You are on page 1of 13

SEMESTER SEPTEMBER 2021/2022

SCM2223 PENGANTAR WARISAN BUDAYA

PEMELIHARAAN WARISAN BUDAYA DI ANGKOR


WAT

GILIRAN KUMPULAN :
KELAS : SCM 2223 | L6
NAMA PENSYARAH : DR.RAJA ISKANDAR BIN RAJA HALID
SEMESTER:4 2021/2022

BIL. NAMA NO.MATRIK

1. MOHAMMAD AKIEFF IKHWAN BIN C20A1037


JAAFAR

2. RAMYULLAH ZUHDI BIN RUSLI C20A1403

3. UBAIDILLAH BIN ABDULLAH C20A1486


PENGENALAN

Angkor Wat merupakan satu tempat warisan dunia yang dipelihara dan dijaga oleh
UNESCO.Dalam hal ini,Angkor Wat merupakan antara monumen yang sangat penting dan perlu
dijaga di Asia Tenggara.Angkor Wat merupakan sebuah kuil masyarakat hindu yang dibina oleh
Raja Suryavarman 2.Angkor Wat ini merupakan kuil yang terkenal di negara Kemboja.Angkor
Wat ini adalah kepunyaan masyarakat penganut yang beragama hindu.Menurut laman web
sejarah pembinaan angkor wat yang ditulis oleh Lucky Rahmanisa,Angkor merupakan sebuah
candi yang sangat terkenal Siem Reap,Kemboja dan candi ini telah siap dibina sekitar tahun 1113
masihi sehingga 1149 masihi pada kurun ke 12..Mengikut sejarah pembinaan Angkor Wat ini
telah mengambil masa selama 36 tahun.Pembinaan Angkor Wat ini dikaitkan dengan
kepercayann agama hindu iaitu meletakkan gunung Meru sebagai pusat dunia.Dalam hal
ini,gunung Meru berfungsi sebagai tempat tinggal para dewa-dewa agama hindu.Di dalam
pembinaan Angkor Wat,bahagian menara bangunan Angkor Wat merupakan menara yang paling
tinggi dan bahagian paling utama dalam membina Angkor Wat.Pembinaan Angkor Thom telah
dibina di bawah pemerintahan Jayavarman VII.Pembinaan bangunan ini adalah sepanjang 10
batu.Sekitar Angkor Wat telah terbinanya banyak kuil-kuil yang telah dibina.Perkataan Angkor
Wat berasal daripada bahasa sanskrit yang bermaksud “sebuah bandar ataupun negara”.Angkor
wat juga dikenali sebagai candi kota kota candi yang mulia dalam bahasa khmer.Manakala
perkataan wat bermaksud lingkungan kuil yang berasal daripada perkataan bahasa
sanskrit.Angkor wat pada mulanya digunakan oleh masyarakat yang beragama
hindu.Kemudiannya,ditukarkan kepada agama buddha pada abad ke 13.Menurut kepercayaan
agama hindu,kawasan Angkor Wat dikelilingi oleh dinding yang mewakili kepada bahagian alam
iaitu laut dan gunung.Manakala di bahagian jalan utama untuk masuk ke Angkor Wat pula
mempunya pintu gerbang yang mewakili kepada jambatan alam dunia ke alam ghaib.
Kuil di Angkor Wat merupakan kuil yang paling aktif dan sering digunakan oleh masyarakat
yang beragama buddha yang tinggal di Kemboja untuk tujuan beribadah.Antara keunikan yang
wujud di Angkor Wat merupakan lambang rasmi kepada kerajaan Kemboja.Dalam hal ini,sejak
tahun 1850 an kuil Angkor Wat merupakan lambang rasmi kepada kerajaan negara Kemboja
yang diletakkan di bahagian bendera dan mata wang sebagai simbol kemegahan negara Kemboja
itu.Selain itu,kuil Angkor Wat digunakan oleh dua agama,Dalam hal ini,terdapat dua agama yang
terlibat dan wujud di Angkor Wat iaitu agama hindu dan agama buddha.Seterusnya,kuil yang
dibina diinspirasikan daripada gunung Meru.Dalam hal ini,gunung Meru merupakan gunung
yang terpenting dalam agama hindu.Gunung Meru merupakan simbol kepada
Brahma,Wisnu,Siwa.Seterusnya,keunikan Angkor Wat ialah kesemua patung keagamaan yang
terdapat di Angkor Wat dibina menghadap ke arah barat.Dalam hal ini,Angkor Wat merupakan
monumen yang sangat penting dan perlu dijaga dengan baik supaya ianya tidak dirosakkan oleh
orang yang tidak bertanggungjawab.Terdapat banyak keunikan yang boleh dilihat dari segi
binaan Angkor Wat yang tersergam indah di bumi Kemboja.Seni bina Angkor Wat
melambangkan kemegahan masyarakat khmer pada zaman dahulu lagi.Kawasan sekitar Angkor
Wat dikelilingi dengan sungai-sungai kecil bagi tujuan saliran air dan tujuan mempertahankan
kuil Angkor Wat daripada diserang musuh.

Terdapatnya ukiran-ukiran kisah-kisah masyarakat Mahabrata dan Ramayana yang diukir di


dinding Angkor Wat.Ianya menceritakan tentang kemasyuran epik-epik ini pada zaman
dahulu.Di Angkor Wat terdapatnya sebuah pentas dan lima buah menara.Di dalam Angkor Wat
wujudnya galeri-galeri dan tiang-tiang yang unik mengelilingi kuil tersebut.Terdapatnya
gambar-gambar dewa hindu yang diukir di bahagian dinding dan tiang dan seluruh kawasan
Angkor Wat.Ciri-ciri seni yang wujud di Angkor Wat merupakan bukti kemegahan masyarakat
hindu di Kemboja.Kegiatan ekonomi yang dijalankan pada zaman dahulu di Angkor Wat ialah
menanam padi.Masyarakat khmer menjalankan kegiatan menanam padi sebagai pendapatan
utama dalam sosioekonomi mereka.Dalam hal ini,dataran sungai Mekong berfungsi sebagai
aliran air yang utama untuk penanaman padi di sekitar Angkor Wat.Selain digelar Angkor Wat
ianya juga dikenali sebagai Vrah Visnuloka iaitu persemayan dewa Vishnu.Antara seni bina yang
diberi perhatian dibahagian yang digelar siku keluang.Siku keluang ini terletak di bahagian
tengah-tengah kuil Angkor Wat.
Siku keluang ini merujuk kepada lima menara berbentuk kon dengan empat buah menara di
Angkor Wat.Kerajaan khmer merupakan yang tinggal di Angkor Wat dan mereka telah membina
kuil tersebut.Kerajaan ini wujud sekitar abad kesembilan sehingga kelima belas.Kawasan jajahan
kerajaan khmer ini sekitar asia tenggara.Pembinaan Angkor Wat dilakukan semasa masyarakat
khmer berpindah agama daripada hindu ke kepercayaan agama buddha.Perpindahan agama ini
berlaku disebabkan oleh para pedagang yang datang berdagang serta membawa ajaran yang
baharu.Antara ciri-ciri utama Angkor Wat diangkat oleh UNESCO ialah kriteria 1 iaitu kompleks
Angkor Wat mewakili keseluruhan seni masyarakat khmer dari abad 9 sehingga ke abad ke
14.Selain itu,kriteria 2 iaitu pengaruh seni khmer yang memberikan keseluruhan kepada asia
tenggara tentang tujuan dan maksud yang tersendiri.Seterusnya,kriteria yang ke 3 iaitu kerajaan
khmer yang wujud sekitar abad ke 9 hingga abad ke 14 memainkan peranan yang penting dalam
pembangunan teknologi dan politik di asia tenggara.Disamping itu,kriteria ke 4 seni bina khmer
yang berasal daripada negara India.Dalam hal ini,UNESCO telah mengangkat Angkor Wat dan
ianya warisan yang perlu dipelihara dan dijaga.
Angkor Wat terletak di sebelah utara kota Siem Reap.Kota ini terletak di daerah kemboja
dan merupakan struktur sejarah yang penting di negara Kemboja.Pada tahun 1992,Angkor Wat
telah diangkat sebagai salah satu warisan dunia UNESCO.Angkor Wat merupakan kota yang
tertua di negara Kemboja bermula pada abad ke sembilan masihi sehingga abad kelima belas
masihi.

2.0-OBJEKTIF KAJIAN
Untuk mengenalpasti kepentingan pemeliharaan warisan budaya di Angkor Wat
Untuk menghuraikan kesan-kesan pemuliharaan warisan budaya di Angkor Wat
Untuk mengkaji faktor-faktor pemuliharaan warisan budaya di Angkor Wat

3.0-APLIKASI TEORI

TEORI FUNGSIONALISME

-Teori ini dihasilkan oleh Emile Durkheim.Dalam hal ini,agama merupakan untuk memahami
dan mengkaji fahaman masyarakat yang beragama yang tinggal di atas muka bumi.Agama
merupakan perkara nyata dan bukanlah sekadar khayalan.Agama merupakan perkara yang benar
dan perlu diikuti oleh sekalian manusia di atas muka bumi.Agama merupakan tunjang kehidupan
sekalian makhluk di atas muka bumi.Agama merupakan melihat kepada perbezaan diantara yang
betul dan perkara yang salah dibezakan melalui perkara yang berkaitan kesucian dan perkara
yang karut.Dalam hal ini, di Angkor Wat terdapat dua jenis agama yang menjadi tunjang kepada
masyarakat di Angkor Wat iaitu agama hindu dan agama buddha.Pembinaan Angkor Wat berkait
dengan agama iaitu konsep devaraja iaitu raja sebagai raja di bumi.Agama siva merupakan agama
yang dianuti oleh masyarakat khmer pada zaman dahulu.Pembinaan Angkor Wat berdasarkan
daripada kepercayaan kepada gunung Meru iaitu sebagai pusat dunia dan tempat tinggal para
dewa hindu.Kuil Angkor Wat diadaptasikan oleh tiga dewa hindu iaitu dewa Vishnu,Shva dan
Brahma.Dewa ini berfungsi sebagai monumen yang menjadi subjek kepada ukiran yang
diukir.Bahagian dinding yang dibina mempunyai ukiran yang mewakili dua epik hindu yang
terkenal iaitu Ramayana dan Mahabrata serta gambaran masyarakat khmer pada masa itu.Agama
-agama yang tersebar meluas di Angkor Wat dikatakan datang daripada para pedagang dan
pendeta dari india sejak abad kelima masihi.Menjelang abad ke 14 Angkor Wat ditukarkan
kepada kuil agama buddha tetapi patung dewa hindu di kawasan Angkor Wat tidak dimusnahkan.

TEORI IDENTITI SOSIAL

-Teori ini dihasilkan oleh Henri Tajfel dan John Turner sekitar tahun 1970.Teori ini melihat
kepada identiti masyarakat setempat adalah sangat penting dan ianya mempengaruhi tingkah laku
masyarakat di dalam sesuatu kumpulan.Terdapat tiga komponen utama yang dilihat dalam
konteks teori identiti sosial iaitu pengenalan sosial,perbandingan sosial dan kategori
sosial.Dalam hal ini,identiti masyarakat yang berada di Kemboja diletakkan di bawah Angkor
Wat.Angkor Wat berfungsi sebagai identiti masyarakat yang ada di Kemboja.Angkor Wat
berfungsi sebagai pusat keagamaan bagi masyarakat yang beragama hindu dan buddha.Lambang
identiti agama hindu dan buddha dilihat dari konteks masyarakat yang tinggal di sekitar Angkor
Wat.Angkor Wat melambangkan identiti masyarakat Khmer yang tinggal di sekitar situ.Dalam
hal ini,pembinaan Angkor Wat melambangkan kekuatan masyarakat Khmer.Angkor Wat
berfungsi sebagai tempat keagamaan dan disini tempat masyarakat yang beragama hindu dan
buddha beribadat.Nilai-nilai falsafah yang tinggi melambangkan kemegahan kuil Angkor
Wat.Kuil ini melambangkan konsep alam semesta .Ukiran-ukiran yang diukir di dinding kuil
melambangkan kegiatan pertanian yang dijalankan oleh masyarakat khmer pada masa itu.Selain
itu,nilai identiti yang wujud adalah berdasarkan kegiatan masyarakat yang dijalankan masyarakat
yang tinggal di Angkor Wat.Kegiatan yang dilihat dari segi ekonomi,pertanian,perdagangan serta
aktiviti keagamaan.Raja Suryavarman 2 merupakan seorang raja yang mentadbir kota Angkor
Wat dan seorang pemerintah yang amat tegas dalam membangunkan negara dan rakyat jelatanya.

PERBINCANGAN

KEPENTINGAN PEMELIHARAAN WARISAN BUDAYA ANGKOR WAT

Antara kepentingan pemeliharaan warisan budaya di Angkor Wat adalah bukti kejayaan
kerajaan Khmer di zaman hindu dan zaman buddha.Kerajaan Khmer merupakan kerajaan
terbesar dan terluas pengaruhnya di asia tenggara.Dalam hal ini,Angkor Wat merupakan hasil
tinggalan binaan yang tinggal dibina oleh kerajaan Khmer.Angkor Wat telah dibina oleh Raja
Suryavarman sekitar tahun 1113m sehingga 1145 m mengambil masa selama lebih 30 tahun
pembinaanya.Luas kompleks Angkor Wat sekitar 162.2 hektar keluasan penuh kawasannya.Pada
awalnya Angkor Wat digunakan oleh masyarakat yang beragama hindu dan bertukar kepada kuil
agama buddha sekitar abad ke 13Kuil ini berfungsi sebagai tempat pemeliharaan budaya dan
mampu menarik ramai pelancong untuk melawat candi pada masa akan datang.Angkor Wat
menggambarkan sebagai gunung Meru iaitu tempat tinggal para dewa dewi hindu dan jambatan
ke syurga.

Selain itu, Angkor Wat sebagai tempat beribadat masyarakat hindu dan Buddha.Dalam hal
ini,Angkor Wat berfungsi sebagai pusat keagamaan bagi masyarakat hindu dan buddha.Dalam
hal ini,adalah sangat penting untuk dipelihara Angkor Wat ini bagi menjaga kesucian dan
kehormatan yang mulia bagi masyarakat hindu dan buddha.Dalam hal ini,Angkor merupakan
pusat keagamaan paling besar di dalam dunia dan mempunyai kuil-kuil yang indah di dalam
kawasan Angkor Wat.Dalam hal ini,di dalam kepercayaan agama hindun Angkor Wat berfungsi
sebagai tempat jalan masuk melalui pintu gerbang, mewakili jambatan pelangi yang
menyambungkan antara alam dunia dengan alam dewa-dewa.

Seterusnya, kepentingan Angkor Wat merupakan sebagai tempat nilai falsafah yang tinggi
dalam monumen agama.Angkor Wat merupakan kuil hindu yang paling lengkap di dalam
dunia.Angkor Wat dibina berdasarkan slogan yang digelar konsep alam semesta.Setiap ukiran
yang terdapat dinding-dinding Angkor Wat memberikan makna yang meluas dan
tersendiri.Dalam hal ini,makna yang diberikan adalah menarik dan mempunyai maksud yang
tersirat.Binaan bangunan Angkor Wat yang dibina menghala ke arah barat dengan berkonsepkan
alam semesta mempunyai maksud tersendiri iaitu simbol pergerakan matahari.Selain itu,nilai
falfasah yang tinggi wujud dari segi ukiran watak-watak penari dari angkor yang diukir di
dinding-dinding Angkor Wat berfungsi sebagai hiburan para dewi dan dewa yang turun ke
bumi.Selain itu, di dinding-dinding Angkor Wat juga diukir tentang cerita Mahabrata dan
Ramayana yang terkenal dalam agama hindu.Dalam hal ini,agama hindu memainkan peranan
yang penting dalam pembinaan Angkor Wat.

FAKTOR-FAKTOR PEMULIHARAAN ANGKOR WAT

Faktor yang pertama adalah kerosakan disebabkan oleh perang.Hasil daripada pelbagai
laporan yang diterima melalui media, dunia luar berada di bawah tanggapan bahawa kompleks
kuil telah rosak akibat daripada kejadian peperangan.Terdapat beberapa kerosakan yang sangat
yang dilihat pada struktur. Kerosakan ruang ditu disebabkan oleh daripada kesan tembakan. Kuil
kompleks digunakan sebagai tempat perlindungan untuk puak yang berperang. Kuil di Preah
Koh di Roluos, digunakan sebagai tempat penyimpanan gudang garam.

Selain itu, faktor kerosakan taufan, taufan yang luar biasa dan dahsyat telah melanda
bandar bersejarah Angkor pada 31 Ogos 1989. Hasil daripada taufan tersebut telah menyebabkan
banyak kerosakan berlaku.Dilaporkan bahawa lebih 750 pokok matang tumbang akibat angin
kencang, menyebabkan kerosakan besar kepada kuil dan dinding kandang.

Seterusnya, faktor kecurian dan kemusnahan berkaitan kezaliman pemusnahan arca kuil
dalam usaha untuk memenggal kepala.Dalam hal ini,terbukti ramai ikon telah dicabut dan
dikeluarkan. Di mana saiz atau berat bertentangan perompak, mereka terpaksa membuang kepala
atau anggota badan, meninggalkan beberapa kesan.. Beberapa karya seni yang amat bernilai
sejarahnya telah dikeluarkan dari tapak dan dikhususkan dan disimpan oleh ahli pemuliharaan di
Angkor.Karya seni Angkor Wat dijaga dan disimpan rapi dan selamat.

Akhir sekali, faktor pemuliharaan Angkor Wat adalah menjaga tempat beribadat kepada
agama Buddha. Hal ini demikian kerana, sejak dari pembinaan Angkor wat menjadi tempat
bersejarah bagi masyarakat yang beragama buddha.Oleh itu, Angkor wat perlu dipelihara supaya
tidak terus lenyap diancam oleh pelbagai ancaman.Dalam hal ini,Angkor Wat perlu dijaga
supaya tempat kelestarian tempat bersejarah dunia terjamin di masa akan datang. Dalam hal
ini,Angkor Wat merupakan tempat ibadah masyarakat buddha yang paling penting di negara
Kemboja.

KESAN-KESAN PEMULIHARAAN ANGKOR WAT

Kesan yang pertama adalah kesan umur Angkor disebabkan oleh ibu kota yang
dipindahkan kerana menerima ancaman pencerobohan daripada negara luar.Selain itu, intervensi
pemulihan utama dalam zaman Angkor yang dilakukan untuk mengekalkan infrastruktur.
Walaubagaimanapun, pelbagai kekurangan pembinaan yang tidak banyak dijalankan dan
keadaan monsun yang tidak menentu mengakibatkan struktur bangunan Angkor Wat yang dibina
selama berabad-abad akan musnah.Majoriti monumen pada hari ini telah dibaik pulih oleh
individu yang bertanggungjawab tetapi terdapat masih ada kerosakan yang masih belum
diperbaiki.

Selain itu, kesan kepada tumbuhan, terdapat beberapa contoh grafik dalam Ta Prohm
dan Preah Khan iaitu tumbuh-tumbuhan yang telah diambil pegangan tidak dapat dipulihkan
Terdapat banyak kes dalam menjaga hutan jelas daripada kuil linear telah dibiarkan selama yang
mungkin.Pokok besar yang wujud telah memusnahkan sebahagian bangunan kuil dan telah
mencipta gabungan unik seni bina yang menarik . Sepanjang dua dekad yang lalu,terdapat usaha
yang dijalankan bagi membersihkan kawasan yang kotor dan kepada tumbuh-tumbuhan yang
tumbuh meliar.
Di samping itu, adalah kesan masalah saliran.Dalam hal ini,masalah saliran di Angkor
terkenal dengan sistem hidrologi yang luas dan kompleks.Saliran ini digunakan untuk membawa
air ke parit dan terusan bagi mengelilingi kawasan kuil dan kawasan istana. Pengaliran air hujan
yang tidak sistematik dalam kompleks bangunan mewakili pertimbangan pemuliharaan utama.
Pasukan dari India telah membuat kajian tentang sistem perparitan di Angkor Wat untuk
mencari corak saliran asal di dalam kompleks.Masalah saliran yang berlaku disebabkan oleh air
bertakung.

Akhir sekali, kesan pemuliharaan kepada Angkor wat adalah untuk menjaga bangunan
keagamaan yang terbesar di dunia dan juga merupakan satu hasil binaan tunggal yang terbesar di
Asia Tenggara. Raja Suryavarman II membina Angkor Wat menurut kepercayaan Hindu yang
meletakkan gunung Meru sebagai pusat dunia dan merupakan tempat tinggal dewa-dewi Hindu,
dengan itu menara tengah Angkor Wat adalah menara tertinggi dan merupakan menara utama
dalam binaan Angkor Wat. Di bawah pemerintahan Jayavarman VII telah terlaksana pembinaan
kompleks Angkor Thom dengan temboknya sepanjang 10 batu, Bayon yang mempunyai banyak
menara, dan lain-lain kuil yang tidak terkira banyaknya.
KESIMPULAN

Pemodenan maju dan pempopularan program Warisan Dunia UNESCO memerlukan kita
untuk mengkaji tanggapan harta sebagai persatuan, perhubungan dan nilai sosial menggunakan
pendekatan antara disiplin dari sudut undang-undang atau ekonomi. Kes Tapak Warisan Dunia
Angkor telah menunjukkan percanggahan dalam tanggapan warisan yang dipegang oleh pelakon
yang berbeza dalam zaman sejarah yang berbeza. Angkor Wat merupakan tempat bersejarah
yang nilai yang yang tinggi dari segi sejarahnya.Pihak-pihak tertentu perlu memeliharanya
dengan baik supaya warisan sejarahnya akan selama-lamanya.Angkor Wat merupakan tempat
ibadat bagi masyarakat hindu dan buddha.Kewujudan Angkor Wat sebagai tempat yang paling
terkenal di dalam dunia telah diangkat oleh pihak UNESCO.Seni bina bangunan Angkor Wat
yang melambangkan nilai-nilai falsafah yang tinggi perlu dijaga dengan baik sehingga pada masa
akan datang.Jelaslah bahawa keunikan pembinaan Angkor Wat melambangkan keunikan
masyarakat hindu yang mempercayai bahawa Angkor Wat dibina sebagai tempat kekuasaan para
dewa dewi hindu dan jambatan ke syurga.Dalam hal ini,kepercayaan masyarakat yang beragama
hindu akan menjadi kuat dan lebih erat diantara satu sama lain.Oleh itu,jelaslah bahawa Angkor
Wat perlulah dipelihara dengan baik supaya ianya akan menjadi tempat pelancongan dan tempat
ibadat yang paling penting dan terkenal pada masa akan datang.
APPENDIX
RUJUKAN

1.Jinggg. “Sejarah Form 4 ( Bab 3 ): Monumen Terkenal - Angkor Wat.” Sejarah Form 4 ( Bab 3
), 24 July 2013,
http://wearethebestteam.blogspot.com/2013/07/v-behaviorurldefaultvmlo.html

2.Lucky, Rahmanisa. “Sejarah Pembangunan Candi Angkor Wat.” Kumparan, 2022,


https://kumparan.com/rahmanisa-f-c/sejarah-pembangunan-candi-angkor-wat-1xhyNqy3XFl

3.witri.mediamaz. “11 Fakta Unik Kuil Angkor Wat Yang Wajib Kamu Tahu!” Mediamaz
Translation Service | Perusahaan Penerjemah Indonesia #1, 27 Jan. 2022,
https://mediamaz.co.id/11-fakta-unik-kuil-angkor-wat-yang-wajib-kamu-tahu/

4. Mousthapa, Abbas. “Angkor Wat - Kompleks Suci Untuk Agama Buddha Dan Hindu - the
Patriots.” Kronikel Dunia, 16 Apr. 2022,
https://www.thepatriots.asia/angkor-wat-kompleks-suci-untuk-dua-agama/

5.UNESCO World Heritage Centre. “Angkor.” Unesco.org, 2012,


https://whc.unesco.org/en/list/668/#:~:text=Angkor%20is%20one%20of%20the,9th%20to%20th
e%2015th%20century.

6.My Life. “Agama Dan Masyarakat: Teori-Teori Berkaitan Dengan Sosiologi Agama.”
Yeappooeng127.Blogspot.com, 23 Mar. 2018,
https://yeappooeng127.blogspot.com/2018/03/agama-dan-masyarakat-teori-teori.html
7.LifeHackk. “Teori Identiti Sosial: Definisi, Contoh, Impak - 2022.” Life Hack, 2018,
https://ms.lifehackk.com/70-social-identity-theory-4174315-4825

8.Miura, Keiko. “From Property to Heritage : Different Notions, Rules of Ownership and
Practices of New and Old Actors in the Angkor World Heritage Site.” OpenEdition Books,
Göttingen University Press, 12 Apr. 2017
https://books.openedition.org/gup/310?lang=en

9.Fazleen, AtiQah. “NILAI FALSAFAH YANG TINGGI DALAM MONUMEN AGAMA;


ANGKOR WAT DAN BORUBUDUR.” Www.academia.edu, 2016,
https://www.academia.edu/13523931/NILAI_FALSAFAH_YANG_TINGGI_DALAM_MONU
MEN_AGAMA_ANGKOR_WAT_DAN_BORUBUDUR

You might also like