You are on page 1of 37

SSD 1013

PENGANTAR SAINS SOSIAL

DR. ZURAIDAH HASSAN


FAKULTI SAINS SOSIAL
KULIAH 1
PENGENALAN SAINS SOSIAL

 1.1 PENGENALAN
 1.2 DEFINISI SAINS SOSIAL

 1.3 DISIPLIN ILMU SAINS SOSIAL

 1.5 KESIMPULAN

2
PENGENALAN
 Pengetahuan manusia boleh dibahagikan kepada DUA
KUMPULAN umum
 A) Kumpulan Sains

 B) Kumpulan Kemanusiaan

 A) KUMPULAN SAINS:
 - pengetahuan yang dikaji dan dikumpul mengikut
kaedah yang sistematik dan saintifik
 - dibahagikan kepada DUA bidang UTAMA

 1) Sains semulajadi @ sains tulen


3
 2) Sains sosial
4
1) Sains Semulajadi @ Sains Tulen
 Mengkaji fisiologi benda-benda hidup dan juga alam
semulajadi di mana benda-benda hidup ini kekal seperti
tubuh manusia, galian dan gas-gas yang terdapat di udara
 Sub bidang sains ialah fizik, kimia, biologi, perubatan,
kejuruteraan & lain-lain
2) Sains Sosial
 Kajian berkenaan dengan tingkah laku manusia dan
semua aspek yang berkaitan kehidupan manusia dalam
kelompok
 Sub bidang ialah sosiologi, psikologi antropologi, sains
politik, ekonomi, sejarah, geografi, komunikasi, agama
dan undang-undang
5
 B) KUMPULAN KEMANUSIAAN
 Pengetahuan merujuk kepada perasaan dan emosi
manusia yang tidak dapat dikumpul dengan cara-cara
yang sistematik dan saintifik
 Bidang-bidang: seni lukis, seni muzik, kesusasteraan dan
falsafah

PERSAMAAN antara bidang sains sosial dan


kumpulan kemanusiaan adalah kedua-duanya
merujuk kepada manusia dan kebudayaannya

6
 PERBEZAANNYA ialah
 a) Sains sosial menumpukan perhatian terhadap aspek-
aspek kebudayaan yang dapat mempengaruhi
tingkahlaku manusia secara umum MANAKALA
kumpulan kemanusiaan berkenaan dengan nilai estetika
& nilai kejiwaan manusia dalam sesuatu kebudayaan.

 b) Sains sosial boleh dikaji secara sistematik dan


saintifik MANAKALA kemanusiaan pula berdasarkan
kepada perasaan dan emosi manusia yang tidak dapat
dikaji secara sistematik dan saintifik

7
1.2 DEFINISI SAINS SOSIAL
 Satu bidang/ disiplin ilmu yang mengkaji struktur dan
sifat-sifat kelompok manusia, bagaimana
individu/kelompok2 manusia berinteraksi antara 1 sama
lain
 Disiplin akademik yang mempersoalkan tentang
kemanusiaan dalam konteks sosialnya @ mempelajari
kehidupan sosial @ lebih tepat mempelajari tingkahlaku
yang lazimnya ada pada kelompok manusia

8
 Tumpuan utamanya ialah terhadap sifat, fungsi dan
perkembangan masyarakat manusia
 Merupakan satu bidang kajian yang luas dan kompleks

 Peranan seorang ahli sains sosial


 cuba memahami pencapaian dan limitasi manusia

 Bagaimana untuk mempertingkatkan kehidupan manusia

 Cuba untuk membuat ramalan berkenaan dengan masa


depan masyarakat manusia

9
 Disebabkan pengetahuan sains sosial sangat luas,
menyebabkannya terpaksa dibahagikan kepada beberapa sub
bidang yang berlainan dengan memberi pengkhususan yang
tertentu.
 Kelompok ilmu yang mengkaji fenomena sosial (hubungan)
manusia dengan menggunakan metodologi kajian secara
saintifik & sistematik.
 Ia wujud akibat dari hubungan & interaksi manusia yang
berlaku secara kompleks. Ini menyebabkan timbulnya
fenomena (masalah) sosial manusia.
 Dan fenomena inilah yang dikaji mengikut disiplin sains
sosial dengan menggunakan kaedah yang saintifik &
sistematik.
10
1.3 DISIPLIN ILMU SAINS SOSIAL
 Disiplin Sains Sosial telah menentukan disiplin utama
Sains Sosial ialah mengkaji manusia dalam konteks
sosial mereka.
 Namun ia berbeza mengikut pecahan disiplin ilmu itu
sendiri: Ilmu itu luas & manusia tidak berupaya
menguasai semua ilmu & ia perlu dikhususkan mengikut
bidang yang tertentu.
 Ilmu akan semakin bertambah setiap hari. Maka ia perlu
kepada sub-bidang untuk memudahkan manusia
mempelajarinya
 Setiap disipilin memberi penekanan kepada aspek yang
11
berlainan tetapi masih berkaitan dengan tingkahlaku.
 Terdapat dua pendekatan kajian sains sosial iaitu Kualitatif
dan Kuantitatif

 Kajian berasaskan KUALITATIF adalah kajian berasaskan


fakta & analisis kepustakaan lebih subjektif KUANTITATIF
kajian berasaskan angka.

12
13
SOSIOLOGI
 Kajian berkenaan interaksi dan perhubungan manusia
dengan organisasinya
 Kajian sistematik tentang hubungan (relationships)
dikalangan individu atau kelompok manusia seperti
pola-pola hubungan dan tingkahlaku yang ditonjolkan,
kesan daripada tingkahlaku tersebut
 Tingkahlaku yang dipengaruhi oleh faktor-faktor
sosial, politik, kelompok masyarakat dan persekitaran.
 Sosiologi juga mengkaji tentang struktur sosial,
tindakan sosial, budaya,interaksi sosial, corak
sosialisasi, perubahan sosial,masalah sosial,
globalisasi dan umumnya tentang kehidupan sosial 14

sesebuah kelompok manusia


 Umumnya TUMPUAN SOSIOLOGI adalah terhadap kehidupan
sosial, SEBAB2 sosial sesuatu berlaku & KESAN2 daripada
kelakuan manusia (struktur, fungsi, dan proses2 perubahan
dalam masyarakat manusia
 Daripada kajian-kajian tersebut, ramalan boleh dibuat atas
tingkahlaku manusia dalam sesuatu situasi sosial
 Biasanya kajian tentang masyarakat industri, maju,
moden,kompleks
 Antara sub disiplin sosiologi– sosiologi organisasi, sosiologi
devian, kriminologi, sosiologi politik, sosiologi pendidikan,
sosiologi perubatan, sosiologi ekonomi, sosiologi agama, dan
lain-lain

15
 Matlamatnya adalah untuk memberi kefahaman tentang
sifat perkelompokan manusia (cth masyarakat), cth
bagaimana kelompok itu berkembang dan berubah dan
kesan
 Antara kaedah penyelidikan ahli sosiologi– kumpul data
(survei, temubual,permerhatian tidak ikut serta); kaedah
analisis data secara kualitatif dan kuantitatif

16
 Penekanan terhadap perhubungan manusia antara
kelompok dan juga di kalangan institusi masyarakat
 Beberapa tokoh sosiologi Karl Marx, Max Weber, Ibnu
Khaldun dan Syed Hussein Al Attas.

17
PSIKOLOGI
 Psikologi berasal daripada dua perkataan dalam bahasa
Yunani
 Psyche = roh, jiwa, atau fikiran

 Logos= ilmu pengetahuan atau kajian tentang sesuatu

 Tentang ilmu roh atau jiwa atau ilmu jiwa

 Bersangkutan tentang kajian jiwa dan personaliti


individu

18
 Mengkaji minda dan personaliti seseorang individu
 Mengkaji tingkahlaku seseorang dan bagaimana
tingkahlaku ini dipengaruhi oleh tingkahlaku orang lain
 Tumpuan kepada asas-asas yang terdapat kepada
tingkahlaku manusia dan menganalisis bagaimana ciri-
ciri personaliti manusia berkembang dan melahirkan
pola-pola tingkahlaku tertentu

19
 Sub bidang psikologi : Psikologi industri. organisasi,
psikologi kesihatan dan psikologi kanak-kanak
 Antara tokoh-tokoh Psikologi ialah Sigmund Freud,
Jean Piaget, B. F Skinner

20
ANTROPOLOGI
 Antropologi berasal daripada Latin
 Antropos= manusia, Logia= kajian

 Logos= akal

 B. Malinowski= the study of man

 Satu disiplin ilmu yang mengkaji dan memahami


makhluk manusia dengan mengkaji aspek fizikal dan
tingkahlaku budayanya.

21
 Kajian berkenaan perhubungan di antara ciri-ciri
biologikal dan ciri-ciri sosial yang diperoleh manusia

 Dibahagikan kepada 2
1. Antropologi Fizikal: mengkaji pengaruh evolusi alam
sekitar terhadap ciri-ciri fizikal manusia
2. Antropologi budaya: mengkaji cara-cara masyarakat
dan kebudayaan berkembang

22
 Tumpuan terhadap budaya-budaya dan analisis antara
kajian-kajian tentang bukti fizikal untuk memahami
perkembangan budaya-budaya prasejarah
 Penekanan terhadap pencarian pola tingkahlaku yang
luar biasa dalam kebudayaan masyarakat yang dikaji

23
SAINS POLITIK
 Merujuk kepada sistem kerajaan,polisi dan ideologi yang
diamalkan untuk mewujudkan keamanan dan kestabilan
dalam masyarakat
 Tumpuan kepada kajian terhadap kuasa, proses politik,
tingkahlaku politik individu dan kelompok, proses
perebutan kuasa dan kewibawaan serta pemerintahan
negara

24
 Kaji isu-isu seperti konflik dan kestabilan
politik,organisasi politik, sistem pentadbiran, undang-
undang, hubungan antarabangsa, dasar awam,falsafah
dan teori politik, pertubuhan bukan kerajaan, pola
pengundian, kedudukan parti politik,hubungan antara
Amerika dengan negara-negara lain di dunia seperti
ASEAN
 Sub Bidang sains politik: organisasi kerajaan dan sistem
politik, politik antarabangsa, dasar awam dan hubungan
antarabangsa

25
SEJARAH
 Menumpukan perhatian terhadap peristiwa lampau
 Cuba memeriksa sama ada peristiwa lampau yang
dikatakan telah berlaku itu benar @ tidak dan
mengaitkan peristiwa-peristiwa tersebut dengan masa
kini supaya dapat memberi gambaran yang jelas
berkenaan dengan perkembangan sesuatu masyarakat &
tempat dari masa lampau hingga kini

26
 Ahli-ahli sejarah kini menjalankan kajian yang
mendalam dan menjadi pakar bagi kawasan-kawasan
atau daerah yang tertentu seperti Asia Tenggara, Sejarah
Eropah dan sejarah Malaysia

27
EKONOMI
 Tumpuan kepada pengeluaran, pengagihan barangan dan
perkhidmatan serta penggunaan sumber dalam sesuatu
masyarakat
 Merujuk kepada pengeluaran barang-barang untuk
memenuhi kehendak dan permintaan masyarakat
 Sub bidang ekonomi: ekonomi gunaan , ekonomi buruh
dan eknomi kewangan

28
GEOGRAFI
 Manusia sentiasa dipengaruhi oleh alam semula jadi
tempat tinggalnya
 Mengkaji aspek-aspek semula jadi atau bagaimana
kehidupan manusia dibentuk olehnya
 Mengkaji bagaimana alam semulajadi mempengaruhi
perkembangan sosial dan kebudayaan masyarakat
 Sub bidang geografi: geografi politik, geografi sosial dan
geografi ekonomi

29
KOMUNIKASI
 Komunikasi ialah satu proses di mana mesej dihantar
dari sesuatu punca kepada penerima
 Merujuk kepada cara bagaimana sesuatu idea, maklumat,
berita nilai, sikap dan sebagainya disalurkan dan
dikongsi oleh individu dengan orang lain

30
 Boleh juga mengkaji peranan pengiklanan dalam pasaran
antarabangsa, bagaimana komunikasi membantu
menyalurkan maklumat pembangunan dan jenis-jenis
komunikasi yang sesuai dengan pekerja dalam sebuah
organisasi
 Sub bidang komunikasi: komunikasi organisasi,
komunikasi antarabangsa, kewartawanan dan
pengiklanan

31
AGAMA
 Agama merujuk kepada sistem kepercayaan yang
diamalkan oleh sesuatu masyarakat
 Merupakan perhubungan di antara manusia dan kuasa
yang tertinggi yang dipercayai olehnya
 Perhubungan tersebut dapat dijalin melalui ajaran-ajaran
yang dipercayai dan upacara-upacara2 yang
dilakukannya
 Terdapat beberapa agama yang utama di di dunia : Islam,
Buddha, Kristian dan Hindu

32
UNDANG-UNDANG
 Undang-undang mengkaji hukum @ peraturan yang
wajib diamalkan oleh semua lapisan masyarakat dalam
sesebuah negara
 Undang-undang diperkenalkan untuk mengekalkan
keamanan dan keharmonian dalam sesebuah masyarakat

33
 Perhubungan dengan negara-negara lain juga telah
menyebabkan undang-undang antarabangsa
diperkenalkan untuk mengelakkkan keadaan huru-hara
daripada berlaku
 Sub-bidang undang-undang : undang-undang syarikat,
undang-undang perniagaan dan undang-undang
perbankan

34
PENDIDIKAN
 Tumpuan kepada proses pemebelajaran sesuatu
kemahiran khusus dengan tujuan untuk meningkatkan
pengetahuan, kefahaman dan kemahiran tentang sesuatu
perkara
 Merealisasikan potensi individu, menerapkan nilai-nilai
positif serta memastikan kebijaksanaan berkembang
dengan baik

35
LINGUISTIK
 Tumpuan kepada penggunaan bahasa manusia
 Terbahagi kepada beberapa bahagian

1. Sintaks (kajian tentang struktur ayat)

2. Semantik ( kajian tentang makna)

3. Morfologi (kajian struktur kata-kata)

4. Fonetik (kajian tentang sebutan)

5. Fonologi (kajian tentang perbezaan sebutan menurut


bahasa-bahasa tertentu)

36
SEKIAN, TERIMA KASIH

37

You might also like