You are on page 1of 5

OBJEKTIF DAN

MATLAMAT KAJIAN
SAINTIFIK DALAM
BIDANG SAINS SOSIAL
Bidang Sains Sosial Dalam Kajian Saintifik
Sains Sosial merupakan kajian saintifik terhadap fenomena sosial. Sains Sosial mengikut (A New Dictionary of
Sociology Mitchell.1979) secara amnya digunakan untuk pengajian dan pengkajian yang berkaitan dengan manusia
dan masyarakat dalam sesuatu penempatan. Bidang sains sosial terbahagi kepada banyak bidang yang merangkumi
pengkajian yang meluas dan tidak mengkaji bidang yang dikaji oleh bidang Sains Tabii’( Hunt dan Colander 2002 ) .
Contohnya :

1)psikologi
2) sosiologi
3)sains politik
4)sejarah
5)psikologi
6)antropologi

Kajian saintifik ialah satu penyelidikan yang dijalankan secara sistematik, tersusun dan mempunyai punca
permasalahan yang jelas serta pemboleh ubah yang mampudikawal. Kajian saintifik bersifat empirikal disebabkan
memerlukan bukti tentang pernyataan-pernyataan yang dibuat melalui analisis data dan maklumat yangdikumpul.
(Report Penghantar Ilmu Saintifik.docx)
Objektif
1. Menurut Gottschalk, objektif adalah untuk memperoleh pengetahuan yang tidak memihak dan benar serta bebas daripada
reaksi peribadi seseorang.
2. Garraghan pula menyatakan objektif sebagai sikap neutral yang tidak memihak kepada mana-mana pihak.
3. Donald V. Garowski menyatakan bahawa objektif bermaksud menggunakan fakta sejarah tanpa ada perasaan memihak dan
prasangka.
4. Sartono menjelaskan kajian sejarah dalam erti kata yang objektif menunjukkan kepada kejadian atau peristiwa itu sendiri,
iaitu proses sejarah dalam keadaan yang sebenarnya berlaku.

TUJUAN OBJEKTIF
1. Membimbing seseorang individu atau penyelidik mempelajari kaedah kajian saintifik agar mampu untuk memahami
keadaan atau perkara yang hendak diselidikinya dengan lebih tepat.
2. Mengkaji fizikal,sosial, perkembangan kebudayaan dan tingkah laku manusia ( Social Science Research Methods. Alan
Bryman 2003)
3. Lebih mudah untuk menjalankan kajian agar tidak terpesong dari permasalahan utama kajian.
4. Mengkaji makhluk manusia dari aspek fizikal dan tatacara mereka berdasarkan peraturan yang telah ditetapkan oleh sesuatu
budaya tersebut(Pengenalan Sains Sosial Edisi Kedua. Ismail Yusoff 2018)
Matlamat
1. Matlamat dapat ditakrifkan dengan pembentukan satu motor atau visi dengan tujuan untuk menyelesaikan atau
mendapatkan sesuatu. Matlamat ialah keadaan di mana sesuatu perancangan perlu dicapai. Ia juga merujuk kepada
hasil yang dicapai apabila sesuatu perlakuan dapat diselesaikan. ( Understanding Social Science. Roger Trigg 2001 )

TUJUAN MATLAMAT
1. Mencari jalan penyelesaian melalui kebenaran. Di mana kajian saintifik merupakan kaedah kajian yang
mendapatkan maklumat terus daripada sumber dan pelakunya. Maka dengan itu kebenaran daripada hasil kajian
tidak dapat dipertikaikan.
2. Menghasilkan dan mengumpulkan bahan-bahan untuk kegunaan penyelidikan pada masa hadapan.Penyelidik
juga akan lebih mudah untuk mendapatkan dan menyusun dengan baik draf pengkajian mereka berdasarkan
contoh kajian yang lepas.
3. Pengujian semula. Setiap cadangan yang telah diujiharus berkali-kali diuji untuk mendapatkan keputusan akhir
yang memuaskan dan setiap tahap mempunyai cara untuk membetulkan sebarang kesilapan sekiranya berlaku
dalam prosedur kajian.
Rujukan
1. A New Dictionary of Sociology Mitchell.1979
2. Hunt dan Colander 2002
3. Report Penghantar Ilmu Saintifik.docx
4. Social Science Research Methods. Alan Bryman 2003
5. Pengenalan Sains Sosial Edisi Kedua. Ismail Yusoff 2018
6. Understanding Social Science. Roger Trigg 2001

You might also like