You are on page 1of 4

PENGENALAN

Usaha kerajaan ke arah pemupukan hubungan etnik sebenarnya telah bermula sejak

1957, iaitu selepas Tanah Melayu mencapai kemerdekaan1. Seperti mana yang kita sedia

maklum bahawa negara kita iaitu Malaysia merupakan salah sebuah negara yang didiami oleh

pelbagai keturunan,warna kulit, agama, bahasa kebudayaan, adat resam yang tersendiri,

bangsa, kaum dan etnikdari Perlis hingga ke Sabah pada hari ini. Kepelbagaian kaum dan

etnik inilah yang merupakan tunjang wujudnya usaha untuk mengukuhkan hubungan etnik

yang harmonis sesame mereka. Corak masyarakat Malaysia seperti ini berlaku disebabkan

oleh perubahan masadan keadaan, seperti yang berlaku terhadap perubahan strukturpolitiknya

dalam mengukuhkan hubungan etnik yang harmonis.Malaysia merupakan negara yang terdiri

daripada masyarakat majmuk. Oleh itu, terdapat pelbagai perbezaan dari segi agama, bahasa

dan kebudayaan dalam masyarakat di Malaysia. Setiap kumpulan etnik mempertahankan

kebudayaan dan adat resam mereka, mengutamakan etnik mereka dan mungkin juga

menganggap kebudayaan mereka sahaja yang terbaik tetapi mereka menerima etnik lain dan

menjalinkan hubungan etnik dengan harmoni 2.Masyarakat berperanan dalam pemupukan

hubungan etnik agar negara kita malaysia sentiasa dalam keadaan aman dan selesa. Salah satu

contoh peranan masyarakat adalah dalam penerimaan budaya. Secara amnya, memang ada

kesamaan unsur kebudayaan antara ketiga-tiga golongan rakyat di negara ini. Contohnya ciri-

ciri hindu telah meresap masuk ke dalam kebudayaan masyarakat melayu. Kesannya, ia

menyatukan nilai pelbagai bangsa.membentuk satu jati diri rakyat Malaysia yang unggul serta

bertujuan menyemai dan memupuk integrasi nasional serta semangat perpaduan antara kaum

Menurut Kamus Dewan Edisi ke-4, hubungan ialah kaitan, pertalian, sangkut paut.

Hubungan etnik pula bermaksud perkaitan atau pertalian antara etnik atau kaum. Etnik pula

1
Hasnah Hussin dan Mardiana Nordin, 2007, Pengajian Malaysia, Shah Alam: Oxford Fajar Sdn. Bhd.
2
A. Aziz Deraman , 2001, Masyarakat Dan Kebudayaan Malaysia : suatu analisis perkembangan kebudayaan
di Malasyia, Kuala Lumpur, Dewan Bahasa dan Pustaka.
dari segi bahasa boleh didefinisikan sebagai kaum atau bangsa. Dari segi istilah, etnik adalah

kelompok manusia yang ditentukan melalui perbezaan ciri-ciri budaya seperti adat resam,

pakaian, bahasa, kegiatan ekonomi dan sebagainya. Etnik juga dapat dikelaskan melalui

perbezaan budaya. Malah, etnik juga dapat dikelaskan mengikut demografi iaitu mengikut

kedudukan geografi dan sempadan negeri. Contohnya di Sabah dan Sarawak terdapat

pelbagai kumpulan etnik pada kedudukan geografi yang berbeza. Hubungan etnik secara

umumnya menjelaskan aspek kebangsaan dapat ditonjolkan melalui kebudayaan kebangsaan

yang mana merupakan penggerak yang sangat hebat dalam mengisi semangat mengukuhkan

hubungan etnik yang utuh dan mejadi batu asas kepada pembentukan bangsa Malaysia.

Dimana dapat dikaitkan teori-teori hubungan etnik Asimilasi Ia merupakan satu proses

percantuman dan penyatuan di antara etnik yang berlainan budaya sehingga membentuk satu

kelompok dengan kebudayaan dan identiti yang sama. Ia berkaitan dengan penyerapan sehala

individu ke dalam etnik yang lain. Toleransi antara kaum, bangsa, agama dan etnik

memperlihatkan keharmonian hubungan etnik sentiasa terjalin kukuh dalam kalangan rakyat

dan memahami dan menghormati budaya masing-masing. Amalan ini membuktikan integrasi

sosial dalam kalangan masyarakat begitu tinggi walaupun berlainan agama, bangsa dan

kebudayaan. Sifat tolong menolong juga amat penting dalam memupuk keharmonian

kaum.Misalnya, orang bukan Melayu segak menggayakan baju kurung dan baju Melayu

terutamanya pada hari Jumaat dan fenomena ini sesuatu yang biasa bagi pelajar bukan

Melayu. Bagi orang Melayu pula, mereka mula menerima masakan orang Cina dan India

serta pemberian duit raya telah menggunakan sampul atau angpau yang terkenal dalam

kalangan orang Cina. Dewasa ini juga telah kelihatan di taman-taman perumahan,

terdapatnya penempatan yang sama untuk semua etnik yang pastinya keadaan ini akan

menggalakkan lagi hubungan etnik dalam kalangan rakyat melalui aktiviti setempatdari segi

sajian makanan ketika perayaan dapat di lihat hubungan etnik terjalin dengan harmoni.Etnik
pula dari segi bahasa boleh didefinasikansebagai kaum atau bangsa. Dari segi istilah pula

etnik boleh didefinasikansebagai kelompok manusia yang ditentukan melalui perbezaan ciri-

ciri budayaseperti adat resam, pakaian, bahasa, kegiatan ekonomi dan sebagainya.
Kesimpulannya, kita perlu mempunyai usaha untuk mengekalkan perhubungan dengan

etnik lain. Kita perlu mengukuhkan keharmonian dalam kalangan masyarakat yang berbilang

kaum di Negara kita. Bukan itu sahaja, masyarakat perlu memupuk sikap yang harmonis

terhadap etnik yang berlainan supaya kita tidak menimbulkan permasalahan dan pergaduhan

antara satu etnik dengan etnik yang lain. Usaha-usaha yang dilakukan oleh lima buah

keluarga ini bukan sahaja member impak yang positif dalam kehidupan mereka, hal ini juga

memberi kesan yang positif kepada kita semua supaya tidak ada perselisihan faham antara

satu etnik dengan etnik lain. Masyarakat haruslah menghapuskan perspektif kita yang

prejudis kepada perspektif yang lebih baik dan positif terhadap etnik lain. Kita semua perlu

mengambil peranan yang penting dalam menyatupadukan hubungan kita dengan etnik lain.

Usaha ini dapat membantu kita untuk mengeratkan hubungan antara kaum. Sikap berdedikasi

dalam diri seseorang mampu mengukuhkan kesepaduan dalam kepelbagaian etnik. Sikap

toleransi perlu ada dalam diri supaya dapat menjaga hubungan baik sesama masyarakat di

negara kita. Kita semua perlu ada komitmen dalam menjaga hubungan antara kaum walaupun

berbeza etnik. Kami berharap semua pihak memainkan peranan dalam menjaga hubungan

antara kaum dan mempunyai usaha untuk menjadikan Malaysia sebagai negara yang

harmonis dan aman damai tanpa ada persengketaan ataupun rusuhan supaya tidak

menjejaskan nama baik negara kita.

You might also like