You are on page 1of 31

MBE 10103

FALSAFAH PENDIDIKAN DALAM


PENDIDIKAN TEKNIK DAN
VOKASIONAL

OLEH : MOHAMAD ZAID BIN MUSTAFA

1
TAJUK

ALIRAN FAHAMAN FALSAFAH


• IDEALISME
• REALISME
• PRAGMATISME
• EKSISTENSIALISME

2
3.0 FALSAFAH UMUM
 Tujuan memahami beberapa falsafah umum ialah untuk kita
melihat beberapa falsafah ini yang telah melahirkan beberapa
aliran fahaman, mazhab atau falsafah pendidikan yang akan
dibincangkan nanti.

 Terdapat 4 falsafah umum yang utama akan dibincangkan iaitu:


 Idealisme
 Realisme
 Pragmatisme
 Eksistensialisme

 Idealisem & Realisem merupakan 2 aliran fahaman yang


terdahulu berkembang di barat dan saling bertentangan antara
satu sama lain.

3
FALSAFAH UMUM

FALSAFAH FALSAFAH
TRADISIONAL MODEN

Idealisme Realisme Pragmatisme Eksistensialisme

Essensialisme Perennialisme

4
 Diikuti oleh Pragmatisme yang membawa pemikiran baru dalam
bidang falsafah barat. Ketiga2 falsafah ini mempunyai sistem
yang lengkap dimana ia membincangkan panjang lebar setiap
cabang2 falsafah – metafizik, epistimologi dan aksiologi (Van
Scottes, Kraft & Haas, 1979).

 Eksistensialisme ialah falsafah yang baru muncul di Eropah


selepas Perang Dunia Pertama.

 Falsafah umum ini mempunyai beberapa aliran pemikiran lain


yang berkaitan dengannya. Misalnya falsafah pragmatisme juga
dikenali dengan aliran fahaman eksperimentalisme,
fungsionalisme, empirisisme dan instrumentalisme. Begitu juga
dengan falsafah realisme yang dikenali dengan materialisme
dan naturalisme.

 Stone & Schinder (1971), telah membahagikan falsafah2 umum


ini kepada dua iaitu falsafah tradisional dan falsafah moden.
Dimana idealisme dan realisme sebagai falsafah tradisional
manakala pragmatisme dan eksistensialisme di katogerikan
sabagai falsafah moden.

5
 Perbezaan asas diantara falsafah tradisional (idealisme dan
realisme) dan falsafah moden (pragmatisme dan eksistensialisme)
ialah perhubungan di antara cara dan matlamat.

 Bagi falsafah tradisional, matlamat telah ditentukan terlebih dahulu


oleh autoriti di luar dan manusia hanya mempunyai suara dalam
mencapai matlamat tersebut.

 Manakala bagi falsafah moden manusia mempunyai suara dalam


menentukan kedua-dua cara dan matlamat yang hendak dicapai.

6
3.1 IDEALISME
 Merupakan falsafah yang tertua sekali di dunia. Ia dapat dikesan
sejak zaman India purba di Timur dan zaman Plato di Barat.
 Diantara ahli-ahli falsafah yang tergolong dalam mazhab falasafah ini
ialah Plato, Rene’ Descartes, Baruch Spinoza, George Berkeley,
Immanuel Kant, George Wilhelm Friedrich Hagel dan Samuel Taylor
Coleridge.
 Ahli-ahli falsafah ini sering bertentangan pendapat dalam banyak
perkara. Walau bagaimanapun, mereka bersetuju bahawa jiwa atau
kerohanian manusia adalah penting sekali dalam kehidupan dan alam
jagat ini. Ia merupakan satu sistem yang memberikan penekanan
terhadap peri mustahaknya fikiran, jiwa dan kerohanian.
 Dalam menjawab persoalan METAFIZIK, iaitu “Apakah kewujudan
atau realiti? Idealisme menganggap bahawa asas kewujudan ialah
dalam bentuk kerohanian dan bukan berbentuk fizikal atau dalam
bentuk fikiran bukan dalam bentuk metarial
7
 Idealis sebenarnya tidak menafikan tentang kewujudan alam fizikal di
sekeliling kita seperti bulan, bintang, rumah, bukit dan sebagainya.
Tetapi mereka tetap menganggap bahawa walaupun kesemua benda
tersebut wujud dengan nyata. Kesemua benda tersebut hanyalah satu
anggapan atau satu sari pemikiran. Hanya fikiran sahaja yang nyata
atau benar. Oleh itu kesemua benda tersebut dapat diperturunkan
kepada fikiran atau kerohanian.
 Menurut Deley (1966), idealis mempercayai bahawa semua perkara
yang dialami oleh fikiran adalah hasil kepintaran yang dialami oleh
fikiran adalah hasil kepintaran mutlak.
 Johnson (1969), pula menyatakan bahawa fungsi akal manusia ialah
berfikir mengenai sesuatu perkara.
 Menurut Van Scotters, Kraft dan Haas (1979), oleh kerana idealis
mempercayai tentang kepentingan akal dan ideal, maka tumpuan
dalam pendidikan ialah melatih akal, menyuburkan roh dan
menguasai idea.
 Idealis menyatakan pendidikan mestilah memberi perhatian dalam
melatih akal dan pendidikan mestilah memberi perhatian terhadap roh
atau jiwa.
8
 Idealis juga mempercayai bahawa kanak2 adalah sebahagian
daripada alam kerohanian yang mutlak. Dalam hal ini pendidikan
mestilah berusaha memupuk dengan lebih dekat lagi keakraban
diantara pelajar dan unsur2 kerohanian tabii serta memberi
penekanan kepada keharmonian diantara manusia dan alam jagat.
Mereka mestilah melihat alam jagat ini sebagai sesuatu yang
mempunyai makna dan tujuan (Kneller, 1971).

 Idealis juga percaya bahawa kebebasan dan rasionaliti adalah dua


konsep yang penting dan berkaitan diantara satu dengan lain.

 Dimaksudkan dengan kebebasan ialah seseorang itu mengamalkan


kebebasan kehendak dalam membuat keputusan sendiri (mesti ada
sikap tanggungjawab).

 Rasionaliti pula adalah bermaksud proses mencari dan


mengeluarkan idea. Idealis menganggap bahawa idea sebagai satu
kemungkinan yang terdapat dalam diri kanak2 yang perlu dibentuk
dan bukan sebagai satu perinsip di luar diri kanak-kanak. Kedua2
konsep tersebut, kebebasan dan rasionaliti, menunjukkan keadaan
pengajaran Socrates.

9
 Mengenai persoalan EPISTIMOLOGI, idealis mempersoalkan
tentang pengetahuan, idealis mempercayai bahawa seseorang itu
boleh memperolehi pengatahuan melalui cara selain daripada
kaedah saintifik. Mereka menganggap bahawa keimanan,
keautoritarian, taakulan(kebolehan berfikir dgn. logik) dan
intuisi(mengetahui & merasai) boleh digunakan sebagai alat untuk
mendapat pengetahuan.
 Bagi Plato, pengetahuan sebenar adalah hasil taakulan sahaja,
beliau juga berpendapat bahawa idea adalah saripati(isi atau
pokok) dan wujud bebas.
 Beliau juga bersependapat dengan Kant dan Socrates iaitu
pengetahuan adalah lebih baik dikeluarkan daripada pelajar2
disebalik mencurahkan kepada mereka.
 Berkeley, seorang idealis yang subjektif, berpendapat bahawa
manusia dapat mengetahui hanya perkara2 yang boleh dilihat,
dirasai dan diertikan oleh manusia itu sendiri. Disamping itu
pengetahuan manusia adalah setakat fikiran mereka sahaja.

10
 Hagel pula berpendapat pengetahuan hanyalah sah dan benar
apabila ia terbentuk menjadi satu sistem (Teori Kesepaduan).

 Tujuan pengajaran bukanlah semata-mata menyampaikan


maklumat kepada pelajar sahaja tetapi tetapi juga membantu
mereka untuk memberi makna dan susunan ke atas maklumat
tersebut.

 Menjawab persoalan AKSIOLOGI, iaitu apakah nilai?, ahli2


falsafah idealisme menganggap nilai dan etika adalah mutlak.
Apa yang dikatakan sebagai baik, benar dan cantik secara
asasnya tidak berubah daripada dari satu generasi kepada
generasi yang lain.

 Menurut Daley (1966), nilai adalah hakiki; Tuhan merupakan


sumber kepada semua nilai. Kesemua nilai adalah tetap dan
merupakan idea2 hakiki Tuhan. Nilai yang tidak berubah bagi
Tuhan ialah kebenaran, kebaikan dan kecantikan. Semua nilai
ini wujud dalam realiti. Oleh kerana Tuhan merupakan sumber
nilai, maka manusia hanyalah bermoral apabila mereka hidup
mengikut kehendak Tuhan.

11
 Menurut Van Scottes, Kraft dan Haas (1979), oleh kerana
idealis menganggap nilai sebagai mutlak, maka dasar dan
kaedah persekolahan mestilah menggambarkan dan
memperkembangkan nilai2 tradisi yang dianggap oleh
masyarakat dan orang2 ternama sebagai berguna dan
berharga.

 Menurut Kneller (1971), dengan mengajar nilai2 yang tetap ini,


manusia dapat hidup dengan lebih harmoni.

12
3.2 REALISME
 Mazhab ini juga dipanggil materialisme atau naturalisme. Dalam
banyak perkara mazhab ini banyak bertentangan dengan
mazhab idelisme.
 Jika idealisme memandang alam kerohanian sebagai realiti,
realisme sebaliknya memandang alam kebendaan sebagai
realiti.
 Bagi realisme, keseluruhan realiti ialah alam fizikal dan apa juga
di luar alam fizikal seperti apa yang terdapat dalam fikiran tidak
dianggap sebagai realiti (Daley, 1966).
 Idealisme biasanya dikaitkan dengan Plato manakala realisme
pula telah diasaskan oleh Aristotle. Diantara jurucakap2 utama
mazhab ini ialah Betrrand Russel, Francis Bacon, Alfred North
Whitehead dan St. Thomas Aquinas.

13
 Apakah realiti?
 Golongan pertama menganggap hanya kebendaan sahaja

yang nyata.
 Golongan ke2 menganggap realiti adalah kebendaan dan

kerohanian.
 Golongan ke3 pula menganggap semua benda termasuk

fikiran dan kerohanian sebagai realiti.

 Mereka bersetuju bahawa alam kebendaan adalah realiti


(Power, 1982).

 Disebabkan perbezaan tersebut ia telah dipecahkan kepada


beberapa kumpulan;

 Realisme Rasional (terbahagi kepada 2)


 Realisme Keagamaan

 Realisme Klasikal

 Realisme Natuaral / Saintifik

14
REALISME
(ARISTOTLE)
(384 – 322 SM)

Realisme Realisme
Rasional Natural / Saintifik

Realisme Realisme Pendidikan


Klasik Agama Sekular

15
 Bentuk utama realisme keagamaan ialah skolastisisme (falsafah
rasmi Gereja Katolik Romawi). Kedua-duanya berasaskan
kepada falsafah Aristotle. Bezanya ialah realisme klasikal
berpegang terus kepada falsafah Aristotle, manakala skolatisme
berasaskan kepada falsafah St. Thomas Aquinas.

 Aquinas mencipta satu falsafah Kristian yang baru dan


kemudianya dikenali Thomisme, ia agak berlawanan dengan
Platonisme.

 Ahli realisme klasikal dan realisme keagamaan bersetuju


bahawa alam kebendaan adalah nyata dan wujud diluar akal
orang melihatnya. Ahli Thomisme tetap menganggap bahawa
kebendaan dan kerohanian telah dicipta oleh Tuhan.

 Ahli-ahli Thomisme juga menyatakan bahawa manusia


merupakan cantuman kebendaan dan kerohanian dimana jasad
dan roh menjadi satu.

 Mereka juga berpendapat manusia merupakan makluk yang


abadi dan ditempatkan diatas muka bumi ini untuk mentaati
dan mencintai Penciptanya.
16
 Realisme natural / saintifik muncul bersama kebangkitan sains
di Eropah dalam abad ke 15 dan ke 16. Diantara jurucakapnya
ialah Francis Bacon, John Locke, David Hume dan John Stuart
Mill. Dalam abad ini termasuklah Ralph Barton Perry, Alfred
Noth Whitehead & Bertrand Russel.

 Bersifat ragu & ingin mencuba, realisme natural menganggap


bahawa falsafah mesti cuba mengikut ketegasan dan
kobjektifan sains.

 Ahli2 realisme natural menafikan kewujudan alam kerohian


kerana ia tidak dapat dibuktikan oleh itu ia tidak mempunyai
kepentingan falsafah.

 Ia juga berpendapat manusia sebagai organisme biologi


mempunyai sistem saraf tinggi ciptaannya, oleh itu tidak perlu
menganggap pencapaian manusia disebabkan oleh dua perkara
yang berasingan iaitu akal dan roh.

17
 Bagi ahli realisme keagamaan, pelajar2 mestilah belajar mengenai
hasil-hasil ciptaan tuhan di muka bumi ini, pandangan mereka
tujuan pendidikan ialah menyediakan pelajar untuk kehidupan
akhirat.
 Bagi realisme klasik pula ialah untuk membolehkan pelajar menjadi
seorang yang seimbang dari segi intelaktualnya.
 Mengenai pengetahuan, ahli2 realisme mempunyai pandangan yang
berbeza drp. ahli2 idealisme. Mereka menolak pandangan ahli
idealisme yang menyatakan bahawa setiap perkara yang diperolehi
adalah berlandaskan kepada fikiran semata-mata. Bagi mereka apa
yang kita amati bukanlah sesuatu yang dibentuk semula oleh akal
tetapi ia wujud dengan sendiri.
 Ahli2 realisme juga menganggap bahawa fikiran manusia kosong
semasa dilahirkan. Manusia akan belajar melalui pengalaman
menggunakan deria mereka dan ia akan disimpan dalam otak.
 Bagi realisme, inisiatif pendidikan terletak pada guru. Guru akan
menentukan perkara2 yang akan dipelajari oleh murid. Bagi mereka
matlamat pendidikan ialah untuk mengajar pengetahuan2 yang
dipilih.

18
 Mengenai nilai (aksiologi), ahli2 relisme besetuju dgn. ahli idealime
iaitu asas nilai pada dasarnya adalah tetapi mereka bertentangan
pendapat sesama sendiri. Bagi mereka nilai telah ditentukan drp.
tabii.

 Menurut Kneller (1971), ahli2 realisme klasikal bersetuju dgn.


Aristotle iaitu terdapatnya hukum moral sejagat yang boleh
ditaakul dan yang telah menyatukan manusia sebagai makluk yang
rasional.

 Ahli2 realisme keagamaan juga bersetuju dgn. pendapat ini tetapi


mereka tetap menyatakan bahawa hukum tersebut telah dibentuk
oleh Tuhan yang telah diberikan akal untuk memikirkanya.

 Ahli2 idealisme menganggap manusia sebagai makluk yang


sempurna, manakala ahli2 realisme saintifik manganggap
sebaliknya.

 Ahli realisme berpendapat guru berperanan menyampaikan


sesuatu nilai yang benar2 jelas kepada pelajar2nya.
19
 Bagi ahli realisme klasik pula, mereka berpendapat bahawa
selain memberi tumpuan kepada kandungan pelajaran, sekolah
juga bertanggungjawab menghasilkan pelajar yang menyeluruh
dan sederhana dalam segenap hal.

 Ahli2 realisme keagamaan berpendapat hukum2 semula jadi


tidak mencukupi. Ia perlu disertai dgn hukum2 ciptaan Tuhan.
Oleh itu sekolah bagi mereka mestilah mengajar kepada pelajar
hukum2 tersebut supaya mereka dapat mengabdikan diri
mereka kepada Tuhan.

 Ahli2 realisme saintifik sebaliknya menganggap bahawa


pengajaran tentang kebaikan dan keburukan sepatutnya datang
dari pemahaman manusia mengenai tabii dan bukanya dari
prisip2 agama.

 Bagi mereka penyakit dianggap keburukan dan kesihatan


dianggap kebaikan.

20
3.3 PRAGMATISME
 Dibentuk oleh ahli-ahli falsafah Amerika Syarikat. Diantara
pengasas-pengasanya ialah Chales Sanders Peirce, 1878 (ahli
fizik & matematik), William James (psikologi & teologi) dan John
Dewey (sains sosial & biologi).

 Selain pragmatisme, falsafah ini juga dikenali sebagai


ekperimentalisme, empirisisme, instrumentalisme dan
fungsionalisme. Kunci perkataan yang dipegang oleh ahli
falsafah ini ialah pengalaman dan penyelesaian masalah. Ia
berpegan kepada suatu kaedah menyelesaikan dan menilai
sesuatu masalah yang bersifat intelek. Mereka mempercayai
bahawa pengalaman manusia menggambarkan realiti.

 Mazhab falsafah ini juga dikatakan lahir bersama-sama dengan


kebangkitan sains dan kaedah saintifik, terutama sekali
daripada hasil usaha Charles Darwin dengan teori evolusinya
dan Albert Eistein dengan teori relatifnya. Mazhab ini lebih
memberi tumpuan kepada cabang-cabang epistimologi dan
aksiologi dan sedikit kepada cabang metafizik.

21
 Menurut ahli pragmatisme, oleh kerana realiti dicipta melalui interaksi
individu dengan alam sekelilingnya, makapelajar mestilah belajar
mengenai alam ini apabila mendatangkan kesan kepada dirinya.
Sekolah dikatakan tidak dapat dipisahkan daripada kehidupan seperti
mana pelajar tidak diangap terpisah daripada alam sekelilingnya.
 Dari segi epistemologi, ahli-ahli pragmatisme mempercayai bahawa
manusia dapat mengetahui hanya melalui pengalaman (Daley, 1966).
Oleh itu pengetahuan adalah hasil daripada interaksi manusia dengan
alam sekeliling, dan segala kebenaran yang diperolehi hasil interaksi
tersebut merupakan sumber pengetahuan.
 Menurut ahli-ahli pragmatisme, keseluruhan pengalaman bukan hanya
cara tetapi juga matlamat kepada individu. Mereka berpendapat idea
hanya bermakna akibat daripada pengalaman, pengalaman secara
asasinya adalah berbentuk sosial dan manusia mengharapkan dalam
hidup dengan mengkaji secara eksperimen keseragaman dalam
pengalaman.
 Ahli-ahli ini juga menyatakan bahawa kaedah kepintaran merupakan
cara unggul untuk mendapatkan pengetahuan. Seseorang itu juga
dapat memahami sesuatu dengan mengenali masalah dan selesaikan
masalah tersebut.

22
 Menurut Daley (1966), kaedah saintifik yang boleh digunakan
untuk menyelesaikan masalah ialah:
 Mengenali masalah tersebut
 Mengumpul maklumat
 Membentuk hipotesisi
 Mencuba hipotesis
 Mentafsikan keputusan

 Apa yang diutamakan oleh ahli-ahli ini ialah kanak-kanak mestilah


belajar daripada sifat ingin tahu yang ada pada dirinya, manakala
guru pula mestilah menggalakan sifat igin tahu dikalangan pelajar-
pelajarnya mengenai perkara-perkara yang mendatangkan faedah
sepenuhnya kepada mereka.

 Mengenai aksiologi ahli-ahli falsafah mazhab ini mempercayai


bahawa nilai adalah relatif dan berubah apabila kebudayaan dan
masyarakat berubah. Disamping itu nilai yang diamalkan oleh
masyarakat adalah berbeza dari satu masyarakat dengan
masyarakat lain.

23
3.4 EKSISTENSIALISME
 Muncul di Eropah selepas perang dua ke 2. Soren Kierkegaard
(Denmark), telah menyediakan asas bagi falsafah ini.

 Menurut Van Scottes, Kraft dan Haas (1976), falsafah ini terlalu
individualistik dan terlalu bergantung kpd faktor2 subjektif
seperti intuisi, merenung ke dalam, penghayatan emosi dan
perasaan keseorangan.

 Diantara jururucakap utama falsafah ini ialah Albert Camus,


Jean Paul Sartre, Martin Heideigger & Mauirice Merlean Ponty.
Asas falsafah ini ialah manusia bertanggungjawab terhadap
dirinya sendiri untuk menetapkan matlamat dan membuat
keputusan yang bebas daripada norma-norma kumpulan.

 Terdapat percangahan, satu kumpulan memberi penekanan


kepada individualisme dan satu kumpulan memberi penekanan
kepada perhubungan individu dengan masyarakatnya.

24
 Mengenai realiti (metafizik), ahli-ahli falsafah ini menganggap
realiti didefinasikan oleh individu. Mereka menyatakan manusia
dilahirkan, memasuki alam kewujudan, membesar dan
seterusnya menyedari tentang kewujudannya, keadaan dirinya
dan penghidupannya. Seseorang itu menentukan apakah dia
akan jadi, iaitu bebas memilih arah tujuan dirinya sendiri.

 Menurut ahli eksistensialisme, kewujudan seseorang itu


merupakan nilai asas bagi dirinya. Mereka mempercayai bahawa
manusia itu sendiri bertanggungjawab terhadap sistem nilainya
sendiri.

 Bagi mereka seseorang itu mestilah jangan mengikuti dan


mematuhi norma nilai sesuatu masyarakat semata-mata. Jika
masyarakat dibenarkan memaksa sesuatu nilai, maka manusia
akan hilang sifat ketulenan dan kemanusiaanya.

 Guru mazhab ini perlu menilai dan menghargai kebebasannya


dan juga menghormati kebebasan orang lain, samada pelajar,
rakan sejawatnya ataupun pentadbir.

25
Pandangan Eksistensialisme dari
sudut Epistemologi ( ilmu )
 Pendapat mereka iaitu manusia mengetahui melalui
pengalaman.

 Tahap pengalaman yang tinggi: bila mereka sedar


mengenai wujudnya benda dan manusia itu sendiri.

 Tidak ada kriteria atau objektif yang boleh


menentukan samada pemahaman seseorang itu betul
atau salah. Dari itu kebenaran sentiasa relatif ikut
pertimbangan seseorang.

26
Pandangan Ekksistensialisme
dari sudut Aksiologi (nilai)
 Wujud seseorang itu merupakan nilai asas dirinya.
 Manusia itu sendiri bertanggungjawab terhadapp sistem
nilainya sendiri.
 Daley (1966): manusia bertanggungjawab terhadap
tindakannya. Mungkin tindakan individu ada
mengganggu orang lain.
 Bagi ahli falsafah ini: Nilai adalah perkara yang peribadi
dan individu.
 Pertumbuhan dan perhubungan aantara manusia selalu
membawa kepada kegembiraan dan tragedi,
pengharapan dan kehampaan.
 Kaedah pendidikan yang sesuai dengan dasar ahli
falsafah ini adalah seperti dialog, penyiasatan dan
merenung ke dalam. 27
Ringkasan
 Idealisme
 Idea
 Kerohanian

 Realisme
 Tabii
 Materialistik

 Pragmatisme
 Pengalaman
 Penyelesaian masalah

 Eksistensialisme
 Individualisme
 Pengalaman

28
Kerja Kumpulan
 PENDAPAT-PENDAPAT TOKOH
FAHAMAN PRAGMATISME
 William James (1842 – 1920)
 Charles Pierce (1838 – 1940)
 Ferdinand C.S Schiller (1864 – 1937)
 John Dewey (1859 – 1952)

29
Kerja Kumpulan
 PENDAPAT-PENDAPAT TOKOH
FAHAMAN REALISME

 Radelais (1495 – 1553)


 John Amos Comenius (1592 – 1670)
 Francis Bacon (1561 – 1626)

30
Sekian .Terima kasih

31

You might also like