You are on page 1of 2

BINCANGKAN CIRI-CIRI FALSAFAH PENDIDIKAN ISLAM

Pendidikan dapat didefinasikan sebagai usaha menyerapkan ilmu pengatahuan, sama ada
secara teori atau praktikal bagi membentuk peribadi atau watak seseorang individu bagi
menempuh kehidupan yang semakin kompleks. Pendidikan islam dikaitkan dengan
beberapa istilah khusus antaranya tarbiyah, ta’lim, tadris, ta’dib dan irsyad. Selain itu,
pendidikan merupakan satu proses abadi yang membawa perkembangan mental dan fizikal
serta kesedaran manusia terhadap Tuhan.

Pendidikan Islam dikaitkan dengan beberapa istilah seperti tarbiyah iaitu proses
pembentukan peribadi seseorang individu, ta’lim iaitu proses pemindahan ilmu, ta’dib iaitu
proses pembentukan sahsiah sebagimana yang kehendaki oleh Islam dan irsyad iaitu
petunjuk berasaskan syariah. Tiga falsafah yang kaitkan dengan pendidikan Islam ialah
akidah, ilmu dan amal Bermula dari dalam buaian hingga ke liang lahad. Kebebasan kepada
semua orang untuk mendapatkan pendidikan tanpa mengira jantina , kekayaan , dan warna
kulit. Menuntut ilmu merupakan suatu kewajipan atau fardhu , sama ada kepada kaum lelaki
mahupun wanita. Oleh itu, menjadi tanggungjawab kepada setiap individu untuk mencari
ilmu kerana agama islam sendiri memandang tinggi dan menghormati orang yang menuntut
ilmu.

Ciri - ciri falsafah pendidikan Islam ialah, sumber utama berlandaskan al-Quran dan
Sunnah. Sumber yang sah dan hakiki, diikuti sunnah atau hadis Rasulullah SAW. Selain itu,
berpandukan sumber akal dalam bentuk ijtihad dan qias bagi menjelaskan parkara-perkara
yang tidak dapat diterangkan secara jelas oleh sumber al-quran dan sunnah. Matlamat
utama ialah memenuhi keperluan kerohanian, menanamkan kepercayaan dalam pemikiran
dan hati, pemulihan akhlak dan membangunkan jiwa merdeka Menurut ibn khaldun,
matlamat pendidikan islam ialah mempersiapkan seseorang dari segi keagamaan iaitu
mengajarnya tentang syiar-syiar agama menerusi al-Quran dan sunnah.

Berikutnya, mempertingkatkan daya pemikiran. Tahap pemikiran yang tinggi,


seseorang itu dapat membuat pelbagai pekerjaan dan menambahkan daya kreativitinya.
Memperlengkapkan akhlak manusia sesuai dengan fungsi kejadian manusia sebagai
khalifah dan hamba Allah SWT yang wajib mengamalkan nilai-nilai akhlak bertunjangkan
amal ma’ruf nahi munkar. Seterusnya, pembangunan seimbang antara aspek Naqliah dan
Aqliah. Contohnya, membolahkan manusia mengenali pencipta-Nya dan mentaati segala
perintah dan suruhan-Nya. Bersifat dinamis, melibatkan proses pendidikan sepanjang hayat,
iaitu bermula daripada buaian hingga ke liang lahad.
Selain itu, memenuhi keperluan kerohanian. Menanamkan kepercayaan dan
pemikiran dan hati, Pemulihan akhlak Membangunkan jiwa merdeka dan Menekankan nilai
dan keikhlasan manusia yang bekerja atau melakukan sesuatu kerana Allah SWT. Di
samping itu, sumber utama ialah al-Quran dan Sunnah. Al-Quran dan sunnah merupakan
sumber dalam falsafah pendidikan Islam. Misalnya, sumber al-Quran ialah sumber yang
sah dan hakiki diikuti oleh sunnah. selain itu pendidikan Islam juga berpandukan sumber
akal, iaitu ijtihad dan qias. Sumber ini dapat menerangkan perkara-perkara yang tidak dapat
diterangkan secara jelas oleh sumber al-Quran dan sunnah. sumber-sumber ini telah
menonjolkan prinsip-prinsip yang ideal demi membentuk insan sempurna yang
mengabdikandiri kepada Allah SWT untuk mendapat keredaannya.

Lebih-lebih lagi, mewujudkan pembangunan yang seimbang. Sebagai contoh,


pembangunan yang seimbang ialah dari aspek naqliah dan aqliah supaya dapat mengenali
penciptaNya dan seterusnya mentaati segala perintahnya. penekanan diberi kepada semua
aspek pertumbuhan manusia agar sentiasa seimbang supaya dapat melaksanakan tugas-
tugas sebagai khalifah Allah di bumi ini. Pembelajaran yang diterima oleh seseorang individu
dapat membawa kesedaran kepadanya tentang tujuan dia dicipta. Kesedaran ini akan
mendorongnya membangunkan dunia mengikut ajaran agama Islam. Sementara itu,
menekankan nilai dan keikhlasan manusia. Ini menunjukkan bahawa, pendidikan akan
merangsang seseorang untuk berusaha bersungguh-sungguh. Pendidikan dapat memimpin
manusia ke arah kemajuan hidup yang lebih ideal. Pendidikan juga merupakan penilaian
bagi kejayaan atau kegagalan seseorang dalam kehidupannya.

Kesimpulannya, Secara amnya, pendidikan Islam bertujuan untuk mendapatkan


keredaan Allah supaya merasai kehidupan yang bahagia di dunia dan akhirat. Menurut al-
Farabi, objektif utama falsafah Islam adalah untuk mendapatkan ilmu demi mentauhidkan
Allah SWT. Pendidikan islam adalah untuk mendapatkan keredaan Allah SWT, membentuk
akhlak terpuji, menyedarkan manusia tentang hubungan dan tanggungjawabnya serta
sebagai persediaan menghadapi kehidupan di dunia dan akhirat. Tujuan khasnya,
mengharapkan perubahan-perubahan yang berlaku, khususnya tingkah laku melalui
penurunan ilmu yang dilaksanakan secara sistematik.

You might also like