You are on page 1of 2

Menurut teori plat tektonik,pergerakan kerak bumi yang berlaku kirakira 200 juta tahun yang lapau telah

mewujudkan sepuluh plat utama iaitu plat pasifik yang meliputi keseluruhan Lautan Pasifik,plat Amerika Utara,plat Amerika Selatan,plat Eurasia yang meliputi keseluruhan benua

Eropah,sebahagian besar benua Asia termasuk Malaysia dan kepulauan Indonesia dan Filipina,plat Afrika,plat kecil Afrika Timur,plat Malagasi,plat India hingga ke Lautan Hindi,plat Antartika yang meliputi keseluruhan benua Antartika dan lautan selatan serta beberapa plat kecil yang lain. Lokasi yang paling penting dikaji dalam teori plat tektonik ialah sempadan antara plat-plat tersebut.Di kawasan sempadan berlaku

pertembungan dan pencapahan plat yang akan menghasilkan fenomena gunung berapi serta gempa bumi.Sebagai contoh di sekitar Pulau

Sunda,Pulau Jawa dan Sumatera hinnga ke Teluk Benggala yang menjadi sempadan pertemuan antara plat Asia dengan Australia, yang merupakan kawasan gunung berapi yang aktif . Plat Eurasia pula bersempadan dengan plat-plat pasifik di sepanjang siri jurang lautan yang dalam iaitu jurang Filipina, jurang Mariana, jurang Bonin, jurang jepun dan jurang Kurile. Sempadan plat ini mempunyai aktiviti gunung berapi dan gempa bumi yang sangat aktif sehingga kawasan ini digelar sebagai Lingkaran Api Pasifik. Semakin jauh dari kawasan sempadan plat, keadaan kerak bumi menjadi semakin stabil dan kukuh. Itulah sebabnya fenomena gunung berapi dan gempa bumi tidak berlaku di Semenanjung Malaysia dan negara-negara Asia Tenggara kebenuaan seperti Thailand, Myanmar, Kemboja, Laos, serta

Vietnam kerana ia terletak di atas plat Eurasia yang stabil dan terletak jauh dari sempadan pertemuan antara plat-plat kerak bumi.

You might also like