You are on page 1of 27

TOPIK 1

KONSEP ,FALSAFAH DAN


MATLAMAT P ISLAM

NORAZIAH BINTI AHMAD NADZIM


JAPIM
IPG KAMPUS TUANKU BAINUN
 Pendidikan dalam bahasa Arab disebut tarbiah, yang pada asalnya
membawa makna; pertambahan, perkembangan dan ketinggian.
Perkataan tarbiah berasal dari kata kerja rabba yang antara
maknanya ialah; memperbaiki (islah), memimpin dan mentadbir.

 Menurut ahli bahasa, tarbiah bererti membangun sesuatu secara


tahap demi tahap menuju kepada kesempurnaan. Salah satu dari
Konsep nama Allah ialah ar-Rab kerana yang mengawal, mengislah,
Pendidikan mentadbir dan mengarahkan makhluk kepada kesempurnaan.

Islam
 Semuanya ini merupakan inti daripada pendidikan.

 Oleh itu Rabbul ‘Alamin ditafsirkan sebagai Murabbil ‘Alamin


(pendidik seluruh Alam) dan Allah SWT. ialah Pendidik Yang
Teragung. Perkataan tarbiah mengandungi dua unsur terpenting;
iaitu pertambahan dan perbaikan (Islah) hingga ke tahap
kesempurnaan.
 Pendidikan dalam Islam mempunyai kedudukan yang
suci dan penting sekali.Ia menjadi bahagian yang tidak
dapat dipisahkan daripada Islam dan merupakan satu
ibadat yang besar.

 Kedudukan dan kepentingan pendidikan itu amat jelas


apabila kita meneliti ayat al-Quran yang pertama
diturunkan.

 Ia tidak dimulai dengan perintah yang berhubung


perkara lain seperti ibadat, tetapi dimulakan degan
perintah yang berhubung dengan pendidikan.
 Firman Allah SWT:

 “Bacalah (wahai Muhammad) dengan nama Tuhanmu


yang menciptakan (sekalian makhluk),”. (Al-`Alaq: 1)
 Islam tidak melihat pendidikan daripada skop yang sempit. Ia
tidak terbatas pada pendidikan duniawi semata-mata, tetapi
meliputi dua lapangan iaitu dunia dan akhirat.

 Dalam hubungan ini, Islam telah membahagikan ilmu kepada dua


kumpulan yang besar.
 Pertama ialah fardu ain yang dituntut ke atas setiap orang supaya
mengetahui dan mempelajarinya dalam melaksanakan suruhan
agama.

 Kedua, ilmu fardu kifayah iaitu ilmu yang mesti dipelajari dan
diketahui oleh individu tertentu seperti ilmu pertukangan,
kemahiran, perniagaan, kedoktoran, ekoonomi, kimia, fizik,
pembuatan senjata dan sebagainya. Walau bagaimanapun, ilmu
yang kedua ini menjadi fardu ain apabila tiada seorang pun
muslim dalam masyarakat itu yang mempelajarinya.
 1. Khurshid Ahmad (1973) mendefinisikan pendidikan
Definisi Islam sebagai ”satu latihan aqliah, jasmaniah dan
ruhiyah bertujuan melahirkan manusia; yang
Pendidikan berkebudayaan tinggi, sanggup melaksanakan
Islam tanggungjawab sebagai insan yang baik dan
warganegara yang berguna.
 2. Miqdad Yalchin (1977) mendefinisikan pendidikan
Islam sebagai “proses melaksanakan falsafah
Pendidikan Islam dan merealisasikan hasilnya dalam
Definisi bidang pembinaan, pembentukan dan
Pendidikan pemasyarakatan seseorang selaras dengan
keperibadian yang digariskan oleh falsafah supaya
Islam sahsiah Islamiah dapat terbentuk dalam setiap tindak
tanduk, tingkah laku dan sikap seseorang muslim,
walau bila dan di mana sahaja berada”.
 Falsafah merupakan komponen yang paling utama dan
tertinggi di dalam pendidikan, kerana bentuk manusia
yang ingin dilahirkan adalah bergantung kepada
falsafahnya.
Falsafah
Pendidikan
 Pendidikan diertikan oleh cendikiawan sebagai
Islam pemindahan nilai-nilai dari generasi ke generasi
samada ilmu atau kemahiran, sedangkan nilai-nilai ini
adalah ditentukan oleh falsafahnya yang disogokkan
melalui sistem pendidikan.
 Sarjana Pendidikan Islam mentafsirkan falsafah
Pendidikan Islam ialah falsafah yang menentukan
tujuan akhir, maksud, objektif, nilai dan cita-cita
yang telah ditentukan terlebih dahulu oleh falsafah
hidup Islam dan dilaksanakan dalam proses
pendidikan.
Falsafah
Pendidikan  Al-Syaibani (1979) menjelaskan, falsafah Pendidikan
Islam Islam ialah falsafah yang dirancangkan dengan hikmah
untuk menjadikan proses dan usaha pendidikan bagi
suatu bangsa.
 Pendidikan juga menyiapkan generasi muda dan
warganegara sesebuah negara supaya beriman kepada
Allah dan berpegang teguh kepaada syariat Islam.
 Kesimpulannya, Falsafah Pendidikan Islam ialah falsafah yang
bersumberkan falsafah hidup Islam kerana menggunakan prinsip
Islam dalam bidang pendidikan.

 Falsafah Pendidikan Islam menentukan keseluruhan tujuan akhir


kehidupan dunia akhirat tercapai dengan jayanya.
Falsafah
Pendidikan  Falsafah Pendidikan Islam menegaskan bahawa manusia ialah
makhluk Allah dan manusia mempunyai batasan dalam
Islam tindakannya.

 Oleh itu pendidikan ini merupakan satu aliran falsafah yang


berbentuk keagamaan, berusaha meningkatkan keimanan
manusia kepada Allah, dapat melaksanakan tugasnya sebagai
khalifah Allah di muka bumi serta keadaan tunduk dan patuh
kepadanya.
 Falsafah Pendidikan Islam amat diperlukan bagi tujuan
pendidikan Islam;
 i. Membantu merancang pendidikan untuk melahirkan
pemikiran yang sihat terhadap proses pendidikan
 ii. Menjadi asas terbaik untuk menilai sistem
Falsafah pendidikan negara dalam ertikata yang menyeluruh
Pendidikan  iii. Membentuk asas pendidikan khususnya dalam
kaedah pengajaran di sekolah, universiti dan institusi
Islam pendidikan yang lain.
 iv. Membina suatu identiti sendiri bagi sistem
pendidikan negara dengan wujudnya nilai Islam dalam
perkembangan kebudayaan dan masyarakat.
 v. Menyelesaikan krisis dan masalah yang timbul dalam
sistem pendidikan.
 Keperluan untuk menyatakan falsafah pendidikan Islam secara
tersurat mula disedari oleh Jawatankuasa Pengubal
Sukatan/kurikulum Pendidikan Islam KBSR.

 Beberapa siri perbincangan cendekiawan Islam telah diadakan.


Falsafah Hasilnya pernyataan Falsafah Pendidikan Islam KBSR dirumuskan
Pendidikan seperti berikut: "Pendidikan Islam adalah satu usaha berterusan
untuk menyampaikan ilmu, kemahiran dan penghayatan Islam
Islam berdasarkan al-Quran dan al-Sunnah, bagi membentuk sikap,
kemahiran keperibadian dan pandangan hidup sebagai hamba
Allah yang mempunyai tanggungjawab untuk membangunkan
diri, masyarakat, alam sekitar dan Negara ke arah mencapai
kebaikan di dunia dan kesejahteraan abadi di akhirat.
 " (Sumber: Kementerian Pendidikan Malaysia)
 Penyataan falsafah ini menegaskan bahawa pengajaran dan
pembelajaran di dalam mata pelajaran pendidikan Islam memberi
penekanan kepada aspek berikut: i. Ilmu dan pengetahuan ii.
Kemahiran atau amalan iii. Penghayatan terhadap syariat Islam iv.
Pembentukan sikap v. Pemupukan pandangan hidup atau
pemikiran Islam vi. Tanggungjawab membangun diri, masyarakat,
alam sekitar dan negara vii. Penekanan kesejahteraan abadi di
akhirat.
 Berdasarkan Falsafah Pendidikan Islam yang
berlandaskan al-Quran dan al Sunnah dalam
Falsafah membentuk sikap kemahiran, keperibadian dan
pandangan hidup hamba Allah (pelajar) yang
Pendidikan mempunyai tanggungjawab untuk membangun diri,
Islam masyarakat, alam sekitar dan Negara ke arah mencapai
kebahagiaan di dunia dan kesejahteraan abadi di
akhirat.
 Matlamat pendidikan Islam adalah lebih luas dan
syumul, ia bertujuan mewujudkan warganegara yang
baik dan melahirkan insan soleh yang tidak mengenal
batas masa, negeri, bangsa sebaliknya menuju kepada
Allah dan alam akhirat.

Matlamat
 Prof. Dr. A. Athiyah al-Abrasyi menjelaskan matlamat
Pendidikan pendidikan Islam seperti berikut: “Pendidikan
Islam hendaklah menyediakan seseorang itu sehingga ia
dapat hidup dengan sempurna, bahagia, cintakan
negara, kuat jasmaninya, sempurna akhlaknya, teratur
pendidikannya, halus dan murni perasaannya, cekap
dalam kerjanya, bekerjasama dengan orang lain, baik
bahasanya, tulisannya dan lisannya serta tangannya
dapat membuat sesuatu pekerjaan itu dengan baik.’.
 Berdasarkan ungkapan di atas, matlamat pendidikan Islam dapat
disimpulkan seperti berikut:

 i. Mempersiapkan warganegara yang baik.


Matlamat  ii. Membentuk manusia memiliki keperibadian yang unggul
Pendidikan  iii. Membekalkan anak didik dengan ilmu pengetahuan
Islam  iv. Mendidik manusia ke arah kecemerlangan rohani dan jasmani
 v. Membentuk akhlak yang sempurna sebagai manusia yang ideal
 vi. Kebolehan dan kecekapan dalam kerja supaya dapat hidup
bahagia
Menurut al-Ghazali matlamat pendidikan ialah:
Matlamat
Pendidikan  “Untuk mendekatkan diri kepada Allah dan bukan
Islam untuk memperolehi kedudukan, bermegah-megah dan
berlumba-lumba.”
 Beliau menekankan matlamat pendidikan Islam yang paling
utama ialah untuk membuang segala kejahilan diri sehingga
Matlamat individu tersebut dapat mengenali Pencipta dan matlamat ilmu
Pendidikan yang sebenar membolehkan individu dapat bertaqarrub kepada
Allah.
Islam  Jadi, tujuan pendidikan yang selain daripada taqarrub ilallah
adalah tidak tergolong ke dalam objektif pendidikan Islam.
 Ibn Khaldun pula menekankan tujuan keilmuan Islam sebagai
tujuan pendidikan Islam itu sendiri. Katanya ada dua tujuan iaitu:
 i. Tujuan Keagamaan.
Matlamat  Pendidikan mestilah membawa individu tersebut kepada
Pendidikan mengenal Tuhannya, dapat beramal untuk akhirat dan dapat
menunaikan hak-hak Allah yang menjadi kewajipan kepadanya.
Islam  ii. Tujuan Keilmuan.
 Iaitu membawa seseorang kepada kemahiran yang membolehkan
individu tersebut untuk menghadapi kehidupan dunianya.
 Kesimpulannya, dalam konteks terkini matlamat pendidikan Islam
mempunyai empat halatuju iaitu:
 i. Melahirkan insan kamil yang beriman, bertaqwa dan beramal
Matlamat soleh. Orang yang beriman dan beramal soleh telah dijanjikan
Pendidikan oleh Allah s.w.t. dengan kejayaan di dunia dan di akhirat.

Islam  ii. Melahirkan anggota masyarakat dan warganegara yang


sempurna, berakhlak mulia dan bertanggung jawab kepada diri,
keluarga, masyarakat, negara dan agama kerana Allah SWT.
 Hal ini dijelaskan oleh Rasulullah SAW dalam hadith yang
bermaksud: “Setiap seorang daripada kamu adalah pemimpin.
Tiap-tiap kamu bertanggungjawab ke atas pimpinannya.
Pemerintah adalah pemimpin, maka ia bertanggungjawab ke atas
Matlamat rakyat. Seorang lelaki adalah pemimpin, maka ia
bertanggungjawab terhadap ahli keluarganya. Manakala seorang
Pendidikan perempuan itu pula adalah pemimpin dan ia bertanggungjawab
Islam terhadap ahli rumahnya, suaminya dan anaknya. Orang gaji
adalah penjaga harta bendanya, maka ia adalah
bertanggungjawab terhadap harta tersebut. Tiap-tiap orang
daripada kamu adalah pemimpin dan bertanggungjawab terhadap
pimpinannya."
 iii. Menanamkan semangat cintakan Allah agar dapat
melaksanakan segala suruhan dan meninggalkan segala
laranganNya. Gemar kepada amal ibadat khusus yang berpusat di
masjid. Patuh serta menyerah diri kepada Allah s.w.t.
Menghormati ulamak, ibu bapa, orang yang lebih dewasa dan
Matlamat menjamin kebebasan beragama dalam kalangan orang yang
bukan Islam.
Pendidikan
Islam  iv. Mengembangkan bakat intelektual secara bebas dan
demokrasi kepada kadar yang paling maksimum. Ini semua
berdasarkan bimbingan wahyu untuk mencetuskan manusia dan
menguasai alam ini untuk kebahagian, kemakmuran dan
kesejahteraan manusia sejagat.
 Objektif pendidikan
dinyatakan sebagai objektif khusus pendidikan Islam itu sendiri,
objektif tersebut adalah seperti berikut:
i. Mengajar murid-murid didikan agama supaya mengenal Tuhan
Objektif yang menjadikan langit dan bumi, memberikan kehidupan dan
nikmat dan menyediakan balasan baik dan jahat di dunia dan
Pendidikan akhirat.
Islam ii. Mendidikan jiwa murid-murid sehingga mencetuskan kesedaran
beragama yang mendalam dalam jiwa mereka.
iii. Mendidik jiwa murid-murid supaya beramal dengan akhlak yang
terpuji sejak kecil di samping memandu mereka supaya menghargai
kemuliaan tingkah laku dan beramal dengan tuntutannya.
 iv. Menunjukkan murid-murid bahawa semua ajaran agama, baik
dari suruhan atau larangan, adalah bertujuan untuk kebaikan diri
seseorang dan faedahnya terpulang kepada masyarakat.
Tujuannya adalah untuk menghindarkan kejahatan dan perkara
yang mudarat bagi diri individu dan masyarakat

 v. Menambahkan pengetahuan murid-murid tentang kelebihan-


Objektif kelebihan hukum agama yang berasaskan kepada al-Quran dan al-
Hadith. vi. Memupuk kecenderungan ke dalam jiwa murid-murid
Pendidikan perasaan suka mempelajari alQuran dan membacanya. Mengajar
mereka membaca al-Quran dengan betul tentang bunyi, baris dan
Islam tempat berhenti.

 vii. Mengajar hadith-hadith Nabi s.a.w. supaya murid-murid


mendapatkan pengajaran dari segi kesopanan, adab dan tingkah
laku. viii. Mengamalkan teladan yang baik daripada biografi
Rasulullah s.a.w., para sahabat dan pahlawan-pahlawan Islam
yang berjasa.
 Kurikulum pendidikan sentiasa menjadi tumpuan
pelbagai pihak dan dianggap sebagai wasilah penting
untuk mendidik generasi muda dan mengembangkan
potensi, bakat, kekuatan dan keterampilan mereka.
Kepentingan
Kurikulum  Kurikulum berperanan besar untuk mempersiapkan
mereka menjalankan hak dan kewajiban dalam
pelbagai aspek kehidupan serta membina masa
hadapan yang gemilang.
 Kurikulum pendidikan sangat penting kerana ia dijadikan sarana
untuk mencipta perubahan yang dihasratkan, membetulkan sikap
dan kepercayaan yang salah dan membentuk nilai dan gaya hidup
yang baru.
 Kurikulum dirancang untuk menyediakan suasana yang sesuai
bagi perkembangan yang di kehendaaki dan memauhi keperluan-
keperluan pihak tertentu.
Kepentingan  Umat Islam melihat bahawa kurikulum sebagai alat terbaik untuk
membina peribadi pelajar sama ada dari segi individu atau sosial.
Kurikulum
 Di samping itu, ia juga dilihat wasilah yang berupaya untuk
membina masyarakat dan umat. Kurikulum turut dianggap
sebagai teras dalam proses pendidikan.
 Negara memberi perhatian yang besar kepada penggubalan
sesuatu kurikulum, pelaksanaannya, penilaiannya,
penambahbaikannya serta perubahan jika ia diperlukan atau tidak
dapat dielakkan lagi.
 Menurut Hassan Langgulung (1988) disiplin ilmu pendidikan
terbahagi kepada lima komponen utama iaitu; falsafah dan
kurikulum, pengajaran dan pembelajaran, pentadbiran dan
pengurusan, kaunseling dan penilaian.

Kepentingan  Memahami betapa pentingnya peranan kurukulum, agenda


Kurikulum perubahan pendidikan sesebuah negara selalunya berkait rapat
dengan perubahan pada kurikulum .

 Secara ringkasnya, menguasai kurikulum bermakna menguasai


pendidikan secara keseluruhannya.

You might also like