You are on page 1of 4

NORAZIERAH BINTI SHAFIEE

BA13110313
PENGENALAN
Rantau pasifik berasal dari perkataan Latin Mare Pacifium dari perkataan melayu yang
bermaksud Lautan Teduh.
Secara umumnya, rantau ini dinamakan oleh Ferdinand Magellan pada tahun 1421 yang
merujuk kepada kawasan air terbesar dunia, iaitu 1/3 mukabumi dengan keluasan 179.9
kilometer perseg
Selain itu, ia juga meliputi jarak 15,500 kilometer dari Laut Bering di Artik hingga Laut Ross di
Antartika, iaitu Lautan selatan.
Jika dilihat daripada sudut wilayah geopolitik yang terdapat di rantauan pasifik, umumnya ia
dibahagikan kepada tiga kumpulan geopolitik besar, iaitu Asia-pasifik yang meliputi asia timur
dan asia tenggara, Barat-daya pasifikmerangkumi Australasia dan Oceania, dan Barat Amerika
Utara, Tengah dan Selatan.
Terdapat sarjana yang mendefinisikan geopolitik, iaitu Hagget, pendapatnya ialah geopolitik
merupakan geografi politik yang merupakan cabang geografi manusia di mana bidang kajiannya
merangkumi aspek keruangan pemerintahan dan kenegaraan yang meliputi hubungan antara
negara dan antarabangsa, pemerintahan, atau kenegaraan di muka bumi.
Menurutnya lagi, dalam geografi politik, lingkungan geografi dijadikan sebagai dasar
perkembangan dan hubungan kenegaraan yang bidang kajiannya ialah seperti aspek
keruangan, politik, dan hubungan antarabangsa.
AUSTRALASIA
Australasia merupakan istilah yang digunakan untuk menggambarkan kawasan yang berada di
Oceania.
Secara geografinya, Australasia terdiri daripada negara Australia, Norfolk Island, yakni wilayah luar
Australia, New Guinea, dan Timor Leste.
Hal ini menyebabkan Australasia tergolong dalam rantau pasifik selatan. Umumnya, Australasia
sering diertikan dengan Oceania, hal ini demikian kerana sebahagian negara Oceania seperti New
Zealand dan New Guinea yang tergolong dalam istilah Australasia.
Namun begitu, definisi yang paling dominan dan diterima secara meluas tentang istilah Australasia
adalah ia merangkumi negara-negara Australia, New Zealand, Kepulauan New Guinea di mana ia
terdiri daripada wilayah wilayah-wilayah Indonesia Papua dan Papua Barat yang dahulunya
dikenali sebagai Barat Irian Jaya dan kini negara ini bebas daripada Papua New Guinea.

Istilah ini dicipta oleh Charles de Brosses dalam Histoire des Terres navigasi Aux Australes
pada tahun 1756.
Secara umumnya, istilah ini berasal daripada perkataan Latin yang bermaksud Selatan Asia.
Terdapat bukti genetik yang memberi petunjuk bahawa pertapakan manusia di Australasia
yang dikatakan bermula dari India, kemudian ke Asia Tenggara dan Australasia
Australasia kadangkala hanya merujuk kepada Australia dan New Zealand sahaja kerana
perkongsian budaya British yang dominan.
Namun,istilah ini tidak popular merujuk kepada New Zealand kerana ianya lebih menonjolkan
Australia dan lebih selesa dikategorikan sebagai Oceania. Berikutan istilah ini, Charles de
Brosses membezakan Australasia daripada Polinesia yang berada di sebelah Timur, Mikronesia
di Timur Laut, dan Magellanika di tenggara Lautan Pasifik.
OCEANIA
Rantau Oceania secara tradisional menurut Jules Durmont dUrville pada tahun 1831
dibahagikan kepada Polinesia, Mikronesia, dan Melanesia.
Oceania merupakan istilah yang digunakan secara menyeluruh untuk merujuk kepada semua
kepulauan dan kebudayaan-kebudayaan yang berada di rantau pasifik.
Jika dilihat pada geopolitiknya, Oceania merujuk kepada satu kawasan geografi yang terdiri
daripada pelbagai kepulauan yang terletak di Lautan pasifik dan sekitarnya.
Walaupun begitu, Oceania merupakan istilah yang sering dianggap sebagai benua kerana
mempunyai keluasan kawasan daratan terkecil dan dikatakan mempunyai bilangan penduduk
kedua terkecil selepas antartika. Hal ini menjelaskan bahawa Oceania merupakan sebuah
kawasan yang luas sehingga mampu menyaingi keluasan sebuah benua.
Sebelum pembahagian sempadan Oceania menurut Jules Durmont dUrville, umumnya,
kawasan Oceania dibahgikan keada empat bahagian utama, iaitu, Australia, Melanesia,
Polinesia, Mikronesia, dan Polinesia. Namun begitu, pemetaan telah dilakukan pada abad ke 18
dan 19, di mana kepulauan Pasifik adalah merangkumi Melanesia (termasuk New Guinea),
Polinesia (termasuk HawaiI dan New Zealand) dan Mikronesia (termasuk Pulau Ryukyu). Di
samping itu, Oceania adalah satu istilah yang merujuk kepada suatu kawasan geografi atau
geopolitiknya, yang terdiri dari pelbagai kepulauan yang terletak di Lautan Pasifik dan
sekitarnya. Oceania merupakan wilayah yang sering dianggap sebagai benua kerana
mempunyai keluasan kawasan daratan terkecil dan bilangan penduduk kedua terkecil selepas
Antartika. Keluasan wilayah Oceania adalah sekitar 8525.989 km persegi dan jumlah
penduduknya sekitar 40000 orang.

MELANESIA
Melanesia merupakan istilah yang merujuk kepada Oceania dekat. Istilah ini berasal dari
perkataan Greek yang membawa maksud merujuk pulau-pulau orang yang berkulit hitam.
Istilah ini lazimnya digunakan oleh Jules Durmont dUrville bagi membezakan masyarakatnya
secara etnik dan kumpulan geografi pulau dengan Mikronesia dan Polinesia.
Kini, istilah ini hanya digunakan oleh beberapa buah negara sahaja bagi menunjukkan
penonjolan budaya etnik tersendiri. Antara negerinya termasuklah Fiji, New Caledonia (French
Territory), Solomons Islands dan Vanuatu.
Secara amnya, istilah Melanesia merujuk kepada sebuah wilayah yang menganjur dari Pasifik
Barat ke Laut Arafura yang merangkumi utara dan timur laut Australia. Walaupun istilah ini
pertama kali digunakan oleh penjelajah Perancis Jules Dumont dUrville pada tahun 1832
untuk menunjukkan pengelompokan etnik dan pulau-pulau yang berbeza dari Polinesia dan
Mikronesia,.
Dalam mendiskripsikan lokasi linguistik di Oceania, kita tidak dapat lari daripada merujuk
Melanesia dari sudut geografi. Hasil daripada penelitian yang telah dilakukan, rantau Melanesia
mempunyai beberapa buah pulau yang terdiri daripada Pulau Bismack, Solomon, Santa Cruz,
Maluku, dan lain-lain.
Menurut Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka, Melanesia tergolong dalam rumpun Austronesia,
di mana Austronesia dirujuk sebagai semua pulau yang terletak di Lautan Pasifik Selatan dan
Tengah, termasuk Irian, Polinesia, Melanesia, Australia, dan New Zealand.
Tambahnya lagi, bahasa Melayu merupakan salah satu anggota keluarga bahasa daripada lebih
kurang 4000 bahasa rumpun Austronesia.
MIKRONESIA
Pada kedudukannya di rantau pasifik, mikronesia merujuk kepada Oceania jauh. Sebagaimana
Melanesia, istilah mikronesia juga berasal dari perkataan Greek yang bermaksud pulau-pulau
kecil.
Namun, kini ianya sinonim dengan nama Federated States Of Micronesia. Secara politiknya, ia
terbahagi kepada tujuh buah negara, iaitu merangkumi Guam, Marshall Islands, Kiribati,
Federated States Of Mikronesia, Nauvu, Northern Marine Islands, dan Palau.
Keadaan geografi Mikronesia telah menjelaskan bahawa ia sering diistilahkan merujuk kepada
enam buah gugusan pulau, yakni yang memiliki 2100 buah pulau yang terletak di sebelah barat

Lautan Pasifik dari Timur Filipina hingga HawaiI. Dalam rangkuman pulau-pulaunya,
maknanya di sini ia terdiri daripada gugusan pulau Palau, Caroline, Marshall, Kiribati, dan
Tuvalu.
POLINESIA
Menurut Jules Durmont dUrville yang membahagikan Oceania kepada polinesia, mikronesia,
dan Melanesia, Polinesia dirujuk sebagi Oceania jauh sama seperti Mikronesia. Istilah polinesia
berasal dari perkataan Greek yang bermaksud pulau yang banyak.
Secara geografinya, kawasan ini berbentuk segi tiga di mana bahagian yang berpenjuru di utara
ialah HawaiI, Easter di Timur, dan New Zealand di selatan.
Tambahnya lagi, terdapat beberapa buah pulau yang lainlagi terletak dalam lingkngan segi tiga
ini, iaitu meliputi New Zealand, Kepulauan HawaiI, Midway Atoll, Samoa, Tonga, Tuvalu,
Kepulauan Cook, French Polinesia, dan Pulau Easter
Dalam membicarakan proses pembentukan wilayah Polinesia, ia secara arkeologinya telah
dibahagikan oleh Jules Durmont dUrville berdasarkan kepada model pembahagian arkeologis,
Roger Green dan Linguis, Andrew Pawley di mana ia dirujuk sebagai oceania jauh berbanding
Melanesia yang dirujuk sebagai oceania dekat. Sebanyak sedikit kita telusuri pembentukan
wilayah polinesia.

You might also like