You are on page 1of 5

BIDANG EKONOMI

Aktiviti utama bidang ekonomi


BIDANG EKONOMI

PERDAGANGAN
PERTANIAN
Pertanian
• 2 bidang utama dalam menjana ekonomi sesebuah tamadun
iaitu antaranya ialah bidang pertanian, dan perdagangan.
• Sektor pertanian merupakan yang terpenting berbanding dua
sektor yang lain kerana menyediakan keperluan asas manusia
yang utama kepada manusia iaitu makanan.
• sesebuah mengabaikan sektor pertanian ini sudah pasti akan
berhadapan dengan pelbagai masalah pembangunan.
• Sesebuah tamandun tidak boleh menfokuskan kepada bidang
perindustrian sahaja serba sedikit kan menjejaskan ekonomi
negara tersebut.
• terpaksa berbelanja tinggi untuk mengimport makanan dari
luar seperti beras dan bijirin.
• Menurut Ibn Khaldun, sektor pertanian bukan sahaja dapat
menghasilkan sumber makanan sendiri, malah dapat
mengembangkan lagi negara ekonomi dengan cara
melakukan aktiviti perdagangan yang berasaskan pertanian.
PERDAGANGAN
• Ibn Khaldun menghuraikannya sebagai kaedah yang
terpenting bagi memperoleh kekayaan.
• Perdagangan ini merupakan satu proses yang melibatkan
kegiatan jual beli antara penjual dengan pembeli.
• Penentuan harga barang yang dijual dalam pasaran perlu
diletakkan berdasarkan kepada keadaan persekitaran serta
permintaan masyrakat dalam sesebuah tamadun terhadap
barangan tersebut.
• Perlu menetapkan prinsip keadilan, terutamanya dari segi
penetapan harga barangan yang di jual di pasaran.
• Hal ini demikian kerana, ketidakjujuran serta tidak adil
dalam perdagangan boleh memberikan kesan yang besar
kepada pasaran.
• Isu ini boleh dilihat melalui contoh seperti, sikap segelintir
pedagang yang sengaja barangan semata-semata untuk
menaikkan harganya.
Ukuran Kekayaan
• Ibnu Khaldun menyatakan bahawa kekayaan sesuatu
tamadun itu dapat diukur dengan sesuatu benda yang amat
bernilai seperti wang dan harta.
• Di mana ianya merupakan satu modal penting kepada
pembangunan sesebuah negara atau tamadun.
• Bukunya Mukadimah, dalam bab keempat, Ibnu Khaldun
telah merujuk emas dan logam sebagai nilai ukuran utama
harta dan kekayaan masyarakat tamadun pada zamannya.
• Walau bagaimanapun untuk mendapatkan emas dan perak
bukannya satu perkara yang mudah.
• Bagi Ibn Khaldun keringat atau tenaga buruh adalah cara
utama untuk mendapatkan emas dan perak.
• Beliau juga membahaskan konsep untung dan rezeki menilai
hasil kerja yang dilakukan oleh buruh. Keuntungan menurut
beliau ialah hasil daripada pendapat yang diperolehi
daripada sesuatu usaha atau perkerjaan yang dilakukan
• Semakin berusaha serta bekerja keras seseorang itu, semakin
tinggi nilai keuntungannya yang akan diperolehinya

You might also like