You are on page 1of 7

MENYEBARKAN AGAMA ISLAM.

Kesultanan Melayu Melaka merupakan sebuah pemerintahan yang kuat dan dikenali
mempunyai kuasa yang gemilang dan terunggul. Melaka diakui kehebatannya sebagai highly
cultured society, yang diberikan oleh para pedagang-pedagang dari seluruh pelusuk dunia
untuk berlabuh di Melaka.1 Dikatakan terdapat 84 bahasa yang berlainan digunakan di Kota
Melaka. Ini termasuk kedatangan pedagang daripada tanah arab untuk berdagang serta
menyebarkan agama islam.

Kesultanan Melaka diakui sebagai sebuah kerajaan yang banyak memberikan


sumbangan serta jasa yang besar dalam penyebaran agama islam. Ini telah menjadi peranan
yang penting bagi Kesultanan Melaka sebagai pusat penyebaran agama Islam di Melaka dan
Nusantara. Ini dapat dilihat semasa Melaka di bawah pimpinan Tun Perak. Agama Islam
telah diperkenalkan kepada masyarakat Melayu bukan sahaja sebagai satu agama yang
meyakinkan keesaan Allah, tetapi juga satu sistem etika yang diterima oleh semua golongan. 2
Disebabkan ini agama Islam di Melaka telah berkembang meluasnya ke seluruh
Semenanjung Tanah Melayu, Sebagai contoh, di Negeri Sembilan adalah pengaruh daripada
Kesultanan Melaka, di mana Tun Perak yang mentadbir Sungai Ujung telah menerima Islam
daripada Melaka dan menyebarkannya kepada kawasan-kawasan semenanjung Tanah Melayu
yang lain. Bendahara Tun Perak juga telah meluaskan Islam di Selangor melalui daerah
Kelang yang juga merupakan dibawah pentadbirannya. Di Pahang pula, penyebaran Islam
dapat dilihat daripada Sultan Muahmmad. Sultan Muhammad merupakan putera kepada
Sultan Mansor Syah. Ini menunjukkan bahawa kemasukan Islam ke Pahang berlaku sekitar
abad ke-15 M. Islam juga telah diperluaskan di ngeri Kelantan pada abad ke 15 M melalui
pengislaman keluarga diraja meraka di tangan pemerintah Melaka.

Seterusnya penyebaran Islam dari Melaka ke Johor. Sultan Mahmud Syah yang
memerintah Melaka dari tahun 1488-1511M terpaksa berundur akibat tewasnya Melaka di
tangan Portugis, lalu pergi ke Johor, dan mendirikan kerajaannya di sana pula. Dengan
demikian, kemasukan agama Islam ke negeri Johor adalah merupakan kesinambungan
daripada pengislaman Melaka. Islam tersebar ke negeri Perak pula melalui pertolongan yang
diberikan oleh Sultan Mahmud Syah kepada Raja Beruas dari serangan musuhnya, Manjung.

1
Tun Suzana Tun Hj Othman, Alim-Ulama dalam Kesultanan Melayu Melaka, Pertubuhan Kesedaran Melayu
dan Islam (KEMUDI), Hlm 3.
2
Mohd Taib Osman, Islamisation of the Malay : A Tranformation of Culture, dalam Tamadun Islam di Malaysia,
Kuala Lumpur: Persatuan Sejarah Malaysia, Hlm 4.
Kemudian saudara perempuan Raja Beruas telah dikahwinkan dengan seorang pembesar
Melaka. Di sinilah mulanya penyebaran Islam di Perak pada penghujung abad ke-15M.

Kemunculan Melaka sebagi pusat penyebaran agama Islam yang terpenting di rantau
Nusantara memang tidak disangkal lagi.3 Menurut Adib Majul, beliau menegaskan bahawa
dalam pentadbiran, Tun Perak di bawah pemerintahan Sultan Mansur Syah, Melaka menjadi
pusat-pusat tumpuan ulama-ulama dari kepulauan Melayu dan ketika itu juga Islam mula
berkembang ke luar dari Semenanjung.4 Di situ mereka memperdalami teknik-teknik
pendakwahan yang betul bagi digunakan di daerah-daerah lain dalam Nusantara dalam
penyebaran agama Islam.5 Ini menunjukkan bahawa Melaka telah menyebarkan agama Islam
dalam bentuk dua hala iaitu tarikan ke dalam iaitu penarik ahli agamawan dari luar ke Melaka
dan sebaran ke luar. Penyebaran ini dapat dilihat melalui beberapa cara. Sebagai contoh,
melalui cara perkahwinan, peluasan kuasa politik, perdagangan danlebih penting ialah
dakwah Islamiah.

Hasil daripada kebijaksanaan pimpinan Tun Perak ini, Melaka telah menjadi sebuah
penyebaran pusat Islam di Nusantara. Menurut sejarawan D.G.E Hall, Melaka adalah pusat
6
penyebaran Islam yang terpenting di rantau ini. Ramai pengunjung datang dari pelbagai
negara datang ke Melaka bagi mendalami ilmu agama Islam. Malah menurut Winstedt,
Sultan Mahmud Syah pernah mendakwa Melaka sebagi Serambi Mekah.

Selain daripada penyebaran agama islam dari melalui lisan percakapan mahupun
penulisan dari satu orang ke orang yang lain, malahan dapat dilihat bahawa pengembangan
Islam diteruskn dengan penerapan undang-undang islam dama pentadbiran dan hukuman
jenayah. Perundangan Melaka telah digubal mengikut undang-undang syariat dn undang-
undang adat. Dalam zaman pemerintahan Sultan Muzaffar Syah, baginda memperkenalkan
Hukum Kanun Melaka yang mengandungi 44 Fasal, antaranya meliputi persoalan adat
berpakaian raja, bahasa segala raja-raja, perkara yang dilarang orang biasa semasa
pengkebumian, kesalahan yang boleh dijatuhkan hukum bunuh, orang yang mengamuk,
membunuh hamba raja, orang yang mengganggu isteri orang, menyembunyikan dan
melarikan hamba, hukum tuduh menuduh yang tidak bersaksi, hukum pertunangan, undang-
undang tanah, denda yang dikenakan ke atas anak raja dan banyak lagi. Pengaruh Islam amat

3
A samad Ahmad, Sulalatus Salatin (Sejarah Melayu), Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, Hlm 87.
4
Ibid.
5
Muhammad Uthman, Peranan Islam dalam Pembentukan Kebudayaan Melayu,Kertas kerja dalam seminar
kebudayaan: Univeristi Kebangsaan Malaysia, 1976, Hlm 2.
6
D.G.E. Hall, A History of South-east Asia, London : Macmillam & Co. Ltd, 1996, Hlm 196.
jelas dalam Hukum Kanun Melaka, antaranya hukum mengenai wali, saksi, talak, zina,
minum arak, merogol dan berhutang. Misalnya si pencuri, jika sabit kesalahannya akan
dipotong tangan, dan sesiapa yang melakukan zina akan dihukum sebat seratus kali atau
dihukum rejam dengan batu sampai mati.
PUSAT ISLAM DI NUSANTARA

Dalam zaman kegemilangan Empayar kerajaan Melayu (Islam) Melaka, ia merupakan pusat
ilmu pengetahuan agama islam di Nusantara. Pada ketika itu dapat dilihat bahawa Sultan-
Sultan dan pembesar-pembesar Melaka pada zaman itu sangat berminat dengan ajaran agama
Islam. Meraka sangant ingin mempelajari ilmu pengetahuan khususnya ilmu pengatahuan
Islam. Mereka sangat menghormati dan memberikan layanan yang sangat baik kepada
golongan ulama dan ilmuan agama islam serta menggalakkan pembesar dan rakyat berguru
kepada ulama-ulama itu. Terdapat juga ramai Sultan Melaka sendiri berguru dengan ulama-
ulama itu. Sebagai contoh dapat dilihat di dalam buku Sejarah Melayu, Sultan Mansur Syah
telah berguru dengan Maulana Abu Bakar dan Sultan Mahmud Syah pula berguru dengan
Kadhi Yusof.7 Menurut Dr. Syed Muhammad Naquib Al-Attas menjelaskan bahawa Sultan
pada awal sering berfoya-foya, tetapi selepas kedatangan Islam mereka mula gemar
menganjurkan penulisan dan pentafsiran ilmu-ilmu sejarah dan tasauf serta falsafah Islam.8

Tom Pires dan de Eredia telah mencatatkan kunjungan ramai ulama dari Pasai dan
lain-lain tempat ke Melaka pada zaman itu. Terdapat beberapa nama-nama ulama yang
pernah datang berkunjung ke Melaka. Antaranya ialah Makhdum Sayyid Abdul Aziz,
Maulana Abu Bakar, Kadhi Yusof, Kadhi Menua, Kadhi Munawar Syah, Maulana Sadar
Johan dan lain-lain. Mereka ini terdiri daripada pelbagai bangsa seperti Benggali, Arab,
9
Pasai, Gujerat dan Parsi. Pada peringkat permulaan terdapat ramai mubaligh-mubaligh
Islam asing telah datang ke Melaka dengan bertujuan untuk berdakwah dan mengajar ilmu
pengetahuan islam kepada raja-raja, pembesardan rakyat. Kemudiannya lahir pula mubaligh-
mubaligh daripada anak tempatan Melaka. Melalui buku Sejarah Ilmu di Minagkabau,
penulisan Prof. Muhammad Yunus beliau menjelaskan bahawa Melaka telah menghantar
ulama-ulama ke Sunagi Kampar ( Minangkabau Timur), Batak Toba, Kepulauan Filipina dan
Makassar.10

Selain itu,terdapat juga mubaligh-mubaligh asing yang datang ke Melaka untuk


mendalami ilmu pengetahuan Islam. Menurut R.O Winstedt, rekod Jawa ada mencatatkan
dua orang tokoh Wali Songo (Wali Sambilan) dari Jawa iaitu Sunan Bonang dan Sunan Giri

7
W.C. Shellabear, Sejarah Melayu, Kuala Lumpr: Penerbit Fajar Bakti hlm 150 – 151.
8
Mohd Jamil Mukmin, Melaka Pusat Penyebaran Islam di Nusantara, Institut Kajian Sejarah dan Patriotisme
Malaysia (IKSEP) 1994, hlm 125.
9
Ibid
10
Muhammad Yunus, Sejarah Islam di Minangkabau, Djakarta, 1971, hlm 36.
datang ke Melaka bertujuan mempelajari ilmu di akhir abad ke-15.11 Terdapat Wali Songo
iaitu Sunan Kalijaga dan Syeikh Sutabris yang mendalami ilmu pengetahuan Islam di Melaka
iaitu di Pulo Upih. 12 Mereka telah memainkan peranan yang penting di dalam pengislaman di
Pulau Jawa. Berdasarkan Sejarah Melayu, pelarian dari Champa iaitu Syah Indera berma
dan pengiring-pengiringya telah memeluk Islam dan belajar agama Islam di Melaka.13

Pada zaman Hindu-Buddha, Istana atau kraton menjadi pusat pengajian ilmu
pengetahuan. Apabila Islam bertapak di Alam Melayu, tradisi istana sebagai pusat ilmu
pengetahuan telah diteruskan. Pada zaman Islam di Melaka, ilmu pengetahuan tidak
dimonopoli oleh golongan raja dan bangsawan sepertimana zaman Hindu-Buddha. Hal ini
demikian kerana menuntut ilmu pengtahuan merupakan fardhu kifayah ke atas dan rakyat
biasa. Oleh itu, istana telah menjadi tumpuan cerdik pandai dari dalam dan luar negeri.
Keadaan ini berlaku pada hamper semua kerajaan-kerajaan Islam di Alam Melayu. Menurut
D.G.E Hall, peranan istana Melaka selain daripada fungsi sebagai pusat pengajian Islam ia
juga menjadi pusat dakwah ulama-ulama dan mubaligh-mubaligh bagi menyebarkan Islam di
rantau ini.14 Pengajian perkara-perkara yang lebih tinggi seperti hukum-hukum, tasauf,
falsafah dan sebagainya diajarkan di istana. Kegiatan keilmuan yang berlaku di istana-istana
raja Melayu bukan sahaja menyentuh pengajian kitab-kitab agama, tetapi terdapat juga ilmu
berkenaan pentadbiran dan politik. Sebagai contoh, Sultan Mansur Syah amat berminat
dengan ilmu pengajian tasauf di istana oleh itu, baginda berguru dengan Maulana Abu Bakar.

Di samping itu, istana juga dijadikan tempat menterjemah dan menyimpan kitab-
kitab mengenai Islam. Sejarah Melayu ada menyembut bahawa Hikayat Amir Hamzah dan
Hikayat Muhammad Ali Hanafiah telah dibaca oleh orang-orang Melaka semenjak abad ke-
15.15 Sejarah Melayu menyebut kitab Darul Mazlum sebuah kitab tasuaf karangan Maulana
Abu Bakar dari Jeddah. Sultan telah memerintah supaya kitab itu diarak hingga ke balairong.
Kemudian telah dibawa ke Pasai untuk diterjemahkan ke dalam bahasa Melayu. Selepas itu
telah dibawa ke Melaka untuk dipelajari di istana.16

11
Mohd Jamil Mukmin, Melaka Pusat Penyebaran Islam di Nusantara, Institut Kajian Sejarah dan Patriotisme
Malaysia (IKSEP) 1994, hlm 126.
12
Abdullah Ishak, Islam di Nusantara, Al-Rahmaniah, Petaling Jaya, 1990, hlm 142.
13
Jayaudin Jamaudin dan Raziatul Adibah Adnan, Sejarah Islam India-Nusantara China, Penerbitan Elman,
Kuala Lumpur, 1991, hlm 177-178.
14
Hall, D.G.E, A History of South East Asia, Oxford University Pree, London, 1961, hlm 260.
15
Mohd Jamil Mukmin, Melaka Pusat Penyebaran Islam di Nusantara, Institut Kajian Sejarah dan Patriotisme
Malaysia (IKSEP) 1994, hlm 128.
16
W.G. Sheallabear, Sejarah Melayu, Fajar Bakti, 1968, hlm 114 -115.
Selain daripada istana, masjid rumah dan madrasah (surau) telah juga memainkan
pernan penting dalam institusi pengajian ilmu pengetahuan Islam dan pusat penyebaran
Islam. Masjid-masjid dalam zaman Kesultanan Melayu Melaka telah digunakan sebagai pusat
Pendidikan dan penyebaran Islam. Mengikut Sejarah Melayu, Sultan Muhammad Syah
(Megat Iskandar Syah) bagi memuliakan bulan Ramadhan terutamanya pada malam ke 27,
disamping menunaikan sembahyang Terawikh bersama rakyat. Sultan dan pembesar bukan
sahaja juga sering ke masjid bukan sahaja untuk menunaikan sembahyang malah turut
mendengar syarahan-syarahan agama. Walau bagaimanapun, kebanyakan orang Islam yang
menggunakan masjid untuk belajar ilmu pengetahuan Islam adalah terdiri daripada rakyat
jelas dan mubaligh-mubaligh dari luar negara. Dari sini jelaslah bahawa dalam zaman
kesultanan Melaka, istana dan masjid telah menjadi pusat pengajian dan dakwah yang begitu
berkesan sehingga menjadi kerajaan kesultanan Melaka terkenal sebagai pusat penyebaran
Islam di Nusantara.
RUJUKAN

Abdullah Ishak. 1990. Islam di Nusantara. Al-Rahmaniah, Petaling Jaya.

Jayaudin Jamaudin dan Raziatul Adibah Adnan. 1991. Sejarah Islam India-Nusantara China.
Penerbitan Elman. Kuala Lumpur.

Hall, D.G.E. 1961. A History of South East Asia. Oxford University Pree. London.

W.C. Shellabear. Sejarah Melayu. Kuala Lumpr: Penerbit Fajar Bakti.

Mohd Jamil Mukmin. 1994. Melaka Pusat Penyebaran Islam di Nusantara. Institut Kajian
Sejarah dan Patriotisme Malaysia (IKSEP).

Muhammad Yunus. 1971. Sejarah Islam di Minangkabau. Djakarta.

A samad Ahmad. Sulalatus Salatin (Sejarah Melayu). Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan
Pustaka.

Muhammad Uthman. 1976. Peranan Islam dalam Pembentukan Kebudayaan Melayu. Kertas
kerja dalam seminar kebudayaan: Univeristi Kebangsaan Malaysia.

D.G.E. Hall. 1996. A History of South-east Asia London : Macmillam & Co. Ltd.

Tun Suzana Tun Hj Othman. Alim-Ulama dalam Kesultanan Melayu Melak., Pertubuhan
Kesedaran Melayu dan Islam (KEMUDI).

Mohd Taib Osman. Islamisation of the Malay : A Tranformation of Culture. dalam Tamadun
Islam di Malaysia. Kuala Lumpur: Persatuan Sejarah Malaysia.

You might also like