & Baharin Abu 2011, Keperluan Latihan dan Pendidikan
Berterusan ke arah Pembangunan Usahawan Muslim Berteraskan Nilai Islam Di Malaysia,
Jurnal teknologi, 55 (Sains Sosial), Mei 2011:121-144
Chee Hee Hoe, Filzah Md Isa, Cheng Wei Hin, Norashidah Hashim, Jasmani Mohd
Yunus, Haim Hilman Abdullah. (2012). Development of Women Entrepreneurs : The Case Of
Malaysia. World Journal of Social Sciences, 4.
Collins, J. (2002), Chinese Entrepreneurs – The Chinese Diaspora in Australia, International
Journal of Entrepreneurial Behaviour & Research. Vol. 8 (1/2); 113- 133.
Hambali, M. N. (2011). Faktor Bantuan Kerajaan Yang Meningkatkan Kejayaan Usahawan
Industri Kecil dan Sederhana Bumiputera di Sabak Bernam, Selangor. Malaysia.
Universiti Teknologi Malaysia.
Faradillah Iqmar Omar, Samsudin A.Rahim, (2016) Faktor Kejayaan Usahawan Wanita dalam
Talian : Suatu Tinjauan Awal. Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor.
Universiti Kebangsaan Malaysia, Selangor.
Moha Asri Hj Abdullah dan rakan-rakan (2000). Pengurusan Perniagaan Kecil. Kuala
Lumpur: Utusan Publications & Distributors Sdn. Bhd.
Ma’rof Redzuan, Abd. Razak Abd. Rahman dan Nurfazreen Aina Muhamad Nasharudin.
(2012). Pembentukan keupayaan individu dalam kalangan usahawan wanita industri
kecil. Akademika, 82(1), 57-64.
Md. Mohar Mohamad dan Dr. Mohd Hassan Mohd Osman (2002). Menilai, Mengukuh dan
Memantapkan Program Pembangunan Usahawan Bumiputera di Negeri Johor,
Johor Bahru.
Md. Mohar Mohamad, Mior Razman Mior Yunus, Muhammad Fakhrurazy Md. Ariff,
Noorazimah Mohd Noor, Tan Chai Chen dan Tew Nee Hong (2000), Kajian
Perbandingan Keusahawanan Bangsa Melayu Dan Cina Di Johor Bahru,
Persidangan Kebangsaan Pertama Keusahawanan dan Perniagaan Kecil, Universiti
Utara Malaysia.
Mohd. Hassan Bin Mohd. Osman, (2007). Faktor-Faktor Yang Telah Mendorong Graduan
Dan Alumni Universiti Teknologi Malaysia Menceburi Bidang Keusahawanan.
Universiti Teknologi Malaysia, Johor.
Mohd Hassan Bin Mohd. Osman (2007), Faktor-faktor yang Mempengaruhi Kejayaan
Usahawan Kredit Mikro di negeri Johor, Universiti Teknologi Malaysia.

9
Copyright © 2021 ASIAN SCHOLARS NETWORK - All rights reserved
Jurnal Dunia Perniagaan
e-ISSN: 2710-5792 | Vol. 3, No. 3, 1-11, 2021
http://myjms.mohe.gov.my/index.php/jdpn

Moha Asri, Juhary Ali dan Fauziah Idris (2000), Pengurusan Perniagaan Kecil. Utusan
Publications and Distributions Sdn Bhd., Kuala Lumpur.
Mohd Nor Hidayat Hambali (2011), Faktor Bantuan Kerajaan yang Meningkatkan Kejayaan
Usahawan Industri Kecil dan Sederhana Bumiputera di Sabak Bernam, Selangor,
Universiti Teknologi Malaysia, Johor
Muhammad Rafiq Abdullah Husmin, Safura Ahmad Sabri, Hazlin Falina Rosli, Nurzakira
Afnee Zakaria, Mohammad Aizham Mohammad Kassim &Ahmad Fatin Mohamad
Suhaimi. (2016). Usahawan Mikro Kredit: Faktor-Faktor Dalaman Yang
Mendorong Kejayaan Perniagaan. Proceeding of the 2nd International Conference
on Economics & Banking (p. 209). Selangor: Kolej Universiti Islam Antarabangsa
Selangor
Nor Azira Ayob, Siti Daud, Muhammad Takiyuddin Ismail, 2016, Faktor Pembentukan Modal
Insan Dan Daya Saing Usahawan Wanita Malaysia: Kajian Empirikal Wanita
Bumiputera Di Melaka. Geografia Malaysian Journal of Society and Space, Vol 12,
No 5 (2016)
Norlin Nor, Prof Dr Norlida Mohd Noor, Azmi Mohd Nor. (2011). Muslim Woman
Entrepreuners In The Hospitality and Tourism Industry in Malaysia. The New
Journal The Voice Of The Nam Woman, 87.
Nurulhayah Muhamad dan Muhammad Hafizuddin Abu, Faktor Yang Mendorong Kejayaan
Usahawan Perusahaan Kecil Dan Sederhana (Pks) Mara Di Daerah Melaka Tengah
Journal of Business Innovation Jurnal Inovasi Perniagaan Volume 1 No.2 / 2016:
31-44 31.
Nurul Huda Che Abdullah, Ramlee Mustapha 2009, Kajian Kes usahawan Tani Industri Kecil
dan Sederhana(IKS) Bumiputera di Negeri Terengganu, Jurnal pendidikan Malaysia
34 (2) (2009):143-165
Oladele OP (2013) Effects Of Strategic Leadership Styles On Organisational Development In
Small And Medium Enterprise (SMEs) in Lagos, Nigeria. Net Journal of Social
Sciences 1, 54-60.
Osman, M.H. (2007). Faktor-Faktor Yang Telah Mendorong Graduan Dan AlumniUniversiti
Teknologi Malaysia Menceburi Bidang Keusahawanan.UniversitiTeknologi
Malaysia
Rosli Mahmood, (2010). Pembiayaan Perniagaan. Di dalam Rosli Mahmood, Azrain
Nasyarah, Rosli, Mohamad Yusop, Norria, Syahrina, Ahmad Khairi, Hoe Chee
Yee,Shamsul Huda, Muhammad Shukri, Shiza Sa’atur, Lily Julienti, Habshah (2nd
Edition).Prinsip-prinsip Keusahawanan (pp. 229-250) Cengage Learning Asia Pte
Ltd.
Rohayu Roddin (2010). “Pendidikan Kemahiran Keusahawanan Dalam Kalangan Wanita
Ketua Isi Rumah Luar Bandar”. Universiti Tun Hussein Onn Malaysia.
Rosdi (2002). Faktor-faktor Kegagalan Usahawan Melayu, Majlis Amanah Rakyat Johor
Bahru.
Shabir Hyder, Robert N. Lussier (2016) Why businesses Succeed or Fail: A Study on Small
Businesses in Pakistan. Journal of Entrepreneurship in Emerging Economies
Volume 8 Issue 1 pp.82-100.
Simpan Kira-Kira - Jangkaan Kitaran Perakaunan Anda. Dimuat turun daripada
https://smeinfo.com.my/index.php/my/panduan-mobile/mengurus/menguruskan-
kewangan-perniagaan-anda/simpan-kira-kira-jangkaan-kitaran-perakaunan-anda
Sofyan Rizal Ishak, PKS catat sumbangan KDNK lebih tinggi. Dimuat turun daripada
https://www.hmetro.com.my/bisnes/2019/07/481272/pks-catat-sumbangan-kdnk-
lebih-tinggi, 31 Julai 2019

10
Copyright © 2021 ASIAN SCHOLARS NETWORK - All rights reserved
Jurnal Dunia Perniagaan
e-ISSN: 2710-5792 | Vol. 3, No. 3, 1-11, 2021
http://myjms.mohe.gov.my/index.php/jdpn

Syed Shah Alam, Mohd Fauzi Mohd Jani, Nor Asiah Omar 2011, An Emprical Study Of
Success Factors Of Women Entrepreneurs In Southern Region In Malaysia,
International Journal of economics and Finance, Vol 3, No 2, May 2011
Thuaibah @ Suaibah Abu Bakar; Azlah Md. Ali; Rozeyta Omar; Hishamuddin Md. Som dan
Syaharizatul Norizwan Muktar. (2007). Penglibatan kaum wanita dalam aktiviti
keusahawanan di Negeri Johor: Kajian terhadap faktor-faktor kritikal kejayaan dan
kegagalan pengendalian perniagaan. Universiti Teknologi Malaysia, Johor.
Ummi Munirah Syuhada, M.Z., Aidatul Najwa, H.A., Mohammed Rizki, M., Wan Suraya,
W.H., & Wan Shahzlinda, S.S. (2017). Faktor-Faktor yang Mempengaruhi Kejayaan
Usahawan Wanita Tekun: Satu Kajian di Daerah Hulu Langat. Proceeding of the 4th
International Conference on Management and Muamalah 2017 (ICoMM 2017)
Usahawan PKS Terengganu Perlu Bijak Urus Kewangan dimuat turun daripada
https://smecorp.gov.my/index.php/my/news/2680-usahawanterengganu
Yusnidah Ibrahim, Faudziah Zainal Abidin, Anggapan Regupathi. (2005). Isu-Isu Kewangan
Industri Kecil dan Sederhana (IKS). Sintok, Kedah, Malaysia: Universiti Utara
Malaysia, Kedah.
Yusof. (2011). Success Factors In Entrepreneurship: The Case Study of Malaysia. Pilot
Research Work (PHD Thesis)
Yusof Boon dan Sapiah Bohari (2010). Kesediaan Untuk Menceburi Bidang Keusahawanan
di Kalangan Pelajar-Pelajar Bumiputera Tingkatan Empat Ditiga Buah Sekolah
Sekitar Skudai, Johor. Universiti Teknologi Malaysia.
Zainal Abiddin, N.(2007). Fungsi Dan Sumber Mentor Tidak Formal Dalam
KalanganUsahawan Belia Tani Siswazah. Universiti Putra Malaysia, Selangor.

11
Copyright © 2021 ASIAN SCHOLARS NETWORK - All rights reserved

You might also like