You are on page 1of 4

1.

0 PENDAHULUAN

Pemerintahan kerajaan Islam pada zaman Umaiyyah, Abbasiyyah dan Uthmaniyyah telah
terbukti berjaya menjadi contoh pemerintahan Islam yang unggul dalam pelbagai bidang.
Manakan tidak, kesinambungan pemerintahan yang cemerlang yang diamalkan oleh
kerajaan-kerajaan Islam yang besar ini hasil daripada sentuhan syumul pemerintahan
Rasulullah S.A.W dan para khulafa ar rasyidin sejak berdekad tahun lamanya.
Sebagaimana para sahabat berjaya memberi kemajuan dalam sistem pemerintahan Islam
yang meliputi kebajikan rakyat seperti Baitulmal, ianya turut diteruskan dan dimurnikan oleh
pemerintah Islam pasca zaman khulafa arrasyidin yang terdiri seperti Yazid I di zaman
Umaiyyah, Harun Al-Rasyid di zaman Abbasiyyah dan Sultan Muhammad al-Fatih pada
zaman Uthmaniyyah.

2.0 SISTEM PENDIDIKAN PADA ZAMAN KERAJAAN UTHMANIYYAH

Kerajaan Uthmaniyyah merupakan salah satu empayar Islam yang besar yang pernah ada
dalam sejarah tamadun Islam. Manakan tidak, Kerajaan Uthmaniyyah yang mempunyai
kemasyhuran dan kehebatan yang tersendiri telah menjadikan ketamadunan Islam
merupakan salah satu tamadun yang paling disegani pada waktu itu. Kerajaan Uthmaniyyah
memberikan perhatian terhadap perkembangan intelektual dan pendidikan
melalui pelbagai inisiatif. Institusi ilmiye menjadi sangat signifikan pada abad ke-16Masihi.
Ini kerana ia merupakan salah satu organisasi yang membantu melancarkan pentadbiran
khususnya dalam aspek pendidikan. Kemuncak kegemilangan pemerintahan
kerajaan Uthmāniyyah pada abad-16M tersebut turut melonjakan sistem pendidikan dan
gerakan intelektualisme pada satu tahap yang cemerlang hingga menyaksikan beberapa
orang ulama yang sangat terkenal muncul pada zaman itu seperti Ebussuûd Efendi. Namun
begitu pada separuh kedua abad ke-16M, berlaku kepincangan dalam birokrasi memberikan
impak sedikit terhadap kualiti sistem pendidikan Kerajaan ‘Uthmaniyyah yang cemerlang itu.

Sistem pendidikan Uthmaniyyah memiliki beberapa komponen yang menarik. Meskipun


tidak kompleks seperti sistem pendidikan moden yang kita tahu pada saat ini, namun sistem
pendidikan Uthmaniyyah memiliki elemen-elemen yang berfokus pada mempersiapkan
individu untuk memenuhi keperluan masyarakat dan negara. Terdapat beberapa perkara
penting dalam sistem pendidikan zaman Uthmaniyyah.

2.1 PENDIDIKAN AGAMA

Pendidikan agama Islam merupakan fokus utama dalam sistem pendidikan pada
zaman kerajaan Uthmaniyyah. Sekolah-sekolah agama, yang dikenal sebagai
madrasah, didirikan di seluruh wilayah taklukan empayar Uthmaniyyah untuk
memberikan pendidikan agama kepada anak-anak Muslim keseluruhannya.
Madrasah ini mengajarkan ilmu-ilmu berkaitan agama Islam seperti ilmu Al-Quran,
ilmu hadis, usul fiqh (hukum-hakam dalam syariat Islam),ilmu tafsir al-Quran
(penafsiran Al-Quran), dan ilmu-ilmu Islam yang lain.
2.2 SISTEM GURUKUL

Sistem pendidikan tidak formal yang dikenal sebagai gurukul juga cukup umum di
Uthmaniyyah. Di bawah sistem ini, seorang guru akan mengajar beberapa orang
murid di rumahnya sendiri atau di masjid-masjid lokal. Ini adalah cara tradisional
untuk menyebarluaskan pengetahuan agama Islam dan budaya dari satu generasi
ke generasi berikutnya bagi memastikan ada kesinambungan penyebaran ilmu yang
efisien.

2.3 PENDIDIKAN FORMAL

Selain penerapan pendidikan agama, ada juga pendidikan formal yang menekankan
pada keterampilan serta kemahiran asas pendidikan seperti membaca, menulis, dan
pengiraan matematik. Sistem pendidikan formal ini menjadi penguat kepada sistem
pendidikan agama yang diamalkan pemerintah empayar Uthmaniyyah. Pendidikan
formal ini biasanya diselenggarakan di sekolah-sekolah umum yang dikenal sebagai
kuttab atau maktab.

2.4 PENDIDIKAN TINGGI

Untuk sektor pendidikan tinggi, terutama dalam bidang ilmu-ilmu Islam dan hukum,
Uthmaniyyah memiliki institusi-institusi seperti madrasah-madrasah tinggi dan
institusi pendidikan perguruan tinggi yang dikenal sebagai Dar al-'Ulums. Institusi ini
boleh disamakan dengan Institut Pengajian Tinggi Awam (IPTA) yang menerapkan
pengajian tinggi bidang ilmu Islam di Malaysia seperti Universiti Islam Antarabangsa
(UIA) dan Kolej al-Quran Terengganu (KQT)

2.5 PENDIDIKAN BERKAITAN KETENTERAAN

Ada juga pendidikan yang yang dipelopori oleh pemerintah empayar Uthmaniyyah
untuk mempersiapkan pasukan tentera yang kuat dan lengkap. Para calon tentera
dan tentara menerima kursus latihan khusus di sekolah ketenteraan atau lembaga-
lembaga pemerintah empayar Uthmaniyyah.

3.0 KEJAYAAN DAN KEHEBATAN PERKEMBANGAN ILMU PENDIDIKAN PADA ZAMAN


EMPAYAR UTHMANIYYAH

3.1 MEMPUNYAI KEKUATAN KETENTERAAN YANG BERIMAN DAN BERTAQWA


BERLANDASKAN PENGAJIAN ALQURAN DAN AL SUNNAH
Kekuatan ketenteraan Kerajaan Uthmaniyyah tidak boleh disangkalkan lagi, lebih-
lebih lagi pada era pemerintahan Sultan Muhammad al-Fatih. Sultan Muhammad al-
Fatih boleh kita kenali sebagai seorang figura pemimpin yang sangat dihormati dan
dikagumi kawan dan lawan. Agak terkenal kisah baginda dimana beliau sangat
menjunjung kepentingan ilmu pada zaman pemerintahan baginda. Baginda sultan
sangat menekankan aspek ilmu ukhrawi dalam diri setiap daripada para tenteranya,
lebih-lebih lagi ilmu hafazan al-Quran. Baginda telah meletakkan syarat tertentu
kepada para pemuda yang ingin menjadi tentera Sultan Muhammad al-Fatih,
antaranya ialah mesti bangun menghidupkan malam (qiamullail) dan hafiz al-Quran.
Kisah ini sangat masyhur dalam kalangan masyarakat. Apa yang dapat dipelajari,
baginda sultan sangat mengangkat tinggi darjat orang yang berilmu, sehingga
mereka yang ada ilmu dan hafiz al-Quran dijadikan syarat untuk menjadi tentera
baginda demi memperjuangkan Islam. Sehinggakan ada yang mengatakan bahawa
tentera Sultan Muhammad al-Fatih adalah sebaik-baik tentera.

3.2 KEMAJUAN KEPADA ILMU SAINS DAN PERUBATAN SERTA GEOGRAFI

Kehebatan ilmu pada sewaktu era Uthmaniyyah telah memberikan kemajuan yang
luar biasa kearah kehebatan bidang moden seperti perubatan, sains dan geografi
pada masa kini. Ilmu-ilmu ini juga lebih sesuai dipanggil ilmu sains tabi’I Islam. Ini
terbukti menerusi kemunculan tokoh-tokoh hebat era ini seperti Şerefeddin
Sabuncuoğlu, Taqi al-Din, Piri Reis, Seydi Ali Reis dan al-Jazari. Perkembangan
sains tabi’i era Uthmaniyyah boleh dibahagikan kepada dua fasa, iaitu fasa pertama
yang dikenali dengan perkembangan sains tabi’i Islam zaman klasik dan fasa kedua
yang dikenali dengan perkembangan sains tabi’i moden yang dipengaruhi dengan
perkembangan sains tabi’i Barat. Menurut Ihsanoğlu2, pada awal abad ke-14M
hingga penghujung abad ke-16M, bidang sains tabi’i Islam dan kebudayaan
Uthmaniyyah berkembang pesat seiring dengan kestabilan dan kemantapan kuasa,
ekonomi, sosial dan kebudayaannya. Ia dikenali sebagai zaman kemuncak
kekuasaan dan kegemilangan kerajaan Uthmaniyyah yang dinamakan sebagai
zaman klasik. Namun begitu pada abad ke-17M, mula berlaku kemerosotan dalam
era Uthmaniyyah apabila berlaku penyerapan polisi negara dan kehidupan sosial
Barat. Seiring dengan keadaan tersebut maka berlaku kemerosotan bidang sains
apabila mereka terpaksa menerima dan mengikut haluan Barat.

Sewaktu pemerintahan Sultan Orhan I, beliau telah menubuhkan sebuah madrasah


(sekolah) pertama di Iznik. Madrasah ini dilihat menjadi tempat utama pengajian
Islam seperti tauhid, tafsir serta usul fiqh dan juga pengajian sains seperti astronomi.
Pada awal abad ke-16 Masihi, lebih banyak matapelajaran sains terbit yang
menumpukan ilmu sains perubatan, matematik dan sains fizik. Ini adalah titik mula
perkembangan ilmu sains pada Kerajaan Uthmaniyyah. Pada waktu pemerintahan
Sultan Suleyman I, juga telah banyak hospital-hospital yang menjadi tempat
observasi serta penyelidikan bagi pelajar perubatan.
Berdasarkan perkara yang dirujuk diatas, jelas menunjukkan bahawa Islam adalah
pelopor utama yang menyumbang kearah kemajuan bidang ilmiah moden pada
masa kini, namun ianya diputar belit begitu sahaja oleh orang Barat.

Ilmu geografi juga tidak ketinggalan hebatnya. Ilmu geografi boleh dikatakan sebagai
tunjang bagi umat Islam serta mana-mana kerajaan sekalipun yang ada di dunia ini.
Hal ini kerana melalui bidang geografi, masyarakat dapat mengenali keadaan dunia
luar dan juga membantu pelayaran. Pada era Uthmaniyyah Klasik ini, Hadji Muhiy al-
Din Piri Ibn Hadji Mehmed atau lebih dikenali dengan nama Piri Reis (w. 1555), iaitu
seorang kapten kapal telah memberi sumbangan penting dalam bidang geografi.
Beliau telah melakar sebuah peta berdasarkan kepada pengalaman beliau sebagai
seorang pelayar dan menghasilkan sebuah buku Kitab al-Bahriyyah yang
dipersembahkan kepada Sultan Sulëyman I pada tahun 1525. Dalam buku tersebut
dinyatakan secara terperinci mengenai maklumat pelayaran, astronomi nautika yang
berkaitan dengan kedudukan latitud dan longitud dalam pelayaran serta carta yang
tepat mengenai kedudukan pelabuhan-pelabuhan dan bandar-bandar utama di
kawasan Laut Mediterranean. Ini membuktikan juga kejayaan pemerintahan
Uthmaniyyah dalam melahirkan cendekiawan Islam yang mahir dalam ilmu moden
dalam mencapai kemajuan bagi sesebuah empayar.

4.0 PENUTUP

Kehebatan ketamadunan Islam tidak boleh disangkalkan lagi, baik dari aspek ketenteraan,
poltik mahupun sosial. Ini telah terbukti dalam banyak kitab dan jurnal yang ditulis oleh
pengkaji-pengkaji dan sejarawan yang ada pada masa kini. Khusunya dalam bidang
pendidikan, kejayaan yang dikecapi pada hari ini ialah hasil sistem pemerintahan
Uthmaniyyah yang tulus dan adil lagi efisien ketika itu, Telah mendorong ramai umat Islam
pada masa itu untuk mempelajari dan menerokai bidang-bidang keilmuan yang belum
pernah diterokai secara mendalam oleh mana-mana ketamadunan.

You might also like