You are on page 1of 18

TAJUK 2: ZAMAN AIR

BATU
Tajuk ini menjelaskan tentang Zaman Air Batu akhir
iaitu Zaman Plestosen dan Zaman Holosen.
Tajuk ini juga menerangkan hubungan antara ilmu
geografi dengan sejarah bagi memupuk semangat
jati diri, sayang akan negara dan menghargai alam
sekitar.
1) Sebelum sebelas ribu tahun dahulu, Gugusan Kepaulauan Melayu
merupakan kawasan tanah yang luas.
2) Semenanjung Malaysia, Sabah, Sarawak dan pulau-pulau lain dalam
Gugusan Kepaulauan Melayu bercantum.
3) Menurut kajian ahli Geologi, pada suatu masa dahulu cauca dunia
sangat sejuk.
4) Zaman itu ialah Zaman Air Batu. Oleh sebab terlalu sejuk, air sungai
dan laut pun surut. Kawasan darat lebih luas daripada kawasan laut
dan sungai.
5) Pada masa itu, penduduk di Gugusan Kepulauan Melayu boleh
berpindah dari satu tempat ke satu tempat dengan mudah mengikut
jalan darat.
6) Misalnya, mereka boleh pergi ke Jawa dan Sumatera mengikut jalan
darat.

Walaupun lembar air dan glasier
dari Zaman Air Batu telah berakhir
di Eropah dan Amerika Utara lebih
10 000 tahun dahulu, kesan-kesan
hakisan dan pemendapaan glasier
masih kelihatan hingga ke hari ini.



Di kebanyakan kawasan, beban
glasier seperti serpihan-serpihan
batuan melelas dan mengikis
permukaan terdedah yang
dilaluinya, meniggalkan
permukaan yang berkelar-kelar.


Di sesetengah tempat pula,
batu tongkol besar dibawa oleh
glasier dan dimendapkan
beberapa ratus kilometer
daripada tempat asalnya.
Selepas glasier cair, wujud kori dan lurah hakisan
glasier di kawasan pergunungan di seluruh dunia.
Kawasan pamah di sekitarnya pula dilitupi
morain, permatang pasir dan kelikir yang panjang
dan berbelit-belit(esker). Proses hakisan
seterusnya telah mengubah bentuk muka bumi
tersebut. Kebanyakan bentuk muka bumi yang
masih wujud hari ini dilitupi padang rumput atau
hutan.
BENUA DAN LAUTAN DI
DUNIA SELEPAS PENCAIRAN
AIR BATU
Benua
Asia
Benua
Amerika
Utara
Benua
Amerika
Selatan
Benua
Antartika
Benua
Afrika
Benua
Eropah
Benua
Oceania
1.Adalah Tujuh buah benua di dunia.
2.Setiap benua mempunyai keluasan
yang berbeza
Benua Keluasan dalam juta
kilometer persegi
1.Benua Asia 43.60
2.Benua Afrika 30.33
3.Benua Amerika Utara 25.34
4.Benua Amerika Selatan 17.83
5.Benua Antartika 14.00
6.Benua Eropah 10.49
7.Benua Oceania 8.92
3.Benua yang paling besar ialah Benua
Asia.
4.Benua yang paling kecil ialah benua
Oceania.
Antartika
Soalan-soalan
Apakah maksud Zaman Air Batu?
Apakah tempoh Zaman Air Batu?
Bagaimanakah keadaan iklim
Zaman Air Batu?

Jawapan
Zaman semasa air batu menutupi
permukaan bumi.
Antara 2.6 juta hingga 3.5 juta
tahun dahulu.
Iklim bumi amat sejuk.
Soalan-soalan
Apakah kesannya selepas kejadian berikut
berlaku?
I. Suhu bumi meningkat.
II.Pergerakan glasier pertama.
III.Pergerakan glasier kedua.
Jawapan
Air batu mula mencair.
Kewujudan lautan dan daratan.
Kewujudan tujuh benua dan tujuh
lautan.
Soalan-soalan
Apakah fungsi komponen alam sekitar?
I. Tumbuh-tumbuhan
II.Hutan
III.Sungai
Jawapan
Mengeluarkan gas oksigen untuk
pernafasan.
Habitat haiwan dan kawasan
tadahan hujan.
Sumber air utama kepada manusia.
Soalan-soalan
Nyatakan akibat-akibat perbuatan
memusnahkan hutan.
Nyatakan akibat-akibat perbuatan
membuang sampah dan sisa toksik ke
dalam sungai.
Jawapan
Kandungan oksigen berkurang.
Kandungan karbon dioksida bertambah.


Hidupan sungai akan pupus./ Habitat haiwan
terganggu.
Menjejaskan sumber air minuman yang bersih.
Berlakunya pencemaran sungai.

You might also like