You are on page 1of 6

SEJARAH : BAB 1 KERAJAAN ALAM MELAYU

*PENGENALAN
• Maksud Alam Melayu:
Gugusan kepulauan dan tanah besar di bahagian tenggara benua Asia
Pentas Sunda, iaitu tanah luas terbentang menghubungkan kawasan
daratan dengan kepulauan mempuyai ciri-ciri fizikal dan hidupan yang
hampir sama.
Mereka berkongsi tamadun yang sama seperti kepercayaan, asal usul
keturunan, bahasa dan budaya.
A) GEOGRAFI
• Pendapat tokoh mengenai Alam Melayu:
1. Professor Emeritus Dato Dr. Nik Hassan Suhaimi Nik Abdul Rahman
 Alam Melayu meliputi kawasan dari Madagaskar ke Tanah Melayu, Papua New Guinea, Australia, New Zealand,
Kepulauan Pasifik dan sampai ke Taiwan.

2. Abdul Hadi Haji Hassan


 Alam Melayu suatu lingkungan geografi yang luas meliputi kepulauan Melayu hingga selatan Thailand

3. Profesor Emeritus Tan Sri Dato Pendeta (Dr) Ismail Hussein


 Dunia Melayu meliputi selatan Vietnam, Kemboja, Selatan Myanmar, Segenting Kra, Malaysia, Indonesia, Brunei dan
Filipina.

4. Alfred Russel
 Kepulauan Melayu meliputi Tanah Melayu hingga Tenasserim dan Kepulauan Nicobar, Filipina dan Kepulauan Solomon
hingga Papua New Guinea

5. Profesor Dr. Ding Choo Ming


 Dunia Melayu sebuah kawasan yang luas meliputi Malaysia, Indonesia, Brunei, Singapura, Selatan Thailand dan Filipina.
B) BAHASA
• Konsep Alam Melayu
Penggunaan bahasa serumpun dikaitkan dengan bahasa
Melayu yang tergolong dalam bahasa Austronesia yang
merupakan antara 200 bahasa yang pertuturkan di Alam
Melayu.
1. Professor Emeritus Dato’ Dr Asmah Haji Omar
 Bahasa serumpun di Alam Melayu mempunyai perkaitan dengan bahasa etnik peribumi.
 Dikenal pasti melalui kata tertentu.
 Apabila buat perbandingan terdapat pertalian kekeluargaan bahasa dengan bahasa Melayu
BAHASA BAHASA JAWA BAHASA TAGALOG MELANAU KADAZANDUS
MELAYU (INDONESIA) MELAYU (FILIPINA) (SIBU, UN (SABAH)
(MALAYSIA) (BRUNEI) SARAWAK)
EMPAT PAPAT AMPAT APAT PAT APAT
LIMA LIMO LIMA LIMA LIMAH LIMO

2. Sutan Takdir Alisjahbana


 Bahasa Melayu digunakan secara meluas di Alam Melayu sejak masihi lagi.
 Sifat orang Melayu yang gemar belayar mengembangkan bahasa Melayu ke Alam Melayu.
 Sifat bahasa Melayu yang sederhana dan mudah dipelajari membolehkan bahasa diterima di
Alam Melayu
C) BUDAYA
• mempunyai budaya serumpun yang merangkumi bahasa dan tulisan
persuratan, sturktur sosial, kesenian, kepercayaan dan adat

1. Dato’Aziz Deraman
Alam Melayu maju tertentu dalam bidang kesenian
Pembuatan gangsa dan seni mempertahankan diri.
Nilai serumpun wujud terutama gotong-royong.
Seni persembahan muncul wayang kulit di Kelantan dan Pulau Jawa

Persamaan budaya membuktikan Alam Melayu memiliki


kebudayaan serumpun.
Kesimpulan
• Alam Melayu suatu lingkungan geografi luas dan persamaan bahasa
dan budaya.
• Kini dibahagikan kepada beberapa buah negara tetapi ikatan
kerumpunan bahasa dan budaya masih kuat dalam kalangan
penduduk di Alam Melayu.

You might also like