You are on page 1of 2

FAKTOR-FAKTOR KEMUNCULAN GERAKAN NASIONALISME DI TANAH

MELAYU BERDASARKAN PENGARUH LUAR .

PENDAHULUAN Nasionalimse merujuk kepada perasaan cinta akan bangsa dan tanah
air yang dijelmakan kepada keinginan untuk berjuang
membebaskan tanah air daripada penguasaan kuasa asing, menebus
maruah bangsa serta menentukan Nasib masa depan negara bangsa
dan negara. Gerakan nasionalisme merupakan satu tindak balas
terhadap penjajahan asing. Gerakan Nasionalisme ini digerakkan
oleh persatuan-persatuan yang lebih berorganisasi. Nasionalisme
ini tidak hanya terhad kepada pembebasan kuasa politik sahaja,
tetapi juga pembebasan daripada cengkaman ekonomi dan budaya
asing. Gerakan nasionalisme yang wujud di tanah melayu ini adalah
sama dengan gerakan di negara asia lain (kecuali Thailand).
Gerakan ini merupakan satu tindak balas terhadap penjajahan asing.
Oleh itu, terdapat beberapa faktor yang mempengaruhi kemunculan
gerakan nasionalisme di tanah melayu.
ISI 1 Gerakan islah islamiah di timur tengah merupakan salah satu faktor
GERAKAN ISLAH kemunculan gerakan nasionalisme berdasarkan pengaruh luar.
ISLAMIAH DI TIMUR Golongan kesedaran melayu yang muncul pada awal abad ke-20
TENGAH dipelopori oleh golongan yang menganjurkan gerakan islah
islamiah. Gerakan islah islamiah yang berlaku di tanah melayu pada
tahun 1906 melalui penerbitan majalah “AL-IMAM” telah
diilhamkan oleh gerakan ini di tanah melayu. Manakala, hubungan
antara tanah melayu dengan timur tengah memang erat. Ramai
orang melayu yang menunaikan fardu haji dan menghantar anak-
anak mereka melanjutkan pelajaran iaitu pengajian agama di
Mekkah selepas mereka tamat pengajian pondok. Gerakan islah
islamiah ini memperjuangkan Konsep Pan-Islamisme iaitu satu
gerakan yang menyatukan semua umat islam di seluruh dunia dalam
penentangan mereka terhadap peluasan kuasa barat. Mereka juga
memperjuangkan untuk pembebasan agama islam daripada
kepercayaan kuno yang tidak mengikut lunas-lunas agama islam
yang sebenar dan mendesak supaya umat islam Kembali kepada
ajaran al quran dan hadis.
PENEGASAN Jelaslah bahawa, gerakan islah islamiah ini merupakan gerakan
yang wujud disebabkan oleh kemunculan nasionalisme di tanah
melayu.
ISI 1 Pengaruh luar seterusnya yang menjadi faktor kemunculan gerakan
GERAKAN PAN- nasionalisme adalah gerakan pan-islamisme. Gerakkan islamisme
ISLAMISME terujud asbab Sultan Abdul Hamid yang merupakan penyokong
kuat gerakan ini. Gerakan ini merebak di kebanyakan negara Islam
dan menyeru negara Islam supaya bersatu di bawah naungan
empayar uthmaniah untuk menyekat perluasan kuasa barat.
Tindakan Turki dalam perang dunia pertama yang telah bersekutu
dengan Jerman untuk melancarkan perang jihad terhadap kuasa
berikat mempengaruhi orang Islam di tanah Melayu. Selain itu di
Singapura, Kassim Ismail Mansur dan Nur Alam Syah telah
berusaha menyebarkan syiar Islam dalam kalangan masyarakat
Islam pada tahun 1915. Mereka telah menginsafkan Dahagi
Singapura dengan memberi dorongan kepada askar sepoi India yang
beragama islam di Singapura supaya menentang British dengan
memberi alasan bahawa Turki dan Jerman pasti akan menang dalam
perang Dunia pertama.
PENEGASAN Tuntasnya gerakan pan-islamisme merupakan gerakan yang
menyeru negara-negara Islam bangkit menentang British terutama
di tanah Melayu.

You might also like