You are on page 1of 25

FAKULTI KEMANUSIAAN SENI DAN WARISAN

AJ21903 SEJARAH ASIA TENGGARA PRA KOLONIAL

SOALAN 1: SIGNIFIKAN KEPELBAGAIAN TAMADUN DAN


AGAMA TERHADAP SOSIO-POLITIK SEMASA ASIA BARAT.
NAMA PENSYARAH : EN.MOHD SHAUKI BIN MOHMMAD RADZI
NAMA TUTOR : MISS SALBIAH BUAJAN
MASA TUTORIAL : (10.00-11.00 PAGI)
NAMA PELAJAR

NO. MATRIK

JASWIN JELINUS

BA13110136

MARCELLA GAUHIN

BA13110174

MARY SATIAU

BA13110180

QUINEFERA AMBROSE

BA13161072

SITI NOORSOFFERA ZAINUDDIN

BA13110584

SIVABALAN A/L NATARAJAN

BA13110483

Peta 1 : Peta Rantau Asia Barat atau Timur Tengah

1.0

Pengenalan

Asia

Barat

atau

Timur

Tengah

adalah

satu

istilah

lain

yang

boleh

menggambarkan Asia Barat. Istilah Middle East telah diperkenalkan oleh Admiral
Alfred Thayer Mahan iaitu seorang pegawai tentera laut Amerika yang
merupakan seorang sejarawan geopolitik pada tahun 1950-an. Asia Barat atau
Timur Tengah juga turut dikenali sebagai The Holy Land, The Hejaz, Sarqu alAwsat, The Lewant dan istilah Near East telah kerap digunakan oleh kuasa-kuasa
barat sehinggalah Perang Dunia Kedua. Negara atau wilayah-wilayah lain yang
termasuk di dalam Asia Barat atau Timur Tengah ini adalah seperti Bahrain,
Cyprus, Mesir, Iran, Iraq, Israel (Palestin), Jordan, Kuwait, Lubnan, Oman, Qatar,
Arab Saudi, Sudan, Syria, Turki, dan Yamen. Selain itu ada juga para sarjana yang
menulis bahawa ada juga negara di kawasan Afrika Utara termasuk di dalam Asia
Barat iaitu seperti Libya, Tunisia, Algeria,dan Morocco atas alasan bahawa
negara-negara tersebut mempunyai budaya yang sama dengan budaya yang
ada di Asia Barat. Latar belakang Asia Barat sememangnya mempunyai
kestrategikan yang benar-benar telah menarik perhatian atau minat kuasa-kuasa
luar untuk menguasainya atau dengan kata yang lebih tepat banyak kuasa lain
yang cuba merampas wilayah-wilayah yang boleh membawa keuntungan yang
banyak kepada mereka baik dari aspek politik, ekonomi mahupun sosial.
Justeru,kepelbagaian tamadun da agama Asia barat telah memberikan impak
kepada sosio-politik di Asia Barat. Oleh itu, esei ini akan cuba menerangkan
bagaimana signifikan kepelbagaian tamadun dan agama terhadap sosio-politik
semasa asia barat.

2.0

KEPELBAGAIAN TAMADUN DAN AGAMA

2.1 Kerajaan Bani Umayyah


Nama kerajaan ini diambil sempena nama keturunan Bani Umaiyah iaitu
Umaiyah bin Abdul Shams seorang peniaga peniaga terkenal.

Kerajaan ini

diasaskan oleh Muawiyah b. Abu Sufyan, selepas peristiwa penyerahan kuasa


daripada Saidina Hassan bin Ali untuk menggelakkan perpecahan umat Islam.
Pada Tahap pertama pemerintahannya berpusat di Damsyik. Pemerintah
menggunakan geraran khalifah, diasaskan oleh Khalifah Muawiyah. Manakala
pada

Tahap

kedua,

kerajaan

ini

berpusat

di

Codova

dan

pemerintah

menggunakan gelaran Amir diasaskan oleh Abdul Rahman al-Dakhil. 1


2.2 Kerajaan Bani Abbasiyyah
Pada peringkat akhir pemerintahan Bani Umayyah, golongan Mawali (orang Islam
bukan arab seperti Parsi dan Barbar) telah didiskrimisikan. Mereka tidak dapat
menjawat jawatan yang lebih baik berbanding dengan Bani Umayyah dan
dikenakan cukai yang lebih tinggi. Bani Umayyah yang mentadbir pula mula
mengabaikan ajaran Islam.

Kesannya golongan Mawali menyertai gerakan

Abbasiyah. Sistem warisan Umaiyah juga telah ditentang oleh orang Islam Syiah
dan Khawarij. Akhirnya gerakan Revolusi Abbasiyah berjaya menumbangkan
kerajaan Bani Umaiyah. Gerakan ini dimulakan oleh Ali b. Abdullah atas nama
Ahlulbait (keluarga Nabi Muhammad s.a.w) agar mendapat sokongan.

Pusat

operasi mereka di Khurasan, Kufah dan Humaimah. Pemimpin terkenalnya ialah


Abu Salamah dan Abu Muslim.

Ketika pemerintahan Abu Jaafar AlMansur

pemerintahan kerajaan ini berpindah dari Damsyik ke Baghdad.

Kerajaan ini

berakhir apabila ditawan tentera Monggol yang diketuai oleh Hulagu Khan.
Kerajaan

ini

mengamalkan

keturunan raja).

sistem

warisan

atau

monarki

(pemerintahan

Nama kerajaan ini diambil sempena nama al abbas (bapa

saudara Nabi Muhammad s.a.w).


2.3 Kerajaan Uthmaniyyah
Kelemahan Kerajaan Abbasiyah menyebabkan munculnya kerajaan kecil seperti
Saljuk di Turki. Salah sebuah pemerintahan di bawah pengaruh Saljuk ialah
Anatolia, tetapi pemerintah Anatolia bebas mentadbir. Kemudian kerajaan kecil
1 Mariana Adnan dan J.U Bracus, Ensiklopedi Ternatis Dunia Islam Khilafah (2),
Jakarta: PT Ichtiar Baru Van Hoeve 2002, Hlm. 22

Anatolia ini menguasai kerajaan lain hingga membentuk kerajaan Turki


Uthmaniyah. Uthmaniyah berasal dari nama pengasas kerajaan ini iaitu Uthman
b. Ertughrul. Beliau ialah Amir (gabenor Saljuk) kawasan barat Anatolia yang
bersempadan empayar Byzantine (Rom Timur) maka ancaman disini amat tinggi.
Kemudian Byzantine ditumpaskan oleh Uthman, maka ramai ghazi (pahlawan
tentera) dan pemimpin masyarakat bersatu di bawah pimpinan Uthman untuk
memperluaskan taklukan.
3.0 PERMULAAN PERLUASAN KUASA POLITIK UTHMANIYYAH DI ASIA
BARAT
Semasa
kekuatan

penubuhan

empayar

ini

dan

tidak

perkembangan

boleh

disoal

lagi

Empayar

Uthmaniyyah,

lebih-lebih

lagi

semasa

pemerintahan Sultan Muhammad al-Fatih.2 Hal ini menjadikan Empayar


Uthmaniyyah istimewa dalam sejarah ketamadunan manusia. Sepanjang kurun
ke-16, Empayar Uthmaniyyah terus berkembang daripada segi wilayah dan
kekuasaan dengan mengembangkan kekuasaan sehingga ke Afrika Utara di barat
daya dan Parsi di sebelah timur. 3 Semasa Perang Chaldiran, di sebelah timur
Anatolia, (sekarang di barat Tabriz, Turki) pada tahun 1514, tentera Uthmaniyyah
di bawah pimpinan Sultan Selim I memenangi pertempuran menentang tentera
Parsi. Hal ini memastikan keselamatan wilayah Uthmaniyyah di sebelah
timurnya.
Selepas itu tumpuan Empayar Uthmaniyyah beralih kepada bahagian
barat empayar terbabit. Sultan Suleiman I, selepas menaiki takhta pada tahun
1518, mengetuai beberapa siri ketenteraan di Balkan. Di bawah Suleiman yang
juga

merupakan

seorang

pemikir

strategi

perang

yang

hebat,

tentera

Uthmaniyyah mara ke utara dengan menguasai Belgrade (1521), mengalahkan


Hungary (1526), dan menyerang Vienna (1529). Kejayaan pengembangan kuasa
Uthmaniyyah pada kurun ke-16 adalah kerana kemahiran bersenjata api dan
taktik peperangan di samping kesempurnaan sistem ketenteraan.
Tentera Uthmaniyyah juga amat mahir dalam melakukan serangan dan
kepungan kerana serangan seperti ini mendatangkan kesan kemusnahan yang
2 Ibid. hlm. 45
3 Hamka, Sejarah Umat Islam, Kuala Lumpur, Penerbit Pustaka Antara, 1977,
Hlm. 87

teruk terhadap musuh mereka. Salah satu contoh terbaik untuk menunjukkan
kemahiran mereka menyerang atau membuat pengepungan ialah semasa
peristiwa penaklukan Constantinople (Istanbul pada tahun 1453. Semasa
serangan terbabit, meriam-meriam besar digunakan bagi memusnahkan tembok
yang tinggi dan tebal. Meriam-meriam ini diperbuat daripada gangsa dan dibawa
berdekatan dengan kota ini menggunakan banyak tenaga manusia disamping
penggunaan kerbau dan lembu kerana berat yang melampau meriam-meriam
ini. Meriam-meriam ini kemudiannya ditanam di sebelah hujung bagi menyerap
tekanan letupannya. Seorang panglima Austria pernah berkata bahawa tentera
Uthmaniyyah amat "kebal" semasa musim panas. Keterangan ini nyata benar
memandangkan banyak kejayaan dicapai semasa kempen-kempen perangnya.
Perkembangan kekuasaan Uthmaniyyah boleh dikategorikan kepada dua
zaman. Zaman pertama boleh dikatakan semasa berlakunya penaklukan dan
perkembangan kuasa; iaitu bermula daripada penawanan Constantinople pada
tahun 1453 sehinggalah kemangkatan Sultan Sulaiman al-Qanuni (Suleiman the
Magnificent) pada tahun 1566.4 Selepas berakhirnya zaman pertama, zaman
kedua pula muncul iaitu semasa struktur pentadbiran mula menunjukkan
kelemahannya akibat daripada perebutan kuasa dan rasuah iaitu dari tahun
1566 sehinggalah kegagalan serangan ke atas Vienna pada tahun 1683.
Bagi meluaskan pengaruh dan kawasan Empayar Uthmaniyyah semasa
zaman perluasaan kuasanya, pemimpin memilih untuk menyebarkan melalui
laluan air iaitu laut. Selim I menawan Parsi sebelum tewas kepada tentera Parsi
tidak lama kemudian. Parsi kemudian menewaskan tentera Uthmaniyyah dan
menawan sebahagian kawasan milik Uthmaniyyah di timur empayar itu. Mereka
juga berjaya menawan Baghdad. Empayar Uthmaniyyah menubuhkan tentera
laut di Laut Merah bagi mengatasi pengaruh Portugis dalam perdagangan
rempah. Semasa zaman ini, Empayar Uthmaniyyah bersaing dengan kuasakuasa Eropah di Laut India. Empayar Uthmaniyyah juga menghantar tentera
lautnya bersama-sama dengan kelengkapan perang dan askar ke Kenya dan
Aceh bagi membantu pemerintah-pemerintah Muslim di sana, di samping
mempertahankan perdagangan rempah dan hamba.
3.1 KEKUATAN KUASA POLITIK EMPAYAR UTHMANIYYAH DI ASIA BARAT
3.1.1 Kuasa Sultan
4 Ibid hlm. 95

Sultan ialah pemerintah tertinggi di Empayar Uthmaniyyah walaupun pada


akhir zaman empayar ini, kuasa mereka menjadi semakin terhad. Empayar ini
dikenali sebagai Ottoman atau Uthmaniyyah di dalam sejarah. Pemerintah
pertama empayar ini menggelar diri mereka sebagai Bey. Oleh itu mereka
mereka mengakui kesetiaan kepada Kerajaan Seljuk. Sultan Murad I ialah
pemerintah pertama yang menggunakan gelaran "sultan". Dengan tertawannya
Constantinople (Istanbul) pada tahun 1453, empayar ini semakin menuju ke
kemuncak kehebatannya. Mulai tahun 1517, sultan-sultan Uthmaniyyah juga
merupakan Khalifah umat Islam. Sultan-sultan juga digelar dengan pelbagai
gelaran, antaranya ialah Sultan bagi segala Sultan, Panglima orang-orang
Mukmin, dan waris Rasulullah s.a.w.
3.1.2 Undang-Undang
Terdapat tiga jenis sistem perundangan di dalam Empayar Uthmaniyyah:
satu bagi orang Islam(kadi), satu bagi orang bukan Islam, dan satu bagi
perdagangan.5 Undang-undang tertinggi empayar ini ialah Undang-Undang
Kanun.

Mahkamah

utama

dalam

empayar

ini

ialah

Mahkamah

Syariah.

Pentadbiran tempatan adalah salah satu cara untuk menyamaratakan kuasa


pusat dan tempatan. Terdapat dua sistem kehakiman iaitu Undang-Undang
Syariah dan Undang-Undang Kanun. 6 Tidak berlaku percampuran kuasa bagi
masalah agama yang lain. Undang-undang Syariah ialah berdasarkan Al Quran
dan hadith. Undang-undang kanun (juga dikenali sebagai Undang-undang sivil)
ialah undang-undang yang ditetapkan oleh sultan. Kedua-dua sistem ini diajar di
sekolah undang-undang yang wujud di Bursa dan Istanbul. Mahkamah diuruskan
oleh seorang kadi yang dilantik sultan.
3.1.3 Ketenteraan
Pengambilan askar baru untuk menjadi sebahagian daripada tentera
Uthmaniyyah

merupakan

satu

sistem

yang

kompleks.

Didalam

tentera

Uthmaniyyah, askar berkuda merupakan unit utamanya. Askar berkuda ini


menggunakan panah dan pedang pendek sambil mempraktikkan taktik seperti
yang ditunjukkan oleh tentera Mongol. Tentera Uthmaniyyah pernah menjadi
5 Muhd. Jamil Mukmin, Sejarah Perkembangan Islam, Kuala Lumpur: Nurin
Enterprise, 1992, Hlm 67.
6 Badri Yatim, 2005, Sejarah Peradaban Islam, Jakarta: PT Rajagrafindo Persada,
2005, Hlm 13.

tentera termoden dan terkuat di dunia, menjadikannya kerajaan pertama


menggunakan khidmat askar bersenapang. Unit tentera elit Uthmaniyyah ialah
tentera Janissari yang juga merupakan pengawal peribadi sultan-sultan. Selepas
kurun ke 17, Kerajaan Uthmaniyyah tidak lagi mampu menghasilkan angkatan
tentera moden disebabkan kurangnya reformasi dan askar-askar Janissari yang
korup.
Pembubaran unit Janissari pada tahun 1826 sudah terlambat dan ketika
perang menentang Rusia, Empayar Uthmaniyyah kekurangan senjata moden dan
teknologi. Pemodenan Empayar Uthmaniyyah pada kurun ke-19 bemula dengan
pemodenan angkatan tenteranya. Empayar ini merupakan institusi pertama
mengupah pakar asing dan menghantar pegawai-pegawai kanan mereka untuk
menjalani latihan di negara-negara Barat. Dengan cara ini teknologi dan senjata
baru tiba di sini seperti senapang dari Jerman dan British, tentera udara dan
tentera laut moden. Empayar Uthmaniyyah berjaya dalam memodenkan
angkatan

tenteranya,

walau

bagaimanapun

mereka

masih

tidak

dapat

menandingi kuasa-kuasa Barat.

3.2

TEMPAT KELAHIRAN TAMADUN (CRADLE OF CIVIISATION)


Tamadun

Mesopotamia yang merupakan tamdun yang terawal di dunia

telah muncul di rantau Timur Tengah ini sekitar 3500 Sebelum Masihi.
Mesopotamia dikenali dengan nama negara Iraq kini. Tamadun-tamadun
seterusnya yang telah muncul di rantau ini terdiri daripada tamadun Babyon dan
tamadun Asyur.
Dalam abad yang keempat Sebelum Masihi, bandar di negeri-negeri yang maju
di selatan Mesopotamia telah diuasai oleh kuil-kuil yang diwakili oleh dewa-dewa
penaung bandar. Bandar yang paling menonjol ialah bandar Summer yang
merupakan bandar yang terbesar dalam tamadun manusia. Bandar Summer juga
merupakan bandar yang telah memberikan bahasa yang pertama kepada
kehidupan manusia. Pada tahun 2360 sehingga 2305 Sebelum Masihi Sargon
besar telah menyatukan semua negeri-negeri di selatan dan telah mengasaskan
sebuah dinasti yang dikenali sebgaai dinasti Akkadia yang turut merupakan
empayar yang pertama di dunia 7. Tidak lama selepas tamadun Summeria
7Subhi Y. Labib, Capatalism in Mediavel Islam, The Jounal Of Ecocnomic History,
Cambridge University Press: Cambridge.1996. Hlm 79, 96, dan 80.

bermula, tamadun Mesir telah bersatu di bawah Firaun pada abad yang ke empat
Sebelum Masihi. Tamadun Mesir purba telah berkembang melalui Bulan Sabit
Subu di panati barat Laut Mediteraanean dan sehingga ke seluruh Levant. Orang
Elam, Het, Amori, Phonecia, Israel dan lain-lain kemudiannya telah menubuhkan
negeri-negeri yang penting di rantau Asia Timur Tengah.
3.2.1

Empayar Assyria
Tamadun Mesopotamia merupakan asas kepada kemunculan bberapa

tamdun atau empyar berkuasa yang telah muncul dan memrintah seluruh Timur
Tengah. Antaranya ialah empayar Assyria yang merupakan merupakan sebuah
empayar yang menjadi sebuah empayar yang terbesar di rantau Asia Timur
semasa zaman kemuncaknya. Empayar Assyria telah memerintah hampir
kesemua negara-negara yang wujud pada hari ini sperti negara Iraq, Lubnan,
Israel, Palestin, Kuwait, Jordan, Mesir, Cuprus, Bahrain, Iran, Turki, Armenia,
Georgia, Sudan, dan Arab. Empayar Assyria telah memberikan kesan yang
mendalam dan yang berkekalan di rantau Timur Tengah.
3.2.2 Empayar Iran
Bermula pada abad yang keenam Sebelum Masihi, empayar Iran telah
muncul dan telah menguasai rantau ini. Empayar ini telah bermula dengan
kemunculan Medo dan Empayar Neo-Babylon dan seterusnya telah diganti
dengan empayar Archaemenid yang telah memerintah untuk sebuah tempoh
yang sangat singkat. Empayar Archaemanid turut dikanali sebagai empayar Parsi
yang pertama dan ia telah ditawan pada lewat abad ke empat Sebelum Masihi.
Empayar yang sangat singkat ini telah ditawan oleh empayar Macedonia
Alexender yang merupakan pengganti kerajaan besar dan kemudiannya telah
diganti oleh Ptolemy Mesir dan negeri Seleciud di Asia Barat.
Selepas satu abad kemunculanya, empayar Parsi telah dihidupkan semula
oleh Parthians Asia Tengah Iran di abad ke tiga Sebelum Masihi dan diteruskan
oleh pengganti mereka iaitu Sassanids yang telah memerintah pada abad ke tiga
Masihi. Empayar ini telah menguasai bahagian yang besar daripada apa yang
kini dikenali sebagai rantau Asia Timur dan Afrika Tengah.
3.2.3 Empayar Rom
Pada abad yang pertama Sebelum Masihi, empayar Rom berkembang
telah berkembang menjadi sebuah empayar yang berjaya menawan seluruh

kawasan Mediterannean Timur termasuk kebanyakan Timur Dekat. Eropah dan


Afrika Utara telah disatukan oleh empayar Rom di dalam satu unit politik dan
ekonomi. Empayar Rom menjadi kawasan yang paling berkuasa dari segi politik
dan budaya selam berabad-abad. Walabagaimanpun budaya Latin telah mula
merebak di Macedonia dan telah menguasai seluruh rantau ini. Budaya dan
bahasa Yunani mula tersebar di rantau akibat daripada pengaruh empayar
Mecedonia da terus menguasai seluruh Rom. Bandar di Timur Tengah,
terutamanya Alexendria, menjadi pusat bandar utama bagi empayar Rom dan
rantau pula menjadi tempat pengeluaran roti yang utama di empayar Rom.
Agama Kristian telah mula merebak empayar Rom dan Parsi dan menjadi
akar Di Timur Tengah dan bandar-bandar seperti Alxendria dan Edessa. Bandarbandar ini telah menjadi puat penyebaran agama Kristian. Menjelang abad
kelima, agama Kristian merupakan agama yang dominan di Timur Tengah dan
menjadi yang penting berbanding dengan agama-agama yang lain yang wujud di
Asia Tengah ketika itu. Hubungan politik antara Asia Timur dengan Rom telah
mula utus secara beransur-ansur apabalia barat mula menjadi rantau agama
Kristian dan Rom mula dikenali sebagai Rom Constantinople. Empayar Rom
Timur hari ini dikenali sebagai Empayar Byzantine yang memerintah di kawasan
Balkan Efrat. Pada zaman Rom bahasa Yunani telah menjadi menjadi lingua
franca di rantau ini. Walaubagaimanapun, bahasa-bahasa lain seperti bahasa
Syriacs dan Ibrani terus digunakan. Kawasan Byxzantine dan Yunani telah berada
dalam kedaan yang stabil dan makmur di bawah pemerintahan Rom.
3.2.4 Tamadun Islam
Pada abad yang ketujuh, sebuah kuasa yang baru telah muncul di
kawasan Asia Tengah iaitu tamadun Islam. Empayar Rom Byzantine dan Sassanid
Parsi telah menjadi lemah akibat daripada peperangan iaitu Perang Rom-Parsi.
Dalam siri penaklukan Islam yang pesat, tentera Arab telah didorong oleh agama
Islam dan telah diketuai leh khalifah dan komander tentera yang mahir seperti
Khalid Ibn Al-Walid. Peperangan ini telah emalnda kebanyakan Timur Tengah dan
telah megurangkan hampir separuh tanah Byzantine dan sepenuhnya Parsi. Di
Anatiloa, perkembangan mereka telah disekat oleh Byzantine yang masih lagi
kuat akibat daripada bantuan orang Bulgaria. Walaubagaimanapun sebarang
penakhlukan Islam tidak dapat dilakukan ke atas Byzantine, Roman Syria, Afrika
Utara, dan Silicy. Empayar Arab merupakan empayar pertama yang telah
megawal keseruhan Timur Tengah serta tiga perempat daripada rantau

Mediterannean8. Khalifah Arab yang pertama telah menyatukan Timur Tengah


dan seluruh rantau yang berbeza dan telah berjaya mewujudkan sebuah identiti
yang dominanan dari segietnik yang berterusan sehingga ke hari ini. Empayar
Saljuk juga kemudiannya telah muncul dan menguasai rantau ini.
Kebanyakan kawasan di rantau Afrika Utara telah menjadi kawasan penriferal
atau psat uatam bagi agama Islam di Timur Tengah tetapi Iberia atau Andalusia
dan Magribi telah berjaya berpisah dan menubuhkan masyarakat dunia yang
paling maju pada masa ini. Selain itu Bagdad dan Timur Mediterannean turut
melakukan perkara yang sama. Antara tahun 831 dan 1071, Emiriah Sicily
merupakan salah sebuah pusat utama bagi kebudayaan Islam di rantau
Mediterannean.

Selepas

penakhlukan

oleh

Norman

pulau

tersebut

telah

membangunkan budaya mereka tersendiri yang berbeza dengan hasil gabungan


budaya Arab dan penaruh barat serta Byzantine. Palermo kekal menjadi pusat
utama seni di Mediterannean si zaman pertengahan.
Afrika telah dihidupkan semula, bagaimanapun sebagai sebuah negeri
yang lebih tersusun dan berpusat ia mula terbentuk pada lewat zaman
pertengahan selepas Renaissance pada abbad kedua belas. Didorong oleh
agama dan impian penakhlukan, raja-raja Eropah melancarkan beberapa Perang
Salib untuk cuba melancarkan kuasa islam kembali dan merebut kembali tanah
suci. Perang Empayar telah menggoyakan Byzantine yang mula kehilangan
peingkatan jumlah wilayah Turki Uthmaniyyah. Mereka juga disusun semula
imbangan kuasa di dunia Islam yang telah mengakibatkan Mesir sekali lagi
muncul sebagai kuasa utama di Mediterannean timur.

4.0 KESAN TERHADAP SOSIO-POLITIK


4.1 Politik
Selain itu impak dan kepentingan yang diterima oleh asia barat hasil
daripada perkembangan tamadun awal dan agama dari segi sosio-politik ialah
seperti berikut. Dari segi politik telah wujud hubungan politik antara negara asia
barat dan negara-negara dari benua lain. Sebagai contoh penubuhan persatuan
8 Subhi Y. Labib, Capatalism in Mediavel Islam, The Jounal Of Ecocnomic History,
Cambridge University Press: Cambridge.1996. Hlm 79 dan 96.

Islam sedunia iaitu Organisation of Islamic Cooperation. Persatuan ini disertai


oleh seluruh negara Islam dari Asia barat, asia timur, asia tenggara dan asia
selatan serta benua Eropah dan benua Afrika.
Selain itu, dari segi perundangan pula, negara asia barat seperti Arab
Saudi menggunakan ajaran Islam dalam pelaksanaan dasar dan undang-undang
dinegara ini seperti penggunaan hukum Hudud, Takzir, Qisas dan lain-lain,
merupakan kesan daripada kewujudan agama Islam di Asia barat. Malahan,
penggunaan dan penggubalan fatwa-fatwa Islam juga digunakan di negaranegara asia barat seperti Turki dalam memperkukuhkan sistem pentadbiran
negara tersebut. Sistem fatwa ini hasil daripada kerajaan Turki Uthmaniyah telah
menjadi satu komponen penting dalam membangunkan sesebuah negara di asia
barat. Wujudnya, sistem demokrasi dalam pemerintahan negara-negara asia
barat pada masa kini hasil daripada perkembangan tamadun dan agama awal
dikawasan mereka. Sebagai contoh kewujudan sistem pilihanraya dimana-mana
negara Asia barat dalam memilih pemimpin untuk mentadbir negara. 9
Di samping itu, akibat daripada kepelbagaian Tamadun dan agama di Asia
Barat ini telah memberi kesan kepada Politik Asia Barat. Antara kesan yang telah
wujud adalah kewujudan semangat yang kuat dan semangat jihad dalam
kalangan masyarakat Asia Barat. Hal ini dapat dibuktikan ketika zaman kerajaan
Turki Uthmaniyah. Kerajaan Turki Uthmaniyah terkenal dengan sifat mereka yang
berani dan kuat. Selain itu, semangat Jihad yang tinggi juga wujud yang
bermaksud perjuangan dalam bahasa Arab. Perkataan jihad ini sering muncul
dalam Al-Quran dan juga pengunaan umum yang digunakan sebagai experesi
ideamatik untuk berjuang di jalan Allah, yang juga disebut sebagai Al-jihad f
sabil Allah.10 Semangat jihad yang dimiliki oleh mereka inilah yang menjadikan
kerajaan di rantau Asia Barat amat kuat khususnya dalam bidang ketenteraan.
Dari segi aspek politik, terutama dalam bidang perundangan, Sultan
Suleiman I telah berjaya memperkenalkan satu kanun yang dikenali sebagai
Kanun Suleiman. Dimana dibawah kanun ini, semua hak rakyat dipelihara dari
segi harta, keselamatan dan nyawa, serta kehormatan individu pelbagai bangsa
dan agama. Selain itu, jawatan kadi dan mufti dijadikan sebagai sebahagian
9 Ibid.hal 16-20.
10 Sir Thomas Arnold, The Legacy of Islam, Oxford Clarendon Press, 1931, hlm.
110.

daripada organisasi dan pentadbiran perundangan Islam. Disamping itu, jawatan


Sheikh ul Islam iaitu ketua ulamak. Tugas Sheikh ul Islam atau ketua ulamak ini
adalah untuk mengeluarkan fatwa-fatwa.
Seterusnya, ketenteraan di Asia Barat juga turut berkembang dengan begitu
mendadak seiring dengan peluasan kuasa wilayah oleh Kerajaan Uthmaniyah.
Dalam rantau Asia Barat khususnya Uthmaniyyah sahaja, telah diperintah oleh
37 orang pemimpin. Aspek ketenteraan dan perluasaan kuasa wilayah adalah
amat terkenal pada ketika itu hasil daripada kepelbagaian tamadun dan agama
di Asia barat. Sebagai contoh, sewaktu Uthman bin Ertorghrul meninggal dunia,
kekuasaan Empayar Uthmaniyyah sudah menguasai kawasan Saqarya di sebelah
timur dan Yani di selatan Turki dan bandar-bandar Yunani yang tertentu seperti
Iznik dan Izmit. Sebahagian besar diperoleh menerusi kegiatan politik dan
ketenteraan daripada kerajaan Byzantine. Hasil kemaraan tersebut, Empayar
Uthmaniyyah telah menjadi satu kuasa yang terbesar di kawasan Anatolia. 11
Pada tahun 1352, tentera Uthmaniyyah telah memasuki benua Eropah. Empat
tahun kemudian, memasuki benua Eropah. Empat tahun kemudian, mereka
berjaya menawan bandar Gallipoli. Pada zaman Murad I dan Bayazid, iaitu dari
tahun 1389 hingga tahun 1403, keseluruhan kawasan barat Constatinople
ataupun

Istanbul,

Adrianople,

telah

Bulgaria,

ditawan

Hungary,

oleh

Bosnia,

tentera

Uthmaniyyah

Wallachia,

dan

termasuklah

selatan

Yunani. 12

Sebahagian kawasan Balkan telah dikuasai oleh mereka, dan kawasan-kawasan


ini telah disatukan oleh mereka, dan kawasan-kawasan ini telah disatukan dalam
wilayah Rumelia.
Kesan politik yang seterusnya, akibat daripada kepelbagaian tamadun dan
agama adalah wujud hubungan yang erat antara rakyat dan juga pemimpin.
Semasa pemerintahan Murad I, hal ini dapat dilihat dengan jelas di Asia Barat.
Disebabkan itu, kebanyakkan penganut agama kristian tertarik hati terhadap
islam. Oleh hal yang demikian, banyak bangsa Eropah telah memeluk Islam dan
pada masa itu telah terbentuk satu unit tentera khas yang diberi nama
Janissari atau Yeni Cheri.

11 Dr.William Spencer, The Middle East, The McGraw-Hill Companies,2003, hlm.43


12 Ibid, hlmn. 44

Kesan politik yang paling ketara di Asia Barat akibat kepelbagaian


tamadun dan agama adalah wujud persaingan untuk mendapatkan kawasan
tanah jajahan. Setiap kawasan yang berada di sekitar Asia Barat masing-masing
mempunyai pegangan politik yang berbeza serta ideologi yang tidak sama. Oleh
itu, mereka masing-masing mahu mempertahankan ideologi mereka dan
berusaha untuk mendapatkan satu kawasan baru untuk dijadikan naungan.
Hingga ke hari ini, perperangan masih lagi berlaku antara negara-negara di Asia
barat kerana mahu mempertahankan kawasan mereka daripada diambil alih
kuasa lain serta mempertahankan idologi negara mereka sendiri sehingga
menyebabkan ramai nyawa yang terkorban. Antara negara yang masih
berperang akibat kesan kelbagaian tamadun dan agama adalah Palestin dan
Israel. Perperangan antara kedua-dua negara ini walaupun dalam rantau Asia
Barat yang sama masih berlaku hingga ke hari ini kerana sejarah terdahulu
masih lagi menghantui dan sudah tertanam dalam diri masyarakat Israel dan
Palestin.
4.2

Ekonomi

Manakala dari segi ekonomi pula, kerajaan Turki Uthmaniyah berjaya membentuk
Jalinan Perdangan Dunia Islam yang besar berpusat di Istanbul. Hal ini demikian
kerna, kedudukan Istanbul yang strategik menjadikan bandar itu sbuah bandar
perdagangan

antara

Dunia

Islam

dengan

Dunia

Bukan

Islam.

Jalinan

perdagangan Kerajaan Turki Uthmaniyah meliputi pelabuhan-pelabuhan di


sepanjang Laut Tengah, Laut Merah, Laut Hindi , dan Laut Mediterranean.
Tambahan

juga,

memperkenalkan

dalam

aspek

pembaharuan

sosial,
di

kerajaan

kawasan

Turki

Balkan

di

Uthmaniyah
Eropah.

telah

Sebelum

kedatangan Islam, sistem bangsawan yang berasaskan keturunan dalam susun


lapis masyarakat telah diamalkan. Di eropah, kerajaan Turki Uthmaniyah telah
memperkenalkan sistem yang menggalakkan kecemerlangan individu dan
kesannya, pembahagian masyarakat Eropah bergantung kepada hasil usaha
individu. Fenomena ini telah mewujudkan mobiliti sosial yang lebih luas dalam
masyarakat Eropah.
4.3

Sosial

Antara impak yang terjadi terhadap kepelbagaian tamadun dan agama di Asia
Barat ialah, akibat daripada kepelbagaian tamadun dan agama maka Terdapat
pelbagai kesan daripada tamadun awal dan agama yang memberi impak dan
kepentingannya kepada pembangunan sosio-politik masyarakat di Asia barat.

Antara tamadun awal yang hebat yang telah memberi impak besar kepada asia
barat seperti empayar Turki Uthmaniyah. Empayar Turki Uthmaniyah ini
merupakan sebuah empayar Islam yang agung pada era pembentukan tamadun
awal di Asia barat. Kerajaan ini telah diasaskan oleh Osman I pada tahun 1299 di
timur barat Anatolia. Kerajaan ini telah mencapai pelbagai kejayaan sepanjang
era penguasaan mereka.13
Dalam aspek sosial pula, berlakunya perkembangan agama Islam di Asia
barat kebanyakan negara asia barat seperti Turki, Arab Saudi, Jordan, Syria,
Mesir dan sebagainya merupakan negara yang mengamalkan ajaran Islam.
Perkara ini berlaku disebabkan pengaruh agama dari tamadun terdahulu iaitu
Islam. Selain itu, kemunculan pelbagai mazhab agama Islam seperti Sunnah
Waljamaah, Syiah, Wahabi, dan lain-lain hasil daripada perkembangan agama
Islam di Asia barat. Malahan, berlakunya perkembangan agama Yahudi dan
Kristian di kawasan Asia barat sehingga kini akibat daripada kejatuhan kerajaan
Turki Uthmaniyah. Disamping itu, berlaku perang saudara di negara-negara asia
barat seperti Syria dan Iraq. Berlaku konflik diantara penganut agama Islam dan
penganut agama yahudi dalam merebut kawasan Jerussalem untuk dijadikan
kawasan ibadat bagi kedua-dua pihak ini. 14
Oleh yang demikian, sebagai contoh kesan yang terjadi akibat daripada impak
kepelbagaian tamdun dan agama terhadap masyarakat pada masa kini ialah,
dari aspek agama kita melihat tentang krisis sejak jatuhnya The Arab Spring
awal tahun 2011 . hal ini berlaku akibat daripada Konflik Syiah-Sunni adalah
konflik yang terjadi sewaktu pasca kematian Nabi Muhammad SAW di mana
pemerintahan-Nya digantikan oleh Abu Bakar yang beraliran Sunni Dan
perlantikan ini menyebabkan terajadinya konflik antara kedua dua aliran ini
kerana tidak sefahaman. Iaitu, Ali ibn Abi Thalib iaitu yang beraliran Syiah.
Kedua-dua kelompok ataupun aliran ini saling bercanggah fikiran antara satu
sama lain dan ini membuatkan terjadinya konflik antara kedua aliran ini.

13 Morton, Michael Quentin. 2011. Narrowing the Gulf: Anglo-American Relations


and Arabian Oil, 1928-74. And Liwa Journal 3 (6): 39-54.
http://www.ncdr.ae/liwa/issues/LIWA06E.pdf. Retrieved 14 July 2012.
14 Ahmad Sahide.2013. Konflik Syiah-Sunni Pasca-The Arab Spring. VOLUME 3
No. 3, 22 Desember 2013 Halaman 227-334.

Malah, konflik ini telah mewarnai ataupun menjadi hangat dalam


perkembangan politik Timur Tengah hingga kini, apatah lagi setelah kebangkitan
aliran Syiah yang dimulai dari Imam Khomeini yang telah memulakan Revolusi
Islam Irannya pada tahun 1979. Selain itu juga, setelah kebangkitan The Arab
Spring, maka melalui ini kedua-dua aliran dalam Islam iaitu aliran Syiah-Sunni
masing-masing menggunakan The Arab Spring untuk memperkuatkan lagi
pengaruh kekuasaan mereka dalam politik di kawasan Asia Timur

untuk

menyingkirkan yang lain. Hal ini masih terjadi di Bahrain, Mesir, dan Suriah yang
masih

berlaku

sehingga

hari

ini.

Malah,

The

Arab

Spring

juga

yang

mengakibatkan konflik yang semakin panas antara Syiah dan Sunni seiring
dengan musim tersebut.
Antara sebab yang mengakibatkan konflik ini berlaku ialah, Perbezaan
ideologi Syiah-Sunni. Dalam fahaman Syiah ini terdapat empat prinsip utama
iaitu ismah (ketakcercacatan Imam),Mahdiisme (Dalam Syiah Itsna Asyariah,
yang mempercayai terdapat dua belas Imam dan Muhammad al-Mahdi alMuntazhar adalah Imam yang kedua belas. Al-Muntazhar gaib (menghilang) pada
tahun 260 H. Syiah Itsna Asyariah meyakini bahwa suatu hari nanti Muhammad
al-Mahdi al-Muntazhar (Imam Mahdi) akan kembali untuk menegakkan keadilan
dan

kebenaran

kepada

kaumnya.

Maka

fahaman

inilah

yang

dikatakan

Mahdiisme. Selain itu, fahaman yang disebut taqiyyah (melindungi atau


menuntun diri)

Taqiyyah ini adalah salah satu strategi gerakan politik Syiah di

mana dalam konsep ini sekiranya seorang pengikut Syiah terancam maka
mereka boleh menyembunyikan identiti sebenar mereka daripada diketahui.
Konsep ini muncul kerana sarjana-sarjana Syiah menganggap bahwa Syiah
dalam sejarah selalu menjadi mangsa keadaan kaum Sunni yang besar dan
memiliki kekuatan politik yang besar. Salah satu perbezaan fahaman antara
aliran Syiah-Sunni adalah pemahaman mereka terhadap ijtihad. Menurut salah
satu prinsip teosofi Syiah yang paling berpengaruh, kebenaran Islam. Kebenaran
yang tepat hanya diketahui oleh Tuhan, Nabi, dan anggota keluarganya. Salah
satu hal yang dikritik oleh Sunni dari Syiah adalah klaim Syiah bahwa Imamah
merupakan salah satu dari rukun Islam.15

15 Ahmad Sahide.2013. Konflik Syiah-Sunni Pasca-The Arab Spring. VOLUME 3 No. 3, 22


Desember 2013 Halaman 227-334.

Oleh itu, terdapat lagi faktor yang menyebabkan krisis antara kedua-dua
aliran ini berlaku yang mengakibatkan konflik terjadi sehingga kini. Oleh itu
kesan terhadap impak kepelbagaian tamadun dan agama itu masih dapat dilihat
sehingga kini akibat daripada pembawaan terdahulu sehingga adanya tempias
sehingga hari ini. Di mana, akibat daripada kepelbagaian agama maka terjadinya
pelbagai aliran atau dengan erti kata lain munculnya pelbagai mazhab-mazhab
agama yang berlainan serta fahaman yang berbeza yang mendatangkan
pertelingkahan dan konflik. Ini dapat dilihat dalam dua aliran dalam satu agama
yang terjadi pada masa kini iaitu antara syiah dan sunni itu sendiri. Hal ini,
menjadi bukti tentang kesan terhadap kepelbagaian tamadun dan agama pada
masa kini yang menjadi contoh terhadap kepelbagaian tamadun dan agama
terdahulu.
4.4Agama
Kewujudan pelbagai tamadun awal manusia di kawasaan Asia Barat iaitu
Tamadun Rom, Tamadun Parsi, Byzantine, Mesir Kuno, Mesopotamia, Islam dan
Kerajaan Bani Israel yang seterusnya menjadikan kawasaan Asia Barat sebagai
pusat perkembangan tiga agama utama terbesar dunia atau agama Samawi
yang terdiri daripada agama Islam, Kristian dan agama Yahudi. Samawi melalui
kata sifatnya daripada kata Arab yang membawa maksud langit yang bererti
agama

langit,

maksudnya

agama

daripada

wahyu

Allah,

agama

yang

diturunkan dari langit melalui para Nabi atau Rasul sejak Nabi Adam a.s. terdapat
perbedaan dan penekanan terhadap ketiga-tiga agama ini yang menegaskan
bahawa agama Yahudi, agama Kristian mahupun Islam sebenarnya memiliki satu
akar ajaran yang sama yang memiliki kesamaan yang dijadikan pegangan ajaran
bersama iaitu ajaran tauhid.16
Seperti sedia maklum bahawa ketiga-tiga agama ini wujud di kawasaan
Asia Barat ekoran daripada kebanyakan tamadun besar yang wujud adalah di
kawasaan

berkenan,

melihat

kepada

keadaan

ini

juga

dapat

dilihat

perkembangan tiga agama utama dunia sangat berkembang di Asia Barat yang
memiliki pelbagai persamaan dan perbezaan yang mana boleh dilihat daripada
pelbagai dimensi. Hal ini kerana, ketiga-tiga agama utama terbesar di dunia ini
16 Uzair Suhaimi, 2010, Silsilah Agama Samawi: Perspektif AlQuran.https://uzairsuhaimi.files.wordpress.com/2010/11/silsilah-agama-samawi6.pdf.
Diakses pada 12.04.2015.

mempunyai kitab sebagai panduan yang menjurus kepada kitab kepercayaan


masing-masing, memiliki tempat suci iaitu sebagai tempat untuk melakukan
ibadat mengikut kepercayaan yang dipegang masing-masing dan mempunyai
pegangan agama dan kepercayaan yang sangat kuat terhadap Tuhan bagi
penganutnya masing-masing.
Sehubungan dengan itu, ketiga-tiga agama utama terbesar di dunia ini
masing-msing memiliki tempat-tempat yang dipanggil tempat suci bagi mereka,
pertama sekali agama Islam. Bagi penganut agama ini, mereka mempunyai
tempat suci dimana mereka akan melaksanakan segala ibadat di kawasaan
berkenan malah menjadikan tempat tersebut sebagai kiblat bagi mereka dalam
melakukan ibadah lima waktu. Di kawasaan Asia Barat, Jurusalem, Mekah,
Madinah dan Iskandariah merupakan tempat di mana penganut yang beragama
Islam akan melakukan ibadah sembahyang mereka di situ, di Mekah terletaknya
kaabah menurut ajaran Islam kabaah tersebut merupakan petunjuk atau kiblat
bagi mereka mengerjakan solat fardhu. Sememangnya setiap tiga-tiga agama ini
memiliki tempat-tempat suci mereka masing-masing, tempat suci juga boleh
disebut sebagai tempat mereka melaksanakan ibadat mereka iaitu sebagai ritual
keagamaan tertentu seperti masjid, Gereja dan Kuil. Kota Jurusalem juga
dikatakan menjadi tempat suci bagi agama Kristian, Islam dan Yahudi. 17 Dimana
ia juga menjadi tempat perebutan bagi ketiga-tiga agama ini. Tambahan lagi,
Masjid Al-Aqsa merupakan tempat suci bagi agama Islam kerana ianya
merupakan tempat di mana berlakunya peristiwa Isra mikraj. 18 Masjid Al-Aqsa ini
didirikan oleh khalifah Umar Al-Khattab semasa baginda menjadi Khalifah.
Tambahan lagi, Baitul Maqdis juga turut menjadi tempat ketiga suci bagi
penganut yang beragama Islam di Asia Barat tersebut kerana ia merupakan
masjid mereka iaitu tempat mendirikan solat.
Selain itu, kitab suci yang dibawa oleh ketiga-tiga agama ini dilihat
terdapat juga persamaan yang hampir ketara, kitab suci ini adalah sebuah
rujukan bagi sesebuah agama tersebut yang mana di dalamnya menentukan
17 Mikael Marasabessy, karakteristik agama Islam.
www.academia.edu/10729918/Karakteristik_Agama_Islam. Diakses pada 12.05.2015

18 Abidfana, 2009, bangunan al-masjid al-aqsa yang


sebenarnya.Abidfana.com/2009/11/01/bangunan-al-masjid-al-aqsa-yang-sebenarnya/.
Diakses pada 11.05.2015.

segala kegiatan umat tersebut iaitu cara-cara beribadah atau bersembahyang


dan sebagai petunjuk dan panduan kepada kehidupan. Sebagai contoh, agama
Islam mempunyai kitab suci yang telah diturunkan melalui wahyu Allah kepada
Nabi Muhammad s.a.w iaitu Al-Quran dan Sunah yang mana ia dijadikan sebagai
pegangan dan panduan bagi umat Islam sehingga kini. Kitab suci Al-Quran dan
Sunah ini diturunkan daripada Allah ia merupakan kalam Allah kepada umatnya
agar umatnya tidak tersesat daripada kebenaran dan membawa kepada
kebenaran. Sebagai buktinya, dalam rukun islam mahupun rukun iman ada
menyatakan bahawa mempercayai Al-Quran dan Sunah dan beriman kepada
Nabi.
Terdapat seramai 25 bilangan Nabi yang ada yang wajib untuk dipercayai,
bagi umat Islam mereka mempercayai kesemua Nabi yang ada, namun Nabi
terakhir iaitu Nabi Muhamad menjadi pegangan iman bagi mereka kerana umat
Islam wajib beriman kepada setiap Nabi atau Rasul. Rasul atau Nabi merupakan
pengutus yang diutuskan oleh Allah dimuka bumi ini yang ditugaskan untuk
menyebarkan ajaran islam disamping mengajar umat islam untuk sembahyang.
Rasul atau Nabi telah diutus ke bumi adalah tanda kekuasaan Allah di mana
umat islam perlu sedar bahawa sememangya Allah itu benar-benar ada.
Disamping itu, bagi umat Islam mereka mempercayai dan mengakui bahawa
Allah itu benar-benar wujud, mereka sebagai khalifah di muka bumi harus sujud
dan patuh kepada perintah Allah yang maha Esa. Sehubungan dengan itu,
penganut agama Islam mempercayai Tuhan yang Esa iaitu Allah yang bukan
daripada kalangan para Nabi dan Rasul mahupun dalam kalangan manusia tetapi
Allah yang maha Esa.
Seterusnya, tempat suci bagi agama Kristian juga berada di bahagian
Jerusalem iaitu merupakan wilayah yang suci bagi ketiga-tiga agama ini. Wilayah
ini menjadi fokus utama kerana ia sangat bersejarah dan sangat penting bagi
ketiga-tiga agama dunia ini. Hal ini kerana, bagi penganut agama Kristian di
dalamnya terletak Gereja Makam Kudus (The Holy Sepulchre) di mana ia
merupakan tempat berlakunya penyaliban Tuhan Yesus mereka (kiblat kepada
kaum Yahudi dan turut pernah menjadi kiblat bagi Islam). 19 Gereja The Holy
Sepulchre menjadi tempat paling suci bagi orang-orang Kristian tempat tersebut

19 www.bbc.co.uk/indonesia/majalah/2014/04/140418_majalahlain_yerusalem.
Diakses pada 02.04.2015.

di mana Tuhan mereka di salib dan dikuburkan. 20 Kristian mempercayai Tuhan


Yesus iaitu Nabi Isa sebagai Tuhan mereka, dimana dalam kitab suci mereka ada
menerangkan bahawa Tuhan Yesus telah mati dibunuh atau disalib oleh orang
Yahudi.21 Manakala kitab agama Kristian pula disebut sebagai kitab Bible atau
kitab Injil yang mempunyai isi kandungan hampir sama dengan kitab suci agama
Islam dipercayai telah diselewengkan oleh para pengikutnya. Kitab suci ini
menjadi pegangan hidup bagi mereka.
Seterusnya, kitab agama Yahudi yang mempunyai kitab suci dipanggil
kitab Taurat. Orang Yahudi mempercayai bahawa isi kandungan kitab suci
mereka merupakan kehendak Tuhan yang mutlak dan tidak diragukan lagi
dengan mentaati Tuhan maka mereka mentaati kitab Taurat mereka. orang
Yahudi juga mempercayai bahawa tiada agama benar sebenar agama mereka di
dunia kerana bagi mereka agama merekalah satu-satunya kebenaran Tuhan. 22
Manakala, tempat suci bagi orang-orang Yahudi ialah kuil juga berada di wilayah
Jerusalem yang menjadi pusat rebutan tiga agama dunia ini. Menurut perjanjian
lama iaitu Kitab Ibrani orang Yahudi, kuil suci mereka tersebut telah didirikan
oleh Nabi Sulaiman (Solomo) sekitar abad ke-10 yang menggantikan binaan bagi
Nabi Musa sebelumnya yang telah dihancurkan. Kuil suci yang dimaksudkan
disini

adalah

berada

di

Jerusalem

iaitu

Gunung

Moriah,

orang

Yahudi

menggangapnya sebagai tempat suci iaitu tempat kuil Nabi Sulaiman Solomon
Temple atau lebih dikenali dengan gelaran Baitul Maqdis bagi penganut agama
Islam.23 Kota Baitul Maqdis menjadi pertikaian bagi ketiga-tiga agama ini, orang
Yahudi menginginkan Kota ini kerana ingin mengambil semula hak ke atas emas
dipercayai berada dalam bangunan Baitul Maqdis tersebut malahan Kota

20 M.kompasiana.com/post/read/534889/2/gereja-makam-kudus-the-holysepulchre.html. diakses pada 21.05.2015.


21 Malay.bismikaallahuma.org/nabi-isa-islam-vs-isa-kristian-aka-tuhan-yesus/.
Diakses pada 19.04.2015.
22 Donald B. Kraybill, 2005. Terjemahan Indonesia: Kerajaan yang sungsang, PT
BPK Gunung Mulia.
23 www.commongroundnews.org/article.php?id=28309&lan=ba&sp=1. Diakses
pada 20.05.2015

tersebut dianggap sebagai hak mereka kerana ia merupakan Kuil Bagi Nabi
Sulaiman atau Solomo terdahulu.24

Penutup
Sebagai penutupnya bolehlah disimpulkan bahawa kestrategikan rantau
Asia Barat atau Timur Tengah dari segi sosialnya sememangnya rantau tersebut
adalah tempat di mana agama samawi iaitu agama Yahudi, Kristian dan agama
Islam telah pada asalnya lahir di tempat tersebut, hanya sahaja akibat
penyelewengan

agama-agama

yang

sebelum

kedatangan

Islam

telah

mengakibatkan perpecahan yang begitu besar antara pengikut-pengikutnya.


Akibat daripada kelahiran agama-agama tersebut di rantau yang sama maka
semua pengikut atau penganutnya masing-masing mentafsir atau menganggap
bahawa rantau Asia Tenggara sebagai Tanah Suci atau The Holy Place yang mana
pada akhirnya masing-masing cuba mempertahankan hak terhadap tanah
tersebut sebagai milik salah satu agama antara mereka. Dari sudut politik pula
rantau Asia Barat atau Timur Tengah pada sejarah awalnya sememangnya
memiliki beberapa buah kerajaan Islam yang sangat hebat sehingga berjaya
menguasai hampir 3/4 dunia dengan kelebihan pemerintahan yang sangat kuat.
Maka kuasa-kuasa eropah yang iri hati terhadap pemerintahan yang kuat
tersebut telah berusaha untuk menjatuhkan kerajaan Islam dan kesannya masih
lagi boleh dilihat sehingga ke hari ini apabila banyak kuasa barat yang cuba
merampas rantau Asia Barat apatah lagi kerana kekayaan sumber minyak yang
nyata begitu penting sekali kegunaannya. Kestrategikan dari aspek politik
sebenarnya mempunyai kaitan yang sangat rapat dengan kestrategikan dalam
aspek ekonomi, kerana mana-mana kuasa yang berjaya mendapatkan atau
menguasai rantau Asia Barat maka secara langsung akan memiliki kekayaan
sumber ekonomi yang ada pada rantau tersebut. Oleh itu pelbagai konflik yang
mulai timbul dan rantau tersebut sehingga kini masih lagi berada dalam keadaan
yang sangat tegang akibat peperangan.

24 www.commongroundnews.org/article.php?id=28309&lan=ba&sp=1. Diakses
pada 20.05.2015

RUJUKAN
BUKU
Alfred Schlicht. 2008. Die Araber und Europa (The Arabs and Europe). German:
Stuggart
Donald Quataert. 2000.The Ottoman Empire, 1700-1922. Cambridge: Cambridge
University Press
Donald B. Kraybill, 2005. Terjemahan Indonesia: Kerajaan yang sungsang, PT BPK
Gunung Mulia.
Dr.William Spencer. 2003. The Middle East, The McGraw-Hill Companies
Subhi Y. Labib. 1996. Capitalism in Medieval Islam, The Journal of Economic
History. Cambridge: Cambridge University Press
Sir Thomas Arnold. 1931. The Legacy of Islam, Oxford Clarendon Press.
Watson, Peter. 2006. Ideas: A History of Thought and Invention, from Fire to
Freud. New York: Harper Perenn
Muhd. Jamil Mukmin, 1992, Sejarah Perkembangan Islam, Kuala Lumpur: Nurin
Enterprise.
Badri Yatim, 2005, Sejarah Peradaban Islam, Jakarta: PT Rajagrafindo Persada.
Mariana Adnan dan J.U Bracus, 2002, Ensiklopedi Ternatis Dunia Islam Khilafah
(2), Jakarta: PT Ichtiar Baru Van Hoeve.
Hamka, 1977, Sejarah Umat Islam, Kuala Lumpur, Penerbit Pustaka Antara.

INTERNET
Abidfana, 2009, Bangunan Al-Masjid Al-Aqsa Yang Sebenarnya.
Abidfana.com/2009/11/01/bangunan-al-masjid-al-aqsa-yang-sebenarnya/.
Diakses pada 11.05.2015
Uzair Suhaimi, 2010, Silsilah Agama Samawi: Perspektif Al-Quran.
https://uzairsuhaimi.files.wordpress.com/2010/11/silsilah-agama-samawi6.pdf.
Diakses pada 12.04.2015.
Malay.bismikaallahuma.org/nabi-isa-islam-vs-isa-kristian-aka-tuhan-yesus/.
Diakses pada 19.04.2015.
M.kompasiana.com/post/read/534889/2/gereja-makam-kudus-the-holysepulchre.html.
diakses pada 21.05.2015

www.commongroundnews.org/article.php?id=28309&lan=ba&sp=1.
www.bbc.co.uk/indonesia/majalah/2014/04/140418_majalahlain_yerusalem.
Diakses pada 02.04.2015.
www.academia.edu/10729918/Karakteristik_Agama_Islam.
Diakses pada 12.05.2015
JURNAL
Ahmad Sahide.2013. Konflik Syiah-Sunni Pasca-The Arab Spring. Volume 3 No. 3,
Diakses Pada 12 Mei 2013
Morton, Michael Quentin. 2011. Narrowing the Gulf: Anglo-American Relations
and Arabian Oil, 1928-74. And Liwa Journal 3 (6): 39-54.
http://www.ncdr.ae/liwa/issues/LIWA06E.pdf. Retrieved 14 Mei 2015.

LAMPIRAN
Gambar lampiran

Gambar 1: peta timur tengah

Gambar 2: Kota Baitul Maqdis

Gambar 3: Makam Kudus

Gambar 4: Jerusalem

The Temple of Solomo

You might also like