You are on page 1of 11

KUMPULAN 3

AIN
FHATIA
AISYAH
BAB 10: PENDIDIKAN

10.1 FALSAFAH DAN CIRI-CIRI PENDIDIKAN ISLAM

i.[Falsafah Pendidikan Islam]

1.Pendidikan dapat didefinisikan sebagai usaha menyerap ilmu pengetahuan sama ada secara teori
atau praktikal bagi membentuk peribadi atau watak seseorang indidvidu dalam menempuh
kehidupan yang semakin kompleks
2.Pendidikan Islam dikaitkan dengan beberapa istilah khusus antaranya ialah tarbiyah, ta’lim,
ta’dib, irsyad, dan tadris
3.Tarbiyah dikaitkan dengan proses pembentukan peribadi individu, ta’lim dikaitkan dengan
pemindahan ilmu, manakala ta’dib pula dihubungkaitkan dengan pembentukan adab sahsiah
4.Irsyad pula membawa makna petunjuk berasaskan syariah manakala tadris pula membawa
maksud pengajaran sesuatu cabang ilmu yang ditujukan kepada seseorang individu
5.Mengikut perspektif Islam, pendidikan melibatkan proses sepanjang hayat, iaitu bermula
daripada dalam buaian hingga ke liang lahad. Islam memberikan kebebasan kepada semua
orang untuk mendapatkan Pendidikan tanpa mengira jantina ,kekayaan dan warna kulit
6.Sehubungan dengan itu, menuntut ilmu merupakan suatu kewajipan fardu sama ada kepada
kaum lelaki ataupun wanita. Oleh sebab itu, adalah menjadi tanggungjawab setiap indidvidu
mencari ilmu kerana agama Islam sendiri memandang tinggi dan menghormati orang yang
menutut ilmu sebagaimana yang dinyatkan dalam surah al-Hasyr

7.Sumber utama pendidikan Islam ialah al-Quran, iaitu sumber yang sah dan hakiki diikuti
sunnah atau hadis Nabi Muhammad SAW. Selain itu, Pendidikan juga berpandukn sumber akal
dalam bentuk ijtihad dan qias bagi menjelaskan perkara-perkara yang tidak diterangkan secara
jelas oleh sumber al-Quran dan sunnah
8.Melalui pendidikan, seseorang individu dapat melengkapkan sosiobudaya kehidupannya
dengan berbekalkan kemahiran kesenian seperti muzik, syair, khat, seni bina dll
ii. [Falsafah dan Ciri-Ciri Pendidikan Islam Zaman Kerajaan Umayyah]
1.Perkembangan Pendidikan pada zaman kerajaan Umayyah merupakan kesinambungan
daripda perkembangan zaman sebelumnya. Perkembangan ini didorong oleh peranan
pemerintah yang menggalakkan perkembangan ilmu pengetahuan serta kesedaran umt
Islam tentang pentingnya menuntut ilmu
2. Kesan perkembangan pendidikan membolehkan kemunculan pelbagai institusi
pendidikan seperti masjid, istana, Kuttab, madrasah, dan universiti. Institusi-institusi ini

Masjid
menawarkan pelbagai cabang ilmu agama dan bukan agama
3.Disebabkan hal itu, umat Islam pada zaman tersebut terdedah dengan pelbagai cabang
ilmu agama seperti tafsir, hadis, fiqah, dan usuluddin di samping berpeluang mempelajari
serta mendalami ilmu agama dan bukan agama seperti matematik, geografi, sejarah,
politik, astronomi, dan falsafah
4.Masjid merupakan instusi pendidikan utama. Pembelajaran di masjid adalah terbuka
dan diadakan secara halaqah; dikendalikan oleh tenaga pengajar yang berkaliber bertaraf
ulama. Amnya ulama-ulama ini mengajar secara sukarela dan membri tumpuan dalam
bidang keagamaan.
5.Selain masjid, istana juga berperanan sebagai institusi pendidikan. Pendidikan di istana adalah
khusus untuk putera-putera khalifah dan anak-ank pembesar mempelajari ilmu sejarah,
kesusasteraan, ilmu pidato, tatasusila dan moral, serta adab bergaul dengan masyarakat atau
rakyat jelata.Matlamatnya adalah untuk menyediakan mereka menghadapi kehidupan
bermasyarakat serta menjadi pemimpin kelak

6.Kuttab merupakan institusi Pendidikan yang muncul pada zaman pemerintahan kerajaan
Umayyah. Institusi ini terbahagi kepada dua, iaitu Kuttab al-Awwam yg dikhususkan untuk
orang-orang awam dan dikenakan bayaran serta Kuttab al-Sabil yang dikhaskan untuk kanak-
kanak miskin. Pendidikan Kuttab al-Sabil adalah secara percuma

7.Pembelajarn di Kuttab berbentuk formal. Pengajaran berfokuskan pengajian al-Quran dan


asas-asas agama bagi persediaan sebelum melangkah ke peringkat pengajian yang lebih tinggi.
Oleh itu, pengajian di institusi ini dianggap sebagai prapengajian sebelum seseorang pelajar
berdepan dengan sistem halaqah di masjid-masjid
iii. [Falsafah dan Ciri-Ciri Pendidikan Islam Zaman Kerajaan Abbasiyah]

1.Pada zaman kerajaan Abbasiyah, perkembangan pesat berlaku dalam ilmu agama dan ilmu
bukan agama. Pada ketika ini lahir ramai ilmuwan Islam yang yang dapat menguasai pelbagai
cabang bidang ilmu. Contohnya, al- Khawarizmi yang menguasai ilmu matematik, astronomi, dan
geografi serta Imam al-Ghazali yang menguasai ilmu usuluddin,kalam,tasawuf, dan ilmu falsafah.
2.Dalam konteks institusi pendidikan, masjid masih berperanan sebagai institusi yang
menawarkan pengajaran al-Quran, hadis, dan fiqah. Majlis muzakarah, iaitu majlis perbincangan
dan perbahasan antara ulama, sarjana, ahli fikir, mengenai isu semasa turut dianjurkan di masjid.
Contohnya Masjid al-Mansur yang didirikan oleh Khalifah Abu Jaafar al-Mansur pada 145 Hijrah
di Baghdad
3.Khalifah pada zaman kerajaan Abbasiyah turut menjadikan istana sebagai salah sebuah institusi
pendidikan pada masa itu. Istana dipenuhi dengan golongan cendekiawan dan bijak pandai kerana
khalifah pada zaman ini merupakan seorang yang berpengetahuan dan cinta akan ilmu
pengetahuan. Contohnya, Khalifah Harun al-Rasyid dan putera baginda, iaitu Khalifah al-
Ma’mun
10.2 PERKEMBANGAN PENDIDIKAN

i. [Perkembangan Pendidikan di Mesir pada abad ke-8]

1.Perkembangan pendidikan Islam di Mesir adalah selari dengan pertapakan Islam di wilayah
berkenaan yang berlaku pada zaman pemerintahan Khalifah Umar bin al- Khattab

2.Sebagai Gabenor di Mesir, Amru bin al-As telah mendirikan masjid pertama yang dikenali
dengan nama Masjid Amru al-As. Kepentingan tertegaknya binaan ini telah membolehkan
segala aktviti yang berkaitan dengan agama Islam dapat dilaksanakan

3.Kewujudan Masjid Amru al-As menggambarkan telah berlakunya pendidikan yang bersifat
terbuka kepada semua umat Islam untuk mempelajari dan mendalami ilmu-ilmu keagamaan
daripada guru atau ulama tempatan mahupun dari luar Mesir, seperti Sulayman Ibn al-Tujibi
ii. [ Institusi-institusi pendidikan di Mesir Abad ke-8]

1.Kewujudan pelbagai institusi pendidikan merupakan sesuatu yang lumrah di sesebuah negara,
begitu juga di Mesir. Masjid merupakan institusi pendidikan terawal yang pada mulanya
menawarkan pembelajaran ilmu keagamaan (fardu ain) diikuti ilmu-ilmu bukan agama (fardu
kifayah)

2.Kelompok Imam Shafii yang juga dikenali sebagai Zawiyah, merupakan kumpulan tenaga
pengajar yang terdiri daripada para ahli fiqah dan ulama-ulama terkenal yang silih berganti.
Mereka menggunakan al-Quran dan hadis sebagai sumber utama dalam pengajian yang
ditawarkan

3.Terdapat juga kelompok yang dikenali sebagai al-Majdiah yang dibentuk oleh seorang wazir
bernama Majduddin Abu al-Asybal. Wazir ini telah menempatkan Abdul Wahab bin Bahnasi,
iaitu Kadi Besar di Mesir sebagai tenaga pengajar
iii. [Perkembangan Pendidikan di Acheh Abad ke-16 dan Abad ke-17]

1.Kemuncak peranan Acheh sebagai pusat pendidikan dan keilmuan ialah pada zaman
pemerintahan Sultan Iskandar Muda Mahkota Alam dan Sultan Iskandar Thani. Kedua-dua
pemerintah ini telah memainkan peranan penting dalam menjadikan Acheh sebagai tumpuan umat
Islam untuk mendalami ilmu, sehingga dikenali sebagai Kota Makkah

2.Peranan Acheh yg paling penting adalah menubuhkan pelbagai institusi pendidikan mengikut
tahap yang berbeza. Institusi ini bermula daripada peringkat rendah yang dikenali sebagai
meunasah sehingga ke pengajian tertinggi yang berpusat di Jamiah Baitul Rahman (bertaraf
universiti)

3.Keakraban pemerintah Acheh dengan negara Islam lain turut memberi kesan terhadap
perkembangan pendidikan dan kegiatan keilmuan. Hal ini disebabkan Acheh menjadi tumpuan
para ulama luar yang berkhidmat sebagai tenaga pengajar di institusi-institusi pendidikan spt
Syeikh Yamani, Nuruddin al-Raniri, Abu l-Kayhr Ibn Hajar, dan Muhammad Jaylani ibn Hasanji
iv. [ Institusi-Institusi Pendidikan di Acheh pada abad ke-16 dan ke-17]

1.Meunasah merupakan intitusi pendidikan terendah yang ditubuhkan di setiap kampung.


Institusi ini memberi tumpuan kepada kanak-kanak dan memfokuskan pengajaran mengenai
asas-asas ilmu keagamaan (fardu ain), membaca,menulis, dan menghafal

2. Selepas menghabiskan pembelajaran di meunasah, para pelajar akan melanjutkan pelajaran di


rangkang yang juga dkenali dengan beberapa nama seperti pondok, pesantren, dan madrasah.
Pembelajaran di rangkang bergantung kepada kemahiran dan keilmuan yang dimiliki oleh tenaga
pengajarnya. Rangkang menawarkan pengajaran dan pembelajaran ilmu-ilmu keagamaan spt
fiqah, tauhid, tasawuf, tafsir, dan hadis. Mata pelajaran bukan agama yang ditawarkan pula
adalah spt Bahasa Arab, Geografi,Sejarah, dan Matematik. Teks rujukan menggunakan dua
Bahasa, iaitu Bahasa Melayu atau Bahasa Arab
THANK U FOR LENDING ME YOUR EARS >3

You might also like