You are on page 1of 10

36

BAB 4

PERLAKSANAAN PROJEK

4.1

Pengenalan
Dalam perlaksanaan projek ini, perisian ArcView digunakan. Prosedur dalam

melaksanakan projek ini melibatkan pengumpulan data, kaedah penukaran data-data


dalam bentuk AutoCAD (DWG) ke format DXF, kemasukan data ruang dan atribut,
rekabentuk menu dan pengaturcaraan.

4.2

Kemasukan Data Ruang


Langkah pertama pembangunan aplikasi SMG bermula dengan kemasukan

semua jenis data iaitu data ruang dan data atribut ke dalam perisian ArcView. Perisian
ArcView adalah satu perisian Sistem Pengurusan Pangkalan Data (SPPD) dan
kelebihannya ialah ia boleh beroperasi dalam komputer peribadi. Dalam perisian
ArcView data-data yang dimasukkan boleh disimpan dalam bentuk lapisan dan dengan
ini penganalisaan dan persembahan grafik akan menjadi lebih menarik lagi. Data-data
yang diperlukan boleh dimasukkan dalam bentuk format shapefile, ArcInfo dan
AutoCAD (*. dwg atau *.dxf).
Data-data ruang dalam bentuk *.dwg akan ditukar ke format *.dxf. Dengan
penukaran format ini, data-data ini boleh dimasukkan kedalam dan diterima oleh
perisian ArcView. Data tersebut perlu disunting supaya berada dalam bentuk lapisan. Ini

37
adalah kerana lapisan yang diperlukan sahaja dalam peringkat analisis dimasukkan.
Bagi kajian ini lapisan-lapisan yang digunapakai ditunjukkan dalam Jadual 4.1.
Jadual 4.1 Lapisan-lapisan data grafik dalam AutoCAD
Nama Lapisan
0

Keterangan
Merupakan lapisan default dan wajib dalam setiap
lukisan, menempatkan hasil daripada proses digitasi.

Paip air

Menempatkan lokasi paip air.

Jambatan

Menempatkan lokasi jambatan.

Pembentung

Menempatkan lokasi pembentung.

Parit

Menempatkan lokasi parit.

Pili bomba

Menempatkan lokasi pili bomba.

Keratan

Menempatkan lokasi keratan rentas jalan.

Bahu jalan

Menempatkan lokasi keratan rentas bahu jalan.

Jalan

Menunjukkan lokasi keratan memanjang jalan.

Rajah 4.1 sehingga Rajah 4.3 menunjukkan proses aliran kemasukan data.
Untuk memulakan projek baru klikan butang New dan satu paparan baru akan muncul
dengan nama View 1. Sekiranya View 1 ingin ditukarkan ke nama yang baru, ini boleh
dilakukan dengan mengklikan Project Rename pada menu utama dan satu paparan
input untuk memasukkan nama baru akan muncul pada skrin (rajah 4.2)

38

Rajah 4.1: Klik butang New untuk paparan projek baru

Rajah 4.2 : Menukarkan nama paparan yang mewakili projek

39
Tindakan seterusnya ialah memasukkan data-data ruang yang diperlukan satu
persatu dalam sistem program ini. Rajah 4.3 di bawah menunjukkan cara data-data
ruang dimasukkan dengan mengklikkan butang Add Theme. Setelah butang ini diklik,
paparan menu Add Theme akan muncul pada skrin. Klikkan butang ok selepas data
dalam ruang format *.dxf yang perlu disimpan selesai dilakukan. Dengan penyelesaian
memasukkan data-data ruang yang cadangkan dalam ArcView, proses seterusnya ialah
menukarkan format data-data tersebut kepada shapefile. Proses ini dilakukan dengan
menggunakan menu utama dengan klik butang Theme-Convert To Shapefile selepas
theme diaktifkan.

Rajah 4.3 : Memasukkan data-data ruang


Peringkat akhir ialah pengolahan terhadap ciri-cir persembahan theme seperti
warna, label dan simbol mengikut kesesuaian masing-masing. Dengan cara ini
pengasingan data-data ruang dapat dibezakan oleh pengguna. Legend editor

40
merupakan pilihan menu untuk mengedit properties theme yang dikehendaki. Menu
Legend editor dapat dipanggil keluar dengan menggunakan butang legend editor pada
menu utama apabila pengaktifan pada theme yang perlu diedit atau theme tersebut
diklik dua kali sehingga menu Legend editor dipaparkan. Menu Legend editor berbezabeza dan ia berdasarkan jenis theme yang ingin diedit. Jenis theme yang digunakan
dalam pembangunan perisian ArcView ini ialah single symbol dan pengeditan theme ini
biasanya dilakukan dengan menggunakan menu pen palette (rujuk Rajah 4.4). Menu
pen palette ini akan dipanggil keluar dengan mengklik dua kali pada symbol dalam
menu Legend editor.

Rajah 4.4 : Legend editor

41
4.3

Kemasukan Data Atribut


Prosedur seterusnya ialah mendirikan satu sistem data atribut yang berhubung

terus dengan data ruang. Di dalam perisian ArcView, proses ini bermula dengan
mengaktifkan theme yang sedia ada pada paparan skrin. Sebagai contoh untuk
mendirikan data atribut untuk theme jambatan konkrit dalam projek ini, theme jambatan
diaktifkan dan pada menu butang klikkan butang Open Theme Table (rujuk Rajah 4.5).
Seterusnya satu paparan jadual data atribut akan terpapar.

Rajah 4.5 : Theme diaktifkan dan butang Open Theme Table


Untuk memasukkan data atribut yang menggambarkan keadaan sebenar di
tapak, data-data sebenar dimasukkan dengan menggunakan menu utama dengan
mengklikkan Table-Start Editing. Data-data tersebut dimasukkan dalam jalur-jalur yang
telah diujudkan dengan tajuk-tajuk yang berikan. Jalur-jalur boleh di tambah atau di
kurangkan dengan Edit-Add Field atau Delete Field seperti di tunjukkan dalam rajah
4.6. Selepas kesemua data-data selesai dimasukkan ke dalam jadual yang telah
diujudkan, keputusan akhir yang diperolehi ialah jadual atribut tersebut dan seterusnya

42
dihubung kepada data ruang dan paparan didalam rajah 4.7 menunjukkan hasil yang
diperlukan.

Rajah 4.6 : Memasukan data atribut


Data ruang yang dihubungkan dengan data atribut akan digunakan untuk
mempaparkan maklumat yang dikehendaki melalui fungsi identify. Hubungkait data
ruang dan atribut dijalankan melalui pengubahsuaian terhadap jadual asal data ruang
tersebut. Maklumat-maklumat terkumpul sebelum ini dapat dimasukkan ke dalam
jadual yang dibangunkan bagi mewakili keadaan sebenar data ruang.

43

Rajah 4.7 : Paparan jadual data atribut

4.4

Membina Hubungan Dengan Pangkalan Data


Dalam perisian ArcView beberapa jenis pangkalan data boleh digabungkan

dengan ruang yang telah dibina, contohnya data dalam bentuk grafik, pengiraan
rekabentuk dan sebagainya. Dalam kes kajian ini pangkalan data dalam grafik sahaja
akan dibincangkan.
Terlebih dahulu bentuk-bentuk grafik yang akan dihubungkan ke pangkalan
data perlu ditukarkan ke format *.bmp atau *.tif. Proses penggabungan data dimulakan
dengan memasukkan alamat yang menyimpan fail maklumat tambahan tersebut.
Seterusnya jadual tambahan untuk menyimpan data-data grafik diujudkan dan data-data
dimasukkan ke dalam jadual ini. Contoh aliran proses memasukkan data-data ditunjuk
dalam rajah 4.8.

44
Selepas proses kemasukkan data-data telah selesai, menu Themes Properties
dipanggil keluar dengan menggunakan butang Themes Properties. Klikkan butang Hot
Link dan seterusnya pilih Link to image file. Gambar rajah 4.9 menjukkan prosedur ini
untuk mengaktifkan fungsi Hotlink. Hasilnya perincian grafik tersebut akan terpapar
apabila butang Hotlink digunakan pada data ruang.

Rajah 4.8 : Memasukkan alamat pangkalan data

45

Rajah 4.9 : Mengaktifkan fungsi Hotlink

4.5

Ringkasan Bab
Perlaksanaan projek ini bertujuan membina satu inventori sebahagian Jalan

Kepala Batas ke Alor Setar untuk tujuan penyelenggaraan, pengurusan dan juga
pembangunan di masa hadapan. Pembangunan aplikasi SMG dimulakan dengan
menukar format data-data AutoCAD ke format .dxf yang boleh dibaca oleh perisian
ArcView. Data-data ruang yang dimasukkan dalam format .dxf kemudiannya diimport
masuk ke dalam perisian ArcView.
Seterusnya satu sistem data atribut yang boleh berhubung terus dengan data
ruang dibangunkan. Data-data dimasukkan ke dalam pangkalan data dalam perisian
ArcView dalam bentuk jadual. Hasilnya ialah pemaparan dalam bentuk grafik dan
atribut yang telah disediakan dan diperlukan untuk projek ini.

You might also like