You are on page 1of 1

Pengenalan Kurikulum Pendidikan Islam

1. Apakah hak dan kewajipan menuntut ilmu bagi setiap manusia?

- Setiap manusia mempunyai hak dalam menuntut ilmu. Tiada halangan dalam menuntut
ilmu. Dalam islam,menjati satu kewajipan kepada setiap muslim untuk menuntut ilmu
seperti mana Nabi Muhammad SAW bersabda : ‫ طلب العلم فريضة على كل مسلم‬yang
bermaksud menuntut ilmu adalah kewajipan bagi setiap muslim.
- Islam telah membahagikan ilmu kepada dua kumpulan yang besar. Pertama ialah fardu
ain yang dituntut ke atas setiap orang supaya mengetahui dan mempelajarinya dalam
melaksanakan suruhan agama. Kedua, ilmu fardu kifayah iaitu ilmu yang mesti dipelajari
dan diketahui oleh individu tertentu.

Perkembangan Kurikulum Pendidikan Islam Zaman Rasulullah SAW.

1. Apakah kurikulum yang dilaksanakan pada zaman Rasulullah SAW?

- Pembentukan aqidah dan tauhid dengan cara penolakan adat istiadat, kepercayaan
kaum jahiliyyah yang mensyirikkan allah (Mekah)
- Memenuhi tuntutan perundangan dan perhubungan antarabangsa (Madinah)

2. Terangkan peringkat-peringkat perkembangan kurikulum pada zaman Rasulullah SAW?

Perkembangan kurikulum pada zaman Rasulullah SAW melalui dua fasa iaitu pada zaman
Makiyyah yang berlaku secara rahsia dan zaman Madaniyyah yang berlaku secara terbuka.
Secara ringkasnya,struktur pendidikan islam pada zaman Rasulullah adalah seperti berikut:

- Pendidikan umum iaitu penyampaian ceramah dan pidato selepas solat fardhu atau solat
jumaat.
- Pendidikan khusus iaitu pengajaran yang berbentuk khusus berupa teguran dan tunjuk
ajar secara langsung kepada orang-orang tertentu.
- Pendidikan Institusi ialah pendidikan yang dibahagikan kepada dua peringkat iaitu
peringkat awal (menulis dan membaca) dan peringkat pendidikan ke atas ahli Suffah.
Pendidikan bentuk ini banyak melahirkan cendiakawan Islam.

You might also like