You are on page 1of 12

LAMPIRAN 1

RIS MARKAH
SEMESTER 1 SESI
2010/2011

KOD & NAMA KURSUS

KPF60404 : PENDEKATAN PENYELIDIKAN KUALITATIF

TUGASAN : ESEI FENOMENOLOGI (BERKUMPULAN)

TAJUK

“ PENGENALAN, STRATEGI DAN PELAKSANAAN PENYELIDIKAN


KUALITATIF - FENOMENOLOGI ”

DISEDIAKAN
OLEH :

NAMA NO. MATRIK NO. TELEFON PROGRAM


-SYAHIDATUL ATHIFAH BINTI -M20211001317 013-8675186 SARJANA
RAMLEE PENDIDIKAN –
-RAJINI GAURI MUTHUSAMY -M20211001897 018-3895455 PENGAJIAN
-SALINAH BINTI SININ -M20211001340 012-8018482 KURIKULUM

KUMPULAN KULIAH : KUMPULAN E

PENSYARAH : PROF. DR. AMIR HASAN BIN DAWI

1
ISI KANDUNGAN

PERKARA MUKA SURAT

i. Pengenalan 3

ii. Penyelidikan Berfalsafahkan Fenomenologi 4

iii. Analisis Artikel Menggunakan Kaedah Fenomenologi 5 -7


a) Pengenalan
b) Objektif Kajian
c) Tinjauan Literatur
d) Metodologi Kajian
e) Kesimpulan

iv. Strategi Dan Teknik Pelaksanaan Kajian Fenomenologi 7

v. Rumusan 8-9

vi. Senarai Rujukan 10

vii. Lampiran 11-12

2
i. PENGENALAN

Penyelidikan boleh didefinisikan secara jelas melalui elemen-elemen kajian yang


terkandung di dalamnya. Dalam pengertian yang paling asas, penyelidikan membawa maksud
penerokaan yang cukup mendalam tentang sesuatu subjek untuk mengetahui intipatinya atau
sesuatu perkara yang tidak pernah dilihat ataupun disaksikan sebelum ini. Oleh itu,
penyelidikan boleh diertikan sebagai sistem saraf pusat untuk proses perolehan pengetahuan.
Penyelidikan adalah proses intelektual dan eksperimental yang merangkumi sekumpulan
kaedah yang diterapkan secara sistematik, dengan tujuan menyelidiki suatu masalah atau topik,
serta memperluas atau memperkembangkan pengetahuan, baik untuk kepentingan ilmiah,
humanistik, sosial mahupun teknologi (‘Sains dan Kesihatan’, 2021). Di universiti, kajian dan
penyelidikan merupakan wadah paling penting, serta mampu memberikan pengalaman
pembelajaran paling berharga kepada para pelajar (Universiti Putra Malaysia, n.d).

Menurut Tuckman (1999, seperti dinyatakan oleh Sr Dr. Md Azree, 2012), penyelidikan
adalah kaedah sistematik bagi mendapatkan jawapan untuk sesuatu persoalan atau
permasalahan. Penyelidikan adalah penyiasatan sistematik, terkawal, bercorak empirikal dan
kritikal mengenai perhubungan dalam sesuatu fenomena (Kelinger, 1964, seperti dinyatakan
oleh Sr Dr. Md Azree, 2012). Ahmad Mahdzan (1992, seperti dinyatakan oleh Sr Dr. Md Azree,
2012) pula menyatakan bahawa, penyelidikan didefinisikan sebagai usaha-usaha bagi mencari
jawapan kepada soalan-soalan khusus yang dikemukakan berkenaan sesuatu permasalahan
Penyelidikan adalah sistematik kerana dalam melaksanakan penyelidikan, penyelidik perlu
mengikut langkah tertentu yang logik susunannya. Secara umumnya, asas penyelidikan
meliputi ciri seperti bersistematik, menghasilkan pengetahun yang sah, bersifat objektif dan
data yang emperikal.

Penyelidikan boleh dibahagikan kepada beberapa jenis. Antara jenis-jenis penyelidikan


tersebut adalah seperti kajian asas, kajian gunaan, kajian tindakan dan kajian penilaian.
Manakala dari segi reka bentuk pula, penyelidikan terbahagi kepada dua reka bentuk iaitu reka
bentuk kuantitatif dan reka bentuk kualitatif (Kamarul Azmi, 2012). Daripada kedua-dua reka
bentuk ini, terdapat pula beberapa jenis reka bentuk di bawahnya. Bagi penyelidikan
kuantitatif, terdapat reka bentuk yang dipanggil eksperimental, kuasi-eksperimental, kajian
tinjauan, dan reka bentuk kolerasi. Seterusnya bagi reka bentuk kualitatif pula, kajian etnografi,
kajian kes, kajian sejarah, dan kajian fenomenologi (Creswell, 2005).

3
Oleh yang demikian, bagi memenuhi kehendak tugasan subjek Pendekatan Penyelidikan
Kualitatif (KPF60404), penerangan mengenai kajian kualitatif di bawah reka bentuk
fenomenologi akan diterangkan dengan lebih lanjut di dalam topik seterusnya selaras dengan
tajuk yang telah dipilih oleh kumpulan kami.

ii. PENYELIDIKAN BERFALSAFAHKAN FENOMENOLOGI

Kajian berfalsafahkan fenomenologi adalah berada di bawah reka bentuk penyelidikan


kualitatif. Penyelidikan kualitatif adalah sebagai reka bentuk kajian anjal kerana reka bentuk
kajian kualitatif tidak menetapkan secara khusus apa dan bagaimana kajian hendak dijalankan
pada awal kajian (Trochim, 2006, seperti dinyatakan Mokmin Bosri, 2012). Menurut Robson,
reka bentuk kajian kualitatif berkembang dan membangun seiring dengan kemajuan
penyelidikan. Kajian kualitatif bukanlah kajian yang berkaitan dengan hipotesis tetapi lebih
kepada persoalan atau penyataan. Kajian kualitatif biasanya mengguna persoalan seperti,
bagaimana, apa, dan mengapa. Kajian kualitatif melibatkan penakulan induktif bagi memahami
situasi tertentu termasuk sejarah dan pengalaman seseorang individu (Trochim, 2006, seperti
dinyatakan Mokmin Bosri, 2012). Metodologi yang sering dikaitkan dengan reka bentuk kajian
kualitatif disesuaikan dari bidang sains sosial seperti historiografi, etnografi, sosiologi, dan
fenomenologi kualitatif. Kajian kualitatif menurut Bryman (2008, seperti dinyatakan Mokmin
Bosri, 2012) adalah merupakan strategi kajian yang lazimnya menekankan kepada perkataan
berbanding pengiraan data yang dikumpul dan dianalisis, tidak seperti kajian berbentuk
kuantiatif.

Fenomenologi berasal daripada perkataan fenomena yang membawa maksud realiti yang
boleh dilihat. Realiti yang boleh dilihat yang dimaksudkan dalam konteks ini ialah ilmu. Justeru
itu, fenomenologi adalah satu ilmu yang berorientasi untuk mendapatkan penjelasan tentang
sesuatu realiti yang wujud (Kamarul Azmi, 2012). Fenomena yang boleh dilihat adalah refleksi
dari realiti yang tidak berdiri sendiri disebabkan fenomena ini memiliki maksud yang
memerlukan penafsiran lebih lanjut. Fenomenologi juga sering digunakan sebagai anggapan
umum untuk memperlihatkan pengalaman subjektif dari berbagai jenis dan bentuk subjek yang
ditemui. Menurut Moleong (2001, seperti dinyatakan dalam Jamiatul & Akhmad, 2019), beliau
menyatakan bahawa pengkaji dalam pandangan fenomenologi berusaha memahami makna
sesebuah peristiwa dan kaitan-kaitannya terhadap orang-orang yang berada dalam situasi-
situasi tertentu. Hal ini berasal daripada erti kata fenomenologi iaitu ‘fenomena’ atau gejala

4
semulajadi. Oleh itu, ahli pengkaji fenomenologi berusaha memahami fenomena yang
merangkumi subjek yang diamati oleh pengkaji sehingga pengkaji faham bagaimana suatu
pemahaman dikembangkan oleh subjek tersebut melalui peristiwa-peristiwa yang mereka lalui
dalam kehidupan harian.

Menurut Bogdan dan Biklen (1992, seperti dinyatakan oleh Jamiatul & Akhmad, 2019)
pula, mereka menyatakan bahawa fenomenologi tidak menganggap bahawa pengkaji
mengetahui perkara sebenar di sebalik orang yang sedang dikaji oleh mereka. Inkuiri
fenomenologi dimulakan dengan cara berdiam diri. Diam dalam situasi tersebut merupakan
tindakan untuk mengamati sesuatu yang sedang dikaji tanpa memberi ramalan atau jangkaan
awal. Hal ini disebabkan, para pengkaji fenomenologi menekankan aspek subjektif daripada
perilaku seseorang. Dengan erti kata lain, pengkaji berfalsafahkan fenomenologi berusaha
masuk ke dalam dunia konseptual subjek yang dikaji oleh mereka dengan teliti sebagai langkah
memahami bagaimana dan apa makna yang cuba dikonstrukkan oleh subjek dalam setiap
peristiwa yang berlaku dalam kehidupan seharian mereka. Fenomenologi berdasarkan prinsip
bahawa pengalaman tunggal dapat ditafsirkan dalam pelbagai cara dan kenyataan itu terdiri
dari tafsiran setiap peserta tentang pengalaman tersebut. Oleh itu, fenomenologi memberikan
maklumat mengenai pengalaman individu yang unik, yang menawarkan gambaran dan
pengalaman manusia yang kaya dan lengkap dengan kepelbagaian dan variasi (‘Perbezaan
Kajian…’, n.d).

iii. ANALISIS ARTIKEL MENGGUNAKAN KAEDAH FENOMENOLOGI

Artikel yang diambil bertajuk Cabaran Pelajar Melalui kaedah Pembelajaran Atas
Talian : Kajian Institusi pengajian tinggi awam Malaysia yang di tulis oleh Mahathir Yahaya
pada Jun 2021. Artikel ini menggunakan kaedah kualitatif berbentuk fenemenologi untuk
dapatkan informasi yang diperlukan.

a) Pengenalan

Rakyat Malaysia juga turut terkesan dari ancaman wabak Covid-19, dimana mula
menjalani kehidupan norma baharu sehubungan dengan perintah kawalan pergerakan (PKP).
Semua sector turut terkena tempiasnya tidak terkecuali,sector Pendidikan mahupun peringkat
rendah ataupun IPTA. Sebuah kajian dijalankan terhadap pelajar Universiti Malaysia Pahang

5
(UMP) bagi mengenal pasti apakah penerimaan dan permasalahan yang dihadapi oleh
sebahgaian pelajar UMP terhadap pandamik covid-19.

b) Objektif Kajian

Tujuan kajian ini dijalankan adalah untuk mengetahui dengan lebih lanjut mengenai
cabaran yang dihadapi oleh pelajar IPTA dalam menjalani proses pembelajaran atas talian.

c) Tinjauan Literatur

Perkara yang diberikan perhatian ialah apabila melaksanakan kaedah pembelajaran atas
talian dari segi capaian internet. Pelajar yang tinggal di kawasan bandar memperolehi capaian
internet yang baik manakala pelajar yang duduk di Kawasan luar bandar mengalami masalah
untuk capaian internet. Sebagai contoh, laporan akhbar dari Berita Harian menyatakan seorang
pelajar IPT mendaki bukit untuk mendapat capaian internet yang baik dan seorang bapa pelajar
membina khemah untuk anaknya menduduki peperiksaan secara atas talian kerana tidak
sanggup berulang-alik sejauh 20 meter setiap hari.

Selain itu, Kebanyakkan pelajar terkesan dengan masalah kewangan bagi menanggung
perbelanjaan alat pembelajaran di rumah. Mereka terpaksa menghabiskan duit yang banyak
bagi membolehkan mereka mengikuti kelas dalam talian dengan lebih berkesan. Tambahan
pula sesetengah pelajar mengahadapi cabaran iaitu tiada ataupun terhad kemudahan komputer
dan telefon bimbit. Ini juga menjadi cabaran kepada keluarga pelajar yang mempunyai ramai
adik-beradik dimana mereka perlu berkongsi peralatan bersama adik beradik yang menjalankan
pembelajaran atas talian.

d) Metodologi Kajian

Dalam artikel tersebut, kajian ini menggunakan metodologi kajian kualitatif prosedur
penyelidikan berbentuk fenomenologi iaitu mencari kesamaan makna dari sebuah konsep atau
fenomena yang menjadi pengalaman hidup sekelompok individu. Berdasarkan kajian yang
dijalankan, pengkaji mengenalpasti cabaran - cabaran yang dihadapai oleh pelajar IPTA dalam
pembelajaran atas talian secara terperinci. Pengkaji juga mengunakan pendekatan induktif
kerana kajian ini melibatkan aktiviti mengumpul dan mentafsir maklumat - maklumat berkaitan
cabaran yang dihadapi oleh pelajar IPTA kemudian membuat generalisasi dan kesimpulannya.

Pengkaji menggunakan persampelan bertujuan dan menjalankan kaedah temu bual


sebagai teknik pengumpulan data. Responden yang dipilih seramai sepuluh (10) orang bagi

6
mengukuhkan maklumat yang diinginkan. Pengkaji memperoleh latar belakang setiap
responden serta maklumat yang diperlukan dalam kajian ini dengan menjalankan kaedah
temubual. Proses pengumpulan maklumat dimulakan dengan menemu bual mahasiswa IPTA
yang terlibat dengan pembelajaran atas talian akibat daripada penularan wabak Covid-19. Data
yang diperoleh dari temu bual yang dijalankan seterusnya dianalisis menggunakan tematik
analisis. Teknik pengumpulan data telah dijalankan temubual secara atas talian bagi memenuhi
SOP semasa wabak Covid-19.

e) Kesimpulan

Hasil daripada temu bual yang dijalankan mendapati terdapat empat cabaran yang
dihadapi oleh responden sepanjang pembelajaran atas talian akibat pandemik Covid-19, iaitu
capaian kepada kemudahan internet yang terhad, suasana yang tidak kondusif untuk belajar,
tahap keberkesanan pembelajaran rendah dan kos internet yang tinggi. Analisa ini dilakukan
berdasarkan analisa tematik seperti yang dinyatakan iaitu teknik analisis data yang digunakan
dalam penelitian. Pengkaji mengumpulkan data deskriptif untuk menjawab masalah prsoalan
kajian.

iv. STRATEGI DAN TEKNIK PELAKSANAAN KAJIAN FENOMENOLOGI

Berdasarkan analisis artikel dalam topik sebelum ini, kajian fenomenologi dilihat sebagai
sebuah kajian ke atas fenomena yang berlaku di sekitar kehidupan seseorang individu. Strategi
dan teknik pelaksanaan kajian fenomenologi asasnya adalah dengan meneliti masalah yang ada
di sekitar penyelidik, kemudian mencari langkah mengumpul maklumat dan memahami
keadaan sekitar subjek. Strategi pelaksanaan kajian fenomenologi adalah berkisarkan kepada
metod kajian kualitatif (Azizah, 2010). Dalam analisis artikel yang telah dinyatakan sebelum
ini, dari segi metodologi kajian, artikel itu menyatakan bahawa kajian tersebut menggunakan
metodologi kajian kualitatif di mana pengkaji menggunakan persampelan bertujuan dan
menjalankan kaedah temu bual sebagai teknik pengumpulan data. Subjek atau responden kajian
yang dipilih adalah seramai sepuluh (10) orang bagi mengukuhkan maklumat yang ingin
diperolehi. Pengkaji memperolehi latar belakang setiap responden serta maklumat yang
diperlukan dalam kajian ini dengan menjalankan kaedah temubual. Dalam hal ini, dapat dilihat
bahawa prosedur penyelidikan berbentuk fenomenologi mencari kesamaan makna dari sebuah
konsep atau fenomena yang menjadi pengalaman hidup sekelompok individu.

7
Selain itu, penyelidikan berbentuk fenomenologi juga boleh dilaksanakan dengan
beberapa cara atau proses yang tersusun. Proses tersebut bermula dengan mengemukakan
persoalan kajian yang umum, diikuti dengan pemilihan subjek atau topik yang berkaitan.
Proses seterusnya adalah pengumpulan data yang berkaitan dengan topik. Hasil interpretasi
data, teori atau konsep sedia ada atau baru dapat ditentukan. Proses ini berulang bagi
memperkemas persoalan kajian supaya persoalan yang jelas dan tepat dapat ditentukan. Bagi
tujuan menjawab persoalan yang telah diperkemas, pengumpulan data lanjutan perlu
dilakukan. Setelah teori atau konsep dapat ditentukan dengan kukuh, proses seterusnya iaitu
penulisan temuan atau kesimpulan yang diperolehi akan dilaksanakan (Mokmin Bosri, 2012).

Untuk penerangan yang lebih terperinci, strategi pelaksanaan kajian kualitatif berdasarkan reka
bentuk fenomenologi terlebih dahulu menentukan peserta kajian, metodologi kajian, instrumen
kajian, dan bentuk data dalam kajian (Zainal A., n.d). Data dikumpul dalam fenomenologi
melalui temu bual peribadi yang panjang dan intensif, separuh berstruktur atau tidak
berstruktur. Penyelidik juga mungkin perlu mengadakan sesi wawancara dengan setiap peserta
kerana fenomenologi sangat bergantung kepada wawancara. Walau bagaimanapun, maklumat
yang dikumpulkan melalui wawancara ini mungkin juga bergantung pada kemahiran
menemubual penyelidik dan kemahiran yang jelas dari para peserta. Hal ini merupakan batasan
dalam kajian berfalsafahkan fenomenologi (‘Perbezaan Kajian…’, n.d).

v. RUMUSAN

Sebagai rumusan, penyelidikan boleh dilaksanakan berdasarkan beberapa jenis dan reka
bentuk kajian yang bersesuaian dengan tajuk kajian yang dijalankan. Sebagai contoh bagi
kajian kualitatif berfalsafahkan fenomenologi, kajian tersebut adalah berkenaan dengan kajian
ke atas fenomena-fenomena yang berlaku di sekeliling masyarakat. Fenomena atau masalah
yang dilihat wujud di sekitar masyarakat diteliti dan dikaji oleh penyelidik dengan mencari
tahu punca berlakunya permasalahan tersebut dengan mendalam tanpa membuat spekulasi
sendiri. Seperti yang dinyatakan dalam penulisan ini, kajian berfalsafahkan fenomenologi
mencari jawapan kepada sesebuah persoalan dengan bertanya atau menemubual individu-
individu yang berada dalam situasi atau fenomeno tertentu itu sendiri. Melalui perbincangan
dalam penulisan ini juga, dapat dirumuskan bahawa reka bentuk kajian, strategi kajian, dan
teknik kajian yang digunakan dalam penyelidikan kualitatif berfalsafahkan fenomenologi tidak
jauh atau terlalu berbeza daripada jenis-jenis kajian kualitatif yang lainnya. Oleh yang

8
demikian, seseorang penyelidik hendaklah memastikan apakah dan bagaimanakah sesebuah
penyelidikan yang ingin mereka laksanakan itu dapat dilaksanakan dengan jayanya dengan
cara terlebih dahulu mengambil kira reka bentuk dan jenis kajian yang dijalankan. Hal ini
kerana, setelah aspek-aspek tersebut diambil kira, barulah strategi dan teknik pelaksanaan
kajian boleh ditentukan dengan lebih terperinci dan menghasilkan sebuah kajian yang tinggi
kesahan dan kebolehpercayaannya.

9
vi. SENARAI RUJUKAN

Azizah Hamzah. 2010. Kaedah Kualitatif Dalam Penyelidikan Sosiobudaya dalam Jurnal
Pengajian Media Malaysia, 6 (1).

Creswell, J.W. 2005. Educational Research: Planning, Conducting, and Evaluating


Quantitative and Qualitative Research. London: Prentice Hall

Jamiatul Hamidah, & Akhmad Syakir. Dampak Penerapan Kurikulum 2013 Bagi Guru
Sekolah Dasar (Kajian Fenomenologi Pendidikan). Idealektik, [S.l.], v. 1, n. 2, p. 75-
82, aug. 2019. ISSN 2655-8491.

Jasmi, K. A. (2012). Penyelidikan Kualitatif dalam Sains Sosial in Kursus Penyelidikan


Kualitatif siri 1 2012 at Puteri Resort Melaka on 28-29 Mac 2012. Organized by Institut
Pendidikan Guru Malaysia Kampus Temenggong Ibrahim, Jalan Datin Halimah, 80350
Johor Bahru, Negeri Johor Darul Ta'zim.

Makna Penyelidikan (Apa Itu, Konsep Dan Definisi). (2021). Sains Dan Kesihatan. Diperolehi
pada Disember 20, 2021 daripada https://ms.encyclopedia-titanica.com/significado-de-
investigaci-n

Mokmin Bosri. (2012). Bab 4: Kaedah Kajian. Selangor International Islamic University
College (KUIS), Bangi, Malaysia. Diperolehi Diperolehi pada Disember 20, 2021
daripada https://www.researchgate.net/publication/283479198_Bab_4_Kaedah_Kajian

Penyelidikan. (n.d). Universiti Putra Malaysia. Diperolehi pada Disember 20, 2021 daripada
https://www.upm.edu.my/research-3?L=bm

Perbezaan Antara Kajian Kes dan Fenomenologi. (n.d). Strephonsays. Diperolehi pada
Disember 20, 2021 daripada https://ms.strephonsays.com/difference-between-case-
study-and-phenomenology

Zainal Arief Z. (n.d). Metadologi Kajian Kualitatif. Diperolehi pada Disember 20, 2021
daripada
https://www.academia.edu/12922669/METODOLOGI_KAJIAN_KUALITATIF

10
vii. LAMPIRAN

11
12

You might also like