You are on page 1of 59

GIG1012 Falsafah dan

Isu Semasa

Pengenalan kepada Falsafah

GIG 1012 FIS (© Faezah Kassim CITrA UM)


Pengenalan

Pengenalan Ilmu Falsafah

Falsafah Pendidikan
Kebangsaan

Rukun Negara

Falsafah Sejahtera Sebagai


Pentafsiran Rukun Negara

GIG 1012 FIS (© Faezah Kassim CITrA UM)


Apakah maksud Falsafah

GIG 1012 FIS (© Faezah Kassim CITrA UM)


Perkataan ‘Falsafah’ mula digunakan oleh Phytagoras iaitu
seorang ahli Matematik Yunani yang terkenal sekitar 500S.M
dan menggelarkan dirinya sebagai philosophos atau pencipta
kebijaksanaan.

Dari sudut bahasa, istilah falsafah berasal dari perkataan


Yunani kuno iaitu philosophia atau dari kata akar philosophein.

Philo (cinta) dan sophos (kebenaran, hikmah, kebijaksanaan).


Digabungkan menjadi “love of wisdom”

GIG 1012 FIS (© Faezah Kassim CITrA UM)


Istilah tersebut kemudiannya dipopularkan oleh dua orang
ahli falsafah yang terkenal iaitu Plato (427-347 SM) dan
Aristotle (384-322 SM).

Dari sudut istilahnya, falsafah bermaksud sesuatu ilmu yang


mendasar kepada makna sebenar sesuatu perkara sehingga
jelas akan makna serta tujuannya.

Falsafah atau philosophy bermakna cintakan kebijaksanaan


dan kebenaran (love of wisdom and truth). Falsafah
menekankan kearifan dan kebenaran.

GIG 1012 FIS (© Faezah Kassim CITrA UM)


Definisi dari kalangan ahli falsafah Islam dan Barat:

Al-Farabi (950 M).

Falsafah ialah ilmu pengetahuan tentang alam yang maujud


dan bertujuan menyelidiki hakikatnya yang sebenar.

Falsafah adalah berfikir secara mendalam, sistematik, radikal


dan universal dalam rangka mencari kebenaran.

GIG 1012 FIS (© Faezah Kassim CITrA UM)


Dalam Islam, falsafah ditafsirkan kepada hikmah, walaupun
konteks hikmah adalah lebih luas daripada falsafah itu
sendiri.

Kedudukan hikmah dalam al-Quran mempunyai nilai yang


lebih tinggi daripada falsafah. Hikmah bermaksud
kebijaksanaan atau kecerdikan daripada Allah.

An-Nawawi menyatakan hikmah adalah ilmu yang mempunyai


ketetapan yang mencakupi mengenali Allah. Ilmu yang
disertai dengan pelaksanaan hujah yang nyata, memperbaiki
diri, pelaksanaan perkara yang betul atau benar dan serta
pencegahan dari mengikuti hawa nafsu dan perkara yang
salah.
GIG 1012 FIS (© Faezah Kassim CITrA UM)
Socrates ( 500-600 SM)
Falsafah ialah kajian alam tabii secara teori untuk mengenal
diri sendiri.

Plato (427/428-347) dan Aristotle (364-322 SM)


Falsafah ialah kajian perkara-perkara azali dan abadi bagi
mengharmonikan kepercayaan mistiknya/agamanya dengan
fikirannya. Falsafah meneliti hakikat yang mendasari sesuatu
benda atau perkara di sebalik sifat luarannya; iaitu apa
sebenarnya yang menjadi asas dan intipati pembentukan
sesuatu benda atau perkara itu; apa asasnya, apa esesensi,
apa zatnya’

GIG 1012 FIS (© Faezah Kassim CITrA UM)


Tiga Pendekatan pada Maksud Falsafah

Pendekatan Pertama

• Falsafah sebagai pemikiran yang mendalam mengenai


sesuatu perkara
• Asas atau fundamental mengenai sesuatu perkara/isu.
Contoh:

Apakah hakikat
Apakah makna kewujudan
Apakah sifat
kehidupan itu?
kewujudan

Persoalan-persoalan dasar seperti ini hanya boleh


ditimbulkan dalam bidang falsafah.
GIG 1012 FIS (© Faezah Kassim CITrA UM)
Tiga Pendekatan pada Maksud Falsafah

Pendekatan Kedua

• Bersifat menyeluruh
• Tidak terhad kepada sesuatu subjek, topik atau daerah
pemikiran.
Contoh:

Apakah
keadilan?

Boleh dibincangkan dalam konteks kajian sosial, ekonomi


atau politik. Tidak terbatas kepada sesuatu bidang atau
disiplin ilmu.
GIG 1012 FIS (© Faezah Kassim CITrA UM)
Tiga Pendekatan pada Maksud Falsafah

Pendekatan Ketiga
Melalui pandangan Falsafah Moden Barat dan Falsafah Bukan
Barat:
Falsafah adalah kegiatan untuk menjelaskan:
• Konsep dan pemikiran asas.
• Mengenai sesuatu; supaya dapat menjelaskan dalam
pemikiran kita;
Apakah makna
signifikan sesuatu
konsep yang
digunakan?

Sama ada konsep itu mempunyai makna ataupun sebaliknya.

GIG 1012 FIS (© Faezah Kassim CITrA UM)


Sejarah Perkembangan Ilmu Falsafah

Secara umum dibahagikan kepada:

Kuno (Abad ke-7 SM – Abad ke-5 SM) : Pre-Socratic,


Socratic, Hellenistik, Roman.

Pertengahan (Abad ke-6 – 16): Pertengahan/Medieval,


Renaisans.

Moden (Abad ke-17-20): Age of Reason, Age of Enlightenment,


Modern.

GIG 1012 FIS (© Faezah Kassim CITrA UM)


Makna Falsafah Zaman Kuno (Yunani)

Kegiatan falsafah di zaman Yunani berteraskan kepada


persoalan kehidupan dan kebahagiaan.
Diiktiraf sebagai falsafah terawal yang berkembang di dunia.

Kebahagiaan yang dibincangkan oleh setiap ahli falsafah


Yunani seperti sebuah teka-teki yang perlu dicantumkan
kepada kepelbagaian pandangan berkenaan kebahagiaan.

Plato mengaitkan kebahagiaan dengan keadilan


Aristotle anggap kebahagiaan berkait rapat dengan tingkah
laku yang baik
Epicurusanisme dan Cynosisme menganggap keseronokan
punca kebahagiaan.

GIG 1012 FIS (© Faezah Kassim CITrA UM)


Makna Falsafah Zaman Kuno (Yunani)

Socrates ahli falsafah yang masyhur dan


bertanggunjawab membawa pengertian baharu
kepada falsafah barat. Metodologi yang dilakukan
oleh beliau adalah dengan bercakap dengan
manusia lain. Bertanya kepada manusia setiap
peringkat tentang ilmu pengetahuan dan
menyedarkan mereka tentang kekurangan mereka.
Kini metodologi tersebut dikenali sebagai Socratic
Method Of Philosphical Inquiry.

GIG 1012 FIS (© Faezah Kassim CITrA UM)


Plato memperlihatkan falsafah yang praktikal. Berminat
dengan moral dan beliau menyatakan apa yang kita
perhatikan di muka bumi ini adalah refleksi daripada perkara
hak atau benar di alam ghaib atau metafizik. Manusia dapat
berhubung dengan alam ghaib untuk memastikan peraturan
hidup yang adil dapat dikuatkuasakan. Teori bentuk dan idea.
The Republic sumbangan terhadap teori politik.

Aristotle menyebut bahawa semua perkara yang wujud boleh


dicapai melalui kekuatan pancaindera (empiris). Beliau
menulis beberapa risalah penting dalam ilmu logik dan
menamakannya Analytics. Aristotelian syllogistic iaitu kaedah
membina hujah yang merangkumi dua andaian dan sebuah
kesimpulan.
GIG 1012 FIS (© Faezah Kassim CITrA UM)
Makna falsafah pada Zaman Kristian Awal
(1 M- 600 M)

Pengaruh Kristian dalam falsafah.


Ahli falsafah tertumpu kepada pembuktian kewujudan tuhan
dan menggabungkan ajaran Kristian dengan falsafah kuno.

Ahli falsafah bergiat mempertahankan agama Kristian


daripada serangan Yahudi, Skeptik dan Neo Platonis.
Lahir pelbagai mazhab (Mazhab Montanisme, Modalis, Patri-
pasionisme dll).

GIG 1012 FIS (© Faezah Kassim CITrA UM)


Makna falsafah pada zaman Gelap dan zaman Pertengahan Eropah

John Scotus (810-877)


• Ahli falsafah yang ternama pada zaman Gelap Eropah menganggap
falsafah dan Kristian itu sama.
• Falsafah ialah ilmu membahagi, mentakrif, mendemontrasi dan
menganalisis sesuatu perkara.
Peter Abelard (1079-1142)
• Beliau membezakan teologi dengan falsafah.
• Teologi berupa kajian supertabii, falsafah hanya kajian kebenaran
tabii.

GIG 1012 FIS (© Faezah Kassim CITrA UM)


Thomas Aquinas (1225-1274)
• Ahli falsafah Kristian (skolastik), berpendapat sains ialah ilmu
pengetahuan, fakta-fakta yang diperolehi menerusi prinsip-
prinsip am.
• Falsafah ialah ilmu pengetahuan benda-benda muktamad yang
diperolehi menerusi taakul.
• Ahli falsafah Eropah pada Zaman Pertengahan berupa ahli
gereja, rahib, asetik dan pembina biara. Mereka dikenali
sebagai skolastik.

GIG 1012 FIS (© Faezah Kassim CITrA UM)


Makna falsafah pada zaman Tamadun Islam
Al-Kindi (796-873)
Ilmu termulia dan terbaik yang tidak wajar ditinggalkan oleh setiap
orang yang berfikir kerana ilmu ini membicarakan tentang semua
yang berguna dan cara memperolehnya serta cara menjauhi
perkara-perkara yang merugikan.
Beliau membahagikan falsafah kepada tiga cabang :
1. Sains fizik
2. Sains matematik
3. Sains ketuhanan.

GIG 1012 FIS (© Faezah Kassim CITrA UM)


Al Farabi (870-950) :
• IImu mengenai kewujudan, yang tidak bercanggah
dengan agama bahkan sama-sama memuja kepada
kebenaran yang bertujuan untuk mengetahui yang
Maha Esa.
• Membahagikan falsafah kepada dua:
1. Teori (meliputi matematik, fizik dan metafizik)
2. Amali (etika/ilmu akhlak)

GIG 1012 FIS (© Faezah Kassim CITrA UM)


Ibnu Sina ( 980-1037)
• Membahagikan falsafah kepada teori dan amali seperti pandangan
al-Farabi dan kedua-duanya dihubungkan dengan Islam serta kajian
tentang kewujudan.
Al Ghazali (1059-1111)
• Membezakan falsafah dengan tasawuf yang meletakkan akal di
bawah wahyu.
Ibnu Rusyd (1126-1198)
• Falsafah ialah penyelidikan tentang alam wujud dan memandangnya
sebagai jalan untuk menemui Maha Pencipta segala ciptaan.

GIG 1012 FIS (© Faezah Kassim CITrA UM)


Ibnu Tufail (1110-1185)
• Tujuan falsafah ialah untuk kebahagiaan dan kebenaran melalui
pemikiran.

Ikhwan al-Safa (Persatuan) (927-975)


• Ahli falsafah ialah orang yang mencintai ilmu, mengetahui
hakikat wujud, membina teori dan amal dan sesuai dengan
kehidupan dunia dan akhirat.

GIG 1012 FIS (© Faezah Kassim CITrA UM)


Makna Falsafah pada Zaman Renaisans (1300-1700)

• Penentangan terhadap gereja.


• Kemunculan Michiavelli yang menyebarkan idea pensekularan negara.
• Martin Luther melahirkan mazhab Kristian yang lebih liberal dan
sekular (Protestan).
• Francis Bacon (bapa sains moden, memisahkan agama dengan
falsafah.

GIG 1012 FIS (© Faezah Kassim CITrA UM)


Makna falsafah pada zaman Auklami/Enlightenment(Pencerahan)
1700-1800

Immanuel Kant (1724-1804)


Menegaskan falsafah ialah ilmu untuk menjawab persoalan;
• Apakah yang boleh kita tahu? (teori epistemologi)
• Apakah yang sepatut kita lakukan? (amalan etika)
• Apakah yang harus kita harap? (Hubungan manusia dengan alam
tabii)

GIG 1012 FIS (© Faezah Kassim CITrA UM)


Makna Falsafah dalam separuh pertama Abad Ke-19

• Isu yang berkisar pada persoalan mantik matematik, masalah sosial dan
penggantian agama Kristian dengan Deisme (agama taakulan atau agama
tabii: percaya pada tuhan (Devine being) tetapi tidak percaya kepada wahyu
Sinkretisisme (agama Wahyu yang bercampur aduk dengan adat resam atau
agama lain.)

GIG 1012 FIS (© Faezah Kassim CITrA UM)


• Hegel (1770-1831) menegaskan fungsi falsafah ialah untuk memahami
taakulan kenyataan kehidupan, memahami proses evolusi semua
benda dan menentukan matlamat akhir semua pembangunan.
• Beneke (1798-1854) berpendapat psikologi menjadi asas falsafah.
• Cousin (1792-1867) mengutarakan empat jenis falsafah iaitu deriaisme
(sensisme), ideaisme (idealisme), skeptikisme dan mistikisme.

GIG 1012 FIS (© Faezah Kassim CITrA UM)


Makna falsafah pada abad ke -20

• Peirce (1839-1914) asas falsafah ialah mantik.


• Wundt (1832-1920) berpendapat keinsafan menjadi asas falsafah.
• Stout (1860-1944) menganggap falsafah sebagai hasil swa-
keinsafan.
• Windelbard (1848-1895) falsafah berbicara tentang nilai dan mantik,
di samping etik dan estetik.

GIG 1012 FIS (© Faezah Kassim CITrA UM)


Makna Falsafah pada Pascamodenis

Friedrich Nietzsche (1844-1900) dan Martin Heidegger (1889-1976)


• Kemodenan ialah era mengatasi (verwindung) dan memunculkan benda
baru dan baru lagi. Penggantian dengan benda yang baru amat cepat
berlaku dan tidak berhenti-henti sehingga tidak menggalakkan daya
penghasilan, walaupun daya penghasilan itulah yang diandaikan menjadi
bentuk kehidupan moden itu.

GIG 1012 FIS (© Faezah Kassim CITrA UM)


• Para pascamodenis melahirkan aliran baru dalam falsafah yang dikenali
sebagai nihilism dan deconstructivism. Kedua-dua ini disekutukan dengan
pasca-modenisme yang bertujuan melenyapkan semua dakwaan terhadap
kebenaran pemikiran metafizik, menyerang kerasionalan, menyamakan
sistem taakulan dengan sistem pujukan dan logik dengan retorik,
menegakkan teori tafsiran (hermeneutic) kepada semua jenis kepercayaan
dan pendapat. Menolak metafizik.

GIG 1012 FIS (© Faezah Kassim CITrA UM)


Metafizik Nihilism &
Deconstrucitivism
Logik Post- - Logik = retorik
Rasional modernism - Taakulan = pujukan
- Tafsiran
hermeunetik

GIG 1012 FIS (© Faezah Kassim CITrA UM)


Aliran-aliran falsafah utama
(Movement/school)

• 1. Rasionalisme
• 2. Empirisisme
• 3. Idealisme
• 4.Eksistensialisme
• 5. Pragmatisme
• 6. Realisme

GIG 1012 FIS (© Faezah Kassim CITrA UM)


Rasionalisme

• Aliran falsafah yang selalu dikaitkan dengan Rene Descartes (596-


1650), Spinoza dan Leibniz (1646-1716) yang menyatakan bahawa
segala ilmu pengetahuan tentang alam diperolehi melalui operasi
fakulti akal dan bukan melalui pengalaman semata-mata dan bukan
melalui rasa atau hati kalbu.
• Rasionalisme yang ekstrim berpegang kepada autoriti/kewibawaan
akal dengan pendirian bahawa sesuatu yang tidak boleh dicapai oleh
fakulti akal adalah tidak wujud, dan segala kejadian dalam alam ini
merupakan gejala alam semulajadi yang biasa bukan daripada kuasa
luar biasa (Tuhan), dan kepercayaan agama dan etika mulia
merupakan bentuk-bentuk aspirasi dan gerak hati suci insan bukan
berpunca daripada pentujuk autoriti yang Kudus (Tuhan).

GIG 1012 FIS (© Faezah Kassim CITrA UM)


Empirisisme

• Aliran yang dikaitkan dengan John Locke (1632-1704), David Hume


(1711-76) dan John Stuart Mill (1806-73), yang berpendapat bahawa
ilmu pengetahuan itu diasaskan atau diperolehi melalui pengalaman
iaitu dikaitkan dengan perkara-perkara boleh diinderai dan dialami.

• Menghuraikan hakikat bahawa sesetengah ilmu yang dimiliki


manusia seperti ruang, masa, sebab musabab dan juga pengertian
logik, matematik dan etika tidak seluruhnya diperolehi melalui
pengalaman tetapi melalui pengertian yang lebih bersifat fitrah
(innate) atau hadir secara anugerah (hudur/ a priori).

GIG 1012 FIS (© Faezah Kassim CITrA UM)


• Empirisisme seterusnya meningkat kepada positivisme (dikaitkan
dengan Comte 1798-1857), Herbert Spencer (1820-1903) yang
menganggap semua pengetahuan semestinya selaras dengan
penemuan sains dan menolak yang berasaskan tahyul, wahyu,
ilham, agama dan juga metafizik, dan pengetahuan demikian
bermaksud untuk kemajuan positif bagi manusia.

• Aliran ini meningkat kepada positivism logical atau empirisisme


logikal dikaitkan dengan Carnap (1871-1970), A. J. Ayer (1910-89) yang
menekankan kaedah sains pasti seperti logik, matematik, geometri
dan sebagainya dalam penghuraian dan penghujahannya. Aliran ini
disanggah oleh golongan agama, Marxist-Lenin, feminis dll kerana
berfahaman ateis, elitis, androsentrik (kelelakian).

GIG 1012 FIS (© Faezah Kassim CITrA UM)


Idealisme

• Pandangan yang berpunca dari Plato dan mula-mula


digunakan oleh Leibniz, yang berpendirian bahawa
ide/fikiran atau representasi/gambaran akal merupakan
hakikat wujud yang sebenar, wujud empiri atau zahiriah ini
berpunca dan bergantung kepada wujud dalam bentuk
fikiran itu, dan tidak boleh wujud bersendirian.

GIG 1012 FIS (© Faezah Kassim CITrA UM)


Eksistensialisme

• Pandangan yang dikaitkan dengan Kiekergaard (1813-1855), yang


mempelopori fahaman eksistensialisme agama Kristian,
Nietzsche (1844-1900), Husserl dan Heidegger (1889-1976), Jean-
Paul Sartre (1905-1980), Albert Camus (1913-1960) dan lain-lain.

• Aliran ini walaupun banyak kepelbagaian, secara umumnya


menekankan pengalaman/penghidupan sebenar manusia yang
menjadi fokus segala pemikiran dan pertimbangan dan menolak
idealism, rasionalisme dan sebagainya.

• Mereka juga menekankan keutamaan, hak dan tanggungjawab


individu dan menolak keutamaan dan hak masyarakat atau
kumpulan mengatasi individu.
GIG 1012 FIS (© Faezah Kassim CITrA UM)
• Kiekergaard menolak konsep “herd” (gembalaan/Jemaah) dan
menekankan hak individu untuk bergiat, berjuang dan meningkatkan
diri dalam kegiatan agama.

• Nietzsche menolak agama dan menganggapnya sebagai warisan


daripada mentaliti perhambaan yang menekankan keserupaan dan
kesepunyaan dalam kumpulan supaya wujud keseimbangan dan
kebajikan bersama dan mengorbankan kecemerlangan dan
kemajuan individu yang dengan itu melahirkan mediokriti dan
kelembapan.

• Sartre menekankan kepentingan kebebasan individu untuk memilih


tanpa penekanan dan dominasi orang lain.

GIG 1012 FIS (© Faezah Kassim CITrA UM)


Pragmatisme

• Aliran ini dikaitkan dengan Peirce (1839-1914), William James (1842-


1910), dan John Dewey (1859-1952) yang berpendapat bahawa
kegunaan, kelebihan dan manfaat yagn praktikal sebagai hasil bagi
sesuatu, kegiatan dan perbuatan itulah yang menentukan nilai dan
kebenaran dan kebaikannya. Sesuatu yang praktikal dan membawa
hasil yang bermanfaat, itulah yang mempunyai nilai dan kebenaran
yang tinggi.
• Aliran pragmatism yang ekstrim boleh mewajarkan sebarang
langkah, kaedah dan strategi digunakan, asalkan ianya
mendatangkan hasil yang baik, yang dengan itu boleh mengorbankan
sebarang prinsip dan ideal, bahkan prinsip dan idealnya ialah
keberuntungan dan keberhasilan pada akhirnya (the end justifies the
means).
GIG 1012 FIS (© Faezah Kassim CITrA UM)
Realisme

• Aliran ini menegaskan bahawa benda-benda yang


dialami pancaindera dalam alam ini adalah benar dan
wujud secara tersendiri dan bebas daripada
pengkonsepsian akal fikiran kita, akal harus menerima
sesuatu perkara yang ada dan wujud itu secara objektif
dan realistic seperti adanya.

GIG 1012 FIS (© Faezah Kassim CITrA UM)


Latar Belakang Sejarah Pendidikan Negara

• FPN kemudian dinamakan FPK telah dirumuskan pada tahun 1987 dan
diisytiharkan pada tahu 1988 apabila KBSM dilaksanakan.
• Falsafah ini lahir sesuai dengan evolusi perkembangan pendidikan di
Malaysia, bermula dengan Laporan Barnes tentang Pendidikan Melayu
(1951), Laporan Fenn-Wu tentang Pendidikan Cina Malaya (1951), Ordinan
Pelajaran (1952), Penyata Razak (1956), Ordinan Pelajaran (1957), Penyata
Rahman Talib (1960), Akta Pelajaran 1961 dan Laporan Jawatankuasa
Kabinet 1974

GIG 1012 FIS (© Faezah Kassim CITrA UM)


Pada tahun 1988: Buat pertama kalinya Malaysia mempunyai falsafah
pendidikan yang diformulasikan dan disuratkan dalam bentuk
dokumen dikenali sebagai Flasafah Pendidikan Negara (FPN)

Pada tahun 1996: Falsafah pendidikan Negara dikenali sebagai


Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK).

GIG 1012 FIS (© Faezah Kassim CITrA UM)


• Pendidikan didefinisikan dalam falsafah sebagai satu
usaha berterusan yang menyeluruh dan bersepadu. Ini
bermakna dalam pendidikan di Malaysia, tiga elemen
perlu diikuti:
1. Berterusan/ sepanjang hayat (lifelong learning)
2. Menyeluruh (holistic)
3. Bersepadu (integrated)

Tujuan falsafah adalah untuk mewujudkan insan yang


seimbang dan harmoni.

GIG 1012 FIS (© Faezah Kassim CITrA UM)


Komponen penting dalam pendidikan negara ialah Jasmani, Emosi,
Rohani dan Intelektual.

GIG 1012 FIS (© Faezah Kassim CITrA UM)


• Terdapat 5 hikmah dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan

GIG 1012 FIS (© Faezah Kassim CITrA UM)


Rukun Negara

• Pada tahun 1970, Rukun Negara digubal untuk :


i) Mencapai perpaduan yang lebih erat dalam kalangan seluruh
masyarakat.
ii) Memelihara satu cara hidup demokratik.
iii) Mencipta satu masyarakat yang adil, kemakmuran negara akan
dapat dinikmati bersama-sama secara adil dan saksama.
iv) Menjamin satu cara yang liberal terhadap tradisi kebudayaan
yang kaya dan berbagai-bagai corak.
v) Membina satu masyarakat yang progresif yang akan
menggunakan sains dan teknologi moden.

GIG 1012 FIS (© Faezah Kassim CITrA UM)


Rukun Negara adalah Falsafah Kebangsaan Negara yang boleh dianggap:

• Sebagai panduan kepada rakyat ke arah membentuk masyarakat


yang sejahtera;
• Sebagai pegangan hidup oleh setiap rakyat dalam membina
keharmonian tanpa mengira etnik.

Rukun Negara adalah satu falsafah yang harus


dibanggakan oleh semua rakyat Malaysia

GIG 1012 FIS (© Faezah Kassim CITrA UM)


Lima prinsip yang terkandung dalam RN yang harus difahami
dan dijiwai oleh setiap rakyat Malaysia ialah:

GIG 1012 FIS (© Faezah Kassim CITrA UM)


Prinsip pertama: Kepercayaan kepada Tuhan
• Asas kehidupan beragama menjadi prinsip penting kepada kehidupan
rakyat di negara kita.
• Rasa bertuhan menjadikan kehidupan manusia terbimbing ke arah
kebaikan dan kebenaran.
• Membuatkan manusia sedaya upaya menjauhi kejahatan dan
melakukan kebaikan.
• Persoalan yang timbul :
Apakah implikasi kepada
peribadi mahupun
Apakah yang akan
negara jika prinsip ini
berlaku jika tidak
tidak dipegang?
percaya kepada
Tuhan?

Unsur falsafah Metafizik kerana dikaitkan dengan fahaman keagamaan.

GIG 1012 FIS (© Faezah Kassim CITrA UM)


Prinsip Kedua: Kesetiaan kepada Raja dan Negara

• Malaysia satu bentuk negara bangsa (nation state).


• Ciri-ciri nation state Malaysia adalah Sistem Beraja.
• Unsur kesetiaan penting untk mewujudkan kesepaduan rakyat.
• Kesepaduan itu adalah berdasarkan kepada kesetiaan kepada Raja
yang menjadi lambang sebagai ketua Negara Berperlembagaan.

GIG 1012 FIS (© Faezah Kassim CITrA UM)


Prinsip Ketiga: Keluhuran Perlembagaan

• Setiap nation state mempunyai perlembagaan dan perundangan


tersendiri.
• Keluhuran perlembagaan dipegang untuk menyelesaikan
pertikaian dengan merujuk kepada prinsip perundangan yang
paling tinggi iaitu Perlembagaan Malaysia.
• Prinsip ini penting bagi memastikan kestabilan sesebuah negara
kerana:
Konsep masyarakat yang berasaskan kepada law and order
Hanya boleh dilaksanakan dengan adanya perundangan yang jelas.

GIG 1012 FIS (© Faezah Kassim CITrA UM)


Prinsip Keempat: Kedaulatan Undang-undang

• Kedaulatan undang-undang bermaksud tidak ada sesiapa boleh:


mengatasi, melebihi; atau melanggar undang-undang.
• Prinsip ini dapat mengekalkan keharmonian dalam negara kerana:

Sebarang pertikaian yang mungkin muncul; atas dasar agama atau


bangsa dan sebagainya; boleh diselesaikan melalui sistem
perundangan.

GIG 1012 FIS (© Faezah Kassim CITrA UM)


Prinsip Kelima : Kesopanan dan Kesusilaan
• Merujuk kepada sesuatu yang lebih bersifat personal. Berkaitan
dengan perhubungan manusia.
• Menjamin dan mengekalkan hubungan baik antara rakyat
walaupun prinsip ini tidak diletakkan di bawah suatu kuasa
perundangan.
• Melahirkan rakyat Malaysia dengan perasaan; bertolak ansur;
bersopan santun; harmonis dan lebih bertimbang rasa terhadap
rakan senegara; fellow human beings atau fellow citizens.
• Prinsip ini perlu dipegang untuk menjamin keharmonian dan
keamanan dalam masyarakat dan juga negara.

Mempunya unsur pemikiran falsafah Etika kerana dikaitkan


dengan tindakan yang betul, baik dan bermoral.

GIG 1012 FIS (© Faezah Kassim CITrA UM)


• Rukun Negara dibentuk dengan tujuan utama iaitu membentuk
perpaduan yang kukuh. Prinsip-prinsip yang terkandung dalam
Rukun Negara jelas merupakan kunci kepada keharmonian dan
perpaduan kaum demi kejayaan dan kestabilan Malaysia.
• Tujuan utama RN ini akan dapat dicapai sekiranya matlamat
FPK diterapkan dalam jiwa pelajar atau warganegara yang
melalui proses pembelajaran secara formal.
• Seawal usia lima tahun, setiap warganegara dibimbing dan
dididik sejajar dengan matlamat pendidikan yang mahu
melahirkan insan seimbang dan harmonis, patuh kepada RN
seterusnya membentuk perpaduan kaum. Keamanan dan
kestabilan yang dikecapi oleh negara akan membawa
kemajuan.

GIG 1012 FIS (© Faezah Kassim CITrA UM)


Falsafah Sejahtera
• Falsafah Sejahtera adalah falsafah hidup yang seharusnya menjadi
landasan setiap insan.
• Sejahtera berkait rapat dengan pengurusan diri individu (dari segi
intrinsik/mikrokosmik) dan diseimbangkan dengan
ekstrinsik/makroskopik) mencakupi dunia luar melalui lima deria
utama insan.
• Bagi membentuk falsafah sejahtera dalam pemikiran dan kehidupan,
FPK dan RN perlu difahami dan dihayati.
• Asas bagi falsafah sejahtera adalah keperibadian dan tingkahlaku
insan tersebut yang mempunyai adab dan akhlak, budi bahasa dan
budi pekerti.
• Limpahan budi dan sejahtera (Budi Asas Sejahtera) membawa
ketenangan dan kedamaian dalam diri insan tersebut serta
mempunyai hubungan yang harmonis dan seimbang dengan
persekitaran (Tuhan, manusia,
GIG 1012 FIS (©alam sekitar).
Faezah Kassim CITrA UM)
Falsafah Sejahtera

Sejahtera diri adalah kunci untuk mengawal dan menjaga


diri serta menjadikan seseorang itu insan yang sejahtera.
Individu yang tidak sejahtera tidak mampu menyampai
kesejahteraan kepada orang lain.
Elemen sejahtera diperolehi melalui pendidikan iaitu
berpandukan kepada FPK.
Diri seseorang yang sejahtera adalah seimbang dari
semua sudut dalaman mahupun luaran.
FPK telah menerangkan bahawa individu itu perlulah
berilmu pengetahuan, berakhlak mulia, bertanggungjawab
dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri.
GIG 1012 FIS (© Faezah Kassim CITrA UM)
• Kesejahteraan diri boleh dikecapi jika 10 elemen bagi
kesejahteraan dapat diimbangi.

Dimensi Dalaman (Mikrokosmik)


Jasmani, Emosi, Rohani, Intelektual, Kognitif, Etika

Dimensi Persekitaran Luar (Makrokosmik)


Budaya, Ekologi, Ekonomi, Sosial (masyarakat)

GIG 1012 FIS (© Faezah Kassim CITrA UM)


Kesimpulannya Sejahtera boleh ditafsirkan sebagai:
Cara hidup yang seimbang dan harmoni yang ditunjangi
dengan memelihara dan memulihara dengan sebaiknya
jiwa, akal, kehidupan, keturunan, kekayaan dan agama
sebagai natijahnya.
Setiap aspek diri dan dalaman manusia mesti seimbang
dan berada dalam keseimbangan dengan mengaitkan diri
dan dalaman manusia itu dengan persekitaran luaran –
alam semulajadi, sesama makhluk untuk mencapai
keadaan sejahtera secara keseluruhan yang berkekalan
(mampan) turun-temurun.

GIG 1012 FIS (© Faezah Kassim CITrA UM)


FS

RN
FALSAFAH SEJAHTERA
FPN SEBAGAI PENTAFSIRAN RUKUNEGARA
GIG 1012 FIS (© Faezah Kassim CITrA UM)
GIG 1012 FIS (© Faezah Kassim CITrA UM)

You might also like